Tabula Rasa

1
1 1.0 PENGENALAN Menurut Wikipedia, tabula rasa berasal dari Bahasa Latin yang membawa maksud kain putih atau kain kosong. Tabula rasa dilahirkan dari teori epistemologi. Dalam teori tabula rasa, individu dilahirkan dengan tanpa kandungan mental yang terbina. Teori ini bermaksud seseorang kanak-kanak yang dilahirkan seumpama sehelai kain putih dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan. Segala pengetahuan yang mereka miliki berasal daripada pengalaman dan persepsi yang mereka mengalami. Jika diterangkan dengan secara mudah, kanak-kanak yang asalnya tidak mempunyai pengetahuan menjadi seorang individu yang berpengetahuan melalui pengalaman yang dialami olehnya daripada perkara yang berlaku pada kehidupan mereka. Menurut falsafah barat, konsep tabula rasa muncul seawal dalam tulisan Aristotle . Aristotle telah menulis mengenai tabula rasa dalam buku psikologi pertama dalam sejarah Barat. Walaubagaimanapun, teorinya yang menyntuh tentang minda kanak-kanak sebagai kain putih tidak dipentingkan dan telah diabaikan selama lebih daripada 1000 tahun. Namun begitu, teori tabula rasa telah dibangunkan dan dikenali oleh ahli falsafah Parsi yang bernama Ibn Sina. Beliau memberi hujah bahawa akal manusia seumpama kain kosong ketika lahir seperti konsep troei tabula rasa. Beliau juga mengatakan bahawa pengetahuan diperoleh daripada pengalaman sendiri. Pada abad ke-17, John Locke telah membincangkan konsep tabula rasa dalam buku An Essay Concerning Human Understanding. Menurut John Locke, tabula rasa merupakan satu teori yang mengatakan bahawa fikiran manusia semasa lahir adalah kain putih tanpa mengalami sebarang proses penambahan data. Manakala, proses membentuk data dijalankan semata-matanya melalui pengalaman yang mereka mengalami. Dalam teori John Locke, minda individu adalah kosong semasa dilahirkan dan beliau juga mengatakan bahawa seseorang individu mempunyai kebebasan untuk menentukan perwatakannya sendiri. Tabula rasa merupakan satu teori yang mengatakan bahawa seorang individu yang dilahirkan merupakan sehelai kain putih yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan. Segala pengetahuan yang diperolehi semata-matanya didatangkan dari pengalaman yang dialami pada kehidupan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa seseorang baik atau tidak diputuskan oleh individu itu sendiri dan pengalaman serta pengetahuan yang dia alami.

description

ilmu pendidikan

Transcript of Tabula Rasa

Page 1: Tabula Rasa

1

1.0 PENGENALAN

Menurut Wikipedia, tabula rasa berasal dari Bahasa Latin yang membawa

maksud kain putih atau kain kosong. Tabula rasa dilahirkan dari teori

epistemologi. Dalam teori tabula rasa, individu dilahirkan dengan tanpa

kandungan mental yang terbina. Teori ini bermaksud seseorang kanak-kanak

yang dilahirkan seumpama sehelai kain putih dan tidak mempunyai sebarang

pengetahuan. Segala pengetahuan yang mereka miliki berasal daripada

pengalaman dan persepsi yang mereka mengalami. Jika diterangkan dengan

secara mudah, kanak-kanak yang asalnya tidak mempunyai pengetahuan

menjadi seorang individu yang berpengetahuan melalui pengalaman yang

dialami olehnya daripada perkara yang berlaku pada kehidupan mereka.

Menurut falsafah barat, konsep tabula rasa muncul seawal dalam tulisan

Aristotle . Aristotle telah menulis mengenai tabula rasa dalam buku psikologi

pertama dalam sejarah Barat. Walaubagaimanapun, teorinya yang menyntuh

tentang minda kanak-kanak sebagai kain putih tidak dipentingkan dan telah

diabaikan selama lebih daripada 1000 tahun. Namun begitu, teori tabula rasa

telah dibangunkan dan dikenali oleh ahli falsafah Parsi yang bernama Ibn Sina.

Beliau memberi hujah bahawa akal manusia seumpama kain kosong ketika

lahir seperti konsep troei tabula rasa. Beliau juga mengatakan bahawa

pengetahuan diperoleh daripada pengalaman sendiri.

Pada abad ke-17, John Locke telah membincangkan konsep tabula rasa

dalam buku An Essay Concerning Human Understanding. Menurut John Locke,

tabula rasa merupakan satu teori yang mengatakan bahawa fikiran manusia

semasa lahir adalah kain putih tanpa mengalami sebarang proses penambahan

data. Manakala, proses membentuk data dijalankan semata-matanya melalui

pengalaman yang mereka mengalami. Dalam teori John Locke, minda individu

adalah kosong semasa dilahirkan dan beliau juga mengatakan bahawa

seseorang individu mempunyai kebebasan untuk menentukan perwatakannya

sendiri.

Tabula rasa merupakan satu teori yang mengatakan bahawa seorang

individu yang dilahirkan merupakan sehelai kain putih yang tidak mempunyai

sebarang pengetahuan. Segala pengetahuan yang diperolehi semata-matanya

didatangkan dari pengalaman yang dialami pada kehidupan. Oleh itu, boleh

dikatakan bahawa seseorang baik atau tidak diputuskan oleh individu itu sendiri

dan pengalaman serta pengetahuan yang dia alami.