syarat pelajar 2015

2
1 PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2015 KATEGORI PELAJAR SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Penyertaan dibuka kepada Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan Empat hingga Enam Atas), warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak dan berusia 16 tahun ke atas; 2. Peraduan adalah terbahagi kepada tiga (3) kategori bahasa, iaitu:- 2.1 Bahasa Melayu 2.2 Bahasa Inggeris 2.3 Bahasa Iban 3. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori bahasa sahaja; 4. Penulisan hendaklah berdasarkan kepada salah satu tajuk yang ditetapkan; 5. Pemenang yang telah memenangi tempat pertama bagi mana-mana kategori Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2014 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak, TIDAK DIBENARKAN menyertai peraduan pada tahun 2015; 6. Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal peribadi seseorang atau agama serta hal-hal sensitif yang lain dalam penulisan; 7. Setiap esei hendaklah asli dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber dan penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang diragui keasliannya; 8. Setiap esei diwajibkan menyenaraikan sumber-sumber rujukan; 9. Penyertaan daripada pelajar hendaklah mendapatkan pengesahan daripada pengetua sekolah masing-masing;

description

1

Transcript of syarat pelajar 2015

Page 1: syarat pelajar 2015

1

PERADUAN MENGARANG ESEI KENEGARAAN 2015

KATEGORI PELAJAR

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 1. Penyertaan dibuka kepada Pelajar Sekolah Menengah Atas (Tingkatan Empat

hingga Enam Atas), warganegara Malaysia yang menetap di Sarawak dan

berusia 16 tahun ke atas;

2. Peraduan adalah terbahagi kepada tiga (3) kategori bahasa, iaitu:-

2.1 Bahasa Melayu

2.2 Bahasa Inggeris

2.3 Bahasa Iban

3. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai satu (1) kategori bahasa sahaja;

4. Penulisan hendaklah berdasarkan kepada salah satu tajuk yang ditetapkan;

5. Pemenang yang telah memenangi tempat pertama bagi mana-mana kategori

Peraduan Mengarang Esei Kenegaraan 2014 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia,

Sarawak, TIDAK DIBENARKAN menyertai peraduan pada tahun 2015;

6. Peserta dilarang sama sekali menyentuh soal peribadi seseorang atau agama

serta hal-hal sensitif yang lain dalam penulisan;

7. Setiap esei hendaklah asli dan bukan diciplak daripada mana-mana sumber dan

penganjur berhak menolak mana-mana penyertaan yang diragui keasliannya;

8. Setiap esei diwajibkan menyenaraikan sumber-sumber rujukan;

9. Penyertaan daripada pelajar hendaklah mendapatkan pengesahan daripada

pengetua sekolah masing-masing;

Page 2: syarat pelajar 2015

2

10. Panjang esei hendaklah tidak kurang daripada 1,300 dan tidak melebihi 1,500 patah

perkataan dan ditaip di atas kertas A4 menggunakan komputer, langkau dua

(double spacing) menggunakan font ”Arial”, saiz 12. Jumlah perkataan hendaklah

dinyatakan dan setiap muka surat mestilah bernombor;

11. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Penerangan Bahagian/Daerah atau

Pusat Maklumat Rakyat (PMR) di seluruh Negeri Sarawak atau dimuat turun dari

Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Sarawak dengan melayari

http://www.penerangan.gov.my/sarawak atau facebook: peraduan mengarang

esei kenegaraan ;

12. Setiap esei hendaklah dihantar dalam bentuk ’hard copy’ dan ’soft copy’ (dalam

CD) bersama-sama borang penyertaan yang telah lengkap diisi terus kepada Urus

Setia;

13. `Soft copy’ esei boleh juga dihantar melalui emel ke alamat emel

[email protected];

14. Setiap penyertaan hendaklah sampai kepada Urus Setia, Peraduan Mengarang

Esei Kenegaraan 2015, Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan

Penerangan Malaysia, Sarawak, Jalan Diplomatik off Jalan Bako, Petra Jaya,

93050 Kuching sebelum atau pada 30 Ogos 2015. Esei yang lewat diterima akan

ditolak;

15. Esei yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada penulis dan akan menjadi hak

milik Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak;

16. Bukti pos bukanlah bukti penerimaan oleh pihak urus setia;

17. Anggota Jabatan Penerangan Malaysia serta ahli keluarga yang terdekat

(suami/isteri/anak-anak) tidak dibenarkan menyertai peraduan ini;

18. Penyertaan akan dihakimi oleh panel penilai yang dilantik oleh Jabatan Penerangan

Malaysia dan segala keputusan panel penilai dan urus setia adalah muktamad.