T1A3

61
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL LAPORAN PRAKTIKUM INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN NAMA : ROSLAN BIN MOHD NOH NO. MATRIKULASI : 730122125173001 NO.KAD PENGENALAN : 730122-12-5173 SEMESTER : JAN 2014 EMEL : [email protected] m ALAMAT KAMPUS : OPEN UNIVERSITY SANDAKAN SABAH

description

EPIC

Transcript of T1A3

Page 1: T1A3

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL

LAPORAN PRAKTIKUM

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NAMA : ROSLAN BIN MOHD NOH

NO. MATRIKULASI : 730122125173001

NO.KAD PENGENALAN : 730122-12-5173

SEMESTER : JAN 2014

EMEL : [email protected] m

ALAMAT KAMPUS : OPEN UNIVERSITY

SANDAKAN

SABAH

Page 2: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1.0 Refleksi Pengajaran dan pembelajaran lalu 2

2.0 Objektif Kajian 5

2.1 Objektif Umum

2.2 Objektif Khusus

3.0 Kumpulan Sasaran 6

3.1 Latarbelakang Sekolah

3.2 Latarbelakang Sampel

3.2.1 Responden 1 7

3.2.2 Responden 2

3.2.3 Responden 3

3.2.4 Responden 4

3.2.5 Responden 5

3.2.6 Responden 6

4.0Perlaksanaan Aktiviti Inovasi Dalam PdP 8

5.0Laporan Penilaian Perlaksanaan Aktiviti Inovasi 15

5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

5.2 Data Soal selidik

Kesimpulan 20

6.0 Lampiran 21

~ 2 ~

Page 3: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Pendahuluan

Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran sangat penting demi keberhasilan sesuatu objektif yang

ingin dicapai oleh seseorang guru . Pengajaran tanpa inovasi membuatkan pdp berjalan hambar,

murid tidak proaktif, tidak membangunkan perkembangan intelek, malah berkait rapat dengan emosi,

tingkahlaku psikomotor dan pembentukan sahsiah murid. Inovasi bukan sekadar menghasilkan alat

bantu mengajar yang baru, malah pengubahsuaian teknik, kemahiran serta kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang baru dan menarik serta pelbagai. Ia mestilah berfokuskan kepada tahap keupayaan

murid dan objektif pdp yang hendak dicapai. Inovasi membantu guru menangani masalah

pembelajaran, menjadikan pembelajaran lebih hidup, bermakna, murid lebih berminat dan cenderung

melibatkan diri dalam aktiviti pdp serta secara tidak langsung dapat membentuk nilai-nilai murni

dalam diri mereka. Tanggapan bahawa belajar itu suatu yang negatif dan membosankan dapat diatasi

dengan adanya inovasi yang diwujudkan oleh seseorang guru.

1.REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Saya telah menjalani praktikum selama dua minggu di SK Institut Pendidikan Guru Kampus

Dato‟ Razali Ismail,SayamemilihKualatajukGerhanaTerengganudalamTemaMenyiasat. Alam

Semesta bagi tahun 6. Saya mengajar kelas terakhir bagi tahun 6 iaitu kelas 6 Cerdik yang terdiri

daripada 25 orang murid. Kebanyakan murid adalah bermasalah dalam pembelajaran dan tingkah

laku. Melalui rujukan buku yang mengumpulkan soalan-soalan percubaan dan sebenar UPSR , saya

mendapati tajuk gerhana kerap ditanya di dalam peperiksaan. Ini bermakna murid perlu benar –benar

menguasai tajuk ini. Saya juga membuat pemerhatian terhadap laporan prestasi murid dalam ujian

TOV , OTI 1 dan ujian pra (Diagnostik) ke atas semua murid . Saya telah menyediakan soalan ujian

pra kepada semua murid semasa minggu pertama praktikum, iaitu selepas pengajaran secara

tradisional tanpa menggunakan apa-apa inovasi. Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalan-soalan

yang biasa ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk Gerhana iaitu bahagian A

(objektif) dan bahagian B (struktur). Tujuan ujian pra ini adalah untuk mengesan atau mengenalpasti

kelemahan murid dan kesilapan dalam menjawab soalan. Saya mendapati bahawa 6 orang murid di

~ 3 ~

Page 4: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

dalam kelas 6 Cerdik ini mendapat markah paling rendah. Saya telah menjadikan 6 orang murid ini sebagai responden dalam kajian. Berikut adalah laporan prestasi keenam-enam murid tersebut.

Jadual 1

Laporan Markah Ujian Responden

Responden TOV OTI 1 Ujian Diagnostik (Pra)

1 20 24 20

2 34 36 30

3 32 36 32

4 20 26 30

5 30 32 30

6 36 36 34

Hasil daripada laporan prestasi responden, saya mendapati keenam-enam mereka masih tidak

dapat menguasai tajuk Gerhana dan kerap membuat kesilapan semasa menjawab soalan berkaitan

tajuk Gerhana. Saya telah juga membuat pemerhatian tentang tingkahlaku responden semasa

pengajaran tanpa penggunaan inovasi iaitu tingkahlaku murid berubah menjadi negatif dan tahap

kefahaman murid sangat rendah, ini disebabkan oleh aktiviti-aktiviti PdP dijalankan hanya

melibatkan komunikasi sehala dan berpusatkan guru semata-mata. Saya mendapati proses pengajaran

dan pembelajaran murid menjadi kaku, mudah bosan dan tidak dapat menarik minat murid semasa

mengajar tajuk Gerhana . Murid kelihatan bingung dan tidak dapat memahami bagaimana fenomena

Gerhana itu terjadi. Guru juga menjadi tertekan dek kerana pengajaran yang kurang mendapat

tumpuan murid serta mendapat respon yang negatif di kalangan murid. Murid mula mempamerkan

tingkahlaku destruktif seperti membuat bising, menganggu murid yang hendak belajar dan malas

untuk belajar.

Ini adalah kerana murid tidak dapat memahami penerangan guru dan konsep Gerhana yang disampaikan tidak jelas dan mengelirukan. Tumpuan dan fokus murid sangat penting untuk memastikan mereka dapat menguasai dan membina kefahaman terhadap tajuk yang diajar, namun

~ 4 ~

Page 5: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

kefahaman tentang sesuatu topik tidak mudah dicapai tanpa penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM). Mereka mula mengerut dahi dan teragak-agak untuk menjawab soalan guru berkaitan Gerhana kerana masih keliru dan tidak pasti.

Di samping itu, murid juga terdedah kepada persekitaran yang tidak membantu mereka untuk

memahami tajuk Gerhana, contohnya pengalaman hidup. Apabila ditanya, kesemua mereka tidak

pernah melihat kejadian Gerhana dan ini salah satu sebab mereka kurang berminat dan tidak

memahami kejadian Gerhana.

Oleh itu, saya merasakan tajuk ini sukar diajar kepada murid tanpa alat bantu mengajar atau

aktiviti berbentuk inovasi. Justeru itu, saya terfikir bahawa perlunya satu inovasi dalam pdp berkaitan

tajuk ini agar dapat memperbaiki prestasi murid dan mengembalikan minat murid terhadap tajuk ini.

Saya telah mencadangkan satu langkah inovasi dalam pdp untuk menambah minat ,

motivasi serta kefahaman murid terhadap tajuk ini melalui `Gerhana DiSmartakhirpraktikum,Kit‟. saya

mendapati jelas dengan penggunaan kit sebagai langkah inovasi pdp dapat memudahkan pengajaran guru dan

dapat memberi kefahaman kepada pelajar dengan mudah dan cepat , di samping meningkatkan minat serta

penglibatan responden dalam aktiviti pdp.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu

2.1 Objektif Umum

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk meningkatkan penguasaan pelajar tahun 6

terhadap tajuk Gerhana dengan menggunakan `Gerhana Smart Kit.‟Diharapkan dengan

pendekatan yang diperkenalkan, murid-murid tersebut dapat menguasai tajuk tersebut. Seterusnya

diharapkan mereka akan dapat mencapai pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR

nanti

~ 5 ~

Page 6: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Objektif Khusus

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :-

1. Mengenalpasti faktor-faktor murid tidak dapat menguasai tajuk Gerhana.

2. Mengenalpasti penggunaan `Gerhana Smart Kit’dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid dalam matapelajaran Sains.

3. Mengenalpasti minat murid meningkat dalam mempelajari Sains dengan penggunaan `Gerhana Smart Kit.’

3. KUMPULAN SASARAN

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah luar bandar iaitu Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan

Guru Kampus Dato‟,Kuala TerengganuRazali.SekolahIsmailinidipilihsebagai tempat latihan

praktikum kerana pengkaji merupakan salah seorang pendidik di sekolah ini. Dalam kajian ini,

seramai 6 orang murid tahun 6 Cerdik telah dijadikan responden. Sampel diambil hasil daripada

dapatan pemerhatian guru, dan pencapaian yang rendah responden dalam ujian TOV, OTI 1 dan ujian

pra.

3.1 Latarbelakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru angkat‟padakeInstitut Pendidikan Guru Kampus Dat

Teaching School yang mana merupakan tempat guru-guru pelatih menjalani latihan mengajar

berdasarkan kemahiran pedagogi dan ilmu yang didapati semasa di IPG. Rata-rata murid yang

bersekolah di sekolah ini adalah terdiri daripada murid yang ibubapanya bekerja berhampiran IPG

termasuklah kakitangan IPG sendiri dan terdapat sebilangan besar juga ibubapa murid berkerjaya

sendiri dan bekerja kampung.

~ 6 ~

Page 7: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.2 Latarbelakang Sampel

Kajian ini melibatkan seramai 6 orang murid tahun 6 telah dijadikan responden yang mana 3

daripadanya murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Kesemua beragama Islam, berturunan

Melayu serta merupakan warganegara Malaysia. Sampel diambil hasil daripada dapatan pemerhatian

guru, dan pencapaian yang rendah responden dalam ujian TOV, OTI 1 dan ujian pra. Berikut adalah

latarbelakang responden.

3.2.1 Responden 1

Responden 1 adalah seorang murid lelaki dan merupakan antara murid paling lemah dalam kelas

tersebut. Responden 1 merupakan anak kepada seorang kontraktor dan ibunya tidak bekerja dan hidup

sederhana. Responden merupakan Pengawas Sekolah. Tingkahlaku responden adalah ekstrovert dan

suka menonjol diri. Adakala sikapnya kurang disenangi oleh rakan sekelas dan suka menyakat orang

lain.

3.2.2 Responden 2

Responden 2 merupakan murid lelaki juga antara murid paling lemah dalam subjek Sains. Sikapnya

yang kurang memberi tumpuan dan kerap tertinggal buku semasa pdp merupakan faktor penyebab

responden ketinggalan dalam pelajaran. Responden 2 merupakan anak bongsu kepada salah seorang

pensyarah di IPG. Responden 2 tidak memegang apa-apa jawatan di sekolah.

3.2.3 Responden 3

Responden 3 ialah juga murid lelaki dan merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber. Responden 3

juga merupakan murid lemah dalam subjek Sains. Dengan berlatarbelakangkan keluarga sederhana

dan merupakan anak bongsu, responden kerap tidak hadir ke kelas tambahan yang selalu diadakan

pada hujung minggu dan kelas prep waktu petang. Ini juga faktor responden tidak dapat menguasai

hasil pembelajaran.

~ 7 ~

Page 8: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

3.2.4 Responden 4

Responden 4 adalah murid perempuan dan berlatarbelakang keluarga susah. Responden merupakan

anak ke empat dari 6 beradik. Responden tidak memegang apa-apa jawatan dalam kelas, mahupun

sekolah. Perwatakan responden adalah ceria dan suka menonjol. Responden juga kerap bertanya jika

kurang memahami pembelajaran pada masa itu. Mungkin disebabkan kerap cuai dan kurang berhati-

hati menjawab soalan menyebabkan responden antara murid paling rendah dalam ujian.

3.2.5 Responden 5

Responden 5 adalah murid perempuan dan berjawatan sebagai Pengawas Pusat Sumber. Perwatakan responden adalah sederhana dan kurang menonjol. Berlatarbelakangkan keluarga sederhana dan merupakan anak ke 3 daripada 5 beradik.

3.2.6 Responden 6

Responden 6 merupakan responden terakhir dan merupakan murid perempuan. Dengan

berlatarbelakangkan keluarga susah dan mempunyai saiz tubuh yang agak gempal antara penyebab

responden kurang aktif dan kurang menonjol dalam kelas. Responden juga merupakan Pengawas

Pusat Sumber. Tingkahlaku pemalu dan kurang bertanya antara penyebab responden ketinggalan

dalam pelajaran.

4.0 PERLAKSANAAN INOVASI P&P

Guru telah merancang satu pendekatan inovasi dengan menghasilkan alat bantu mengajar yang

dinamakan `Gerhana Smart. GerhanaKit’Smart Kit ini terdiri daripada gabungan beberapa alat bantu

mengajar yang dapat membantu guru memudahkan pengajaran dan dapat membantu murid

mendapatkan kefahaman serta minat terhadap tajuk Gerhana. Kit Pembelajaran merujuk kepada

sesuatu yang mengandungi alatan asas yang berkaitan dengan topik –topik yang diajar serta boleh

digunakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran proses Sains murid. Gerhana Smart Kit adalah

bahan bantu mengajar secara maujud, bervisual dan bersifat interaktif. Ia dapat memudahkan

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 8 ~

Page 9: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

guru menerangkan konsep Gerhana dan mencirikan Gerhana dengan betul. Di samping itu, ia dapat

menarik minat serta merangsang motivasi murid untuk memahami apa itu Gerhana. Terdapat dua

jenis Gerhana yang perlu murid fahami iaitu Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari. Kit ini boleh

disentuh dan dipegang oleh murid. Murid boleh menggunakan kit ini untuk kaedah simulasi atau

aktiviti demonstrasi pergerakan Bulan dan Bumi semasa Gerhana terjadi. Tambahan pula, dalam

Gerhana Smart Kit ini juga terdapat bahan interaktif yang menggunakan teknologi komputer. Setelah

murid membuat aktiviti yang main peranan atau demontrasi, murid boleh memperkukuhkan

kefahaman mereka dengan menonton video kejadian sebenar Gerhana atau membuat soalan Interaktif

dalam laman web yang disertakan dalam Gerhana Smart Kit tersebut.

Kandungan yang terdapat dalam Gerhana Smart Kit adalah :

1) Dua buah video penerangan lengkap kejadian Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari oleh Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah. –Video ini boleh membantu penerangan guru semasa pdp.

2)Model Bumi, Bulan dan Matahari yang boleh disentuh dan dipegang oleh murid. Model ini sangat sesuai untuk guru menjalankan pengajaran mengikut kaedah simulasi tentang pergerakan Bulan dan Bumi semasa kejadian Gerhana.

3) Permainan Dam –permainan ini dinamakan `Dam Dim Du perhatian dan minat murid. Permainan ini menggalakkan murid bersaing secara sihat dan dapat

menguji kefahaman mereka terhadap tajuk Gerhana setelah melalui pembelajaran melalui video dan

model tersebut. Beberapa soalan misteri disediakan di dalam sekeping sampul surat yang

menghendaki murid menjawab secara lisan dan bertulis .Sebahagian besar soalan misteri yang

disediakan adalah berbentuk pilihan jawapan.

4) Set Soalan Gerhana- set soalan ini terdiri daripada bahagian A (objektif) dan bahagian B. Soalan yang dibina merujuk kepada soalan yang biasa ditanya dalam peperiksaan. Set soalan ini dapat menguji kefahaman serta penguasaan murid dalam tajuk Gerhana ini. Skema jawapan disediakan.

Nurul Asyikin Bt Ya Salleh @ Salahuddin. No.Matriks : 831001055474001 ~ 9 ~

Page 10: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 1 :

Gerhana Smart Kit diperkenalkan oleh guru tentang isi kandungan dan cara penggunaannya. Ia boleh

dijalankan secara berasingan dalam masa lain-lain atau boleh dijalankan dalam satu sesi pengajaran

dalam tempoh satu jam (60 Minit). Berkaitan kajian yang dijalankan, guru telah melaksanakan

inovasi menggunakan Smart Gerhana Kit ini dalam tempoh 60 minit semasa pengajaran dalam

praktikum sesi kedua.

Guru memperkenalkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan melalui ` Gerhana Smart Kit

Langkah 2 :

Murid diberi penerangan oleh guru tentang kejadian Gerhana Bulan Dan Gerhana Matahari dengan

berbantukan video yang terdapat dalam Gerhana Smart Kit. Guru turut menyelang-seli penerangan

dengan aktiviti perbincangan dan soal jawab dengan responden agar murid memberi tumpuan

sepenuhnya dan dapat mencapai kefahaman terhadap penerangan tersebut.

~ 10 ~

Page 11: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Tayangan Video –murid diminta memerhati dan memberi perhatian sepanjang tayangan dibuat.

Guru memberi penerangan tentang proses kejadian Gerhana berbantukan tayangan video.

~ 11 ~

Page 12: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 3 :

Murid menggunakan model Matahari, Bumi dan Bulan untuk menunjukkan kedudukan mereka semasa Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan serta fasa-fasa gerhana. Murid menggunakan model

dengan berpandukan soalan oleh guru. Contohn

Bulan? ”, “Apakahgerhana ketikafasaini?”, “Pada waktu apakahGuruGerha membantu murid memahami kejadian gerhana melalui penggunaan model. Responden turut diminta menjawab secara individu supaya responden benar-benar dapat menjawab serta memahami tajuk

Gerhana. Responden turut diberi rangsangan dan peneguhan positif selesai menjawab soalan seperti puji-pujian, tepukan dan kata-kata motivasi supaya dapat menimbulkan minat dan keseronokan belajar.

Guru memberi penerangan tentang cara menggunakan model kejadian Gerhana.

~ 12 ~

Page 13: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 4 :

Murid diberi peluang bermain dengan sebuah permainan dam yang diberi nama Dam Dim Dum

Gerhana. Permainan ini dimainkan secara bergilir mengikut giliran responden. Dam ini disertai

soalan misteri yang mengandungi soalan berbentuk pilihan jawapan dan soalan struktur yang perlu

dijawab secara lisan atau bertulis bergantung kepada giliran responden yang terkena nombor yang

tertulis simbol di atas dam tersebut.

Permainan Dam Dim Dum Gerhana –Guru memberi penerangan tentang cara bermain sambil

belajar menggunakan permainan dam.

Page 14: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah 5 :

Responden diberi satu set soalan ujian pos pada akhir pdp ini. Setiap responden perlu menjawab

kesemua soalan bahagian A dan Bahagian B secara individu tanpa perlu berbincang dengan rakan. Ini

adalah penting untuk mengukur pencapaian responden dalam menguasai tajuk Gerhana ini. Masa

untuk menjawab diberi sebanyak 30 minit. Hasil dapatan ujian pos ini dijangkakan sangat

memuaskan dan mencapai objektif kajian.

Guru memberi penerangan tentang Set Soalan Gerhana yang perlu dijawab oleh murid di

akhir sesi menggunakan Gerhana Smart Kit.

Page 15: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

5.0 Laporan perlaksanaan konsep inovasi yang dijalankan.

Sebelum penggunaan Gerhana Smart Kit, pencapaian responden dalam ujian pra sangat

mengecewakan dan kesemua responden mendapat markah bawah 40% atau gred D (gagal). Sikap dan

tingkahlaku responden juga sebelum ini kurang aktif dan menunjukkan kurang berminat dengan pdp.

Secara keseluruhannya melalui penggunaan Gerhana Smart Kit ini berlaku perubahan yang sangat

positif di kalangan keenam-enam responden. Hal ini dapat diukur melalui pencapaian prestasi

responden dalam ujian pos dan perubahan tingkahlaku responden. Kesemua responden mendapat

markah lulus yang baik iaitu antara 60%-80%. Responden juga menunjukkan minat yang tinggi dan

bersaing secara positif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Hasil daripada analisis

dokumen kertas jawapan Ujian Pra dan Ujian Pos responden, saya mendapati Gerhana Smart Kit ini

berjaya dan sangat berkesan dalam membantu responden menguasai dan meningkatkan minat dalam

tajuk Gerhana ini.

Tayangan video beserta penerangan guru memberi gambaran sebenar kejadian Gerhana . Video dapat menarik minat murid di samping warna yang pelbagai serta sistem audio bunyi dan suara yang jelas dapat membantu kefahaman murid .

Page 16: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Responden kelihatan lebih berminat dan faham tajuk Gerhana apabila dapat menggunakan model melalui kaedah simulasi.

Murid dapat menjawab soalan misteri yang disediakan dengan betul dalam

permainan Dam Dim Dum Gerhana .

Page 17: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Murid menjawab soalan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

5.1 Ujian Pra dan Ujian Pos

Kajian ini menggunakan satu set ujian pra dan ujian pos. Kedua-dua set soalan ini adalah soalan sama yang terdiri daripada soalan bahagian A (Objektif) dan bahagian B (struktur). Set ujian pra diberi kepada responden sebelum penggunaan Gerhana Smart Kit ,manakala ujian pos selepas penggunaan

Gerhana Smart Kit. Soalan ujian yang diberi sesuai dengan aras kebolehan responden iaitu rendah dan sederhana sesuai dengan bentuk soalan sebenar peperiksaan. Berikut adalah jadual pencapaian responden dan perbezaan markah yang diperolehi selepas ujian pos diberikan kepada responden :

Page 18: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Jadual 2

Perbezaan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Responden.

Responden Ujian Pra Ujian Pos % Peningkatan

1 20 80 60

2 30 68 38

3 32 75 43

4 30 60 30

5 30 78 48

6 34 66 32

Jadual 2 menunjukkan perbezaan markah responden yang ketara semasa ujian pra dan ujian pos.

Peningkatan markah bagi responden 1 adalah 60%, responden 2 menunjukkan peningkatan sebanyak

38%,responden 3 meningkat sebanyak 43%, responden 4 berjaya meningkat sebanyak 30% peratus,

manakala responden 5 dan responden 6 menunjukkan peratusan pencapaian masing-masing sebanyak

48% dan 32%. Kesemua responden dapat lulus ujian pos dengan sangat baik.

5.2 Data Soal Selidik

Dalam kajian ini, soalan selidik digunakan ialah soal selidik tertutup (lampiran C) di mana hanya dua

pilihan jawapan sahaja digunakan sama ada “Ya”atau “Tidak”.Ini bersesuaian dengan tahap kognitif

responden yang terdiri daripada murid lemah. Item soal selidik dibina sebanyak 10 item yang

berdasarkan objektif kajian dan termasuklah berkaitan kefahaman responden terhadap isi kandungan

pdp dan minat responden. Hasil daripada soal selidik, didapati semua jawapan responden adalah

positif dan memberangsangkan. Kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan Gerhana Smart

Kit berjaya memberi kefahaman dan meningkatkan minat kepada mereka .Berikut adalah jadual

Analisis Data Soal Selidik daripada keenam-enam responden yang diterjemahkan kepada nilai

peratusan mengikut setiap item.

Page 19: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Jadual 3

Analisis Data Soal Selidik

BIL PENYATAAN ITEM

1 Pembelajaran Sains tanpa video dan penggunaan modelsangat membosankan. YA TIDAK

(100%) (0%)

2 Saya bosan dan tidak berminat belajar Sains jika tiadapermainan. YA TIDAK

(100%) (0%)3 Saya mudah memahami tajuk Gerhana dengan bantuan

Gerhana Smart Kit YA TIDAK(100%) (0%)

4 Saya lebih menyukai matapelajaran Sains selepas belajardengan Gerhana Smart Kit YA TIDAK

(100%) (0%)

5 Saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dalam tajukGerhana tanpa bantuan sesiapa YA TIDAK

(80%) (20%)

6 Saya suka aktiviti seperti Gerhana Smart Kit ini dijalankanpada tajuk-tajuk lain dalam matapelajaran Sains. YA TIDAK

(100%) (0%)

7 Penggunaan Gerhana Smart Kit dalam pengajaran danpembelajaran guru tidak sesuai. YA TIDAK

(0%) (100%)

8 Bahan-bahan yang disediakan dalam Gerhana Smart Kityang disediakan oleh guru sangat menarik. YA TIDAK

(100%) (0%)

9 Saya dapat bekerjasama dengan rakan-rakan melaluiGerhana Smart Kit. YA TIDAK

(80%) (20%)

10 Saya yakin dapat menjawab soalan peperiksaan denganbaik setelah belajar guna Gerhana Smart Kit YA TIDAK

(100%) (0%)

Page 20: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kesimpulan

PenggunaanGerhana„Smart Kit’ini didapati telah berjaya membantu responden mendapatkan

kefahaman terhadap tajuk Gerhana. Ia juga mampu meningkatkan minat dan motivasi belajar

responden sepanjang menjalani aktiviti pdp. Pencapaian prestasi responden turut positif dan

menunjukkan peratusan peningkatan yang sangat baik.

Penggunaan Gerhana Smart Kit ini turut memberi kesedaran dan motivasi yang sangat baik kepada

saya sebagai guru bahawa naluri seorang kanak-kanak perlu kepada kaedah dan alat bantu mengajar

yang pelbagai dan mempunyai nilai inovasi dalam pengajarannya. Sudah tentu ia menuntut kepada

persediaan, perancangan guru yang rapi dan sistematik sebelum menjalani sesuatu proses pengajaran

dan pembelajaran. Hakikatnya dengan penggunaan inovasi dalam pengajaran adalah sangat

memudahkan kerja penitisan ilmu oleh guru terhadap anak didik. Ia bukan sekadar bertindak

membantu guru dalam penyampaian ilmu, malah sangat memotivasikan murid dan dapat menumbuh

minat mereka secara mendalam terhadap pembelajaran Sains. Secara tidak langsung ini penggunaan

inovasi ini membantu murid memperbaiki prestasi belajar murid kepada lebih cemerlang, memupuk

semangat cintakan ilmu dan membentuk sikap positif dalam hidup mereka.

Page 21: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

LAMPIRAN

Page 22: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

LAMPIRAN 1

SULIT 018 SAINSUJIAN DIAGNOSTIK Mac 201430 MINIT

Nama :______________________________________________

Kelas :______________________________________________

_________________________________________________________________________________

UJIAN DIAGNOSTIK

SAINS TAHUN 6

(30 Minit)

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur.

2.Jawab semua soalan.

Page 23: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF ( 15 soalan)

Masa yang diperuntukkan adalah 20 minit.

Soalan Gerhana

Sains

Arahan : Jawab semua soalan. Setiap soalan mengandungi pilihan jawapan berlabel A, B, C and D. Pilih hanya SATU sahaja jawapan bagi setiap soalan.

1. Rajah menunjukkan bayang-bayang Bulan pada permukaan Bumi.

Pada kawasan manakah, gerhana Matahari separa berlaku?

A P

B Q

C R

D S

Page 24: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

2. Rajah menunjukkan radas yang digunakan pada suatu eksperimen gerhana.

Apakah yang diwakili oleh lampu suluh dan bola tenis?

Lampu suluh Bola tenis

A Bumi Bulan

B Bulan Bumi

C Matahari Bumi

D Matahari Bulan

3. Apakah gerhana Bulan?

I Berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan

II Disebabkan oleh pantulan cahaya matahari oleh Bulan

III Berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada di garis lurus

IV Berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Page 25: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

4. Rajah menunjukkan apa yang pemerhati dapat lihat semasa gerhana Matahari.

Apakah objek bulat hitam yang terdapat dalam rajah?

A Bumi

B Matahari

C Bulan

D Bayang-bayang Bumi

5. Mengapakah gerhana berlaku?

I Cahaya bergerak pada garis lurus

II Bumi berputar pada paksinya

III Bulan memantulan cahaya matahari

IV Bumi berputar mengelilingi Matahari dan Bulan berputar mengelilingi Bumi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Page 26: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

6. Antara yang berikut, apakah kesan gerhana Matahari penuh pada Bumi?

I Bintang tidak dapat dilihat

II Matahari tidak kelihatan di langit

III Cahaya siang menjadi gelap bagi beberapa seketika

IV Bulan penuh dapat dilihat

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

7. Antara yang berikut, manakah susunan yang betul semasa gerhana Matahari?

X - Matahari

Y - Bumi

Z- Bulan

A X, Y, Z

B Y, X, Z

C Z, Y, X

D Z, X, Y

Page 27: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

8. Apakah yang akan berlaku semasa gerhana bulan?

A Matahari tidak kelihatan bagi beberapa seketika

B Bayang-bayang Bulan akan menutupi permukaan Matahari

C Bulan akan kelihatan kemerahan, kelabu gelap dan perang

D Bumi menghalang cahaya bulan daripada sampai ke Matahari

9. Apakah fasa Bulan ketika gerhana Bulan boleh berlaku?

A Bulan Baru

B Bulan Penuh

C Bulan Sabit

D Bulan suku

10. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang situasi yang dilihat daripada kawasan P, Q dan R di Bumi.

I Bulan berada pada bayang-bayang Bumi

II Matahari dilihat daripada kawasan Q ialah berbentuk bulan sabit

III Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi

IV Persekitaran akan menjadi gelap buat sementara waktu pada waktu siang

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Page 28: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

11. Rajah menunjukkan susunan radas bagi menyiasat pembentukan gerhana. Lampu suluh dipasang dan bayang-bayang yang terbentuk diperhatikan.

Antara yang berikut, manakah susunan yang menunjukkan susunan yang terbentuk di kawasan X pada glob?

A

B

C

D

Page 29: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

12. Rajah menunjukkan Matahari, Bulan dan Bumi.

Apakah yang menyebabkan kawasan X mengalami gerhana?

A Cahaya dipantulan

B Cahaya dipesongkan

C Cahaya tidak bergerak melalui vakum

D Cahaya tidak dapat melalui objek legap

13. Rajah menunjukkan W, X, Y dan Z mewakili kedudukan Bulan pada suatu situasi.

Antara yang berikut, manakah persamaam kedudukan Bulan dengan bentuk gerhana bulan apabila diperhatikan?

Page 30: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Kedudukan Bentuk gerhanaBulan

I W Gerhana penuh

II X Gerhana penuh

III Y Gerhana penuh

IV Z Gerhana separa

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

14. Maklumat menerangkan tentang gerhana.

Bumi berputar mengelilingi Matahari. Pada masa yang sama Bulan berputar mengelilingi Bumi. Pada suatu kejadian, Bumi adalah di antara Matahari dan Bulan pada garis yang lurus.

Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang pembentukan gerhana berdasarkan pernyataan dia atas?

A Ia berlaku pada waktu siang

B Bulan merupakan bayang-bayang Bumi

Page 31: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

C Ia berlaku seketika pada jangka masa yang singkat

D Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi

15. Rajah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan pada suatu masa.

Apakah yang akan disebabkan oleh kedudukan tersebut?

A Matahari akan kelihatan sebagai cincin

B Bulan akan kelihatan sangat cerah pada waktu malam

C Bulan akan kelihatan kemerahan

D Bumi akan menjadi gelap seketika pada waktu siang

Sumber : I-Teach Interactive Teaching Courseware.

Page 32: T1A3

HBEF3603 Amalan Profesional (Laporan Praktikum)Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Jawapan

1. B 2. D 3. B 4. C 5. A 6. C 7. A 8. C 9. B 10. D 11. C 12. D 13. D 14. D 15. D