SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN · PDF fileTempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan....

4
SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKACIPTA MERCU TANDA DAERAH MUALLIM 1.0 PENGENALAN Pertandingan merekacipta mercu tanda ini diadakan bertujuan untuk memilih dan mewujudkan suatu mercu tanda seperti pintu gerbang, Arca dan Menara yang sesuai dikawasan Tanjong Malim memandangkan Tanjong Malim kini dikenali sebagai Daerah Muallim. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Pertandingan rekabentuk mercu tanda ini diadakan untuk: I. Mengenalpasti serta memilih rekabentuk mercu tanda yang sesuai dibangunkan atau dibina di kawasan Daerah Muallim . II. Mewujudkan suatu mercu tanda dikawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim serta usaha menarik minat pelancong, pelabur dalam dan luar negara serta menonjolkan pembangunan Tanjong Malim diperingkat kebangsaan dan negara . III. Memberi peluang kepada masyarakat malaysia untuk mencurahkan idea dan inovasi dalam merekabentuk mercu tanda. 3.0 TEMA PERTANDINGAN 3.1 Tema pertandingan ialah Muallim. 3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam rekabentuk mercu tanda ikon bagi menarik minat kehadiran pengunjung ke Tanjong Malim 4.0 KATEGORI PERTANDINGAN Terbuka kepada warganegara malaysia. 5.0 KATEGORI REKABENTUK MERCU TANDA 5.1 Pertandingan ini terbuka kepada individu dan berkumpulan mencadangkan bentuk mercu tanda dengan syarat : i Terbuka kepada organisasi Kerajaan, Swasta, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) di Malaysia dan orang awam; ii Reka bentuk terbabit hendaklah mempunyai lambang Negeri Perak, lambang Majlis Daerah Tanjong malim dan perkataan “ Daerah Muaalim”. iii Seni bina mestilah mempunyai ciri-ciri tradisonal masyarkat Negeri Perak, moden, identiti pembangunan kawasan Tanjong Malim dan bercirikan sense of welcomingiv Rasional, justifikasi dan keterangan mengenai cadangan rekabentuk mercu tanda

Transcript of SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN · PDF fileTempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan....

Page 1: SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN · PDF fileTempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan. 10.0 FORMAT PENYERTAAN 10.1 Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan

SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKACIPTA

MERCU TANDA DAERAH MUALLIM

1.0 PENGENALAN

Pertandingan merekacipta mercu tanda ini diadakan bertujuan untuk memilih

dan mewujudkan suatu mercu tanda seperti pintu gerbang, Arca dan Menara

yang sesuai dikawasan Tanjong Malim memandangkan Tanjong Malim kini

dikenali sebagai Daerah Muallim.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Pertandingan rekabentuk mercu tanda ini diadakan untuk:

I. Mengenalpasti serta memilih rekabentuk mercu tanda yang sesuai dibangunkan atau dibina di kawasan Daerah Muallim .

II. Mewujudkan suatu mercu tanda dikawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim serta usaha menarik minat pelancong, pelabur dalam dan luar negara serta menonjolkan pembangunan Tanjong Malim diperingkat kebangsaan dan negara .

III. Memberi peluang kepada masyarakat malaysia untuk mencurahkan idea dan inovasi dalam merekabentuk mercu tanda.

3.0 TEMA PERTANDINGAN

3.1 Tema pertandingan ialah Muallim.

3.2 Pemilihan tema ini dibuat bagi melihat impak inovasi dalam rekabentuk mercu tanda ikon bagi menarik minat kehadiran pengunjung ke Tanjong Malim

4.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Terbuka kepada warganegara malaysia. 5.0 KATEGORI REKABENTUK MERCU TANDA

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada individu dan berkumpulan mencadangkan

bentuk mercu tanda dengan syarat :

i Terbuka kepada organisasi Kerajaan, Swasta, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Pengajian Swasta (IPTS) di Malaysia dan orang awam;

ii Reka bentuk terbabit hendaklah mempunyai lambang Negeri Perak,

lambang Majlis Daerah Tanjong malim dan perkataan “ Daerah Muaalim”.

iii Seni bina mestilah mempunyai ciri-ciri tradisonal masyarkat Negeri Perak, moden, identiti pembangunan kawasan Tanjong Malim dan bercirikan “sense of welcoming”

iv Rasional, justifikasi dan keterangan mengenai cadangan rekabentuk mercu

tanda

Page 2: SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN · PDF fileTempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan. 10.0 FORMAT PENYERTAAN 10.1 Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan

v Setiap penyertaan mestilah dihantar pada atau sebelum tamat tempoh penyerahan. Penyerahan yang melangkau tarikh ditetapkan akan ditolak secara automatik;

vi Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang perbelanjaan , kerosakan dan kehilangan dokumen atau produk sebelum, semasa dan selepas penyertaan;

vii Segala keputusan yang dibuat oleh penganjur dan panel juri adalah muktamad. Penganjur berhak untuk mengubah mana-mana terma, syarat dan peraturan pertandingan pada bila-bila masa dan akan memaklumkan kepada semua peserta akan perubahan berkenaan dalam tempoh masa yang bersesuaian menerusi laman web dan / atau emel. Sebarang surat menyurat atau rayuan tidak akan dilayan;

viii Selagi mana dibenarkan oleh peraturan pertandingan, apabila sesuatu hadiah itu diterima, setiap perserta secara automatik telah memberikan keizinan bahawa rekabentuk yang telah diserah untuk dijadikan ikon dikawasan Majlis Daerah Tanjong Malim kepada mana-mana pihak ketiga yang dilantik oleh pihak penganjur bagi tujuan pembinaan dan tujuan lain yang bermanfaat tanpa sebarang pampasan.

ix Kos projek adalah di atas tanggungan individu dan kumpulan masing-

masing.

x Individu yang dilantik sebagai urusetia pertandingan tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

xi Penyertaan adalah terbuka kepada penyertaan individu atau berkumpulan dengan bilangan ahli tidak melebihi EMPAT (4) dan boleh terdiri daripada gabungan pelajar dan staf.

6.0 SYARAT PERTANDINGAN

6.1 Syarat–syarat bagi menyertai Pertandingan Rekacipta Mercu Tanda adalah seperti berikut: I. Inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema

pertandingan.

II. Cetusan idea rekabentuk mestilah daripada janaan idea sendiri.

III. Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.

IV. Idea rekabentuk mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau dimajukan kepada sektor pembuatan.

V. Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.

Page 3: SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN · PDF fileTempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan. 10.0 FORMAT PENYERTAAN 10.1 Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan

7.0 HADIAH PERTANDINGAN

7.1 Hadiah pertandingan diberikan mengikut kategori pertandingan

8.0 PENGISYTIHARAN PEMENANG

8.1 Hanya Jawatankuasa Penganjur berhak memutuskan anugerah dan pemenang akan dihubungi dan akan dipaparkan dalam laman sesawang Majlis Daerah Tanjong Malim

8.2 Jawatankuasa Penganjur memelihara hak mengisytiharkan tiada pemenang jika tidak ada penyertaan yang layak menang.

9.0 PENAFIAN

9.1 Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya akan bertanggungjawab untuk mengurus, mengangkut atau menyimpan model-model atau bahan-bahan lain yang diserahkan oleh peserta (jika perlu). Namun demikian Jawatankuasa Penganjur atau ahlinya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.

9.2 Keputusan Panel Hakim dan Jawatankuasa Penganjur adalah muktamad. Peserta mesti akur pada keputusan Panel Hakim atau Jawatankuasa Penganjur. Peserta tidak berhak untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan

9.3 Peserta-peserta yang bertanding dimaklumkan bahawa di kebanyakan negara lain, penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta masing-masing. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akaibat pendedahan rahsia ini. Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan dalam penyertaan ini.

Bil TEMPAT HADIAH

1. Tempat pertama Wang tunai RM 3,000 + hamper dan sijil penghargaan.

2. Tempat kedua Wang tunai RM 2,000 + hamper dan sijil penghargaan.

3. Tempat ketiga Wang tunai RM1,000 + hamper dan sijil penghargaan.

4. Tempat Keempat Saguhati Rm 300 + sijil penghargaan.

5. Tempat kelima Saguhati Rm 200 + sijil penghargaan.

6. Tempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan.

Page 4: SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN · PDF fileTempat keenam Saguhati Rm 100 + sijil penghargaan. 10.0 FORMAT PENYERTAAN 10.1 Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan

10.0 FORMAT PENYERTAAN

10.1 Setiap penyertaan yang dihantar hendaklah disertakan dengan borang penyertaan yang telah dilengkapkan. Borang yang tidak lengkap akan ditolak;

10.2 Setiap penyertaan hendaklah dihantar bersama dengan soft copy (CD)

dan satu lakaran rekabentuk yang berukuran A3 yang mengandungi aspek teknikal atau rasional konsep Rekacipta dan rekabentuk dalam bentuk sketch up atau autocad (lakaran, lukisan atau gambar sketch up. Justifikasi dan keterangan berkaitan rekabentuk yang dikemukakan boleh ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.)

10.3 Setiap penyertaan hendaklah mematuhi terma-terma yang telah dinyatakan di dalam Borang Penyertaan.

10.4 Tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 8 Julai 2016 sebelum

5.00 petang.

10.5 Sebarang pertanyaan sila hubungi ditalian 05-4563410 atau melayari laman sesawang www.mdtm.gov.my;

10.6 Setiap borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Yang Dipertua

Majlis Daerah Tanjong Malim,

Peti Surat 59, Bandar Behrang 2020,

35900 Tanjong Malim, Perak