Susunan corak psv

14
Soalan: Cari Maklumat lanjut tentang susunan corak yang diberi di atas. Cuba anda cari contoh-contoh corak dan kelaskan mengikut jenis susunan corak yang diberikan dan bincangkan bersama rakan. PENGENALAN Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas. Susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya. Membuat Corak dan Rekaan, juga boleh difenisikan sebagai susunan motif sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang. 13 jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah: 1. Corak ulang sekata

description

susunan corak

Transcript of Susunan corak psv

Page 1: Susunan corak psv

Soalan:

Cari Maklumat lanjut tentang susunan corak yang diberi di atas. Cuba anda cari

contoh-contoh corak dan kelaskan mengikut jenis susunan corak yang diberikan dan

bincangkan bersama rakan.

PENGENALAN

Pada dasarnya, tanpa rekaan dan corak, hasil seni baik yang tradisional

mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Dalam teorinya, corak ialah

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu

atau bebas. Susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas.

Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu Corak Terancang

dan Corak Tidak Terancang. Motif pula merupakan rupa atau bentuk asas dalam

satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical

dan organik. Corak Tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-

nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita dengan adalah

seperti corak bunga buluh,pucuk rebung,bunga kiambang dan sebagainya.

Membuat Corak dan Rekaan, juga boleh difenisikan sebagai susunan motif

sama ada secara teratur atau secara bebas. Oleh itu, corak terdiri daripada corak

terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan

motif secara bebas atau corak tidak terancang.

13 jenis susunan dalam corak dan rekaan dapat dinyatakan seperti di bawah:

1. Corak ulang sekata

2. Corak berpusat

3. Corak cerminan

4. Corak bertindih

5. Corak selang – seli

6. Corak batu – bata

7. Corak Jidar

8. Corak timbul

9. Corak berjalur

10.Corak sendeng

11.Corak berombak

12.Corak orgee

13.Corak penuh

Page 4: Susunan corak psv

Cermin

Page 5: Susunan corak psv

Soalan:

(a) Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan.

Melalui rekaan corak, murid didedahkan dengan corak yang dihasilkan melalui

penggunaan pelbagai bahan.Murid membuat pemerhatian terhadap corak yang

dihasilkan dengan menggunakan bahan. Corak yang disusun mengikut kreativiti

masing-masing dan ianya telah menghasilkan satu corak yang menarik.

Penggunaan bahan dalam menghasilkan corak ini adalah mengambil kira akan

kebiasaan dan pengalaman murid tentang sesuatu bahan. Persekitaran murid tidak

terpisah dengan pelbagai bahan kerana di sekolah atau di rumah terdapat banyak

jenis bahan sama ada daun bunga atau sebagainya. Murid mudah memperolehi

bahan untuk menghasil capan.

Selain itu, melalui rekaan corak ini juga murid dapat memerhati penggunaan

warna yang sesuai bagi menghasilkan satu corak yang menarik. Murid diberi

kebebasan dalam memilih warna yang disukai untuk menghasilkan capan yang

menarik. Dalam menghasilkan capan adalah mudah dimana murid hanya

memerlukan bahan dan warna air serta kertas lukisan sahaja. Murid perlu menyapu

warna air pada daun, kemudian ditekatkan pada kertas lukisan bagi menghasilkan

capan ini. Ketelitian amat perlu untuk menghasilkan capan yang menarik dan

bermotif. Di samping itu, guru boleh menunjukkkan corak capan yang terdapat pada

benda lain seperti tikar getah dan kertas pembalut sebagai pengukuhan tentang

capan ini.

Karya capan ini tidak menggunakan alat dan bahan yang banyak serta

menyulitkan kerana semua ini berada di persekitaran murid. Alat dan bahan yang

digunakan ialah daun, warna air, berus dan kertas lukisan. Guru menunjuk cara-cara

melakukan kerja-kerja menghasilkan capan ini. Murid menggunakan alat dan bahan

yang dikumpul dalam membuat capan ini. Mereka diberi kebebasan memilih warna

dan corak yang hendak dihasilkan sama ada susunan berasingan atau bertindih.

Susunan dan warna yang berlainan boleh menghasilkan corak yang menarik

mengikut kreativiti masing-masing.

Corak yang menarik boleh juga dihasilkan dengan menggunakan pelbagai alat

dan bahan lain seperti ubi kentang, kacang bendi, pelepah pisang dan sebagainya.

Bahan-bahan ini jika diolah dengan baik akan menghasilkan karya yang menarik.

Page 6: Susunan corak psv

Murid akan berasa bebas dan seronok menjalankan aktiviti ini kerana tidak terikat

pada sesuatu corak atau alat sahaja, Mereka bebas menghasilkan corak dengan

penggunaan warna , alat dan bahan yang mereka sukai. Murid boleh memilih warna

mengikut selera mereka sama ada warna harmoni, penggenap dan sebagainya.

Kombinasi warna dan kreativiti murid dapat menghasilkan corak dan rekaan yang

menarik.

(b) Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Pertama, kita lihat dari sudut kepekaan pengamatan. Melalui kemahiran membuat

corak dan rekaan, kita membantu kanak – kanak meningkatkan pengamatan mereka

apabila mereka meneliti corak – corak yang dihasilkan melalui motif – motif yang

diminta. Kanak – kanak akan cuba mengkaji dan melihat hubungkait antara motif –

motif dan rekaan serta corak yang dibuat. Kepekaan pengamatan mereka dapat

dilihat andainya corak tersebut menepati dengan motif yang diminta. Contohnya, jika

ditugaskan mereka untuk membuat rekaan dan corak bermotifkan flora, kita dapat

melihat bagaimana mereka akan melihat alam semula jadi ini sebagai sebuaha motif

dan hasil tersebut adalah berdasarkan kepada pengamatan mereka kepada flora.

Contoh yang lain pula ialah apabila sesuatu rekaan dan corak itu bermotifkan

hidupan laut, maka, kepekaan kanak – kanak kepada hidupan laut dapat ditonjolkan

seperti corak tapak sulaiman yang berbentuk bintang. Bentuk tersebut adalah

berdasarkan pengamatan mereka seterusnya dilahirkan kepada corak yang menarik.

Dapat dinyatakan disini, melalui pembelajaran mebuat corak dan rekaan amat

membantu kanak – kanak meningkatkan daya pengamatan mereka untuk

menghasilkan corak yang lebih menarik dan kreatif.

Kita tahu, sejak daru dahulu lagi, corak – corak terhasil adalah daripada

pengamatan pereka –perekanya. Seni melayu misalnya mengambil corak – corak

dari alam flora seperti bunga, pucuk, daun, ranting dan sebagainya. Ini semua

adalah berdasarkan pengamatan orang dulu – dulu didalam membuat sesuatu corak

dan rekaan. Maka tidak dapat disangkalkan lagi bahawa mempelajari seni corak dan

rekaan amat membantu kanak – kanak di dalam meningkatkan kepekaan

pengamatan mereka.

Page 7: Susunan corak psv

Brown (1980),mendapati bahawa pengalaman kanak – kanak dalam

memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan

mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuan tentang perbezaan –

perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak – kanak

diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan

mengembangkan pemikiran yang kritis.

Keduanya, kita lihat pula dari sudut kognitif. Kognitif merujuk kepada akal

fikiran atau kemampuan seseorang itu berfikir dengan menggunakan akal fikiran.

Melalui aktiviti mencorak dan membuat rekaan, ia banyak membantu kanak – kanak

untuk meningkatkan kognitif mereka. Melalui jenis – jenis susunan corak, ia

membantu murid untuk membuat corak yang menarik berdasarkan susunan

terancang, tersusun dan mengikut luahan ekspresi mereka. Pemikiran mereka dapat

dikritiskan melalui hasilan serta pengamatan mereka di dalam melaksanakan aktiviti

mencorak dan membuat rekaan. Apabila mereka menjalankan aktiviti tersebut,

kanak – kanak akana membuat penerokaan serta mengkaji motif – motif yang ingin

digunakan, setrusnya mereka akan mencari satu bahagian yang sesuai untuk

dijadikan corak dan seterusnya membuat lakaran yang sesuai. Melalui pemikiran

pula mereka membuat keputusan yang tepat untuk memilih dan seterusnya mebuat

sesuatu rekaan. Ini amat membantu mengembangkan kognitif mereka serta

mencetus idea –idea baru mereka.

Ianya selaras dengan Teori Kognitif Jean Piaget. Pieget ada menyatakan,

kanak – kanak aktif membentiuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat

tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman

tentang dunia persekitaran ini ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan

kanak – kanak memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang

penting dan kebolehan mereka untuk membandingkan satu idea dengan idea yang

lain. Apabila kanak – kanak mendapat maklumat baru, terjadi ketidakseimbangan di

dalam pemikirannya, maka untuk mendapat semula keseimbangan, kanak – kanak

perlu membuat organisasi atau adaptasi pada skemata.

Maka, melalui pemikiran dan penerokaan serta aktiviti membuat corak dan

rekaan dapat membantu meningkatkan lagi daya pemikiran kognitif kanak – kanak

terutama di dalam merekacipta serta menghasilkan sesuatu ciptaan yang asli dan

hebat. Selain itu ia juga membantu kemahiran berfikir kanak – kanak samada berfikir

secara kreatif mahupun kritis.

Page 8: Susunan corak psv

Ketiganya, mencorak dan membuat rekaan juga dapat membantu

pembelajaran dan perkembangan kanak- kanak. Frank Cizek di dalam Pengenalan

Pendidikan Seni Visual, ada menytakan bahawa kanak – kanak perlu dibebaskan

dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan

sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan agar kreativti kanak – kanak

seharusnya dibiarkan mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila

kanak – kanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, maka wujudlah suasana

gembira dan suka riang. Kenyataan ini juga telah membawa ke perkembangan

cabang terapeutik seni iaitu cabang kraf untuk kanak – kanak bermasalah dan seni

menyokong pembelajaran mereka.

Dengan kebebasan yang diberikan, mencorak mampu meningkatkan

imaginasi dan kreativiti kanak – kanak. Corak – corak yang baru dihasilkan perlu

diberi pujian serta kritikan seni yang membina agar mereka berasa dihargai dan

hasil mereka diberi perhatian. Selain itu, melalui corak tidak terancang, kita dapat

melihat kanak – kanak bebas mengahsilkan corak tersendiri seperti corak batik yang

mana meeka dapat bermain dengan warna secara bebas. Ini bertepatan dengan

teori Cizek yang mana kanak – kanak dapat mengembangkan kreativiti merka jika

mereka diberi kebebasan melaksanakan hasilan mereka.

Kesimpulannya, aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak –

kanak. Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak – kanak ke arah

suatu fahaman tentang seni sebagai cara penusunan pengalaman. Pendidikan

adalah satu proses untuk mengembangkan kecerdasan manusia. Sekolah

seharusnya memberi kanak – kanak kebebasan untuk perkembangan fizikal, emosi

dan intelektual melalui seni. Melalui aktiviti mencorak dan rekaan, guru memberi

peluang kepada pelajar untuk membina corak mereka serta mencipta rekaan

mereka sendiri berdasarkan pengamatan, pemikiran serta kreativiti mereka sendiri.

Inilah peluang bagi mereka untuk memperlihatkan kemapuan dan kebolehan mereka

serta meluahkan ekspresi diri mereka melalui corak dan rekaan mereka. Guru

seharusnya memainkan peranan penting menghargaai dan memberi dorongan

kepada pelajarnya selaras dengan memberi ilmu serta dapat meningkatkan

perkembangan mental dan fizikal mereka.

Page 9: Susunan corak psv

Berpandukan gambar-gambar yang ditampilkan, cuba fikirkan beberapa persoalan dibawah ini

dengan proses membuat topeng.

1. Tajuk dan tema yang sesuai2. Alat dan bahan yang sesuai di dalam proses membentuk3. Proses stralisasi,menambahkan dalam adaptasi4. Pilih reka bentuk, warna dan padanan imej5. Kesesuaikan secara keseluruhan

Page 10: Susunan corak psv

Teknik:

Teknik Kolaj

Alat/Bahan:

Kertas warna, gunting dan warna air

Motif:

Bunga-bungaan

Susunan Motif:

Page 11: Susunan corak psv

Teknik:

Teknik capan

Alat/Bahan:

Kertas lukisan, buah kentang dan warna air

Motif:

Tumbuhan

Susunan Motif:

Susunan Jidar