T1A4-Reflektif-Jurnal MAZRITA 2015 (1)

7
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBEF3603 AMALAN PROFESIONAL REFLEKTIF JURNAL NAMA : MAZRITA BINTI MOHD TAWIL NO. MATRIKULASI : 721228105264001 NO.KAD PENGENALAN : 721228-10-5264 SEMESTER : JANUARI 2015 PENSYARAH : DR. AB. LATIFF BIN MUDA EMEL : [email protected]

description

assignment

Transcript of T1A4-Reflektif-Jurnal MAZRITA 2015 (1)

Reflektif Jurnal Amalan Profesional Mazrita bt Mohd Tawil

Reflektif Jurnal Amalan Profesional Mazrita bt Mohd Tawil

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBEF3603AMALAN PROFESIONALREFLEKTIF JURNAL

NAMA: MAZRITA BINTI MOHD TAWILNO. MATRIKULASI: 721228105264001NO.KAD PENGENALAN : 721228-10-5264 SEMESTER : JANUARI 2015PENSYARAH: DR. AB. LATIFF BIN MUDAEMEL: [email protected] PEMBELAJARAN: SHAH ALAM Pada bulan Januari sehingga bulan Mac 2015 saya dikehendaki menyiapkan sebanyak 4 tugasan EPIC (HBEF3603) Amalan Profesional. Bulan Januari 2015, antara bulan yang paling sibuk kerana berada di awal tahun, banyak perkara perlu disediakan dan dikemaskini. Tambahan pula saya merupakan guru kelas tahun 2 Ikhlas dan juga dilantik menjadi penolong Ketua Panitia Pendidikan Islam. Saya mengajar subjek Pendidikan Islam tahun 2 dan Pendidikan Seni Visual tahun 2 yang baru bermula tahun ini. Oleh yang demikian, saya perlu membahagikan masa dengan sebaik-baiknya antara tugasan sekolah dan tugasan kuliah. Kekangan masa membuatkan saya sedikit sebanyak agak tertekan, namun saya tekadkan azam untuk menyelesaikan semua tugasan dengan baik. Saya juga telah menggunakan forum dalam EPIC OUM untuk mendapatkan nasihat, tunjuk ajar dan panduan melalui tutor EOS dan rakan-rakan sekuliah.Bagi sesi praktikum ini, saya memilih untuk menjalani praktikum selama 8 minggu di SK Telok Menegon Klang Selangor. Memandangkan saya adalah salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini. Saya memilih kemahiran mengenal dan membaca suku kata terbuka dan tertutup tahun 2 memandang saya mengajar Pendidikan Islam tahun 2. Saya mengajar kelas yang kedua di mana ia bijak dalam akademik tetapi ada sepuluh pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca jawi. Sepuluh murid ini bermasalah dalam pembelajaran dan tingkah laku. Sepatutnya di kelas kedua mereka sudah menguasai dan mengenal huruf dengan betul dan dapat perkataan membaca perkataan yang mudah. Bagi tugasan pertama, saya perlu mengisi Borang Pemantauan Praktikum yang mengandungi tarikh, masa, tahun dan kelas murid yang diajar tajuk pelajaran . Di samping itu saya perlu mencadangkan nama Guru Pembimbing sepanjang tempoh praktikum dan saya telah meminta Puan Ku Zailani bin Ku Muda sebagai pembimbing saya sepanjang sesi praktikum ini. Beliau merupakan seorang guru j-Qaf yang berpengalaman. Lalu saya segera mengisi borang maklumat praktikum di dalam portal EPIC OUM. Puan Ku Zailani telah banyak membantu saya berkongsi idea, pendapat, teknik pengajaran dan berkongsi pengalaman mengajar kerana murid tersebut pernah diajar oleh beliau sebelum ini. Sebelum dicerap saya terlebih dahulu membuat ujian pra bacaan ke atas pelajar-pelajar 2 Amanah dan didapati sepuluh pelajar tergolong dalam pemulihan jawi. Beliau telah membuat pencerapan kali pertama di mana pengajaran kali pertama ini saya menggunakan alat bantu mengajar LCD dan hanya bergantung kepada membaca, pengalaman sedia ada murid dan guru. Saya membawa mereka ke makmal komputer. Kebanyakan pelajar melajar di Makmal kerana ia berhawa dingin. Namun Mereka kurang memberi tumpuan kepada pembelajaran sehingga saya terpaksa menegur mereka kerana tiada tumpuan.Alhamdulillah saya telah dapat merancang satu kit pembelajaran yang diharap dapat membantu mengatasi murid tidak mahir membaca dan berminat untuk membaca jawi iaitu Ting-Ting Minda . Sesi kedua praktikum saya telah membawa sekali lagi ke bilik j-Qaf, 10 responden tersebut untuk menjalani aktiviti di dalam Ting-Ting Minda. Kesemua responden dapat memberi kerjasama yang sangat baik,dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti secara aktif, menunjukkan minat yang sangat mendalam serta telah berjaya mendapat keputusan yang sangat baik selepas menjalani rawatan klinikal dan ujian pos di akhir pdp. Pemantauan kedua telah dibuat oleh guru pembimbing dan beliau sangat berpuas hati dengan perubahan yang positif di kalangan responden. Saya berasa sangat bersyukur saya telah mendapat markah penuh sepanjang sesi pemantauan dengan beliau. Borang Laporan Pemantauan telah diisi oleh guru pembimbing dan disahkan oleh guru besar iaitu Puan Abidah Yahya. Semasa meminta untuk disahkan beliau membaca teknik yang dipilih dan bertanya tentang maklumbalas respondan Saya tidak mempunyai masalah untuk menghantar secara online Borang Laporan Pemantauan tersebut. Semasa menjalani sesi peraktikum pertama dan kedua tersebut saya telah meminta jasa baik sahabat saya untuk merakam perjalanan pengajaran saya menggunakan Ting-Ting Minda. Alhamdulillah saya tidak mengalami masalah ketika membuat rakaman kerana telah belajar dari kesilapan rakan-rakan satu pengajian kerana ramai di antara mereka membuat rakaman terlalu lama sehingga ada yang merakam selama 40 minit. Ini membuatkan file video terlalu besar untuk dimuat naik ke dalam portal EPIC dan ada yang terpaksa membuat rakaman semula. Saya ada membuat soal jawab, perbincangan dan berkongsi pengalaman dengan rakan melalui telefon, dan kumpulan guru satu pengajian melalui facebook. Saya telah mencuba sendiri menukarkan video rakaman saya dari MP4 kepada FLV iaitu dapat mengecilkan file supaya mudah dimuat naik. Apa yang membuat saya berasa agak terkilan diawalnya saya tidak berjaya untuk dimuat naik tetapi setelah dibantu oleh suami dengan memendekkan masanya Alhamdulillah berjaya. Ting-Ting Minda akhirnya. Saya hanya dapat memuat naik satu video sahaja kerana setiap video yang dimuat naik tidak boleh melebihi 21MB. Di samping itu juga, saya juga ada membantu rakan-rakan yang mengalami masalah mengecilkan file rakaman video dan akhirnya saya berjaya menyelesaikan masalah rakan-rakan. Saya bersyukur melalui masalah ini, sebenarnya mengajar saya erti kesabaran, persahabatan, sentiasa berusaha, sentiasa terbuka hati untuk membantu insan dalam kesusahan. Ini adalah kerana saya percaya, bahawa jika kita selalu menolong orang dalam kesusahan, nescaya Tuhan akan sentiasa memudahkan segala kerja dan urusan kita, Insha AllahSelesai tugasan kedua, saya mula membuat tugasan ketiga iaitu Laporan Inovasi. Pada mulanya saya mengalami masalah untuk memahami kehendak tugasan namun akhirnya berkat perbincangan, pendapat, sumbangan idea dan pengalaman rakan-rakan satu kuliah. Alhamdulillah saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Saya juga berpeluang untuk membuat rujukan contoh-contoh laporan inovasi dan tesistesis daripada pelajar-pelajar IPG dan juga panduan mengikut format yang ditetapkan oleh OUM sendiri. Secara tidak langsung saya telah belajar dan memahami apa itu kajian tindakan dan keperluannya untuk mengatasi sesuatu masalah atau isu secara sistematik. Saya juga berasa sangat bertuah dan bersyukur kerana suami saya sendiri iaitu Encik Kamal bin Samat telah banyak membantu menyediakan bahan rujukan, berkongsi pengalaman dan buah fikiran untuk saya jadikan panduan. Dari sini, saya telah memahami bahawa tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tapi bertanggungjawab membuat kajian dan penambahbaikan dalam pdp seharian. Pengajaran yang berinovasi bukan sahaja dapat mengubah pembelajaran menjadi lebih bermakna, malah mampu mengubah tingkah laku murid ke arah lebih positif dan berjaya dalam peperiksaan. Ia juga secara tidak langsung dapat membantu melancarkan tugas guru dan memberi motivasi kepada guru untuk selalu merancang dan berusaha membuat persediaan mengajar yang terbaik untuk anak didik.Tugasan terakhir pula adalah membuat reflektif jurnal. Tugasan ini menghendaki saya membuat refleksi semula tentang emosi dan perasaan yang wujud sepanjang membuat tugasan pertama hingga keempat. Begitu juga dengan tugasan yang lain, dengan perbincangan dan sumbangan idea rakan-rakan banyak menolong saya mendapatkan panduan dan pencerahan untuk membuat sesuatu tugasan dengan lebih baik. Saya akui terdapat pelbagai emosi dan prasaan negatif yang timbul sejak awal tugasan hinggalah ke akhir tugasan dek kerana kekangan masa dan kelemahan diri. Perasaan sedih, kecewa, tertekan, gembira, bersyukur dan berbangga bercampur gaul. Di akhir tugasan ini, saya sebenarnya berasa teramat bersyukur kerana pihak OUM telah banyak membantu para pelajar memberi ruang waktu dan senggang untuk setiap tugasan dan berusaha membantu kami memberi panduan dan bimbingan untuk memahami kehendaki soalan. Ucapan terima kasih juga tidak dilupa kepada tutor EOS saya, rakan-rakan sepejuangan dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan walau beliau sentisa berada dalam keterbatasan waktu. Banyak perkara yang positif saya telah belajar antaranya pengurusan masa, berusaha mendapatkan perbincangan dan muzakarah bersama rakan-rakan dan pensyarah dan belajar sesuatu perkara yang baru seperti ilmu teknologi maklumat berkomputer dan internet. Saya amat berharap saya dapat menjadikan segala pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini sebagai antara GURU terbaik untuk menjadikan saya sebagai seorang Pendidik yang berdedikasi, berwawasan, berinovasi dan berusaha untuk mencapai matlamat anak didik baik dari segi kerohanian, akhlak dan akalnya dalam realiti kehidupan.

~~