T1 tanaman sayuran

download T1 tanaman sayuran

of 51

  • date post

    28-Jul-2015
  • Category

    Education

  • view

    519
  • download

    9

Embed Size (px)

Transcript of T1 tanaman sayuran

1. TANAMANTANAMAN SAYURANSAYURAN 2. Jenis Sayuran Penyediaan Tapak Penanaman Penjagaan Pungutan Hasil Giliran Tanaman 3. Sayuran jenis buah ialah sejenis sayuran di mana bahagian buahnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. Contoh sayuran jenis buah ialah seperti labu, terung, bendi, peria dan timun. Jenis Sayuran Buah 4. Sayuran jenis akar ialah sejenis sayuran di mana bahagian akarnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. Contoh sayuran jenis akar ialah seperti lobak merah, keledek, keladi, kentang dan sengkuang. Jenis Sayuran Akar 5. Sayuran jenis daun ialah sejenis sayuran di mana bahagian daunnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. Contoh sayuran jenis daun ialah seperti kangkung, sawi, kobis, sawi putih dan kailan. Jenis Sayuran Daun 6. Sayuran jenis kekacang ialah sejenis sayuran di mana bahagian kekacangnya diambil untuk dijadikan sebagai sayuran atau makanan. Contoh sayuran jenis kekacang ialah seperti kacang panjang, kacang pis, kacang botol dan kacang buncis . Jenis Sayuran Kekacang 7. Sayur-sayuran adalah salah satu sajian penting dalam pemakanan seimbang. Sayuran membekalkan pelbagai nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh badan yang sihat. Antara nutrien yang dibekalkan oleh sayur-sayuran ialah protein, karbohidrat, vitamin dan garam mineral. Kita perlu makan pelbagai jenis sayur untuk mendapatkan vitamin yang mencukupi. Ini kerana sayuran yang berlainan jenis mengandungi vitamin yang berlainan. Fungsi Sayuran Dalam Diet 8. Nutrien Fungsi Sayuran Protein Membaiki pertumbuhan badan dan membaiki tisu yang rosak Kacang panjang, kacang soya, kacang tanah Karbohidrat Membekalkan haba dan tenaga Membantu kesihatan dan mencegah penyakit Ubi kentang, ubi keledek Vitamin Memelihara kesihatan dan mencegah penyakit Sawi, bayam, lobak merah, tomato dan kangkung Garam Mineral Memelihara kesihatan tubuh Kekacang Nutrien Dalam Sayuran Dan Fungsinya 9. Jenis tanah daripada tanah loam yang subur yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tapak tanaman hendaklah rata supaya masalah hakisan tanah dapat dikurangkan dan tanaman mudah diusahakan Tapak tanaman berdekatan dengan sumber air seperti perigi, sungai, parit dan paip air. Tapak tanaman terletak di kawasan lapang dan jauh daripada lindungan pokok-pokok besar dan bangunan tinggi kerana cahaya matahari yang banyak sangat diperlukan oleh sayuran untuk hidup subur. Tapak tanaman mestilah berdekatan dengan jalan raya dan bandar untuk memudahkan pengangkutan hasil-hasil tanaman. Kenalpasti Tapak Ciri-ciri Tapak Yang Sesuai 10. Skala pH digunakan untuk menguji dan menyukat kandungan asid dalam tanah. Julat 0 -14 digunakan untuk mengukur nilai pH bagi tanah. Skala pH berfungsi untuk menentukan kandungan asid tanah sama ada: Berasid - nilai pH kurang daripada 7 Neutral - nilai pH tepat pada 7 Beralkali - nilai pH lebih daripada 7 Menguji pH Tanah Asid AlkaliNeutral 11. Menguji pH Tanah Alat yang digunakan untuk mengukur pH tanah ialah meter pH. Kebanyakan tanah di negara kita adalah jenis berasid kerana nilai pHnya kurang daripada 7 (antara pH4 hingga pH5). Tanah berasid tidak sesuai untuk sayuran kerana kekurangan nutrien. Nilai pH yang sesuai untuk tanaman sayuran ialah pH5.5 hingga pH6.5 Meter pH 12. Langkah-langkah: Kenal pasti tapak penanaman sayuran. Masukkan 10 g sampel tanah ke dalam bikar. Tambahkan 10 ml air suling ke dalam bikar dan kacau. Biarkan campuran itu selama 10 minit. Menguji pH Tanah Bikar Tanah Air SulingBikar berisi 10 g tanah 13. Langkah-langkah: Kacau campuran itu dengan rod kaca sehingga rata. Tentu ukuran bacaan meter pH dengan air suling. Masukkan kepala meter pH ke dalam campuran tersebut. Biarkan bacaan meter pH stabil, kemudian catatkan bacaan meter. Menguji pH Tanah Meter pH Elektrod Rod Kaca Campuran Air Suling dan Tanah 14. Membersih Tapak Kerja membersihkan tapak dilakukan setelah mengenalpasti tapak penanaman Pokok kecil dan belukar hendaklah ditebas, dikumpulkan, dan dibakar. Tunggul-tunggul kayu dan akar hendaklah dikeluarkan. Tumbuhan daun hijau seperti rumpai yang dipotong, dikumpulkan untuk dijadikan kompos. 15. Menggembur Tanah Kerja menggemburkan tanah dimulakan setelah selesai kerja membersihkan tapak Menggembur bermaksud menghancurkan tanah supaya menjadi ketulan kecil dan sesuai untuk percambahan biji benih Kerja menggembur tanah dapat dilakukan dengan menggunakan cangkul atau jentera bergantung kepada saiz tapak tanaman. Tanah biasanya digembur sedalam 30cm 16. Penggemburan tanah membantu membunuh mikroorganisma yang berbahaya pada tanaman sayur-sayuran. Tanah dibiarkan selama seminggu supaya kapur yang telah ditabur dapat bertindak balas. Tujuan utama kerja menggemburkan tanah ialah untuk memperbaiki pengudaraan tanah, saliran, dan membuang akar-akar rumpai. Menggembur Tanah 17. Membina Batas Kerja membina batas dilakukan setelah kerja menggembur Batas dibina dengan menggunakan cangkul dan jentera kecil Batas dibina bertujuan untuk mengelakkan tanah daripada ditakungi air, memudahkan kerja-kerja penjagaan dan untuk mengelakkan tapak tanaman daripada dipijak. 18. Membaja asas dilakukan setelah batas siap dibina Baja yang digunakan ialah baja organik atau baja kompos Baja organik ditabur dipermukaan batas dan diratakan dengan pencakar Kerja-kerja membaja pada peringkat ini dipanggil pembajaan asas Baja organik yang telah mereput digunakan kerana bajanya tidak mengandungi biji benih rumpai Membaja Asas 19. Batas yang siap dibina perlu disungkup dengan pelepah kelapa, rumput kering atau plastik politena. Tujuan sungkupan ialah untuk mengelakkan hakisan, merendahkan suhu tanah, melembapkan tanah dan menghalang tumbesaran rumpai. Meletak Sungkupan Batas dibiarkan selama seminggu sebelum aktiviti menanam dijalankan. 20. Varieti pilih sayuran yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu. Daya tahan (resistans) pilih sayuran yang mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit. Kesesuaian iklim pilih sayuran yang sesuai dengan iklim setempat. Nilai pasaran sayuran yang dipilih mesti mempunyai nilai pasaran yang baik. Memilih Jenis Sayuran 21. Sifat-sifat benih yang baik ialah: Bernas Cukup matang Bebas daripada perosak dan penyakit Bebas daripada biji benih rumpai Bersaiz normal Memilih Biji Benih 22. Biji benih sayur-sayuran yang telah dipilih dapat diuji peratus atau kadar percambahannya. Biji benih yang telah dipilih seharusnya mempunyai percambahan yang tinggi Peratus percambahan biji benih dapat ditentukan dengan membuat ujian sebelum menyemainya Menguji Peratusan Percambahan 23. Letakkan 20 biji benih di atas piring petri beralaskan kapas. Lembapkan kapas dengan air suling. Tutup piring petri dan biarkan biji benih beberapa hari sehingga bercambah. Lembapkan kapas dari masa ke semasa. Catatkan bilangan biji benih bercambah selepas lima hari. Kira peratus percambahan dengan formula. Langkah-Langkah Menguji Peratus Percambahan Biji Benih Bercambah Biji Benih Piring Petri 24. Kira peratus percambahan dengan formula: Langkah-Langkah Menguji Peratus Percambahan Bilangan yang bercambah Jumlah biji benih yang disemai % Percambahan = x 100 Biji Benih Bercambah Biji Benih Piring Petri Kapas Lembap 25. 1. Sediakan tanah loam, bahan organik dan pasir sungai dengan nisbah 2:1:1 2. Tapis ketiga-tiga bahan medium untuk mengasingkan bahan yang tidak dikehendaki. 3. Sukat medium dengan baldi kecil 4. Longgokkan ketiga-tiga bahan tersebut. 5. Gaulkan semua bahan itu dengan skop 6. Isikan medium ke dalam bekas semaian Pasir sungai Bahan organik Tanah loam Menyedia Medium Semaian 26. Menyedia Medium Semaian Kotak semaian yang berisi medium semaian 27. Terdapat Tiga Kaedah Menyemai Biji Benih iaitu: 1. Menyemai terus ke batas bagi biji benih besar saperti kacang panjang,labu dan peria. 2. Menyemai di dalam kotak semaian, kemudian diubah ke batas penanaman bagi biji benih kecil seperti terung, tomato dan cili. 3. Menyemai biji benih halus di batas, campurkan dengan pasir halus (untuk taburan yang sekata) sebelum ditabur. Contohnya ialah benih sawi. Menyemai Biji Benih 28. Menyemai biji benih secara terus di semaian: 1. Bersihkan bekas semaian 2. Tutup lubang saliran denan serpihan batu kecil atau pasu. Perhatikan Rajah A. 3. Isikan medium semaian sehingga 2 cm dari permukaan kotak semaian . 4. Ratakan permukaan medium semaian 5. Tabur biji benih dengan di atas permukaan medium. Menyemai Biji Benih A B C 29. 6. Tutup biji benih dengan selapisan nipis medium.Perhatikan Rajah B. 7. Siram medium semaian dan tutup permukaan kotak semaian dengan plastik politena yang lutsinar.Perhatikan Rajah C. 8. Letakkan kotak semaian di tempat teduh Menyemai Biji Benih A B C 30. Menyemai Biji Benih Anak benih yang tumbuh dalam kotak semaian 31. Mengubah bermaksud memindahkan anak benih dari kotak semaian ke batas tetap. Mengubah anak benih sayuran boleh dilakukan setelah mengeluarkan 4-5 helai daun. Anak benih perlu menjalani proses pengerasan untuk menyesuaikan anak benih dengan persekitaran luar dan mengurangkan renjatan perubahan. Pengerasan dilakukan dengan mengurangkan siraman dan naungan secara beransur-ansur. Proses penjarangan dan mengubah boleh dilakukan serentak iaitu mengurangkan anak benih yang tumbuh lebih dari satu kepada lubang penanaman yang tidak tumbuh. Mengubah Anak Benih 32. 1. Siram kotak semaian sehingga medium di dalamnya lembab. 2. Tandakan lubang penanaman dengan jarak yang sesuai di atas batas. 3. Gali lubang sedalam 8-10 cm. 4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama segumpal tanah. Lihat gambar A dan B. 5. Tanam anak benih di dalam lubang penanaman dan padatkan . Lihat gambar C. 6. Siram dan beri teduhan pada anak benih yang baru diubah. Mengubah Anak Benih Tekan A B C 33. Mengubah Anak Benih 34. Sayuran memerlukan air yang cukup untuk tumb