syair makna riak.docx

4
Maksud Syair : Rangkap 1: Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2: Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3: Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura. Rangkap 4: Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk. Rangkap 5: Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6: Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih. Rangkap 7: Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua. Rangkap 8: Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak ANALISIS ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR MAKNA RIAK ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN Bentuk Rangkap Bilangan baris Bilangan patah perkataan Bilangan suku kata Rima akhir Mempunyai lapan rangkap Setiap rangkap mempunyai 4 baris Jumlah patah perkataan antara 4 hingga 5 sebaris Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata sebaris Rima akhir aaaa Tema Sifat-sifat manusia yang riak Sifat-sifat riak ialah melakukan amalan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai, berpuasa, bercakap lemah lembut, melakukan sesuatu tanpa menghiraukan kepentingan diri, melakukan perkara supaya orang menganggapnya wali, meninggi-ninggikan kelebihan ilmu, sentiasa membaca al-Quran dan berceramah, berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berzikir secara keterlaluan Persoalan riak merupakan sifat yang dibenci oleh Tuhan Allah benci kepada orang yang riak kerana perbuatan itu boleh mendatangkan syirik

Transcript of syair makna riak.docx

Page 1: syair makna riak.docx

Maksud Syair :

Rangkap 1:Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh

tuhan kerana mendatangkan syirik.

Rangkap 2:Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan

sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Rangkap 3:Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak

baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Rangkap 4:Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan

memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Rangkap 5:Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia

disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Rangkap 6:Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di

tangannnya memegang tasbih.

Rangkap 7:Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Rangkap 8:

Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak

ANALISIS ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR MAKNA RIAK

ASPEK 

KOMSAS

PERNYATAAN HURAIAN

Bentuk

Rangkap

Bilangan baris

Bilangan patah perkataan

Bilangan suku kata

Rima akhir

Mempunyai lapan rangkap

Setiap rangkap mempunyai 4 baris

Jumlah patah perkataan antara 4 hingga 5 sebaris

Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata sebaris

Rima akhir aaaa

Tema

Sifat-sifat manusia yang riak

Sifat-sifat riak ialah melakukan amalan untuk menunjuk-

nunjuk kepada orang ramai, berpuasa, bercakap lemah lembut,

melakukan sesuatu tanpa menghiraukan kepentingan diri,

melakukan perkara supaya orang menganggapnya wali,

meninggi-ninggikan kelebihan ilmu, sentiasa membaca al-Quran

dan berceramah, berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berzikir

secara keterlaluan

Persoalan

Persoalan riak merupakan sifat yang

dibenci oleh Tuhan

Allah benci kepada orang yang riak kerana perbuatan itu boleh

mendatangkan syirik

Persoalan terdapat manusia yang

suka menunjuk-nunjuk kelebihan diri

Golongan ini bersikap sedemikian kerana ingin orang lain

menganggapnya sebagai wali

Persoalan ilmu yang dimiliki

digunakan untuk kepentingan diri

Mereka suka membaca al-Quran dan berceramah kerana ingin

menunjukkan ketinggian ilmu yang ada sehingga isi kandungan

bercampur aduk

Persoalan kehidupan orang yang riak Riak akan mendatangkan bala kepada seseorang dan amalan

Page 2: syair makna riak.docx

pasti tidak akan mendapat keberkatan yang dilakukannya tidak akan diterima oleh Allah

Persoalan penampilan diri belum

tentu mencerminkan keperibadian

yang baik

Cara berpakaian yang berlebih-lebihan belum tentu menjamin

seseorang itu mempunyai perwatakan yang sempurna

Nilai

Kesyukuran Bersyukur dengan ilmu yang dimiliki

Kesederhanaan Kesederhanaan mampu mengelakkan seseorang bersifat

sombong

Bertanggungjawab Bertanggungjawab untuk mengelakkan diri daripada menerima

musibah daripada sifat yang tidak baik

Ketaqwaan Seseorang perlu takut kepada Allah untuk mengelakkan diri

daripada terjerumus ke lembah maksiat

Rasional Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum menerima

ajaran daripada orang lain

Pengajaran

Kita hendaklah bersyukur dengan

apa yang ada

Walaupun keinginan manusia tidak terbatas tetapi mereka perlu

bersyukur supaya tidak mudah lupa diri

Kita hendaklah bertanggungjawab

untuk menjaga diri daripada dosa

Manusia perlu menjaga diri daripada melakukan dosa kerana

balasan Allah amat pedih

Kita hendaklah bersifat sederhana

dalam segala hal supaya tidak

dibebani dengan hutang

Kesederhanaan mampu mengelakkan manusia terjerumus ke

dalam masalah hutang

Jangan kita bersifat riak kerana

Allah akan menolak amalan kita

Orang yang bersifat riak akan menerima bala daripada Allah

Jangan kita menunjuk-nunjukkan

amalan baik kepada orang lain

Perbuatan riak akan dibenci oleh Allah dan boleh menimbulkan

syirik

Gaya

Bahasa

Diksi menggunakan Bahasa Arab Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir

Simile Contoh : terkadang jazbah seperti gila

Inversi Contoh : akan dunia tidak peduli – dunia tidak akan peduli

Aliterasi Contoh : tetapi hatinya ke dunia bertali – konsonan t

Asonansi Contoh : supaya disangkanya ianya wali – vokal a

Page 3: syair makna riak.docx

CONTOH SOALAN SYAIR MAKNA RIAK DAN JAWAPANNYA

(i)                 Nyatakan kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas. ( 2 markah )

(ii)               Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang dapat dilakukan untuk membendung perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang? ( 3 markah )

(iii)             Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. ( 4 markah )

Cadangan Jawapan

(i) Terdapat beberapa kesan perbuatan riak yang dijelaskan dalam Syair Makna Riak. Antaranya ialah amal ibadat orang yang riak tidak diterima oleh Allah. Selain daripada itu, adakalanya mereka akan menanggung dosa akibat daripada perbuatan mereka.

(ii) Pada pendapat saya, kita dapat membendung perasaan riak dengan cara beribadat kepada Tuhan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Kita juga perlu sedar akan kesan dan dosa akibat daripada perbuatan tersebut. Selain daripada itu kita juga hendaklah sesalu mengikuti kelas-kelas agama untuk menyucikan jiwa kita.

(iii) Antara pengajaran yang dapat dipetik daripada puisi ini ialah kita janganlah riak dalam melakukan ibadat kerana perbuatan itu menyebabkan amalan kita tidak diterima oleh Allah. Disamping itu pembaca mendapat pengajaran bahawa keimanan hendaklah dizahirkan dari hati yang ikhlas terhadap Allah tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Kita juga hendaklah melakukan amal ibadat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar segala ibadat kita akan diterima oleh Allah. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah mengamal dan mempamerkan ketinggian budi pekerti walaupun di mana sahaja kita berada.