SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan...

13
Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | SYAABAN 1438H | MEI 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 181 MS/5 Kelantan Realisasi JELAPANG MAKANAN ”Saya mempersembahkan setinggi- tinggi junjungan kasih kehadapan YMM Pemangku Raja Kelantan di atas usaha baginda menulis surat permohonan kepada Raja Saudi pada tahun 2014 untuk kerjasama akademik antara Kelantan dengan Universiti Islam Madinah. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Lihat muka 4 MS/14 FESTIVAL SILAT Penyambung Tradisi KERJASAMA AKADEMIK KELANTAN DENGAN UNIVERSITI ISLAM MADINAH MENARIK DI DALAM

Transcript of SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan...

Page 1: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 1

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | SYAABAN 1438H | MEI 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 181

MS/5

Kelantan Realisasi JELAPANG MAKANAN

”Saya mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kehadapan YMM Pemangku Raja Kelantan di atas usaha baginda menulis surat permohonan kepada Raja Saudi pada tahun 2014 untuk kerjasama akademik antara Kelantan dengan Universiti Islam Madinah.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan

Lihat muka 4

MS/14

FESTIVAL SILAT Penyambung Tradisi

KERJASAMA AKADEMIK KELANTAN DENGANUNIVERSITI ISLAM MADINAH

MENARIKDI DALAM

Page 2: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 2 3

Sidang RedaksiPENAUNGYB DATO’ HJ MOHD NASSURUDDINB. HJ. DAUDPengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta

PENASIHATMD ASHARI MAMATPengarah Urusetia PeneranganKerajaan Negeri Kelantan

PENYELARASABD. RAHIM MUHAMMADPenolong Pengarah Penerbitan dan Dokumentasi

SUSUN ATURAHMAD KARIEMULLAH B. SAIPUL BAHRIN

WARTAWANNIK AZMAN NIK [email protected]

CHE MAZIAH BINTI [email protected]

JURUFOTOMOHD ASRI HAMATABDUL AZIZ BIN [email protected] KOMUNIKASI MENTERI BESAR (UKMB)

PENGEDARUNIT EDARAN UPKN

PERCETAKANUNIPRESSLot 140, Jalan Pencawang TNB Lundang,Off Jln Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu, Kelantan.Tel: 09 743 4924Faks: 09 743 4925Email: [email protected]

ALAMAT SURAT MENYURATURUSETIA PENERANGAN KERAJAANNEGERI KELANTANPejabat Setiausaha KerajaanTingkat Atas, Blok 7 Kompleks Kota Darulnaim15503 Kota Bharu Bandar Raya Islam,Kelantan DarulnaimTel 09-7483529(DL), 09-7481957 samb, 7810Faks: 09-7433529

KEBERKATAN | KEMAKMURAN | KEBAJIKAN

Merakyatkan Membangun Bersama Islam

Website: [email protected] (Berita Adun)www.facebook.com/upknkelantan(sila email untuk sebarang pertanyaan)

Pena Pengarah

Barisan Nasional Kalah Dalam Pilihanraya Presiden

Perancis

Dalam Pilihanraya Presiden Perancis 7 May, 2017 menonjolkan dua calon yang bukan dari parti utama negara itu bertanding. Penyandang, Francois Hollande, dari parti Sosialis yang memegang kuasa sejak 2012 tidak bertanding semula. Kali ini pertandingan adalah di antara Marine Le Pen dari parti Barisan Nasional dan Emmanuel Macron dari parti En Marche. Salah seorang bekas Perdana Menterinya (2007-2012), Francois Fillon juga menawarkan diri untuk bertanding dan berada di tahap yag agak selesa pada peringkat awalnya, namun musnah oleh tuduhan penyalahgunaan dana awam, dikatakan membuat bayaran kepada isteri dan dua anaknya bagi kerja-kerja yang tidak dilaksanakan yang dinamakan skandal Penelopegate, sempena nama isterinya, Penelope.

Macron memenangi pilihanraya kali ini, menjadi presiden ke-25 negara itu dengan majoriti yang jauh lebih tinggi daripada jangkaan para penganalisa politik mengalahkan calon dari parti Barisan Nasional, Le Pen, 66%-34%, diisytiharkan menang pada 10 May dan memasuki pejabat pada 14 May serta melantik Perdana Menterinya pada 15 May.

Dengan status presiden yang datangnya dari parti yang tidak dominan, dia telah melantik Perdana Menteri bukan dari kalangan parti beliau, Edouard Philippe dari parti Republican. Ini sebenarnya tidaklah suatu yang luar

biasa di negara itu. “Cohabitation” ini telah berlaku sejak pentadbiran Francios Mitterrand, presiden ke-21 negara itu yang melantik Jaques Chirac dari parti yang berlainan sebagai Perdana Menteri, yang kemudiannya, dalam tahun 1988 menentang beliau dalam pemilihan presiden, tetapi kalah, dan Mitterrand sekali lagi melantik Perdana Menteri bukan dari partinya, Edward Ballador.

Chirac menang pemilihan pada tahun 1995 dan beliau juga melantik Lionel Jospin, juga bukan dari partinya menjadi Perdana Menteri. Mudahnya mereka berpakat demi kebaikan ummat mereka.

Balik ke Malaysia. Di sini, bagi dua pemimpin parti

politik yang berbeza, berada dalam satu majlis dengan pakaian yang berwarna serupa tidak boleh. Bersama-sama berusaha mendaulatkan perundangan Islam supaya berada di arus perdana setaraf dengan perundangan sekular, salah. Malah berada dalam satu program yang sama melepaskan tukun tiruan guna untuk menjadikannya sarang pembiakan ikan di perairan kita juga dosa besar. Apa lagilah untuk bersama dalam sebuah pemerintahan sebuah negara!.

Gila apakah ini. Yang menajamkan salah, dosa dan

larangan ini adalah mereka yang tergolong dari kalangan bersekolah, bukan buta huruf. Kalau inilah yang diasak ke dalam masyarakat, yang terlalu alergik dengan kebersamaan di antara pimpinan dari dua parti politik Melayu dominan negara dalam hal-hal yang membawa maaruf kepada rakyat, maka kita bukan berada di atas rel menuju masa depan yang lebih cemerlang tetapi berada dalam mod gear gostan yang memusnahkan.

Kasihannya kepada rakyat, yang tertelan racun permusuhan totok ini. Golongan pemelaga ini melihat hanya dengan cara melaga-lagakan ini sajalah mereka dapat mengekalkan status quo dalam mendominasi politik negara, maka natijahnya, ‘orang kita’ sajalah yang menerajui kerajaan walaupun kebodohannya dikatakan netizen dalam WhatsApp dan Facebook mereka bertaraf menteri.

Kalau pun “Ta’aawanuu ‘alal birri” telah dicuri orang Perancis, janganlah puak kita pula yang mengambil “Ta’aawanuu ‘alal ithmi wal ‘udwaan” itu tanpa “walaa” di depannya.

LAHIRKAN LEBIH RAMAIRIBBIYYUN

ALOR SETAR- Lebih daripada 20 gerai yang menyertai Pameran termasuklah pameran Kerajaan Negeri di karnival Kelantan @ Muktamar. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad B. Yakob, hadir merasmikan Karnival Kelantan tersebut. Beliau turut melawat pameran dan pelbagai gerai produk yang telah dihasilkan oleh anak-anak syarikat PKINK. Turut hadir Datin Bentara Kanan isteri Menteri Besar, YB Hj Zulkifli Mamat, Timb. Exco, YB Ustaz Azam Ab Samad, Adun Sungai Limau,

Pesuruhjaya PAS Kedah, Timb Ketua Eksekutif PKINK dan Naib Presiden PERAKAN Malaysia.

Dalam ucapan perasmiannya, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan berkata, Kita kena lahirkan lebih ramai Ribbiyyun iaitu Ulama yang mengabdikan diri kepada Allah dan yang kuat kesabaran serta taqwanya. Begitu juga gabungan Ulama Pelapis dan Alimat sangat penting bagi menggerakkan peranan Dewan Ulama Negeri dalam mempertahankan Kerajaan Negeri Kelantan.

Page 3: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 4 5

KOTA BHARU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan Haji Ahmad Bin Yakob, ketika berucap di Majlis Tandatangan Kerjasama Akademik Antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Universiti Islam Madinah berkata:

”Saya mempersembahkan setinggi-tinggi junjungan kasih kehadapan YMM Pemangku Raja Kelantan di atas usaha baginda menulis surat permohonan kepada Raja Saudi pada tahun 2014 untuk kerjasama akademik antara Kelantan dengan Universiti Islam Madinah. Alhamdulillah, usaha ini telah membuahkan hasil pada hari ini”

Rektor Universiti Islam Madinah semasa berucap di majlis berkenaan turut mengumumkan bahawa, pihak

mereka bersetuju untuk membuat pegambilan serta memberi tajaan biasiswa penuh kepada seramai 25 orang pelajar untuk belajar di sana dalam pelbagai jurusan. Kerjasama akademik itu juga bersetuju untuk KIAS mengendalikan pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah Universiti Islam Madinah di KIAS.

Majlis yang berlangsung di Hotel Perdana Kota Bharu menyaksikan suatu kerjasama akademik di antara Universiti Islam Madinah, Yayasan Kelantan Darulnaim dan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra. Turut serta dalam majlis ini TYT Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur, Syeikh Mahmood Husain Qatthan dan Konsul Islam di Kedutaan, Syeikh Abdul Rahman Al-Harfi.

KERJASAMA AKADEMIK KELANTAN DENGAN UNIVERSITI ISLAM MADINAH

TANAH MERAH- Kerajaan negeri berusaha dengan pelbagai cara bagi merealisasikan hasrat untuk menjadikan Negeri Kelantan sebagai negeri jelapang makanan Negara. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, YB Dato’ Haji Che Abdullah B. Mat Nawi berkata salah satu usaha itu adalah dengan menganjuran ‘ Karnival Bertani Satu Ibadah’ di setiap peringkat jajahan.

Katanya, program tersebut membolehkan petani, penternak, nelayan dan usahawan tani boleh mempamerkan hasil mereka. “Begitu juga dengan hari peladang yang

disambut setiap tahun pada peringkat kebangsaan dan kerajaan negeri pula mengadakan ekspo pertanian.” Ia merupakan kesinambungan program peringkat negeri sebagai menghargai golongan tersebut

”Di peringkat jajahan dibuat sebanyak dua tahun sekali di 10 jajahan, iaitu lima jajahan setiap tahun,” katanya ketika merasmikan Karnival Bertani Satu Ibadah di jajahan Tanah Merah di perkarangan Dewan Jubli Perak.

Turut hadir Ketua Jajahan Tanah Merah, Norazman Abdul Ghani dan Timbalan Ketua Jajahan Tanah Merah, Wan Mohd Shuhaimi Wan Mustapha.

KELANTAN REALISASI JELAPANG MAKANAN

Page 4: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 6 7

Menara Gading dan Masyarakat turut disampaikan oleh YB Dato’ Dr Mohamed Fadzli Dato’ Hassan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan YAKIN. Lawatan kerja YAB Menteri Besar Kelantan bersama Kepimpinan Kerajaan Negeri itu berlangsung antara 17 hingga 19 April 2017. Turut bersama Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; YB Dato’ Dr Fadzli Dato’ Hassan dan YB Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Pengarah YAKIN dan Pengarah YIK.

LAWATAN SINGKAT YAB MENTERI BESAR KELANTAN KE PEKAN BARU RIAU, INDONESIA

kewangan bagi membiayai kos sara hidup di sana akibat kejatuhan ekonomi yang berlaku ketika ini. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan dalam ucapannya akan menimbang permohonan pelajar untuk menaikkan pinjaman kepada pelajar Kelantan di sana bergantung kepada situasi kewangan di YAKIN. Anak-anak Kelantan di sana juga mengharapkan agar kepimpinan Kerajaan Negeri hadir secara lebih kerap bagi memastikan maklumat tepat daripada pihak Kerajaan Negeri dapat disalurkan di samping hal ehwal kebajikan pelajar terjaga. Ceramah Motivasi yang bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di

PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, hadir di Majlis Dialog Bersama Pelajar-Pelajar Kelantan di Pekan Baru, Riau Indonesia. Pelajar-Pelajar Kelantan di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim dan Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sultan Thaha Saifuddin, Jambi berjumlah hampir 70 orang daripada lebih 140 orang pelajar Malaysia. Kebanyakan mereka belajar di bidang Dirasah Islamiah, Perbandingan Mazhab & Hukum dan Jenayah Siyasiah. Dalam dialog berkenaan, para pelajar turut menyuarakan isu masalah

Akan menimbang permohonan pelajar untuk menaikkan pinjaman kepada pelajar Kelantan disana bergantung kepada situasi kewangan di YAKIN.

(Dato’ Bentara Kanan)

TUMPAT - Projek Kampung Warisan Pelancongan di Kampung Laut yang sebelum ini mendapat pelbagai halangan dan kontroversi di jangka bermula tahun hadapan selepas penempatan baharu di Kampung Sungai Nyior selesai.

Kampung di atas tanah seluas 1.48 hektar itu dijadikan penempatan baharu buat 12 keluarga dari Kampung Laut yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk membangunkan Kampung Warisan.

Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad B. Yakob berkata, projek Kampung Warisan menelan belanja anggaran RM30 juta itu dilaksanakan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menurutnya, ia bertujuan membangunkan tapak industri berasaskan makanan sebagai destinasi pelancongan, kerana Kampung Laut popular dengan serondeng daging, dodol, kraftangan dan jalan air.

“Syukur, pecah tanah dapat

disempurnakan untuk tempat pemindahan 12 keluarga terlibat dengan Kampung Warisan tersebut.

”Projek ini bukan untuk menganiayai penduduk Kampung Laut seperti yang digembar-gemburkan, sebaliknya memberi peluang kepada rakyat Tumpat meningkatkan pendapatan mereka.

“Projek kampung warisan itu akan bermula selepas selesai pemindahan 12 keluarga itu,” katanya selepas upacara pecah tanah di Kampung Sungai Nyior.

Sebelum itu turut diadakan solat hajat di tapak penempatan baharu yang bersebelahan Kampung Laut.

Tambah beliau, tanah penduduk Kampung Laut yang terlibat dengan Kampung Warisan Pelancongan hanya 0.88 hektar dan 12 keluarga terlibat dipindahkan di penempatan baharu seluas 1.48 hektar.

“Penempatan baru akan disediakan surau, dewan serbaguna dan kediaman keluarga terbabit,” katanya.

Menurutnya, di Kampung Warisan Pelancongan itu akan dikekalkan nilai warisannya apabila Masjid Kampung Laut di Nilam Puri dibawa semula ke tapak asal di Kampung Laut, menghidupkan jalan air selain perusahaan serunding daging dan dodol dihimpunkan.

TIDAK ADA PENDUDUKYANG TERANIAYA

Page 5: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 8 9

KOTA BHARU - Kerajaan negeri menyatakan penutupan operasi perniagaan selama 10 minit di waktu Maghrib hanya melibatkan peniaga pasar malam dan bukan premis perniagaan lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, YB Dato’ Haji Abdul Fattah B. Mahmood berkata, arahan tersebut bukanlah perkara baru, malah sudah lama dipraktikkan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI).

Malah beliau berkata, pasar malam di negeri ini hampir 100% dimonopoli oleh masyarakat Islam.

“Saya telah jelaskan sebelum ini bahawa ia melibatkan hanya pasar malam sahaja. Di MPKB sudah lama kita praktikkan, sebab itu saya beritahu setiap PBT, pilih pasar malam utama untuk dijadikan sebagai ‘pilot projek’.

‘HANYA PASAR MALAM SAHAJA’

SALURAN RASMI PERHUBUNGAN DUA HALA “Saya tidak sebut pun premis,

tetapi pasar malam sahaja,” katanya kepada pihak media.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataannya di sebuah portal berita mengenai penutupan operasi perniagaan di waktu Maghrib bagi memberi peluang kepada peniaga dan pembeli untuk menunaikan solat.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa pihak termasuk persatuan perniagaan dari masyarakat Cina yang mengkritik tindakan itu.

Tambah beliau lagi, kenyataan beliau di beberapa laman berita, didakwa di manipulasi sesetengah pihak yang mengundang rasa tidak selesa kepada peniaga bukan Islam di sini.

Menurutnya, tindakan itu adalah selaras dengan amanah kerajaan iaitu untuk menjaga kebajikan rakyat dan kebajikan yang paling besar adalah untuk menjaga hubungan dengan Pencipta, ALLAH SWT.

Beliau juga memberitahu, tidak sepatutnya isu ini diputar belit, sehingga menimbulkan pelbagai kesulitan, tidak mengira kepada pembeli mahupun peniaga itu sendiri.

“Kenapa perlu bising, saya harap jangan ada orang nak putar belit cerita tidak betul. Marilah sama-sama berusaha bagi keselesaan kepada peniaga Islam untuk bersolat,” katanya.

YB Dato’ Haji Abdul Fattah Bin Mahmood- ketika sidang media di Bilik Mesyuarat Utama MMK (SUK) berkenaan dengan isu peguatkuasaan ke atas peniaga pasar malam.

PEKA

KOTA BHARU- Pelancaran Pusat Integrasi Antara Kaum (PEKA) buat pertama kalinya, telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad B. Yakob, di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR10. Sebelumnya, PEKA ditubuhkan di bawah Portfolio Perpaduan Masyarakat Kerajaan Negeri yang bertujuan menjaga kepentingan, keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum di Kelantan.

Selain itu, ia juga berperanan sebagai saluran rasmi perhubungan dua hala di antara Kerajaan Negeri dengan masyarakat berbilang kaum serta NGO pelbagai kaum di Negeri ini. Seramai 14 orang Pengerusi PEKA Kawasan turut dilantik di majlis berkenaan.

Page 6: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 10 11

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu Kelantan Utilities Mubaarakan Holdings Sdn Bhd (KUM) sedang giat berusaha untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat khususnya penduduk di negeri Kelantan akan kepentingan dan manfaat daripada penggunaan teknologi hijau di dalam aktiviti seharian mereka.

Usaha ini dapat dilihat daripada kesungguhan Kerajaan Negeri dengan kerjasama KUM menganjurkan seminar dan Ekspo Hijau Kelantan (EHK) setiap tahun bermula dari tahun 2013 lagi.

Penganjuran EHK ini mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu selain daripada memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan teknologi hijau. EHK juga bertujuan untuk menarik para pemain industri teknologi hijau melabur bagi membangunkan industri ini di negeri Kelantan.

Usaha ini telah semakin menampakkan hasilnya terutama dalam menarik para pelabur yang berpotensi untuk melabur modal mereka dalam membangunkan industri teknologi hijau di negeri ini. Bagi mempercepatkan pencapaian

objektif penganjuran EHK ini, KUM telah menjalinkan kerjasama strategik dengan MIGHT Technology Nurturing Sdn Bhd (MTN).

Sebelum ini, MTN telah bekerjasama dengan Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) yang merupakan penggerak utama dalam menjayakan Agenda Hijau di negeri Melaka. Pengalaman MTN membangunkan dan merealisasikan Agenda Hijau Melaka telah dikongsi bersama peserta seminar atau bengkel teknologi hijau yang telah diadakan pada November 2016 yang lepas.

Hasil daripada seminar atau bengkel tersebut, pembangunan industri teknologi hijau Kelantan dapat dibahagikan kepada 4 kluster iaitu; tenaga boleh baharu/kecekapan tenaga, mobiliti hijau, bio-degradasi dan bandar pintar.

Pihak KUM telah melibatkan diri dalam membangunkan tenaga boleh baharu seperti projek hidrokecil dan projek ladang suria bersama beberapa pelabur yang berpotensi. Pada masa ini, projek-projek tersebut telah mendapat kelulusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan untuk KUM dan rakan usahasamanya menjalankan kajian akhir sebelum memulakan pembangunan fizikal projek-projek ini. KUM kini ingin meluaskan lagi

eksplorasi dalam bidang tenaga hijau dan berhasrat untuk memulakan pembangunan mobiliti hijau dan kecekapan tenaga di negeri Kelantan dengan kerjasama daripada MTN.

Melalui Program Sustainable Technology for Resillient, Innovative and Knowledgeable Enterprise (STRIKE), MTN telah mengenal pasti pemain utama (anchor) dalam industri mobiliti hijau dan di antaranya ialah Syarikat Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM).

Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM) adalah sebuah syarikat pemasangan kenderaan Energy Efficient Vehicle (EEV) yang ditubuhkan pada 14 Februari 2013 di Gurun, Kedah.

Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk pemasangan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan komersil serta pemasangan secara kontrak dan merupakan syarikat pertama di Malaysia yang dianugerahkan lesen pengilangan kenderaan cekap tenaga dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada April 2014.

Justeru itu, pihak KUM dan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah mengambil inisiatif untuk mengadakanv kerjasama dengan pihak GAM bagi membangunkan

Kelantan Utilities Mubaarakan, AKSB dan GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd Tandatangan MoU

teknologi mobiliti hijau dan kecekapan tenaga di negeri Kelantan.

AKSB juga tidak ketinggalan untuk mengambil peluang ini bagi meningkatkan kecekapan tenaga di loji-loji rawatan air milik AKSB di seluruh negeri Kelantan. Sehingga kini, pihak AKSB telah banyak mengambil langkah bagi memastikan kelancaran operasi memproses, merawat dan membekal air bersih kepada semua pengguna di negeri Kelantan termasuk menukar motor dan pam loji yang lama kepada yang berstatus motor berkecekapan tinggi.

Sehubungan dengan itu, pihak AKSB akan mengadakan kerjasama dengan pihak GAM untuk mengaplikasi penggunaan teknologi hijau dalam meningkatkan kecekapan tenaga khususnya di loji-loji rawatan air milik AKSB yang dijangkakan akan memberi penjimatan sekurang-kurangnya 30 peratus kepada penggunaan tenaga elektrik.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU)

di antara KUM, AKSB dan GAM pada hari itu telah disaksikan bersama oleh Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar, selaku Pengerusi KUM dan Datuk Nik Ahmad Faizul Abdul Mallek, Pengarah Urusan MTN. MoU ini ditandatangan oleh Haji Mahadi Haji Mokhtar, Pemangku Pengurus Besar KUM, Ir Haji Wan Mohd Zamri Wan Ismail, Pengurus Besar AKSB dan Wan Ahmad Wan Omar, Pengarah Eksekutif GAM.

Majlis tersebut menyaksikan tiga syarikat menandatangani dua MOU di mana KUM dan GAM menandatangani MOU bagi mengadakan kerjasama membangunkan mobiliti hijau dan kecekapan tenaga di negeri Kelantan.

Manakala KUM, GAM dan AKSB menandatangani MoU bagi mengadakan kerjasama untuk membangunkan kecekapan tenaga bagi peralatan atau komponen sistem pembekalan air di negeri Kelantan dan mempromosikan penggunaan meter air pintar yang telah diluluskan

oleh pihak berkuasa yang berkaitan. KUM merupakan syarikat milik

penuh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang ditubuhkan pada 29 November 2007.

Pada masa ini, anak syarikat dan syarikat bersekutu KUM adalah Air Kelantan Sdn Bhd, Majaari Services Sdn Bhd, Pengurusan Sisa Pepejal Mubaarakan Sdn Bhd, Sihhat-Afiat Sdn Bhd dan Kel-Intaaj Sdn Bhd. Menjadi matlamat KUM, sebagai pusat setempat pelaburan berkaitan industri utiliti serta teknologi hijau, membantu Kerajaan Negeri dalam membangunkan negeri Kelantan dengan menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk menarik para pelabur dalam industri ini.

Air Kelantan Sdn Bhd ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 dan merupakan anak syarikat milik penuh KUM yang bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti memproses, merawat dan membekal air bersih kepada lebih kurang 1.2 juta pengguna di negeri Kelantan.

Page 7: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 12 13

YB Dato’ Haji. Anuar Tan Abdullah, Exco kerajaan negeri merangkap Adun Kota Lama melawat tapak rumah kedai yang terbakar sambil menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Turut hadir Setiausaha DUN Kota Lama Hj Mortazi Ismail

YB Dato’ Haji Che Abdullah Mat Nawi, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan berdialog bersama perantauan dan penyampaian sijil perlantikan kepada duta-duta yang dilantik, di Hotel Grand Continental Kuching, Sarawak.

YB Dato’ Haji. Abdul Fattah Mahmood bersama peserta Kejohanan Badan Cantik, Mr Awang Selamat 2017, Program kali kedua secara tertutup itu diadakan di Dewan Putri Saadong, Hotel Grand Riverview disertai lebih 80 peserta dari seluruh Kelantan.

48 orang Amilin Amilat Sukarelawan Madinah Ramadhan bertugas membantu kutip derma sempena Majlis Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan di Madinah Ramadhan.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan membuat persembahan bunga silat ketika Festival

Silat Kebangsaan Negeri Kelantan 2017.

YB Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Hj Daud, menyampaikan baju raya untuk anak yatim dan armalah dalam Majlis

Penyampain Program JAHIT KASIH DUN Meranti 2017

YB Hjh Mumtaz binti Md. Nawi Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan, meraikan para jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)

sempena Hari Jururawat Sedunia, 12 Mei 2017.

YB Dato’ Haji Dr. Ramli Bin Mamat, meluangkan masa berjumpa dan menyampaikan buah tangan Sempena hari guru pada 16 Mei lalu sebagai ingatan dan tanda terima kasih kepada pendidik-pendidik di sekitar DUN Bunut Payong.

YB Dato’ Speaker mewakili YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan meraikan rombongan tuan-tuan Guru Pondok daripada Kedah di JKR 10 yg terdiri drp Mudir-mudir Pondok Kedah dan AJK Jabatan Mufti Kedah.

YB Dato’ Haji Takiyuddin Bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu, secara sukarela mengisi borang bantuan kepada mangsa kebakaran rumah kedai Di Pasar Pokok Pinang yang melibatkan 6 buah Kedai

YB Dato’ Haji Mohd Amar B. Nik Abdullah Timbalan Menteri

Besar Kelantan hadir ke Majlis Tandatangan Perjanjian

kerjasama Akademik antara KIAS dan Universiti Islam Madinah

menyaksikan 25 pelajar Kelantan ditawar tempat di Universiti

Islam Madinah setiap tahun.

YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang juga Pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC), Sihhat Afiat Sdn. Bhd ketika melakukan lawatan ke Kilang Pemprosesan Air Mineral Semulajadi milik Sihhat Afiat Sdn. Bhd bertempat di Daerah Jeli. Kilang Air Mineral Sihhat Afiat merupakan satu-satunya kilang air mineral di Negeri Kelantan.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan hadir menyampaikan amanat di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Anggota Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Kelantan tahun 2017 Seramai 100 orang penerima anugerah perkhidmatan cemerlang telah diberi sijil anugerah kecemerlangan dan

wang saguhati sebagai tanda penghargaan.

Rombongan Kaum TiongHwa dari Gombak Selangor yang melawat Kelantan bergambar beramai-ramai di depan kediaman rasmi Menteri Besar JKR 10.

Lensa

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Morak. Seperti biasa beliau mengikuti jejak Almarhum Tok Guru dengan berkhutbah tanpa membacakan teks khutbah bagi meninggalkan kesan yang lebih mendalam kepada hadirin yang hadir.

Lensa

Page 8: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 14 15

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyasarkan 5,000 pengunjung akan menghadiri Festival Silat Kebangsaan Negeri Kelantan bagi promosi pelancongan pada tahun ini.

Exco Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Kelantan, YB. Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman berkata, festival berkenaan dianjurkan kerajaan negeri menerusi Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) dengan kerjasama Pertubuhan Gabungan Seni Silat Warisan Nusantara (Waris).

”Festival ini bertempat di

Dewan Gelanggang Seni dengan penyertaan dari enam negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Kuala Lumpur dengan sasaran kira-kira 400 pesilat.

”Program seumpama ini sudah dianjurkan sebanyak empat kali dan tema kali ini ’Kelantan Di Hati’ yang diadakan secara percuma untuk pengunjungnya.

”Festival ini akan dimulakan dengan pertandingan Seni Silat Jatuh - Juara Antara Juara. Selain perarakan penuh pesilat berbusana tradisional di jalan utama bandar ini pada pagi

keesokannya,” katanya kepada pemberita, di pejabat TIC Negeri.

Turut hadir, Pengurus TIC Kelantan, Mohd Sabily Mohd Ramli @ Anuar dan Pengerusi Waris, Mohd Fauzi Abdul Aziz.

YB. Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Ab Rahman juga berkata, pihaknya akan mengadakan pameran sejarah silat, aktiviti pertubuhan silat dan kesenian senjata yang digunakan dalam seni bela diri Melayu.

Kata beliau, terdapat persembahan silat sepanjang hari di mana orang ramai berpeluang melihat sendiri keaslian pelbagai perguruan silat dari Kelantan dan luar negeri ini.

”Sekurang-kurangnya 10 perguruan silat tempatan mengambil bahagian antaranya Pertubuhan Seni Silat Terlak Tunggal, Pertubuhan Seni Silat Gayung Warisan, Pertubuhan Seni Silat Gayungman Segerak dan Pertubuhan Seni Silat Lintau bagi menunjukkan kehebatan mereka,” katanya.

Katanya, pihaknya berharap pengunjung terutama golongan muda tidak melepaskan peluang untuk mendekati barisan pesilat dan pendekar yang masih gigih mempertahankan warisan bangsa,” katanya.

PASR MAS- MAHAAD Tahfiz al-Quran Al-Ismailiah (Matais) Banggol Chicha, Pasir Mas yang terbakar baru-baru ini turut mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Sebanyak RM65,000 sumbangan yang disampaikan kepada Maahad tersebut melalui Timbalan Yang Dipertuanya, Dr Nik Azlan Nik Abdul Hadi

Sumbangan tersebut diterima Pengetua Matais, Ustaz Hamzah Ishak bagi membaik pulih bangunan yang rosak akibat kebakaran terbabit. Setiap mangsa yang terlibat juga menerima RM500 seorang. Dr Azlan melahirkan rasa syukur kerana semua pelajar terselamat dalam kejadian malang tersebut

“Sumbangan MAIK bertujuan mengurangkan bebanan yang ditanggung Matais” katanya. Ustaz Hamzah melahirkan ucapan terima kasih kepada MAIK atas sumbangan diberikan bagi meringankan beban ditanggung pelajar terlibat.

Selain itu katanya sumbangan berkenaan juga akan digunakan

untuk membaik pulih asrama yang terbakar tersebut.

Sementara itu orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan melalui Bank Islam Malaysia Berhad 03027020189897 atau Bank Simpanan Nasional 0355041000016137 atas nama Madrasah Tahfiz al-Quran Al-Ismailiah.

MAIK BANTU MAHAAD TAHFIZ TERBAKAR

FESTIVAL SILATPENYAMBUNG TRADISI

KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) iaitu Kelantan Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM), sedang aktif menjalankan peranannya sebagai platform untuk menarik para pelabur dalam industri teknologi hijau di Negeri Kelantan di samping memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan dan manfaat daripada penggunaan teknologi hijau di dalam aktiviti seharian mereka.

Terkini, pihak KUM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kerjasama dengan pihak Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GAM) bagi membangunkan teknologi mobiliti hijau dan kecekapan tenaga di Negeri Kelantan. Salah satu elemen dalam mobiliti hijau ialah Food Truck. Oleh itu melalui kerjasama ini, KUM akan menjadi pembekal food truck yang

dipasang oleh GAM kepada usahawan yang berminat di Negeri Kelantan.

Sehubungan dengan itu, pihak KUM pada permulaan ini telah mengadakan kerjasama dengan Majlis Perbadanan Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) bagi menjayakan Kempen Pemilikan Food Truck di Negeri Kelantan. Selepas ini ianya akan disusuli dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain. Program ini bertujuan bagi membantu mempermudahkan peniaga kecil untuk memiliki food truck atau menjadi usahawan bergerak (mobile entrepreneur) dan seterusnya memudahkan mereka memperolehi lesen dan tempat berniaga.

Selain daripada bekerjasama dengan kedua-dua agensi berkenaan, bagi memastikan kejayaan kempen ini dan melengkapkan ekosistem perniagaan bergerak dengan menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak yang berkepentingan

iaitu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan lain-lain agensi pembiayaan sebagai pihak yang menyediakan dana untuk usahawan memiliki food truck ini.

U s a h a w a n - u s a h a w a n tempatan yang menguruskan tempat (event management) bagi menyediakan pelanggan untuk usahawan-usahawan bergerak ini.

Objektif pemilikan food truck ini adalah untuk mengadakan suasana perniagaan yang berdaya saing dan menarik, memastikan lokasi perniagaan sentiasa bersih, meluaskan pasaran dan membina jenama produk yang diniagakan, dan peningkatan dalam pendapatan serta taraf hidup peniaga.

Majlis Pelancaran Kempen Pemilikan Fooad Truck dirasmikan oleh Dato’ Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan yang turut dihadiri oleh usahawan dan peniaga kecil yang merupakan kumpulan sasar program ini.

Majlis Pelancaran Kempen Pemilikan Food Truck Di Negeri Kelantan

Page 9: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 16 17

MARHAENISME – PENYELESAIAN ISU GOLONGAN MISKIN DI INDONESIA

Marhaenisme memiliki sembilan dasar dari pokok-pokok mengenai marhaen, dan berikut adalah di antara perinciannya; 1. Yang pertama adalah pengertian ‘marhaen’ itu sendiri. Marhaen dilambangkan dengan petani gembel di Dayeuh Kolot itu dan memiliki pengertian berbeza dengan proletariat dari ajaran Marxis. Jika proletariat dalam ajaran Marxis ialah kaum yang tidak memiliiki sarana-sarana produksi dan hanya menjual tenaganya pada pemilik modal, maka pengertian marhaen lebih luas.

Marhaen adalah orang yang ditindas dan dimelaratkan oleh sistem feudalisme, kapitalisme, dan imperialisme. Jadi, selain buruh seperti pada pengertian Marxis, termasuk juga di dalamnya para petani yang meski memiliki sarana-sarana produksi tetapi tetap miskin, pedagang kecil, nelayan, tukang becak, tukang gerobang, bakul pecel, bakul jamu, pengasong dan lain-lain.

2. Yang kedua adalah ajaran tentang sosio-nasionalisme dan sosio-demokrasi. Sosio-nasionalisme merupakan ajaran tentang nasionalisme yang mempunyai ciri yang khas. Tujuannya adalah menyatukan seluruh bangsa Indonesia dan membebaskannya dari segala penindasan dan penjajahan. Oleh kerana bangsa Indonesia hampir seluruhnya kaum marhaen, maka nasionalismenya adalah nasionalisme marhaen atau disebut sosio-nasionalisme.

Menurut Soekarno, nasionalismenya bukanlah nasionalisme ‘ngelamun’ atau nasionalisme ‘kemenyan’, namun nasionalisme yang dua kakinya berdiri di dalam masyarakat.

Nasionalismenya mempunyai ciri khas iaitu nasionalisme yang bebas dari segala bentuk penjajahan dan penindasan di segala bidang. Secara umum nasionalismenya mengakui persamaan hak manusia dan persamaan hak bangsa-bangsa. Dengan demikian sosio-nasionalisme boleh dikatakan adalah nasionalisme yang anti-kapitalisme dan anti-imperialisme.

Menurut Soekarno, ia mengahwinkan nasionalisme di dunia Timur dan Marxisme yang menghasilkan suatu nasionalisme baru yang hidup di kalangan rakyat marhaen Indonesia. Sementara itu, sosio-demokrasi merupakan gagasan reaktif Soekarno terhadap demokrasi barat. Soekarno memahami demokrasi di barat merupakan demokrasi yang lahir dari faham liberalisme.

Faham liberalisme dimengerti Soekarno sebagai ajaran yang hanya memberikan kebebasan di bidang politik, namun tidak menjamin kebebasan di bidang ekonomi. Soekarno menunjuk bahawa di negeri- negeri yang menganut demokrasi parlementer liberal, kapitalisme merajalela. Soekarno memberikan alternatif terhadapnya, iaitu demokrasi di bidang politik sekaligus demokrasi di bidang ekonomi.

Soekarno sangat terpengaruh oleh idea ini. Namun jauh sebelum ia mengenal pemikiran-pemikiran barat, telah tertanam dalam diri Soekarno konsep-konsep Jawa. Salah satu konsep Jawa yang kuat tertanam dalam dirinya adalah konsep tentang Ratu Adil yang bersifat mesianik. Bersama dengan Marxisme maka konsep Ratu Adil ini tersintesis dalam Marhaenisme. Marhaenisme mahu menjadi ajaran yang mengubah nasib bangsa Indonesia pada waktu itu.

Marhaenisme mahu membebaskan bangsa Indonesia dari segala penindasan dan penghisapan dari sistem-sistem yang ada. Soekarno melihat sistem-sistem yang menindas tersebut adalah feudalisme, kapitalisme dan imperialisme Belanda yang dapat dipandang sebagai salah satu bentuk kapitalisme pula. Dengan kata lain, Marhaenisme juga merupakan praksis pembebasan sebagaimana Marxisme.

Pemikirannya tentang itu dituangkannya dalam salah satu dari tulisannya bertajuk “Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme” dalam Suluh Indonesia Muda pada tahun 1926. Jauh di kemudian hari pada awal tahun 1960-an ajarannya tentang Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme tersebut tergeser dan terkenal menjadi Nasionalis, Agama dan Komunis atau yang dikenal dengan NASAKOM. Persatuan nasional merupakan hal yang fundamental dalam pemikiran Soekarno.

Dalam tulisan tahun 1926 itu, ia menggambarkan bahawa betapa tragisnya nasib bangsa-bangsa terjajah. Kemerdekaan bangsa yang waktu itu menjadi Spirit of Asia, dengan demikian menjadi satu-satunya jalan keluar. Dan kemerdekaan Indonesia hanya dapat dicapai melalui persatuan nasional Indonesia. Selanjutnya Soekarno melihat bahawa pada waktu itu ada tiga sifat yang menjadi nyawa pergerakan Indonesia dalam mencapai kemerdekaan iaitu Nasionalistis, Islamistis dan Marxistis.

Memang ada jurang-jurang perbezaan antara sifat-sifat itu. Soekarno sendiri menulis ia tidak tahu bagaimana wajah

persatuan itu dan bagaimana tercapainya persatuan itu, namun intinya Kapal-Persatuan itu tidak boleh pecah dalam membawa bangsa Indonesia menuju kemerdekaannya. Soekarno mengacu faham kebangsaannya pada pemikiran Ernest Renan, seorang ahli falsafah dan pujangga yang mengatakan bahawa yang dinamakan “bangsa” adalah suatu asas akal yang terjadi dari dua hal, iaitu: rakyat yang menjalani riwayat atau sejarah yang sama, dan kedua, rakyat itu mempunyai keinginan hidup menjadi satu.

Di samping itu, gagasan persatuan yang menggerakkan Soekarno ini sudah tertanam beradad-abad dalam falsafah Jawa. Berangkat dari situ, ia memberikan kepada golongan-golongan yang berbeza dari pergerakan Indonesia tersebut suatu “tujuan bersama” yang baru. Soekarno memberikan sudut pandang dari ketiga aliran itu tentang bagaimana seharusnya persatuan nasional difahami. Mengacu pada pemikiran Renan, maka menurut Soekarno seharusnya ketiga golongan yang ada bisa saling merapatkan diri kerana ketiganya mengalami sejarah penderitaan yang sama dan ketiganya memiliki kemahuan untuk hidup menjadi satu.

Lalu bagaimanakah hubungan Marhaenisme dengan faham Soekarno yang satu ini? Ada beberapa kesamaan antara faham marhaenisme dengan faham Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme ini. Pertama, keduanya berbicara tentang nasionalisme. Keduanya memahami bahawa persatuan nasional menjadi syarat utama bagi kemerdekaan Indonesia. Kedua, selain unsur nasionalisme kedua-duanya juga melibatkan unsur Marxisme dalam ajarannya. Walaupun demikian ada pula perbezaan yang mendasar pada keduanya. Perbezaan itu antara lain; Nasionalisme, Islamisme dan Marxisme atau yang kemudian dikenal dengan NASAKOM merupakan ajaran tentang persatuan nasional Indonesia atau ajaran tentang faham kebangsaan Indonesia.

Marhaenisme merupakan ajaran yang mencakup hal lebih luas yang tujuan akhirnya adalah mencapai masyarakat Indonesia yang adil dan makmur. Nasionalisme hanya merupakan salah satu unsur sahaja dalam ajaran Marhaenisme. Dalam Marhaenisme, selain nasionalisme tercakup pula pokok-pokok lain seperti yang sudah dihuraikan dalam bagian awal. Dalam faham Soekarnoisme tersebut, Marxisme dipandang sebagai salah satu unsur penting dalam membangun persatuan nasional.

Oleh : Azhar Che Lah

Sambungan...

KERAJAAN NEGERI PRIHATINPASIR MAS- Kerajaan Negeri hari ini, mengambil inisiatif memberi peluang kepada rakyat Kelantan untuk memiliki rumah kediaman sendiri. Untuk itu, sebanyak 64 unit rumah teres akan di bina di Meranti bagi kemudahan rakyat sekitar sini. Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob di Jajahan Pasir Mas, Kelantan

Majlis dimulakan dengan solat hajat yang diimami oleh YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar. Turut hadir ke majlis tersebut adalah,

YB Dato’ Hj Mohd Nassuruddin Haji Daud ADUN Meranti, YB Dato’ Abdullah Ya’kub Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Dato’ Hj Hanifa Ahmad, YB Abd Rahman Yunus, YB. Shahidani bin Abd Aziz @ Juned Penasihat Undang-Undang Negeri dan dari jabatan- jabatan kerajaan.

Selesai majlis perasmian tersebut, orang ramai berpusu-pusu mendapatkan borang bagi memiliki rumah yang bakal dibina nanti. Sebanyak 65 buah rumah yang akan dibina untuk Rumah Mampu Milik Kelantan Meranti ini.

YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Hj Ahmad Yakob mengimami solat hajat Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Mampu Milik Kelantan di Meranti.

Page 10: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 18 19

KOTA BHARU - Kerajaan negeri mewakili seluruh rakyat Kelantan merakamkan ucapan syukur di atas kejayaan Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat.

Menteri Besar Kelantan, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad Bin Yakob berkata, perbahasan usul berkenaan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Haji Takiyuddin Bin Hassan juga sangat jelas dan memberi mesej yang berkesan kepada ramai Ahli-Ahli Dewan Rakyat termasuk

Speaker Dewan Rakyat sendiri. “Pada dasarnya pindaan ini adalah

selari dengan kehendak perlembagaan bagi memperkasakan tuntutan agama Islam yang menjadi agama rasmi persekutuan sebagaimana Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sepatutnya sudah lama akta ini diberi nafas baru setelah diluluskan sejak 52 tahun yang lalu dan ia hanya dipinda sekali iaitu pada tahun 1984. Pindaan kali ini adalah untuk meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukum syarak yang sememangnya sudah termaktub

dalam Al-Quran dan Al- Sunnah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kerajaan negeri, melahirkan perasaan gembira dengan kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan usul tersebut setelah sekian lama berusaha untuk melaksanakannya.

Bersesuaian dengan Kelantan yang meletakkan dasar Membangun Bersama Islam, maka segala usaha pemerkasaan tuntutan syariah menjadi keutamaan negeri ini dan kejayaan pembentangan usul pindaan tersebut adalah suatu langkah pertama untuk memartabatkan Mahkamah Syariah di Malaysia.

KERAJAAN NEGERI BERSYUKUR RUU355 DIBENTANGKAN

KOTA BHARU- YB Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam bin Ab Rahman, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Perbadanan Muzium Kelantan ketika menyampaikan hadiah cabutan bertuah sempena Pameran Artifak Rasulullah dan Para Sahabat r.hum yang telah diadakan pada 15 Oktober 2016 hingga 30 November 2016. Seramai 20 orang bertuah telah menerima cabutan pakej umrah, Al-Quran Digital untuk 20 penerima dan 30 orang menerima set sejadah dan kain sembahyang wanita. Nilai pakej umrah yang disediakan

kepada penerima berjumlah RM 140,000 untuk 20 orang.

Dalam waktu yang sama, Dato’ Md Anizam turut mengadakan sidang media bagi beberapa aktiviti dan pameran yang diadakan oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan. Pameran seperti Peranakan Cina Kelantan yang diadakan selama 3 bulan bermula 15 Mac hingga 15 Jun 2017 dan Pameran Karikatur Antarabangsa (International Caricature Exhibition of Kelantan) yang berlangsung di Balai Seni Lukis Kelantan mulai 1 Mac hingga 1 Jun 2017.

MUZIUM SEBAGAI PUSAT INFORMASI, WARISAN DAN KEBUDAYAAN

Dato’ Md Anizam turut menzahirkan harapan agar Muzium Negeri Kelantan dapat dijadikan tempat rujukan dan kajian kepada orang ramai, serta pelancong disamping dijadikan pusat informasi warisan dan kebudayaan Negeri Kelantan.

Turut hadir, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Ketua Penolong Setiausaha (Kebudayaan & Pelancongan) dan Ustaz Dr Mohd Azhar Abdullah daripada Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang, ketika membentangkan usul pindaan Akta 355 di Dewan Rakyat

Page 11: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 20 21

KOTA BHARU- JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) mencadangkan supaya kerajaan menginstitusikan solat sebagaimana haji dan zakat bagi memastikan penghayatan masyarakat lebih serius.

Pengarahnya, Dato’ Che Mohd Rahim Jusoh berkata, langkah berkenaan begitu penting kerana ia merupakan Rukun Islam. Katanya usaha kerajaan negeri melaksanakan sambutan Bulan Solat sejak dahulu sehingga sekarang bagi merealisasikan hasrat tersebut.

”Kita mencadangkan satu institusi ditubuh yang memberi fokus khusus kepada solat sepertimana diinstitusikan ibadat haji dan zakat.

”Jika ia dapat dilakukan, kita yakin bahawa solat mampu menyelesaikan masalah yang sedang

berlaku dalam masyarakat sekarang,” katanya pada sambutan Bulan Solat dan Ambang Ramadan di Kompleks Balai Islam Lundang Kota Bharu.

Turut hadir Timbalan Speaker, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, anggota Exco, YB. Mejar (B) Dato’ Haji Md Anizam Abd Rahman dan Yang

Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Dato’ Mohd Zamri Ismail.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB. Dato Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud.

JAHEAIK CADANG INSTITUSI KHAS JAGA SOLAT

PASIR PUTEH - Sukan merupakan medium terbaik untuk memupuk semangat patriotisme dalam kelompok masyarakat selain berfungsi menyemai gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

Walaupun menghadapi kesibukan dalam mengejar urusan, masyarakat seharusnya bijak dalam mencari ruang untuk beriadah. Malah, aktiviti sukan

ini juga merupakan medium terbaik untuk mengeratkan silaturahim.

Oleh itu, kejohanan badminton khusus untuk penduduk Kampung Lepah, Selising sentiasa diadakan. Malah, program ini mendapat sambutan baik dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat setiap kali penganjurannya.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pasir

SUKAN PENYATU MASYARAKAT

KOTA BHARU- SELEPAS kejayaan kerjasama akademik kerajaan Kelantan dengan Turki dan Arab Saudi, kini Tunisia turut membuka peluang kepada pelajar dari negeri ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB. Dato’ Haji Mohd Amar Bin Haji Abdullah berkata, rakyat Kelantan bakal berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di Tunisia tidak lama lagi.

Katanya, pada dasarnya universiti di negara berkenaan bersetuju menerima pelajar Kelantan yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti Zaytuna.

“Menariknya, universiti berkenaan akan mengenakan bayaran yuran sama seperti rakyat mereka iaitu antara RM300 hingga RM500 setahun.

“Sehingga kini seramai 11

pelajar Malaysia belajar di sana,” ujarnya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan 2016 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan(Putik),

Seramai 755 pelajar cemerlang SPM, STAM dan STPM 2016 menerima cenderahati kerajaan negeri sebanyak RM500 seorang.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB. Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, anggota-anggota Exco kerajaan negeri dan Pengarah YIK, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus.

Selain itu, menurut beliau, peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam turut terbuka di Universiti Islam Madinah, Morocco, Turki, Mesir dan Jordan.

PELAJAR KELANTAN BERPELUANG TIMBA ILMU DI TUNISIA

KOTA BHARU- RANCANGAN kerajaan negeri untuk membangunkan projek Lembah Binjai di Kubang Kerian akan dilakukan secara berperingkat dengan keluasan 45 ekar sebagai permulaan di zon A, di Mukim Chepa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demit, YB. Hajjah Mumtaz Bt. Md Nawi berkata, projek tersebut hanya melibatkan kira-kira 12 kediaman penduduk.

Katanya, projek itu bukan dilaksanakan sekali gus di kawasan seluas 250 ekar seperti yang cuba

digambarkan sesetengah pihak. ”Lagi pun projek itu belum

muktamad lagi. Sekarang masih lagi di peringkat perbincangan.

Kalau tidak setuju penduduk terlibat boleh mengemukakan surat dan kita cuba meminta kerajaan tidak melibatkan mereka,” katanya pada program ceramah di Simpang Empat Binjai, Kubang Kerian.

Sebelum ini ada sesetengah pihak yang cuba membantah projek tersebut dengan menganggap ia boleh menjejaskan penduduk.

YB Mumtaz yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, projek di Mukim Chepa hanya sebagai permulaan sebelum diteruskan ke lokasi lain.

Menurutnya juga sesetengah penduduk terlibat awal-awal lagi menyatakan persetujuan terhadap pengambilalihan tanah mereka biar pun projek itu belum lagi dibawa bagi kelulusan merancang.

“Rakyat sedar mereka akan menikmati hasil daripada pembangunan lembangan Sungai Pengkalan Datu terutamanya berkaitan aktiviti pelancongan,” ujarnya.

PROJEK LEMBAH BINJAI TIDAK MENGANIAYAI PENDUDUK

Puteh, Tuan Mohd Saripudin berkata, beliau melihat sukan sebagai indikator penting sabagai alat perpaduan.

“Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas,” tambah beliau selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Badminton Muhibah Anak Jati Kampung Lepah di Dewan Utama Majlis Daerah Pasir Puteh.

LensaYAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan selepas menyampaikan tazkirah dan merasmikan Ihya’ Ramadhan di Madinah Ramadhan semalam. Dimajlis yang turut dihadiri oleh kepimpinan Kerajaan Negeri tersebut, turut disempurnakan pelancaran tong sampah kitar semula berkonsepkan buang dan tebus tunai. Dengan kaedah yang diperkenalkan ini secara tidak langsung mendidik masyarakat membuang sampah secara berhemah sekaligus menjaga alam sekitar. YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan turut membuat perasmian U-Bes cafe dilokasi berkenaan.

Page 12: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 2017 SHAABAN 1438H | MEI 2017 22 23

சமூக நல ‘Kebajikan Rakyat’

க ொத்த பொருவில் சேர்ந்த திருதி. ஜொன ி ற்றும் திரு. சதவன் (ஒரு விபத்தில் முடங் ிப் சபொன ஒரு இளளஞன்). க ளரவ. டத்சதொ ஹொஜி அன்வர் டொன் பின் அப்துல்லொ (ஆட்ேி ன்ற ள த்கதொழில், வர்த்த , ஒருளப்பொடு ற்றும் வளர்ச்ேி நிதி), மூலொ ிளந்தொன் ொநில அரசு

ொசேொளல உதவி.

Tamil Sebutan Versi Melayu Penterjemahan ககொத்த பொருவில் Kota Bharuvil Di Kota Bharu

திருதி. ஜொனகி ற்றும் திரு. ததவன்

Thirumathi Janaki Mattrum Thiru Devan

Pn Janaki dan En. Devan

ஒரு விபத்தில் முடங்கிப் தபொன ஒரு இளைஞன்

Ore vibattil mudangi pona ore ilainyan

Pemuda yang lumpuh akibat teribat dalam kemalangan

க ளரவ. டத்சதொ ஹொஜி

அன்வர் டொன் பின் அப்துல்லொ

(ஆட்ேி ன்ற ள த்கதொழில்,

வர்த்த , ஒருளப்பொடு ற்றும்

வளர்ச்ேி நிதி), மூலொ

ிளந்தொன் ொநில அரசு

ொசேொளல உதவி.

Gaurava. Dato Haji Anuar Tan B. Abdullah (atchi mandra kaitholil, varthaga, orumaipadu mattrum valarchi nithi) mulamaga Kelantan manila arasu kasolai uthavi

Kerajaan Negeri Kelantan meyampaikan cek bantuan melalui YB. Dato Haji Anuar Tan B. Abdullah ( Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan

Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) bersama Unilever Food Solutions manganjurkan

Chefmanship Akademi

哥打峇鲁市议会与联合利华饮食策划首次携手合作,在哥打峇鲁市议会银喜礼堂举办厨师技能

培训课程。这项活动由吉兰丹州地方政府、屋业及青体委员会主席拿督阿都法达马末主持开幕。

此活动获逾 400名贩商参与。

Bahasa Cina Sebutan Versi Melayu Penterjemahan 哥打峇鲁市议会与联合利华

饮食策划

Gē dǎ bā lǔ shì yìhuì yǔ

liánhé lì huá yǐnshí cèhuà

Majlis Perbandaran

Kota Bharu (MPKB) bersama

Unilever Food Solutions

首次携手合作 shǒucì xiéshǒu hézuò, kali pertama bekerjasama

在哥打峇鲁市议会银喜礼堂 zai gē dǎ bā lǔ shì yìhuì yín

xǐ lǐtáng

Di dewan Jubli Perak MPKB

联办厨师技能培训课程 lián bàn chúshī jìnéng

péixùn kèchéng..

Menganjurkan Chefmanship

Akademi

这项活动由吉兰丹州地方政

府、屋业及青体委员会主席拿

督阿都法达马末主持开幕

Zhè xiàng huódòng yóují lán

dān zhōu dìfāng zhèngfǔ, wū

yè jí qīng tǐ wěiyuánhuì

zhǔxí ná dū ā dōu fǎ dá mǎ

mò zhǔchí kāimù.

Program ini dirasmikan oleh

Yang Berhormat Datuk Haji

Abdul Fattah Mahmood,

Pengerusi Jawatankuasa

Kerajaan Tempatan,

Perumahan, Belia dan Sukan

Negeri Kelantan

此活动获逾 400名贩商参与 Cǐ huódòng huò yú 400 míng

fàn shāng cānyù

Seramai 400 orang peniaga

mengambil bahagian.

Page 13: SYAABAN 1438H - upknkelantan.comupknkelantan.com/download/buletin_mei2017.pdf · bertajuk Peranan Mahasiswa/wi di PEKAN BARU, RIAU- YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan,

SHAABAN 1438H | MEI 201724

Tahun Ke-26 | ISSN 1311-6891 | REJAB - SYAABAN 1437H | APRIL - MEI 2016 | EDARAN PERCUMA | Bil 174

Tahun Ke-27 | ISSN 1311-6891 | SHAABAN 1438H | MEI 2017 | EDARAN PERCUMA | Bil 181

KOTA BHARU- Apabila tiba bulan Ramadhan. pastinya menjadi bulan yang sangat bermakna bagi semua umat Islam. Satu program Gema Ambang Ramadhan telah diadakan bertempat di KB Mall. Program kerjasama Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam dan Konfederasi NGO Kelantan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang awam yang berkunjung ke majlis tersebut.

Antara lain pada majlis berkenaan adalah, membicarakan topik Ramadhan dengan melibatkan isu-isu kebersihan dan alam sekitar dalam Program Gema Ambang Ramadhan. Selain itu turut juga membicarakan program-program lain yang memberi manfaat sepajang bulan Ramadhan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO Negeri Kelantan, YB. Dato’ Dr Haji Ramli Bin Mamat bersama Yang Dipertua Majlis

Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Dato’ Zamri Ismail.

Gema Ambang Ramadhan menampilkan tujuh orang tetamu yang berbual santai pelbagai topik terutama kaitan puasa terdiri daripada ustaz, ahli farmasi dan dietitian. Sepanjang program ini dikendali oleh lima orang perantara. Empat daripadanya adalah finalis program realiti kerajaan negeri, Ekspresi Kalam Pemidato Muda.

Program ini juga turut diserikan dengan pelbagai persembahan hiburan mendidik selain beberapa pameran agensi kerajaan.

BICARA AMBANG RAMADHAN 2017/1438H