Syor-syor Kepada Pegawai Teknikal

download Syor-syor Kepada Pegawai Teknikal

of 12

description

good

Transcript of Syor-syor Kepada Pegawai Teknikal

SYOR-SYOR KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI GALANGGANG

SYOR-SYOR KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI TEKNIKAL1. PENGENALAN

Syor-syor kepada pegawai-pegawai ini telah diterbitkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa dalam usahanya untuk menyeragamkan cara mengawal permainan ini di semua negara dan tertakluk kepada peraturan-peraturannya.

Syor-syor ini adalah bertujuan untuk menasihati Pengadil-pengadil cara bagaimana hendak mengawal sesuatu perlawanan dengan adil dan tegas, tanpa menunjukkan keangkuhannya, dan memastikan kesemua Undang-Undang Permainan dipatuhi. Syor-syor tersebut juga memberi panduan kepada Hakim-Hakim Servis dan Hakim-Hakin Garis bagaimana hendak menjalankan tugas-tugas mereka.

Kesemua pegawai gelanggang seharusnya ingat iaitu permainan adalah untuk pemain-pemain.

2. PEGAWAI-PEGAWAI DAN KEPUTUSAN-KEPUTUSAN MEREKA

Seorang Pengadil hendaklah melapor dan menjalankan tugasnya di bawah kuasa Referi undang-undang 17.2 (atau seorang pegawai yang Bertanggungjawab semasa ketiadaan Referi.Hakim Servis biasanya dilantik oleh Referi tetapi seorang Hakim Servis boleh ditukar oleh pengadil setelah mendapat persetujuan daripada Referi. (Undang 17.6.4)Hakim-hakim Garis biasanya dilantik oleh Referi tetapi seorang hakim Garis boleh ditukar oleh Pengadil setelah mendapat persetujuan daripada Referi. (Undang 17.6.4)Keputusan seseorang pegawai untuk perkara-perkara yang ia bertanggungjawab adalah muktamad berhubung dengan perkara kenyataan, kecuali pada pendapatnya seseorang Hakim Garis telah membuat keputusan yang salah dengan nyata sekali dan pengadil berkuasa untuk membetulkan keputusan itu (undang-undang 17.5) dan juga mendapat persetujuan daripada Referi untuk menukarkan Hakim Garis tersebut.(Undang 17.6.4) syor-syor 2.3.Apabila seseorang pegawai tidak nampak, pengadil bolehlah membuat keputusan. Apabila keputusan tidak dapat diberikan, Semula hendaklah diumumkan (undang-undang 17.6.6).Pengadil adalah bertanggungjawab bagi gelanggang dan sekelilingnya. Kuasa pengadil bermula dari masa memasuki gelanggang sebelum perlawanan sehinggga meninggalkan gelanggang selepas perlawanan (undang-undang 17.2).3. SYOR-SYOR KEPADA PENGADIL

Sebelum sesuatu perlawanan, pengadil hendaklah:

mengambil kertas skor dari Referi;

menentukan alat skor yang akan digunakan adalah baik;

memastikan kedua-dua tiang terletak di atas garisan, atau pita diletakkan dengan betul;(undang-undang 15).

memeriksa ketinggian jaring dan menentukan tiada ruang-ruang yang terdapat di antara tiang dan penghujung jaring;

memastikan samada terdapat Peraturan Tambahan berhubung dengn bulu tangkis terkena sesuatu halangan.

Menentukan Hakim Servis dan Hakim-hakim Garis tentang tugas-tugas mereka dan ditempatkan pada tempat-tempat yang betul (bahagian 5 dan 6)

Menentukan bulu tangkis yang sudah diuji (undang-undang 3) cukup bilangannya disediakan untuk sesuatu perlawanan demi untuk mengelakkan kelambatan semasa berlangsungnya perlawanan;(Biasanya seorang pengadil akan mewakilkan tanggungjawab seperti dalam syor-syor3.1.2, 3.1.3,3.1.4, 3.1.7 dan 3.3.14 kepada Hakim Servis, di mana seseorang telah dilantik)

Memeriksa pakaian pemain-pemain supaya sejajar dengan peraturan-peraturan mengenai pengiklanan dan memastikan segala kesalahan diperbetulkan. Mana-mana pihak yang melanggar Peraturan (atau menghampirinya) hendaklah dilaporkan kepada Referi atau pegawai yang berkenaan, selepas sahaja perlawanan.Menentukan undian dijalankan dengan adil dan pihak yang menang dan pihak yang kalah menggunakan hak memilih dengan betul (undang-undang 6)

Mencatatkan nama pemain yang memulakan permainan di petak servis sebelah kanan dalam permainan beregu. Catatan yang sama hendaklah dilakukan di permulaan tiap-tiap gem. ( Ini membolehkan penyemakan dilakukan pada bila-bila masa untuk melihat sekiranya pemain berada dalam petak servis mereka yang betul. Sekiranya semasa permainan, para pemain berada dalam petak servis yang salahtanpa disedari kesalahan itu hendaklah diperbetulkan tanpa berubah mata.Untuk memulakan sesuatu perlawanan, pengadil hendaklah menggunakan pengumuman yang sesusai dan tunjuk ke sebelah kanan atau sebelah kiri dengan pengumuman yang sesuai.(W, X, Y ,Z nama pemain-pemain dan A, B, C , D bagi nama negara yang diwakili).PerseoranganTuan-tuan dan Puan-puan, di sebelah kanan sayaX, A dan di sebelah kiri saya Y, B. Xakan memulakan servis, kosong sama, mula.

Acara Pasukan

Tuan-tuan dan Puan-puan, di sebelah kanan saya A diwakili oleh X dan di sebelah kiri saya,B diwakili oleh Y . A akan memulakan servis, kosong sama, mula.

BereguTuan-tuan dan Puan-puan, di sebelah kanan saya,W, A and X, B; dan di sebelah kiri saya,Y, C dan Z, D. Xakan membuat servis kepada Y, kosong sama, mula.

Jikalau pasangan beregu mewakili negara yang sama, umumkan negara selepas umum nama kedua-dua pemain. Cth: W dan X, A.Acara BerpasukanTuan-tuan dan Puan-puan, di sebelah kanan saya, A, diwakili oleh W dan X; dan di sebelah kiri saya, B diwakili oleh Y dan Z. A memulakan servis, X kepada Y, kosong sama, mula.Pengumuman mula menandakan mulanya sesuatu perlawanan.Semasa perlawanan

Pengadil hendaklah;

menggunakan Perbendaharaan kata yang terdapat di Lampiran 4 Undang-undang Badminton.

catat dan umumkan skor. Sentiasa umumkan mata pembuat servis dahulu;

semasa servis, kalau seorang Hakim Servis telah dilantik untuk memerhatikan pembuat servis, pengadil masih boleh membatalkan pembuat servis sekiranya perlu.

jika mungkin,memberikan perhatian kepada alat skor yang digunakan.

Angkatkan tangan kanan lurus ke atas kepala sekira bantuan Referi diperlukan.Apabila satu pihak kalah dalam rally dengan itu hak untuk meneruskan servis (Undang-undang 10.3.2, 11.3.2 ) teriakkan Tukar Servis.Diikuti dengan skor pembuat servis; jika perlu, dalam masa yang sama tangan ditunjuk ke sebelah pembuat servis yang baru dan petak servis yang betul.

Mula hendaklah diteriakkan oleh pengadil:

untuk menunjukkan satu perlawanan, gem atau gem selepas pertukaran gelanggang, akan dimulakan;

untuk menunjukkan bahawa permainan akan diteruskan selepas sesuatu penangguhan;

untuk menunjukkan bahawa pengadil mengarahkan pemain-pemain meneruskan permainan.

Batal hendaklah diteriakkan apabila sesuatu Batal dilakukan, kecuali berikut;

Batal yang diteriakkan oleh hakim Servis bawah Undang-undang 9.1 dan 13.1, hendaklah disahkan dengan teriakkan servis dibatalkan.

Batal yang dilakukan bawah Undang-undang 13.3.1, di mana teriakkan atau isyarat oleh Hakim Garis adalah mencukupi;(syor-syor 6.2)Batal yang berlaku bawah Undang-Undang13.2.1, 13.2.2, 13.3.2 atau 13.3.3 di mana perlu diteriakkan hanya jika penjelasan diperlukan untuk pemain-pemain atau penonton. 3.3.5 Pada setiap gem apabila mata yang mendahului mencapai 11 mata, teriakkan Tukar

Servis di mana sesuai,diikuti dengan skor sejurus selepas rally tamat dan

diikuti dengan Rehat, tanpa menghiraukan tepukan penonton. Hak undang-undang ini

dibenarkan bawah undang-undang 16.2.1. Semasa setiap Rehat, Hakim Servis, di mana

yang dilantik, haruslah memastikan gelanggang permainan dimopkan semasa waktu

Rehat.

3.3.6 Pada waktu Rehat semasa gem dan apabila mata yang mendahului mencapai 11 mata (Undang-undang 16.2.1),selepas 40 saat berlalu, teriakkan

[Gelanggang .], 20 saat. Ulang teriakkan itu.

Semasa Rehat (Undang-undng 16.2.1) antara gem pertama dan gem kedua, dan

dalam gem ketiga selepas pemain sudah menukar gelanggang, setiap pihak boleh

ditemani di gelanggang oleh (tidak melebihi) dua orang. Orang-orang ini boleh

menemani pemainnya selepas para pemain bertukar gelanggang, dan hendaklah

meninggalkan gelanggang apabila pengadil teriakkan .20 saat.

Untuk memulakan gem selepas rehat, teriakkan mata diikuti dengan mula

Sekiranya pemain tidak menuntut rehat bawah undang-undang 16.2.1, perlawanan

haruslah diteruskan tanpa rehat.

3.3.7 Gem Lanjutan

3.3.7.1 Apabila satu pihak mencapai mata 20 dalam setiap gem, teriakkan mata akhir atau mata penamat di mana berkenaan.

3.3.7.2 Jikalau satu pihak mencapai mata 29, dalam setiap gem dan untuk setiap pihak, teriakkan mata akhir atau mata penamat yang mana sesuai.

3.3.7.3 Teriakkan dalam Syor-syor 3.3.7.1 dan 3.3.7.2 harus sentiasa serta-merta diikuti dengan mata pembuat servis mendahului mata penerima servis.

3.3.8 Apabila tamat setiap gem, mestilah diteriakkan Gem sejurus sahaja tamat balas-

membalas yang menentukan, tanpa menghiraukan tepukan penonton. Di mana

berkenaan,ini menentukan permulaan rehat yang dibenarkan di bawah Undang-

undang 16.2.2.

Selepas gem pertama tamat, teriakkan:

Gem pertama dimenangi oleh ..(nama pemain/pemain-pemain/pasukan(jika acara

berpasukan,..(skor)

Selepas gem kedua tamat, teriakkan:

Gem kedua dimenangi oleh(nama pemain/pemain-pemain/pasukan (jika acara

berpasukan,. (skor): satu gem sama. Selepas setiap gem, Hakim Servis yang dilantik haruslah memastikan gelanggang

permainan dimopkan semasa waktu rehat dan meletakkan papan rehat(Interval

Board), sekira ada disediakan,di tengah-tengah gelanggang di bawah jaring.

Jika gem tersebut memenangi perlawanan itu, teriakkan:

Perlawanan dimenangi oleh.[nama pemain/pemain-pemain/pasukan (jika acara

berpasukan)]..[skor].

3.3.9 Pada masa rehat antara gem pertama dan gem kedua dan antara gem kedua dan gem ketiga (Undang-Undang 16.2.2), selepas 100 saat telah berlalu, teriakkan:

[Gelanggang .] 20 saat. Ulangi teriakan itu.

Pada masa rehat (Undang-undng 16.2.2) antara dua gem, setiap pihak boleh

ditemani di gelanggang oleh (tidak melebihi) dua orang. Orang-orang ini boleh

menemani pemainnya selepas para pemain bertukar gelanggang, dan hendaklah

meninggalkan gelanggang apabila pengadil teriakkan .20 saat.

3.3.10 Untuk memulakan gem kedua, teriakkan:

Gem kedua, kosong sama, mula.

Jika terdapat gem ketiga, teriakkan:

Gem penentuan, kosong sama, mula.

3.3.11 Dalam gem ketiga, atau dalam satu perlawanan yang mempunyai satu gem, teriakkan

Tukar Servis (jika perlu), diikuti dengan skor, diikuti dengan Rehat, tukar petak gelanggang, apabila mata yang mendahului mencapai mata 11 (Undang-undang 8.1.3). Untuk memulakan gem selepas rehat, ulangi skor, diikuti dengan mula.

3.3.12 Selepas tamat sesuatu perlawanan, serahkan helaian skor yang diisi lengkap

kepada referi kejohanan dengan segera.

3.4. Teriakkan Hakim Garis

3.4.1 Pengadil hendaklah sentiasa melihat ke arah Hakim Garis apabila bulu tangkis jatuh

berhampiran dengan sesuatu garis terutamanya apabila bulu tangkis itu jatuh di luar, walaubagaimana jauh sekali pun. Hakim Garis adalah bertanggungjawab

sepenuhnya tentang keputusan tersebut kecuali syor-syor 3.4.2. 3.4.2 Jika, pada anggapan pengadil, disebalik keraguan yang munasabah, dengan jelasnya hakim garis telah membuat kesalahan, pengadil hendaklah teriakkan:

3.4.2.1 Pembetulan, dalam, jika bulutangkis terjatuh dalamatau 3.4.2.2 Pembetulan, luar, jika bulutangkis terjatuh luar

3.4.3 Semasa tidak ada hakim garis atau jika hakim garis tidak nampak, pengadil hendaklah segera teriakkan:

3.4.3.1 Luarsebelum teriakkan kiraan mata apabila bulutangkis jatuh diluar

gelanggang;atau 3.4.3.2 skor, apabila bulutangkis jatuh dalam; atau

3.4.3.3 Semulaapabila pengadil tidak nampak3.5 Semasa perlawanan dijalankan, awasilah situasi-situasi (keadaan-keadaan) berikut

dan hendaklah bertindak seperti yang diterangkan.

3.5.1 Pemain yang menggelungsur di bawah jaring atau melemparkan raket ke dalam

gelanggang lawan hendak dibatalkan di bawah Undang-Undang 13.4.2 atau 13.4.3.

3.5.2 Bulu tangkis masuk ke dalam gelanggang dari gelanggang sebelah tidak boleh

dianggap semula secara automatik, sekiranya pengadil menganggap gangguan

tersebut

3.5.2.1 tidak dalam perhatian pemain; atau

3.5.2.2 tidak menghalang atau menggangggu pemain. 3.5.3 Pemain yang menjerit kepada rakannya yang sedang hendak memukul bulu tangkis,

bukanlah dianggap sebagai mengganggu perhatian pihak lawan. Meneriakkan Tak

Usah Pukul,batal dan sebagainya hendaklah dianggap sebagai mengganggu

perhatian. (Undang 13.4.5)

3.5.4 Pemain meninggalkan Gelanggang3.5.4.1 Pastikan pemain-pemain tidak meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran

pengadil. (Undang-undang 16.5.2)3.5.4.2 Untuk peringatan bahawa pihak mana yang ingin meninggalkan

gelanggang mestilah mendapat kebenaran daripada pengadil (Undang

16.5.2).Sekiranya perlu, Undang-undang 16.7 dipakai. Walau

bagaimanapun penukran raket di tepi gelanggang semasa balas-membalas

adalah dibenarkan.

3.5.4.3 Semasa dalam permainan sekiranaya permainan tidak terganggu, pemain adalah dibenarkan untuk keluar mengelap tangan / minum atas budi bicara pengadil.3.5.5 Penangguhan dan Penggantungan

Pastikan pemain tidak sengaja menangguhkan permainan (Undang-undang 16.4). pemain yang sengaja berjalan-jalan dalam gelanggang haruslah ditegah. Jika perlu undang-undang 16.7 dipakai3.5.6 Tunjuk Ajar dari Luar Gelanggang

3.5.6.1 Tunjuk ajar dari luar gelanggang (Undang-undang 16.5.1) dalam sebarang keadaan semasa bulu tangkis masih dalam permainan ditegahkan.3.5.6.2 pastikan

Jurulatih dikehendaki duduk di tempat yang disediakan. Beliau tidak boleh berdiri di tepi gelanggang semasa perlawanan kecuali rehat (Undang-Undang 16.2)

Tidak ada sebarang gangguan atau alihan perhatian oleh jurulatih semasa permainan dijalankan.

3.5.6.3 Jika dalam pendapat pengadil, permainan telah diganggu atau pemain dari

petak gelanggang bertentangan telah diganggu oleh jurulatih, semula haruslah diteriakkan. Referi hendaklah dipanggil dengan segera. Referi akan keluarkan amaran kepada jurulatih.

3.5.6.4 Jika perkara seperti di atas diulangi, Referi boleh mengarahkan jurulatih

tersebut dikeluarkan dari arena gelanggang , jika perlu.

3.5.7 Penukaran Bulu Tangkis

3.5.7.1 Menukar bulu tangkis semasa perlawanan sedang berjalan hendaklah

dilakukan dengan adil.Pengadil boleh membuat keputusan sekiranya

difikirkan bulu tangkis itu perlu ditukarkan.

3.5.7.2 Bulu tangkis yang kelajuan telah diganggu hendaklah diketepikan dan

undang-undang 16.7 dipakai, sekiranya perlu.

3.5.8 Kecederaan atau sakit semasa permainan

3.5.8.1 Jatuh sakit atau kecederaan semasa perlawanan sedang berjalan hendaklah

diurus dengan baik dan berhati-hati. Pengadil seharusnya dapat

memastikan secepat mungkin seteruk mana keadaan yang dihadapi. Referi

patut dipanggil ke dalam gelanggang.

3.5.8.2 Referi patut membuat keputusan samada pakar perubatan atau sebarang

orang diperlukan dalam gelanggang. Pakar perubatan perlu memeriksa

pemain dan menasihat pemain tentang keadaan kecederaan atau kesakitannya. Jika berdarah, gem perlu ditangguhkan sehingga darah berhenti atau luka telah dirawat.

3.5.8.3 Referi perlu menasihati pengadil berkenaan masa yang dibenarkan oleh

pemain untuk memulakan permainan. Pengadil hendaklah sentiasa

mencatatkan masa yang berlalu.

3.5.8.4 Pengadil harus memastikan pihak lawan tidaklah sepatutnya diletakkan

dalam keadaan yang merugikan dan undang-undang 16.4, 16.5, 16.6.1,

16.7 harus dipakai dengan sesuai.3.5.8.5 Apabila perlu, disebabkan oleh kecederaan, demam atau lain-lain perkara yang tidak dapat dielakkan, tanyakan pemain:

Anda hendak berhenti dari permainan?

Dan jika jawapannya ya, teriakkan

..(nama pemain/pasukan) berhenti, perlawanan dimenangi

oleh .(nama pemain/pemain-pemain/pasukan ) diikuti dengan (skor).

3.6 Penangguhan Permainan.

Sekiranya permainan terpaksa ditangguhkan, umumkan:

Permainan ditangguhkan

dan catatkan skor, pembuat servis, penerima servis, petak servis yang betul dan petak gelangggang. Apabila permainan dimulakan semula, teriakkan

Sudahkah bersedia?

Umumkan skor dan mula

3.7 Salahlaku3.7.1 Catat dan laporkan kepada Referi mana-mana hal salahlaku dan tindakan yang telah diambil.

3.7.2 Salahlaku yang berlaku semasa antara gem dianggap

seperti salahlaku yang berlaku semasa

permainan. Pengadil akan mengumumkan keputusannya pada permulaan gem yang berikut. Pengumuman dalam syor-syor 3.3.10 seharusnya diikuti dengan pengumuman dalam syor-syor 3.73 ke 3.75. Selepas itu teriakkan Tukar Servis, mana yang sesuai diikuti dengan skor.3.7.3 Sekiranya Undang-Undang 16.4, 16.5 atau 16.6 digunakan dengan mengeluarkan amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan (undang-undang16.7.1.1), teriakkan Datang ke sini kepada pemain yang

bersalah, dan teriakkan

..(nama pemain), amaran kerana salahlaku

Pada masa yang sama, angkatkan tangan kanan yang

memegang kad kuning lurus ke atas kepala.

3.7.4 SekiranyaUndang-undang 16.4, 16.5 atau 16.6 digunakan dengan mengeluarkan amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan (undang-undang16.7.1.1), teriakkan Datang ke sini kepada pemain yang bersalah, dan teriakkan

..(nama pemain), batal kerana salahlaku.

Pada masa yang sama, angkatkan tangan kanan yang memegang kad merah lurus

ke atas kepala.

3.7.5 SekiranyaUndang-undang 16.4, 16.5 atau 16.6 digunakan dengan mengeluarkan

amaran kepada pihak yang melakukan kesalahan (undang-undang16.7.2), dan

melaporkan kepada Referi kejohanan secepat mungkin bagi tujuan

membatalkan terus pemain yang melakukan kesalahan, teriakkan datang ke sini kepada pemain yang melakukan kesalahan dan teriakkan

..(nama pemain), batal kerana salahlaku.

Pada masa yang sama, angkatkan tangan kanan yang memegang kad merah lurus

ke atas kepala.

3.7.6 Apabila Referi mengambil keputusan untuk membatalkan terus pemain yang

melakukan kesalahan, kad hitam akan diberi kepada pengadil. Pengadil harus

teriakkan datang ke sini kepada pemain yang melakukan kesalahan dan

teriakkan:

..(nama pemain), batal terus kerana salahlaku.

Pada masa yang sama, angkatkan tangan kanan yang memegang kad hitam lurus

ke atas kepala.

4. NASIHAT-NASIHAT AM TERHADAP PENGADILANBahagian ini memberikan nasihat-nasihat am yang seharusnya dipatuhi.

Ketahui dan fahami Undang-Undang Badminton.

Teriakkan dengan secepat-cepatnya dan dengan nada yang pasti tetapi, sekiranya berlaku kesilapan, akuilah, minta maaf dan membetulkan.

Kesemua pengumuman dan teriakkan mata hendaklah dilakukan dengan terang dan kuat supaya dapat didengar jelas oleh para pemain dan penonton.

Apabila timbul keraguan di hati pengadil tentang samada undang-undang telah dilanggar atau tidak, janganlah teriakkan batal dan permainan itu hendaklah dibenarkan berjalan terus.

Jangan tanya penonton atau terpengaruh dengan kata-kata mereka.

Berikan galakan kepada pegawai-pegawai teknikal yang lain dengan cara memberitahu mereka yang keputusan-keputusan mereka itu adalah diterima dan mengujudkan perhubungan pekerjaan yang baik dengan mereka.

5. ARAHAN-ARAHAN KEPADA HAKIM SERVIS

Hakim Servis hendaklah duduk di kerusi yang rendah dekat dengan tiang , seelok-eloknya

bertentangan dengan pengadil.

Hakim Servis adalah bertanggungjawab memastikan bahawa pembuat servis membuat servis

yang betul (undang-undang 9.1). Sekiranya tidak, teriakkan Batal dengan kuat dan gunakan

isyarat tangan yang diluluskan untuk menunjukkan jenis kesalahan.

Isyarat-isyarat tangan yang diluluskan ialah:

Undang-undang 9.1.6 Ketika bulu tangkis dipukul,

batang raket itu tidak menghala

ke bawah.

Undang-undang 9.1.5

Keseluruhan bulu tangkis tidak berada di

bawah pinggang pembuat servis ketika

dipukul.

Undang-undang 9.1.1

Dengan sengaja melambat-lambatkan

penghantaran servis. Apabila para

pemain telah mengambil tempat

masing-masing.

Undang-undang 9.1.7

Gerakmula ke hadapan kepala

raket pembuat servis itu menentukan

permulaan servis tersebut. Gerakmula

itu hendaklah terus ke hadapan.

Undang-undang 9.1.2 dan 9.1.3

Sebahagian dari kedua-dua belah

kaki tidak berada dalam petak

servis dan dalam keadaan yang

tidak bergerak sehinggalah servis

itu dihantar.

Undang-undang 9.1.4

Pukulan mula bulu tangkis itu

tidak di bahagian bawah (gabus)

bulu tangkis tersebut.

5.4 Pengadil bolehlah berunding dengan Hakim Servis sekiranya dia mahu menugaskan apa-apa

tugas tambahan kepadanya dengan syarat bahawa para pemain diberitahu akan hal tersebut.

6. ARAHAN-ARAHAN KEPADA HAKIM GARIS

6.1 Hakim-hakim Garis hendaklah ditempatkan di kerusi di bahagian pemanjangan garis

masing-masing di bahagian hujung gelanggang dan di bahagian tepi bertentangan dengan

pengadil. (lihat rajah)

6.2 Seorang Hakim Garis adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap garisnya, kecuali

andainya seseorang pengadil mungkin membetulkan keputusannya sekira pada pendapatnya

Hakim Garis itu telah membuat kesalahan dengan jelas sekali.

6.2.1 Sekiranya bulu tangkis jatuh di luar, walau berapa jauh sekali pun, teriakkan luar

dengan segera dan dengan suara yang cukup jelas supaya dapat didengar oleh para

pemain dan penonton dan serentak dengan itu, beri isyarat dengan mendepakan kedua-

dua belah tangannya supaya pengadil dapat melihat dengan jelas.

6.2.2 Sekiranya bulu tangkis jatuh di dalam, Hakim Garis tidak perlu menyebut apa-apa

tetapi hendaklah menunjuk ke garis itu dengan tangan kanannya. 6.3 Sekiranya tidak nampak, Hakim Garis hendaklah memberitahu pengadil serta-merta dengan

mengangkatkan kedua-dua belah tangannya supaya melindungi mata.

6.4 Jangan sekali-kali teriak atau beri isyarat sehingga bulu tangkis jatuh ke lantai.

6.5 Keputusan-keputusan hendaklah sentiasa diberikan. Jangan menunggu keputusan pengadil, seperti

bulu tangkis telah menyentuh pemain.

6.6 Isyarat-isyarat tangan yang diluluskan. BULU TANGKIS DI LUAR

Sekiranya bulu tangkis jatuh di luar, walau berapa jauh sekali pun, teriakkan

luar dengan segera dan dengan suara

yang cukup jelas supaya dapat didengar

oleh para pemain dan penonton dan

serentak dengan itu, beri isyarat dengan

mendepakan kedua-dua belah tangan

supaya pengadil dapat melihat

dengan jelas.

BULU TANGKIS DI DALAM

Sekiranya bulu tangkis jatuh di dalam,

anda tidak perlu menyebut apa-apa,

tetapi hendaklah menunjuk ke garis itu

dengan tangan kanan anda.

SEKIRANYA TIDAK NAMPAK

Sekiranya tidak nampak, anda hendaklah memberitahu pengadil serta-merta dengan

mengangkatkan kedua-dua belah tangan

untuk melindungi mata anda.

PAGE - 11 -