Syarat Dan Format Kawad Ngo 2014

12
Bil 2/ Pin 1/ 270407 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI 2014 PASUKAN AGENSI BUKAN KERAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Peringkat Kebangsaan 1. PENYERTAAN 1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang. 1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu: a. Kategori Lelaki b. Kategori Perempuan 1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan. 1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. 2. PENDAFTARAN 2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar- pelajar yang sedang menuntut di sekolah ( sehingga Tingkatan 6 ). 2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan. 2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

description

format kawad kaki

Transcript of Syarat Dan Format Kawad Ngo 2014

CONTOH SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN VERSI 2007

Bil 2/ Pin 1/ 270407SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI VERSI 2014PASUKAN AGENSI BUKAN KERAJAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Peringkat Kebangsaan1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan yang berdaftar dengan badan induknya sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi pemenang.

1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah untuk setiap kategori iaitu:

a. Kategori Lelakib. Kategori Perempuan1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta, penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.

1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang menuntut di sekolah ( sehingga Tingkatan 6 ).2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran dibatalkan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform berkenaan sahaja. 3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.3.3 Kasut kawad yang dibenarkan ialah kasut potong sahaja (dibenarkan berladam). 3.4 Aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mestilah dipakai semasa pertandingan kawad. 3.5 Jika gagal mematuhi Perkara 3.4 di atas, penalti di bawah perkara berkaitan aksesori tidak di tempatnya akan dikenakan.3.6 Aksesori yang dinilai hanyalah sarung tangan putih sahaja. Aksesori lain iaitu jambul, mafla, anklet dan selempang tidak dibenarkan.3.7 Penggantian anggota boleh dilakukan selepas pemeriksaan pakaian iaitu sebelum masuk ke litar pertandingan bagi persembahan kawad. Pertukaran hendaklah dilapor kepada Hakim Pakaian dan Ketua Hakim.3.8 Anggota yang mengganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.

3.9 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik sahaja masuk ke dalam litar di bawah perkara berkaitan item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.4. PADANG KAWAD

4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. (Rujuk pelan).4.2 Kun-kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun-kun di dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C dan D hendaklah sama warna ( selain daripada hijau ).

4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit, persembahan tidak akan dinilai.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad buka barisan sebelum melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:

a. pada minit ke 12. (sekali)

b. masa tamat. (dua kali)

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad pasukan unit beruniform berkenaan yang telah ditetapkan.6.2 Bilangan Anggota:

a. Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang/lebih daripada 31 orang semasa memasuki litar atau semasa pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.

b. Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang maka penalti akan dikenakan.c. Tiada sebarang penggantian anggota dibenarkan ketika pertandingan kawad sedang berjalan walau apa pun sebabnya.6.3 Pemeriksaan Pakaian: Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk ke litar mengikut giliran undian iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar per-

tandingan kawad. 7.BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :

Bahasa hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman PDRM atau ATM. 7.1. Kawad Asas: a. Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua Hakim. kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan Dikenakan penalti.

b. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan pusing.c. Buka barisan. Contoh bahasa hukuman Buka barisan...gerak. d. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi. Contoh bahasa hukuman Ke kanan...lurus. Pandang...depane. Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, platun akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Contoh bahasa hukuman ketika melapor ialah Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( BSMM L1 / Pengakap P1 ) siap untuk diuji, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.f. Memulakan kawad statik dalam keadaan buka barisan. Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:

i.Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri.....pusing.

ii.Bergerak ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing

iii. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman:

Baris akan menghadap ke belakang, ke kanan....pusingiv. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang pusing .

g. Hukuman tutup barisan diberi selepas selesai kawad asas. Contoh bahasa hukumannya, tutup barisan.......gerak.h. Selepas itu hukuman ke kanan lurus dan pandang depan diberi.i. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Contoh bahasa hukuman: bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri......pusing.j. Berjalan dalam masa cepat jalan sebanyak satu pusingan dan apabila membelok, beri hukuman kiri belok. (Rujuk Pelan Litar Pertandingan 2).

k. Hukuman tukar langkah perlahan....perlahan jalan diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A.

l. Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan apabila semua anggota platun selesai membelok, contoh bahasa hukuman Baris akan menghadap ke hadapan, ke kanan....pusing diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan melintang melintasi para hakim.

m. Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan. Contoh bahasa hukuman ialah;i. buka barisan (dalam perlahan jalan)

ii. pandang...kanan (dalam perlahan jalan)

iii. pandang...depan. (dalam perlahan jalan)

iv. tutup, barisan. (dalam perlahan jalan)

n. Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri.....pusing diberikan.

o. Hukuman tukar langkah cepat, cepat jalan diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.

p. Platun akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman kiri belok diberikan dan kon E (kon hijau) hukuman kiri belok diberikan. Selepas melintasi kon E, platun dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:

i. Hormat ke kanan. Contoh bahasa hukuman: Hormat ke kanan....hormat.ii. Hormat ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Hormat ke hadapan....hormat.

iii. Tukar langkah semasa berjalan. Contoh bahasa hukuman: Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju.

iv. Hormat selaku terima sijil. Contoh bahasa hukuman: Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat.

v. Tukar langkah perlahan. Contoh bahasa hukuman: Tukar langkah perlahan, perlahan.....jalan.

vi. Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang....pusing.vii. Tukar langkah cepat jalan. Contoh bahasa hukuman: Tukar langkah cepat, cepat jalan.

viii. Bergerak ke kiri. Contoh bahasa hukuman: Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang....pusing.

ix. Menghadap ke belakang. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke belakang, ke kiri......pusing.

x. Menghadap ke hadapan. Contoh bahasa hukuman: Baris akan menghadap ke hadapan, ke belakang......pusing. (Ingatan : tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)

xi. Hentak kaki. Contoh bahasa hukuman: Hentak kaki.xii. Henti. Contoh bahasa hukuman: Baris....henti.xiii. Mara mengadap (10 14 langkah diakhiri dengan tabik). Contoh bahasa hukuman: Baris akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan. (Ketua Platun akan bersama-sama platun ketika mara mengadap). q. Tamat bahagian kawad asas (statik dan dinamik).

Peringatan :1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, kecuali hukuman Ketua Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)

2. Ketua Platun hendaklah memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah platun semasa keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kon A dan B. Ketua Platun yang bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun dengan sengaja berdiri berhampiran kon A atau B. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.

3. Semasa membuat persembahan kawad asas atau formasi, pasukan tidak dibenarkan membawa alatan.7.2. Pergerakan Membentuk Formasi

a. Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun dikehendaki kembali ke tengah litar untuk memulakan kawad formasi. Kon akan di keluarkan oleh petugas sebaik sahaja kawad dinamik selesai.b. Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau pass bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama semasa memulakan kawad formasi.

c. Unsur suara (slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat.d. Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua platun terbaik. e. Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.

f. Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dalam keadaan 3 barisan menghadap ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan asal ketika hendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak diwajibkan.g. Semua unsur pergerakan kawad dalam badan induk, PDRM dan ATM adalah dibenarkan dalam kawad formasi.h. Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad. 7.3. Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Contoh bahasa hukuman melapor keluar ialah Assalamualaikum / Selamat Sejahtera Tuan, (Pasukan BSMM P1 / Pengakap L1) telah selesai diuji. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, tuan. Selepas Ketua Hakim menerima laporan, Ketua Platun hendaklah memberi hukuman Terima kasih tuan.8. PENALTI Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan :

Semasa Kawad AsasBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Pergerakan cepat jalan tidak 128 135 seminit / Pergerakan perlahan jalan tidak 60 70 seminit53 kali

2Anggota jatuh ( pengsan / pitam )53 kali

3Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

4Aksesori terlucut / tidak di tempatnya35 kali

5Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )55 kali

6Terlanggar kon 55 kali

7Tidak mengikut urutan55 kali

8Pergerakan yang bukan ditetapkan55 kali

9Gerakan bukan kawad55 kali

Semasa Kawad FormasiBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Gerakan bukan kawad55 kali

2Keluar kawasan kawad ( setiap pergerakan )55 kali

3Mengeluarkan arahan / isyarat55 kali

4Perlakuan / aksi kurang sopan55 kali

5Menggunakan peralatan tambahan55 kali

6Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

7Aksesori terlucut / tidak di tempatnya35 kali

8Unsur suara di tempat yang tidak dibenarkan54 kali

Ketua PlatunBilJenis KesalahanMarkah PenaltiMaksimum

ditolak

1Bergerak bersama pasukan *15sekali

2Memberi hukuman kawad di luar litar10sekali

3Terkeluar dari pertandingan ( pengsan / pitam )10sekali

4Melapor di luar litar kawad52 kali

5Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya35 kali

6Aksesori terlucut / tidak di tempatnya35 kali

7Tidak mengikut urutan (arahan)55 kali

8Bukan contoh bahasa hukuman yang ditetapkan55 kali

Nota : Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim berdekatan tetapi tidak dilihat oleh hakim di kanan litar.

* Kecuali semasa membawa platun masuk dan keluar litar pertandingan, mara mengadap serta formasi.

9. PENGHAKIMANa. Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada hakim-hakim berkelayakan yang dipilih dan dilantik oleh Kementerian Pelajaran. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan dipecahkan seperti berikut;

i.Seorang Ketua Hakim ii. Seorang Penolong Ketua Hakim (kira masa dan langkah)iii. Empat orang hakim pakaian.

iv. Lapan orang hakim kawad ( 2 orang bagi setiap sisi litar ).

v. Tiga orang hakim Ketua Platun (termasuk Ketua Hakim)b. Pengiraan markah tertinggi dan terendah (oleh Hakim Kawad pasukan) bagi setiap pasukan tidak diambilkira.

c. Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Pegawai Pasukan NGO yang bertauliah, manakala hakim-hakim lain mestilah terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia sahaja. d. Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka markah kawad asas akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi akan diambil kira. Sekiranya masih sama juga, markah Ketua Platun akan diambil kira.e. Keputusan hakim adalah muktamad.

f. Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut :i. Pakaian

10%

ii. Kawad statik dan dinamik

50%

iii. Kawad formasi

30% dan

iv. Ketua Platun

10 %

Jumlah Keseluruhan

100%

g. Ketua Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan pasukannya melakukan pergerakan formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.h. Sekiranya berlaku persamaan markah di antara Ketua Platun, maka markah kawad (bahasa hukuman dan pergerakan kawad) hendaklah diambil kira. 10. BANTAHANPasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan dalam aspek-aspek teknikal sahaja. Bantahan hendaklah dibuat secara rasmi menggunakan borang yang disediakan bersama wang cagaran sebanyak RM300.00 kepada urus setia pertandingan melalui pengurus pasukan masing-masing dalam masa 30 minit selepas pasukan tersebut membuat persembahan.

Syarat-syarat Pertandingan Tamat

ampiran II

KAWAD FORMASI

AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO)FORMASI Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka keluar dan masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Semua unsur pergerakan kawad dalam badan induk, PDRM dan ATM adalah dibenarkan dalam kawad formasi.Terbahagi kepada 3 unsur:

1. UNSUR GERAK

2. UNSUR PENGHAYATAN

3. UNSUR SUARA (SELEPAS FORMASI KE-4)Unsur gerak

Di dalamnya terkandung;1.Kekayaan Gerak Formasi

Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.

2.Keseragaman Gerak Formasi

Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan yang berunsur kawad.3.Keindahan Gerak

Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:

a)Gerakan dalam Unsur Kawad

Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.

b)Keseimbangan dalam penggunaan ruang

Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.

c) Kesatuan Gerakan

Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasi-formasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan jalan perlahan maka di setiap formasi terdapat cambahan jalan perlahan. Walaupun dalam masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan jalan perlahan merupakan tindakan untuk menyatukan.

d) Kepelbagaian Gerakan

Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk gerakan berdiri, berjalan atau pergerakan kawad yang lain. Asalkan pergerakan tersebut tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.

e)Gerakan Penutup

Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawad.

UNSUR PENGHAYATAN

Terkandung di dalamnya;a)Unik/kreatifPenilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang baru serta unik boleh diberi lebih markah

b)KeserasianSetiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.

c)KemantapanPenilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua platun

d)Kesopanan Peserta formasi tidak dibenarkan membuat pergerakan yang bertentangan dengan pergerakan kawad seperti hormat sambil duduk dan sebagainya, tidak mengeluarkan bahasa yang kesat / lucah atau kedengaran seperti lucah.

UNSUR SUARA

Unsur suara hanya dibenarkan dalam bentuk slogan selepas tamat formasi keempat

1.Slogan yang betulSlogan yang berkaitan dengan pasukan atau slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama.

2.TepatSlogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan

3.PaduSuara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.