t2-Konsep Asas Etika Dan Jenis Nilai Moral

8
TOPIK 2 KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL 2.1 PEMAHAMAN KONSEP MORAL Menurut R.B. Ashmore, Etika atau ethics berasal daripada kata Yunani, iaitu ethos. Maksudnya ialah adat atau kegunaan. Moral berasal daripada kata Latin, iaitu mores. Maksudnya sama dengan etika (1987). V. Grassian (1981) mendefinisikan etika sebagai kajian falsafah tentang moral, yakni tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial, dan ciri-ciri kehidupan yang baik. W.K. Frankena (1973) berpendapat bahawa etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral. Kamus Dewan (2006) mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga. Harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf, dan sifat ketinggian. Contohnya ialah agama, pemikiran, kemasyarakatan dan sebagainya. Eow (2001) menyatakan bahawa istilah nilai moral dan nilai etika biasanya digunakan bersama dengan erti baik atau betul dan 1

description

moral

Transcript of t2-Konsep Asas Etika Dan Jenis Nilai Moral

TOPIK 2KONSEP ASAS ETIKA DAN JENIS NILAI MORAL2.1 PEMAHAMAN KONSEP MORALMenurut R.B. Ashmore, Etika atau ethics berasal daripada kata Yunani, iaitu ethos. Maksudnya ialah adat atau kegunaan. Moral berasal daripada kata Latin, iaitu mores. Maksudnya sama dengan etika (1987).

V. Grassian (1981) mendefinisikan etika sebagai kajian falsafah tentang moral, yakni tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial, dan ciri-ciri kehidupan yang baik.

W.K. Frankena (1973) berpendapat bahawa etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral.

Kamus Dewan (2006) mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga. Harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf, dan sifat ketinggian. Contohnya ialah agama, pemikiran, kemasyarakatan dan sebagainya.

Eow (2001) menyatakan bahawa istilah nilai moral dan nilai etika biasanya digunakan bersama dengan erti baik atau betul dan bertentangan dengan ketiadaan moral (immoral) atau ketiadaan etika (unethical).

Namun demikian, kita juga sentiasa menyebut masalah moral, pertimbangan moral, kod moral, perbahasan moral, pengalaman moral, kesedaran moral, pandangan moral, dan sebagainya. Di samping itu, etika juga digunakan sama dengan cara itu. Hal ini menyebabkan moral dan etika tidak lagi bermaksud baik atau betul, tetapi berhubung kait dengan moral dan etika yang bertentangan dengan non-moral atau non-ethical. Sehubungan itu, selari dengan immoral dan unethical.

Eow menambah bahawa istilah morality ada kalanya digunakan sebagai bertentangan dengan immorality. Kita bukan sahaja mengatakan perkara utama kemoralan ialah kasih sayang malahan juga merujuk istilah itu mempunyai kaitan tetapi berbeza daripada seni, sains, perundangan, adat resam, dan lain-lain. Hal ini mendorong kita bertanya, Apa itu kemoralan? atau Bagaimana moral berkait dengan agama?

Oleh sebab itu, kemoralan merupakan alat bagi sesuatu masyarakat untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Alat tersebut perlu diguna pakai oleh mereka yang dimaksudkan. Kemoralan bukan sahaja satu institusi kehidupan sosial malahan juga sesuatu yang membantu membimbing kendiri atau penentuan kendiri secara rasional dalam kalangan masyarakat.

2.2 PERNYATAAN NORMATIF

Pernyataan Normatif adalah dalam bentuk pertimbangan nilai (value judgement). Mengikut Frankena, W.K (1973), pertimbangan moral itu boleh dibahagikan kepada pertimbangan khas dan pertimbangan am. Dalam sesetengah pertimbangan moral kita boleh mengatakan sesuatu tindakan atau jenis tindakan adalah secara moral baik atau buruk, betul atau salah, wajib atau tidak wajib, perlu atau tidak perlu dilakukan. Sebagai contoh : Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral.

Secara umum, normatif merujuk kepada standard atau model yang ideal. Dalam keadaan di Malaysia, normatif merujuk kepada standard berdasarkan masyarakat yang pluralistik.

Grassian,V.(1981) mengatakan bahawa percubaan untuk memberikan jawapan yang koheren atau logik, sistematik, dan wajar kepada persoalan-persoalan moral dipanggil etika normatif. Ini bererti etika moral tertumpu kepada kenyataan normatif yang mempunyai implikasi kepada perlakuan manusia. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa penyataan normatif adalah satu pertimbangan nilai baik atau buruk, salah atau betul, diterima atau ditolak. Sebagai contoh, Pengguguran ialah perbuatan yang tidak bermoral ialah pernyataan normatif.

Contoh Pernyataan Normatif

Saya tidak suka mencaci orang Anda perlu menjadi seorang guru yang berdedikasi Bapa saya penghulu kampung yang baik hati Dia sentiasa bertanggungjawab terhadap tugasnya

2.3 PERNYATAAN DESKRIPTIF

Pernyataan bukan normatif disebut pernyataan deskriptif dan tidak berkaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Pernyataan Deskriptif adalah pernyataan yang disampaikan berbentuk fakta dan tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai. Contohnya, Di Malaysia, rombakan cabinet adalah di bawah kuasa Perdana Menteri, ialah satu pernyataan deskriptif yang neutral dalam nilai, dan ia hanya menjelaskan satu fakta yang logik mengikut keadaan di Malaysia tanpa apa-apa pertimbangan nilai. Pernyataan deskriptif ini berbentuk fakta yang tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai atau kewajipan. Oleh itu, bukanlah pernyataan normatif. Pernyataan deskriptif menerangkan sesuatu benda, watak atau keadaan.Contoh: Peperiksaan semester kedua akan bermula minggu depan Ali pergi ke pasar dengan menaiki motorsikal Marry bersiar-siar di tepi pantai Pilihan raya diadakan setiap lima tahun di Malaysia

PERBEZAAN ANTARA PERNYATAAN NORMATIF DENGAN PERNYATAAN DESKRIPTIF

PerkataanPernyataan

NormatifDeskriptif

PeperiksaanAh Lan belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semester akhirnyaPeperiksaan SPM akan bermula pada bulan November

MakanMakan tanpa gelojoh adalah amalan yang baikAli suka makan mee goreng Pak Kasim

KedaiMuthu membersihan kedainya setiap hariKedai jahit Mak Minah warna biru

2.4 JENIS-JENIS NILAI MORALa) Nilai InstrumentalKualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Bergantung pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Contoh : Seseorang itu perlu rajin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.b) Nilai IntrinsikKualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana ia baik atau buruk tanpa mengambil kira kesannya. Tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai tersebut sendiri sebagai matlamat akhir. Contoh : Amalan menjaga kebersihan harus di amalkan walau di mana jua kita berada.c) Nilai SubjektifKualiti yang diterima atau ditolak oleh seseorang yang memberikan pandangan. Diterima atau ditolak mengikut pandangan seseorang individu. Contoh: Muneswary berpendapat bahawa terdapat maklumat dalam blog yang tidak memberikan faedah kepada masyarakat.d) Nilai ObjektifKualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi. Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang. Contoh : Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman.e) Nilai RelatifNilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat. Ia adalah arbitrary (tidak tertentu), tidak sempurna dan berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan. Boleh berubah mengikut masa. Contoh : Amalan euthanasia tidak dibenarkan di Malaysia tetapi di terima di beberapa kawasan di Amerika Syarikat.f) Nilai Absolute MutlakNilai yang keberhargaannya tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Diterima umum dan telah diuji atau terbukti sebagai baik atau buruk. Kekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua situasi norma masyarakat. Contoh : Semua agama mengatakan bahawa ibubapa perlu dihormati.

2.5 RINGKASAN Etika atau ethics berasal daripada kata Yunani, iaitu ethos. Maksudnya ialah adat atau kegunaan manakala moral berasal daripada kata Latin, iaitu mores. Pernyataan normatif adalah pernyataan yang mempunyai nilai moral Pernyataan deskriptif adalah pernyataan yang disampaikan berbentuk fakta dan tidak melibatkan sebarang pertimbangan nilai moral. Jenis-jenis nilai moral Nilai Instrumental harapan mendapat sesuatu balasan Nilai Intrinsik kualiti yang diterima tanpa mengambil kira kesannya Nilai Subjektif pandangan seorang individu Nilai Objektif diterima oleh semua atau kebanyakan masyarakat Nilai Relatif berbeza-beza antara masyarakat Nilai Absolute Mutlak nilai yang diterima umum

2.6 LATIHAN1. Australia menyokong pencerobohan Iraq oleh Amerika dan Britain tetapi Perancis, Cina dan Rusia membantah.Nilai dalam ayat di atas adalah _________A. IntrinsikB. SubjektifC. MutlakD. Relatif

2. Soalan I hingga IV menghendaki anda memadankan kenyataan di bawah dengan nilai moral yang dipelajari.I. Nilai diingini atau tidak diingini sebagai alat peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat yang muktamad. Nilai ini boleh berubah mengikut masa.II. Nilai yang kebaikannya tidak bergantung kepada situasi atau peraturan khusus sesebuah masyarakat.III. Kualiti sama ada diingini atau tidak sebagai sesuatu yang muktamad.IV. Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi.2.7 RUJUKANVishalache, B. (2009). Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej. Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd.Abdul Rahman M. A. (2006). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Universiti Putra Malaysia.1