SYEIKH HASSAN SURABAYA Pelopor - PNM...membuat kenduri arwah, melarang talkin orang mati, menegah...

3
JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS SYEIKH HASSAN SURABAYA Pelopor (Y) (f1) (f1) [h) Oleh Shukor bin Mat Z, I P rhs ama penuhnya Hassan bin Ahmad, berasal dari Surabaya, Indonesia dan tiba di Perlis sebelum tahun 1916. Beliau juga digelar Hassan Sarbini seperti yang dinyatakan di dalam buku cenderamata Expo Pembangunan Islam 30 November - 14 Disember 1980 yang diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur. Di antara murid-muridnya yang terkenal ialah Tuan Haji Ahmad bin Osman atau Tuan Guru Haji Ahmad Utan Palas yang mengajar di Pondok Kampung Batu Lada, Belat Batu, Arau, Perlis, kemudian berpindah ke Kampung Utan Palas, Kodiang, Kedah. Syeikh Hassan Surabaya bukanlah Hassan Bandung tetapi kedua-dua tokoh ini menempuh jalan perjuangan yang sama iaitu memperjuangkan As-Sunnah. Syeikh Hassan berasal dari Surabaya, Indonesia kemudian berhijrah ke Pulau Pinang, terus ke Perlis dan ke Bangkok, Thailand dengan ditemani oleh kenalan dan sanak-saudaranya yang terdiri daripada murid-muridnya, termasuklah adik iparnya Haji Ahmad Samsuri di Kampung Paya, Perlis iaitu adik kepada isterinya Aisyah. PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS Manakala Hassan Bandung dilahirkan di Singapura. Ayahnya Ahmad (Sinna Wappu Maricar) adalah berketurunan Madras yang menjadi pengarang dan wartawan akhbar dan buku-buku dalam bahasa Tamil. Syeikh Hassan Surabaya atau Hassan Sarbini merupakan guru As-Sunnah yang pertama di Perlis kerana beliau mengajar secara As- Sunnah yang pertama di Perlis sejak sebelum tertubuhnya Madrasah As-Sunnah di Alor Sena, Paya dalam tahun 1937. Pelajaran agama yang diajarkan ialah Tauhid mengesakan Allah dan makna iman. Beliau menegah perbuatan meratik, melarang membuat kenduri arwah, melarang talkin orang mati, menegah daripada percayakan keramat, melarang memuja kuburan dan memakai azimat (bertangkal) . ... Paaa mulanya Syeikh Has an mengajar banasa AraB dan kawad Arab kepada kanak kanak. Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Transcript of SYEIKH HASSAN SURABAYA Pelopor - PNM...membuat kenduri arwah, melarang talkin orang mati, menegah...

Page 1: SYEIKH HASSAN SURABAYA Pelopor - PNM...membuat kenduri arwah, melarang talkin orang mati, menegah daripada percayakan keramat, melarang memuja kuburan dan memakai azimat (bertangkal)

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

SYEIKH HASSAN SURABAYA

Pelopor ~®C)® (Y) (f1) (f1) ~ [h) perta~~

Oleh Shukor bin Mat Z, I P rhs

ama penuhnya Hassan bin Ahmad, berasal dari

Surabaya, Indonesia dan tiba di Perlis sebelum

tahun 1916. Beliau juga digelar Hassan Sarbini

seperti yang dinyatakan di dalam buku cenderamata

Expo Pembangunan Islam 30 November - 14

Disember 1980 yang diadakan di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Di antara murid-muridnya yang terkenal ialah Tuan Haji Ahmad

bin Osman atau Tuan Guru Haji Ahmad Utan Palas yang

mengajar di Pondok Kampung Batu Lada, Belat Batu, Arau,

Perlis, kemudian berpindah ke Kampung Utan Palas, Kodiang,

Kedah.

Syeikh Hassan Surabaya bukanlah Hassan Bandung tetapi

kedua-dua tokoh ini menempuh jalan perjuangan yang sama

iaitu memperjuangkan As-Sunnah. Syeikh Hassan berasal dari

Surabaya, Indonesia kemudian berhijrah ke Pulau Pinang,

terus ke Perlis dan ke Bangkok, Thailand dengan

ditemani oleh kenalan dan sanak-saudaranya yang terdiri

daripada murid-muridnya, termasuklah adik iparnya Haji

Ahmad Samsuri di Kampung Paya, Perlis iaitu adik kepada

isterinya Aisyah.

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Manakala Hassan Bandung dilahirkan di

Singapura. Ayahnya Ahmad (Sinna Wappu

Maricar) adalah berketurunan Madras yang

menjadi pengarang dan wartawan akhbar

dan buku-buku dalam bahasa Tamil.

Syeikh Hassan Surabaya atau Hassan Sarbini

merupakan guru As-Sunnah yang pertama

di Perlis kerana beliau mengajar secara As­

Sunnah yang pertama di Perlis sejak

sebelum tertubuhnya Madrasah As-Sunnah

di Alor Sena, Paya dalam tahun 1937.

Pelajaran agama yang diajarkan ialah Tauhid

mengesakan Allah dan makna iman. Beliau

menegah perbuatan meratik, melarang

membuat kenduri arwah, melarang talkin

orang mati, menegah daripada percayakan

keramat, melarang memuja kuburan dan

memakai azimat (bertangkal) .

... Paaa mulanya Syeikh Has an

mengajar banasa AraB dan kawad

Arab kepada kanak kanak.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: SYEIKH HASSAN SURABAYA Pelopor - PNM...membuat kenduri arwah, melarang talkin orang mati, menegah daripada percayakan keramat, melarang memuja kuburan dan memakai azimat (bertangkal)

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI PERLlS

Selain daripada itu beliau

telah memperkenalkan pelajaran

sembahyang seperti azan di

permulaan waktu solat, bukan

buat secara ikut-ikut sahaja.

Pada mulanya Syeikh Hassan

mengajar bahasa Arab dan

kawad Arab kepada kanak­

kanak. Contohnya diajar

bersajak dengan maknanya

sekali iaitu "wahid satu, setan

hantu, babun pintu': Lagu

negeri Perlis "Amin-amin"

juga dikatakan hasil ciptaan Syeikh Hassan yang

dikarangnya untuk menyambut raja, kemudian lagu

ini telah diubahsuaikan.

Pengajaran Tauhid, bahasa Arab, kawad Arab dan

nyanyian lagu patriotik menyambut kedatangan raja

diajarkan kepada kanak-kanak semasa beliau berada

di Arau sebelum tahun 1920an, manakala pengajaran

Tauhid dan solat diajarkan oleh Syeikh Hassan semasa di

Madrasah Alor Sena iaitu semasa pembukaannya dalam

tahun 1937.

Rumah beliau yang letaknya di tapak klinik Arau

sekarang tempat mengajar orang-orang dewasa dan

kanak-kanak. Rumah ini berhampiran dengan kebun

getah dan dilengkapi dengan telaga dan bilik air.

Asalnya rumah tersebut dimiliki oleh Syed Husin

Kabul, bangsa Afganistan. Rumah berbentuk

bumbung lima ini beratap rumbia dan berdinding

papan. Walaupun pada masa beliau ramai penyamun

yang selalu menyamun di sekitar Arau, tetapi rumah

Syeikh Hassan tidak pernah dimasuki penyamun.

Semasa di Arau, orang-orang yang datang belajar

kepada Syeikh Hassan ialah orang Petani dan Padang

Siding. Bilangan mereka lebih kurang 30 orang.

Di antara murid-murid beliau ialah Tengku Adnan

bin Tengku Yahya, Haji Dahaman (Imam Arau) dan

Arshad D.O. Buku-buku pelajaran yang digunakan

semasa Syeikh Hassan semuanya kitab Arab

yang perlu dihafal. Di antaranya ialah

kitab "Taalimuddin" merupakan sebuah

kitab agama dalam bahasa Arab. Murid

yang tidak boleh hafal pelajaran yang

diajarnya akan ditibai (pukul) tapak

kakinya dengan rotan.

Hubungan Syeikh Hassan dengan Tengku

Yahya (bapa Tengku Adnan) terlalu rapat

sehingga mengisar padi pun dikerjakan di

rumah Tengku Yahya. Padi dibawa untuk

dikisar oleh anak muridnya dengan cara

mengusung. Begitu juga air minum untuk

Syeikh Hassan dibawa dengan usungan.

Air diambil dari telaga Raja Tuan Not (Raja Syed

Alwi). Telaga tersebut sekarang ini terletak di tanah

kediaman Cikgu Syed Aziz di Jalan Raja, Arau.

Sezaman dengan Syeikh Hassan terdapat beberapa

orang guru agama yang mengajar di Arau. Di antaranya

ialah Haji Mat Kecik Belukar yang dikenali sebagai Haji

Kecik. Seorang lagi guru agama ialah Syeikh Ibrahim

atau Syed Ibrahim Yassin yang berasal dari Kampung

Sena. Mereka berdua ini mengajar agama secara lama

tanpa membawa sebarang pembaharuan atau secara

As-Sunnah.

Pembaharuan yang dibawa oleh Syeikh Hassan

tidaklah begitu ketara pada masa ini kerana masih

lagi di peringkat awal iaitu secara pembersihan

akidah atau menyemai pendidikan Tauhid

mengesakan Allah sepertimana penyampaian atau

seruan dakwah Islamiyah yang telah dijalankan

oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu menyeru manusia

supaya terlebih dahulu mengesakan Allah, selepas

itu barulah diikuti dengan ilmu-ilmu ibadat seperti

solat, puasa, zakat, haji, nikah-kahwin dan sebagainya.

... orang-orang yang datang belajar kepaaa

Syeikl1 Hassan ialan orang Petani dan padang siding ...

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERlIS

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: SYEIKH HASSAN SURABAYA Pelopor - PNM...membuat kenduri arwah, melarang talkin orang mati, menegah daripada percayakan keramat, melarang memuja kuburan dan memakai azimat (bertangkal)

,U RNAL JAWATANKUASA G ERAKAN MEMBACA NEG E RI PERLIS

Di antara ketegasan dan keyakinan Syeikh Hasan dalam

usaha membersihkan akidah jelas kelihatan melalui

penulisan beliau sebagai berikut:

"Pada fikiran soya, sebenar-benarnya segala kehinaan

dan kecelaan kaum kita Muslimin terbitnya daripada

kita sendiri yang kurang pengetahuan, kita jadikan guru

memberi pelajaran kepada murid-murid dengan ilmu

mati, yakni i1mu membunuh akalnya dan akal muridnya,

seperti perkataan bermula dunia ini. Bangkai dan

dunia ini jil atas mereka yang beriman kepada Allah

dan sebagainya. Maksud guru itu memberi takut atas

murid-muridnya itu supaya mudah terima dan ikut

segala kehendak guru yang hendak mengisi perutnya,

nauzibilah"

Melihat kepada fakta atau isi kandungan penulisannya

seperti di atas yang sering menyindir guru-guru agama

dan alim ulama berfahaman mazhab, maka tidak

hairanlah mengapa beliau diu sir kemudiannya. Kadi

Besar Perlis pada masa tersebut ialah Mohd. Noor Hj.

Mohammad, manakala penolongnya ialah Haji Ismail.

Mereka berdua marahkan Syeikh Hassan kerana

mengajar agama secara baru yang mereka sifatkan

sebagai ajaran salah. Perkara ini diadukan oleh

mereka kepada Syed Alwi sebagai ketua agama bagi

negeri Perlis telah mengusir Syeikh Hassan dari Perl is.

Selepas diusir, Syeikh Hassan datang sekali lagi ke Perlis

untuk kali keduanya iaitu pada tahun 1928. Kedatangan

beliau pada kali ini ditemani oleh ramai kenalannya,

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

yang kemudian menjadi muridnya iaitu

Haji Abdullah, Arshad Leh, Ahmad Senawi,

Wan Fatimah, Abas Mat, Ahmad Samsuri, Haji

Abdul Ghani Datuk Sakti dan lain-lain sahabat

perjuangannya. Beliau menetap di Kampung

Paya dan mengajar di rumah Haji Abdullah,

sebelum terbinanya Madrasah Alor Sena. Di

rumah tersebut beliau mengembangkan

pelajaran AI-Sunnah kepada murid-muridnya

secara berperingkat-peringkat iaitu menyuruh

mereka meninggalkan amalan bacaan usali

sebelum takbiratul ikhram.

Setelah beberapa tahun mengajar di Paya,Syeikh

Hassan pulang ke Pulau Pinang. Beliau telah

meletakkan asas AI-Sunnah yang kukuh di Perlis

melalui beberapa orang murid dan rakan-rakannya

yang berada di Paya dan Kangar. Mereka ialah Haji

Abdul Ghani Datuk Sakti, Haji Abdullah, Wan Ahmad

Wan Daud dan Haji Mat Hakim. Berkat usaha gigih

dan keyakinan kepada perjuangan mereka didapati

bibit-bibit yang telah disemai Syeikh Hassan ini

akhirnya berkembang menjadi satu perjuangan yang

berjaya sehingga kini, iaitu menjadi amalan yang

secucuk dengan amalan yang dicontohkan oleh

Nabi Muhammad s.a.w demi mengharapkan balasan

dan ganjaran syurga dari Allah S.W.t.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis