TACEM 012 Set-B2

25
MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 49 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B” PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN LATIHAN 22 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS TEMA: SEKOLAH Tajuk 22: Laporan Perkhemahan Pengakap Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu. KERANGKA IDEA Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – perkhemahan pengakap Idea 1 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir Idea 2 penerangan, ketua patrol – mendirikan khemah – menyediakan alatan memasak Idea 3 makan tengah hari – rehat selama dua jam – mencuci pakaian dan mandi-manda Idea 4 malam, motivasi minda – penceramah, tuan imam – Sihat Jasmani, Ceria Rohani Penutup perkhemahan berakhir – kemas barang, alatan perkhemahan – bergerak pulang LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI DURIAN TUNGGAL, MELAKA Pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Kandi, Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan perkhemahan pengakap di Hutan Lipur Ayer Keruh, Melaka. Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu, ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak. Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12:30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi- manda di kawasan air terjun, Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Bandar Melaka. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”. Ceramah ini tamat pada pukul 11:30 malam. Ahad, 27 Mei 2012, berakhirlah perkhemahan kami di Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada pukul 2:30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Pada pukul 3:00 petang, kami bergerak pulang dengan menaiki bas sekolah. Laporan disediakan oleh, 10 Jun 2012. Ahmad Hakimi (AHMAD HAKIKI BIN AHMAD DAHALAN) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Seri Kandi. 49 LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Transcript of TACEM 012 Set-B2

Page 1: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 49 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 22 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 22: Laporan Perkhemahan Pengakap Kamu telah terpilih untuk menyertai satu perkhemahan unit beruniform anjuran sekolah kamu. Tuliskan laporan tentang perkhemahan yang kamu sertai itu.

KERANGKA IDEA

Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – perkhemahan pengakap

Idea 1 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir Idea 2 penerangan, ketua patrol – mendirikan khemah – menyediakan alatan memasak Idea 3 makan tengah hari – rehat selama dua jam – mencuci pakaian dan mandi-manda Idea 4 malam, motivasi minda – penceramah, tuan imam – Sihat Jasmani, Ceria Rohani

Penutup perkhemahan berakhir – kemas barang, alatan perkhemahan – bergerak pulang

LAPORAN PERKHEMAHAN PENGAKAP SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KANDI

DURIAN TUNGGAL, MELAKA

Pada hari Jumaat, 25 Mei 2012 yang lalu, seramai 40 orang anggota pengakap dan enam orang guru dari Sekolah Kebangsaan Seri Kandi, Durian Tunggal, Melaka telah mengadakan perkhemahan pengakap di Hutan Lipur Ayer Keruh, Melaka.

Di lokasi perkhemahan, ketua patrol memberi penerangan dan arahan ringkas tentang tugasan setiap anggota pengakap. Tanpa membuang masa, kami mendirikan khemah. Di samping itu, ada anggota pengakap yang menyediakan peralatan untuk memasak.

Waktu makan tengah hari telah ditetapkan pada pukul 12:30 tengah hari. Kami juga diberi masa untuk riadah dan berehat selama dua jam. Waktu ini kami gunakan untuk mencuci pakaian dan mandi-manda di kawasan air terjun, Hutan Lipur Ayer Keruh.

Pada sebelah malamnya pula, selepas solat Isyak, majlis ceramah diadakan. Ceramah disampaikan oleh Imam Masjid Bandar Melaka. Ceramahnya bertajuk “Sihat Jasmani, Ceria Rohani”. Ceramah ini tamat pada pukul 11:30 malam.

Ahad, 27 Mei 2012, berakhirlah perkhemahan kami di Hutan Lipur Ayer Keruh. Pada pukul 2:30 petang, kami diarahkan supaya mengemas barang masing-masing dan alat-alat perkhemahan. Pada pukul 3:00 petang, kami bergerak pulang dengan menaiki bas sekolah. Laporan disediakan oleh, 10 Jun 2012. Ahmad Hakimi (AHMAD HAKIKI BIN AHMAD DAHALAN) Setiausaha Pertubuhan Pengakap, Sekolah Kebangsaan Seri Kandi.

49

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 2: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 50 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 23 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 23: Laporan Lawatan Sambil Belajar Kamu telah menyertai rombongan sambil belajar, melawat ke sebuah kilang di tempat kamu. Tuliskan suatu laporan tentang lawatan kamu itu.

KERANGKA IDEA

Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – lawatan sambil belajar

Idea 1 tarikh lawatan – Persatuan Sains, anjur lawatan – ke kilang minyak kelapa sawit Idea 2 melawat tangki minyak – minyak ditapis, dipanaskan – hasil, produk kelapa sawit Idea 3 minyak disalurkan, loji khas – dibubuh bahan-bahan tertentu – hasilkan marjerin Idea 4 hasilkan barangan kecantikan – kosmetik, sabun, pelembab – bauan yang harum

Penutup lawatan banyak manfaat – dapat melawat tempat lain – luaskan pengalaman

Laporan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Sains dan Matematik

Ke Kilang UNITATA, Hutan Melintang, Perak

Pada 12 Mei 2012, Persatuan Sains dan Matematik telah mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang yang menghasilkan barangan daripada minyak kelapa sawit. Kilang yang dimaksudkan ialah UNITATA yang terletak di Hutan Melintang, Perak Darul Ridzuan.

Di kilang itu, kami dibawa melihat tangki berisi minyak kelapa sawit yang belum diproses. Minyak ini ditapis dan dipanaskan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis minyak. Antara minyak yang dihasilkan termasuklah minyak masak dan marjerin.

Minyak kelapa sawit itu disalurkan ke bahagian-bahagian tertentu. Misalnya, minyak untuk menghasilkan marjerin disalurkan ke sebuah loji khas. Selepas itu, bahan-bahan seperti vitamin, pewarna, dan garam cecair akan dicampurkan sehingga sebati. Campuran ini akan disejukkan dan ditinkan. Dengan itu, marjerin sudah sedia untuk dipasarkan.

Bagi menghasilkan barangan kosmetik seperti sabun wangi, pelembab kulit, dan pencuci muka, loji yang lain pula digunakan. Kawasan loji itu juga menerbitkan bauan dan aroma yang harum. Kosmetik ini dipasarkan di dalam dan di luar negara.

Lawatan ini banyak memberikan manfaat kepada kami. Pada tahun hadapan, kami berharap agar dapat mengadakan lawatan ke tempat yang lain pula bagi menyahut seruan “Cuti-cuti Malaysia”. Bak kata pepatah, “jauh berjalan, luas pandangan” Laporan disediakan oleh, 22 Mei 2012. Atiqah Najwa (ATIQAH NAJWA BINTI GHAZALI) Setiausaha Persatuan Sains dan Metamatik, Sekolah Kebangsaan Tebok Banjar, Teluk Intan.

50

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 3: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 51 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 24 LAPORAN TAHUNAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 24: Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Baling Kamu sebagai setiausaha Kelab Bola Baling di sekolah kamu, kamu dikehendaki menyediakan laporan mesyuarat agung tahunan kelab tersebut.

KERANGKA IDEA

Format laporan mesyuarat agung – tandatangan, nama, jawatan, tarikh – kelab bola baling

Idea 1 senarai jawatankuasa – nama-nama anggota kelab – senaraikan mengikut tertib Idea 2 mesyuarat agung tahunan – melantik anggota jawatankuasa – merancang aktiviti Idea 3 aktiviti kecergasan fizikal – memantapkan stamina – melahirkan pemain yang cergas Idea 4 adakan perlawanan persahabatan – dapat menilai prestasi – baiki kelemahan diri

Penutup kejayaan telah dicapai – tiga orang pemain, wakili negeri – harumkan nama sekolah

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bola Baling Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu

Guru Penasihat : Encik Mohd Naser bin Mohd Lazim Pengerusi : Khairul Nizam bin Abdul Jamil Naib Pengerusi : Zulkarnain bin Othman Setiausaha : Hafizuddin bin Amaruddin Bendahari : Abdul Samad bin Norhan Anggota Jawatankuasa : Hafis bin Hashim, Abd. Hadi bin Karim, dan Alias bin Sidek

Pada 26 Januari 2011, Kelab Bola Baling telah mengadakan mesyuarat agung tahunannya. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk melantik anggota jawatankuasa 2011 yang baharu. Di samping itu, merancang dan melaksanakan aktiviti kelab sepanjang tahun.

Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah latihan kecergasan fizikal kepada anggota kelab. Latihan ini sangat penting bagi memantapkan stamina serta kecergasan fizikal para pemain. Seterusnya, dapat melahirkan pemain bola baling yang cergas dan cekap.

Kelab Bola Baling juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan bola baling sekolah yang berdekatan. Melalui perlawanan sebegini, para pemain dapat menilai prestasi permainan mereka. Mereka juga boleh memperbaiki kelemahan masing-masing.

Beberapa kejayaan telah dicapai oleh anggota kelab. Tiga orang pemain iaitu Zulkarnain bin Othman, Alias bin Sidek dan Haikal bin Wahid telah dipilih mewakili pasukan Terengganu dalam pertandingan di peringkat MSSM. Kejayaan ini telah mengharumkan nama sekolah.

Laporan disediakan oleh, 14 November 2011. Hafizuddin (HAFIZUDDIN BIN AMARUDDIN) Setiausaha Kelab Bola Baling, SK Bukit Besar, Kuala Terengganu.

51

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 4: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 52 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 25 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 25: Laporan Mesyuarat Persatuan Bahasa Malaysia Andaikan anda sebagai Setiausaha Persatuan Bahasa Malaysia di sekolah anda. Anda diminta menulis laporan aktiviti tentang mesyuarat bilangan pertama persatuan tersebut.

KERANGKA IDEA

Format tajuk laporan anda – tandatangan, nama, jawatan dan tarikh – laporan mesyuarat

Idea 1 mesyuarat bilangan pertama – tarikh mesyuarat diadakan – objektif utama mesyuarat Idea 2 merangka aktiviti tahunan – menaikkan yuran tahunan persatuan – RM10.00 setahun Idea 3 empat aktiviti utama dirancang – aktiviti kokurikulum akademik – sertai pertandingan Idea 4 fokus, kejayaan tahun lepas – menyenarai kejayaan diperoleh – johan Pidato Diraja

Penutup cadangan, lawatan sambil belajar – tempat, ingin dilawati – mesyuarat ditangguhkan

LAPORAN MESYUARAT BILANGAN PERTAMA PERSATUAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2012 SK TAMAN DATUK HARUN, PETALING JAYA

Persatuan Bahasa Malaysia telah mengadakan mesyuarat bilangan pertama pada 18 Januari 2012 yang lalu. Objektif utama mesyuarat ini ialah untuk merancang pelbagai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun 2012.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah pengambilan anggota baharu bagi tahun 2012. Mulai tahun 2012, yuran persatuan telah ditambah sebanyak RM2.00 bagi satu tahun sesi persekolahan. Yuran persatuan telah menjadi RM10.00 setahun.

Pada tahun ini, empat aktiviti utama telah dicadangkan. Persediaan murid-murid untuk menyertai Kuiz Bahasa Malaysia. Memilih dua orang wakil untuk menyertai Pertandingan Bercerita dan seorang wakil sekolah untuk menyertai pertandingan Pidato Diraja. Semua pertandingan bermula di peringkat kelompok, daerah, negeri, dan kebangsaan.

Pada tahun lepas, peserta Kuiz Bahasa Malaysia telah berjaya memperoleh tempat ketiga di peringkat daerah. Peserta Pertandingan Bercerita pula hanya mendapat hadiah saguhati di peringkat kelompok. Kejayaan cemerlang apabila peserta Pidato Diraja menjadi johan peringkat negeri.

Seterusnya, persatuan juga bercadang untuk mengadakan siri lawatan sambil belajar. Antara tempat yang telah dicadangkan ialah Pusat Sains Negara dan Syarikat Akhbar Utusan Malaysia. Mesyuarat ditangguhkan pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Laporan disediakan oleh, 23 JANUARI 2012. Siratjuddin (SIRATJUDDIN BIN MOHD NAZARI) Setiausaha, Persatuan Bahasa Malaysia, SK Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

52

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 5: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 53 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 26 LAPORAN AKTIVITI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 26: Laporan Majlis Jamuan Pesaraan Seorang guru yang mengajar di kelas kamu akan bersara wajib. Kamu dan kawan-kawan sekelas kamu mengadakan satu majlis jamuan untuk beliau. Tulis laporan tentang majlis itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Format tajuk laporan – tandatangan, nama, jawatan dan tarikh – laporan jamuan pesaraan

Idea 1 tarikh jamuan pesaraan – nama guru yang diraikan – tempat jamuan, menu jamuan Idea 2 diraikan, guru agama – bersara wajib, usia 56 tahun – mengenang, menghargai jasa Idea 3 ketua kelas, menyampaikan ucapan – menyatakan terima kasih – ilmu jadi pedoman Idea 4 yang diraikan, sampaikan ucapan – luahan terima kasih – jamuan yang disediakan

Penutup murid-murid bersalaman – ingat segala nasihat ustaz – memberi hadiah istimewa

Laporan Majlis Jamuan Pesaraan

Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir

Pada 16 April 2012 yang lalu, murid-murid Tahun Enam Wawasan mengadakan satu majlis jamuan pesaraan untuk Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir. Jamuan itu diadakan di kantin sekolah. Menu jamuan yang dihidangkan ialah Nasi Beriani Gulam Rasul.

Tuan Haji Muhammad Ishak bin Abdul Kadir ialah guru agama di SK Sungai Tungku, Teluk Intan. Beliau akan bersara wajib pada usia 56 tahun pada 16 April 2012. Majlis jamuan pesaraan tersebut diadakan bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau.

Pada majlis itu, ketua kelas mewakili rakan-rakan menyampaikan ucapan penghargaan. Hafis bin Sallehuddin menyatakan ucapan terima kasih kepada Ustaz Haji Muhammad Ishak atas tujuk ajar beliau. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan dijadikan panduan dan pedoman hidup. Beliau juga mendoakan semoga ustaz memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Kemudaian, Ustaz Haji Muhammad Ishak menyampaikan ucapannya. Beliau meluahkan rasa terima atas jamuan yang diadakan. Hidangan yang disediakan istimewa dan aromanya amat menyelerakan. Beliau juga mendoakan semoga kami berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang akan diduduki pada bulan September nanti.

Selepas menikmati juadah yang dihidangkan, murid-murid bersalaman dengan ustaz. Bagi kami, ustaz ialah seorang guru yang sangat berdedikasi dan banyak menyuntik nasihat yang berguna. Sebelum berpisah, kami menyampaikan hadiah istimewa kepada beliau.

Laporan disediakan oleh, 24 APRIL 2012. Alissa Suriani (ALISSA SURIANI BINTI MEOR HASHIM) Setiausaha, Tahun Enam Wawasan, SK Sungai Tungku, Teluk Intan.

53

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 6: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 54 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 27 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 27: Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Sekolah kamu akan mengadakan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sebagai ketua pengawas sekolah, kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan

Idea 1 nyatakan tujuan sambutan – bimbingan, pendidikan diberi perhatian – ibu bapa, guru Idea 2 beruntung, dapat perhatian – usaha perlu diteruskan – acuan generasi akan datang Idea 3 nasib kanak-kanak lain – kurang mendapat perhatian – kesihatan, akibat peperangan Idea 4 umpama kain putih – ibu bapa, guru mencorakkannya – menjadi insan yang berguna

Penutup ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak” – mengharapkan ceria, bahagia – terima kasih

Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan rakan seperjuangan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya berucap sempena majlis sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia pada hari ini.

Idea Contoh Impak

Kita semua telah sedia maklum bahawa pada 17 Oktober setiap tahun merupakan Hari Kanak-kanak Sedunia. Tujuan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ini diadakan adalah untuk memastikan segala asuhan, bimbingan, dan pendidikan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab khasnya ibu bapa dan guru-guru kepada kanak-kanak.

Idea Contoh Impak

Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita amat beruntung sekali kerana mendapat perhatian, dan pendidikan yang sempurna. Namun begitu, pelbagai usaha perlu diteruskan bagi memastikan generasi akan datang lebih menikmati apa-apa yang kita kecapi sekarang ini. Kanak-kanak hari ini merupakan acuan generasi akan datang.

Idea Contoh Impak

Selain itu, dalam mengecapi semua keistimewaan ini, kita jangan lupa akan rakan-rakan yang kurang bernasib baik dari negara lain. Mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya. Malah ada yang terkorban disebabkan peperangan.

Idea Contoh Impak

Kami umpama kain putih, Ibu bapa dan guru-gurulah yang bakal mencorakkan kami dengan didikan yang sempurna. Semoga kami menjadi manusia yang berguna. Insan yang dapat menyumbang serta berbakti kepada agama, bangsa, dan negara.

Idea Contoh Impak

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, terimalah ucapan “Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia”. Semoga kita lebih ceria dan bahagia di bawah lembayung kasih sayang ibu bapa dan asuhan guru-guru yang dedikasi.

Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

54

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 7: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 55 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 28 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 28: Majlis Perpisahan Guru Kelas Guru kelas kamu akan bertukar ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, kamu diminta memberi ucapan dalam majlis perpisahan tersebut. Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan

Idea 1 bertukar sekolah – perasaan sedih, terharu – rasa kehilangan guru yang disayangi Idea 2 dedikasi, tanggungjawab – jasa, pengorbanan dikenang – tunjuk ajar jadi panduan Idea 3 memohon maaf – kesalahan tutur kata, tingkah laku – sukar untuk membalas jasamu Idea 4 gembira bertugas, tempat baru – berkhidmat dengan selesa – semoga berjumpa lagi

Penutup mengakhiri ucapan, serangkap pantun – melahirkan penghargaan – terima kasih

Majlis Perpisahan Guru Kelas Yang dihormati Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, Puan Khadijah binti Kamarulzaman, guru yang diraikan, guru-guru dan rakan-rakan yang budiman. Selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi peluang berucap dalam majlis ini.

Idea Contoh Impak

Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, Puan Rosnani binti Ghani akan bertukar sekolah. Saya dan rakan-rakan berasa sedih dan terharu atas pertukaran beliau. Pertukaran beliau menyebabkan kami kehilangan seorang guru yang kami sayangi.

Idea Contoh Impak

Beliau telah mengajar di sekolah ini selama sepuluh tahun. Selama beliau di sini, beliau telah bertugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Beliau selalu membimbing dan menasihati kami. Segala nasihat beliau akan kami ingat dan kami jadikan panduan hidup. Jasa beliau tetap kami kenang hingga ke akhir hayat.

Idea Contoh Impak

Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Dedikasi mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala kesalahan tutur kata dan tingkah laku kami selama ini. Jasa dan budi baik cikgu sukar untuk kami membalasnya.

Idea Contoh Impak

Kami doakan semoga cikgu bergembira di sekolah baru dan dapat menjalankan tugas dengan selesa. Dengan setulus hati, kami memohon agar cikgu menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepada kami. Harapan kami agar kita dapat berjumpa lagi.

Idea Contoh Impak

Sebagai mengakhiri ucapan ini, terimalah serangkap pantun daripada saya. Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

55

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 8: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 56 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 29 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 29: Ceramah Motivasi Minda Anda ialah bekas pelajar sebuah sekolah, kini anda sedang melanjutkan pelajaran di Menara Gading. Anda telah dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada muri-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR di sekolah tersebut.

KERANGKA IDEA

Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan

Idea 1 penceramah, perkenalkan diri – bekas murid – bertugas sebagai seorang pensyarah Idea 2 kejayaan, usaha gigih – manfaat masa dengan baik – dapat kejayaan demi kejayaan Idea 3 nasihat, rajin belajar – harapan ibu bapa, guru-guru – memulakan langkah kejayaan Idea 4 kaitkan dengan bidalan Melayu – kejayaan, perlu usaha – kegigihan, kesungguhan

Penutup harapan penceramah – doakan, cemerlangan UPSR – terjamin, cerah masa depan

Ceramah Motivasi Minda Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pengacara majlis, Guru Besar SK Padang Mat Sirat, Langkawi, guru-guru dan murid-murid yang dikasihi. Pada hari ini, saya amat berbesar hati kerana diundang dan diberi kepercayaan untuk memberi ceramah kepada murid-murid tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR.

Idea Contoh Impak

Saya ialah bekas murid sekolah ini, saya melangkah ke sekolah menengah dan meninggalkan sekolah ini pada tahun 1985. Sekarang, saya bertugas sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaya. Pengkhususan saya adalah dalam bidang perubatan.

Idea Contoh Impak

Pencapaian saya sekarang adalah berkat didikan guru-guru dan usaha gigih saya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya sentiasa menfaatkan masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca dan mengulang kaji pelajaran. Impaknya, saya memperoleh kejayaan pada peringkat UPSR sehinggalah ke peringkat PHD.

Idea Contoh Impak

Kepada anda yang akan menduduki peperiksaan UPSR, saya sarankan agar belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan. Berikanlah segulung kejayaan atas pengorbanan ibu bapa dan guru-guru. Itulah hadiah yang sungguh berharga buat mereka. Ayuh! Mulakan langkah bijak anda menyusuri tapak-tapak kejayaan.

Idea Contoh Impak

Saya teringat bidalan Melayu yang berbunyi “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Bidalan ini mengingatkan kita bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan kegigihan. Oleh itu, belajarlah bersungguh-sungguh.

Idea Contoh Impak

Akhir kata, sebagai mengakhiri bicara, saya doakan semoga anda semua akan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR nanti. Kejayaan anda merupakan jaminan masa hadapan yang lebih cerah. Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

56

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 9: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 57 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 30 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 30: Cara-cara Menabung Kamu telah diminta untuk memberi ucapan semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena Sambutan Bulan Membaca. Tajuk ucapan yang akan kamu sampaikan ialah, “Cara-cara Menabung”. Tulis ucapan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA

Format kata alu-aluan, penghormatan – terima kasih, menyatakan tajuk – mengakhiri ucapan

Idea 1 wang, keperluan hidup – menyimpan wang di dalam tabung – latihan berjimat-cermat Idea 2 menabung, di dalam bank – lebih terjamin keselamatan – contoh bank perdagangan Idea 3 mendapat pulangan keuntungan – bonus kepada penyimpan – tabungan bertambah Idea 4 simpan di bank, lebih selamat – simpan di rumah, banyak risiko – pilih, cara terbaik

Penutup ucapan “Selamat Menyambut Kemerdekaan” – rancang masa depan – terima kasih

Cara-cara Menabung Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, dan rakan-rakan seperjuangan. Salam sejahtera saya ucapkan. Sempena sambutan Bulan Membaca pada hari ini, saya diberi amanah untuk menyampaikan ucapan yang bertajuk “Cara-cara Menabung”.

Idea Contoh Impak

Salah satu keperluan utama dalam kehidupan seharian kita ialah wang. Ada pelbagai cara menyimpan wang. Sebagai contoh, ada yang menyimpan wangnya di dalam tabung. Amalan menabung dapat melatih seseorang lebih berjimat-cermat.

Idea Contoh Impak

Menyimpan wang di dalam bank merupakan cara menabung yang digemari oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia terdapat banyak institusi kewangan. Antaranya ialah Bank Simpanan Nasional yang merupakan institusi perbankkan yang dijamin oleh kerajaan. Terdapat juga bank-bank perdagangan seperti Malayan Banking, Bank Rakyat, dan Public Bank.

Idea Contoh Impak

Jika kita menyimpan wang di dalam bank, kita juga boleh mendapat pulangan keuntungan perniagaan yang dijalankan oleh pihak bank berkenaan. Keuntungan perniagaan ini dikenali sebagai bonus. Jika kita menyimpan wang walaupun sedikit setiap bulan, maka wang tersebut akan bertambah dari semasa ke semasa.

Idea Contoh Impak

Wang yang disimpan di dalam bank lebih selamat berbanding daripada wang yang disimpan di rumah. Wang yang disimpan di rumah terdedah kepada pelbagai risiko. Kitalah yang akan menentukan cara yang terbaik untuk menabung.

Idea Contoh Impak

Akhir kata, sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapankan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia. Rancanglah masa hadapan anda dengan bijak melalui amalan menabung. Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

57

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 10: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 58 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 31 UCAPAN / CERAMAH FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 31: Majlis Jamuan Perpisahan Murid-murid tahun enam di sekolah kamu mengadakan majlis jamuan perpisahan sebelum mereka meninggalkan alam sekolah rendah untuk melangkah ke sekolah menengah. Sebagai wakil murid, kamu diminta menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – terima kasih, nyata tujuan – wakil murid tahun enam

Idea 1 program, majlis perpisahan – melangkah ke sekolah menengah – jadikan panduan Idea 2 ucapan, selamat berpisah – selamat tinggal cikgu – mendidik, tabah, tekun, sabar Idea 3 berasa sungguh sedih – jasa guru terlalu banyak – rela berkorban untuk orang lain Idea 4 berjanji, belajar bersungguh-sungguh – barisan pelapis – harumkan nama sekolah

Penutup doakan kesihatan guru – restu oleh guru-guru – agar terus berjaya, selamat berpisah

Majlis Jamuan Perpisahan Selamat sejahtera, yang berusaha Pengacara Majlis, Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, guru-guru, seterusnya, rakan-rakan yang budiman. Saya merakamkan ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan untuk berucap dalam majlis jamuan perpisahan muri-murid tahun enam pada pagi ini.

Idea Contoh Impak

Hadirin yang dihormati, Program ini merupakan suatu majlis perpisahan kita sebelum kita melangkah ke sekolah menengah. Setelah enam tahun kita diasuh dan dibimbing, kini hampir tiba masanya untuk kita melangkah setapak lagi ke alam awal remaja. Seribu satu macam nostalgia indah yang tercatat di sekolah ini, kami akan jadikan panduan hidup.

Idea Contoh Impak

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan selamat berpisah kepada kawan-kawan dan guru-guru. Di samping itu, saya ingin mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru yang telah mendidik kami dengan tabah, tekun, dan sabar.

Idea Contoh Impak

Kami berasa sungguh sedih meninggalkan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada kami. Pengorbanan para guru tidak terbalas kerana jasa guru-guru tidak ternilai banyaknya. Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.

Idea Contoh Impak

Kami berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita dan impian murni kami. Seterusnya, kami akan buktikan bahawa kami adalah pewaris kepimpinan masa hadapan. Kami juga berjanji akan mengharumkan nama sekolah.

Idea Contoh Impak

Kami juga berdoa semoga guru-guru senantiasa sihat dan dapat meneruskan usaha untuk mengasuh dan mendidik. Kami berharap guru-guru mendoakan kami agar terus berjaya. Selamat berpisah, semoga berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

58

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 11: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 59 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 32 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 32: Catatan Sambutan Hari Guru Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Guru. Tulislah catatan lengkap tentang aktiviti sambutan Hari Guru yang dijalankan pada hari tersebut.

KERANGKA IDEA

Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas

Idea 1 8.00 pagi, ucapan Guru Besar – membaca perutusan khas – perutusan Hari Guru Idea 2 8.45 pagi, sukaneka bermula – acara yang dijalankan – perlawanan bola baling Idea 3 9.45 pagi, persembahan Hari Guru – persembahan nasyid – pementasan drama Idea 4 11.00 pagi, rehat, jamuan – pelbagai kuih dihidangkan – sungguh menyelerakan

Penutup 11.45 pagi, penyampaian hadiah – akhiri sambutan – YDP PIBG sampaikan hadiah

Catatan Sambutan Hari Guru RABU, 16 MEI 2012

7.45 pagi Semua warga sekolah berkumpul di dataran kejat bagi meraikan sambutan Hari Guru 2012. Keadaan cuaca cerah pada hari itu. Semua guru dan murid-murid tampak ceria.

Idea Contoh Impak

8.00 pagi Acara dimulakan dengan ucapan daripada Tuan Guru Besar. Diikuti Cikgu Norlian membaca perutusan Yang Berhormat Menteri Pelajaran. Selepas itu, Cikgu Choo Saw Wan pula membaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Idea Contoh Impak

8.45 pagi Sukaneka dimulakan dengan acara rebut kerusi. Seterusnya acara lari bawa lilin dan isi air dalam botol. Perlawanan bola baling juga diadakan antara murid dengan guru.

Idea Contoh Impak

9.45 pagi Persembahan sambutan Hari Guru dimulakan. Antara persembahannya ialah murid-murid tahun tiga menyanyikan lagu nasyid dalam bahasa Arab. Murid-murid tahun enam pula mempersembahkan drama pendek yang berjudul “Guru Kampung”.

Idea Contoh Impak

11.00 pagi Majlis berhenti rehat, kami menikmati jamuan yang disediakan. Kami makan bersama-sama guru, kaki tangan sekolah dan anggota PIBG yang hadir. Pelbagai jenis kuih turut dihidangkan. Semua hidangan yang tersedia membuka selera kami.

Idea Contoh Impak

11.45 pagi Upacara penyampaian hadiah acara sukaneka mengakhiri sambutan Hari Guru pada tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua PIBG, Encik Ariffin bin Mat Rawi.

Idea Contoh Impak

59

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 12: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 60 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 33 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 33: Catatan Pertandingan Mendaklamasikan Sajak Sekolah kamu telah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan mendeklamasikan sajak peringkat daerah. Tuliskan catatan tentang perjalanan pertandingan mendeklamasikan sajak tersebut.

KERANGKA IDEA

Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas

Idea 1 8.20 pagi, mengalu-alukan kehadiran – penerangan ketua hakim – sistem pengadilan Idea 2 8.45 pagi, pertandingan bermula – 30 peserta, ambil bahagian – aksi para peserta Idea 3 11.30 majlis penutup, Pengerusi MGB – berpuas hati – peserta menanti keputusan Idea 4 11.45 keputusan diumumkan – dinobatkan juara pertandingan – penyampian hadiah

Penutup 11.55 majlis tamat, jamuan – tugas sudah selesai – Guru Besar tersenyum gembira

Catatan Pertandingan Mendaklamasikan Sajak SABTU, 28 APRIL 2012

8.00 pagi Murid-murid sudah memenuhi dewan. Guru Besar, guru-guru, pengerusi PIBG dan tetamu jemputan masuk ke dalam dewan. Para hakim sudah mengambil tempat. Pegawai Pendidikan Daerah Kerian juga tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

Idea Contoh Impak

8.20 pagi Selaku pengacara majlis, aku mengalu-alukan kehadiran para jemputan. Sebelum pertandingan dimulakan, ketua hakim menerangkan syarat-syarat pertandingan.

Idea Contoh Impak

8.45 pagi Semua yang hadir bertumpu ke tempat pertandingan. Pertandingan bermula, seramai 30 peserta telah mengambil bahagian. Pelbagai gaya dan aksi dipersembahkan.

Idea Contoh Impak

11.30 pagi Perasmian penutup dilakukan oleh Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kerian. Beliau berpuas hati dengan prestasi para peserta. Semuanya berbakat dan berkebolehan.

Idea Contoh Impak

11.45 pagi Keputusan diumumkan. Rosli bin Miswan dinobatkan sebagai juara mendeklamasikan sajak. Nurul Amirah binti Redzuan mendapat tempat kedua dan Siti Fadhilah bin Alias di tempat ketiga. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi MGB Daerah Kerian.

Idea Contoh Impak

11.55 pagi Majlis bersurai. Tetamu dijemput menikmati jamuan di dataran kantin sekolah. Guru Besar menepuk-nepuk bahuku. Beliau amat berpuas hati dengan tanggungjawab yang telah aku laksanakan. Guru kelasku tersenyum memerhatikan telatah kami.

Idea Contoh Impak

60

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 13: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 61 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 34 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 34: Menghadiri Majlis Sambutan Hari Jadi Kamu telah diundang untuk menghadiri majlis sambutan hari lahir kawan kamu. Tulis catatan tentang sambutan hari lahir yang kamu hadiri tersebut.

KERANGKA IDEA

Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas

Idea 1 ibu menghantar ke rumah kawan – memenuhi jemputan – majlis sambutan hari lahir Idea 2 tiba di rumah kawan – menyambut kehadiran, wajah ceria – mempelawa masuk Idea 3 majlis sambutan dimulakan – bacaan doa selamat – agihkan kek kepada tetamu Idea 4 menjamah hidangan – menyertai permainan, mencuit hati – pemenang dapat hadiah

Penutup tetamu mula minta diri – mengucapkan terima kasih – melangkah keluar, pulang

Menghadiri Majlis Sambutan Hari Lahir KHAMIS, 26 JANUARI 2012

3.30 petang Ibu menghantar saya ke rumah rakan saya, Siti Azrezan. Saya ke rumahnya kerana ingin memenuhi hajat dan jemputan rakan saya itu. Saya hendak meraikan majlis sambutan hari lahirnya yang ke-12.

Idea Contoh Impak

3.45 pagi Saya tiba di rumah Siti Azrezan. Dia menyambut kedatangan saya dengan wajah yang ceria sambil mempelawa saya masuk. Saya menyampaikan buah tangan kepadanya, dia mengucapkan terima kasih kepada saya.

Idea Contoh Impak

4.00 petang Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan dikuti upacara memotong kek. Kami turut menyanyikan lagu “Allah Selamatkan Kamu” bersama-sama. Seterusnya, Siti Azrezan membahagi-bahagikan kek tersebut kepada kami semua.

Idea Contoh Impak

4.30 petang Sambil menjamah hidangan yang disediakan, kami berpeluang menyertai permainan yang mencuit hati. Permainan rebut kerusi, tiup dan pecah belon serta cari gula-gula misteri. Setiap pemenang akan menerima hadiah yang disediakan oleh Siti Azrezan.

Idea Contoh Impak

5.00 petang Tetamu dan rakan-rakan Siti Azrezan sudah mula minta diri untuk pulang. Saya dan rakan-rakan yang hadir mengucapkan terima kasih seklai lagi. Ibu sudah menunggu saya di dalam kereta, saya melangkah meninggalkan menujuk ke kereta ibu.

Idea Contoh Impak

61

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 14: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 62 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 35 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 35: Catatan Semasa Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin Baru-baru ini, kamu sekeluarga telah menghadiri majlis kenduri perkahwinan sepupu kamu. Catatkan beberapa peristiwa yang menarik semasa menghadiri majlis tersebut.

KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas

Idea 1 bersiap-siap ke tempat dituju – majlis kenduri kahwin – melalui pekan-pekan kecil Idea 2 tiba di Taman Medan – disambut oleh pak long dan mak long – ke bilik pengantin Idea 3 kehadiran para jemputan – membantu mengangkat hidangan – dihadiahi bunga telur Idea 4 kehadiran pengantin lelaki – diarak, paluan kompang – majlis “makan beradab”

Penutup bersalam-salaman dengan anggota keluarga – pengantin baharu – sebelum pulang

Catatan Semasa Menghadiri Majlis Kenduri Kahwin AHAD, 4 DISEMBER 2011

6.00 pagi Selepas mandi dan bersarapan, saya dan keluarga saya bersiap-siap untuk bertolak Ke Taman Medan. Hari ini merupakan majlis kenduri kahwin sepupu saya.

Idea Contoh Impak

7.15 pagi Kami bertolak ke Petaling Jaya. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa buah pekan, antaranya ialah Sebak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Meru.

Idea Contoh Impak

10.30 pagi Kami tiba di Taman Medan. Kami disambut oleh Pak Long Hamdan dengan penuh kegembiraan. Kami berbual-bual dengan pak long dan mak long. Kemudian, saya dan ibu ke bilik pengantin untuk memberi hadiah kepada pengantin, kakak Farahana.

Idea Contoh Impak

12.00 tengah hari Para jemputan telah membanjiri khemah tetamu. Saya dan saudara mara yang lain turut membantu mengangkat hidangan untuk para tetamu dan jemputan yang hadir dalam majlis itu. Para jemputan juga dihadiahi bunga telur yang berwarna-warni.

Idea Contoh Impak

2.00 petang Kehadiran pengantin lelaki diarak dengan paluan kompang. Kemudian, pasangan “Raja Sehari” menikmati hidangan “Makan Beradab” bersama-sama keluarga terdekat. Mereka sama cantik, sama padan mengenakan pakaian songket berwarna ungu.

Idea Contoh Impak

5.00 petang Kami bersalam-salaman dengan Pak Long Hamdan sekeluarga sebelum bertolak pulang. Mak Long Halimah membekalkan lauk-pauk dan bunga telur kepada kami.

Idea Contoh Impak

62

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 15: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 63 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 36 DIARI / CATATAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 36: Pertandingan Kecerian Kelas Sempena bulan kecerian sekolah, kamu dan rakan-rakan berganding bahu untuk membersihkan dan menceriakan kelas kamu. Tulis catatan yang dilakukan untuk menghadapi pertandingan itu.

KERANGKA IDEA Format hari, tarikh, masa, dan tempat – rakaman peristiwa – catatan, nyatakan dengan jelas

Idea 1 Guru Besar, umum pertandingan kecerian – bermula minggu ini – kategori diadili Idea 2 perbincangan, agih tugasan – guru kelas, jururunding – kelas kami mahligai kami Idea 3 mula menceriakan kelas – hasrat, juara kecerian – cadangan penambah baikkan Idea 4 kelas, berubah wajah – wujud pusat sumber mini – langsir, menambah seri kelas

Penutup kecerian kelas mula diadili – pengadil menghakimi – kategori yang telah ditentukan

Pertandingan Kecerian Kelas Isnin, 5 Mac 2012

Guru Besar telah mengumumkan pertandingan kecerian kelas bermula pada minggu ini. Pertandingan kelas ceria akan diadili seminggu sekali. Beberapa kategori telah ditetapkan semasa pengadilan dijalankan oleh anggota jawatankuasa pertandingan.

Idea Contoh Impak

Selasa, 6 Mac 2012

Saya dan rakan-rakan mula mengadakan perbincangan bagi mengagihkan tugasan. Guru kelas kami, Cikgu Murad bertindak sebagai jururunding kami. Kami berusaha mewujudkan konsep KKMK “kelas kami, mahligai kami” secara kerjasama.

Idea Contoh Impak

Rabu, 7 Mac 2012

Pagi-pagi lagi, murid-murid yang bertugas sudah mula menceriakan kelas. Semua yang terlibat sama-sama memainkan peranan agar KKMK membuahkan hasil. Cikgu Murad memantau tugasan kami dan memberi pandangan untuk penambah baikkan.

Idea Contoh Impak

Khamis, 8 Mac 2012

Kini, kelas kami telah berubah wajah. Konsep KKMK berjaya mencerikan kelas, pusat sumber mini dihiasi cantik di belakang kelas. Di samping itu, pelbagai bahan bacaan disusun begitu kreatif. Langsir yang dipasang menambah seri kelas Enam Bestari.

Idea Contoh Impak

Jumaat, 9 Mac 2012

Hari ini semua kelas akan diadili. Debaran dirasai oleh semua murid kelas Enam Bestari. Anggota jawatankuasa memeriksa semua sudut dan peralatan di dalam kelas. Kami berharap agar dapat mengungguli pertandingan kecerian ini setiap minggu.

Idea Contoh Impak

63

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 16: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 64 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 37 SYARAHAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 37: Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar Kamu terpilih mewakili sekolah kamu dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan yang telah ditetapkan semasa pertandingan itu ialah “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”. Sediakan teks syarahan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan

Idea 1 banyak tempat menarik – pantai, tanah tinggi – berkunjung ke tempat bersejarah Idea 2 lawatan sambil belajar – menambah ilmu pengetahuan – melihat secara dekat Idea 3 lawatan, memberi ketenangan minda – berehat di pulau – memberi nafas baru Idea 4 memanfaatkan masa – terhindar daripada gejala sosial – berfikiran sihat, matang

Penutup ulasan, faedah lawatan – jauh berjalan, luas pengalaman – Cuti-cuti Malaysia

Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang nyaman ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Faedah-faedah Mengikuti Lawatan Sambil Belajar”.

Idea Contoh Impak

Kita amat beruntung kerana negara kita banyak tempat yang boleh dilawati. Kita boleh ke kawasan peranginan di puncak gunung, bersantai di tepi pantai, dan beriadah di kawasan air terjun. Kita juga boleh berkunjung ke tempat bersejarah.

Idea Contoh Impak

Mengikuti lawatan sambil belajar bersama-sama keluarga ataupun rakan boleh menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, jika ke negeri Melaka, kita akan dapat melihat kesan bersejarah seperti Kota A Famosa dan Bangunan Stadhuys.

Idea Contoh Impak

Aktiviti makan angin boleh memberi ketenangan minda setelah penat belajar. Sebagai contoh, jika kita berpeluang menyaksikan keindahan Pulau Langkawi, hati akan berasa terhibur. Perasaan kita juga akan menjadi tenang. Emosi yang tenang dapat memudahkan kita mengulang kaji semula pelajaran dengan lebih berkesan.

Idea Contoh Impak

Mengikuti sesi lawatan sambil belajar bermakna kita telah menggunakan masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika tidak turut serta, berkemungkinan juga kita bercampur gaul dengan budak-budak nakal. Kesannya, barangkali kita terjebak dalam kegiatan yang tidak sihat seperti melepak dan berpelesaran.

Idea Contoh Impak

Demikianlah serba sedikit faedah yang dapat diperoleh apabila mengikuti lawatan sambil belajar. Sesunggunya jauh berjalan, luaslah pengalaman yang kita lalui. Oleh itu, sertai Cuti-cuti Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

64

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 17: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 65 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 38 SYARAHAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 38: Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan Kamu telah terpilih mewakili sekolah kamu dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan yang diberi ialah “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan

Idea 1 pencemaran sungai dan laut – sampah-sarap, sisa minyak – tidak bertanggungjawab Idea 2 sisa toksik alirkan ke sungai, laut – pencemaran air berlaku – kos tinggi, merawat air Idea 3 manusia bergantung kepada air – air tercemar, aktiviti tergendala – ganggu kesihatan Idea 4 kesan pencemaran, hidupan air – rumpair, ikan pupus – pendapatan nelayan terjejas

Penutup pencemaran air merugikan kita – kempen sayangi sungai, laut – ucapan terima kasih

Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Guru Besar, guru-guru, panel hakim yang arif dengan panji keadilannya, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tampilnya saya di pentas baldu ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kesan Pencemaran Air kepada Kehidupan”.

Idea Contoh Impak

Pencemaran air sering berlaku di negara kita. Pencemaran air sungai dan laut terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Sampah sarap dan sisa-sisa minyak dibuang ke laut oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Idea Contoh Impak

Di samping itu, sisa toksik yang dikeluarkan oleh kilang tetentu dengan mudah dialirkan ke sungai dan ke laut. Perkara ini akan mengakibatkan pencemaran air yang berterusan. Kita terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk merawat air.

Idea Contoh Impak

Manusia menggunakan air untuk pelbagai kegunaan harian, pertanian dan perindustrian. Jika air tercemar, maka semua aktiviti tersebut tidak dapat dilakukan. Air yang tercemar berbahaya kepada kesihatan manusia. Air yang tercemar juga boleh memudaratkan serta menyebabkan penyakit kulit, muntah-muntah, dan cirit-birit.

Idea Contoh Impak

Selain itu, pencemaran air juga dapat memberi kesan negatif kepada hidupan air, seperti rumpair, ikan, dan sebagainya akan pupus. Perkara ini akan memberi impak kepada kehidupan nelayan. Pendapatan para nelayan juga turut terjejas.

Idea Contoh Impak

Hadirin yang budiman, Sebelum mengundur diri, saya ingin menegaskan bahawa pencemaran air lebih banyak

merugikan kita. Oleh sebab itu, sama-samalah kita menjaga kebersihan sungai dan laut. “Cintailah Sungai Kita”.

Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

65

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 18: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 66 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 39 SYARAHAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 39: Hidup Sepakat Membawa Berkat Kamu akan menyertai satu pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Malaysia sekolah kamu. Tajuk syarahan kamu itu ialah “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Tulislah teks syarahan kamu itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan

Idea 1 maksud ungkapan, tajuk – kerjasama perlu diamal – dalam semua aspek kehidupan Idea 2 amalan maufakat, ringan tulang – semangat bergotong-royong – nilai murni sejagat Idea 3 rakyat pelbagai kaum – harmoni, hidup bekerjasama – jadikan satu amalan harian Idea 4 amalan saling membantu – menjana semangat kejiranan – bangun bersama rakyat

Penutup ungkapan, wajar dihayati, segenap masyarakat – merealisasikan banyak kebaikan

Hidup Sepakat Membawa Berkat Yang saya hormati Saudara Peneraju Agenda, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, para hakim penentu juara, guru-guru, serta rakan-rakan yang saya hormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. “Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Begitulah bunyi tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Idea Contoh Impak

“Hidup Sepakat Membawa Berkat”. Merujuk kamus dewan edisi keempat, hidup sepakat membawa maksud hidup saling bekerjasama manakala membawa berkat pula bermaksud mendatangkan kebaikan dan faedah. Huraian ini serasi dan sinonim dengan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan keturunan.

Idea Contoh Impak

Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong-royong melakukan sesuatu kerja adalah contoh semangat permuafakatan dalam masyarakat. Amalan sebegini mampu memupuk nilai murni sejagat.

Idea Contoh Impak

Rakyat negara kita terdiri daripada pelbagai kaum. Namun begitu, mereka hidup dalam keadaan yang harmoni kerana saling bekerjasama. Semangat kerjasama perlu dipupuk sejak daripada kanak-kanak lagi, seperti kata pepatah, kalau hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.

Idea Contoh Impak

Amalan bantu-membantu dan bekerjasama juga berupaya menjana semangat kejiranan. Kehidupan berjiran akan lebih bermakna, aman, dan damai. Pembangunan dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk faedah semua rakyat.

Idea Contoh Impak

Oleh sebab itu, ungkapan “Hidup Sepakat Membawa Berkat” wajarlah dihayati dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat kerana mendatangkan banyak kebaikan.

Sekian sahaja syarahan saya. Terima kasih.

Idea Contoh Impak

66

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 19: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 67 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 40 SYARAHAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 40: Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan peringkat daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”. Tulis teks syarahan itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan

Idea 1 ibu bapa, banyak berjasa – curahkan kasih sayang – sewajarnya, hormat ibu bapa Idea 2 ibu bapa, menyara kita – sabar hadapi kesusahan – keperluan diurus sempurna Idea 3 memberi pendidikan sempurna – menghargai jasa – kasih sayang sepanjang hayat Idea 4 sentiasa mendampingi kita – meleraikan segala masalah – rakan kongsi suka duka

Penutup keberkatan hidup anak – doa, restu ibu bapa – sayangi ibu bapa, ke akhir hayat

Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera saya ucapkan. Hari ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Kasih Sayang Ibu Bapa Sepanjang Hayat”.

Idea Contoh Impak

“Ibu bapa merupakan orang yang paling banyak berjasa kepada kita. Mereka telah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada kita. Oleh itu, sewajarnya kita menghormati ibu bapa sebagai membalas jasa. Jasa mereka terlalu agung bagi kita.

Idea Contoh Impak

Selain itu, ibu bapa telah membelanjakan wang ringgit yang banyak semata-mata untuk menyara kita. Mereka tidak pernah merungut atas kesusahan mengurus kehidupan keluarga. Segala keperluan kita diurusnya dengan sempurna.

Idea Contoh Impak

Seterusnya, mereka telah mengusahakan pendidikan yang sempurna kepada kita. Pendidikan di sekolah mahupun pendidikan agama telah diberikan kepada kita. Oleh sebab itu, kita amat perlu menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Kasih sayang mereka kepada kita adalah kasih sayang sepanjang hayat.

Idea Contoh Impak

Ibu bapa juga merupakan orang yang paling hampir dengan kita. Tiap-tiap kali kita mempunyai masalah, merekalah orang pertama yang akan membantu kita. Mereka jugalah yang akan meleraikan segala kerumitan dan kekusutan yang dialami. Mereka adalah rakan kongsi suka duka yang tiada tandingannya.

Idea Contoh Impak

Oleh hal yang demikian, maka kita perlulah senantiasa menghormati ibu bapa kita. Ingatlah bahawa keberkatan hidup seseorang anak terletak pada restu dan doa kedua-dua orang tuanya. Oleh sebab itu, kita mesti mengasihi dan menyayangi mereka hingga ke akhir hayat.

Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

67

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 20: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 68 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 41 SYARAHAN FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 41: Cara-cara Menjaga Kesihatan Anda mewakili sekolah anda dalam pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh pejabat pelajaran daerah. Tajuk syarahan anda ialah, “Cara-cara Menjaga Kesihatan”. Tuliskan teks syarahan anda itu selengkapnya.

KERANGKA IDEA Format kata alu-aluan, bertatasusila – beri salam, ucap selamat – penegasan tajuk syarahan

Idea 1 kesihatan, aset penting – amalan pemakanan sihat – dikawal, makanan seimbang Idea 2 rajin melakukan senaman – peluh, kekotoran badan keluar – menjamin kesihatan Idea 3 kebersihan anggota badan – menjaga kuku, rambut, gigi – hindari pembiakan kuman Idea 4 amalkan gaya hidup sihat – kurangkan gula dan lemak – tidak merokok, minum arak

Penutup tempat tinggal, bersih – elakkan pembiakan serangga – jadikan rumahku mahligaiku

Cara-cara Menjaga Kesihatan Yang saya hormati Saudara Pengacara Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, barisan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, panel hakim yang arif lagi bijaksana, serta rakan-rakan yang disenangi. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah “Cara-cara Menjaga Kesihatan”.

Idea Contoh Impak

Kesihatan ialah aset atau anugerah yang terlalu tinggi nilainya kepada setiap individu. Amalan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan penyakit yang berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis. Kesihatan dapat dijaga dan dikawal melalui pengambilan makanan yang seimbang.

Idea Contoh Impak

Selain itu, kita hendaklah bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Semasa bersenam, peluh daripada badan kita akan keluar bersama-sama kotoran dalam badan. Amalan bersenam juga dapat memberikan kesihatan yang lebih baik.

Idea Contoh Impak

Di samping itu, kebersihan badan merupakan satu daripada punca kesihatan seseorang individu. Kita hendaklah menjaga kebersihan kulit, rambut, kuku, gigi dan pakaian. Anggota badan yang bersih dapat mengelakkan daripada pembiakan kuman.

Idea Contoh Impak

Hadirin yang saya hormati, Kita sewajarnya mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa. Kurangkan pengambilan gula, lemak, garam dan minyak dalam sajian makanan kita. Kita tidak boleh merokok, minum arak, mengambil dadah jika mahu kehidupan yang sempurna.

Idea Contoh Impak

Kesimpulannya, kita mestilah menjaga tempat tinggal supaya kita agar sentiasa bersih. Hindarkan pembiakan lalat, tikus dan lipas yang boleh membawa penyakit. Oleh itu, wujudkanlah persekitaran “rumahku mahligaiku”.

Sekian, terima kasih.

Idea Contoh Impak

68

LESTARI KOSA KATA Kemahiran Merujuki Kamus

Page 21: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 69 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 42 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 42: Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin Kelas kamu menghadapi masalah kerosakan lampu dan kipas angin. Selaku ketua kelas, kamu dikehendaki menulis surat kepada Guru Besar untuk memberitahu masalah tersebut.

KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan

Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat Idea 2 mewakili kelas Enam Bestari – mengemukakan aduan – rosak lampu, kipas angin Idea 3 lampu rosak, sukar belajar – kipas angin tidak berfungsi – tumpuan belajar terganggu Idea 4 ganggu tumpuan belajar – mengharapkan tindakan sewajarnya – kesulitan berakhir

Penutup kerjasama, perhatian – ucapan terima kasih – ungkapan bertatasusila, akhiri surat

Aduan Kerosakan Lampu dan Kipas Angin Ketua kelas, Tahun Enam Bestari, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Tungku, 36000 Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.

26 Mac 2012.

Tuan, ADUAN KEROSAKAN LAMPU DAN KIPAS Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Saya mewakili murid-murid Tahun Enam Bestari ingin mengemukakan satu aduan. Aduan saya ialah tentang kerosakan lampu dan kipas angin di kelas kami.

3. Untuk pengatahuan tuan, kerosakan ini berlaku sejak awal tahun. Lampu yang rosak juga menyukarkan kami belajar ketika cuaca mendung. Kipas angin yang tidak berfungsi pula menyebabkan keadaan kelas kurang selesa.

4. Tambahan pula, perkara ini akan mengganggu tumpuan kami semasa belajar. Saya amat mengharapkan agak pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Semoga kesulitan yang kami alami, akan segera berakhir.

Kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar, Rizalman (RIZALMAN BIN KHUSAIRI) Ketua kelas, Tahun Enam Bestari.

69

Page 22: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 70 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 43 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 43: Persetujuan Menyertai Acara Olahraga Pasukan olahraga sekolah kamu diundang untuk menyertai sukan tahunan di sebuah sekolah. Selaku setiausaha, tulis sepucuk surat bagi menyatakan persetujuan menyertai acara tersebut.

KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan

Idea 1 kata panggilan rasmi – perkara, tajuk surat – tujuan, isi surat, ditulis ringkas dan tepat Idea 2 memaklumkan surat diterima – terima kasih, terima undangan – menyertai kejohanan Idea 3 diwakili, dua pasukan – bawah 12 tahun, lelaki dan perempuan – acara 4 x 100 meter Idea 4 harapan, memeriahkan kejohanan – melahirkan bakat baru – ucapan terima kasih

Penutup sudi mengundang pasukan olahraga – ucapan terima kasih – kata-kata akhiri surat

Persetujuan Menyertai Acara Olahraga Setiausaha Persatuan Olahraga, Sekolah Kebangsaan Dato Sagor, 36800 Kampong Gajah. Penyelaras Sukan Tahunan ke-21, Sekolah Kebangsaan Seberang Perak, 36800 Kampong Gajah, Perak Darul Ridzuan.

28 April 2012.

Tuan, Acara Lari Berganti-ganti Antara Sekolah Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa surat tuan telah diterima. Ribuan terima kasih saya ucapkan atas undangan untuk menyertai kejohanan sukan tahunan kali yang ke-21.

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan besar hati menerima undangan tersebut. Kami akan menyertai kejohanan olahraga pada 26 April 2008 itu nanti. Sekolah kami akan diwakili oleh dua pasukan bawah umur 12 tahun.

4. Kami akan menghantar pasukan 4 x 100 meter bagi kategori lelaki dan perempuan. Kami berharap agar penyertaan pasukan kami dapat memeriahkan temasya sukan sekolah tuan. Justeru, diharapkan kejohanan ini mampu melahirkan bakat-bakat baru.

Kesudian pihak tuan mengundang kami, didahului ucapan terima kasih. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar, Faizal Riza (FAIZAL RIZA BIN ABDUL HANIF) Setiausaha Persatuan Olahraga, Sekolah Kebangsaan Dato’ Sagor.

70

Page 23: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 71 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 44 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 44: Jemputan Menyertai Pertandingan Menulis Cerpen Sekolah kamu terpilih menjadi penyelaras pertandingan menulis cerpen. Sebagai setiausaha, kamu diminta menulis surat jemputan untuk menyertai pertandingan tersebut.

KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan

Idea 1 pertandingan menulis cerpen – anjuran PPD Kuala Pilah – tarikh pertandingan Idea 2 jemputan menyertai pertandingan – wakil sekolah – terbuka kepada murid tahap dua Idea 3 pertandingan, mencungkil bakat – masa 60 minit – 300 hingga 350 panjang cerpen Idea 4 bawa alat tulis sendiri – keperluan lain disediakan penganjur – 12 hadiah disediakan

Penutup kembalikan borang – seminggu sebelum pertandingan – kata-kata mengakhiri surat

Jemputan Menyertai Pertandingan Menulis Cerpen

Penyelaras Pertandingan Menulis Cerpen, Sekolah Kebangsaan Kampung Batu, 7200 Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Setia, 72000 Kuala Pilah.

13 Ferbuari 2012.

Tuan, PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Pilah akan menganjurkan Pertandingan Menulis Cerpen. Pertandingan tersebut akan diadakan pada 10 Mac 2012.

2. Sehubungan itu, saya dengan hormatnya menjemput seorang peserta dari sekolah tuan untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap dua sahaja.

3. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dalam kalangan murid bagi menghasilkan cerpen. Tajuk cerpen akan diberi semasa hari pertandingan. Masa yang diberi kepada peserta ialah 60 minit. Panjang cerpen antara 200 hingga 350 patah perkataan.

4. Para peserta dikehendaki membawa alat tulis sahaja. Keperluan-keperluan lain akan disediakan oleh pihak penganjur. Dua belas hadiah akan disediakan untuk pertandingan ini.

Pihak tuan dikehendaki melengkapkan borang pertandingan yang dikepilkan dan kembalikan sebelum atau pada 29 Februari 2012 . Kerjasama daripada pihak tuan sangat kami hargai. Saya yang menjalankan tugas, Denis Zulaiman (DENIS ZULAIMAN BIN HASBOLAH) Penyelaras Pertandingan Menulis Cerpen, SK Kampung Batu, Kuala Pilah.

71

Page 24: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 72 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 45 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS

TEMA: MASYARAKAT Tajuk 45: Aduan Bekalan Air Bersih Anda hendak membuat aduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih di tempat kamu. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang masalah tersebut.

KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan

Idea 1 wakil kepada penduduk – aduan gangguan bekalan air – tekanan air yang rendah Idea 2 gangguan sejak tiga minggu – timbul aneka masalah – mandi, membasuh, memasak Idea 3 masalah tekanan air rendah – air mengalir perlahan – langsung terputus bekalan Idea 4 air disalurkan keruh – bimbang menggunakan air paip – akan menjejas kesihatan

Penutup mengharapkan tindakan segera – atasi masalah, aduan – kata-kata mengakhiri surat

Aduan Bekalan Air Bersih

305, Blok A, Pangsapuri Seri Perdana, Jalan Seroja 6/8A, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya. Pengurus Syarikat Air Bersih Selangor, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 46050 Petaling Jaya.

10 Januari 2012.

Tuan, Aduan Gangguan Bekalan Air Bersih di Kawasan Pangsapuri Seri Perdana Saya mewakili penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara ingin membuat aduan tentang masalah gangguan bekalan air bersih dan tekanan air yang sangat rendah.

2. Masalah ketiadaan bekalan air bersih sering berlaku di sini sejak tiga minggu yang lalu. Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran kepada para penduduk untuk melakukan aktiviti seharian seperti mandi, membasuh, dan memasak.

3. Tekanan air yang sangat rendah juga menyebabkan penghuni di tingkat atas pangsapuri ini sukar untuk mendapatkan air. Air yang mengalir terlalu kecil dan sangat sedikit. Pada masa-masa puncak, terutamanya waktu pagi air langsung tidak mengalir.

4. Selain itu, kami mendapati air yang disalurkan juga tidak bersih, keruh, dan berkeladak. Justeru itu, kami berasa bimbang penggunaan air tersebut akan menjejaskan kesihatan.

Sehubungan dengan itu, kami berharap benar agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini. Sekian dimaklumkan. Saya yang benar, Syhamsuri (SYHAMSURI BIN KAMARUDDIN) Wakil Penduduk Pangsapuri Seri Perdana, Kota Damansara, Petaling Jaya.

72

Page 25: TACEM 012 Set-B2

MODUL “TACEM” BAHASA MALAYSIA PENULISAN 73 TARGET CEMERLANG KERTAS 012 – BAHAGIAN “B”

PENULISAN MENGIKUT TEMA BAHASA MALAYSIA UPSR BAHAGIAN “B” – KERTAS 012/1 DISEDIAKAN OLEH HAJI MD. RAMLI SABRAN – GC BM SK KAMPONG BAHAGIA, TELUK INTAN

LATIHAN 46 SURAT KIRIMAN RASMI FORMAT KHUSUS

TEMA: SEKOLAH Tajuk 46: Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Persatuan kadet sekolah anda akan mengadakan perkhemahan unit beruniform di padang sekolah. Sebagai setiausaha, anda meminta kebenaran Guru Besar untuk mengadakan perkhemahan tersebut.

KERANGKA IDEA Format alamat pengirim dan alamat penerima, tarikh – tandatangan nama, dan jawatan

Idea 1 kebenaran mengadakan perkhemahan – setiausaha kadet remaja – tarikh dirancang Idea 2 tempat perkhemahan – jangka masa perkhemahan – waktu bermula, waktu berakhir Idea 3 tujuan perkhemahan – kenali-mengenali, latih berdikari – tepati dan hargai masa Idea 4 pengalaman baharu – tidur beramai-ramai dalam khemah – giliran berkawal malam

Penutup mengundang Guru Besar – merasmikan perkhemahan – harapan, mengakhiri surat

Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Persatuan Kadet Remaja, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, 83000 Batu Pahat, Johor. Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar, 83000 Batu Pahat.

6 April 2012.

Tuan, Memohon Kebenaran Mengadakan Perkhemahan Kadet Remaja 2012 Saya Mimi Farhana Ainuddin selaku Setiausaha Kadet Remaja ingin memohon kebenaran untuk mengadakan perkhemahan Kadet Remaja 2012 pada hari Sabtu, 28 April 2012.

2. Perkhemahan tersebut akan diadakan di padang bola sekolah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang keesokan harinya.

3. Perkhemahan ini diadakan bertujuan untuk kenal-mengenali antara anggota persatuan. Anggota kadet juga dilatih supaya dapat berdikari melakukan aktiviti semasa perkhemahan. Mereka juga mesti dilatih menepati masa bagi semua aktiviti yang dirancang.

4. Selain itu, anggota kadet merasai pengalaman baharu semasa berkhemah. Antaranya, tidur beramai-ramai dalam satu khemah dan berkawal malam mengikut giliran.

Sehubungan dengan itu, kami berhasrat mengundang tuan untuk merasmikan Perkhemahan Kadet Remaja 2012 pada kali ini. Kami berharap agar pihak tuan tidak keberatan untuk menerima undangan ini. Kerjasama pihak tuan, didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Saya yang menjalankan tugas, Mimi Farhana (MIMI FARHANA BINTI AINUDDIN) Setiausaha Kadet Remaja, SK Seri Iskandar, Batu Pahat.

73