Syair Cintai Alam Sekitar

2
Syair Cintai Alam Sekitar Maksud Rangk ap Huraian 1 Pesanan seorang kakak kepada adiknya supaya menyintai dan menjaga alam sekitar agar persekitaran menjadi indah dan tiada pencemaran. 2 Kempen kebersihan hendaklah dihayati agar dapat menikmati udara yang bersih,badan yang sihat serta negara dalam keadaan aman. 3 Rakyat perlu menjadi manusia yang bertimbang rasa dan membuat jasa kepada alam. 4 Keadaan tersebut membolehkan kita berehat atau berkelah pada hari minggu. 5 Berlakulah pencemaran yang amat serius dan keadaan tersebut haruslah diatasi dengan segera. 6 Amalan meludah dan membuang sampah di merata-rata tempat harus ditegah. Perbuatan menghisap rokok dan menagih najis dadah merupakan perbuatan terkutuk dan perlu dicegah. 7 Pokok-pokok balak ditebang secara berleluasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Setiap pembanguan hendaklah dirancang dengan teliti dan mementingkan kualiti. 8 Pemandangan yang cantik menjadi daya tarikan pelancong dan mampu meningkatkan pendapatan negara. 9 Bumi ini amanah Tuhan dan kita tidak seharusnya membuat kerosakan kerana boleh mengancam nyawa dan kesihatan. 10 Kita perlu mengelakkan kemurkaan Tuhan yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita. 11 Kita mesti menghayati dengan perasaan bersyukur nescaya akan dilimpahi dengan pelbagai kurnia daripada Tuhan. 12 Manusia tergamak membuat kerosakan di dunia ini,banyak pencemaran telah dilakukan menyebabkan tanah, sungai, parit, lautan dipenuhi dengan kekotoran. 13 Tanamkan dalam jiwa dengan satu iltizam iaitu tidak akan melakukan pencemaran. Flora dan fauna akan selamat dan kehidupan di dunia ini akan aman sejahtera. 14 Kita harus menggunakan fikiran dan kreativiti untuk mengindahkan alam ini supaya alam akan kelihatan indah dan kehidupan lebih harmoni.

Transcript of Syair Cintai Alam Sekitar

Syair Cintai Alam SekitarMaksud Rangkap 1 2 3 4 5 Huraian Pesanan seorang kakak kepada adiknya supaya menyintai dan menjaga alam sekitar agar persekitaran menjadi indah dan tiada pencemaran. Kempen kebersihan hendaklah dihayati agar dapat menikmati udara yang bersih,badan yang sihat serta negara dalam keadaan aman. Rakyat perlu menjadi manusia yang bertimbang rasa dan membuat jasa kepada alam. Keadaan tersebut membolehkan kita berehat atau berk elah pada hari minggu. Berlakulah pencemaran yang amat serius dan keadaan tersebut haruslah diatasi dengan segera. Amalan meludah dan membuang sampah di merata -rata tempat harus ditegah. Perbuatan menghisap rokok dan menagih najis dadah merupakan perbuatan terkutuk dan perlu dicegah. Pokok-pokok balak ditebang secara berleluasa mengakibatkan kejadian tanah runtuh. Setiap pembanguan hendaklah dirancang dengan teliti dan mementingkan kualiti. Pemandangan yang cantik menjadi daya tarikan pelancong dan mampu meningkatkan pendapatan negara. Bumi ini amanah Tuhan dan kita tidak seharusnya membuat kerosakan kerana boleh mengancam nyawa dan kesihatan. Kita perlu mengelakkan kemurkaan Tuhan yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita. Kita mesti menghayati dengan perasaan bersyukur nescaya akan dilimpahi dengan pelbagai kurnia daripada Tuhan. Manusia tergamak membuat kerosakan di dunia ini,banyak pencemaran telah dilakukan menyebabkan tanah, sungai, parit, lautan dipenuhi dengan kekotoran. Tanamkan dalam jiwa dengan satu iltizam iaitu tidak akan melakukan pencemaran. Flora dan fauna akan selamat dan kehidupan di dunia ini akan aman sejahtera. Kita harus menggunakan fikiran dan kreativiti untuk mengindahkan alam ini supaya alam akan kelihatan indah dan kehidupan lebih harmoni.

6

7

8 9 10 11 12

13

14

Tema Saranan supaya kita menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar agar terhindar daripada masalah pencemaran. Persoalan a) Tanggungjawab menjaga alam sekitar agar tidak berlaku pencemaran. b) Kepentingan alam sekitar kepada manusia. c) Keindahan alam sekitar di negara kita menjadi tarikan pelancong. d) Kebersihan persekitaran berkait dengan kesihatan rakyat negara ini. e) Alam sekitar merupakan amanah Tuhan. Bentuk a) Terdiri daipada 14 rangkap b) Empat baris serangkap c) Empat hingga lima patah perkataan bagi setiap baris d) 9-12 suku kata sebaris e) Berbentuk terikat atau tidak bebas f) Setiap baris adalah maksud g) Rima akhir: a-a-a-a Gaya Bahasa dan Unsur Bunyi a) Personifikasi : Ombak berlagu memukul pantai : Lapisan ozon semakin derita b) Sinkof : Aduhai adikku kakak berpesan : Kelak dirimu jadikan panduan c) Inversi : Indah pemandangan destinasi pelancongan (Pemandangan indah destinasi pelancongan) : Kepada alam membuat jasa (Membuat jasa kepada alam) : Sihat badan wajah berseri (Badan seihat wajah berseri) d) Unsur alam/ Imejan: Tanah, sungai, parit, lautan , udara dan ombak e) Asonansi : Air sungai mengalir damai (vokal i) : Jadilah warga bertimbang rasa (vokal a) f) Aliterasi : Kebakaran dan kilang punca angkara (konsonan k) : Indah pemandangan destinasi pelancongan (konsonan n) Nilai a) b) c) d) e)

Cinta akan negara Cintai akan alam sekitar Bertanggungjawab Kesyukuran Bertimbang rasa

Pengajaran a) Kita hendaklah mencintai alam sekitar dengan menjaga kebersihannya. b) Kita hendaklah bersyukur dan menghargai alam sekitar pemberian Tuhan. c) Kita mestilah menghindari perbuatan negative seperti menghisap rokok dan menagih dadah. d) Kita hendaklah bertanggungjawab untuk memastikan khazanah di dunia ini termasuk tumbuhan dan haiwan tidak pupus dan tercemar.