Syarat dan peraturan pertandingan

5
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN UJIBAKAT NAZIM 2011 Peraturan Am : 1. Penyertaan - terbuka kepada semua kanak – kanak yang tinggal di Melaka berusia antara 7 hingga 12 tahun. 2. Masa – - Masa Persembahan yang diberikan kepada peserta adalah 5 minit sahaja. - Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan 2 kali bila masa tamat. - Setelah loceng dibunyikan, apa yang disampaikan oleh peserta tiadak akan diadili/diberi markah oleh hakim. - Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira 3. Peserta yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa persembahan akan dipotong markah. 4. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. 5. Bahasa - Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Peserta dimestikan berbahasa baku. 6. Hakim berhak menegur peserta yang melanggar peraturan-peraturan di atas. 7. Pakaian - Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan mematuhi syariat. - Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan. - Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan . 8. Penentuan tajuk persembahan / lagu : bebas asalkan tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana kaum di negara ini 9. Hakim - Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali. - 2 orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya sebagai ketua. - Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk bantahan sama ada lisan dan tulisan tidak akan dilayan.

Transcript of Syarat dan peraturan pertandingan

Page 1: Syarat dan peraturan pertandingan

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN UJIBAKAT NAZIM 2011

Peraturan Am :

1. Penyertaan - terbuka kepada semua kanak – kanak yang tinggal di Melaka berusia antara

7 hingga 12 tahun.

2. Masa –

- Masa Persembahan yang diberikan kepada peserta adalah 5 minit sahaja.

- Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan 2 kali bila masa

tamat.

- Setelah loceng dibunyikan, apa yang disampaikan oleh peserta tiadak akan

diadili/diberi markah oleh hakim.

- Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira

3. Peserta yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa persembahan akan

dipotong markah.

4. Kritikan terhadap isu-isu sensitif yang berkaitan dengan politik, agama, bangsa dan

kebudayaan atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.

5. Bahasa - Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Peserta

dimestikan berbahasa baku.

6. Hakim berhak menegur peserta yang melanggar peraturan-peraturan di atas.

7. Pakaian

- Pakaian peserta mestilah menutup aurat dan mematuhi syariat.

- Hiasan dan solekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan.

- Pakaian, hiasan dan solekan boleh mempengaruhi pemarkahan .

8. Penentuan tajuk persembahan / lagu : bebas asalkan tidak menyentuh isu-isu sensitif

mengenai agama, ras atau keturunan mana-mana kaum di negara ini

9. Hakim

- Pemilihan hakim terdiri daripada hakim yang berkecuali.

- 2 orang hakim dilantik untuk menghakimi pertandingan ini. Salah seorang daripadanya

sebagai ketua.

- Keputusan panel hakim adalah muktamad, segala bentuk bantahan sama ada lisan dan

tulisan tidak akan dilayan.

Page 2: Syarat dan peraturan pertandingan

Peraturan Khusus bagi setiap kategori

Bercerita

1. Pemilihan cerita – bebas, tetapi mempunyai unsur-unsur pengajaran dan mesej cerita

hendaklah sesuai dengan tahap peserta.

2. Tatacara persembahan

- Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran berbahasa.

- Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan props dan muzik .

3. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta:-

- menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan agama;

- membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;

- dibantu oleh orang lain;

- menggunakan _props’, _back-drop’, muzik atau kesan bunyi;

- tidak memakai pakaian menutup aurat.

4. Peraturan Pemarkahan bercerita dinilai dari segi

- Bahasa dan Gaya – 20%

- Sebutan Jelas dan Tatabahasa yang betul – 20%

- Pengajaran dari cerita yang disampaikan. – 10%

- Petah atau Kelancaran – 15%

- Variasi dan Kreativiti – 10%

- Intonasi Suara – 10%

- Penghayatan. – 10%

- Kostum – 5%

5. Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan

pemenangnya:-

i. Sebutan jelas & tatabahasa yang betul.

ii. Penghayatan cerita

iii. Bahasa dan pertuturan

Pidato

1. Peraturan Pemarkahan Pidato

- Pembahagian markah :

i. Isi (25 markah)

Pemidato akan diadili dari segi pengutaran isi-isi yang bernas, data-data

dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

Panduan pemarkahan:

[Rujuk borang pemarkahan]

Isi yang diperlukan sebanyak 5 isi

Page 3: Syarat dan peraturan pertandingan

ii. Bahasa (20 markah)

Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik, jelas dan

tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan iaitu tepat

kepada maksud yang hendak disampaikan.

iii. Penyampaian (45 markah)

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada

serta persembahan yang menyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya

yang menarik dan susunan ide tertib.

iv. Adab (5 markah)

Kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti agama, bangsa kebudayaan dan

peribadi serta perlakuan atau tuturkata yang kurang sopan akan

menyebabkan kehilangan markah tersebut.

v. Markah bonus (5 markah)

Pemidato akan diadili dari segi keseluruhan persembahan dan

perawakannya.

- Jika didapati dua atau lebih peserta yang mendapat markah yang sama, maka

untuk menentukan pemenangnya hendaklah diambilkira siapa yang mendapat

markah tertinggi dalam kombinasi markah bagi isi dan cara penyampaian. Jika

masih juga terdapat persamaan, kombinasi bagi isi, cara penyampaian dan bahasa

dijadikan asas penentuan.

2. Panduan Kepada Jemaah Hakim:

- Pemidato-pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas, data dan

bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya; persembahan yang

lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang menyakinkan; penguasaan dan

penggunaan bahasa yang jelas; dan gaya bahasa yang sesuai serta kesopanan dan

perawakan, bukan dari segi untuk mendapat sokongan penonton-penonton melalui

tepuk sorak.

- Pemidato-pemidato yang membaca nota-nota atau teks-teks mereka semasa

berpidato akan dipotong markah.

- Markah juga dipotong kepada pemidato-pemidato yang menggunakan bahasa atau

tutur kata yang kurang sopan.

- Markah juga akan dipotong jika tidak berbahasa baku.

Page 4: Syarat dan peraturan pertandingan

Hafazan

1. Dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.

- Tahap 1 ( 7- 9 tahun) : Surah An – Naas sehingga Ad – Dhuha

- Tahap 2 (10 – 12 tahun) : Surah Al – Mulk, Insaan &

- Hakim akan meminta peserta membacakan mana2 surah atau petikan

secara undian.

-

2. Pemarkahan dinilai dari sudut :

Tajwid/fasohah – 40%

Hafaz (kelancaran) – 50%

Gaya/suara : - 10%

Nasyid

1. Pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak

keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan

2. Setiap persembahan hanya boleh diiringi dengan alat perkusi muzik tradisional nasyid

seperti kompang, bongo, conga, darbuka, turkish tomolo, shaker, tamborine, djembe,

cabasa, gendang, maracas, rebana dan chime sahaja.

3. Iringan muzik hendaklah dipersembahkan secara langsung (live).

4. Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.

5. Lirik boleh disampaikan dalam bahasa Melayu, Arab atau Inggeris atau gabungan

bahasa-bahasa tersebut.

6. Lirik hendaklah berunsur nilai-nilai murni selaras dengan konsep Islam yang bertujuan

untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, semangat patriotik dan kehidupan

sejahtera, membenteras gejala-gejala sosial, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan

sejagat dan seumpamanya.

7. Peserta tidak boleh mengubah lirik asal sekiranya membuat persembahan

menggunakan lagu yang telah dirakamkan oleh mana-mana pihak sebelum ini dan

penggunaan lirik dan lagu sendiri adalah dibenarkan.

8. Pemarkahan dinilai dari segi ;

- Lirik – 15%

- Lagu – 20%

- Persembahan – 20%

Page 5: Syarat dan peraturan pertandingan

- Suara – 30%

- Muzik – 5%

- Kreativiti – 5%

- Bonus – 5%

Pendaftaran bagi menyertai ujibakat ini boleh dibuat dengan menghantarkan borang penyertaan

yang diberikan kepada pihak urusetia.

Syarat-syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari masa ke

semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan

memberikan keadilan kepada semua pihak yang terlibat.