Syi’Ah- Orang Yang Mula-Mula Berbai’Ah Kepada Abu Bakar Ialah Iblis
Click here to load reader
-
Upload
adam-ahmad -
Category
Documents
-
view
224 -
download
2
description
Transcript of Syi’Ah- Orang Yang Mula-Mula Berbai’Ah Kepada Abu Bakar Ialah Iblis
Syi’ah: Orang Yang MulaMula Berbai’ah Kepada Abu Bakar Ialah Iblis
Terjemahan
Syi’ah: Orang Yang MulaMula Berbai’ah Kepada Abu Bakar Ialah Iblis Daripada Salim bin Qais alHilali katanya: saya mendengar Salman alFarisi r.a. berkata: “Bila Rasulullah s.a.w. wafat dan orang ramai melakukan sebagaimana yang mereka telah lakukan, Abu Bakar, Umar dan Abu ‘Ubaidah bin alJarrah telah berbahas dengan golongan Ansar lalu mereka mengemukakan hujah untuk mengalahkan Ansar dengan hujah ‘Ali a.s.. Mereka (tiga sahabat) pun berkata: “Wahai orangorang Ansar! Quraisy lebih berhak terhadap urusan ini daripada kamu kerana Rasulullah s.a.w. adalah daripada Quraisy dan Muhajirin juga termasuk dari Quraisy. Sesungguhnya Allah ta’ala menyebut mereka dahulu di dalam kitabNya[1] dan melebihkan mereka. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda (yang bermaksud): “Pemimpinpemimpin itu hendaklah daripada Quraisy”. Salman r.a. berkata: “Saya pun datang kepada Ali a.s. ketika beliau sedang memandikan Rasulullah s.a.w. Saya pun menceritakan kepadanya apa yang dilakukan oleh orang ramai. Saya berkata kepadanya: “Sesungguhnya Abu Bakar pada ketika ini sedang berada di atas minbar Rasulullah s.a.w. Demi Allah! Beliau tidak suka mereka berbaiah dengannya dengan satu tangan sahaja sebaliknya mereka berbai’ah dengannya dengan dua tangan sekaligus iaitu kanan dan kiri”. Ali pun berkata kepadaku: “Wahai Salman! Adakah engkau mengenali orang yang mulamula berbai’ah kepadanya di atas minbar Rasulullah s.a.w.? Saya menjawab: “Saya tidak mengenalinya cuma saya melihat dalam bayangan Bani Sa’idah ketika Ansar melakukan bantahan orang yang mulamula berbai’ah kepadanya ialah Basyir bin Sa’ad dan Abu ‘Ubaidah bin alJarrah. Kemudian Umar, kemudian Salim”. Dia (Ali) berkata: “Aku tidak bertanyamu tentang ini tetapi adakah engkau kenal orang yang mulamula membai’ahnya ketika ia naik ke atas minbar Rasulullah s.a.w.? Saya menjawah: “Tidak, tetapi saya melihat seorang tua yang bertongkat. Antara dua matanya terdapat kesan sujud. Dia yang mulamula menaiki minbar dengan tergesagesa sambil menangis dan berkata: segala puji bagi Allah yang tidak mematikan aku dari dunia sehingga aku dapat melihatmu berada di tempat ini. Hulurkan tanganmu”. Maka Abu Bakar pun menghulurkan tangannya lalu dia pun berbai’ah dengannya. Kemudian dia turun dari minbar lalu keluar dari masjid. Ali a.s. pun bertanya: “Adakah engkau mengenali siapakah dia? Saya menjawab: “Tidak”. Ali a.s. pun menjawab: “Itulah Iblis la’natullah”. (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob alKulaini arRaudhah min alKafi jil. 8 hal. 343,344) Kesimpulan: Ø Syi’ah mengatakan orang yang mulamula berbai’ah kepada khalifah pertama umat Islam iaitu Abu Bakar r.a. ialah Iblis la’natullah. Ø Syi’ah telah menghina sahabatsahabat Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan bahawa mereka mengikut jejak langkah iblis dengan berbai’ah dengan Abu Bakar r.a.
[1] Mungkin yang dimaksudkan dengan menyebutkan Muhajirin kemudian Ansar di dalam al-Quran ialah ayat 100 surah at-Taubah yang bermaksud Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. Ayat ini sebenarnya menunjukkan kebenaran sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan mereka adalah golongan yang diredhai oleh Allah.
Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3314