syurga Neraka

download syurga Neraka

If you can't read please download the document

Transcript of syurga Neraka

Syurga dan Neraka

NAMA : Khairul Nisha binti Khairul Anuar. KELAS: 6 USM SK Pinang Tunggal NAMA GURU: Encik Khairuddin bin Saad.

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7)

Pengertian Hari Kiamat Erti Syurga Erti Neraka Perkara - perkara yang boleh mendapat ganjaran syurga Perkara - perkara yang boleh mendapat ganjaran neraka Penutup Penghargaan

Pengertian Hari KiamatHari Kiamat adalah peristiwa di mana alam semesta beserta isinya hancur luluh yang membunuh semua makhluk di dalamnya tanpa terkecuali. Hari kiamat ditandai dengan bunyi terompet sangkakala oleh Malaikat Israfil atas perintah dari Allah SWT. Setelah semua makhuk yang hidup mati maka Allah SWT akan membali memerintahkan Malaikat Israfil untuk meniup terompet untuk yang kedua kali guna membangunkan orang semua yang telah mati untuk bangkit kembali mulai dari manusia pertama zaman Nabi Adam hingga manusia yang terakhir saat kiamat tiba untuk melaksanakan hari pembalasan.

Tanda-Tanda Hari Kiamat Akan TibaTidak seorang pun tahu bila masa hari kiamat akan tiba termasuk Nabi Muhammad SAW. Namun kita dapat mengetahuinya dengan memperhatikan tanda-tanda di mana hari kiamat akan datang iaitu antara lain : 1. Asap di Timur dan Barat 2. Munculnya Dajjal 3. Muncul binatang melata di bumi (Dabatul Ard) 4. Terbit matahari sebelah barat 5. Turunnya Nabi Isa AS 6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj 7. Gerhana di timur 8. Gerhana di barat 9. Gerhana di jazirah Arab 10. Keluarnya api dari kota Yaman yang menghalau manusia ke tempat pengiringannya

Erti Syurga

Syurga adalah tempat yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada hambahamba yang taat kepada perintah dan suruhan-Nya. Pelbagai kenikmatan dan kelebihan yang terdapat didalam syurga. Antara Syurga-syurga adalah seperti yang berikut :1. Firdaus 2. Syurga Adn 3. Syurga Naiim 4. Syurga Nawa 5. Syurga Darussalaam 6. Daarul Muaqaamah 7. Al-Muqqamul Amin 8. Syurga Khuldi Syurga Firdaus merupakan berasal dari perkataan iaitu Al-Firdausi yang membawa maksud dan yang dirujuk kepada syurga ketujuh, syurga peringkat tertinggi. Nama ini mewakili kemuncak keindahan dalam segala perkataan di alam semesta ini. Konsep Firdaus mewakili keindahan hasil ciptaan yang Maha Esa ke atas penciptaan dan kejadian yang tidak dapat digambarkan, iaitu syurga yang dinamakan Al-firdausi ini.

Erti NerakaNeraka merupakan tempat dimana pembalasan atau seksaan terhadap manusia yang mengingkari suruhan Allah s.w.t. Sepertimana syurga, neraka turut mempunyai peringkat-peringkat dan nama yang tersendiri .

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Neraka Jahannam Neraka Jahiim Neraka Hawiyah Neraka Wail Neraka Saiir Neraka Ladhaa Neraka Saqar Neraka Hutomah

Jahannam merupakan neraka yang memiliki seksaan yang amat dahsyat. Dipimpin oleh Malaikat Malik dan memiliki 19 malaikat penyiksa, salah satunya adalah Zabaniah. Dikisahkan dalam sebuah hadits bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap dan pekat, tiada cahaya dan tiada pula neraka itu menyala/terang. Rasulullah s.a.w. bersabda, Api kamu ini hanyalah satu bagian dari tujuh puluh bahagian api di neraka jahannam. Para sahabat mengatakan, Yang ini pun sudah cukup berat panasnya. Nabi berkata lagi, Bahkan api neraka itu melebihi sebanyak enam puluh sembilan kali ganda panasnya api dunia". Api neraka jahannam juga telah dinyalakan seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian dibakar lagi selama seribu tahun hingga menjadi hitam, seperti malam yang gelap gelita. (HR. Tirmidzi). Jahanam memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api. Disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap bilik itu pula terdapat 70,000 ekor ular dan kala, dan setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking tersebut mempunyai 70,000 qullah bisa. Selain itu, Neraka Jahiim merupakan neraka kedua setelah Jahannam. Di dalam neraka Jahim, tumbuh pohon zaqqum. Buah dari pohon tersebut akan menjadi makanan para penghuni neraka. Pohon itu tumbuh dari dasar neraka Jahim, mereka akan memakan buah zaqqum sebanyak-banyak, sehingga dapat memenuhi perut mereka dan mampu membakar isi perut. Mereka juga akan meminum air yang sangat panas dan mampu membocorkan usus. Keterangan dan banyangan bentuk dan seksaan 2 buah neraka ini sudah cukup untuk menggentarkan diri kita. Oleh yang marilah kita sama-sama untuk meninggalkan segala larangan-Nya & melaksanakan segala tuntuntan-Nya.

Perkara - perkara yang boleh mendapat ganjaran Syurga

1. Memberi Makan kepada orang yang memerlukan. 2.Menyambung Silaturrahim. 3.Mendirikan solat. 4.Memudahkan Orang Lain. 5.Berjihad.

6. Tidak sombong.7. Tidak memiliki sifat munafik. 8. Terbebas dari hutang. 9. Peka terhadap perkara yang terlarang.

10. Menahan marah.11. Ikhlas menerima kematian anak dan orang yang dicintai. 12. Bersaksi atas kebenaran Al-Quran. 13. Bertolak ansur kepada orang lain. 14.Bercakap benar.

Perkara perkara yang boleh mendapat ganjaran Neraka

1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 16) 17) 18) 19) 20)

Tidak taat kepada perintah Tuhan. Tidak menutup aurat. Bercakap bohong. Derhaka kepada kepada ke dua ibubapa. Membunuh diri. Tidak mendirikan Solat. Tidak menghormati orang yang lebih tua. Mengumpat. Kedekut. Mencuri. Merompak. Mengkhianati orang lain. Bermusuh dengan jiran. Melakukan maksiat. Suka bersosial. Membuat pergaulan bebas. Minum arak. Tidak menolong orang yang memerlukan bantuan. Murtad. Merempit.

Penutup

Oleh yang demikian , kita sebagai hamba Allah , perlu taat kepadanya. Seterusnya , kita harus mendirikan solat lima waktu dan membaca AL Qur'an jika kita ada waktu lapang.Selain itu , kita hendaklah percaya bahawa Allah itu wujud dan dia mentakbir seluruh alam. Di samping itu , kita sewajarnya ikhlas menerima kematian orang yang kita cintai. Akhir sekali , kita mestiah menjauhi diri daripda dosa dan jauhi perkara - perkara yang terlarang oleh Allah.

Penghargaan

Setakat inilah folio yang dapat saya sediakan . Jika ada kesalahan atau kelemahan diharap cikgu memberi tunjuk ajar kepada saya sehingga saya berjaya . Segala jasa cikgu kepada saya tidak akan saya lupai . Akhir sekali , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu kerana telah mengajar saya cara membuat folio ini. Dan tidak lupa juga kepada kedua dua ibubapa saya selama ini banyak membantu saya menyiapkan folio ini . Dengan adanya folio ini saya dapat mempelajari banyak ilmu pengetahuan tentang Syurga dan Neraka . Sekian Terima Kasih.