SYAIR MAKNA RIAK

12
SYAIR MAKNA RIAK

description

SYAIR MAKNA RIAK. Rangkap 1. Kemudian dinyatakan makna riak , Amal ibadat kerana manusia , Inilah kebencian Tuhan yang sedaya , Sebab kerana syirikkan Dia. - PowerPoint PPT Presentation

Transcript of SYAIR MAKNA RIAK

Page 1: SYAIR MAKNA RIAK

SYAIR MAKNA RIAK

Page 2: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 1Kemudian dinyatakan makna riak,Amal ibadat kerana manusia,Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,Sebab kerana syirikkan Dia.

(Maksud Rangkap 1: Allah membenci sikap manusia yang riak kerana riak adalah tanda-tanda orang syirik (menduakan Tuhan). Riak bermaksud menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki kepada orang lain)

Page 3: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 2

Terkadang riak pula dilakukan,Mengiringkan beberapa puasa tak makan,Bertutur itu suara diperlahankan,Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

(Maksud Rangkap 2: Orang yang riak itu kadang-kadang menunjukkan perbuatan baiknya dengan melakukan kebaikan tetapi pada masa yang sama tidak menghiraukan pakaian yang dipakainya sama ada sesuai atau tidak)

Page 4: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 3

Supaya disangka ianya wali,Akan dunia tidak peduli,Hemahnya itu sangatlah ali,Tetapi hatinya ke dunia bertali.

(Maksud Rangkap 3: Sesetengah orang menunjuk-nunjuk yang diri mereka seperti alim ulama sehingga tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku di sekekelilingnya. Perbuatan orang seperti ini seolah-olah dialah ahli atau pakar dalam hal-hal keagamaan tetapi hatinya masih lagi memikirkan hal-hal keduniaan)

Page 5: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 4

Terkadang riakkan ia berilmu,Bersurah ketika orang berjamu,Berkata-kata tidaklah jemu,Nahu dan sarap habis diramu.

(Maksud Rangkap 4: Sesetengah orang suka menunjukkan bahawa dia mempunyai ilmu pengetahuan yang luas sehinggakan menyampaikan ceramah ketika majlis makan yang dihadiri ramai orang. Setiap masa dia akan menyampaikan ilmu yang kononnya sangat berguna tetapi sebenarnya dia mencampur-adukkan bahasa yang betul dengan bahasa yang tidak betul)

Page 6: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 5Terkadang bercakap ilmunya mantik,Bicara alhayat konon diselidik,Supaya disangka ianya cerdik,Sukalah orang memberinya gundik.

(Maksud Rangkap 5: Sesetengah orang menunjukkan riak dengan bercakap menggunakan bahasa yang berbunga-bunga dari segi nahu dan maknanya supaya orang menganggapnya sangat bijak. Orang yang bijak berkata-kata ini sebenarnya mengharapkan orang memberikannya balasan seperti gundik kerana bahasanya sangat manis menyebabkan ramai orang tertawan)

Page 7: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 6Terkadang riak dengan pakaian,Berserban lilit ekor berhambayan,Sejadah di bahu bersampaian,Tasbih di tangan beruitan.

(Maksud Rangkap 6: Sesetengah orang lelaki yang riak ini cuba menunjukkan kewarakan dirinya dengan memakai serban yang melilit penuh kepalanya sehingga berjuraian ekor serbannya. Orang jenis juga selalu mempamerkan sejadah dengan melipatkan dan meletakkan di atas bahunya. Tasbih juga tidak pernah lekang dari tangannya. Orang riak ini sentiasa menggerakkan biji tasbih di tangannya seolah-olah sedang berzikir)

Page 8: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 7Pejamkan mata duduk bersila,Lidah berzikir Allah Taala,Terkadang jazbah seperti gila,Kasadnya hendak jadi kepala.

(Maksud Rangkap 7: Sesetengah orang yang selalu berzikir kepada Allah Taala menyedari akan kebesaran dan keEsaan Allah tetapi di dalam hatinya tersimpan niat dan tujuan hendak menjadi lebih berkuasa daripada Allah Taala)

Page 9: SYAIR MAKNA RIAK

Rangkap 8Riak demikian menjadi balak,Amal itu tentu ditolak,Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,Allah Taala sualak.

(Maksud Rangkap 8: Riak yang berlebihan dalam kehidupan seseorang akan terkumpul menjadi banyak sebesar gunung. Apabila riak itu berlebihan, maka segala amalan seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah. Ada sesetengah keadaan, riak itu akan memakan diri seseorang itu. Itulah balasan kepada orang yang riak)

Page 10: SYAIR MAKNA RIAK

TEMA

Syair Makna Riak bertemakan jenis-jenis sifat takbur (bangga diri) yang dimiliki oleh seseorang supaya dirinya mendapat pujian.

Page 11: SYAIR MAKNA RIAK

PERSOALAN1. Beribadat kerana manusia (orang yang

melakukan kebaikan untuk menunjuk-nunjuk)

2. Berbuat kebaikan tetapi tidak menutup aurat.

3. Sikap berpura-pura warak tetapi hati masih tertarik dengan keindahan dunia.

4. Menyampaikan ilmu bukan pada tempatnya.

Page 12: SYAIR MAKNA RIAK

5. Menggunakan ayat melankolik untuk mendapatkan ganjaran.

6. Pakaian melambangkan status (berpura-pura pakai pakaian seperti ulamak).

7. Perasaan ujub dan bangga diri dengan berhasrat menyaingi kuasa Tuhan.

8. Perbuatan riak akan menyebabkan semua amalan dan kebaikan tidak diterima oleh Tuhan.

JAUHI RIAK