SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

12
SYAIR DEFINISI SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL ORANG BERAKAL

description

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL. Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Orang yang berakal @ cerdik dianggap mulia oleh masyarakat & menyamai orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikutnya akan hidup bahagia. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Page 1: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

SYAIR DEFINISI SYAIR DEFINISI ORANG BERAKALORANG BERAKAL

Page 2: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangatlah mulia,Orang berakal sangatlah mulia,Pakaian anbia dan aulia,Pakaian anbia dan aulia,Barang siapa mengikut dia,Barang siapa mengikut dia,Itulah tanda orang bahagia.Itulah tanda orang bahagia.

Orang yang berakal @ cerdik dianggap mulia oleh masyarakat & menyamai orang alim. Sesiapa yang menjadi pengikutnya akan hidup bahagia.

anbia – para nabi Aulia – orang yang dipilih Allah swt untuk mendapat pertolonganNya

Page 3: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Kerana ia akalnya tajam,Kerana ia akalnya tajam,Menjadi kepala bela bermacamMenjadi kepala bela bermacamJikalau mata melihatkan kejam,Jikalau mata melihatkan kejam,Disebutlah jalannya ia tersunjam.Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Orang yang berakal akan membela sesiapa sahaja yang dianayai. Si pelaku akan menerima balasan yang setimpal dengan kekejaman yang telah dilakukannya.

tersunjam – jatuh kepala dahulu/tersungkur

Page 4: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Telek pandangan dengan makrifat,Telek pandangan dengan makrifat,Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,Tiada mengasihi orang yang jahat,Tiada mengasihi orang yang jahat,Takut Takut akhirnyaakhirnya menjadi fazihat. menjadi fazihat.

makrifat – ilmu mengenai sesuatu

fazihat – aib, cela, nista

Orang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia tidak akan bersahabat dengan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan perangai jahat orang itu.

Page 5: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Sebagai lagi tanda berakal,Sebagai lagi tanda berakal,Perintah syarak tidak menyangkal,Perintah syarak tidak menyangkal,Menjauhkan tamak hendak tawakal,Menjauhkan tamak hendak tawakal,Ibanya tahu dunia tak kekal.Ibanya tahu dunia tak kekal.

syarak – hukum-hukum yang ditetapkan agama

Ibanya – belas kasihan, terharu, sedih, pilu

Orang yang berakal akan mengikut hukum-hukum agama, berserah kepada Allah swt dan sedih kerana dunia tidak kekal.

Page 6: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Jika ia dikasihi raja,Jika ia dikasihi raja,Tiadalah ia melanja-lanja,Tiadalah ia melanja-lanja,Tiadalah menyombong pada bekerja,Tiadalah menyombong pada bekerja,Dengan taulannya bersamaan sahaja.Dengan taulannya bersamaan sahaja.

melanja-lanja – berjalan-jalan sesuka hati

Jika orang yang berakal dikasihi pembesar atau raja, dia tidak berseronok tidak tentu hala, tidak sombong dan menganggap sahabat sama taraf seperti dirinya.

Page 7: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Apabila raja kasih sangat,Apabila raja kasih sangat,Makin itu makin ia ingat,Makin itu makin ia ingat,Segala taulannya hatinya dihambat,Segala taulannya hatinya dihambat,Merendahkan diri serta berkhidmat.Merendahkan diri serta berkhidmat.

Jika pembesar atau raja terlalu sayang, mereka semakin beringat-ingat. Mereka sentiasa ingat akan sahabat handai. Mereka juga sentiasa merendah diri dan sedia memberi khidmat.

Page 8: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Demikian lagi dengar olehmu,Demikian lagi dengar olehmu,Tanda berakal kasihkan ilmu,Tanda berakal kasihkan ilmu,Suka mentelaah tiadalah jemu,Suka mentelaah tiadalah jemu,Mencari kupasan jangan tersemu.Mencari kupasan jangan tersemu.

tersemu - terpedaya

Tanda orang berakal ialah mereka suka akan ilmu dengan cara selalu mentelaah tanpa jemu agar dapat memberi pendapat atau ulasan.

Page 9: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

TEMATEMA Syair menyebut perihal ciri-ciri dan

tanda-tanda orang yang berakal iaitu orang yang berakal akan sentiasa berfikir sebelum memperkatakan sesuatu. Ciri ini ada pada para aulia yang sentiasa berlandaskan hukum syarak dan menjauhi ketamakan. Mereka tidak sombong dan tidak membezakan sesama manusia.

Page 10: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

PERSOALANPERSOALAN

1. Kepentingan mencari ilmu pengetahuan.2. Memuliakan orang yang berilmu3. Sikap merendah diri / tidak sombong4. Sikap menghormati ketua/pemimpin5. Berserah dan bertawakal kepada Tuhan

setelah berusaha6. Mengikut segala suruhan dan

meninggalkan segala larangan7. Menyayangi sahabat handai

Page 11: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

NILAINILAI1. Kasih sayang – orang berakal sentiasa

mempunyai sifat sayang kepada semua orang terutama sahabat handai

2. Berhati-hati – orang berakal sentiasa berhati-hati dengan apa-apa sahaja yang dilakukannya.

3. Bertanggungjawab – mereka yang berakal sentiasa bertanggungjawab memenuhkan diri mereka dengan ilmu

4. Kebenaran – orang berakal sentiasa menjadikan kebenaran sebagai landasan untuk melakukan sesuatu

5. Kebersihan fizikal dan mental – mereka yang berakal bersih fizikal dan mental.

6. Kerajianan – orang berakal rajin mentelaah ilmu pengetahuan.

Page 12: SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

PENGAJARANPENGAJARAN1. Kita sewajarnya mencintai, mencari dan

menuntut ilmu di mana sahaja dan sebanyak mungkin.

2. Pemimpin seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.

3. Kita hendaklah memuliakan orang yang berilmu.4. Walau pun kita mempunyai ilmu yang tinggi, kita

sewajarnya menghormati pemimpin kita.5. Kita sewajarnya berusaha dengan gigih, tekun

dan sabar sebelum bertawakal / berserah kepada Allah.

6. Walau pun kita mempunyai status yang tinggi, kita hendaklah manyayangi sahabat handai.