Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

9
2111,. II... rm SEMINAR PERSURATAN PAHANG 5Wenjejat Warisan Paliang DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang Oleh: Tn Hj Syed Ahmad Syed Abdullah 27 - 28 Oktober 2001 Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan )f_ njuran C8ersama: Jabatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (JKKP) Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) <Dengan 1(erjasama Yayasan Pahang Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerajaan Negeri Pahang

Transcript of Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

Page 1: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

2111,. II... rm

SEMINARPERSURATAN PAHANG

5Wenjejat Warisan Paliang

DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang

Oleh:

Tn Hj Syed Ahmad Syed Abdullah

27 - 28 Oktober 2001

Tempat : Auditorium Taman Budaya, Kuantan

)f_ njuran C8ersama:

Jabatan Kebudayaan &. Kesenian Pahang (JKKP)Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)

<Dengan 1(erjasamaYayasan Pahang

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)Kerajaan Negeri Pahang

Page 2: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

DEWAN PERSURATAN MELAYU PAHANGSEBAGAI WADAH PENULIS PAHANG

olehHAJI SAIVID AHMAD BIN SAIVID ABDULLAH

(Dewan Persuratan Melayu Pahang)

DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus

orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan

mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu. Antara objektif penubuhannyaialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu

organisasi yang berperlembagaan.Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti

Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam

genre syair. Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus

menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan

diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka

sebelum berpindah ke Tanjung Malim. Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu

Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan

orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training College TanjungMalim yang tamat pada tahun 1931.

Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Pak Zek, Ibrahim Omar semuanya

telah menulis sebelum DPMP diwujudkan. Dato' Mohd. Khairuddin Kawi, Haji AlangAhmad (wartawan) bergiat selepas penubuhannya. Sejak penubuhannya DPMP mula

bergerak melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalam perlembagaannya. Di

antaranya ialah:

• Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan, dan kesenian Melayu

ke arah mengukuhkan dasar kebudayaan nasional.

• Menyatukan penulis-penulis peminat ke arah meninggikan tarafbahasa dan

Page 3: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

kesusasteraan Melayu

• Memelihara kesenian Melayu terutama kesenian tradisi dan sastera rakyat.

Pada akhir tahun 50-an DPMP dipimpin oleh seorang tokoh tempatan yang sangat

dihormati iaitu Cikgu Mohd Taib Akil dengan Setiausahanya oleh Saudara Jazam Lusah.

Pada tahun-tahun permulaan itu, DPMP berpusat di Temerloh. Antara tokoh yang

menggerakkan DPMP ialah Saudara Jaafar Husain yang menghasilkan novel Kebenaran

dan Arman Sani, yang sangat produktif dalam bidang penulisan novel dan cerpen.

Selepas Mohd. Taib Akil meninggal, DPMP dipimpin oleh Saudara Jaafar

Husain dan Drs. Abdul Rahman Zainal Abidin serta kawan-kawan di Temerloh. Pada

zaman ini mereka trelah berjaya menerbitkan Majalah Pedoman. Ini semua berlaku padaawal dan pertengahan tahun 60-an. Pada masa itu kegiatan banyak tertumpu kepadausaha meningkatkan kebolehan menulis. Aktiviti ini diikuti dengan mengedakan

kegiatan perbengkelan, khusus untuk membimbing bakat-bakat muda di kalangan ahli.

Selain daripada itu kegiatan berbentuk ceramah sastera, kursus penulisan turut

diadakan. DPMP seringkali menjemput tokoh-tokoh dari Kuala Lumpur seperti Keris

Mas, A. Samad Ismail, 1. U. Nasution, Hadzrami A.R., Usman Awang, Abu Hassan

Sham, Kemala, dan Abdullah Hussein sebagai penceramah di dalam bengkel dan kursus

anjurannya.

Kegiatan mermmpm para penulis muda ini terus menerus menjadi agenda

kegiatan DPMP. Kegiatan ini dijalankan hampir semua daerah di Pahang, iaitu

Temerloh, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong.

Perlembagaan DPMP yang berorientasi kegiatan berpusat telah dipinda bagimembolehkan penubuhan cawangan di setiap daerah. Kaedah ini difikirkan boleh

memperkasakan lagi DPMP. Pindaan perlembagaan ini dilaksanakan semasa DPMP

dipimpin oleh YM Tengku Alauddin bin Tengku Abdul Majid. Sehubungan dengan itu,

pentadbiran DPMP dipindahkan dari Temerloh ke Kuantan dengan SetiausahanyaRahman Haji Yusof, seorang penulis yang mula menyerlahkan bakatnya dalarn genre

cerpen dan novel.

2

Page 4: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

Semenjak dari tarikh itulah DPMP terus mempelbagaikan kegiatannya dalam

bidang sastera dan penulisan, termasuk kegiatan pementasan (teater). Denganmemberikan pelbagai bentuk galakan dan bantuan, DPMP Cawangan mula menerbitkan

majalah sendiri - kebanyakannya secara stensilan. Maka muncullah majalah Tinta dari

Pekan, Kalong dari Kuantan, Teratai dari Maran, Kunang-Kunang dari Temerloh, Tunas

dari Bentong, Emas Tempawan dari Raub dan Sinar dari Jerantut bagi menampung

karya-karya penulis - khususnya ahli-ahli DPMP. Pada masa inilah lahimya sebilangan

penulis muda DPMP yang mengasah pena masing-masing dalam pelbagai genre. Dari

Lipis muncul penulis Aminuddin Alias (Allahyarham); Abdul Mutalib Ghani dan Nazri

Nong Samah dari Jerantut; Rahman Haji Yusof, Ami Masra, Razak Buman, Maimunah

Ali, Aripin Said dari Temerloh. Dari Lipis muncul dua orang penulis muda adik-beradik

iaitu Zaharah Manan dan Maimunah Manan.

Dari Maran terdapat penulis Omar Muhammad, Yazid Idris, dan Daeng Ramli

Akil. Saedon Ibrahim, anak Lipis yang bermukim di Kuantan muncul bersama-sama

penulis lain dari Kuantan iaitu Ghaffar Muhammad, Rokiah Abu Bakar, Khairiah H.A.,

Radzwan Yusof dan Mohd. Nor Ismail. Rahman Haji Yusof yang mulanya berkhidmat

di Temerloh bertukar ke Pekan. Di Pekan beliau muncul bersama-sama Mohd. Mansor

Abdullah dan Yaakub Isa.

Selain bidang puisi dan cerpen, DPMP juga bergiat dalam bidang teater. Melalui

geme ini lahirlah penggiat teater seperti L. Man Kadir Shamsi, Yassin Salleh, Yaakub

Yunus, Kahar Ismail dan Roslan Madun.

DPMP sebenarnya tidak pernah melupakan bimbingan serta tunjuk ajar beberapa

orang penulis vateren seperti Pak Sako, Keris Mas, Baharuddin C. D., Abu Hassan Sham,

Abdul Karim Abdullah (Bung Karim), yang tidak pernah jemu berdampingan dan

membantu penulis muda di Pahang.

Organisasi penulis Pahang ini terus berkembang mengikut peredaran masa.

Untuk menyatukan penulis Pahang yang bermukim di Ibu Kota, maka ditubuhkan DPMP

Cawangan Kuala Lumpur. Penubuhan cawangan ini merupakan satu aktiviti yang cukupbermakna dalam sejarah perkembangan DPMP. Tokoh-tokoh yang banyak memberikan

sumbangan terhadap penubuhan DPMP Cawangan Kuala Lumpur ialah Dato' Dr. Abu

Hassan Sham dan Tuan Haji Abdul Karim Abdullah. Mereka dibantu oleh anak-anak

3

Page 5: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

Pahang lain yang ada di Kuala Lumpur seperti Saudara Shahrom Tok Muda Sulaiman,

Kamaluddin Mat Lela, Naharuddin Ali, Ami Masra, Aripin Said; di sarnping Keris Mas

dan Pak Sako yang sentiasa memberikan nasihat dan galakan.Hasil usaha yang tidak berhenti-henti dari anggota DPMP lahirlah beberapa

antologi seperti Suara dan Bicara, Di Luar Kerelaan dan Bicara Kumbang ke pangkuan

masyarakat. Antara penulis DPMP yang menonjol ialah Rahman Haji Yusof, Aripin

said, Arman Sani dan Baharuddin C. D. (nevel); Zakaria Hitam, Aminuddin Ali dan

Yaakub Isa (sastera rakyat); Mohd. Mansur Abdullah, Ami Masra, Nazri Sham, Yazid

Idris, Subari Ahmad, Zaharah Manan, Rafar Muhammad, Saedon Ibrahim (puisi); dan

Yassin Salleh, L. Man Kadir Shamsi dan Roslan Madun (teater).

Dalam bidang lagu-lagu rakyat pula muncul Saudara Aripin Said - yang boleh

dikatakan si nonim dengan lagu rakyat Pahang. Beliaulah yang bertanggungjawab

mernpopularkan Walinnong Sari, sementara Saudara Roslan Madun ikut berkecempungdalarn bidang yang sarna kemudiannya dan polular dengan lagu Menghilir Sungai

Pahang.

* * *

DPMP turut memberikan sumbangan yang bermakna kepada Kerajaan Negeri

Pahang dan Gapena. Antaranya ialah:

• Menyediakan kertas cadangan penubuhan Perpustakaan Negeri.• Mencadang untuk diwujudkan Kompleks Kebudayaan Negari.• Mencadang untuk rnewujudkan Muzium Negeri, termasuk

Muzium Sastera dan Muzium Tokoh.

• Menghidupkan semula pasukan tarian negeri.• Meminta kerajaan mengikutsertakan penulis dalam rornbongan

kerajaan ke luar negeri.• Membuat penyelidikan Tok Guru Peramu.

• Mendesar supaya ditubuhkan sebuah universiti di Pantai Timur.

4

Page 6: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

• Mengadakan ceramah tentang Perlembagaan Malaysia oleh Yang

Berhormat Tan Seri Abdul Kadir Yusoff.

Cadangan tersebut ada yang berjaya dilaksanakan, semantara yang lainnya sampaike tahap ini masih belum terhasil.

Aktiviti dan program Gfapena yang dilaksanakan oleh DPMP termasuklah:

• Simposium Hak Cipta di Kuantan pada 1974.

• Hari Puisi Nasional pada 13 April 1978 di Kuantan. Hasil

daripada aktiviti ini terbitlah antologi Gema Membelah Gema.

Aktiviti ini diikut serta oleh penyair dari Rusia, Australia dan

Singapura.• Mengadakan Hari sastera pada 15-18 Oktober 1987 di Pekan dan

Kuantan. Kata-kata Ketua I Gapena Prof Ismail Hussein tentang

Hari Sastera di Pahang sentiasa menjadi ingatan DPMP, iaitu:

"Hari sastera 1987 adalah suatu yang terbesar pernah kami

selenggarakan, dan mengukir sejarah kegemilangan yang

tersendiri. Inilah pertamakalinya kegiatan sastera baru masuk ke

dalam istana Raja Melayu dan dengan menyemarakkan semula

pernyataan bangga serta kegemilangan sejarah zaman lampau."

DPMP juga berjaya menerbitkan antologi seperti Gema Membelah Gema, Suara

dan Bicara, Di Luar Kere/aan, Bicara Kumbang, Usrah Perjalanan dan Sabda Alam.

Penerbitan ini selain menjadi wadah perjuangan ahli DPMP, juga merupakan sumbanganDPMP terhadap dunia penulisan dan sastera bangsa.

Sebagai penutup kertas yang pendek ini, sukacitalah saya menurunkan di S1111

beberapa kerat puisi dari antologi yang tersebut di atas:

Mereka yang dilupakan

tiada insani jangkau

5

Page 7: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

belakang sempadan

sedang mereka yang meraikan

sedang mereka yang menaikkan

sedang mereka yang mengharapkanKau lupamaka kembalilah mereka pada tanah

maka kembalilah mereka pada lautan

dan kembalilah mereka pada mereka

yang merelakan.

E. Tari Alauddin, Suara dan Bicara.

Sehelai rambut yang hitam

dibelah tiga.dia meniti di atasnya

dan Tuhan mendekati

mendekati hati dan ural lehernya

Tuhanku

telah kulihat segala keagungan-mu

pada setiap yang wujud di maya ini

dan akan luput

sebagaimanaaku melihat keagungan-Mualas diriku

yang juga akan luput

hilangdan aku mengerti sendiri.

6

Page 8: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

Yahaya Abdullah, Suara dan Bicara

Telah kulaungkan seluruh penjuru

supaya setiap engkau tahu

bahawa aku tidak setuju

Janda Baik dipisahkan dari Inderapurakerana tanah ini pusaka kita

salahlah mereka yang diamanahkan

tanah tercinta itu

demi untuk apa?

Sahamad Malaya, Di Luar Kerelaan.

Merangkak suara tangis

dari rimbun duka

ke laut derita

buat seorang nelayan

yang lemas dipeluk gelombang

juga seorangpetani yang kering darahnya

dihirup mentari.

Mentari dari tujuh lapisan langit

gelombang dari tujuh lapisan laut

akan memburu nyawanya.

7

Page 9: Syed Ahmad Syed Abdullah - Penulis pahang

Setitik darah dan nanah

yang berbaur hanyir di tanah

setitik air mata yang terburai ke riba

secebis keringat yang menggelepartidakpernah menjanjikan apa-apa

untuknya.

Nazri Sham, Di Luar Kerelaan

Dipendekkan perbicaraan, bahawa DPMP adalah satu-satunya badan penulis di

Pahang yang berjaya menyambung suara penulis-penulis Pahang dan pada masa yang

sarna mengangkat cita-cita penulis Pahang. Wallahu a'lam.

SAIYID AHMAD SAIYID ABDULLAH

E48 Jalan lndera Segara28000 TEMERLOH, PahangOktober 2001

8