Syarat Kelayakan Bantuan Pinjaman Pelajaran Mara

download Syarat Kelayakan Bantuan Pinjaman Pelajaran Mara

of 4

Transcript of Syarat Kelayakan Bantuan Pinjaman Pelajaran Mara

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA Program Pendidikan Kolej Poly - Tech MARA SYARAT-SYARAT AM 1. Mesti Bumiputera warganegara Malaysia. 2. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana badan penganjur atas sebab-sebab tindakan disiplin. 3. Tidak pernah dianjur oleh mana-mana badan penganjur lain di peringkat pengajian yang sama. 4. Mendapat pelepasan kontrak jika pernah ditaja oleh badan penganjur lain. 5. Mendapat penggantungan atau pelepasan jawatan atau kebenaran bertulis dari majikan bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan. 6. Diperakui sihat dan normal oleh panel doktor yang bertauliah. 7. Mesti mendapat sekurang-kurangnya 4 matapelajaran Kredit/Kepujian di peringkat SPM/SPMV termasuk matapelajaran Matematik serta Lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. 8. Tidak pernah diberhentikan pengajian atas sebab GAGAL bagi pengajian terdahulu. (Penalti satu semester dan permohonan pinjaman hanya akan dipertimbangkan pada semester kedua). SYARAT KELAYAKAN PENDAPATAN PENDAPATAN BERCUKAI IBU DAN BAPA (TAHUNAN) JENIS BANTUAN RM150,001.00 Tidak Layak Nota: Bantuan sebahagian* bermaksud elaun sara hidup bulanan tidak termasuk dalam bantuan pinjaman yang diberi. SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1. Syarat kelayakan akademik pinjaman pelajaran MARA adalah sebagai panduan bagi anda yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA setelah ditawarkan tempat pengajian di Kolej Poly Tech MARA. 2. Kelayakan akademik untuk memohon pinjaman pelajaran MARA bagi yang menggunakan Sijil / PraDiploma / Diploma (yang diiktiraf oleh kerajaan) ialah mendapat sekurangkurangnya CGPA 2.50 ke atas dan yang menggunakan STPM ialah mendapat 3 Prinsipal / 2 prinsipal dan 2 subsid (3 Lulus Penuh / 2 Lulus Penuh dan 2 Lulus Sebahagian) 3. Pemohon yang tidak memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan boleh memohon kemudian menggunakan keputusan peperiksaan semester atau tahun (mengikut struktur program) dengan mendapat CGPA 2.50 dan ke atas atau yang sama nilai dengannya. 4. Bagi permohonan pinjaman yang menggunakan kelayakan selain dari SPM seperti contoh menggunakan sijil/ diploma atau lain-lain kelayakan yang dibenarkan oleh MARA perlu juga mendapat kredit dalam subjek Bahasa Melayu diperingkat SPM/SPMV. PERMOHONAN PINJAMAN SECARA ONLINE (e-Eduloan) i. Pemohon yang telah menerima surat tawaran melanjutkan pengajian ke KPTM serta layak memohon mengikut syarat-syarat yang dinyatakan, adalah dikehendaki membuat Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA secara Online dengan cara melayari laman web berikut: eduloan.mara.gov.my/ ii. Pemohon hendaklah membaca dengan teliti dan memahami Garis Panduan Permohonan dalam laman web berkenaan sebelum membuat permohonan Pinjaman secara online (e-Eduloan). iii. Setelah berjaya membuat permohonan secara online, pemohon MESTI mencetak borang permohonan tersebut dan perlu dibawa untuk diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Kebajikan) semasa hari

pendaftaran. Tarikh Pindaan : 01 November 2010 SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PTPTN Program Pendidikan Kolej Poly - Tech MARA Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: Pemohon adalah warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; Lulus Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam manamana mata pelajaran dan apa-apa syarat tambahan program pengajian seperti yang diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Lulus SPM bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas; Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti program pengajian yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT(IPTA/IPTS)/Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti,Kementerian Pengajian Tinggi; Bagi pelajar-pelajar IPTS, program pengajian yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia(MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti program pengajian berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas; Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat tidak kurang dari satu tahun.

Pembiayaan pinjaman pendidikan PTPTN memerlukan dua(2) penjamin yang terdiri daripada ibu dan bapa kandung pemohon sahaja tanpa mengambil kira had umur dan pendapatan penjamin; Mulai 18 Mei 2009, syarat simpanan SSPN bagi tujuan permohonan pembiayaan PTPTN telah tidak dikuatkuasakan Tidak mempunyai penaja lain; dan Jumlah keseluruhan pembiayaan pinjaman yang telah diperolehi pelajar dengan mengambil kira pinjaman yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM65,000.00.

Tarikh Pindaan : 01 November 2010