SYARAT PERTADINGAN KUIZ MTQSS JOHOR 2015.doc

4
KUIZ KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR TAHUN 2014M/1435H SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN 1. Kuiz ini dijalankan dalam tiga pusingan iaitu pusingan 1, pusingan 2 dan pusingan 3. 2. Skop soalan meliputi sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam dari darjah 1 hingga 6 bagi sekolah Rendah dan 1

Transcript of SYARAT PERTADINGAN KUIZ MTQSS JOHOR 2015.doc

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN AKTIVITI MAAL HIJRAH

KUIZ

KARNIVAL PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI JOHOR

TAHUN 2014M/1435H

SYARAT-SYARAT AM PERTANDINGAN

Kuiz ini dijalankan dalam tiga pusingan iaitu pusingan 1, pusingan 2 dan pusingan 3.

Skop soalan meliputi sukatan mata pelajaran Pendidikan Islam dari darjah 1 hingga 6 bagi sekolah Rendah dan tingkatan 1 hingga 5 bagi sekolah Menengah serta soalan pengetahuan am.

Peserta yang akan menjawab soalan dikehendaki berada di meja menjawab yang telah disediakan, manakala kedua-dua rakan yang berada di belakang tidak dibenarkan memberi apa-apa isyarat jawapan. Hanya soalan berkumpulan sahaja yang dibenarkan untuk berbincang.

Pembahagian markah: Jawapan tepat 3 markah, seterusnya 2 markah, 1 markah dan 0 markah bagi jawapan yang salah.

Keputusan juri / hakim adalah muktamad.

PUSINGAN PERTAMA (INDIVIDU)

Arahan kepada peserta

Terdapat 12 soalan dalam pusingan ini. 6 soalan berbentuk objektif dan 6 soalan berbentuk subjektif. Setiap peserta akan menjawab 4 soalan dalam pusingan ini.

Setiap jawapan hendaklah ditulis pada papan tulis yang disediakan.

Masa menjawab bagi soalan 1dan 2 ialah 30 saat, masa menjawab soalan 3 ialah 40 saat, manakala masa menjawab soalan 4 ialah 1 minit. Peserta hanya dibenarkan menjawab sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan dan dikehendaki berhenti menulis apabila loceng kedua dibunyikan.

Semua peserta dikehendaki mengangkat papan tulis untuk diberikan markah oleh pihak juri.

PUSINGAN KEDUA (BERKUMPULAN)

Arahan kepada peserta

Terdapat 6 soalan dalam pusingan ini yang akan dijawab secara berkumpulan (boleh bincang).

Setiap jawapan hendaklah ditulis pada papan tulis yang disediakan.

Masa menjawab ialah 1 minit. Peserta hanya dibenarkan menjawab sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan dan dikehendaki berhenti menulis apabila loceng kedua dibunyikan.

Ketua kumpulan dikehendaki mengangkat papan tulis untuk diberikan markah oleh pihak juri.

PUSINGAN KETIGA (INDIVIDU)

Arahan kepada peserta

1.Terdapat 9 soalan dalam pusingan ini yang berbentuk subjektif. Setiap peserta akan menjawab 3 soalan dalam pusingan ini.

Setiap jawapan hendaklah ditulis pada papan tulis yang disediakan.

Masa menjawab bagi soalan ialah 45 saat. Peserta hanya dibenarkan menjawab sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan dan dikehendaki berhenti menulis apabila loceng kedua dibunyikan.

Semua peserta dikehendaki mengangkat papan tulis untuk diberikan markah oleh pihak juri.

Disediakan :

Unit Pengurusan Dakwah Dan Syiar Islam

Sektor Pendidikan Islam

Jabatan Pendidikan Johor

MAC 2014

1