SURATpelaksanaan Pbs MORAL 2014

3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HABAB, JALAN TAJUL, TEL : 8831026 81900 KOTA TINGGI. FAKS: 8821026 JOHOR. e-mel :[email protected] Rujukan Kami : JEA3037/PBS(PM)/14(1) Tarikh : 14 Januari 2014 Ibu Bapa / Penjaga, Pelajar Pendidikan Moral, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, Melalui, Pengetua, SMK Tun Habab. Tuan/ Puan, PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL KERTAS 2 (1225/2) SPM – 2014 / 2015 Dengan hormatnya saya selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral, SMK Tun Habab ingin memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus tersebut sebagai salah satu syarat untuk menduduki kertas Pendidikan Moral SPM. 2. Antara elemen yang perlu disempurnakan dalam Kertas 2 Pendidikan Moral SPM ialah : 2.1 Laporan Sahsiah 2.1.1 Mac, Jun, dan September pada Tingkatan 4 2.1.2 Mac dan Mei pada Tingkatan 5 2.2 Kerja Amal 2.2.1 Satu Kerja Amal Bidang Pembelajaran 1 (Perkembangan Diri) 2.2.2 Satu Kerja Amal Bidang Pembelajaran 2 (Kekeluargaan) 2.2.3 Dua Kerja Amal Bidang Pembelajaran 3 (Alam Sekitar) 2.3 Tugasan Harian 2.3.1 4 Laporan Kerja Amal (Aspek 2.2) 2.3.2 4 Tugasan Harian i) 2 karangan

description

SURATpelaksanaan Pbs MORAL 2014

Transcript of SURATpelaksanaan Pbs MORAL 2014

Page 1: SURATpelaksanaan Pbs MORAL 2014

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN HABAB,JALAN TAJUL, TEL  : 883102681900 KOTA TINGGI. FAKS: 8821026JOHOR. e-mel :[email protected]

Rujukan Kami : JEA3037/PBS(PM)/14(1)

Tarikh : 14 Januari 2014Ibu Bapa / Penjaga,Pelajar Pendidikan Moral,Tingkatan 4 dan Tingkatan 5,

Melalui,Pengetua,SMK Tun Habab.

Tuan/ Puan,

PELAKSANAAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL KERTAS 2 (1225/2) SPM – 2014 / 2015

Dengan hormatnya saya selaku Ketua Panitia Pendidikan Moral, SMK Tun Habab ingin memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan diwajibkan melaksanakan Kerja Kursus tersebut sebagai salah satu syarat untuk menduduki kertas Pendidikan Moral SPM.

2. Antara elemen yang perlu disempurnakan dalam Kertas 2 Pendidikan Moral SPM ialah :

2.1 Laporan Sahsiah 2.1.1 Mac, Jun, dan September pada Tingkatan 4 2.1.2 Mac dan Mei pada Tingkatan 5

2.2 Kerja Amal 2.2.1 Satu Kerja Amal Bidang Pembelajaran 1 (Perkembangan Diri) 2.2.2 Satu Kerja Amal Bidang Pembelajaran 2 (Kekeluargaan)

2.2.3 Dua Kerja Amal Bidang Pembelajaran 3 (Alam Sekitar)

2.3 Tugasan Harian 2.3.1 4 Laporan Kerja Amal (Aspek 2.2) 2.3.2 4 Tugasan Harian i) 2 karangan ii) 1 Maklumat Pusat Sumber iii) 1 Rencana

3. Semua aspek Kerja Kursus dalam 2.2 dan 2.3 perlu disempurnakan oleh setiap calon SPM tahun berkenaan dari semasa ke semasa dengan selewat-lewatnya bulan Mei pada tahun peperiksaan SPM.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

……………………………(FARIDATUL AISHAH BINTI JAAFAR)Ketua Panitia Pendidikan Moral

s.k. 1. Pengetua / GPK 1 2. Guru Kanan Mata Pelajaran Sains Sosial

Page 2: SURATpelaksanaan Pbs MORAL 2014

………………………………..............................,

..............................................................................,

..............................................................................,

.............................................................................. Tel: ...................................

Pengetua, SMK Tun Habab,Jalan Tajul,81900 Kota Tinggi, Johor. Tarikh : .............................(u.p. : Ketua Panitia Pendidikan Moral)

Tuan,

Pelaksanaan Kerja Kursus Pendidikan Moral Kertas 2 (1225/2) SPM – 2014 / 2015

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya …………………………………………………………………………..No. K/P : ……………………………………………………………..……..ibu / bapa / penjaga kepada murid yang bernama ………………………………………………………………………………………………….., tingkatan ……………………….akan memastikan bahawa anak saya / anak jagaan saya melaksanakan kerja kursus seperti yang dimaklumkan oleh pihak tuan.

3. Saya akan memberikan sepenuh perhatian terhadap hal ini. Di samping itu, saya akan memberikan kerjasama kepada pihak tuan bagi memastikan tugasan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Sekian terima kasih.

Saya yang benar,

…………….…………………………….( )