surat sumbangan ukhuwah aidilfitri

2
Tarikh : 6 Jun 2015 Ruj. Kami : SK/KBSM/PPA/12/2015 Ibubapa/ Penjaga Sekolah Kiblah Tuan/ Puan, PROGRAM UKHWAH AIDILFITRI - LAWATAN KE WAD PEDIATRIK INSTITUT PEDIATRIK HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL) Perkara di atas dirujuk. 2. Jabatan KBSM akan menganjurkan lawatan ke institusi di atas dengan objektif seperti berikut: 1. Menyuntik rasa kesyukuran atas kurniaan Allah swt. atas rahmat kesempurnaan diri serta kesihatan diri dalam menjalani kehidupan di dunia ini. 2. Merasa sendiri keperitan serta kesusahan semua pihak, terutamanya ibubapa, dalam menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. 3. Memupuk rasa kebertanggungjawaban atas amanah ibubapa dalam melihat kecemerlangan anak-anak samada dalam akademik, sahsiah diri atau pun penghayatan agama. 3. Program akan di adakan sebagaimana berikut (sebarang perubahan tertakluk kepada kelulusan dari pihak HKL): Program : UKHWAH AIDILFITRI Tarikh : 9 Julai 2015 Tempat : Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Masa : 4.00 petang 9.00 mlm. Peserta : 40 orang pelajar beserta 2 orang guru pengiring Agenda : a) Beramah mesra dengan pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka. b) Menyampaikan hamper AidilFitri. c) Penyampaian sumbangan cek hasil sumbangan ibubapa dan pelajar Sekolah Kiblah kepada badan NGO, Malaysia Metabolic Society sempena 10th Year Anniversary Annual Dinner. SEKOLAH KIBLAH Kompleks Pendidikan YAKIN, Lot 30774, Lorong Sentosa, Bukit Unggul, 43800 Sepang, Selangor D.E.

Transcript of surat sumbangan ukhuwah aidilfitri

Tarikh : 6 Jun 2015 Ruj. Kami : SK/KBSM/PPA/12/2015 Ibubapa/ Penjaga Sekolah Kiblah Tuan/ Puan,

PROGRAM UKHWAH AIDILFITRI - LAWATAN KE WAD PEDIATRIK INSTITUT PEDIATRIK HOSPITAL KUALA LUMPUR (HKL)

Perkara di atas dirujuk. 2. Jabatan KBSM akan menganjurkan lawatan ke institusi di atas dengan objektif seperti berikut:

1. Menyuntik rasa kesyukuran atas kurniaan Allah swt. atas rahmat kesempurnaan diri serta kesihatan diri dalam menjalani kehidupan di dunia ini.

2. Merasa sendiri keperitan serta kesusahan semua pihak, terutamanya ibubapa, dalam menyediakan yang terbaik untuk anak-anak.

3. Memupuk rasa kebertanggungjawaban atas amanah ibubapa dalam melihat kecemerlangan anak-anak samada dalam akademik, sahsiah diri atau pun penghayatan agama.

3. Program akan di adakan sebagaimana berikut (sebarang perubahan tertakluk kepada kelulusan dari pihak HKL): Program : UKHWAH AIDILFITRI Tarikh : 9 Julai 2015 Tempat : Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Masa : 4.00 petang – 9.00 mlm. Peserta : 40 orang pelajar beserta 2 orang guru pengiring Agenda : a) Beramah mesra dengan pesakit kanak-kanak dan keluarga

mereka. b) Menyampaikan hamper AidilFitri. c) Penyampaian sumbangan cek hasil sumbangan ibubapa dan

pelajar Sekolah Kiblah kepada badan NGO, Malaysia Metabolic Society sempena 10th Year Anniversary Annual Dinner.

SEKOLAH KIBLAH

Kompleks Pendidikan YAKIN, Lot 30774, Lorong Sentosa, Bukit Unggul, 43800 Sepang, Selangor D.E.

4. Bagi menjayakan program tersebut, satu tabung derma untuk pembiayaan perubatan kanak-kanak yang mengalami “Inborn Errors of Metabolism (IEM)” dilancarkan. Sumbangan boleh dibuat melalui tabung yang disediakan di pejabat Sekolah Kiblah juga melalui sumbangan ke akaun sekolah atas program UKHWAH AIDILFITRI. Hasil kutipan akan diserahkan kepada Vice President of Malaysia Metabolic Society pada majlis berkenaan. 5. Kami juga memohon sumbangan hamper (sekurang-kurangnya 40 buah) untuk di hadiahkan para pelajar kepada pesakit kanak-kanak di wad tersebut. Sumbangan ini di harap dapat menceriakan sedikit keperitan mereka menjelang Aidilfitri nanti. 6. Sumbangan juga diperlukan untuk jamuan berbuka puasa pelajar-pelajar yang mengikuti rombongan ini. Pelajar-pelajar dijangka akan berbuka puasa di sebuah restoran sekitar HKL dan akan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh di masjid HKL sebelum bertolak balik ke Sekolah Kiblah. 7. Diharapkan program ini mencapai objektifnya dan mendapat keberkatan dari Allah swt. Keperihatinan, kerjasama dan sumbangan dari tuan/ puan amat diperlukan dalam menjayakan program ini. Justeru, setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kami coretkan buat semua yang menjayakan program ini. Untuk sebarang pertanyaan, tuan/ puan boleh menghubungi En. Zulkefly Othman di talian 014 666 9195. Sekian. Terima kasih. Wassalam. Yang benar, Ismail Omar Pengetua