Syi’Ah- Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.a.W. Selepas Kewafatannya

3
Syi’ah Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.A.W. Selepas Kewafatannya

description

http://darulkautsar.net

Transcript of Syi’Ah- Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.a.W. Selepas Kewafatannya

Page 1: Syi’Ah- Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.a.W. Selepas Kewafatannya

Syi’ah­ Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.A.W. Selepas Kewafatannya  

 

  

Page 2: Syi’Ah- Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.a.W. Selepas Kewafatannya

   

Page 3: Syi’Ah- Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.a.W. Selepas Kewafatannya

 Terjemahan 

 Syi’ah: Sahabat Bersepakat Untuk Memesongkan Ajaran Nabi S.A.W. Selepas 

Kewafatannya     Daripada Zurarah daripada salah seorang daripada keduanya (Muhammad al­Baqir atau Ja’far as­Sadiq)                       a.s. katanya: “Pada suatu pagi Rasulullah s.a.w. berada dalam keadaan dukacita dan sedih. Ali a.s. lalu                               bertanya: “Kenapa saya melihat engkau wahai Rasulullah dalam keadaan dukacita dan sedih? Baginda                         menjawab: “Bagaimana saya tidak berada dalam keadaan demikian sedangkan saya telah melihat dalam                         mimpiku bahawa Bani Taim[1], Bani ‘Adi[2] dan Bani Umayyah[3]telah menaiki minbarku ini dalam                         keadaan mendorong manusia supaya meninggalkan Islam. Maka saya pun bertanya: “Tuhanku! Ketika                       saya masih hidup atau setelah kewafatanku? Allah ta’ala menjawab: “Selepas kewafatanmu.” (Rujukan: Muhammad bin Ya’kob al­Kulaini ar­Raudhah min al­Kafi jil. 8 hal. 345)     Kesimpulan:   Ø Syi’ah mengatakan sahabat­sahabat r.a. telah memesongkan ajaran Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan                       baginda sehingga majoriti sahabat telah menjadi murtad.   Ø Syi’ah mengatakan bahawa Nabi s.a.w. telahpun diberikan wahyu tentang peristiwa tersebut dan sangat                           sedih kerana orang­orang yang hampir dengannya bahkan merupakan mertua dan menantunya adalah                       munafik pada hakikatnya.   Ø Syi’ah telah menghina Rasulullah s.a.w. kerana menuduh baginda tidak menyampaikan segala yang                         diwahyukan kepadanya bahkan tidak melakukan apa­apa tindakan untuk memastikan agama Allah yang                       dibawa olehnya tidak akan diselewengkan.   Ø Syi’ah telah menuduh Rasulullah s.a.w. bersikap nifak dan tidak menjelaskan perkara sebenar kerana                           tetap membuat hubungan baik dengan sahabat­sahabat baginda terutamanya tiga khalifah walaupun telah                       diberitahu oleh Allah ta’ala tentang kejahatan mereka bertiga yang akan memesongkan ajaran baginda.    

[1] Antara tokohnya ialah Sayyidina Abu Bakr as-Siddiq r.a. [2] Antara tokohnya ialah Sayyidina Umar bin al-Khattab r.a. [3] Antara tokohnya ialah Sayyidina Uthman bin ‘Affan r.a.

 Sumber: http://darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3436