Syarah Futuhat Al Makiyyah

download Syarah Futuhat Al Makiyyah

of 64

Transcript of Syarah Futuhat Al Makiyyah

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    1/64

    Page 1 of64

    ALLAH MELAMPAUI SEGALA SESUATU

    Mengenai Allah yang tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih (ada-

    perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang menunjukkandengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah Rasul-Nya.Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan. (17:43).Pada penyaksian hamba terhadap Tuhannyadalam ketulenan dan putusnya kekuatandan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan bagaimanaatau yang seumpamanyaadalah petanda yang memberikan keputusan muktamadtentang kedudukan hamba dan pujiannyaketeguhan pengetahuan dan pengesahannyadan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan[Segala pengetahuan dibekalkan kepada Akal Awal]Ketahuilah yang menanggung segala ilmu, baik mengenai yang di langit mahupun yangdi bumi, adalah Akal yang menerimanya daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan. Tiadasebarang pengetahuan mengenai makhluk alam tinggi dan alam rendah tersembunyidaripadanya. Semuanya datang daripada kurniaan dan kemurahan-Nya, dan daripadapenerangan-Nya, cahaya-Nya dan ketulenan limpahan-Nya. Akal mempelajari daripadaAllah s.w.t dan ia mengajar kepada diri. Diri yang belajar daripada Akal melahirkantindakan. Ia meliputi sekalian pengetahuan mengenai apa yang berhubungan denganAkal , iaitu segala yang di bawah daripadanya. Kita disempadani oleh apa yang dibawah daripadanya dalam hubungan pembelajaran yang dikatakan. Berhati-hati bila

    kamu fikirkan, ingatlah Allah s.w.t berfirman, sehingga Kami tahu 47:31).Dia yang mengetahui segala-galanya, oleh itu akuilah sumber segala sesuatu.[melainkan dunia yang membingungkan]Ketahuilah bahawa dunia yang menipu-daya ini tidak mempelajari apa-apa daripadaAkal Awal, dan Akal Awal tidak ada kuasa terhadap mereka yang dibingungkan olehcinta dunia. Mereka dan dunia yang membingungkan itu berada pada taraf yang sama,seperti individu-individu yang keluar daripada kawalan Kutub, walaupun Kutub itusendiri adalah satu daripada individu-individu. Tetapi Akal dipilih untuk menyampaikansebagaimana Kutub dipilih bagi pengangkatan di kalangan individu.[dan melainkan pengetahuan mengenai tauhid tajrid (pengasingan)]Prinsip pengajaran Akal kepada apa yang di bawahnya menjadi kenyataan padasemua, bahawa tiap sesuatu ada perhubungan dengan pengetahuan Akal melainkanbagi tauhid tajrid (tauhid pengasingan). Kaedah tauhid tajrid berbeza daripada segalaperkara yang diketahui dalam semua hal, kerana dalam kaedah ini tidak ada sebaranghubungan di antara Allah s.a.w dengan ciptaan-Nya, walaupun jika hubungan itudigunakan pada hal tertentu sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Abu Hamid al-Ghazali di dalam bukunya dan juga oleh beberapa orang lain. Itu adalah satu gayapenyampaian, dan ianya sangat berbeza daripada kebenaran. Hubungan apakah yang

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    2/64

    Page 2 of64

    ada di antara sesuatu yang disempadani oleh masa dengan yang melampaui masa.Atau bagaimanakah diadakan persamaan terhadap Dia yang tidak mungkin adapersamaan, dengan sesuatu yang menerima persamaan. Ini adalah tidak mungkinseperti kata Abul-Abbas ibn al-Arif as-Sanhaji dalam Mahasin al-Majalis, Tidak adaperhubungan di antara Allah dengan hamba kecuali urusan. Di sana tidak ada asbab

    melainkan keputusan dan tidak ada masa melainkan azali. Apa juga yang lain adalahkegelapan dan kekaburan yang menipu daya. Satu kelainan mempunyai pengetahuanmenggantikan kegelapan. Perhatikanlah betapa unggulnya perkataan ini dan betapalengkapnya makrifat Allah ini dan betapa tulen musyahadahnya. Semoga Allahmengurniakan faedah kepada kita melalui perkataannya.[Kelemahan akal dalam mencapai makrifat tentang Allah]Pengetahuan tentang Allah terlalu sukar bagi keupayaan yang ada pada akal dan diriuntuk mengerti, melainkan sekadar pengakuan bahawa Dia wujud dan suci. Akal yangwaras mengakui bahawa Allah berlainan daripada apa yang dikatakan tentang-Nya,

    baik dalam bentuk nyata atau khayalan, dalam apa juga anasir atau apa sahaja.Khayalan tidak sampai kepada kebenaran tentang-Nya. Ungkapan juga tidak mampumenerangkan hal-Nya seperti menerangkan tentang makhluk. Ianya digunakan ituhanyalah untuk memudahkan pendengar memahami akan keteguhan wujud menurutapa yang mampu diterima oleh pendengar, bukan untuk mengemukakan yangsebenarnya tentang Yang Haq. Allah berfirman,Tiada sesuatu menyerupai-Nya (47:19).Walau bagaimanapun, mengenal Allah adalah fardu bagi kita menurut peraturan Syariatkerana Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w,Ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah (47:19).Dia mengatakan, Kenalilah Aku melalui perkhabaran daripada-Ku, yang harmoni

    dengan renungan kamu supaya kepercayaanmu akan melahirkan pengetahuan yangbenar, seperti boleh jadi benarnya pengetahuan yang menimbulkan tidak percaya yangdatang melalui kepastian". Jadi, keadaannya adalah demikian.Oleh kerana sebahagian orang berpandangan dan berpendapat demikian, kitarenungkan tentangnya untuk melihat bagaimana makrifat mengenai-Nya boleh dicapai.Kita kaji secara adil dan munasabah. Akal yang sempurna tidak berupaya mencapainyamelalui usaha dan ikhtiar yang gigih. Kita hanya mencapai kepada makrifat mengenai-Nya melalui ketidakupayaan untuk mengenali-Nya. Sesuatu yang wujud yang tidakmenyerupai sesuatu dan tidak boleh difikir dan dikhayalkan, bagaimana mungkin akalmenguasai perkara ini? Hal ini tidak boleh berlaku sekalipun pengetahuan mengenai

    kewujudan-Nya diyakini sunguh-sungguh. Kita tahu bahawa Dia wujud dan Esa padaZat-Nya. Ini adalah pengetahuan yang dituntut daripada kita, bukanlah kita mengetahuihakikat Zat-Nya yang Dia ketahui, yang Dia miliki. Ini adalah pengetahuan tanpapengetahuan, yang dituntut daripada kita. Dia tidak menyerupai sebarang makhlukdalam pandangan akal, dan tidak ada sesuatu yang menyerupai-Nya. Ia menjadi fardukepada kita apabila dikatakan kepada kita, Ketahuilah tiada Tuhan melainkan Allahuntuk mengetahui apakah pengetahuan itu. Kita mempelajarinya dan kita mempelajariapa yang mula-mula difardukan kepada kita untuk mengetahui apakah pengetahuan itu.

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    3/64

    Page 3 of64

    [Induk kepada tuntutan ilmu pengetahuan]Ada empat hujah ilmu: iakah?, apakah?, bagaimanakah?, mengapakah?. Ia? danmengapa? adalah tuntutan kerohanian yang satu disusuli oleh apakah ianya. Ia? danmengapa? adalah dua sumber bagi anasir yang mudah sementara apakah ianya?adalah sesuatu yang boleh dikatakan kompleks. Tuntutan yang empat ini tidak boleh

    ditanyakan tentang Allah, sesuai dengan kenyataan kerana ianya tidak benar bahawasebarang pengetahuan tauhid boleh diketahui melainkan melalui penafian pada apayang wujud kecuali Dia. Oleh itu Dia mengatakan,Tiada sesuatu menyerupai-Nya(41:11)danMaha suci Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki benteng yang teguh, melampaui apa yang merekasifatkan(37:180).[Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah]Pengetahuan tentang penafian adalah pengetahuan tentang Allah. Begitu juga kita tidakdibenarkan bertanya bagaimana mengenai roh. Ianya adalah terlalu seni untuk

    dipersoalkan dan hakikatnya berlainan daripada apa yang diucapkan. Alat bagipertanyaan yang tidak dapat diajukan kepada roh, tidak boleh juga diajukan kepadaAllah. Yang Haq tidak mampu diketahui melalui tuntutan-tuntutan ini.[Yang kelihatan melalui zat dirinya, yang kelihatan melalui perbuatannya danyang tidak kelihatan sama sekali]Jika kita pandang kepada yang selain Allah kita akan temui dua kategori. Kategoripertama adalah yang kelihatan melalui zat dirinya, iaitu sesuatu yang padat dan bolehdicapai oleh pancaindera. Keduanya adalah yang kelihatan melalui tindakannya, iaitusesuatu yang seni dan dapat ditangkap oleh akal. Yang dapat ditangkap oleh akal lebihtinggi daripada yang dapat ditangkap oleh pancaindera: zatnya terlalu seni untuk

    menjadikan dirinya kelihatan, tetapi tindakannya ada kenyataan. Keadaan ini adalahkeadaan makhluk, Allah bukan makhluk. Dia terlalu murni untuk disaksikan Zat-Nyaseperti kategori pancaindera, ataupun tindakan-Nya untuk disamakan dengan kategoriseni, kerana tidak ada hubungan langsung di antara-Nya dengan makhluk ciptaan-Nya.Zat-Nya tidak kelihatan kepada kita untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapatditangkap oleh pancaindera, tidak juga perbuatan-Nya untuk menjadikan-Nya sepertimakhluk yang dapat ditangkap oleh akal. Perbuatan Yang Haq adalah permulaankepada sesuatu bukan daripada sesuatu. Makhluk rohani yang seni memperolehisesuatu daripada sesuatu. Jadi, apakah hubungan keduanya? Bila hubungan tidakmungkin pada perbuatan, maka semestinya juga tidak mungkin pada zat.Jika kamu berhasrat untuk mencapai sebahagian daripada kesedaran dalam tahap ini,

    perhatikan kepada kesan tindakan menurut tahap kesan-kesan tersebut, misalnyakesan kerja-tangan seperti baju dan kerusi. Kita dapati tukang itu tidak dikenalimelainkan dia sendiri memberi gambaran akan kewujudannya dan ilmunya mengenaikerja-tangannya. Begitu juga dengan kesan pembentukan makhluk cakerawala danbintang-bintang yang tidak mengenali penggubahnya dan yang membentuknya. Iaadalah Diri Universal yang melingkungi mereka. Begitu juga dengan kesan semulajadi seperti penghasilan bahan logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, yang memberi kesansemulajadi yang menjadi sebahagian daripada kesan pembentukan makhluk. Tetapimereka tidak dapat mengongkong sesuatu yang bertindak bagi mereka, iaitucakerawala dan bintang-bintang.

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    4/64

    Page 4 of64

    Jadi, pengetahuan mengenai cakerawala bukanlah apa yang kamu lihat pada jisimnyadan bukan apa yang kamu saksikan mengenai mereka. Di manakah jisim mataharidalam hubungan dengan dirinya sendiri pada pandangan kita yang melihatnya?Pengetahuan mengenai cakerawala datang daripada roh dan tujuannya yang Allahbawakan kepada kewujudan daripada Diri Universal yang meliputi, yang menjadi asbab

    bagi cakerawala dan apa yang terkandung di dalamnya.Begitu juga dengan kesan penjelmaan Diri Sejagat atau Diri Universal, menjelmadaripada Akal sebagai Dihya[1}, bentuk yang datang daripada pembentukan Jibrail. DiriUniversal tidak mengetahui penjelmaan itu daripada apa kerana ia adalah di bawahagaannya dan dilengkunginya lantaran ia adalah satu daripada khawatirnya. Jadi,bagaimana Diri Universal tahu apa yang di atasnya sedangkan apa yang pada Diri itudaripada apa yang di atasnya hanyalah apa yang di dalamnya? Ia hanya mengetahuiapa yang ada dengannya. Jadi, ia mengetahui dirinya, tetapi tidak penyebabnya![1] Dihya al-Kalbi, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Jibril pernahberjumpa dengan Rasulullah s.a.w dengan menjelma dalam rupa Dihya al-Kalbi.Ia juga sama dengan kesan permulaan yang dinamakan Hakikat Muhammadiah, atauada yang memanggilnya Akal Awal. Ia adalah Qalam Tertinggi yang Allah jadikandaripada tiada. Ia tidak mempunyai keupayaaan dan dihjijab daripada menyaksikanPembuatnya melebihi daripada kesan yang sudah dinyatakan kerana di antara setiapkesan dan pembuatnya, ada sesuatu hubungan dan persamaan. Jadi, ia tahumengenainya menurut kadar hubungan di antara mereka, samada dalam bentuk yangnyata atau sebaliknya. Di sana tidak ada hubungan di antara yang pertama diciptakandengan Yang Hakiki maha suci Dia! Kesan yang muncul daripada penyebab tidakberupaya mengenali Pembuat atau Penyebabnya. Ketidakupayaan kesan tersebut,yang menyerupai penyebabnya yang aktif dalam beberapa hal, adalah tidak berupayauntuk menyaksikannya dan mengetahuinya. Jadi, fahamilah hal ini dan hayatinya. Iaamat berguna bagi urusan tauhid dan ketidakupayaan untuk menghubungkanpengetahuan yang sementara kepada Allah Yang Maha Besar.[Lima bakat dan pengertiannya yang sebenar]Manusia memperolehi segala pengetahuan melalui salah satu daripada lima bakat:deria yang lima bau, rasa, sentuh, dengar dan lihat. Pandangan menyaksikan warna,benda-benda berwarna dan individu menurut had dan jarak jauhnya. Apa yangdipandang satu batu jauhnya berbeza dengan apa yang dipandang dua batu jaraknya.Apa yang dipandang 20 langkah tidak sama dengan yang satu batu. Apa yangdipandang yang hampir seperti tangan sendiri, tidak sama dengan apa yang dipandang20 langkah jaraknya. Pada jarak 2 batu disaksikan bentuk individu tetapi tidak dapatdikenali samada ianya pokok atau manusia. Pada jarak satu batu ia dikenali sebagaimanusia. Pada jarak 20 langkah dikenali pula samada putih atau hitam. Bila salingberhadapan dikenali dengan pasti samada biru atau biru air laut. Begitulah keadaansemua pancaindera dalam pengertiannya menurut dekat atau jauhPencipta tidak dapat ditangkap oleh bakat pancaindera dalam kita cuba mengenali-Nya.Kita tidak boleh mengenali-Nya melalui keupayaan bakat pancaindera. Bakat khayalanhanya menerima apa yang dibekalkan oleh bakat pancaindera, samada gambaran ataubentuk dalam fikiran, daripada apa yang bakat pancaindera bekalkan. Jalan manusiaakal dalam menyingkapkan tentang Allah berakhir di sini (melalui bakat khayalan danfikiran). Ini adalah ungkapan mereka (manusia akal), bukan ungkapan kami. Sekalipun

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    5/64

    Page 5 of64

    alan mereka benar, kami sandarkan pendapat tersebut kepada mereka dan iadiungkapkan oleh mereka. Bakat fikiran dan khayalan ini akan berterusan selagi iamenerima persepsi daripada bakat pancaindera (deria). Kami berpendapat apa jugaperkaitan deria dengan Allah tidak boleh dijadikan pegangan, begitu juga perkaitanfikiran dan khayalan dengan-Nya.Bagi kebolehan bertafakur pula, manusia hanya mampu menyatakan perkara-perkarayang ada dengannya, yang dia pelajari dengan derianya, persepsi akal dan daripadaalanan fikiran tentang perkara-perkara yang di dalam bidang imaginasinya sesuaidengan pengetahuan tentang benda-benda tersebut yang padanya dia melihatperhubungan. Di sana tidak ada hubungan di antara Allah dengan ciptaan-Nya. Jadi,pengetahuan mengenai-Nya tidak terpakai melalui cara renungan. Oleh kerana ituorang arif melarang berfikir tentang Zat Allah.Bagi bakat akal pula, akal tidak berupaya menyaksikan-Nya. Akal hanya mampumenerima apa yang diketahuinya secara spontan atau renungan yang sesuai dengankita. Fikiran tidak ada keupayaan untuk mengkaji tentang-Nya melalui pemikiran dan

    renungan, jadi akal bukanlah alat yang sebenar untuk mengkaji mengenai-Nya melaluirenungan. Apa juga akal itu hadnya ialah untuk memahami dan mengambil apa yangmampu diperolehinya. Jadi, mungkin Yang Haq akan kurniakan penyingkapanmengenai-Nya dan akal akan faham, tetapi bukan melalui pemikiran. Ini bukanlahmustahil. Allah kurniakan pembukaan ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki darikalangan hamba-Nya. Akal tidak memiliki sepenuhnya persepsi tentang makrifat, tetapiia menerimanya apabila didatangkan kepadanya. Jadi, tiada pembuktian danperuntukan didasarkan padanya kerana penyingkapan (makrifat) adalah melampauipersepsi akal.Sifat-sifat yang wajib tidak boleh dinyatakan kerana ianya melampaui perumpamaandan ibaratTidak ada sesuatu menyerupai-Nya (41:11).Akal yang tidak dibukakan tentang makrifat ini bertanyakan akal lain yang dibukakansebahagian kepadanya. Tetapi ianya bukanlah di dalam keupayaan akal yangditanyakan itu untuk menerangkannya, malah ianya adalah tidak mungkin. Sebab itulahAbu Bakr as-Siddiq mengatakan, Ketidakupayaan memahami itulah pemahaman.Kenyataan ini ada dua tahap, jadi fahamkanlah. Sesiapa yang mencari Allah melaluipemikiran dan pengkajiannya akan sesat. Walau bagaimanapun, persediaan yang adadengan akal mungkin mencukupi untuk menjadikannya sebagai bekas yang sesuai bagimenerima apa yang Allah kurniakan kepadanya, fahamkanlah!Bagi keupayaan mengingat pula, tiada jalan baginya untuk mencapai pengetahuan

    tentang Allah. Ia mengingati apa yang telah diketahui oleh akal sebelumnya dankemudian mengabaikannya atau melupakannya dengan tidak disedari. Jadi bakat ataudaya ingatan tidak mempunyai jalan kepada-Nya.Jadi, pengertian manusia terbatas kepada kemanusiaan itu sendiri, apa yang zat dirinyaberikan kepadanya dan apa yang dia boleh pelajari. Selebihnya adalah persediaan akaluntuk menerima apa yang Allah kurniakan daripada makrifat-Nya. Manusia tidak akanmengenali Yang Haq melalui pembuktian secara logik melainkan sekadar mengakuiDia Wujud dan Dia adalah Yang Esa yang disembah. Pemikiran manusia tidakberupaya untuk memikirkan sesuatu melainkan perkara yang difikirkan itu sudahpunada dengannya. Jika tidak kerana itu ia tidak akan memikirkannya sama sekali dantidak juga mengenalinya. Oleh kerana manusia tidak mengenali sesuatu melainkan dia

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    6/64

    Page 6 of64

    memiliki sesuatu menyamai perkara yang dikenali itu, sebenarnya manusia hanyamengenali apa yang menyerupainya. Di sana tidak ada sesuatu menyamai Penciptadan tidak ada apa yang mempunyai sesuatu menyerupai-Nya, jadi Dia tidak akandikenali.[Benda-benda alam semulajadi hanya menerima bekalan daripada yang

    seumpama dengannya]Sebahagian daripada perkara yang menyokong apa yang telah kami katakan ialahbenda-benda semulajadi hanya menerima makanan daripada benda-benda yangdaripada jenisnya juga, dan tidak sekali-kali menerima makanan daripada jenis lain.Contoh bagi perkara ini ialah bahan-bahan daripada galian, tumbuh-tumbuhan danhaiwan adalah campuran daripada jenisnya, dan tidak menerima makanan daripadasumber lain. Ini adalah kerana sebahagaian daripadanya adalah untuknya. Jikamakhluk mahu membuat makanan untuk tubuhnya, yang terdiri daripada bahan-bahanini, daripada anasir yang lain daripada bahan-bahan tersebut, atau apa yangdicampurkan daripada yang lain, ia tidak akan dapat melakukannya. Kerana ianya

    hanyalah mungkin bagi tubuh yang asli menerima makanan daripada sesuatu yangdicampurkan daripada anasir-anasir yang serupa dengannya, jadi adalah tidak mungkinbagi seseorang untuk mengetahui sesuatu melainkan dia memiliki sesuatumenyerupainya.Tidakkah kamu perhatikan diri hanya menerima daripada akal apa yangia kongsikan dengannya dan apa yang menyamainya? Ia tidak tahu apa yang ia tidaksedikitpun berkongsi dengannya. Tiada sesuatu yang dinisbahkan kepada Allah adadengan sesuatu yang lain, hal ini tidak mungkin dalam segi apa sekalipun, jadi tiadasesiapa yang mengenali-Nya melalui dirinya dan renungannya. Rasulullah s.a.wbersabda, Allah terhijab bagi akal sebagaimana Dia terhijab bagi mata. Makhluk alamtinggi mencari-Nya sebagaimana kamu mencari-Nya. Jadi, Rasulullah s.a.wmenceritakan bahawa akal tidak ada pengenalan tentang-Nya melalui renungannya,

    tidak juga melalui mata dalamnya dan tidak juga melalui mata luarnya. Inilah yangdinyatakan sebelum ini dalam tajuk ini. Segala puji bagi Allah yang mengilhamkan kitadan mengajar kita apa yang kita tidak tahu. Kemurahan Allah maha luas.[Tanzih ('tiada-hubungan') dan penafian terhadap tasybih (penyifatan danperhubungan)]Jadi, pegangan mestilah berkonsepkan 'tiada-hubungan' (tanzih) dan 'penafian'terhadap penyifatan dan perhubungan. Sesiapa dari kalangan yang menggunakanperhubungan dan menjadi sesat adalah disesatkan oleh pemahaman tentang ibarat danmenggunakan ayat-ayat dan hadis yang tidak difahaminya tanpa melihat kepada aspektanzih ('tiada-perhubungan') yang Allah fardukan. Itu membawa mereka kepada

    kejahilan yang sebenar dan kesesatan yang nyata. Jika mereka berpegang kepadayang benar dan membiarkan hadis dan ayat-ayat berkenaan tanpa mengubahsuai apa-apa padanya kepada sesuatu yang lain dan menyerahkan pengetahuan itu kepadaAllah dan Rasul-Nya dan berkata, Kami tidak tahu, itu adalah lebih baik bagi mereka.Firman Allah semestinya memadai bagi mereka,Tiada sesuatu menyerupai-Nya (41:11).Bila sesuatu hadis sampai kepada mereka, hadis yang menceritakan tentangperhubungan yang menggambarkan Allah seumpama sesuatu, Dia menafikanpersamaan itu dalam hubungan Diri-Nya. Jadi, yang tinggal adalah hadis itu memilikisatu aspek 'tiada-hubungan' (tanzih) yang Allah akui dan ia dibawa kepada kefahaman

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    7/64

    Page 7 of64

    orang Arab yang melalui lidah Arab Quran dibukakan.Sebenarnya tidak kedapatan satu ungkapan pun di dalam hadis atau ayat yang bolehdijadikan hujah bagi menegakkan pegangan 'ada-hubungan'. Apa yang ditemui ialah iamenyokong berbagai-bagai aspek, ada yang menunjukkan kepada 'ada-hubungan' danada yang menunjukkan kepada 'tiada-hubungan'. Penterjemah ibarat atau misal

    menggunakan ungkapan berkenaan dengan memaksudkan 'ada-hubungan' secaramenyalahi maksud sebenar ungkapan tersebut kerana dia tidak memahami kedudukanungkapan berkenaan menurut kehendak tata-bahasa. Dia telah melanggar peraturanAllah apabila dia meletakkan sesuatu yang tidak benar kepada-Nya. Insya' Allah, kitaakan bawakan sebahagian hadis yang menunjukkan kepada 'ada-hubungan' tetapisebenarnya tidak bermaksud demikian."Kepunyaan Allah bukti yang jelas nyata. Jika Dia kehendaki Dia beri petunjuk kepada kamusemua." (6:149).[Tasybih ('ada-hubungan') dan penyifatan dalam ungkapan Sunnah]Contoh yang demikian ialah sabda Rasulullah s.a.w,

    "Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah." (A-Tarmizi).Akal melihat kepada apa yang diperlukan oleh keadaan sebenar dan kiasan, dananggota adalah mustahil bagi Allah! 'Jari' dalam dalam ungkapan ini boleh difahamkansebagai anggota ataupun rahmat. Pengembala[2] berkata:Kelemahan tongkat, dari orang Badwi,kamu melihatnya atas merekabila manusia yang tidak mendapat rahmat berakhir dengan kemarau[2] ia-itu pengembala yag baik menjaga untanya dengan baik.Dia mengatakan, "Kamu melihatnya atas mereka" menunjukkan kepada rahmat secaramenjaga mereka dengan baik. Bila orang Arab berkata, "Alangkah baiknya jari si anu

    menjaga hartanya", ia bermakna hasilnya yang membuat hartanya bertambah lantaranpengurusan yang baik.Menggerakkan sesuatu benda dengan tepat adalah dengan menggunakan jari keranasaiznya kecil dan sesuai untuk kerja yang demikian. Jadi pergerakannya lebih kemasdaripada tangan dan bahagian yang lain. Bila Allah balikkan hati hamba-Nya, ia adalahpergerakan yang tepat. Rasulullah s.a.w sangat memahami tentang orang Arab, danpenyampaiannya adalah dengan cara yang mereka faham. Bagi kita, sesuatu bendadigerakkan dengan tangan, baginda menggunakan pergerakan dengan 'jari' kerana jariadalah bahagian tangan, dan lebih pantas. Rasulullah s.a.w bermunajat,"Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!" (Ibnu Majah).Allah membalikkan hati-hati bermaksud apa yang Dia jadikan iaitu kecenderungan hatikepada kebaikan dan kecenderungannya kepada kejahatan. Bila seseorang menyedariperubahan dalam hatinya ini bermaksud 'Allah membalikkan hati'. Pengetahuanmanusia tidak berubah daripada dirinya sendiri. Sebab itulah Rasulullah s.a.wmengatakan, "Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!"Merujuk kepada hadis ini, salah seorang daripada isteri-isteri baginda s.a.w bertanyakepada baginda, "Adakah engkau takut, wahai Rasul Allah?". Baginda s.a.w menjawab,"Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah",adi Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada kecepatan pertukaran daripada berimankepada tidak dan apa yang terkandung pada kedua-duanya. Allah berfirman,

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    8/64

    Page 8 of64

    "Allah mengilhamkan kepada mereka kejahatan dan kebaikan" (91:8).Ilham ini adalah pertukaran dan jari-jari itu adalah kecepatannya. Maksud bagi dua('dua jari') adalah kecenderungan kepada kebaikan dan rangsangan kepada kejahatan.Jadi, 'jari-jari' hendaklah difahamkan sebagaimana kami telah terangkan. 'Jari-jari';boleh membawa maksud anggota dan boleh juga bermaksud rahmat. Jadi, daripada

    dua aspek ini yang manakah kamu guna-pakai bagi memenuhi kehendak konsep 'tiada-hubungan'?Samada kita hanya mendiamkan diri dan membiarkan maksud yangsebenar kepada Allah dan mereka yang Allah bukakan mengenainya - Rasul-rasul-Nyaatau wali yang diilhamkan, selagi anggota itu dinafikan, atau mungkin kita dikuasai olehrasa ingin tahu, walaupun kita menyandarkannya kepada golongan pembaharuan yangmengadakan penyerapan kepada penyifatan. Rasa ingin tahu tidak boleh dijadikanalasan. Setiap orang yang mengetahui berkewajipan memperjelaskan aspek 'tiada-hubungan' dalam ungkapan-unkapan berkenaan supaya membatalkan alasan-alasanmereka yang bermain-main dengan istilah. Semoga Allah mengasihani kita dan merekadan memberikan kepada mereka Islam! Jika kita membincangkan keadaan Allah yangtasybih, penerangannya hendaklah menjurus kepada hal yang sesuai bagi Allah - mahasuci Dia! Ini adalah bahagian akal dalam tata-bahasa kesusasteraan.Tiupan roh ke dalam hati[Bahagian hati daripada dua jari menurut aspek ghaib]'Dua jari' adalah rahsia bagi kesempurnaan yang perlu yang kerananya apabila iadibukakan pada Hari Kebangkitan, anak akan menangkap bapanya yang derhaka danmencampakkannya ke dalam neraka tanpa berasa sedih dan dukacita, semuanyakerana rahsia 'dua jari' ini, yang mempunyai satu makna sahaja walaupunperkataannya dua. Syurga dan neraka diciptakan dan nama diterangi ataupundigelapkan, dan Yang Maha Pengampun dan Yang Maha Keras menyata. Janganlah

    membayangkan 'dua jari' ini sebagai dua jari daripada sepuluh jari!

    Rahsia ini mesti ditonjolkan dalam bahagian ini. Hadis mengatakan, "Kedua-duatangan-Nya adalah tangan kanan". Inilah rahsia penyingkapan makrifat. Ahli syurgamendapat dua nikmat: pertama ialah nikmat syurga dan satu lagi ialah nikmat hukumanterhadap ahli neraka di dalam api neraka. Begitu juga ahli neraka mendapat duaseksaan. Kedua-dua golongan tersebut melihat Allah melalui Nama-nama seperti yangmereka lakukan di dunia. Mengenai 'dua genggaman' yang datangnya daripadaRasulullah s.a.w, dalam hubungan dengan Allah ialah rahsia kepada apa yang telahkami nyatakan."Allah mengatakan kebenaran dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus".(33:4).Genggaman dan tangan kanan: Allah berfirman,"Bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya" (39:67)dan,"Langit digulung dalam tangan kanan-Nya" (39:67).Akal haruslah melihat sebagaimana keadaan kehendaki. Allah melarang Dia diadakanpersamaan dan penyifatan yang mana akal yang lemah telah berbuat demikian lantarankeliru dengan ayat dan hadis. Kemudian, selepas 'tiada-hubungan' (tanzih) di manamereka yang berakal memahaminya, Allah berfirman,"Bumi sekaliannya berada dalam genggaman-Nya" (39:67).Salah satu tata-bahasa Arab yang diketahui, apabila dikatakan, "Si anu berada dalamtangan saya (qabda)," ia bermakna berada di bawah penguasaan, sekalipun saya tidakmemegang apa-apa daripada orang itu di dalam tangan saya. Tetapi keputusan saya

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    9/64

    Page 9 of64

    boleh dikuatkuasakan ke atas orang tersebut, sama seperti keputusan saya terhadapapa yang benar-benar ada dalam tangan saya. Saya katakan, "Harta saya beradadalam tangan saya", bermakna ia adalah milik saya dan saya berkuasa ke atasnya.Saya boleh menggunakannya mengikut kehendak saya. Apabila sayamenggunakannya, pada ketika itu saya boleh berkata, "Dalam tangan saya untuk

    menggunakan barang ini", sekalipun ianya adalah hamba saya yang menggunakanbarang tersebut dengan izin saya.Oleh kerana anggota badan adalah mustahil bagi Allah maka akal hendaklahmengubahsuai tanggapannya dan maksud 'genggaman' itu. Ia adalah pemilikan yangdikuasai ketika itu, walaupun tidak ada apa dalam genggaman orang itu sebenarnya. Iaadalah pemilikan semata-mata. Alam maya ini berada dalam genggaman Yang Haq.Bumi dan akhirat ditentukan juga sebagai sebahagian daripada milik-Nya, seperti apayang kamu maksudkan bila berkata, "Hamba saya berada dalam genggaman saya",walaupun hanya sebahagian sahaja daripada hamba itu dalam genggaman kamu.Dalam pandangan kami 'tangan kanan' adalah tempat bagi urusan mutlak yang kuat.

    'Kiri' tidak memiliki kekuasaan ke atas 'kanan'. Jadi, dalam ayat Quran, tangan kananmenunjukkan kepada penguasaan penuh. Ia menunjukkan kepada kekuasaan untukbertindak. Jadi, makna Quran sampai kepada orang Arab melalui ungkapan yangmereka ketahui dan mudah fahami. Penyair berkata:Bila panji dikibarkan tanda kemenangan, 'Araba mengambilnya dengan tangan kananKemenangan bukanlah benda yang nyata, jadi anggota badan iaitu tangan kanan tidakdapat memegangnya. Perkataannya seolah-olah berbunyi: Seandainya kemenanganmenampakkan panji yang nyata, tempatnya ataupun orang yang layak membawanyaadalah 'Araba al-Awsi (salah seorang orang Ansar), bermakna sifat kemenangan itulengkap padanya. Orang Arab masih menggunakan ungkapan yang digunakan kepadaanggota sedangkan perkara itu tidak dapat dipegang oleh anggota sebenar keranamaknanya boleh difahamkan.Tiupan roh ke dalam hati[Bahagian hati dalam tangan kanan dan kiri: menurut aspek ghaib]Apabila Yang Haq menyatakan Diri-Nya kepada rahsia (sirr) hamba-Nya yang memilikisemua rahsia-rahsia dimasukkannya ke dalam golongan mereka yang bebas, danhamba-Nya ini memiliki kebebasan mengambil tindakan yang perlu berhubung dengantangan kanan. Kemuliaan tangan kiri adalah dengan sesuatu yang lain sementarakemuliaan tangan kanan adalah dengan zatnya sendiri. Kemuliaan tangan kananadalah secara khitab atau diamanatkan padanya, sementara kemuliaan tangan kirisecara tajalli atau dilekatkan padanya. Kemuliaan seseorang adalah dengan mengenalihakikat dirinya dan menjadi perihatin dengannya, dan ia adalah yang kiri = 'kedua-duatangan' berhubung dengan seseorang adalah kiri sebagaimana kedua-dua bagi Allahadalah tangan kanan!Berhubung dengan makna penyatuan (ittihad), kedua-dua tangan hamba adalah kanan.Merujuk kepada tauhid, sebelah tangan Allah adalah kanan dan sebelah lagi kiri.Kadang-kadang aku berada dalam 'persatuan' dan 'persatuan pada persatuan' dankadang-kadang aku berada dalam keadaan 'perpisahan' dan 'perpisahan padaperpisahan' menurut suasana warid yang dikurniakan kepadaku.Satu hari aku temui orang yang dikurniakan nikmat (yaman),dia adalah Yemeni.

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    10/64

    Page 10 of64

    Jika aku temui seseorang yang menjangkau lebih jauh (mu'addhi),dia adalah 'AdnaniKehairanan, ketawa, gembira dan marah.Kehairanan terjadi daripada sesuatu yang pada mulanya tidak diketahui apakah yang

    menghairankan itu, dan kemudian dia mengetahuinya dan itu yang membuatnya hairan.Lalu, ketawa berlaku padanya. Ini tidak mungkin bagi Allah. Tidak ada apa yang diluardaripada pengetahuan-Nya, jadi apabila sesuatu berlaku yang membuat kita hairan,kehairanan dan ketawa itu jika ditujukan kepada Yang Esa yang tidak boleh hairan atauketawa, kerana sesuatu yang kadang-kadang membuat kita hairan dan ketawa,seumpama pemuda yang tidak ada nafsu muda, adalah sesuatu yang menghairankan,tetapi bagi Allah tidak ada kedudukan seumpama apa yang kita hairankan.Ketawa dan kesukaan datangnya daripada penerimaan dan keseronokan. Jika kamulakukan sesuatu untuk seseorang, dan kerana itu dia ketawa dan gembira, bermaknadia menerima perbuatan itu dan gembira dengannya. Jadi, ketawa-Nya dankegembiraan-Nya adalah penerimaan-Nya dan keredaan-Nya terhadap hamba-Nya.

    Begitu juga, kemurkaan-Nya tidak ada kena mengena dengan keadaan darahmendidih, hati yang mahu membalas dendam, kerana Dia terlalu suci untuk disamakandengan keadaan pancaindera dan yang mungkin atau tidak mungkin berlaku. Iamerujuk kepada tindakan seseorang yang sedang marah dan dibenarkan untuk menjadimarah. Ia adalah hukuman-Nya kepada orang yang derhaka dan yang menentangperintah dan peraturan-Nya. Allah berfirman, "Dia murka kepadanya" bermakna Diamembalasnya sebagaimana dilakukan terhadap orang yang dimurkai. Jadi Yang MahaKeras itu murka dan kenyataan tindakan itu menunjukkan kepada nama berkenaan.Senyum adalah sebahagian daripada ketawa. Hadis mengatakan,"Allah senyum kepada orang yang berjalan ke masjid untuk bersembahyang dan mengingati-Nya".

    Oleh kerana dunia ini ditutup oleh makhluk yang nyata dan dipenuhi oleh yang selainAllah, mereka melakukan tindakan ini dalam keadaan tidak ada kehadiran Allah.Seandainya mereka datang kepada-Nya membawa salah satu daripada berbagai-bagaienis kehadiran, Allah menghantarkan kepada hati mereka sebahagian daripada rasakelazatan yang lahir daripada nikmat kehadiran (muhadara) itu, munajat danmusyahadah yang jelira dalam hati mereka. Rasulullah s.a.w bersabda,"Cinta Allah kepada kesejahteraan yang Dia kurniakan kepada kamu daripada rahmat-Nya."Senyuman menggambarkan perbuatan-Nya ini kerana ia adalah kenyataan kepadakegembiraan bila kamu datang kepada-Nya. Bila seseorang memudahkan kamu untukdatang, tanda kegembiraan ialah menunjukkan kebaikan dan kasih sayang kepadakamu dan menghantarkan sebahagian nikmat yang dia miliki kepada kamu. Bila halyang seperti ini muncul dari Allah kepada hamba-Nya, itu dikatakan 'senyuman'.Kelupaan.Allah berfirman,"Dia melupakan mereka" (9:67).Adalah mustahil bagi Allah untuk dihinggapi oleh lalai dan lupa. Tetapi bila Allahhukumkan mereka dengan seksaan yang kekal abadi dan tidak memberikan kepadamereka pengampunan, keadaan mereka yang demikian diistilahkan sebagai dilupakanoleh-Nya, seolah-olah Dia menjadi lupa kepada mereka. Ini adalah perbuatanseseorang yang lupa dan seseorang yang tidak mengingati kesakitan hukuman yangdia sedang jalani. Ia adalah kerana semasa hidupnya di dalam dunia mereka lupa

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    11/64

    Page 11 of64

    kepada Allah, jadi Dia membalasnya dengan perbuatannya sendiri dan perbuatannyakembali kepada dirinya sendiri sebagaimana wajarnya.Maksud "Allah lupa kepada mereka" ialah Dia tidak menghiraukan mereka dan maksud"mereka lupa kepada Allah" ialah mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan tidakmelaksanakannya. Jadi, Allah tidak menghiraukan mereka di dalam api neraka,

    sementara sebahagian yang lain dikeluarkan-Nya daripada neraka. Hampir denganyang demikian ialah menggambarkan Yang Haq sebagai mengadakan tipu-daya danmemperolok-olok. Allah berfirman,"Allah memperolok-olokkan mereka" (9:79), "Allah mengadakan tipu-daya" (3:54)dan"Allah akan perolok-olokkan mereka" (2:15).Nafas:

    Rasulullah s.a.w bersabda,"Jangan mengutuk angin. Ia adalah daripada nafas Yang Maha Pemurah".Baginda juga bersabda,"Aku merasakan nafas Yang Maha Pemurah datang kepadaku dari arah Yaman".Semua ini adalah kesenangan (tanfis). Ia adalah seumpama baginda s.a.wmengatakan, "Jangan mengutuk angin. Ia adalah sebahagian daripada apa Yang MahaPemurah guna bagi menyenangkan (naffasa) atau mengangkat beban hamba-Nya".Rasulullah s.a.w bersabda,"kamu dibantu dengan angin timur".Ucapan baginda, "Aku merasakan nafas..." bermaksud Yang Maha Pemurahmengangkat daripadaku apa yang mendukacitakan daku. Ini adalah dukacita yangRasulullah s.a.w rasakan tatkala berhadapan dengan mereka yang menolak seruanbaginda dan menolak peraturan Allah. Baginda bersabda, "Dari arah Yaman", jadi kaumAnsar adalah di dalam golongan yang melalui mereka Allah hilangkan dukacita Rasul-

    Nya yang disebabkan oleh puak yang menolak seruan baginda s.a.w. Allah Yang MahaBesar tidak terikat dengan nafas dalam bentuk hembusan udara."Allah melampaui apa yang mereka sifatkan tentang-Nya!" (17:43).Bentuk atau rupa (sura).

    Bentuk menunjukkan kepada jisim dan apa yang diketahui oleh manusia dan yang lain.Hadis yang menyifatkan bentuk Allah dalam sahih dan kitab-kitab yang lain, misalnyahadis yang diriwayatkan oleh 'Ikrima, Rasulullah s.a.w bersabda,"Aku melihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan".Ini adalah suasana Rasulullah s.a.w, dan ia adalah ungkapan yang biasa digunakandalam bahasa Arab. Ia adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w,"Allah ciptakan Adam dalam rupa-Nya".Ketahuilah nilai persamaan yang dibawa oleh Quran adalah istilah bahasa, bukan yangnyata, kerana persamaan yang nyata adalah mustahil bagi Allah. Zaid adalah singa darisegi kekuatan. Zaid adalah Zuhar dari segi puisi. Bila kamu gambarkan sesuatu dengansatu atau dua sifat dan kemudian menggambarkan yang lain dengan sifat tersebut,walaupun terdapat perbezaan yang jelas di antara mereka menurut keadaan yangsebenarnya, mereka memiliki hakikat sifat tersebut. Ini bermakna setiap merekamemiliki rupa bentuk yang lainnya dalam sifat itu khususnya. Jadi, fahamkan dan ambilperhatian!Perhatikan, nilai-nilai yang ada dengan diri kamu itulah kamu gunakan terhadap-Nya -Maha Suci Dia! Tidakkah kamu ceritakan mengenai sifat-sifat kesempurnaan-Nya

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    12/64

    Page 12 of64

    melalui nilai-nilai sifat yang ada dengan kamu? Fahamkan! Apabila kamu memasukipintu yang membuang persamaan, kamu menafikan ketidaksempurnaan yang kamutidak dibenarkan berbuat demikian, walaupun jika kamu berdasarkan kepada yangdemikian sama sekali. Walau bagaimanapun apabila seseorang meletakkan nilai yangdemikian kepada dirinya, kamu menafikan penyifatan tersebut. Jika orang tersebut tidak

    ditutupi oleh bayangan, kamu tidak perlu menafikannya. Ketahuilah sekalipun rupabentuk itu ada banyak pintu, namun kami tidak menyebutnya kerana kami mahumengelakkan daripada menjadikan buku ini terlalu panjang."Allah mengatakan yang benar dan memberi petunjuk kepada jalan yang benar" (33:4).Lengan.Ia berkaitan dengan hadis Rasulullah s.a.w,"Geraham orang kafir di dalam neraka seperti Bukit Uhud dan kulitnya setebal empat puluh hastadaripada hasta Yang Maha Perkasa".Ini adalah penyifatan bagi memuliakan dengan kadar yang Allah sifatkan bagi-Nya. Iaseperti kamu katakan, "Benda ini beberapa hasta raja", bermaksud hasta terpanjangyang raja lakukan, walaupun misalnya lengan raja sama seperti lengan orang ramai danhasta orang ramai lebih panjang daripada hasta raja. Dalam kenyataannya bukanlahlengannya, tetapi adalah anggaran pemilikannya dan kemudian dinisbahkan kepadapembuatnya, jadi ketahuilah! Menurut loghat bahasa "Yang Maha Perkasa" adalah RajaYang Besar.Begitu juga dengan kaki. "Yang Maha Perkasa meletakkan kaki-Nya (dalam neraka)".Kaki adalah anggota badan. Dikatakan, "Si anu memiliki kecekapan dalam perniagaan",bermakna kedudukannya teguh. Kaki adalah nama bersama dalam ciptaan, jadi kakiadalah satu bentuk penyifatan. Yang Perkasa itu adalah malaikat dan kaki itukepunyaan malaikat kerana yang demikian tidak mungkin bagi Allah!Bersemayam (istawa) menunjukkan kepada kestabilan, petunjuk dan yang menguasai.

    Kestabilan adalah salah satu nilai tubuh badan dan yang demikian tidak bolehdigunakan bagi Allah! melainkan dalam aspek kestabilan. Petunjuk adalah kehendakdan ia salah satu sifat kesempurnaan. Allah berfirman,"Dia mengangkat (istiwa) Diri-Nya ke langit," (3:29),iaitu bertujuan."Dia bersemayam di atas arasy" (7:54)

    bermaksud menguasai.Terdapat banyak kepercayaan dan ayat-ayat, sebahagiannya kuat dan sebahagianyang lain lemah. Tidak ada hadis yang tidak mempunyai aspek tanzih ('tiada-hubungan'). Jika kamu mahu fahamkan dengan lebih mudah, maka letakkan pada diri

    kamu ungkapan yang menunjukkan kepada tasybih dan ambillah faedahnya ataurohnya atau apa yang datang daripadanya. Letakkannya dalam apa yang sewajarnyabagi Yang Haq dan kamu akan memperolehi darjat tanzih ('tiada-hubungan') tatkalaorang lain memperolehi tahap tasybih ('ada-hubungan'). Jadi, lakukan demikian dansucikan pakaian kamu! Ini sudah memadai bagi kepercayaan berkenaan keranatajuknya sudah panjang.Tiupan Roh Kudus ke lubuk Hati[Maksud simbolik bagi ungkapan tasybih di dalam Syariat]"Tiupan roh yang paling suci ke lubuk hati" adalah dalam ungkapan yang terdahulu: bilayang berasa kagum (Raja) kagum terhadap yang muncul daripada bentuk-Nya (Adam),

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    13/64

    Page 13 of64

    Penciptanya dalam kesedaran batinnya, kegirangan dalam kewujudannya, ketawadalam penyaksiannya dan murka apabila dia membelakangi, tersenyum bila diamendekati, melupakan keadaan luarannya dan menarik nafas. Jadi, Dia membiarkankapal mengambil haluannya dan teguh di atas kerajaan-Nya dan mentadbir kerajaan-Nya dengan kekuasaan. Apa yang Dia kehendaki berlaku dan kembali kepada Allah!Ini adalah roh-roh yang terasing yang ditunggu oleh bentuk sokongan (ashbah). Bilatiba ketikanya, masa berakhir, langit bergoyang, matahari digulungkan, bumi digantikan,bintang-bintang berguguran, segala sesuatu berubah, Alam Akhirat muncul danmanusia serta yang lain dikumpulkan dalam keadaan asal (Lihat 19:10). Kemudianbentuk-bentuk itu akan memberikan pujian, roh-roh akan bergembira, Yang Membukaakan menyata, pelita akan dinyalakan, arak berkilauan, cinta sejati (wudd) muncul,permohonan menghilang, sayap dikembangkan, dan Qubah [3] didirikan daripadapermulaan malam hingga ke pagi. Perhentian yang sangat indah! Betapa gembiranyadiri-diri yang dalam keadaan sempurna. Semoga Allah mengizinkan kita menikmatinya![3] Baitul Makmur pada langit ke tujuh menyerupai Kaabah pada bumi.

    PERMULAAN ALAM DAN KEDUDUKAN NAMA-NAMA YANG INDAH

    Asbab Kepada Permulaan Alam Dan Kedudukan Nama-nama Yang Indah DalamAlam KeseluruhannyaDalam sebab kepada permulaan dan peraturannya,dan penghabisan pembentukan dan pengertiannya,Dan perbezaan di antara anasir-anasir tinggidalam tempat asalnya dan pemerintahnya,Bukti yang menunjukkan Pencipta menggubahkan semuanya melalui peraturan-Nya.[Ketinggian tempat dan kehebatan Syurga]Wali yang benar telah mengambil pengertian tentang permulaan alam dalam bukukami yang bertajuk, 'Anqa' Mughrib fi ma'rifa khatmi'l-awliya' wa shamsu'l-Maghrib dandalam buku kami bertajuk Insha' ad-Dawa'ir yang sebahagiannya kami tulis di rumahsahabat kami yang mulia (Imam Abu Muhammad Abdu'l-'Aziz al-Mahdawi al-Qurashi) sewaktu kami mengunjunginya dalam tahun 598, dalam perjalanan kamimengerjakan hajji. Khadamnya, 'Abdul-Jabbar (semoga Allah menaikkan darjatnya)

    menyalinkan untuk tuannya apa yang telah kami tuliskan. Saya telah pergi ke Makkahbersama-samanya dalam tahun itu untuk menyiapkannya di sana. Buku ini (Futuhat)telah menarik kami daripadanya dan daripada yang lain kerana kami diilhamkan untukmenuliskannya, tambahan pula ada saudara-saudara kami dan para fuqara' memintakami melakukannya kerana mereka ingin menambahkan pengetahuan mereka danjuga untuk mendapatkan berkat Rumah Suci ini, tempat yang dirahmati, tempat yangmembawa petunjuk dan tempat yang kedapatan padanya tanda-tanda yang jelas. Ditempat ini juga kami ingin mengenali seorang suci yang mulia, Abu Muhammad'Abdul-'Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi), dengan berkat yang diberikan Makkah, dan iajuga adalah cara ibadat terbaik dan tempat yang paling mulia di muka bumi.Barangkali semangat yang lahir daripada rasa kerinduan akan muncul dan keinginan

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    14/64

    Page 14 of64

    untuk menambahkannya akan turun. Ia dibukakan kepada orang yang "diberikansegala perkataan" dan menyaksikan Tuhannya lebih hampir daripada "kadar duabusur panah", meskipun dengan anggaran kesempurnaan ini dan bahagian yangpenuh,"Katakanlah, 'Tuhan menambahkan pengetahuanku." (20:114)Sebahagian daripada syarat awal bagi seseorang berilmu yang menyaksikan, iaitu ahlidalam setesen ghaib dan nyata, ialah dia mengetahui bahawa tempat tersebut(Makkah) mempunyai pengaruh yang kuat kepada hati nurani. Jika hati berada dimana-mana tempat di dalam dunia ini, keadaannya menjadi paling mulia dan lengkapdi Makkah. Sebagaimana tahap kerohanian berbeza-beza dalam keutamaannya,begitu juga dengan tahap jasmani. Adakah permata sama dengan batu, kecuali iaberada dengan orang tertentu? Seorang ahli pada makam ini yang telahdisempurnakan menemui perbezaan pada yang demikian sebagaimana Yang Haqmengadakan perbezaan yang demikian. Adakah rumah yang dibina daripada batu danjeramai sama dengan rumah yang dibina daripada emas dan perak? Orang arif yangsampai adalah yang menyerahkan segala hak kepada yang berhak. Dia menjadi luarbiasa dalam hayatnya dan menjadi orang arif dalam zamannya. Jadi, terdapatperbezaan yang besar di antara kota yang bangunannya adalah yeng menyelerakannafsu dengan kota yang bangunannya adalah tanda-tanda yang jelas!Sahabatku bersetuju bahawa kewujudan hati kita pada sesetengah tempat lebihberpengaruh daripada tempat yang lain? Semoga Allah merahmatinya. Diameninggalkan khalwat di dalam rumah menara yang dijaga, di bahagian timur Tunisdipinggir pantai, dan dia memasuki ar-Rabita ditengah-tengah liang kubur,berhampiran dengan menara itu, pada bahagian yang hampir dengan pintu. Iadikaitkan dengan al-Khidr. Saya bertanya kepadanya mengenai hal tersebut dan diaberkata, "Aku lebih menemui hatiku di sana daripada di dalam menara". Saya juga

    mengalami di sana apa yang Syeikh itu katakan.Para wali mengetahui bahawa, lantaran seseorang yang mendiami sesuatu tempat,samada yang berkedudukan sebagai malaikat yang mulia atau jin yang ikhlas, atau ialantaran himmah seseorang yang pernah mengunjungi atau mendiami tempat tersebut- seperti rumah Abu Yazid yang dipanggil "Rumah orang salih", atau zawiyya al-Junayd di Shuniziyya, atau gua Ibn Adham di Yaqin dan lain-lain tempat, sekalipunorang-orang salih yang berkenaan telah meninggalkan dunia ini namun, kesannyamasih kedapatan di tempat berkenaan dan ia mempengaruhi hati nurani. Inilahsebabnya mengapa masjid-masjid memberi kesan yang berbeza-beza kepada hati,tetapi tidak dari segi pahalanya. Kamu lebih menemui hati kamu di masjid tertentutetapi tidak di masjid lain. Ini bukanlah kerana bumi, tetapi kerana kumpulan jemaahdan keberkatan mereka. Orang yang tidak mendapati perbezaan pada hatinya diantara di masjid dan di pasar hanya memiliki suasana tetapi tidak memiliki makam.Saya tidak ragui, melalui penyingkapan dan pengetahuan, sekiranya para malaikatdengan pangkat yang berbeza-beza mendiami bumi ini, yang paling tinggi kedudukanmereka dalam ilmu dan makrifat akan mendiami Masjid al-Haram. Keadaan kamumenurut mereka yang kamu jadikan sahabat. Himmah mereka yang dalam satukumpulan memberi kesan kepada orang yang duduk bersama kumpulan tersebut danhimmah mereka adalah menurut pangkat mereka. Jika persaingan didasarkan kepadahimmah, maka 124,000 Nabi-nabi, tidak termasuk aulia, telah tawaf Rumah yang suciitu. Tidak ada Nabi atau wali yang tidak ada himmah dengan Rumah ini.

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    15/64

    Page 15 of64

    Kota ini adalah kota suci kerana ia adalah Rumah yang Allah pilih di atas rumah-rumah yang lain. Ia memiliki rahsia sebagai tempat yang pertama dijadikan tempatberibadat seperti Allah katakan,"Rumah pertama yang didirikan buat umat manusia adalah yang di Bakka, tempat yangdirahmati, dan petunjuk kepada seluruh alam. Padanya terdapat tanda-tanda yang jelas - makamIbrahim, dan sesiapa memasukinya menjadi aman" (3:97)daripada segala ketakutan. Banyak lagi ayat-ayat yang lain. Jika orang yang bersihberjalan ke kota suci ini, dia akan mengalami makrifat dan peningkatan yang belumpernah dia saksikan sebelumnya dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya.Diri akan dikumpulkan dalam bentuk ilmunya sementara tubuh akan dikumpulkandalam bentuk amalannya. Bentuk ilmu dan amalan lebih lengkap di Makkahberbanding dengan tempat-tempat lain. Jika seseorang yang mempunyai hati yangterbuka memasukinya untuk satu jam sahaja, dia akan memperolehi yang demikian.Jadi, betapa banyak yang akan diperolehinya jika dia berada hampir dengannya danmendiami di sana dan melaksanakan segala tuntutan dan peraturannya? Tidakdiragukan bahawa penyaksiannya di sana lebih lengkap dan luhur, dan apa yang

    dikurniakan kepadanya lebih murni, lazat dan menggembirakan. Sahabatkumemberitahuku bahawa dia merasakan penambahan dan pengurangan menuruttempat, dan dia tahu bahawa suasana yang demikian juga muncul daripada keadaanorang yang tinggal di sana atau himmahnya seperti yang telah dinyatakan. Kami tidakmeragui kaedah ini, iaitu perakuan terhadap tempat dan daya-rasa yang bertambahdan berkurang muncul daripada kesempurnaan ahli makrifat dalam mengenal, danketinggian makam serta kedudukannya daripada yang lain, dan juga kekuatankearifannya. Semoga Allah menuliskan kebaikan untuk wali tersebut danmengurniakan kepadanya segala kebaikan lantaran dia telah mendapatkannya danlayak untuk yang demikian.[Nama-nama Yang Indah dan hakikat kewujudan]

    Ketahuilah, semoga Allah memngurniakan kejayaan kepada kita semua, sekalianorang Islam! bahawa kebanyakan mereka yang mengenali Allah dari kalangan merekaahli kasyaf dan ahli hakikat, tidak memiliki pengetahuan tentang sebab permulaanalam maya melainkan sekadar hubungan Azali dengan keadaannya yang dibawakepada kewujudan. Allah kurniakan kepada makhluk-Nya apa yang Dia ketahui wajarbagi makhluk-Nya. Di sini, kebanyakan manusia berhenti. Kami, dan mereka yangAllah perkenalkan apa yang Dia perkenalkan kepada kami, telah mencapai hal yanglain. Ini ialah bila kamu perhatikan kepada alam maya secara terperinci dengankebenaran dan anggarannya, kamu dapati ia terhad dengan peringkat dan tahap yangdiketahui, dan golongan yang terbatas dengan benda-benda yang serupa dan tidak

    serupa. Jika kamu faham perkara ini, kamu ketahui bahawa ia mempunyai rahsia yangseni dan perkara yang ajaib di mana hakikatnya tidak dapat disaksikan dengan jelasmelalui fikiran dan penyelidikan. Sebaliknya, ia adalah satu daripada ilmu diberikanmelalui kasyaf dan hasil daripada mujahadah yang disertai oleh himmah (semangatyang tinggi). Mujahadah tanpa himmah tidak menghasilkan apa-apa, tidak jugamemberi kesan kepada ilmu, tetapi ia memberi kesan kepada keelokan dan kesucianyang dirasai oleh orang bermujahadah itu.Ketahuilah, semoga Allah mengajarkan kepada kamu rahsia pengertian danmengurniakan kepada kamu semua perkataan! bahawa Nama-nama Yang Indah,yang di atas daripada nama-nama yang boleh dihitung dan membawa turun

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    16/64

    Page 16 of64

    kebahagiaan di bawah nama-nama yang dihitung itu, mempunyai kesan kepada alammaya. Mereka adalah 'kunci-kunci pertama' yang hanya Dia mengetahuinya. Setiapyang nyata dalam kewujudan memiliki salah satu daripada nama-nama yang khususbaginya. Yang nyata yang dimaksudkan ialah yang mengumpulkan bersama golongandaripada perkara-perkara yang nyata tersebut. Tuhan bagi hakikat tersebut ialah nama

    dan hakikat itu adalah hamba-Nya dan di bawah penguasaan-Nya. Hanya itu sahaja.Jika sesuatu mengumpulkan beberapa nama bagi kamu, perkara itu bukanlah sepertiyang kamu bayangkan. Kamu perhatikan kepada benda itu, kamu dapati iamempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan apa yang ditunjukkan oleh namaberkenaan, iaitu hakikat yang kami nyatakan. Itu adalah seperti apa yang telahdiperakukan bagi kamu di dalam ilmu yang di dalam akal luaran dan di bawahpenguasaannya menurut keadaan sesuatu yang satu dan tidak boleh dipecahkan -seberti anasir yang satu (jauhar) yang merupakan bahagian yang tidak bolehdipecahkan. Sekalipun demikian, jauhar ini mengandungi berbagai-bagai hakikat yangmemerlukan sebanyak itu juga Nama-nama Ilahi. Hakikatnya ia dibawa kepadakewujudan dengan memerlukan nama Yang Maha Berkuasa. Dalam aspekkerapiannya ia memerlukan nama Yang Maha Mengetahui. Dalam aspek kuasamemilih ia memerlukan nama Yang Membentuk. Dalam aspek yang membawanyamenjadi nyata ia memerlukan nama Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Melihat,dan lain-lain. Walaupun bahan ini adalah satu, ia mempunyai aspek-aspek ini danaspek yang lain yang kami tidak nyatakan. Setiap aspek mempunyai banyak aspekyang memerlukan nama yang berpadanan. Aspek-aspek itu adalah hakikat danmereka bukanlah yang utama pada pandangan kami dan ianya sukar untukmemegangnya dan lebih sukar untuk memperolehinya melalui kasyaf.[Wadah Nama-nama Ilahi]Ketahuilah kami tidak akan menyentuh Nama-nama dengan kepelbagaiannya bilakami melihat kepada aspek yang diperlukan oleh makhluk di dalam alam. Bila kitatidak melihat kepada yang tersebut, kita melihat wadah yang dituntut oleh ilmu yangdiperlukan dan kami mendapati bahawa Nama-nama yang menjadi wadah yangmereka berdiri di atasnya adalah juga wadah bagi Nama-nama itu. Jadi, ia mudahuntuk diperhatikan, melengkapkan tujuannya dan ia mudah untuk pergi melepasiwadah-wadah ini kepada cabang-cabangnya, sebagaimana mudah untuk kembalidaripada cabang kepada wadah itu. Jika kamu perhatikan kepada semua Nama-namayang diketahui di bumi dan di langit, kamu akan dapati tujuh nama ditujukan kepadaSifat-sifat oleh mereka yang mengetahui ilmu Kalam yang membicarakanmengenainya. Kami telah bincangkan perkara ini dalam buku kami bertajuk Insha' ad-

    Dawa'ir.

    Matlamat kami dalam buku ini bukanlah tujuh wadah yang dirujukkan kepada Sifat ini,tetapi tujuan kami ialah wadah-wadah yang perlu bagi membawa alam ini kepadakewujudan yang nyata. Sama juga, kami tidak memerlukan pembuktian akal tentangYang Haq melebihi kenyataan bahawa Dia wujud, mengetahui, berkuasa, mencipta,hidup. Tidak ada yang lain diperlukan. Tidak ada yang lebih daripada inidipertanggungjawabkan. Rasulullah s.a.w telah membuat kita mengakui bahawa DiaBerkata-kata. Fardu membuat kita mengakui bahawa Dia mendengar, melihat danseterusnya sebagaimana dinamakan. Apa yang kita perlukan di sini untuk mengenalinama-nama adalah bagi kewujudan alam maya ini. Nama-nama ini adalah Tuan bagiNama-nama dan semua nama-nama lain adalah di bawah jagaan mereka seperti

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    17/64

    Page 17 of64

    mana sebahagian daripada tuan-tuan ini menjaga sebahagian yang lain.Wadah bagi Nama-nama Ilahi adalah: Yang Hidup, Yang Mengetahui, YangBerkehendak, Yang Berkata-kata, Yang Pemurah, Yang Adil. Ini adalah cabang bagidua Nama Ilahi: Yang Mentadbir dan Yang Membahagikan. Yang Hidup menentukankefahaman kamu selepas dan sebelum kamu wujud. Yang Mengetahui menentukan

    keteguhan kamu pada wujud kamu, dan sebelum wujud kamu menentukan ketetapankamu. Yang Berkehendak menentukan pilihan kamu. Yang Berkuasa menentukanketidakwujudan kamu. Yang Berkat-kata menentukan keabadian kamu. YangPemurah menentukan kedudukan kamu yang dibawa kepada kewujudan. Yang Adilmenentukan pangkat atau kedudukan kamu. Pangkat atau kedudukan adalah yangterakhir bagi peringkat kewujudan.Hakikat-hakikat ini mesti wujud, dan nama-nama mereka yang menjadi Tuan-tuanadalah juga perlu. Yang Hidup adalah Tuan kepada Tuan-tuan dan rakyat. Ia adalahPenghulu atau Imam. Yang kedua kedudukannya ialah Yang Mengetahui, kemudianYang Berkehendak, kemudian Yang Berkata-kata, kemudian Yang Berkuasa,

    kemudian Yang Pemurah, dan yang akhirnya Yang Adil. Ia adalah Tuan kepadasegala pangkat atau kedudukan dan peringkat kewujudan yang terakhir. Baki nama-nama yang lain adalah di bawah kekuasaan Penghulu-Tuan-tuan.[Penghulu (Imam) kepada Nama-nama Ilahi]Nama-nama tersebut menyerahkan Nama-nama yang selebihnya dengan hakikat-hakikat mereka kepada nama Allah dalam membawa alam maya kepada kewujudan.Menurut kenyataan bahawa Imam-imam kepada nama-nama, tanpa mengambil kiraalam maya, hanyalah empat - Yang Hidup, Yang Berkata-kata, Yang Mendengar danYang Melihat - bila Allah mendengar tutur-kata-Nya dan melihat Zat Diri-Nya, Wujud-Nya adalah sempurna dalam Zat-Nya (tanpa mengambil kira alam maya). Kami hanya

    maksudkan nama-nama yang dengannya alam maya didirikan. Kami mempunyaibanyak nama-nama, jadi kami serahkan kepada tuan mereka dan datang kepadamereka dalam kehadiran mereka dan hanya menemui apa yang telah kami nyatakan.Kami sampaikan menurut apa yang kami saksikan. Jadi, inilah sebabnya tuan-tuankepada nama-nama itu menyerahkan nama-nama yang lain kepada Allah bila asalusul kita dibawa kepada kewujudan.Yang pertama mengadakan tuntutan terhadap alam maya ini ialah Nama Ilahi, YangMentadbir (al-Mudabbir) dan Nama Ilahi, Yang Membahagikan (al-Mufassil) diataskehendak nama Raja. Kemudian dua nama ini menghadap kepada benda-benda yangdaripadanya misal wujud dalam alam maya ini sendiri tanpa ia terlebih dahulu tidak-wujud, tetapi lebih tepat daripada peringkat yang terdahulu, bukan kewujudan yangterdahulu - seperti terbit matahari mendahului permulaan siang. Sekalipun kitahubungkan permulaan siang dengan terbitnya matahari, ia adalah jelas bahawa sebabbagi kemunculan siang ialah terbitnya matahari yang menemaninya dalamkemunculannya. Beginilah duduk perkaranya.Kemudian dua Nama Ilahi ini mentadbirkan alam maya ini dan membahagikannyatanpa didahului oleh kejahilan mengenainya ataupun kurang pengetahuanmengenainya. Jadi, bentuk yang digubah itu muncul di dalam alam maya itu sendiri.Kemudian, Nama-Nya, Yang Mengetahui, dihubungkan kepada model (misal) tersebutsebagaimana ia dihubungkan kepada bentuk yang daripadanya diambil, walaupun jikaianya tidak dilihat kerana ia tidak wujud seperti yang akan dinyatakan dalam tajuk ini.

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    18/64

    Page 18 of64

    "Daripada apakah alam maya ini wujud?"[Permulaan nama-nama bagi alam maya]Permulaan nama-nama bagi alam maya ialah dua Nama Ilahi ini: Yang Mentadbir danYang Membahagi. Nama Yang Mentadbir ialah yang merealisasikan masa yang

    ditentukan untuk membawa kepada kewujudan. Nama Yang Berkehendak berhubungdengannya menurut kadar yang Yang Mentadbir membawanya keluar danmentadbirnya. Kedua-dua nama ini tidak melakukan apa-apa dalam penciptaan misalini tanpa penyertaan nama-nama yang lain, tetapi daripada belakang tirai dua namaini. Jadi kedudukan sebagai Penghulu adalah wajar buat mereka, sementara yang laintidak menyedarinya sehinggalah bentuk misal (model) muncul. Kemudian merekamenyaksikan di dalam hakikat-hakikat ianya bersesuaian dengan mereka, dan yangdemikian menerbitkan rasa kasih terhadapnya. Jadi setiap nama melahirkan rasakasih pada hakikatnya yang wujud dalam Misal itu, tetapi ia tidak dapat memperolehisebarang kesan dalamnya kerana ia tidak dibenarkan oleh kehadiran yang misal inimenyatakan dirinya. Oleh itu, cinta dan kasih itu membawa mereka kepada pencarian,

    usaha yang gigih dan keinginan untuk membawa bentuk itu kepada kewujudan supayakuasa mereka boleh menyata dan kewujudan mereka menjadi sah dalam kenyataan.Tidak ada yang memiliki himmah yang lebih tinggi daripada yang berkuasa yang tidakmendapati seseorang yang berkuasa untuk dikuasai dan meletakkannya di bawahkekuatannya agar kekuasaan kekuatannya akan menjadi sah - atau seseorang yangkaya yang tidak menemui seseorang yang yang memerlukan hartanya! Ia samadengan semua nama-nama ini. Jadi, nama-nama yang lain berlindung di bawah Tuanmereka, Penghulu Yang Tujuh yang telah dinyatakan, memohon mereka membawasumber misal ini yang mereka lihat pada zat seseorang yang mengetahui kepadakewujudan. Inilah yang ditunjukkan sebagai alam maya.[Nama-nama Ilahi berada dalam kesatuan berhubung dengan Zat, berpisahberhubung dengan 'ada-hubungan']Ada orang yang mungkin bertanya, "Wahai yang mengenal! Bagaimanakah Nama-nama Ilahi yang lain melihat misal ini sedangkan kenyataannya hanya Yang Melihatmelihatnya dan setiap Nama Ilahi memiliki hakikat yang nama lain tidak miliki?" Kitaboleh menjawabnya. Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada kamu! Kamu patuttahu bahawa setiap Nama Ilahi mengandungi semua Nama-nama Ilahi dan setiapnama digambarkan oleh semua nama pada ufuknya. Setiap nama itu hidup, berkuasa,mendengar, melihat, berkata-kata dalam ufuknya dan dalam pengetahuannya. Jikatidak bagaimanakah setiap Nama Ilahi menjadi Tuan kepada sesuatu yang berkhidmatkepadanya? Sungguh tidak munasabah! Betapa jauhnya daripada kesan yang nyata!Walau bagaimanapun, di sana ada petunjuk seni yang kebanyakan orang tidakmenyedarinya. Ia adalah bahawa kamu mengetahui dengan yakin yang setiap bijigandum atau yang seumpamanya mengandungi hakikat yang tidak dimiliki olehsaudaranya, sebagaimana kamu tahu yang benih ini tidak sama dengan benih yanglain, walaupun mereka memiliki hal yang sama ataupun mereka serupa. Jadi carilahkenyataan atau hakikat ini yang membuatkan kamu membezakan dua benih tersebutdan mengatakan, " Yang ini tidak sama dengan yang itu". Hal ini benar bagi semuaperkara yang serupa dalam hal yang menyerupakan mereka itu. Ia juga sama denganNama-nama Ilahi: setiap nama mempunyai hakikat yang nama itu kandungkan.Kemudian kamu ketahui nama ini bukanlah nama yang lain secara nilai seni (latifah)

    yang kamu gunakan bagi membezakan biji-biji gandum dan setiap yang serupa. Jadi,

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    19/64

    Page 19 of64

    carilah makna ini sehingga kamu mengenalinya melalui zikir, bukan melalui renungan.Walau bagaimanapun, saya ingin membawakan kepada kamu tentang hakikat yangtidak dibentangkan oleh sesiapapun sebelum ini. Boleh jadi ianya tidak dibukakan ataudiperjelaskan dan saya tidak tahu samada ianya akan diberikan kepada sesiapasesudah saya atau tidak daripada kehadiran yang memberikannya kepada saya. Jika

    ianya dibaca dan difahami melalui buku saya, maka saya adalah yang pertamamengajar mengenainya sementara mereka yang terdahulu tidak menemuinya. Ianyaialah Nama-nama Ilahi, seperti yang kami nyatakan, mengandungi hakikat bagi nama-nama tersebut sementara latifah ini wujud yang memberikan kepada kamu perbezaandi antara dua benda yang serupa. Bagi nama Yang Pengampun dan YangMenghukum, iaitu Yang Zahir dan Yang Batin, setiap nama ini mengandungi apa yangdikandungi oleh penjaga-penjaganya, daripada permulaannya hingga ke akhirnya.Walau bagaimanapun, Tuan bagi Nama-nama tersebut dan nama-nama yang lain adatiga martabat. Sebahagiannya berhubung dengan darjat Tuan Nama-nama tersebut,sebahagiannya memiliki darjatnya sendiri, sebahagiannya dihubungkan dengan darjatYang Memberi Rahmat, sebahagiannya dihubungkan kepada darjat Yang MemberiHukuman. Nama-nama ini adalah nama-nama alam maya yang dihitungkan, dan Allahjualah Penolong![Nama Allah Yang Teragung]Kemudian semua nama-nama merujuk kembali kepada Penghulu-penghulu danPenghulu-penghulu merujuk kembali kepada nama Allah dan nama Allah merujuk pulakepada Zat kerana ia merdeka daripada nama-nama, dan memohon bantuan dalamapa yang dipinta oleh nama-nama tersebut. Jadi, "Yang Pemurah, Yang Penyayang"mengabulkannya dan berkata, "Berbicaralah dengan Penghulu-penghulu yangberhubung dengan urusan membawa alam kepada kenyataan menurut hakikat-hakikatmereka." Nama Allah keluar kepada mereka dan mengkhabarkan kepada merekaberita tersebut dan mereka sukacita, gembira dan ceria dan mereka masih demikian.Mereka memandang kepada kehadiran yang dinyatakan dalam Tajuk Enam danmembawa alam maya kepada kewujudan yang nyata sebagaimana yang kami akannyatakan dalam tajuk berikutnya, Insya' Allah."Allah mengatakan yang benar dan memimpin kepada jalan yang lurus" (33:4)

    PERMULAAN CIPTAAN ROHANI

    [Mengenai permulaan ciptaan rohani]Siapakah yang pertama wujud dalamnya? Daripada apa ia wujud? Dalam apa iawujud?Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Apakah matlamatnya?Mengenai alam semesta dan bahagian-bahagianya.Perhatikah kewujudan yang rapi iniwujud kita umpama jubah yang digubah.Perhatikan khalifah-khalifah-Nya dalam kerajaan merekamereka yang berbahasa Arab dan tidak berbahasa Arab

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    20/64

    Page 20 of64

    Tidak ada di antara mereka yang menyintai Allah tanpa mencampurkanya dengankecintaan kepada wang.Ia dikatakan: Ini adalah hamba kepada makrifatdan inilah hamba syurga dan mereka yang menjadi hamba JahannamMelainkan sebahagian kecil daripada mereka yang mabuk dengan Dia

    tanpa rangsangan khayalan.Mereka adalah hamba Allah yang tiada siapa mengetahuinya kecuali Dia,bukan hamba kesenangan.Dia biarkan mereka mendapat laba daripada setiap ilmu yang kelambila Dia mahu mereka kembali ke istana mereka.Pengetahuan yang terdahulu adalah dalam anasir-anasir sahaja,dan asas daripadanya tidak berkurangan.Kenyataan bagi kata penerangan ialah yang menyingkapnya daripada yangmenyerupainya,dan keserupaan ini tidak disembunyikan.Dan pengetahuan mengenai asbabyang dengannya sumber alam wujud dalam jenis yang paling lama.Dan penghabisan perkara yang tiada kesudahan menyaksikan baginyadalamnya ialah Yang Paling Perkasa.Ilmu-ilmu mengenai sfera kewujudan, besar dan kecil,adalah hanya untuk mereka yang tidak menemui kesilapan.Ini adalah ilmu orang yang mengenali penyingkapan mereka,dan ia memandu hati ke jalan yang lurus.Segala puiji bagi Allah yang memiliki segala ilmudan mengetahui apa yang tidak diketahui.[Keterangan Ringkas]Permulaan ciptaan adalah habuk (haba') yang halus, dan yang pertama wujuddalamnya ialah Hakikat Muhammad daripada ar-Rahman. Ia tidak terkandung dalammana-mana tempat kerana ia tidak dikandung. Daripada apakah alam muncul kepadakewujudan? Ia muncul kepada kewujudan daripada hakikat yang diketahui yangditerangkan sebagai bukan wujud dan bukan juga tidak wujud. Dalam apakah iawujud? Ia wujud dalam habuk yang halus. Bagaimanakah keadaan kewujudannya? Iawujud dalam bentuk diketahui dalam diri Hakikat. Mengapa ia wujud? Ia wujud bagi

    menyatakan hakikat-hakikat Ilahi. Apakah matlamatnya? Matlamatnya ialah untukmenjadi campuran yang murni, supaya setiap alam akan mengenali bahagiannyadaripada asal tanpa campuran. Jadi, matlamat alam ialah menyatakan hakikat-hakikatnya (ia-itu hakikat-hakikat bagi Yang Haq ataupun hakikat-hakikat penciptaan),dan mengenali sfera-sfera alam semesta daripada alam ini. Dalam penggunaan orangsufi, ia adalah apa yang selain manusia. Jenis alam semesta yang kecil, iaitu manusia,adalah roh, punca dan asbab bagi alam ini. Sfera-sfera alam adalah setesen-setesennya, pergerakan-pergerakan dan pengasingan kedudukannya. Ini adalahringkasan yang terkandung dalam tajuk ini.[Manusia adalah alam kecil]

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    21/64

    Page 21 of64

    Sebagaimana manusia adalah alam kecil secara jasadnya, maka dia tidak bolehdiambil kira lantaran dia berada pada masanya. Menyerupai hal ketuhanan adalahlayak baginya kerana dia adalah Khalifah Allah dalam dunia ini dan dunia ini di bawahpenguasaannya, taklukan hal-hal ketuhanan sebagaimana manusia adalah taklukanhal-hal ketuhanan.Ketahuilah pembentukan manusia yang paling sempurna adalah dalam dunia ini. Diakhirat, setiap manusia berada dalam salah satu golongan berdasarkan suasanakesaksamaan, bukan ilmu. Setiap golongan mengetahui suasana yang berlawanandengannya. Jadi, manusia samada beriman atau kufur. Ianya samada kebahagiaanatau kesengsaraan, sejahtera atau seksa. Jadi pengenalan pada dunia ini lebihlengkap walaupun kenyataan (tajalli) di akhirat lebih luhur dan suci. Jadi, fahamkanlah!Bukakan kunci ini! Dalam setesen ini, kita memiliki simbol sesiapa yang cerdik danianya adalah ungkapan yang buruk dan memalukan yang maksudnya adalah elok danbelum pernah berlaku sebelumnya.[Roh alam semesta adalah alam kecilnya]Roh kewujudan yang besar adalah kewujudan yang kecil iniJika tidak kerana itu, Dia tidak akan berkata,"Aku Maha Besar, Maha Berkuasa."Ruang masa-Ku tidak seharusnya menghijab kamu tidak juga kebinasaan dan tidakjuga kebangkitan."Jika kamu renungkan tentang-Ku, Aku adalah Yang Meliputi, Yang Maha Besar,"Wujud-Ku adalah dahulu-kala, dan yang baharu adalah kenyataan."Allah Esa, tidak dikongkong oleh masa. Kekurangan tidak menyentuh-Nya.Makhluk yang nyata adalah ciptaan baharu yang di dalam genggaman-Nya.Daripada ini ia menyatakan bahawa Aku adalah wujud yang tidak bolehdiperhitungkan,dan setiap kewujudan berkisar di sekeliling wujud-Ku.Tidak ada malam seperti malam-Ku dan tiada cahaya seperti cahaya-Kujadi jika ada yang mengatakan aku seorang hamba, maka aku adalah hamba yanghina.Atau jika dia mengatakan aku wujud, maka aku adalah Wujud Yang Mengenal.Istiharkan satu kerajaan buatku dan kamu akan menemui ku atau orang kebanyakan,selagi kamu tidak melanggar batasan.O kamu jahil tentang kuasa-Ku! Adakah kamu mengetahui, melihat?Kewujudanku menceritakan tentang ku, walaupun ucapan boleh jadi benar danbohong.Katakan kepada umat kamu: Aku adalah Yang Mengasihani, Yang Mengampun.Katakan: Hukumanku adalah hukuman yang membinasakan.Katakan: Aku lemah, tidak berupaya, seorang tawanan.Jadi bagaimana ada yang dirahmati atau dihapuskan oleh tangan ku?[Huraian secara lebih panjang lebar mengenai tajuk ini.](Daripada Allah datangnya bantuan dan pertolongan.)

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    22/64

    Page 22 of64

    [Empat perkara yang diketahui mengenai kewujudan]Ketahuilah perkara-perkara yang diketahui ada empat: Hakikat, yang diceritakansebagai wujud mutlak kerana Dia bukanlah asbab oleh sesuatu dan bukan juga asbabbagi sesuatu. Dia adalah Pencipta asbab dan wujud dengan Zat-Nya daripada Zat-Nya sendiri. Ilmu-Nya merujukkan kepada ilmu mengenai wujud-Nya, dan wujud-Nya

    tidak lain daripada Zat-Nya. Walau bagaimanapun, Zat-Nya tidak boleh diketahui,tetapi sifat-sifat yang dinisbahkan kepada-Nya adalah diketahui. Ini bermakna sifat-sifat bagi maksud, adalah sifat-sifat bagi kesempurnaan. Ilmu mengenai hakikat Zatadalah tidak mungkin kerana ia tidak diketahui samada melalui pembuktian atau logikakal dan tidak mampi disentuh oleh huraian. Allah tidak menyerupai sesuatu dan tidakada sesuatu menyerupai-Nya. Jadi mana mungkin sesuatu yang serupa dengansesuatu serupa juga dengan yang Esa yang tidak menyerupai sesuatu dan tiadasesuatu menyerupai-Nya? Pengenalan tentang-Nya ialah"tiada sesuatu menyerupai-Nya" (42:10)dan"Allah melarang kamu tentang Diri-Nya: (3:27). "Syariat termasuk larangan memikirkan tentang Zat Allah.[Hakikat kepada hakikat-hakikat]Yang kedua diketahui ialah hakikat alam yang menjadi milik Yang Haq dan alam, yangtidak dinyatakan sebagai wujud atau tidak wujud, dikandung oleh masa atau tidakdikandung oleh masa. Ia adalah tidak dikandung oleh masa jika keadaan demikiandinyatakan olehnya, dan dikandung oleh masa jika keadaan demikian dinyatakanolehnya. Perkara-perkara yang dikandung oleh masa dan yang tidak dikandung olehmasa tidak diketahui sebelum hakikat ini diketahui, tetapi hakikat ini tidak munculsehinggalah perkara yang dinyatakan olehnya muncul. Jika sesuatu muncul tanpadidahului oleh ketiadaan wujudnya, seperti kewujudan Yang Haq dan sifat-sifat-Nya, ia

    dikatakan kewujudan yang tidak dikandung oleh masa kerana dijelaskan secarademikian. Jika sesuatu wujud daripada tidak wujud seperti kewujudan yang selainAllah, yang dikandung oleh masa dan muncul melalui yang lain daripada dirinya, iadikatakan dikandung oleh masa. Ia berada dalam setiap kewujudan menurut hakikatalamnya. Ia tidak menerima pemecahan, jadi "setiap" dan "sebahagian" tidak bolehdigunakan baginya. Seseorang tidak dapat mencapai makrifatnya yang bebasdaripada bentuk melalui pembuktian atau pertunjukan. Alam wujud daripada hakikat inimelalui perantaraan Yang Haq. Hakikat ini tidak wujud dalam zatnya, jadi Allah bawakita kepada kewujudan daripada kewujudan yang tidak dikandung oleh masa (zaman).Jadi yang tidak dikandung oleh masa didirikan untuk kita.Begitu juga kamu patut tahu bahawa hakikat alam ini tidak dinyatakan sebagai munculsebelum alam, tidak juga dinyatakan alam muncul selepasnya. Sebaliknya, ia adalahakar bagi kewujudan benda-benda secara umumnya. Ia adalah sumber kepada unsur(jauhar), bulatan kehidupan, yang sebenarnya melaluinya penciptaan berlaku (LihatQuran 15:85) dan perkara-perkara lain. Ia adalah Sfera Meliputi yang mampu diterimaoleh akal. Jika kamu katakan ia adalah alam, kamu berkata yang benar. Jika kamukatakan ia bukan alam, kamu juga berkata yang benar. Jika kamu katakan ia adalahyang Haq atau bukan Yang Haq, kamu juga berkata yang benar. Ia menerima semuaini. Ia berbilang-bilang dengan perbilangan manusia di dunia dan 'tiada-hubungan'dengan 'tiada-hubungan'nya bagi Yang Haq.Jika kamu mahukan contoh yang mempermudahkan kefahaman kamu, lihatkan

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    23/64

    Page 23 of64

    kepada zat kayu pada sekeping papan, kerusi, minbar, kotak dan seumpamanya.Perhatikan juga kepada bentuk empat persegi dan yang seumpamanya dalam bentukpada segala macam bilik yang empat persegi, kotak dan sehelai kertas. Keadaanempat persegi dan zat kayu adalah menurut hakikatnya pada setiap benda-bendatersebut (tanpa berbilang-bilang atau berada dalam keadaan berpecah-pecah).

    Perhatikan juga kepada warna-warna: keputihan pakaian, permata, kertas, gandum,minyak dan lain-lain, tanpa menyatakan keputihan pakaian yang boleh diterima olehakal sebagai bahagian lain daripada pakaian itu sendiri. Sebenarnya hakikat putih ituyang nyata pada pakaian sebagaimana ia nyata pada kertas. Begitulah keadaannyadengan pengetahuan, kuasa, kehendak, pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ini akan membuat kamu memahami alam ini. Kami bincangkan dengan panjang lebarmengenainya dalam buku kami yang bertajuk Insha' al-Jadawil w ad-Dawa'ir.Ada pula yang ketiga diketahui, iaitu keseluruhan alam ini: malaikat dan cakerawala,dan langit yang dikandunginya, air dan tanah dan alam yang dikandungi antarakeduanya. Ia adalah Kerajaan yang lebih besar. Akhirnya adalah perkara keempatyang diketahui iaitu manusia, khalifah yang dilantik oleh Allah dalam dunia ini, yangdunia ini menjadi penguasaannya. Allah berfirman,"Dia permudahkan bagi kamu apa yang di langit dan apa yang di bumi, semuanya, daripada-Nya"(45:120).Sesiapa mengetahui perkara-perkara yang diketahui ini, tidak ada lagi perkara yangboleh diketahui yang dicarinya. Daripada empat yang diketahui itu adalah yang hanyakewujudannya yang diketahui - Yang Haq, semoga Dia dipersucikan! Perbuatan-Nyadan sifat-Nya hanya diketahui secara mengadakan perumpamaan. Sebahagiannyadiketahui dengan mengadakan misal - seperti pengetahuan Hakikat Alam.Sebahagiannya diketahui melalui kedua-dua aspek, dan melalui 'apakah ia' dan'bagaimanakah ia': alam dan manusia.[Bahagian Permulaan alam dan misalnya: habuk (haba') Hakikat Muhammad]"Telah ada Allah dan tiada sesuatu beserta Dia" (Bukhari). Kemudian beliautambahkan kepada Hadis ini, "Dia kini sebagaimana Dia dahulu". Tidak ada nilai yangDia belum tujukan kepada Diri-Nya melalui kenyataan bahawa Dia membawa alamkepada wujud. Dia menyatakan tentang Diri-Nya sebelum penciptaan-Nya dandinamakan dengan Nama yang makhluk-Nya panggil Dia dengan-Nya. Bila Diaberkehendakkan alam ini wujud dan memulakannya menurut had yang Dia ketahuimelalui ilmu-Nya, ia dihasilkan daripada kehendak yang suci murni oleh sesuatu tajallidaripada kenyataan 'tiada-hubungan' atau tanzih kepada Hakikat Alam. Hakikat yangterhasil daripadanya dipanggil habuk atau nebula (haba') yang seumpama gipsum

    yang yang dibentuk oleh pembentuk yang dalamnya dia boleh bukakan sebarangbentuk dan rupa yang dia mahu. Ini adalah wujud pertama dalam alam sebagaimanadiceritakan oleh'Ali ibn Abi Talib, Sahl ibn Abdullah at-Tustari dan mereka yangmempunyai makrifat, mereka yang kasyaf akan kewujudan.Kemudian Allah menyatakan Diri-Nya melalui cahaya-Nya dan habuk itu. Ahli falsafahmenamakannya keseluruhan yang utama (al-Hayula al-Kull). Ia mengandungi seluruhalam maya secara keupayaan dan kemampuan. Jadi setiap sesuatu menerimadaripada-Nya dalam habuk itu menurut keupayaan dan yang mudah diperolehinya,seperti sudut bilik menerima cahaya daripada lampu, dan kekuatan sinarannya danpenerimaannya bergantung kepada kehampirannya dengan cahaya itu. Allahberfirman,

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    24/64

    Page 24 of64

    " Perumpamaan cahaya-Nya adalah seperti misykat (lubang) yang dalamnya ada lampu" (24:35).Dia jadikan cahaya-Nya seumpama lampu. Jadi, tidak ada yang terdekat untukmenerimanya di dalam habuk itu kecuali Hakikat Muhammad s.a.w, yang dinamakanAkal. Jadi ia adalah penghulu (imam) bagi sekalian alam maya dan yang pertamauntuk muncul dalam kewujudan. Wujudnya datang daripada Cahaya Ilahi dan

    daripada habuk dan daripada Hakikat Alam. Sumbernya wujud dalam habuk itu.Sumber alam maya datang daripada tajallinya. Orang yang paling hampir dengannyaialah Ali ibn Abi Talib, dan rahsia-rahsia Nabi-nabi.Bagi model (misal) di mana seluruh alam maya ini wujud tanpa perpisahan, ia adalahpengetahuan yang bergantung kepada Yang Haq. Allah mengetahui kita denganpengetahuan tentang Diri-Nya dan membawa kita kepada kewujudan menurut apayang Dia ajarkan kepada kita. Kita mempunyai bentuk khusus ini dalam ilmu-Nya. Jikaperkara itu bukan seperti ini, bentuk ini datang kepada kita secara kebetulan, bukandisengajakan, kerana tentunya Dia tidak akan mengetahuinya. Adalah mustahil rupabentuk diberikan kepada kewujudan secara tidak sengaja. Jika ianya bukan demikianbentuk rupa yang khusus ini diketahui oleh Allah dan dikehendaki oleh-Nya, Dia tidakakan membawa kita kepada kewujudan atasnya, dan rupa bentuk ini tidak akandiperolehi daripada yang lain kerana ternyata bahawa Allah "telah ada Dia dan tiadasesuatu beserta Dia". Jadi yang tinggal ialah rupa bentuk yang Dia bawa keluar dalamDiri-Nya. Dia mengetahuinya sendirinya. Begitulah keadaan ilmu-Nya mengenai kita.Misal kita, yang sama dengan ilmu-Nya mengenai kita, adalah diluar kandungan masadengan di luar kandungan masa bagi Allah kerana ia adalah sifat-Nya, dan yangterkandung oleh masa tidak bersangkutan dengan-Nya. Dia terlalu mulia untuk yangdemikian![Matlamat alam maya]Sebagaimana kenyataan kami, "Mengapa alam dibawa kepada kewujudan? Apakah

    matlamatnya?" jawapannya Allah berfirman,"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku" (51:56).Dia telah memberikan kenyataan yang jelas mengenai sebab Dia membawa kitakepada kewujudan. Ianya sama dengan alam maya seluruhnya apabila Allah katakanjin dan manusia secara khusus. Di sini jin adalah semua yang tersembunyi, samadamalaikat atau sesuatu yang lain. Allah berfirman mengenai langit dan bumi,"Datanglah dengan rela atau terpaksa! Mereka menjawab,'Kami datang dengan rela'" (41:11)Dia juga berfirman,"Tetapi mereka enggan membawanya" (33:72).Itu kerana ianya tawaran. Jika ianya perintah, mereka akan mentaatinya danmelaksanakannya kerana mustahil mereka boleh ingkar. Mereka diciptakan untuk itu

    (taat), tetapi jin yang dijadikan daripada api dan manusia tidak diberikan demikian.[Sekalian alam maya adalah hidup dan nyata]Demikian juga ada sebahagian ahli falsafah dari kalangan mereka yang berpegangkepada pemnyelidikan dan pembuktian yang terikat dengan pancaindera, keperluandan dalil-dalil, yang mengatakan orang yang bertanggungjawab mesti memilikipertimbangan terhadap apa yang dikatakan kepadanya. Mereka mengatakan yangbenar. Perkara itu adalah demikian bagi kami memandangkan keseluruhan alam mayaini adalah bijaksana, hidup dan nyata. Ini adalah sah menurut pembukaan melaluikekeramatan yang seseorang miliki, iaitu perolehan ilmu kami mengenai ini.Bagaimanapun mereka mengatakan, "Ini adalah benda yang tak bernyawa yang tidak

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    25/64

    Page 25 of64

    boleh berfikir". Mereka berhenti pada apa yang pandangan mereka ceritakan kepadamereka. Menurut kami, kedudukannya berbeza daripada yang demikian.Bila dikhabarkan kepada Rasulullah s.a.w mengenai batu bercakap, atau biri-biri ataubatang kayu, mereka katakan Allah ciptakan kehidupan dan pengetahuan padanyaketika itu. [1] Itu bukanlah pandangan kami mengenai kedudukan perkaranya. Ia

    adalah rahsia kehidupan yang mengalir melalui seluruh alam maya dan semua "yangmendengar seruan muazzzan, basah atau kering, akan menjadi saksi baginya" [IbnMajah, Nasa'i, Abu Dawud] dan ia hanya menyaksikan daripada pengetahuan.Keadaan ini disahkan melalui pembukaan kepada kami, bukan melalui pemikiranorang yang melihat kepada apa yang ditunjukkan oleh maklumat yang kelihatan dantidak lebih dari itu. Sesiapa yang mahu memperolehinya haruslah mengembara padajalan Sufi dan berpegang kepada khalwat dan zikir. Kemudian Allah akanmemperkenalkannya dengan semua ini secara langsung. Jadi dia akan tahu bahawamanusia adalah buta daripada pengertian hakikat-hakikat ini.[Kewujudan alam maya adalah kenyataan bagi kekuasaan Nama-nama]Allah membawa alam maya kepada kewujudan bagi menyatakan kekuasaan Nama-nama. Kuasa tanpa bahan kekuasaan, kemurahan tanpa kurniaan, pemberi tanpapemberian, penolong tanpa pertolongan, belas kasihan tanpa bahan yangdikasihankan adalah hakikat yang kosong daripada kesan. Allah jadikan makhlukdalam alam ini campuran seperti Dia campurkan dua genggam pada tanah liat.Kemudian Dia asingkan individu-individu daripadanya dan menjadikan satu genggammemasuki genggam yang satu lagi. Setiap genggam dicampurkan dengansaudaranya, tetapi keadaannya tidak diketahui. Ahli fikir berbeza dalam kebolehanmereka dalam mengeluarkan kecacatan daripada kebaikan dan kebaikan daripadakecacatan. Matlamatnya ialah penyucian daripada campuran tersebut danmembezakan dua genggaman tersebut sehingga yang satu ini terasing dengandunianya. Ia adalah seperti firman Allah,"Sehingga Dia akan bezakan yang sesat daripada yang benar. Dia akan letakkan sebahagianyang sesat itu di atas yang lain, dan demikianlah Dia akan susun mereka semuanya danmasukkannya ke dalam Jahannam" (8:37)Sesiapa yang ada dengannya sebahagian daripada campuran itu ketika dia meninggaldunia dia tidak akan dimasukkan ke dalam golongan yang benar pada HariKebangkitan. [Lihat Qur'an 15:46; 34:37: 41:40:44:55, tetapi terutamanya, 27:89.] Walaubagaimanapun, sebahagian manusia bebas daripada campuran ini dihisabkan, dansebahagiannya hanya bebas di dalam Jahannam. Bila dia sudah dipersucikan, diakeluar daripadanya. Mereka adalah golongan yang disyafaatkan. Bagi mereka yangdigolongkan ke dalam salah satu genggaman di sini, dia akan berjalan dengankebenaran ke akhirat daripada kuburnya kepada pengampunan, atau seksaan danJahim. Dia sudah dipersucikan.Ini adalah penjelasan mengenai matlamat dunia ini. Dua genggaman ini adalah duahakikat yang menunjukkan kembali kepada sifat yang dimiliki oleh Yang Haq dalamzat-Nya (seperti dua kami). Dari sini kami katakan golongan ahli neraka menyaksikan-Nya sebagai Yang Menghukum dan ahli syurga menyaksikan-Nya sebagai YangMerahmati. Ini adalah rahsia yang mulia. Mungkin kamu akan memperolehinya padatempat tinggal akan datang secara penyaksian, Insya' Allah. Mereka yang arifmemperolehinya dalam dunia ini.

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    26/64

    Page 26 of64

    [Pengetahuan mengenai langit dan bumi dan yang seumpamanya pada manusia]Mengenai apa yang kami katakan dalam tajuk ini berkenaan sfera alam besar danalam kecil iaitu manusia, dengannya kami maksudkan dunia pada keseluruhan dangolongannya. Penguasanya adalah mereka yang memberi kesan kepada orang lain.Saya jadikan sfera alam besar dan alam kecil bertimbal-balik. Yang satu adalah

    salinan kepada yang satu lagi. Kami berikan kepada mereka lakaran dalam bentuksfera dan susunan mereka dalam buku, Insha' ad-Dawa'ir wa'l-Jawadil yang kamimulakan penulisannya di Tunis di rumah Imam Abu Muhammad Abdu'l-'Aziz (al-Mahdawi al-Qurashi) [2], sahabat dan penjaga kami, semoga Allah merahmatinya!Dalam tajuk ini kami masukkan ringkasan mengenai apa yang bersangkutandengannya.Kami katakan alam ini empat: alam langit, iaitu alam yang bergerak; alam perubahan,iaitu alam pemusnahan; kemudian alam kehidupan iaitu alam yang bergerak danmusnah; dan alam asbab. Alam-alam ini berada pada dua tempat: dalam alam besar,iaitu yang di luar manusia, dan dalam alam kecil, iaitu manusia.Alam tertinggi ialah Hakikat Muhammadiah. Sferanya ialah kehidupan. Ia adapersamaan pada manusia dalam latifah dan Ruh Suci. Ia termasuklah Arasy YangMeliputi yang persamaan dengan manusia adalah jasadnya. Di sana juga Kursi, yangpersamaannya dalam manusia ialah diri. Ada pula Rumah Kediaman yang persamaandalam manusia ialah hati. Ada pula malaikat yang persamaannya dalam manusia ialahroh dan bakat-bakat yang ada dengannya. Ada juga Saturn dalam bulatannya, yangpersamaannya pada manusia ialah bakat ilmu dan nafas. Ada pula Jupiter yangpersamaannya pada manusia ialah bakat mengingat dan bahagian belakang otak. Adajuga Mars dan bulatannya yang persamaannya pada manusia ialah bakat akal danubun-ubun. Ada juga matahari dan bulatannya yang persamaannya ialah bakat berfikirdan bahagian tengah otak. Ada juga Venus dan bulatannya yang persamaannya ialahkebolehan berangan-angan dan roh haiwan. Ada pula Mercury dan bulatannya yangpersamaannya ialah kebolehan berkhayal dan bahagian hadapan otak. Kemudian adabulan dan bulatannya yang persamaannya ialah kebolehan indera dan anggota yangada daya-rasa. Ini adalah kumpulan alam atas dan persamaannya dalam manusia.Alam perubahan termasuk bulatan ether yang rohnya panas dan kering. Ia adalahbulatan api dan persamaannya pada manusia ialah cecair perang kekuningan yangrohnya ialah kekuasaan penghadaman. Ia termasuklah udara yang rohnya panas danbasah dan persamaannya ialah darah. Rohnya ialah kebolehan menarik. Iatermasuklah air yang rohnya ialah sejuk dan basah dan persamaannya ialah airliur.Rohnya ialah kebolehan mengeluarkan. Ia termasuk tanah yang rohnya sejuk dan

    kering dan persamaannya ialah cecair hitam. Rohnya ialah kebolehan menyimpan.Ada tujuh jenis tanah: tanah hitam, tanah berdebu, tanah merah, tanah kuning, tanahputih, tanah biru dan tanah hijau. Persamaan pada tubuh manusia ialah: kulir, lemak,daging, urat, saraf, otot-otot dan tulang.Alam kehidupan termasuk makhluk rohani yang persamaannya adalah bakat-bakatpada manusia. ia termasuk alam haiwan yang persamaannya apa yang ditangkap olehderia pada manusia. ia termasuk alam tumbuh-tumbuhan yang persamaannya apayang tumbuh pada manusia. ia termasuk alam yang tidak bernyawa yangpersamaannya ialah apa yang tidak dapat ditangkap oleh deria pada manusia.Alam asbab termasuklah yang tidak perlu yang persamaannya ialah hitam dan putih,

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    27/64

    Page 27 of64

    warna-warna dan benda-benda (akwan). Kemudian ada pula "bagaimana" yangpersamaannya ialah keadaan seeprti sihat dan sakit. Kemudian ada "berapa banyak"yang persamaannya "peha lebih panjang daripada lengan". Kemudian ada pula "dimana" yang persamaannya ialah tengkuk sebagai tempat bagi kepala dan kakisebagai tempat bagi peha. Kemudian ada "masa" yang persamaannya "saya gerakkan

    kepala saya pada ketika tangan saya bergerak". Kemudian ada pula perbandingan(idafa) yang persamaannya ialah "Ini bapa saya, maka saya anaknya". Ada pulatempat yang persamaannya ialah "bahasa saya dan loghat saya". Ada pula kata-kerjayang aktif yang persamaannya ialah "Saya sudah makan". Ada pula kata-kerja yangpasif yang persamaannya ialah "Saya sudah kenyang". Sebahagiannya mempunyaibentuk yang berbeza dalam acuan tersebut (tiga yang lain) seperti gajah, keldai, singadan lipas. Persamaannya ialah kebolehan manusia yang menerima bentuk maknayang wajar dipersalahkan dan juga yang wajar disanjungkan. "Yang ini cerdik, maka iaadalah gajah. Yang itu bodoh maka ia adalah keldai. Yang ini pula berani maka iaadalah singa. Yang itu pula penakut maka ia adalah lipas"."Allah katakan kebenaran dan memimpin ke jalan yang lurus" (33:4)[1] Merujukkan kepada hadis tertentu daripada Nabi s.a.w[2] Murid Abu Madyan yang meninggal dalam tahun 621H.PERMULAAN JASAD MANUSIA

    Permulaan Jasad Manusia[Yang pertama muncul kepada kewujudan dalam Alam Besar dan kumpulanterakhir yang dikeluarkan]Hakikat dalaman manusia tumbuh

    menjadi kerajaan dengan kekuasaan yang nyataKemudian zatnya bersemayam di atas singgahsana Adamsebagaimana Arasy diduduki oleh Yang Maha Pemurah.Hakikat jasadnya muncul dalam bentuk asalnya,dan kerajaan bagi kewujudan kedua lengkap dengannya.Pengenalan ilmunya lahir dalam kenyataannyadi kalangan yang mulia dan yang membenciMaka mimpinya menjadi remeh-temeh lantaran pengetahuannyadan syaitan yang direjam menjadi bangga.Mereka mencari kehampiran Allah dalam Malakut-Nyatetapi syaitan kecil membawa kesesatan kepada mereka.[Kejadian alam yang didiami]Ketahuilah! Semoga Allah membantu kamu! - masa didiami alam semulajadi ini yangdikongkong oleh masa dan dikandung oleh ruang adalah 71,000 tahun yang diketahuidalam dunia ini. Tempuh masa ini adalah 11 hari daripada hari-hari nama-nama yanglain. Dan satu dua perlima hari daripada hari-hari Pemilik Pendakian. Ada berbagai-bagai jenis hari. Allah berfirman,"Dalam satu hari yang ukurannya 50,000 tahun" (4:70)dan

  • 7/28/2019 Syarah Futuhat Al Makiyyah

    28/64

    Page 28 of64

    "satu hari pada sisi Tuhan kamu seumpama 1000 tahun bilangan kamu"(22:47).Hari yang paling singkat ialah yang diukur melalui pergerakan sfera yang meliputi yangmenyata dalam hari kita 24 jam. Hari yang paling singkat bagi orang Arab, iaitu yangini, kepunyaan sfera yang paling besar. Itu adalah kerana pengaruhnya terhadap sferadi dalamnya kerana pergerakan apa yang di bawahnya pada malam dan siang

    pergerakan permukaannya mengheret baki sfera yang diliputinya.

    [Pergerakan asas dan pergerakan permukaan sfera]Setiap pergerakan sfera diikuti oleh pergerakan permukaannya. Setiap sfera dibawahnya ada dua pergerakan pada pergerakan yang sama: pergerakan asas danpergerakan permukaan. Setiap pergerakan asas pada setiap sfera mempunyai haritertentu berlaku daripada Sfera Yang Meliputi yang dinyatakan dengan firman-Nya,"menurut kiraan kamu". Semuanya melintasi Sfera Yang Meliputi. Bilamana iamelintasinya secara keseluruhannya, harinya menjadi kepunyaannya dan lakarannyaberpusing. Hari yang paling singkat ialah 28 hari "menurut kiraan kamu". Ia adalahukuran lintasan pergerakan bulan dalam Sfera Yang Meliputi.Allah dirikan tujuh planet di langit supaya pandangan manusia boleh menyaksikanlintasan sfera-sfera dalam Sfera Yang Meliputi"bagi mengetahui bilangan tahun dan hitungan" (10:5). "Dia tentukannya melalui setesen-setesen supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan" "Kami akan bezakan segalaperkara" (17:11) "Ia adalah ketentuan Yang maha Berkuasa, Maha Mengetahui" (6:96).Setiap planet ada hari yang ditentukan yang membezakan mereka di antara satusama lain menurut kelajuan pergerakan aslinya