Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

9
Disediakan Oleh: Mohamad Faidhi Bin Mohamad

Transcript of Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Page 1: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Disediakan Oleh:

Mohamad Faidhi Bin Mohamad

Page 2: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Nama penuh beliau ialah Muhammad Tahir bin Syeikh Muhamad.

Beliau dikenali dengan gelaran Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhar.

Beliau dilahirkan pada 4 Ramadan tahun 1286 Hijrah (7 Disember 1869).

Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera.

Ayahnya lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking.

Page 3: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Syeikh Tahir telah datang ke Makkah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuksepupunya Haji Abdul Rahman.

Beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalam pemeliharaan al-SyeikhMuhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi.

Pelajaran asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Qur’an dan mentajwidkanQur’an daripada Tuan Syeikh Abdul Haq.

Beliau juga menuntut ilmu daripada Syed Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri Syeikh Ahmad Khatib.

Page 4: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Setelah tujuh tahun berada di Makkah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ketanah airnya, Minangkabau dan kembali semula pada tahun berikutnya.

Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306 H. (1886 M) denganseorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabu.

Mereka beroleh dua orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Makkah ketika Syeikh Tahir berada di sana.

Page 5: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Semenjak beliau tinggal di Makkah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mulamendalami ilmu al-Quran seperti:

Ilmu Nahu

Bayan (Ilmu Ucapan dan keterangan)

Ma’ani (Ilmu makna)

Badi’ (Ilmu mengenal pertuturan)

Tauhid

Fekah

Usul Fiqh

Hadis

Tafsir

Hisab

Hisab bidasab

Hai’ah (Ilmu bintang)

Ilmu Falak

Page 6: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Syeikh Tahir Jalaluddin telah datang semula ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899.

Beliau berkahwin dengan Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28 September 1899.

Beliau kerap belayar ke wilayah-wilayah di Indonesia dan negeri-negeri TimurTengah.

Pada tahun 1900 masihi beliau pernah membuka kedai kain di Ipoh.

Sekitar tahun 1901, beliau belayar ke Kepulauan Indonesia.

Beliau berpindah pula ke Johor Bharu.

Page 7: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Sultan Idris, iaitu Sultan Perak mengajak beliau ke London bagi menghadirikemahkotaan King George.

Mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir).

Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta olehrakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang.

Menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk berubat danmelawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan.

Page 8: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)

Sebagai seorang ahli falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaanberhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab.

Hasil karya

Sheikh Tahir Jalaluddin memberi sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah‘Al-Unwati Al-Wuthuqa’.

Beliau juga mengarang kitab ‘Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah’.

Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama ‘Al-Islam WannadduAla Muntaqidihi’.

Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma.

Natijah al-Ummi.

Beliau meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.

Page 9: Syeikh Tahir Jalaluddin (2014)