Taburan Penduduk Malaysia Ting2

Click here to load reader

download Taburan Penduduk Malaysia Ting2

of 23

  • date post

    21-Dec-2015
  • Category

    Documents

  • view

    260
  • download

    9

Embed Size (px)

description

f

Transcript of Taburan Penduduk Malaysia Ting2

  • Kawasan penduduk padatKawasan penduduk sederhanaKawasan penduduk jarang

  • Mempunyai lebih 200 orang sekilometer persegi.Terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.Menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan seperti hospital, institusi pengajian tinggi, sistem pengangkutan dan perhubungan yang moden.

  • Contoh kawasan:1.Dataran Kedah-Perlis (penanaman padi).2.Pulau Pinang dan Seberang Perai (perindustrian).3.Dataran Kelantan (penanaman padi).4.Lembah Kinta (perlombongan bijih timah).5.Lembah Klang (perlombongan bijih timah).6.Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Georgetown, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu (bandar pentadbiran).

  • Mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.Terdapat di kawasan kaki bukit atau luar bandar.Disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan.

  • Contoh kawasan:1.Lembah Sungai Pahang.2.Lembah Sungai Baram.3.Rancangan tanah FELDA seperti Jengka Tiga Segi, Pahang.4.Pekan-pekan kecil seperti Pekan Nanas dan Tuaran.5.Pantai barat Sarawak dan Sabah.

  • Mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.Termasuk kawasan pergunungan yang berhutan tebal, paya, dan pedalaman yang terpencil.

  • Contoh kawasan:1.Kawasan pedalaman yang bergunung-ganang seperti Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Tahan.2.Pedalaman Sabah dan Sarawak seperti Banjaran Crocker, Banjaran Hose dan Banjaran Kapuas Hulu.3.Kawasan paya di pantai Sarawak.

  • Merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam 1 kilometer persegi.Dikira dengan membahagikan jumlah penduduk dengan luas kawasan tersebut.

    Kepadatan = jumlah pendudukpenduduk luas kawasan

  • Contoh:

    Kepadatan = 4188876 orang penduduk negeri 7960 km2Selangor = 526 orang per km

  • Tanah pamah yang rata sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi, contoh penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Dataran Kerian.Kaki bukit beralun sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit, contoh Kluang, Labis di Johor telah menjadi tumpuan penduduk.Kawasan yang rata juga sesuai untuk pembinaan jaringan jalan raya, jalan kereta api dan kawasan petempatan.

  • Tanih aluvium sesuai untuk menanam padi, contoh Dataran Kedah, Dataran Kelantan.Tanih laterit sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit, contoh Baling dan Kulim di Kedah.

  • Kawasan yang mempunyai sumber mineral telah menjadi tumpuan penduduk.Sumber bijih timah di Lembah Kinta (Ipoh,Taiping).Kertih, Miri menjadi tumpuan penduduk kerana perlombongan petroleum.Bintulu menjadi tumpuan penduduk kerana kegiatan mencairkan gas asli.

  • Dasar Pertanian Negara membawa pembukaan kawasan hutan untuk kegiatan pertanian.Di bawah rancangan FELDA, penduduk telah berpindah dari kawasan luar bandar ke luar bandar menyebabkan kawasan baru berpenduduk sederhana, contoh Jengka Tiga Segi di Pahang.

  • Mewujudkan Zon Perindustrian Bebas, contoh Sungai Way di Selangor, Bayan Lepas dan Perai dari Pulau Pinang, Batu Berendam di Melaka, Sama Jaya di Sarawak, Pasir Gudang di Johor, Teluk Kalong di Terengganu.

  • Kemudahan kesihatan, pendidikan dan kewangan di Bandar raya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk menyebabkan penduduk bertumpu di situ.Contoh Universiti Malaya, Pusat Jantung Negara di Kuala Lumpur.

  • Kemudahan lebuh raya dan jalan raya yang cekap.Contoh, Lebuh Raya Persekutuan, LRT, Komuter dan KL Monorel tertumpu di Lembah Klang.

  • Kawasan perindustrian, perniagaan dan perdagangan menarik tumpuan penduduk. contoh, Mak Mandin dan Perai di Pulau Pinang, Shah Alam dan Petaling Jaya di Selangor, Larkin dan Tampoi di Johor.Kawasan yang giat kegiatan pertanian mempunyai penduduk sederhana pada seperti Teluk Intan, Kluang, Layang-layang dan Tawau.