TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG...

15
Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49 35 TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG DOMESTIK MENGIKUT LOKASI DI PULAU LANGKAWI Norizawati Mohd Ayob * Tarmiji Masron & Azizul Ahmad Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Abstrak: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi atau Geographic Information System (GIS) merupakan satu revolusi di dalam proses pemetaan dan analisis ruangan. Perisian berasas GIS mampu untuk mengumpul, menyimpan, mendapatkan semula, menganalisis dan memaparkan data ruangan dengan baik. Penggunaan GIS di dalam kajian pelancongan membolehkan integrasi maklumat pelancongan, pemaparan senario kompleks, pemaparan idea yang lebih baik serta penyelesaian berkesan dapat dinyatakan dengan mudah. Menggunakan SPSS (Jadual Silang) dan ArcMap, taburan tarikan destinasi pelancongan domestik mengikut ciri-ciri sosio- demografi akan dikenal pasti. Empat ciri sosio-demografi iaitu (1) umur; (2) gender; (3) pekerjaan dan (4) status perkahwinan bagi 429 orang responden yang terdiri daripada pelancong domestik di Pulau Langkawi digunakan. Terdapat 35 buah tarikan yang telah tersenarai sebagai salah satu lokasi yang dilawati oleh para pelancong selama berada di pulau berkenaan. Daripada 35 tarikan hanya lapan tarikan yang paling banyak menerima kunjungan daripada pelancong domestik. Pemahaman mengenai corak pemilihan dan pergerakan pelancongan akan memberikan kelebihan kepada pihak bertanggungjawab dalam usaha menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan, kehendak dan penggunaan golongan pelancong berkenaan. Kata Kunci: GIS, sosio-demografi, pelancong domestik, taburan kunjungan Abstract. Geographic Information System (GIS) provides useful approach in mapping and conducting spatial analysis. GIS based software is capable of collecting, storing, retrieving, analyzing and displaying spatial data. The usage of GIS in tourism study allows the integration of tourism information, displaying complex scenarios and idea and thus, spatial problem could easily be addressed. The study used Cross-tabulation in SPPS and Point Density Analysisin ArcGIS 10 to identify the distribution of domestic tourists based on socio-demographic characteristics. Four socio-demographic characteristics namely (1) age, (2) gender, (3) employment and (4) marital status of 429 respondents, who were domestic tourists in Langkawi Island was used. There were 35 tourists attraction sites that were listed as one of the visited locations while they were in Langkawi. From the 35 locations, only 7 locations received the highest numbers of visitors. The understanding about the pattern of selected visits and movement of tourists would provide useful information to the authority in providing suitable facilities to those tourists. Keywords. GIS, socio-demography, domestic tourist, distribution of visits. PENGENALAN Industri pelancongan telah diangkat sebagai salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area [NKEA]), melalui Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programme (ETP) yang dilancarkan pada Oktober 2010. Dibawah program berkenaan, sektor pelancong telah dikenal pasti sebagai antara sektor ekonomi yang mampu merealisasikan matlamat negara untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dengan peningkatan pendapatan per kapita kepada AS$15,000 (RM48,000) setahun berbanding hanya AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 (PEMANDU, 2013). Pada tahun 2012 sahaja, industri ini telah menyumbangkan RM60.6 bilion kepada pendapatan negara dan jumlah berkenaan meningkat sebanyak RM2.3 bilion berbanding hanya RM58.3 bilion pada tahun 2011. Secara umumnya,industri pelancongan Malaysia merekodkan pertumbuhan positif bermula tahun 1990 hingga 2000 dengan pertambahan 19.5 peratus bagi jumlah kehadiran pelancongan dan 13.5 peratus bagi jumlah pendapatan yang dijananya. Keindahan pandang darat dan kepelbagaian budaya masyarakatnya sentiasa menyediakan prospek yang baik kepada semua destinasi pelancongan di negara ini. Antara destinasi pelancongan di Malaysia yang sentiasa berdaya saing dan terkenal pelbagai variasi pelancongannya ialah Pulau Langkawi. Industri pelancongan di pulau ini memperlihatkan perkembangan yang sangat positif dan ia dibuktikan dengan jumlah kehadiran pelancongan yang semakin meningkat iaitu daripada hanya 0.21 juta orang pada tahun 1987 kepada 3.06 juta orang pada tahun 2012. Ketibaan pelancong ke Pulau Langkawi hanya memperlihatkan dua fasa penurunan yang ketara yang mana fasa pertama berlaku pada 1996 hingga 1998 dan fasa kedua pula berlaku pada tahun 2005 hingga 2006. Penurunan ini dipengaruhi oleh * E-mail: [email protected]

Transcript of TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG...

Page 1: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

35

TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG DOMESTIK

MENGIKUT LOKASI DI PULAU LANGKAWI

Norizawati Mohd Ayob* Tarmiji Masron & Azizul Ahmad

Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

Abstrak: Aplikasi Sistem Maklumat Geografi atau Geographic Information System (GIS) merupakan satu

revolusi di dalam proses pemetaan dan analisis ruangan. Perisian berasas GIS mampu untuk mengumpul,

menyimpan, mendapatkan semula, menganalisis dan memaparkan data ruangan dengan baik. Penggunaan GIS

di dalam kajian pelancongan membolehkan integrasi maklumat pelancongan, pemaparan senario kompleks,

pemaparan idea yang lebih baik serta penyelesaian berkesan dapat dinyatakan dengan mudah. Menggunakan

SPSS (Jadual Silang) dan ArcMap, taburan tarikan destinasi pelancongan domestik mengikut ciri-ciri sosio-

demografi akan dikenal pasti. Empat ciri sosio-demografi iaitu (1) umur; (2) gender; (3) pekerjaan dan (4) status

perkahwinan bagi 429 orang responden yang terdiri daripada pelancong domestik di Pulau Langkawi digunakan.

Terdapat 35 buah tarikan yang telah tersenarai sebagai salah satu lokasi yang dilawati oleh para pelancong

selama berada di pulau berkenaan. Daripada 35 tarikan hanya lapan tarikan yang paling banyak menerima

kunjungan daripada pelancong domestik. Pemahaman mengenai corak pemilihan dan pergerakan pelancongan

akan memberikan kelebihan kepada pihak bertanggungjawab dalam usaha menyediakan kemudahan dan

perkhidmatan yang sesuai dengan keperluan, kehendak dan penggunaan golongan pelancong berkenaan.

Kata Kunci: GIS, sosio-demografi, pelancong domestik, taburan kunjungan

Abstract. Geographic Information System (GIS) provides useful approach in mapping and conducting spatial

analysis. GIS based software is capable of collecting, storing, retrieving, analyzing and displaying spatial data.

The usage of GIS in tourism study allows the integration of tourism information, displaying complex scenarios

and idea and thus, spatial problem could easily be addressed. The study used Cross-tabulation in SPPS and Point

Density Analysisin ArcGIS 10 to identify the distribution of domestic tourists based on socio-demographic

characteristics. Four socio-demographic characteristics namely (1) age, (2) gender, (3) employment and (4)

marital status of 429 respondents, who were domestic tourists in Langkawi Island was used. There were 35

tourists attraction sites that were listed as one of the visited locations while they were in Langkawi. From the 35

locations, only 7 locations received the highest numbers of visitors. The understanding about the pattern of

selected visits and movement of tourists would provide useful information to the authority in providing suitable

facilities to those tourists.

Keywords. GIS, socio-demography, domestic tourist, distribution of visits.

PENGENALAN

Industri pelancongan telah diangkat sebagai salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National

Key Economic Area [NKEA]), melalui Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation

Programme (ETP) yang dilancarkan pada Oktober 2010. Dibawah program berkenaan, sektor pelancong telah

dikenal pasti sebagai antara sektor ekonomi yang mampu merealisasikan matlamat negara untuk muncul sebagai

negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 dengan peningkatan pendapatan per kapita kepada AS$15,000

(RM48,000) setahun berbanding hanya AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 (PEMANDU, 2013). Pada

tahun 2012 sahaja, industri ini telah menyumbangkan RM60.6 bilion kepada pendapatan negara dan jumlah

berkenaan meningkat sebanyak RM2.3 bilion berbanding hanya RM58.3 bilion pada tahun 2011. Secara

umumnya,industri pelancongan Malaysia merekodkan pertumbuhan positif bermula tahun 1990 hingga 2000

dengan pertambahan 19.5 peratus bagi jumlah kehadiran pelancongan dan 13.5 peratus bagi jumlah pendapatan

yang dijananya. Keindahan pandang darat dan kepelbagaian budaya masyarakatnya sentiasa menyediakan

prospek yang baik kepada semua destinasi pelancongan di negara ini.

Antara destinasi pelancongan di Malaysia yang sentiasa berdaya saing dan terkenal pelbagai variasi

pelancongannya ialah Pulau Langkawi. Industri pelancongan di pulau ini memperlihatkan perkembangan yang

sangat positif dan ia dibuktikan dengan jumlah kehadiran pelancongan yang semakin meningkat iaitu daripada

hanya 0.21 juta orang pada tahun 1987 kepada 3.06 juta orang pada tahun 2012. Ketibaan pelancong ke Pulau

Langkawi hanya memperlihatkan dua fasa penurunan yang ketara yang mana fasa pertama berlaku pada 1996

hingga 1998 dan fasa kedua pula berlaku pada tahun 2005 hingga 2006. Penurunan ini dipengaruhi oleh

* E-mail: [email protected]

Page 2: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

36

ketidaktentuan pasaran dunia akibat krisis ekonomi dan bencana alam (tsunami) (Lean & Smyth, 2006; Nair,

2006)yang faktor-faktor ini merupakan antara fenomena global yang sukar ditangani terutama dalam dunia

tanpa sempadan. Namun begitu, ketibaan pelancong ke pulau berkenaan kembali menunjukkan perkembangan

positif pada tahun-tahun berikutnyadan ini membuktikan bahawa Malaysia telah mempunyai mekanisme yang

baik dalam mengekang ketidaktentuan pasaran yang dilihat menjadi isu utama dalam menggugat perkembangan

industri pelancongan negara(Rajah 1).

Rajah 1: Jumlah Ketibaan Pelancong di Langkawi 1987-2012

Status dan fungsi Pulau langkawi sebagai antara destinasi terkenal di Malaysia dilihat akan bertambah proaktif

dengan pelancaran Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015 yang dilancarkan pada 8 Disember 2011. Visi

utama blueprint ini adalah untuk meletak Pulau Langkawi sebagai antara 10 pulau dan destinasi eko-

pelancongan terbaik dunia. Bagi tujuan berkenaan, kerajaan telah meletak dana sebanyak RM42 juta di bawah

Bajet 2012 untuk membangunkan segala pembangunan yang telah digariskan di dalam blueprint berkenaan.

Perlaksanaan blueprint berkenaan dijangka akan menggalakkan percambahan pendapatan industri pelancongan

di kawasan berkenaan pada tahun 2015 dengan pulangan kira-kira RM3.8 bilion melalui ketibaan pelancong

seramai 3 juta orang dan keadaan ini dijangka mampu mewujudkan hampir 4,200 peluang pekerjaan baru

(Bernama, 2011). Bahkan pertumbuhan Langkawi diunjur lebih tinggi (14 peratus) berbanding kadar

pertumbuhan pelancongan nasional (12 peratus) seperti yang dianjurkan oleh NKEA Pelancongan 2010-2020

(EPU, 2011) (Rajah 2).

0.00

0.40

0.80

1.20

1.60

2.00

2.40

2.80

3.20

19

86

19

87

19

88

19

89

19

90

19

91

19

92

19

93

19

94

19

95

19

96

19

97

19

98

19

99

20

00

20

01

20

02

20

03

20

04

20

05

20

06

20

07

20

08

20

09

20

10

20

11

20

12

Ke

tib

aan

Pe

lan

con

g (J

uta

)

Tahun

Page 3: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

37

*Garis Asas menunjukkan perolehan pendapatan sekiranya blueprint tidak dilaksanakan; kenaikan

merujuk kepada pertambahan perolehan pendapatan apabila blueprint dilaksanakan

Rajah 2: Unjuran Pertumbuhan Pelancongan Langkawi dengan Perlaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi

Rententan perkembangan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bermula pada penghujung 1980-an apabila ia

diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai dan ia mengalami pertumbuhan yang pesat pada era 1990-an (LADA,

2013). Namun begitu, Pulau Langkawi masih ketinggalan berbanding pesaingnya daripada segi tempoh

penginapan, perbelanjaan dan faktor musim. Lantaran itu, strategi pemasaran yang bersifat proaktif sangat

diperlukan dalam usaha meningkatkan daya saing yang dimiliki oleh Pulau Langkawi seiring dengan visi

menjadikan ia sebagai 10 destinasi global bagi pelancongan pulau. Strategi pemasaran berkenaan juga

seharusnyamampu menonjolkan keunikan dan identiti Pulau Langkawi yang tersendiri kerana kegagalan untuk

menonjolkan kelainan akan menyebabkan sesebuah destinasi mudah untuk ditukar ganti dengan destinasi lain

yang menawarkan ciri-ciri yang sama (Pike, 2009)

Namun begitu, strategi pemasaran pelancongan yang sebenarnya harus bermula dengan golongan pelancongan

itu sendiri dan bukannya destinasi. Hal ini kerana, setiap pelancong mempunyai minat dan dan motivasi yang

berbeza di dalam lawatan mereka. Lantaran itu, mengguna ciri sosio-demografi bagi 429 orang pelancong

domestik, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti taburan lokasi tumpuan serta mengenal pasti sekiranya

terdapat perbezaan dalam pemilihan destinasi berasaskan kepada ciri sosio-demografi yang berbeza berkenaan.

Perisian SPSS dan GIS digunakan untuk tujuan berkenaan.

KAWASAN KAJIAN

Pulau Langkawi merupakan sebuah daerah yang terletak di dalam Negeri Kedah Darul Aman dan terbentuk

daripada 99 gugusan pulau dengan Langkawi sebagai pulau utamanya. Kebanyakan pulau tidak berpenghuni

kecuali Pulau Langkawi, Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba. Gugusan pulau ini terletak kira-kira 30

kilometer dari Kuala Kedah, 109 kilometer dari Pulau Pinang serta bersempadan dengan Thailand (Rajah 3).

Keluasan keseluruhan gugusan pulau ini adalah 47,848.36 hektar dengan pulau terbesarnya berkeluasan 32,000

hektar. Hampir 90 peratus daripada pulau berkenaan dilitupi oleh kawasan hutan simpan dan tanah pertanian

dengan 2/3 tanahnya bergunung-ganang (Pejabat Daerah Langkawi, 2013).

1.9 2.1 2.2 2.3 2.5 2.6

0.2

0.7 0.8

1.2

2010 2011 2012 2013 2014 2015Pe

nd

apat

an P

ela

nco

nga

n (

RM

Bili

on

)

Tahun

Garis Asas Kenaikan

14%

Page 4: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

38

Rajah 3: Lokasi Pulau Langkawi

Langkawi merupakan syurga pulau yang memiliki pantai yang bersih, gugusan pulau yang sunyi lagi terpencil

dan kawasan perlindungan alam semula jadi yang terkenal kerana hidupan liar yang eksotik, tumbuhan tropika

dan formasi batuan yang setua usia bumi. Pada tahun 2007, pulau ini telah diiktiraf sebagai kawasan taman laut

dan ia merupakan taman laut pertama UNESCO di rantau Asia Tenggara. Ia juga telah diiktiraf sebagai pulau

keempat terbaik di Asia oleh Conde ‘Nast Traveller (New Straits Times, 2012). Gabungan ciri-ciri fizikal dan

sejarah yang menarik memberikan kelebihan yang baik kepada pulau ini sebagai destinasi yang ideal untuk

dilawati oleh semua lapisan masyarakat.

DATA DAN METODOLOGI KAJIAN

Data utama kajian ini diperolehi daripada satu soal selidik yang dilakukan secara rawak di Pulau Langkawi pada

bulan November, 2011. Seramai 429 orang responden yang terdiri daripada pelancong domestik telah disoal

selidik. Borang soal selidik yang digunakan terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu (a) latar belakang

responden; (b) profil perjalanan dan (c) pergerakan pelancong. Untuk kajian ini, hanya bahagian latar belakang

responden (umur, gender, pekerjaan dan status perkahwinan) serta maklumat pergerakan pelancong sahaja yang

akan digunakan (Jadual 1).

Jadual 1: Pembahagian Kumpulan Mengikut Ciri Socio-Demografi

Gender Status Perkahwinan Umur Pekerjaan

Lelaki

Perempuan

Bujang

Berkahwin

Duda/Janda

20-29 Tahun

30-39 Tahun

40-49 Tahun

50-59 Tahun

60 Tahun dan ke atas

Kakitangan Kerajaan

Kakitangan Swasta

Sendiri

Lain-lain

Pulau Langkawi

Page 5: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

39

Titik koordinat semua lokasi yang pernah dan akan dilawati oleh pelancong domestik telah dikenal pasti terlebih

dahulu. Analisis Statistik Deskriptif (Penjadualan Silang) di dalam SPSS digunakan untuk melihat perkaitan

antara ciri sosio-demografi dengan lokasi destinasi yang dipilih. Data ruangan (titik koordinat) dan data bukan

ruangan (statistik daripada Analisis Jadual Silang) kemudiannya digunakan untuk membina pangkalan data di

dalam perisian ArcMAP. Peta taburan pelancong domestik mengikut ciri sosio-demografi dengan pilihan

destinasi mereka kemudiaannya dipetakan menggunakan perisian berkenaan. Perbincangan mengenai peta

taburan yang dihasilkan dilakukan dengan mengklasifikasikan jumlah kunjungan pelancong kepada lima kelas

iaitu tarikan dengan jumlah kunjungan tinggi, sederhana tinggi, sederhana, sederhana rendah dan rendah.

TINJAUAN LITERATUR

GIS telah lama diiktiraf sebagai satu alatan yang baik untuk mengurus, membuat keputusan, menganalisis dan

memaparkan sejumlah besar data yang pelbagai (Avdimiotis & Christou, 2004). Baharie dan Elliot-White

(1999) telah membahagikan kemampuan aplikasi GIS di dalam pelancongan kepada tujuh kategori (Jadual 2).

Jadual 2: Aplikasi GIS Dalam Pelancongan

Fusngsi dan Kemampuan GIS Persoalan Asas dalam GIS Aplikasi GIS dalam

Pelancongan

Memasukkan, menyimpan dan

memanipulasi data Lokasi Apa yang terdapat

di ...?

Inventori sumber

pelancongan

Penghasilan peta Syarat

Di manakah

terletaknya ...?

Mengenal pasti lokasi

terbaik untuk

pembangunan

Integrasi dan pengurusan

pangkalan data Pola Apakah yang

berubah ...?

Mengukur impak

pelancongan

Pencarian dan pertanyaan data Perjalanan

Manakah laluan

yang terbaik?

Pengurusan dan

pergerakan pelancong

Analisis Ruangan Corak

Apakah corak yang

terhasil?

Menganalisis hubungan

berkaitan dengan

penggunaan sumber

Permodelan Ruangan

Permodelan Jika sekiranya ...?

Mengukur potensi impak

akibat pembangunan

pelancongan Pembuatan Keputusan

(Sumber: Bahaire & Elliot-White, 1999)

Menurut Luberichs & Wachowiak ( 2010) pergerakan dan pola taburan pelancong bukan sesuatu yang rawak.

Oleh kerana itu, pengetahuan dan pemahaman mengenai pergerakan mereka akan membantu proses

perancangan dan pembangunan industri pelancongan di sesebuah destinasi pelancongan. Ia akan membantu

pihak yang bertanggungjawab mengenal pasti secara spesifik kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai dan

diperlukan oleh golongan pelancong di destinasi berkenaan. Kajian mengenai corak taburan pelancong boleh

digunakan sebagai asas dalam proses meramal corak tingkah laku pelancong pada masa hadapan (Mill &

Morrison, 1985).

Amnya, tingkah laku pelancong boleh didefinisikan sebagai cara bagaimana mereka berkelakuan dan bertindak

balas berdasarkan sikap masing-masing terhadap sesuatu produk pelancongan (March & Woodside, 2005;

George, 2004). Di dalam konsep tingkah laku pelancong, golongan pelancong dianggap sebagai subjek yang

mempamerkan tingkah laku yang tertentu sebelum, semasa dan selepas mereka melancong. Tingkah laku ini

merupakan kesan langsung daripada interaksi yang wujud antara pemboleh ubah personal dan persekitaran yang

tertentu. Menurut March dan Woodside (2005), keputusan spesifik yang dilakukan oleh seseorang pelancong

dipengaruhi oleh satu atau lebih tingkah laku yang intensif dalam keperluan mereka bertindak balas dalam

beberapa cara tertentu berdasarkan situasi yang wujud. Lantaran itu, semasa proses meramal tingkah laku

pelancong adalah lebih penting untuk memahami bagaimana ciri individual seseorang bertindak balas dengan

ciri-siri situasi yang wujud sebelum cuba untuk memahami faktor negatif dan positif yang mempengaruhi

pemilihan destinasi oleh golongan pelancong berkenaan (Laws, 1995; Holloway, 2004; March & Woodside,

2005).

Page 6: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

40

Ciri individual berkenaan merangkumi aspek sosio-demografi pelancong itu sendiri. Ciri-ciri sosio-demografi

pelancong didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi terhadap destinasi yang dilawati oleh

mereka (Goodrich, 1980; Woodside & Lysonski, 1989). Menurut Um & Crompton, (1990), persepsi pelancong

terhadap sesebuah destinasi dipengaruhi oleh input dalaman dan luaran. Input dalaman ini merujuk kepada

sosio-demografi, nilai dan motivasi pelancong manakala input luaran merujuk kepada pelbagai sumber

maklumat mengenai destinasi (media massa, media elektronik, pengalaman dan sebaran mulut ke mulut). Ciri-

ciri sosio-demografi juga sangat penting dalam proses pasaran segmen. Pasaran segmen merupakan satu strategi

pemasaran masa kini yang mana ia membahagikan golongan pengguna (pelancong) kepada kumpulan-kumpulan

yang lebih kecil berasaskan kepada persamaan kriteria yang tertentu dan antaranya ialah berasaskan ciri

demografi (umur, gender, status perkahwinan, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, agama, kelas sosial, generasi,

saiz keluarga, etnik, kewarganegaraan dan agama) (Hanlan, Fuller, & Wilde, 2006; Dolnicar, 2008).

Pasaran segmen berasaskan pemboleh ubah sosio-demografi adalah paling popular kerana corak keperluan,

kehendak dan penggunaan (pelancong) kebiasaannya menggambarkan profil demografi yang berbeza; ia juga

merupakan data yang paling mudah untuk diperolehi, di samping itu ciri demografi ini juga tetap perlu

digunakan dalam memprofil pasaran walaupun asas segmen lain digunakan (berasaskan geografi, tingkah laku

dan psikologi) (Thompson, 2000).

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada soal selidik rawak yang telah dilakukan pada November, 2011 di Pulau Langkawi didapati

55 peratus daripadanya ialah responden perempuan dan 45 peratus responden lagi adalah lelaki. Majoriti

responden yang disoal selidik telah berkahwin (58.7 peratus) dan diikuti dengan responden berstatus bujang

(39.4 peratus) manakala 1.9 peratus lagi berstatus duda/janda. Kebanyakan responden berusia di antara 20-29

tahun (49.2 peratus), diikuti oleh golongan umur 30-39 tahun (20.7 peratus), 40-49 tahun (17 peratus) dan 50-59

tahun (9.3 peratus). Manakala responden berusia 60 tahun dan keatas merupakan golongan responden terkecil

iaitu dengan hanya 3.7 peratus. Dari segi jenis pekerjaan pula, majoriti responden adalah kakitangan kerajaan

(32.9 peratus) dan melakukan lain-lain pekerjaan (30.3 peratus). Ia kemudiannya diikuti oleh responden yang

bekerja dalam sektor swasta (24.4 peratus) dan bekerja sendiri (12.6 peratus) (Jadual 3).

Jadual 3: Dapatan Soal Selidik Pelancong Domestik di Pulau Langkawi Mengikut Ciri Sosio-Demografi

Ciri Sosio Demografi Total %

Gender

Lelaki 193 45

Perempuan 236 55

Status Perkahwinan

Bujang 169 39.4

Berkahwin 252 58.7

Duda & Janda 8 1.9

Umur

20-29 Tahun 211 49.2

30-39 Tahun 89 20.7

40-49 Tahun 73 17

50-59 Tahun 40 9.3

60 Tahun dan Ke atas 16 3.7

Pekerjaan

Kakitangan Kerajaan 141 32.9

Kakitangan Swasta 104 24.2

Bekerja Sendiri 54 12.6

Lain-Lain 130 30.3

Page 7: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

41

Melalui peta taburan yang dihasilkan, daripada 35 tarikan yang dikunjungi oleh pelancong domestik sepanjang

tiga hari mereka berkunjung ke Pulau Langkawi, hanya lapan tarikan sahaja yang menjadikan tumpuan (Rajah

4). Bakinya 27 tarikan lagi tergolongan dalam julat taburan rendah. Lapan tarikan utama berkenaan adalah

Makam Mahsuri, Pekan Kuah, kereta kabel, Pantai Cenang, Underwater World, Padang Matsirat, Dataran

Helang dan Pulau Dayang Bunting.

Rajah 4: Taburan Tarikan Pelancongan di Langkawi

Berdasarkan ciri gender, golongan lelaki dan perempuan mempamerkan perbezaan dalam corak tumpuan

lawatan mereka (Jadual 4 dan Rajah 5). Bagi gender lelaki, hanya terdapat enam tarikan yang tergolong sebagai

taburan tinggi hingga taburan sederhana rendah, selebihnya iaitu 29 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan

rendah (0-44). Manakala bagi gender perempuan pula, terdapat tujuh destinasi (bertaburan tinggi hingga

sederhana rendah) sementara 28 tarikan lain tergolong dalam julat bertaburan rendah (0-44) iaitu tarikan yang

paling kurang dikunjungi oleh para pelancong domestik.

Jadual 4: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Gender Bagi Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Kumpulan

Gender

Taburan tinggi

(175-218)

Taburan sederhana

tinggi

(132-174)

Taburan sederhana

(88-131)

Taburan sederhana

rendah

(45-87)

Lelaki

-

Makam Mahsuri

Pekan Kuah

Kereta Kabel

Pantai Cenang Padang Matsirat

Underwater World

Perempuan Pekan Kuah

Makam Mahsuri

Kereta Kabel Pantai Cenang

Underwater World

Padang Matsirat

Dataran Helang

Page 8: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

42

Rajah 5: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Gender (a) Lelaki dan (b) Perempuan

Peta taburan berasaskan kepada status perkahwinan responden mempamerkan kelainan corak tumpuan yang

jelas bagi setiap kumpulan (Jadual 5 dan Rajah 6). Bagi respodnen yang telah berkahwain, terdapat tujuh tarikan

yang tergolong dalam julat taburan tinggi hingga julat taburan sederhana rendah. Manakala 28 tarikan lagi

tergolong dalam julat taburan rendah (0-25). Bagi responden yang masih bujang pula, terdapat enam tarikan

yang tergolong dalam julat taburan sederhana dan sederhana rendah. Selebihnya, iaitu 29 tarikan lagi tergolong

dalam julat taburan rendah (0-45). Sementara itu, bagi golongan duda dan janda, kesemua tarikan iaitu sebanyak

35 tergolong dalam julat taburan rendah (0-45).

Jadual 5: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Status Perkahwinan Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Status

Perkahwinan

Taburan tinggi

(183-227)

Taburan sederhana

tinggi (137-182)

Taburan sederhana

(92-136)

Taburan sederhana

rendah (46-91)

Berkahwin Pekan Kuah

Makam Mahsuri

Kereta Kabel Pantai Cenang

Padang Matsirat

Underwater World

Dataran Helang

Bujang

- -

Pekan Kuah

Makam Mahsuri

Kereta Kabel

Pantai Cenang

Padang Matsirat

Underwater World

Duda/Janda - - - -

Page 9: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

43

Rajah 6: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Status Perkahwinan (a) Berkahwin, (b) Bujang dan

(c) Duda dan Janda

Bagi peta taburan berasaskan kepada kumpulan umur, setiap kumpulan menunjukkan perbezaan yang sangat

ketara dalam corak tumpuannya (Jadual 6 dan Rajah 7). Bagi kumpulan umur pertama iaitu 20 hingga 29 tahun,

terdapat lapan tarikan yang menjadi tumpuan (tinggi hingga sederhana rendah) dan selebihnya iaitu 27 tarikan

lagi tergolong dalam julat taburan rendah (0-33). Bagi kumpulan umur 30 hingga 39 tahun dan 40 hingga 49

tahun pula, terdapat hanya empat tarikan yang menjadi tumpuan mereka. Tarikan-tarikan ini tergolong dalam

julat taburan sederhana dan sederhana rendah dan bakinya 31 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan rendah

Page 10: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

44

(0-33). Sementara itu, bagi kumpulan umur 50 hingga 59 tahun hanya satu tarikan yang menjadi tumpuan

namun kedua-duannya berada dalam julat taburan sederhana rendah (34-67) sahaja. Kumpulan umur terakhir

iaitu 60 tahun dan ke atas pula mempamerkan corak taburan yang tidak signifikan apabila semua tarikan bagi

kumpulan umur ini tergolong dalam julat taburan rendah (0-33).

Jadual 6: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Kumpulan Umur Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Kumpulan

Umur

Taburan tinggi

(135-167)

Taburan sederhana

tinggi (101-134)

Taburan sederhana

(68-100)

Taburan sederhana

rendah (34-67)

20-29 Tahun Pekan Kuah

Makam Mahsuri

Kereta Kabel

Pantai Cenang Underwater World

Padang Matsirat

Dataran Helang

Pulau Dayang

Bunting

30-39 Tahun -

Makam Mahsuri

Pekan Kuah

Kereta Kabel

Pantai Cenang -

40-49 Tahun

- - -

Pekan Kuah

Makam Mahsuri

Kereta Kabel

Pantai Cenang

50-59 Tahun - - - Pekan Kuah

60 Tahun

dan Ke atas - - - -

Page 11: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

45

Rajah 7: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Kumpulan Umur (a) 20-29 Tahun, (b) 30-39 Tahun, (c) 40-

49 Tahun, (d) 50-59 Tahun dan (e) 60 Tahun dan Ke Atas

Peta taburan mengikut jenis pekerjaan responden juga menunjukkan corak taburan tumpuan yberbeza bagi

setiap kumpulan pekerjaan (Jadual 7 dan Rajah 8). Bagi kumpulan responden yang bekerja sebagai kakitangan

kerajaan dan kumpulan lain-lain perkerjaan menunjukkan terdapat tuhuh tarikan yang menjadi tumpuan semasa

mereka melancong di Pulau Langkawi. Ketujuh-tujuh tarikan ini tergolong dalam julat taburan tinggi

sehinggalah ke julat taburan sederhana rendah. Selebihnya iaitu 28 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan

Page 12: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

46

rendah (0-26). Terdapat enam tarikan yang tergolong dalam julat taburan sederhana tinggi hingga sederhana

rendah bagi kumpulan responden yang bekerja sendiri dan bakinya iaitu sebanyak 29 tarikan tergolong dalam

julat taburan rendah. Sementar itu, empat tarikan sahaja yang tergolong dalam julat sederhana rendah bagi

kumpulan responden yang bekerja sendiri dan selebihnya iaitu 31 tarikan lagi tergolong dalam julat taburan

rendah.

Jadual 7: Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Jenis Pekerjaan Pelancong Domestik di Pulau Langkawi

Jenis

Pekerjaan

Taburan tinggi

(103-128)

Taburan sederhana

tinggi (78-102)

Taburan sederhana

(52-77)

Taburan sederhana

rendah (27-51)

Kakitangan

Kerajaan Pekan Kuah

Makam Mahsuri

Kereta Kabel

-

Pantai Cenang

Underwater World

Padang Matsirat

Dataran Helang

Kakitangan

Swasta -

Makam Mahsuri

Kereta Kabel

Pekan Kuah

Pantai Cenang Padang Matsirat

Underwater World

Bekerja

Sendiri - -

Makam Mahsuri

Pekan Kuah

Kereta Kabel

Pantai Cenang

-

Lain-Lain Pekan Kuah Makam Mahsuri

Pantai Cenang

Kereta Kabel

Padang Matsirat

Underwater World

Dataran Helang

Page 13: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

47

Rajah 8: Peta Taburan Jumlah Kunjungan Mengikut Jenis Pekerjaan (a) Kakitangan Kerajaan, (b) Kakitangan

Swasta, (c) Bekerja Sendiri dan (d) Lain-lain

Melalui peta taburan yang dihasilkan didapati Pekan Kuah dan Makam Mahsuri merupakan dua tarikan utama

yang paling tinggi dikunjungi. Ia kemudiannya diikuti oleh kereta kabel dan Pantai Cenang. Manakala Dataran

Helang, Padang Matsirat, Underwater World dan Tasik Dayang Bunting pula merupakan empat tarikan yang

terendah di antara kelapan-lapan tarikan yang menjadi tumpuan utama para pelancong domestik. Sekiranya

diperhalusi dengan lebih lanjut, kelapan-lapan tarikan berkenaan memperlihatkan jenis pelancongan yang

berbeza iaitu (a) pelancongan membeli-belah (Pekan Kuah, Padang Matsirat); (b) pelancongan budaya dan

sejarah (Makam Mahsuri, Padang Matsirat dan Tasik Dayang Bunting); (c) pelancongan pinggir pantai (Pantai

Cenang) dan pelancongan berasaskan buatan manusia (Kereta Kabel, Underwater World dan Dataran Helang).

Namun begitu, ada juga tarikan yang mampu menawarkan pelbagai jenis pelancongan dalam satu-satu masa

(Padang Matsirat, Kereta Kabel). Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa terdapat hubungan yang

dapat dilihat dari segi sosio-demografi dengan pemilihan tarikan yang telah dan akan dikunjungi oleh golongan

pelancong domestik

RUMUSAN

Pemetaan taburan pelancong merupakan antara inisiatif dalam memahami pergerakan pelancong di sesebuah

destinasi. Pemahaman mengenai pergerakan ini membantu pelbagai pihak yang bertanggungjawab untuk

mengenal pasti kemudahan atau perkhidmatan yang sesuai dan diperlukan oleh golongan pelancong. Ia

membolehkan setiap destinasi memfokuskan pasaran mereka kepada kumpulan sasar yang lebih kecil mengikut

kesesuaian keperluan, kehendak dan penggunaan kumpulan sasar berkenaan dengan kos yang efektif.

Page 14: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

48

Sebagai destinasi yang kaya dengan pelbagai jenis tarikan bermula dengan keindahan alam semula jadinya

hingga kemampuan ia menganjurkan acara bertaraf dunia serta pelbagai tarikan man-made yang sukar untuk

dicari di destinasi lain di Malaysia, Pulau Langkawi mempunyai aset yang baik untuk terus mempromosikan

dirinya sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia. Namun begitu, aktiviti pelancongan di Pulau Langkawi

dilihat hanya tertumpu kepada tarikan tertentu sahaja. Ia boleh dibuktikan melalui analisis yang dijalankan yang

mana hanya tujuh destinasi sahaja yang paling kerap dikunjungi berbanding 35 destinasi yang telah

disenaraikan. Pemilihan destinasi sudah pasti dipengaruhi oleh banyak faktor dan antaranya ialah strategi

pemasaran yang digunakan. Fokus pemasaran yang hanya tertumpu kepada sesetengah tarikan lambat laun akan

memberikan impak yang negatif kepada tarikan berkenaan terutamanya isu berkaitan penyusutan nilai alam

sekitar, kesesakan, dan pencemaran. Lantaran itu, mekanisme pemasaran yang lebih menyeluruh diperlukan

dalam usaha mempromosi dan memperkenalkan tarikan lain yang wujud di pulau berkenaan. Kemampuan untuk

memperkenalkan pelbagai destinasi baru yang bertaburan di seluruh pulau berkenaan secara langsung akan

membantu untuk mengimbangi taburan pembangunan yang berlaku di dalam Pulau Langkawi. Sekali gus

memberi impak yang signifikan kepada pendapatan penduduk di pulau berkenaan.

PENGHARGAAN

Kertas kerja ini sebahagian daripada Research University Grant for Cluster (RUC) 1001/PTS/8660014. Tourism

Decision Support System, Sustainable Tourism Research Cluster USM, Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Avdimiotis, S., & Christou, E. (2004). GIS applications in tourism planning:A tool for sustainable development

involving local communities. Journal of Environmental Protection & Ecology, 5 (2), 457-468.

Baharie, T., & Elliot-White, M. (1999). The Application of Geographical Information Systems (GIS) in

Sustainable Tourism Planning: A Review. Journal of Sustainable Tourism, 7 (2), 159-174.

Bernama. (2011, Disember 8). PM launches blueprint to boost Langkawi's popularity. New Straits Times .

Dolnicar, S. (2008). Market segmentation in tourism. Dalam A. Woodside, & D. Martin, Tourism Management:

Analysis, Behaviour and Strategy (hlm. 129-150). Cambridge: CAB International.

EPU (Unit Perancang Ekonomi). (8 Disember 2011). Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015. Diakses

pada1 Sepetember 2013. Diperolehi daripadaUnit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri:

http://www.epu.gov.my/blueprint-pelancongan-langkawi-2011-2015

George, R. (2004). Marketing South African Tourism and Hospitality. Oxford: Oxford University Press.

Goodrich, J. N. (1980). Bene"t segmentation of U.S. international travellers:An empirical study with American

Express. Dalam E. Donald, L. S. Elwood, & M. R. James, Tourism marketing and management issues

(pp. 133-147)). Washington: George Washington University.

Hanlan, J., Fuller, D., & Wilde, S. (2006). Segmenting tourism markets: A critical review. Dalam P. Tremblay,

& A. Boyle, Proceedings of To the city and beyond: Council for Australian University Tourism and

Hospitality Education (CAUTHE) Conference. Melbourne: Victoria University.

Holloway, J. (2004). Marketing for Tourism. New York: Prentice Hall.

LADA, L. P. (2013). Naturally Langkawi. Diakses pada 2 September 2013. Diperolehi daripada Warisan

Sejarah Langkawi, Permata Kedah: http://www.naturallylangkawi.my/MY/Langkawi_History

Laws, E. (1995). Tourist Destination Management: Issues, Analysis and Policies. London: Routledge.

Lean, H., & Smyth, R. (2006). Asian Financial Crisis, Avian Flu And Terrorist Threats: Are Shocks To

Malaysian Tourist Arrivals Permanent Or Transitory?. Diakses pada 1 September 2013, Diperolehi

daripada IDEAS: http://ideas.repec.org/p/mos/moswps/2006-11.html

Luberichs, J., & Wachowiak, H. (2010). GIS Supported Segmentation Study Of Visitors To Majorca Island.

Advanced In Hospitality And Leisure, 6, 135-166.

Page 15: TABURAN CIRI-CIRI SOSIO-DEMOGRAFI PELANCONG …malaysiangeographers.org/ijess/wp-content/uploads/2014/10/IJESS...Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and

Mohd Ayob et al., International Journal of Environment, Society and Space, 2014, 2(2) 35-49

49

March, R., & Woodside, A. (2005). Tourism Behavior: Travelers’ Decisions and Actions. Cambridge: CABI

Publishing.

Mill, R., & Morrison, A. (1985). The Tourism System: An Introductory Text. Englewood Cliffs: Prentice Hall.

Nair, V. (2006). The Impact of the Tsunami on Tourism in Malaysia: Adopting a Crisis Management Plan.

Revue Tourisme , 43-59.

New Straits Times. (2012, Oktober 31). New branding for Langkawi. New Straits Times .

Pejabat Daerah Langkawi. (2013). Fakta Geografi. Diakses pada 1 September 2013. Diperolehi daripada Portal

Rasmi Pejabat Daerah: http://webjabatan.kedah.gov.my/home4/new.php?jab=

pdl&isi=content3&id1=222&id2=392&id3=714

PEMANDU (2013). NKEA: National Key Economic Area. Diakses pada 14 Jun 2013. Diperolehi daripada

Program Trannsformasi Ekonomi: http://etp.pemandu.gov.my/sub_page.aspx?id= 00ac27fa-fec2-4a6e-

8e91caa6a8c823f4&pid=d43c3625-f682476c9c407c702215d10f&lang=ms -my

Pike, S. D. (2009). Destination brand positions of a competitive set of near-home destinations. Tourism

Management, 30 (6), 857-866.

Thompson, K. (2000, August 30). Market Segmentation & Target Marketing. Diakses pada 29 Jun 2013.

Diperolehi daripada University of North Texas: http://courses.unt.edu/kt3650_7/sld001.htm

Um, S., & Crompton, J. L. (1990). Attitude determinants in tourism destination choice. Annals of Tourism

Research, 7, 432-448.

Woodside, A. G., & Lysonski, S. (1989). A general model of traveller destination choice. Journal of Travel

Research, 27 (4), 8-14.