Syair perang saudara

11
air Perang Saudara Di Paha Nama : muhammad idlan bin shahnul niza KELAS : 2 CEMERLANG GURU : CIK UMMI KALTHUM

description

Syair perang saudara di Pahang

Transcript of Syair perang saudara

Page 1: Syair perang saudara

Syair Perang Saudara Di Pahang

Nama : muhammad idlan bin shahnul nizaKELAS : 2 CEMERLANGGURU : CIK UMMI KALTHUM

Page 2: Syair perang saudara

Kisah nan tidak hamba panjangkan,

Ceritanya banyak lagi disebutkan,

Ini sekadar sahaya ringkaskan,

Kisah berperang pula diceterakan.

Putera laki-laki yang tuanya,

Ialah memangku paduka ayahandanya,

Perintah negeri terserah kepadanya,

Bendahara Tun Mutahir konon namanya.

Encik Engku Ahmad seorang anakanda,

Putera yang tengah raja berida,

Lima orang laki-laki paduka anakanda,

Sikapnya elok lakunya syahda.

Selang tiada berapa lama,

Envck Engku Ahmad keluar mengembara,

Pergi belayar ke Singapura,

Sambil menghibur hati yang lara.

Pelayaran tiada berapa lamanya,

Sampailah sudah konon dianya,

Di Kampung Gelam tempat hentinya,

Di dalam kota tempat diamnya.

Page 3: Syair perang saudara

Duduk bersama putera Sultan,

Tengku Jaafar namanya tuan,

Ituklah konon menjadi taulan,

Duduk di sana terlalu hairan.

Serta beriringan teman dan kawan,

Ramai menghantar handai dan taulan ,

Seketika sampai di dalam kenaikan,

Lalu kembali mereka sekalian.

Sudah pun dibongkar dengan segera,

Belayarlah sudah muda perwira,

Ke sebelah barat mencari kira,

Pergi Kemaman kononnya cetera.

Kata orang empunya madah,

Ke dalam Kemaman sampailah sudah,

Di situlah berhenti muda yang indah,

Sultan Terengganu punya perintah.

Tiada berapa lama antara,

Sampai di Kemaman lalu terkira,

Dapatlah pakatan dengan segera,

Hendak melanggar Pahang negara.

Page 4: Syair perang saudara

Maksud rangkapRangkap pertama : Sebuah kisah benar yang selalu disebut orang berkaitan kisah

peperangan yang pernah berlaku.

Rangkap kedua : Seorang putera raja yang sulung telah ditabalkan , seterusnya memangku raja dan segala pemerintahan negeri berada di bawah kekuasaan baginda menggunakan gelaranBendahara Tun Mutahir.

Rangkap ketiga : Encik Engku Ahmad merupakan putera raja yang tengah daripada lima orang adik-beradik lelaki, baginda sangat mulia budi pekerti.

Rankap keempat : Selang tidak beberapa lama selepas kemangkatan ayahandanya, Encik Engku Ahmad mengambil keputusan keluar mengembara ke Singapura untuk menghiburkan hati.

Rangkap kelima : Setelah beberapa lama berlayar, sampailah Encik Engku Ahmad di Kampung Gelam dan mengambil keputusan untuk tinggal di situ.

Page 5: Syair perang saudara

Rangkap keenam : Di sana Encik Engku Ahmad tinggal bersama Tengku Jaafar, anakanda Sulta Singapore.

Rangkap ketujuh : Kehadiran baginda di sana diterima baik oleh penduduk setempat.Semasa Encik Engku Ahmad ingin menyerang Pahang, baginda dihantar oleh ramai teman dan kawan ke kapal.

Rangkap kelapan : Encik Engku Ahmad belayar ke sebelah barat menuju Kemaman.

Rangkap kesembilan : Kata orang yang menyampaikan cerita, Encik Engku Ahmad akhirnya sampai ke Kemaman, jajahan yang diperintah oleh Sultan Terengganu.

Rangkap kesepuluh : Setelah berada di Kemaman, Encik Engku Ahmad telah mendapat bantuan menyerang negeri Pahang.

Page 6: Syair perang saudara

pERSOALAN

Persoalan pertama : Pewarisan takhta, seorang putera raja yang sulung telah

ditabalkan memangku raja dan baginda menggunakan

Bendahara Tun Mutahir.

Persoalan kedua : Mengembara untuk menghiburkan hati, selepas kemangkatan

ayahandanya, Encik Engku Ahmad, keluar mengembara ke Singapura

untuk menhiburkan hati.

Persoalan ketiga : Pelayaran ke Kemaman, dari Singapura Encik Engku Ahmad belayar ke

Kemaman, sebuah negeri di bawah pemerintahan Sultan Terengganu.

Persoalan keempat : Pakatan sebelum menyerang Pahang, semasa sampai di Kemaman,

baginda mendapat bantuan untuk menyerang Pahang.

Page 7: Syair perang saudara

GAYA BAHASA

Anafora

Di Kampung Gelam tempat berhentinya.

Di dalam kota tempat diamnya.

Bahasa Arab

Syahda

Inversi

Hendak melanggar Pahang Negara

Asonansi

Lalu kembali mereka sekalian.

Pengulangan vokal a

Aliterasi

Sultan Terengganu punya perintah,

Pengulangan konsonan t

Page 8: Syair perang saudara

BENTUK

Syair ini mempunyai empat baris setiap rangkap dan setiap baris membawa maksud. Terdiri daripada sepuluh rangkap. Bilangan patah perkataan antara empat hingga lima patah perkataan.

Jumlah bilangan suku kata dalam setiap rangkap berbeza antara sembilan hingga tiga belas suku kata. Manakala rima akhirnya a, a, a, a, dan bentuknya terikat.

Page 9: Syair perang saudara

NILAI MURNI

Baik hati

Anakanda Sultan Singapura, Tengku Jaafar membenarkan Encik

Engku Ahmad tinggal bersama-samanya.

Keberanian

Encik Engku Ahmad berani keluar belayar ke Singapura dan

Kemaman sebelum menyerang Pahang.

Semangat bermasyarakat

Rakyat Singapura dapat menerima kehadiran Encik Engku Ahmad

dan beramai-ramai keluar menghantar Encik Engku Ahmad yang

ingin menyambung pelayarannya ke Kemaman.

Page 10: Syair perang saudara

PENGAJARAN Kita hendaklah mempunyai budi pekerti yang elok. Contohnya, Encik

Engku Ahmad anak raja yang mempunyai budi pekerti yang mulia.

Kita hendaklah baik hati. Contohnya, sesampai Encik Engku Ahmad diSingapura, baginda tinggal bersama-sama Tengku Jaafar anak Sultan Singapura.

Kita harulah hidup bermasyarakat. Contohnya, baginda juga diterima olehrakyat Singapura apabila ramai yang menhantar baginda ke kapalsebelum belayar ke Kemaman.

Kita mestilah merancang sebelum membuat sesuatu perkara. Contohnya, Encik Engku Ahmad keluar belayar ke Singapura dan mengadakan pakatansebelum menyerang Pahang.

Page 11: Syair perang saudara

TERIMA KASIH