TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN...

24
Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015 40 TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN KANAK-KANAK TASKA DI MALAYSIA Zainiah Mohamed Isa, Norsaadah Mohamad Radzi, Veronica Riang, Mohammad Azizuddin Kastari & Nur Fatin Zainuddin Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia Abstrak Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran dan ciri-ciri konsep cetakan dalam kalangan kanak- kanak di Malaysia. Seramai 155 orang kanak-kanak yang berumur diantara 2 hingga 4 tahun dari pusat TASKA KEMAS, PERMATA dan PASTI di sekitar Perak dan Selangor telah digunakan sebagai sampel kajian. Data telah dikumpulkan mengguna borang senarai semak. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran konsep cetakan kanak-kanak 2 tahun adalah lemah (min=1.82), sementara 3tahun (min=2.42) dan 4 tahun (min=2.65) adalah di peringkat sederhana. Beberapa kriteria penguasaan konsep cetakan bagi setiap peringkat umur juga telah dikenal pasti. Justeru pendidik digalakkan melaksanakan penilaian konsep cetakan, perbanyakkan aktiviti membaca bersama kanak-kanak, menyediakan modul kemahiran konsep cetakan dan juga melibatkan ibu bapa di rumah. Kata kunci Konsep cetakan, kemahiran konsep cetakan, ciri-ciri konsep cetakan Abstract The aim of this research is to identify the criteria and the level of skill acquisition for the concept of printing among children About 155 children aged 2 to 4 years from the KEMAS, PERMATA and PASTI nursery around Perak and Selangor were choosen as sampel.

Transcript of TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN...

Page 1: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

40

TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN KANAK-KANAK

TASKA DI MALAYSIA

Zainiah Mohamed Isa, Norsaadah Mohamad Radzi, Veronica Riang, Mohammad Azizuddin Kastari & Nur Fatin Zainuddin

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran dan ciri-ciri konsep cetakan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Seramai 155 orang kanak-kanak yang berumur diantara 2 hingga 4 tahun dari pusat TASKA KEMAS, PERMATA dan PASTI di sekitar Perak dan Selangor telah digunakan sebagai sampel kajian. Data telah dikumpulkan mengguna borang senarai semak. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran konsep cetakan kanak-kanak 2 tahun adalah lemah (min=1.82), sementara 3tahun (min=2.42) dan 4 tahun (min=2.65) adalah di peringkat sederhana. Beberapa kriteria penguasaan konsep cetakan bagi setiap peringkat umur juga telah dikenal pasti. Justeru pendidik digalakkan melaksanakan penilaian konsep cetakan, perbanyakkan aktiviti membaca bersama kanak-kanak, menyediakan modul kemahiran konsep cetakan dan juga melibatkan ibu bapa di rumah.

Kata kunci Konsep cetakan, kemahiran konsep cetakan, ciri-ciri konsep cetakan

Abstract

The aim of this research is to identify the criteria and the level of skill acquisition for the concept of printing among children About 155 children aged 2 to 4 years from the KEMAS, PERMATA and PASTI nursery around Perak and Selangor were choosen as sampel.

Page 2: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

41

A check list was used to collect data. The findings showd that the level of skill acquisition among year 2 children is low (mean=1.82), while that of 3 years (mean=2.42) and 4 years (mean=2.65) are average. Several criterias for the concept of printing has also been identified. It is hoped that teachers will implement the assesment, increase the reading activities with children, prepare a modul for the concept of printing and parent’s involvement programs.

Keywords Print concept, print concept skill, print concept characteristic

PENDAHULUANPelbagai penyelidikan telah dilaksanakan dalam bidang literasi awal kerana ianya merupakan salah satu komponen yang penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ini kerana menurut Mahzan Arshad (2012) menyatakan bahawa kanak-kanak yang memiliki pengalaman dan kemahiran literasi awal yang baik akan dapat membaca dengan lancar kelak. Malah Strickland dan Shanahan (2004) turut menekankan bahawabahasa pertuturan, kod abjad dan juga pengetahuan konsep cetakan adalah kemahiran literasi awal kanak-kanak 0 hingga 5 tahun yang menjadi peramalan bagi kebolehan membaca kanak-kanak pada masa akan datang.Justeru, ini menyokong pendapat Clay (1989) yang menyatakan peranan konsep cetakan sebagai asas bagi kemahiran literasi kanak-kanak.

Clay (1989) menerangkan konsep cetakan merujuk kepada pengetahuan kanak-kanak terhadap fungsi cetakan dan bagaimana cetakan tersebut bertindak. Hal Ini termasuklah memahami bahawa membaca buku adalah bermula dari depan ke belakang dan cetakan juga merupakan bahasa percakapan yang ditulis. Adams (1990) turut menjelaskan perlunya pengetahuan tentang perkataan, ayat dan cerita sebagai kriteria bagi konsep cetakan. Jelaslah konsep cetakan bermula daripada konsep bahawa bahasa lisan boleh dicetak, dan akhirnya cetakan tulisanlah yang dibaca untuk memahami sesebuah teks. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan kanak-kanak menguasai konsep cetakan pada peringkat awal lagi.

PENYATAAN MASALAHJumlah kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran membaca di negara ini semakin membimbangkan. Berdasarkan kajian yang

Page 3: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

42

dijalankan oleh Abdul Rasid (2011) terhadap 161 murid sekolah rendah luar bandar mendapati bahawa terdapat masalah di kalangan pelajar untuk menguasai kemahiran membaca termasuk memahami kandungan maklumat dalam teks yang dibaca dan tidak memahami maksud ayat yang dibaca. Masalah membaca sering dikaitkan dengan kelemahan dalam penguasaan literasi kanak-kanak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai asas yang kukuh dalam perkembangan literasi awal mereka. Begitu juga dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (2013) juga menyatakan mengenai 44% murid tidak mencapai tanda aras minimum dalam bacaan yang menunjukkan bahawa masalah membaca masih lagi berlanjutan dalam kalangan murid-murid di Malaysia. Justeru penyelesaian masalah ini mungkin perlu dilihat melalui perspektif penyelesaian awal dengan memastikan asas kemahiran membaca perlu disemai sejak awal usia lagi.

Menurut teori pemunculan literasi (emergent literacy theory), kemahiran membaca adalah bermula sejak kanak-kanak lahir lagi. Ianya bermula dengan konsep cetakan sehingga kepada kemahiran membaca. Clay (1989), menyatakan konsep cetakan adalah merujuk kepada pemahaman kanak-kanak terhadap fungsi cetakan dan bagaimana menggunakan cetakan. Beliau telah membina konsep cetakan ini setelah membuat pemerhatian terhadap pembaca dan bukan pembaca untuk mengetahui bagaimana mereka menggunakan cetakan. Hasilnya, beliau membuat kesimpulan bahawa pelajar-pelajar perlu mempelajari konsep cetakan sebagai pra persediaan kepada membaca. Beliau juga mencadangkan agar konsep cetakan diajar kepada pembaca baharu semenjak awal usia lagi. Kajian Adam (1990) juga menyokong pendapat Clay, bahkan beliau turut menyarankan bukan hanya mengajar konsep cetakan sejak dari awal lagi tetapi juga konsep mengenai perkataan, ayat dan juga cerita bagi memastikan kanak-kanak memperoleh pengetahuan asas bacaan di peringkat awal lagi.

Di Malaysia pula, Kurikulum PERMATA telah mensasarkan perkembangan bahasa dan literasi kanak-kanak menerusi komponen bahasa, komunikasi dan literasi awal. Fokus modul ini telah dibangunkan mengikut peringkat umur untuk memberi rangsangan supaya kanak-kanak mempunyai kebolehan untuk menggunakan bahasa dengan betul serta dapat meluahkan idea dan pengalaman melalui bahasa. Komponen bahasa pertuturan dan kod abjad juga telah dihuraikan dengan baik dan merangkumi setiap peringkat umur

Page 4: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

43

kanak-kanak sepertimana yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, bagi komponen konsep cetakan pula, kemahiran ini dinyatakan secara tidak langsung didalam kurikulum walaupun ianya adalah komponen literasi yang penting.

Setakat ini tiada kajian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kemahiran konsep cetakan dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.Oleh kerana pentingnya konsep cetakan terhadap asas literasi kanak-kanak, pengkaji ingin mengkaji sejauh manakah komponen literasi ini dikuasai oleh kanak-kanak berusia 2, 3 dan 4 tahun di Malaysia dan apakah kriteria bagi kemahiran konsep cetakan ini. Ini kerana penguasaan kemahiran konsep cetakan di awal usia akan memudahkan kanak-kanak menguasai kemahiran literasi yang lain seterusnya.

OBJEKTIF KAJIANObjektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:

a) Untuk melihat tahap penguasaan konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berusia 2, 3,dan 4 tahun di Malaysia.

b) Untuk mengenal pasti kriteria konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berusia 2, 3 dan 4 tahun di Malaysia.

SOALAN KAJIANBagi kajian ini, soalan kajian ialah:

a) Apakah tahap penguasaan konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berusia 2, 3, dan 4 tahun di Malaysia?

b) Apakah kriteria konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berusia 2, 3 dan 4 tahun di Malaysia?

KEPENTINGAN KAJIANKajian yang dijalankan adalah berkaitan dengan tahap penguasaan konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berumur 2, 3 dan 4 tahun. Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji berharap agar dapatan atau hasil kajian ini dapat memberi lintas pandang mengenai pencapaian konsep cetakan dalam kalangan kanak-kanak TASKA di Malaysia kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam dunia pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak.

Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat membantu pendidik awal kanak-kanak mengenal pasti tahap pencapaian kanak-kanak

Page 5: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

44

di TASKA mereka dan seterusnya melaksanakan usaha untuk meningkatkan kemahiran konsep cetakan kanak-kanak. Ini kerana pendidik juga boleh mengenal pasti tahap perkembangan dan penguasaan konsep cetakan kanak-kanak di bawah asuhan mereka melalui borang penilaian konsep cetakan. Pendidik boleh menjalankan pemerhatian dan penilaian terhadap kemahiran konsep cetakan kanak-kanak. Dengan cara ini, para pendidik dapat memberi bimbingan yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak.

Selain daripada ibu bapa mendapat pengetahuan tentang kepentingan konsep cetakan dan seterusnya merangka aktiviti yang bersesuaian bagi membantu perkembangan dan pemahaman kanak-kanak terhadap konsep cetakan semasa di rumah.

BATASAN KAJIANKajian ini hanya melibatkan kanak-kanak yang berumur 2, 3 dan 4 tahun daripada beberapa buah TASKA yang dipilih. Justeru, kajian ini tidak dapat digeneralisasikan sebagai kemahiran konsep cetakan semua kanak-kanak di negara ini.

TINJAUAN LITERATURClay (1991) telah menjalankan kajian berbentuk pemerhatian yang menunjukkan kanak-kanak telah boleh melakukan perlakuan membaca yang utama seperti pengetahuan terhadap abjad dan perkataan, arah pembacaan, pembetulan bacaan kendiri, dan memadankan bacaan lisan dengan cetakan teks. Kajian ini bukan sahaja menerangkan proses pembacaan kanak-kanak, malah membuka jalan kepada perkembangan bacaan awal yang mula menyimpang daripada fahaman tradisional yang menyatakan membaca bermula dengan pengenalan huruf dan perkataan. Kajian beliau dalam bidang literasi ini membuka pengetahuan baru kepada pendidik awal kanak-kanak mengenai perspektif kanak-kanak mengenai buku, cetakan dan menulis sebelum mereka memasuki alam persekolahan.

Ini kerana pengetahuan dan penguasaan dalam konsep cetakan ini merupakan satu kemahiran literasi yang utama dalam pendidikan awal kanak-kanak (Justice, 2006). Kenyataan ini disokong oleh Pullen dan Justice (2003) yang menyatakan bahawa pengetahuan tentang konsep cetakan membantu kanak-kanak dalam proses belajar membaca pada di peringkat prasekolah dan seterusnya. Justeru, kebolehan dan

Page 6: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

45

keupayaan kanak-kanak dalam konsep cetakan adalah faktor peramal bagi pencapaian mereka dalam kebolehan membaca dan kemahiran ini merupakan elemen asas dalam pemunculan literasi. (Adam, 1990; Justice & Ezell, 2001).

Kemahiran Konsep Cetakan Kanak-KanakJustice dan Ezell (2004) berpendapat bahawa antara aspek khusus yang terlibat dalam pengetahuan konsep cetakan adalah kanak-kanak tahu membezakan antara tulisan dan gambar, memahami cara memegang buku yang betul dan tahu membelek arah helaian buku dengan betul. Goodman (1986) dan Mason (1980) turut bersetuju bahawa penguasaan terhadap konsep cetakan ini merujuk kepada kebolehan seorang kanak-kanak dalam memilih dan mengenal pasti fungsi bahan bacaan dan seterusnya mengetahui hubungan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan. Konsep cetakan juga melatih kanak-kanak mengenal pasti bahagian-bahagian buku seperti nama buku, bahagian atau tempat yang betul untuk memulakan bacaan, halaman muka surat dan sebagainya. Oleh itu, apabila kanak-kanak mendengar pembacaan dan juga meneroka sesuatu bahan bacaan dengan cara mereka yang tersendiri, tahap penguasaan terhadap konsep cetakan mereka meningkat.

Biasanya, kanak-kanak yang baru mula berjinak-jinak dengan buku atau bahan bacaan, akan cenderung untuk memberi fokus kepada gambar berbanding tulisan. Hal ini dapat diperhatikan melalui aktiviti pembacaan buku bersama kanak-kanak. Melalui aktiviti ini juga kanak-kanak dapat dibimbing untuk meneroka tulisan yang bercetak dalam buku cerita (Justice dan Ezell, 2004) yang seterusnya menjadi asas pembacaan mereka kelak. Kemahiran konsep cetakan ini dapat diterapkan dalam kalangan kanak-kanak melalui pelbagai cetakan yang terdapat dalam persekitaran mereka seperti papan tanda, logo makanan kegemaran, kad ucapan, resipi dan senarai barangan. Selain daripada itu, kanak-kanak juga akan memperoleh kemahiran ini dengan memerhatikan orang dewasa membaca secara kuat, menuding pada perkataan semasa membaca dan menulis bersama kanak-kanak. Jelas aktiviti membaca secara kuat juga dikatakan amat sesuai bagi menerapkan kemahiran konsep cetakan ini (Strickland & Schickedanz, 2004; Clay, 1991) harus dijadikan amalan bagi bilik darjah prasekolah.

Aspek penilaian konsep cetakan juga boleh dilakukan melalui pembacaan buku. Gillet dan Temple (1994) menyatakan bahawa penilaian terhadap penguasaan konsep cetakan dalam literasi awal

Page 7: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

46

kanak-kanak boleh dilakukan melalui cara mereka mengendalikan sesuatu bahan bacaan, seperti tahu muka hadapan dan muka belakang buku, tahu penyusunan berarah tentang bahan yang bercetak, iaitu dari kiri ke kanan, tahu perbezaan antara huruf dan perkataan dan akhir sekali tahu penggunaan tanda baca yang mudah.

Oleh itu pembacaan secara kuat perlu dilakukan secara kerap di dalam bilik darjah kanak-kanak. Ini kerana melalui pembacaan ini kanak-kanak akan dapat mencontohi tingkah laku pembaca yang ditunjukkan oleh pendidik. Pendidik juga boleh menggunakan peluang semasa membaca untuk menerapkan kemahiran konsep cetakan seperti menunjukkan huruf dan perkataan. Melalui pemerhatian terhadap kanak-kanak yang sedang membaca buku, pendidik turut boleh melakukan proses penilaian konsep cetakan. Jelaslah pentingnya pembacaan buku kepada kanak-kanak untuk menerapkan kemahiran konsep cetakan dan proses penilaian.

Konsep Cetakan dan Usia Kanak-kanakGoodman (1986) turut menyatakan bahawa pengetahuan dalam konsep cetakan merupakan satu aspek yang penting bagi kemunculan kebolehan membaca dan menulis, yang berkembang secara perlahan sepanjang proses perkembangan awal kanak-kanak. Kemahiran konsep cetakan yang paling awal ialah kanak-kanak tahu mengenai cara pengendalian buku. Kemahiran ini dapat dilihat dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 2 ke 3 tahun yang memegang buku dengan betul (tidak terbalik), menyelak muka surat dan bermain buku dengan cara yang berbeza bermain alat mainan yang lain (Snow & Ninio, 1986). Kemahiran ini berkembang kepada kemahiran konsep cetakan yang lain melalui pembacaan buku yang berterusan dan juga melalui peluang untuk kanak-kanak meneroka bahan bacaan.

Seterusnya bagi kanak-kanak berusia 3 tahun, kajian oleh Mason (1980) dalam Justice dan Ezell (2001) mendapati bahawa kanak-kanak ini telah dapat mengenal cetakan. Beliau menegaskan lagi kanak-kanak tertarik terhadap cetakan dan meneroka sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Kanak-kanak ini menggunakan cetakan untuk berkomunikasi, membaca huruf serta mengenal pasti huruf dan perkataan di media massa seperti surat khabar.

Selain itu, Justice dan Ezell (2001) turut menjalankan kajian terhadap kanak-kanak yang berumur 4 tahun bagi melihat hubungan antara penguasaan konsep cetakan dengan mengenali perkataan. Instrumen yang digunakan ialah Penilaian Perkataan Prasekolah dan

Page 8: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

47

Konsep Cetakan yang diperkenalkan oleh Clay. Kajian ini menunjukkan kanak-kanak yang berusia 4 tahun telah mampu membaca perkataan (Justice & Ezell, 2001).

Melalui kajian lepas didapati kanak-kanak berusia dua tahun mereka telah boleh menguasai kemahiran pengendalian buku, telah mengenal cetakan semasa berusia tiga tahun dan seterusnya telah mampu membaca perkataan semasa usia empat tahun.Oleh itu dapat dirumuskan kemahiran konsep cetakan akan meningkat dengan meningkatnya usia kanak-kanak.

Konsep Cetakan Sebagai Asas MembacaHasil dapatan Justice dan Ezell (2001) tersebut mencadangkan agar kanak-kanak memperoleh konsep cetakan lebih awal sebelum mula mempelajari konsep perkataan atas beberapa sebab. Pertama, pemahaman pemunculan literasi adalah berbeza antara setiap kanak-kanak berdasarkan kepada pengalaman dan pendedahan yang diberikan oleh ibu bapa atau pendidik kepada kanak-kanak (Mason, 1980; Goodman, 1986; Chaney, 1992). Lebih banyak pendedahan yang diperoleh oleh kanak-kanak, lebih mudah mereka menguasai konsep cetakan dan seterusnya mudah membaca perkataan. Kedua, terdapat kesinambungan antara peningkatan kesedaran konsep cetakan dengan perkembangan kanak-kanak dalam perkataan (Lomax & McGee, 1987). Ada beberapa kemahiran yang perlu dikuasai terlebih dahulu daripada kemahiran yang lain. Contohnya, kebolehan mendiskriminasikan antara perkataan yang mudah dengan yang sukar (‘saya’ dengan ‘bunga’) yang menunjukkan kemahiran yang yang mudah akan dikuasai lebih awal sebelum kemahiran yang lebih sukar.

Dapatan yang selari juga berlaku dalam kajian Lomax & McGee (1987) yang melaksanakan kajian untuk melihat keberkesanan konsep cetakan dalam membantu kanak-kanak mengenal perkataan. Kajian tersebut melibatkan 81 orang kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 7 tahun. Sebanyak 18 jenis penilaian digunakan untuk mengukur hipotesis tersebut. Antaranya ialah penilaian penulisan jurnal, senarai semak kesedaran fonemik dan senarai semak konsep cetakan digunakan dalam ujian pra dan pasca. Mereka menguji model pengajaran yang mengandungi komponen-komponen seperti konsep cetakan, kesedaran huruf, kesedaran fonemik dan juga kesedaran bunyi huruf. Dapatan kajian tersebut menunjukkan terdapat pengaruh yang kuat antara konsep cetakan dengan mengenal perkataan. Hal ini menunjukkan konsep cetakan merupakan peramal kepada membaca perkataan.

Page 9: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

48

Berdasarkan kajian-kajian didapati betapa pentingnya kemahiran konsep cetakan sebagai asas kepada literasi awal kanak-kanak terutamanya dalam membaca. Oleh itu, adalah penting bagi pendidik-pendidikmemastikan kanak-kanak menguasai kemahiran ini sejak awal usia lagi bagi memastikan kanak-kanak mempunyai asas literasi yang kukuh.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian tinjauan. Maklumat mengenai kemahiran konsep cetakan kanak-kanak ini akan dikumpulkan oleh beberapa orang pendidik pelatih di beberapa buah TASKA yang terpilih. Lokasi yang dipilih untuk menjalankan kajian ini adalah di beberapa buah TASKA di sekitar Perak dan Selangor. Pemilihan beberapa buah TASKA(KEMAS, PERMATA dan PASTI) dibuat disebabkan bilangan responden yang diperlukan oleh pengkaji bagi sesebuah TASKA hanya beberapa orang bagi mewakili populasi tertentu. Oleh hal yang demikian, dengan menjalankan kajian di beberapa lokasi yang dipilih ini dapat memenuhi keperluan kajian iPopulasi bagi kajian ini ialah kanak-kanak berumur 2, 3 dan 4 tahun yang berada di TASKA di Malaysia. Sampel kajian pula terdiri daripada 155 orang kanak-kanak TASKA 2, 3 dan 4 tahun yang berada di TASKA. Pengkaji memilih kanak-kanak berumur 2, 3 dan 4 tahun kerana mereka merupakan pembaca baharu. Pada peringkat baharu ini, kanak-kanak perlu diajar dan didedahkan dengan cara buku berfungsi dan konsep cetakan secara khususnya.

Instrumen KajianInstrumen yang digunakan dalam kajian ini borang senarai semak berkaitan konsep cetakan yang diubah suai daripada borang senarai semak konsep cetakan oleh Clay (1989). Borang soal selidik diubahsuai oleh pengkaji sendiri berdasarkan maklumat daripada buku rujukan untuk memenuhi keperluan kajian ini.

Berikut adalah item-item yang digunakan di dalam borang soal selidik dan juga untuk penilaian kemahiran konsep cetakan kanak-kanak:

Page 10: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

49

Bahagian A: Maklumat Kanak-Kanak• Nama• Jantina• Nama TASKA• Orientasi TASKA

Bahagian B: Kemahiran Konsep Cetakan• Tahu fungsi buku• Tahu memegang buku dengan betul• Tahu kulit/muka depan buku• Tahu tajuk buku• Tahu mana gambar dan mana perkataan• Tahu membaca dari kiri ke kanan• Tahu permulaan ayat dan penghujung cerita• Tahu bahawa tulisan teks yang mengisahkan cerita, bukannya

gambar• Tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu• Tahu yang mana huruf dan yang mana perkataan

DAPATAN KAJIAN

Analisis Dapatan Kajian

Perbincangan yang dibuat dalam bahagian ini adalah berdasarkan kepada soalan-soalan kajian. Berdasarkan daripada jawapan dalam borang soal selidik, pengkaji berjaya memperoleh data yang dapat dipersembahkan analisisnya dalam bentuk analisis deskriptif bagi skor yang diperoleh. Data-data tersebut dapat menjawab soalan-soalan yang berikut:

I. Apakah tahap penguasaan konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun di Malaysia?

II. Apakah kriteria konsep cetakan bagi kanak-kanak yang berusia 2, 3 dan 4 tahun di Malaysia?

Demografi Kajian

Dalam kajian ini, jumlah kanak-kanak terlibat adalah seramai 155 orang. Seramai 51 orang (32.9%) kanak-kanak adalah berumur 2

Page 11: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

50

tahun, 52 orang (33.5%) kanak-kanak berumur 3 tahun dan 52 orang (33.5%) kanak-kanak berumur 4 tahun. Bilangan dan peratusan umur kanak-kanak terlibat adalah seperti dalam Jadual 1:

Jadual 1 Taburan bilangan dan peratus umur responden

Umur Bilangan Peratus (%)2 Tahun 51 32.93 Tahun 52 33.54 Tahun 52 33.5Jumlah 155 100

Kajian ini mengambil kira orientasi TASKA yang merangkumi orientasi KEMAS, PERMATA, PASTI dan swasta bagi memastikan sampel yang diambil adalah daripada populasi pelbagai TASKA. Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 40 orang (25.8%) kanak-kanak adalah dari TASKA KEMAS, 38 orang (24.5%) dari TASKA PERMATA, 38 orang (24.5%) dari TASKA PASTI dan 39 orang (25.2%) dari TASKA swasta. Taburan bilangan dan peratusan mengikut orientasi TASKA adalah seperti dalam Jadual 2:

Jadual 2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut orientasi TASKA

Orientasi TASKA Bilangan Peratus (%)KEMAS 40 25.8

PERMATA 38 24.5PASTI 38 24.5Swasta 39 25.2Jumlah 155 100

Tahap Penguasaan Konsep Cetakan Bagi Kanak-Kanak yang Berusia 2 hingga 4 Tahun di MalaysiaHasil dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan kemahiran konsep cetakan terhadap 155 orang kanak-kanak yang berumur 2, 3 dan 4 tahun yang diambil pada suku tahun pertama persekolahan. Penilaian tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak dinilai berdasarkan 10 item, iaitu daripada kemahiran mudah kepada kemahiran yang lebih sukar. Kemahiran dinilai menggunakan skala

Page 12: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

51

Likert, skala 1 hingga 4 di mana skala 1 merupakan tahap lemah manakala skala 4 menunjukkan tahap cemerlang.

Tahap Penguasaan Konsep Cetakan Kanak-Kanak 2 Tahun

Jadual 3 Tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak 2 tahun

Kemahiran Konsep Cetakan Skala Min

SkorMin

1 2 3 4Tahu fungsi buku. 20 18 13 - 1.86Tahu memegang buku dengan betul. 2 29 18 2 2.39Tahu kulit/ muka depan buku. 13 18 20 - 2.14Tahu tajuk buku. 21 18 11 1 1.84Tahu membezakan gambar dengan perkataan. 18 20 12 1 1.92

Tahu membaca dari kiri ke kanan. 10 35 6 - 1.92Tahu di mana permulaan dan penghujung ayat. 30 18 3 - 1.47

Tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar. 26 19 6 - 1.61

Tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu 37 13 1 - 1.29

Tahu yang mana perkataan dan huruf 25 12 14 - 1.78MIN KESELURUHAN 1.82

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak berumur 2 tahun adalah pada tahap lemah, iaitu min: 1.82. Kemahiran yang paling dikuasai oleh kanak-kanak 2 tahun adalah tahu memegang buku dengan betul (min: 2.39) dan tahu membaca dari kiri ke kanan (min: 1.92). Sebaliknya, kanak-kanak 2 tahun kebanyakannya kurang pengetahuan bahawa tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar (min: 1.61), pengetahuan tentang permulaan dan penghujung ayat (min: 1.47) dan tidak dapat mengenal pasti jumlah bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu (min: 1.29), iaitu item-item kemahiran ini menunjukkan purata skor terendah.

Page 13: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

52

Berdasarkan dapatan ini pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kanak-kanak 2 tahun telah menguasai kemahiran memegang buku dengan betul dan tahu membaca dari kiri ke kanan dengan baik. Namun, kanak-kanak dalam kajian ini masih belum mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang konsep huruf, perkataan dan ayat dalam sesebuah buku.

Tahap Penguasaan Konsep Cetakan Kanak-Kanak 3 Tahun

Jadual 4 Tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak 3 tahun

Kemahiran Konsep Cetakan Skala Min

SkorMin

1 2 3 4Tahu fungsi buku. - 10 30 12 3.04Tahu memegang buku dengan betul. 1 9 28 14 3.06Tahu kulit/ muka depan buku. 2 11 24 15 3.00Tahu tajuk buku. 3 9 22 18 2.40Tahu membezakan gambar dengan perkataan. 3 14 18 17 2.87

Tahu membaca dari kiri ke kanan. 8 21 11 12 2.29Tahu di mana permulaan dan penghujung ayat. 3 13 22 14 2.13

Tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar. 1 9 21 21 1.81

Tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu 3 7 22 20 1.73

Tahu yang mana perkataan dan huruf 1 6 23 22 1.87MIN KESELURUHAN 2.42

Berdasarkan jadual di atas, didapati bahawa tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak berumur 3 tahun adalah pada tahap sederhana, iaitu min purata skor tertinggi (min: 2.42) adalah baik. Kemahiran yang paling dikuasai oleh kanak-kanak 3 tahun adalah tahu memegang buku dengan betul (min: 3.06), tahu fungsi buku (min: 3.04) dan tahu kulit atau muka buku (min: 3.00). Kanak-kanak pada usia ini menguasai konsep asas sesebuah buku termasuk fungsi buku, cara memegang yang betul dan mengenal kulit buku.

Page 14: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

53

Sebaliknya, kanak-kanak 3 tahun kebanyakannya kurang pengetahuan mengenai mana huruf dan yang mana perkataan (min: 1.87), tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar (min: 1.81), dan tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu (min: 1.73).

Berdasarkan dapatan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa kanak-kanak 3 tahun telah menguasai kemahiran memegang buku dengan betul dan tahu membaca dari kiri ke kanan dengan baik. Namun, kanak-kanak dalam kajian ini masih belum mempunyai pengetahuan yang kukuh tentang konsep huruf, perkataan dan ayat dalam sesebuah buku.

Tahap Penguasaan Konsep Cetakan Kanak-Kanak 4 Tahun

Jadual 5 Tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak 4 tahun

Kemahiran Konsep Cetakan Skala Min

SkorMin

1 2 3 4Tahu fungsi buku. - 3 20 29 3.50Tahu memegang buku dengan betul. - 3 21 28 3.48Tahu kulit/ muka depan buku. 4 9 22 17 3.00Tahu tajuk buku. 2 11 24 15 3.00Tahu membezakan gambar dengan perkataan. 5 9 22 16 2.94

Tahu membaca dari kiri ke kanan. 8 12 18 14 2.35Tahu di mana permulaan dan penghujung ayat. 5 14 20 13 2.21

Tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar. 2 8 24 18 2.19

Tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu 3 14 25 10 1.88

Tahu yang mana perkataan dan huruf 3 23 9 17 1.96MIN KESELURUHAN 2.65

Berdasarkan jadual di atas, tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak berumur 4 tahun adalah pada tahap sederhana, iaitu purata min keseluruhan (min: 2.65) adalah baik. Kemahiran yang dikuasai

Page 15: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

54

oleh kanak-kanak 4 tahun adalah tahu fungsi buku (min: 3.50), tahu memegang buku dengan betul (min: 3.48) dan tahu kulit atau muka buku (min: 3.00), tahu tajuk buku (min: 3.00), tahu membezakan gambar dengan perkataan (min: 2.94), tahu membaca dari kiri ke kanan (min: 2.35), tahu di mana permulaan dan penghujung ayat (min: 2.21), tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita, bukannya gambar (min: 2.19). Kemahiran yang agak lemah ialah kemahiran mengenal pasti perkataan dan huruf (min: 1.96) dan mengenal pasti bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu (min: 1.88). Pengkaji menyimpulkan bahawa kanak-kanak 4 tahun ini telah menguasai kemahiran asas konsep buku, prosedur membaca buku, tetapi masih lemah dalam mengenal ayat, perkataan dan huruf.

Tahap Penguasaan Konsep Cetakan Keseluruhan Kanak-KanakAnalisis kajian ini secara keseluruhan menunjukkan bahawa kanak-kanak yang berumur 2 tahun mempunyai penguasaan konsep cetakan yang lemah, sementara kanak-kanak berumur 3 dan 4 tahun adalah sederhana. Dari segi kemahiran konsep cetakan, kemahiran yang paling dikuasai ialah kemahiran memegang buku dengan betul dan sebaliknya kurang menguasai beberapa kemahiran konsep cetakan seperti konsep huruf, perkataan dan ayat adalah sama bagi kesemua peringkat umur kanak-kanak. Konsep huruf, perkataan dan ayat ini merupakan konsep yang sangat penting bagi kemahiran membaca. Jika kanak-kanak belum menguasai konsep ini dengan baik, hal ini akan mengganggu aktiviti bacaannya.

Hasil dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan pada tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak berumur 2 tahun, 3 tahun, dan 4 tahun. Jadual 4 menunjukkan tahap penguasaan kemahiran konsep cetakan secara keseluruhan bagi semua kanak-kanak yang terlibat dalam kajian mengikut peringkat umur.

Jadual 6 Min keseluruhan tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak

Kemahiran konsep cetakan Min Keseluruhan 2 Tahun 1.823 Tahun 2.424 Tahun 2.65

Page 16: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

55

Rajah 1 Tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak 2, 3 dan 4 tahun

Rajah di atas menunjukkan tahap penguasaan bagi setiap responden kanak-kanak adalah berbeza mengikut peringkat umur. Kanak-kanak 2 tahun mempunyai tahap penguasaan konsep cetakan yang rendah, iaitu sebanyak 1.82, sementara kanak-kanak 3 tahun sebanyak 2.42 dan kanak-kanak 4 tahun sebanyak 2.65. Pengetahuan terhadap konsep cetakan bagi kanak-kanak berumur 2 tahun adalah jauh berbeza berbanding kanak-kanak 3 dan 4 tahun. Berdasarkan data ini jelas menunjukkan bahawa pengetahuan kanak-kanak 2 tahun tentang konsep cetakan adalah sangat lemah sementara penguasaan konsep cetakan kanak-kanak 3 tahun dan 4 tahun adalah sederhana.

Kriteria Konsep Cetakan Bagi Kanak-Kanak Yang Berusia 2, 3 dan 4 Tahun di Malaysia

Bagi menjawab persoalan kedua, pengkaji mengambil kira min setiap item mengikut umur.

Kriteria bagi kanak-kanak 2 tahun ialah tahu pegang buku mempunyai min tertinggi (min: 2.39) dan tahu muka depan (min: 2.14). Hal ini menunjukkan bahawa kanak-kanak 2 tahun telah menguasai konsep buku berbanding kemahiran konsep cetakan yang lain. Kemahiran ini adalah kemahiran konsep cetakan yang paling mudah dikuasai oleh kanak-kanak 2 tahun.

Kriteria bagi kanak-kanak 3 tahun pula ialah tahu cara memegang buku yang betul (min: 3.06), tahu fungsi buku (min: 3.04),tahu muka

Page 17: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

56

depan sesebuah buku (min: 3.00), tahu membezakan gambar dengan perkataan (min: 2.87), tahu tajuk buku (min: 2.40), tahu membaca dari kiri ke kanan (min: 2.29) dan tahu permulaan dan penghujung ayat (min: 2.13). Berdasarkan dapatan ini menunjukkan bahawa kanak-kanak 3 tahun telah menguasai konsep buku dan kemahiran konsep cetakan yang berkaitan dengan prosedur pembacaan.

Rajah 2 Kriteria konsep cetakan kanak-kanak 2, 3 dan 4 tahun

Kriteria bagi kanak-kanak 4 tahun adalah tahu fungsi buku (min: 3.50), tahu cara memegang buku yang betul (3.48), tahu muka depan sesebuah buku (min: 3.00), tahu membezakan gambar dengan perkataan (min: 2.94), tahu tajuk buku (min: 3.00), tahu membaca dari kiri ke kanan (min: 2.35), tahu di mana permulaan dan penghujung ayat (min: 2.21) dan tahu teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar (min: 2.19) merupakan kriteria kemahiran yang paling dikuasai oleh kanak-kanak 4 tahun ini.

Berdasarkan dapatan ini dapat disimpulkan bahawa kanak-kanak 4 tahun telah menunjukkan bahawa kanak-kanak 4 tahun telah menguasai kebanyakan kemahiran konsep cetakan, terutamanya kemahiran tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita dan bukannya gambar yang merupakan ciri utama dalam kemahiran konsep cetakan.

Berdasarkan analisis kajian ini, kriteria yang dicadangkan adalah seperti berikut;

Page 18: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

57

Jadual 7 Kriteria konsep cetakan kanak-kanak 2, 3 dan 4 tahun

Kemahiran Konsep Cetakan Tahap Umur2 3 4

Tahu fungsi buku. ü ü

Tahu memegang buku dengan betul. ü ü ü

Tahu kulit/ muka depan buku. ü ü ü

Tahu tajuk buku. ü ü

Tahu membezakan gambar dengan perkataan. ü ü

Tahu membaca dari kiri ke kanan. ü ü

Tahu di mana permulaan dan penghujung ayat. ü ü

Tahu tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar. ü

Tahu bilangan ayat yang terdapat dalam muka surat tertentu Tahu yang mana perkataan dan huruf

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSANPerbincangan kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pencapaian konsep cetakan kanak-kanak di Malaysia dan membandingkannya dengan tahap pencapaian kanak-kanak di luar negara.

Penguasaan Konsep Cetakan Kanak-kanak 2, 3 dan 4 Tahun

Apabila keputusan kajian dinilai dari segi umur kanak-kanak menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dalam tahap penguasaan konsep cetakan untuk kanak-kanak yang berumur 2 tahun dengan 3 dan 4 tahun. Dapatan kajian menunjukkan penguasaan konsep cetakan agak lemah bagi usia 2 tahun tetapi sederhana bagi usia 3 dan 4 tahun. Walaupun penguasaan kanak-kanak 3 dan 4 tahun tidak banyak berbeza, namun kanak-kanak yang berumur 4 tahun mempunyai tahap penguasaan konsep cetakan yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang berumur 3 tahun.

Dapatan ini menunjukkan bahawa pemahaman kanak-kanak terhadap konsep cetakan semakin meningkat mengikut usia seperti dalam kajian Evans, Williamson & Pursoo (2008). Dalam kajian itu, tahap pencapaian kanak-kanak dalam konsep cetakan adalah

Page 19: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

58

semakin meningkat mengikut usia, iaitu kanak-kanak berumur 5 tahun menunjukkan pencapaian tertinggi diikuti oleh kanak-kanak berumur 4 tahun dan terakhir adalah kanak-kanak berumur 3 tahun apabila pendidik membaca buku bersama sambil menunjuk pada setiap perkataan semasa membaca. Ini bersesuaian dengan kenyataan Clay (1989) yang pemunculan literasi berlaku secara berperingkat-peringkat, iaitu perlakuan menulis dan membaca kanak-kanak yang berkembang kepada kebolehan membaca dan menulis yang sebenarnya.

Dari segi kemahiran konsep cetakan, kajian ini mendapati kemahiran yang paling mudah dikuasai ialah kemahiran memegang buku dengan betul tetapi kurang menguasai beberapa kemahiran konsep cetakan seperti konsep huruf, perkataan dan ayat adalah sama bagi kesemua peringkat umur kanak-kanak. Kemahiran memegang buku dengan betul adalah kemahiran konsep cetakan yang terawal, sementara kemahiran mengenal pasti ayat, perkataan dan huruf adalah kemahiran yang lebih tinggi dalam kemahiran konsep cetakan seperti yang dicadangkan oleh Justice dan Ezell (2004), Goodman (1986), Mason (1980), dan Van Kleeck (1998). Selain daripada itu, Goodman (1986), Mason (1980) turut bersetuju bahawa penguasaan terhadap konsep cetakan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengenal pasti fungsi bahan bacaan dan seterusnya mengetahui hubungan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan. Hal ini menunjukkan penguasaan konsep cetakan kanak-kanak bermula dengan pengetahuan tentang bagaimana buku berfungsi dan akhirnya berkembang kepada kemahiran yang lebih tinggi, iaitu bagaimana cetakan teks berfungsi.

Sememangnya kemahiran konsep buku sepatutnya telah mula dikuasai oleh kanak-kanak seawal usia 2 tahun. Jika mereka kurang mendapat pendedahan kepada pembacaan, kemahiran ini kurang dikuasai. Hal ini kerana aktiviti pembacaan yang menarik sememangnya membantu kanak-kanak dalam memperkukuhkan konsep cetakan bersesuaian dengan kenyataan Justice dan Ezell (2001) yang menyatakan bahawa apabila lebih banyak aktiviti membaca buku cerita dilaksanakan bersama kanak-kanak, semakin tinggi tahap penguasaan konsep cetakan mereka.

Oleh itu adalah penting untuk menyemai kemahiran penguasaan konsep cetakan ini kerana kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dalam konsep cetakan merupakan peramal bagi pencapaian mereka dalam membaca pada masa hadapan (Adam, 1990; Justice & Ezell, 2001). Selain itu, Goodman (1986) dan Van Kleeck (1998) turut

Page 20: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

59

menyatakan bahawa pengetahuan dalam konsep cetakan merupakan satu aspek yang penting bagi kemunculan kebolehan membaca dan menulis yang mana ia berkembang secara perlahan sepanjang proses perkembangan awal kanak-kanak.

Kriteria Konsep Cetakan Bagi Kanak-Kanak yang Berusia 2, 3 dan 4 Tahun di MalaysiaDapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan kanak-kanak 2 tahun dalam kajian ini telah boleh memegang buku dan telah boleh mengenal pasti muka depan buku yang merupakan kebolehan awal dalam konsep cetakan. Hasil dapatan kajian ini sama dengan kajian oleh Snow & Ninio (1986) yang melihat kemahiran ini dalam kalangan kanak-kanak yang berusia 2 ke 3 tahun di dalam kajian mereka. Kanak-kanak pada usia ini memegang buku dengan betul (tidak terbalik), menyelak muka surat dan bermain buku dengan cara yang berbeza bermain alat mainan yang lain. Oleh itu, dapatan kajian ini mendapati kanak-kanak telah dapat menguasai kemahiran memegang buku dan telah boleh mengenal pasti muka depan buku, adalah merupakan satu permulaan yang baik. Goodman (1986) dan Mason (1980) turut bersetuju bahawa penguasaan awal terhadap konsep cetakan ini merujuk kepada kebolehan seorang kanak-kanak dalam memilih dan mengenal pasti fungsi bahan bacaan dan seterusnya mengetahui hubungan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan. Diharapkan berasaskan kemahiran sedia ada ini akan dapat mendorong keupayaan kanak-kanak untuk mengenal pasti bahagian-bahagian buku seperti nama buku, bahagian atau tempat yang betul untuk memulakan bacaan, halaman muka surat dan sebagainya. Tahap penguasaan terhadap konsep cetakan mereka akan dapat berkembang apabila kanak-kanak berpeluang mendengar pembacaan buku dan juga meneroka sesuatu bahan bacaan itu dengan cara mereka yang tersendiri.

Bagi kanak-kanak 3 tahun pula, kemahiran yang telah dikuasai oleh kebanyakan kanak-kanak di Malaysia ialah mengetahui cara memegang buku yang betul, mengetahui fungsi buku, mengetahui muka depan sesebuah buku, mengetahui membezakan gambar dengan perkataan, mengetahui tajuk buku, mengetahui membaca dari kiri ke kanan dan telah mengetahui permulaan dan penghujung ayat. Kemahiran yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam kajian ini agak ketinggal berbanding kemahiran kanak-kanak 3 tahun dalam kajian oleh Mason (1980) dan juga kajian Justice dan Ezell (2001). Kajian tersebut mendapati

Page 21: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

60

bahawa kanak-kanak telah tertarik terhadap cetakan dan meneroka sendiri tanpa bantuan orang dewasa. Kanak-kanak dalam kajian tersebut menggunakan cetakan untuk berkomunikasi, membaca huruf serta mengenal pasti huruf dan perkataan di media massa seperti surat khabar. Hal ini mungkin disebabkan budaya Barat yang melibatkan pembacaan sebagai rutin harian terutamanya sebelum waktu tidur. Hal ini menyebabkan pembacaan kepada kanak-kanak bukan hanya berlaku di sekolah semata-mata, malahan berlaku di rumah juga. Hal ini berbeza dengan budaya kita di Malaysia iaitu membaca di rumah bukanlah sebagai rutin harian (Zainiah, 2005).

Namun, kanak-kanak 4 tahun dalam kajian ini lebih maju dalam pengetahuan konsep cetakan, iaitu mereka telah menguasai fungsi buku, mengetahui cara memegang buku yang betul, mengetahui muka depan sesebuah buku, mengetahui membezakan gambar dengan perkataan, mengetahui tajuk buku, mengetahui membaca dari kiri ke kanan dan telah mengetahui permulaan dan penghujung ayat dan juga mengetahui tulisan teks yang mengisahkan cerita bukannya gambar. Namun, kanak-kanak 4 tahun dalam kajian ini masih lagi lemah dalam mengenal pasti ayat, perkataan dan huruf berbanding kanak-kanak 4 tahun dalam kajian Justice & Ezell (2001) yang telah mengenali perkataan.Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan betapa pentingnya penguasaan konsep cetakan kerana terdapat hubungan antara penguasaan konsep cetakan dengan membaca perkataan seperti yang dinyatakan oleh Lomax & McGee (1987) dalam Robinson (2010). Oleh kerana kanak-kanak dalam kajian ini agak lambat dalam penguasaan konsep cetakan berbanding kanak-kanak di Barat, penguasaan mereka membaca perkataan juga turut ketinggalan.

Secara keseluruhan, pencapaian konsep cetakan di Malaysia berada pada tahap sederhana tetapi masih ketinggalan berbanding kanak-kanak di Barat. Namun, penguasaan kemahiran ini boleh dipertingkatkan sekiranya kurikulum pendidikan awal sedia ada diperkemas lagi dengan mengambil kira kemahiran konsep cetakan sebagai salah satu komponen literasi awal sejak kanak-kanak berusia 2 tahun lagi.

Implikasi Kajian

Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada pihak-pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak supaya lebih mengenali dan

Page 22: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

61

memahami kepentingan konsep cetakan. Hasil kajian ini dapat memberi gambaran sebenar kepada pendidik-pendidik prasekolah terhadap situasi semasa berkaitan dengan tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak prasekolah yang agak ketinggalan berbanding negara Barat.

Kajian ini dapat memberikan kriteria penguasaan kemahiran konsep cetakan bagi kanak-kanak di Malaysia berusia 2, 3 dan 4 tahun. Melalui ciri-ciri ini suatu modul pengajaran dan pembelajaran konsep cetakan boleh dibina bagi membantu mempertingkatkan kemahiran ini dalam kalangan kanak-kanak TASKA.

Kajian ini diharapkan boleh membawa penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak TASKA. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan konsep cetakan boleh dilakukan secara langsung dan tidak langsung ataupun secara gabungan. Memandangkan tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak dalam kajian ini adalah sederhana maka usaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kemahiran konsep cetakan perlu disegerakan. Hal ini kerana beberapa hasil dapatan kajian literatur menunjukkan penguasaan konsep cetakan membawa kesan yang positif dalam perkembangan literasi.

Cadangan Berikut adalah beberapa saranan terhadap penggunaan konsep cetakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan awal kanak-kanak di negara kita. Antara cadangan adalah pendidik-pendidik prasekolah harus mengetahui tahap penguasaan konsep cetakan kanak-kanak dengan menggunakan Borang Penilaian Konsep Cetakan. Hal ini adalah supaya pendidik-pendidik prasekolah boleh menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak ini.

Selain itu, pengkaji mencadangkan pelaksanaan bacaan bersama dengan menggunakan buku besar dalam membina konsep cetakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak TASKA seawal 2 tahun. Melalui aktiviti bacaan bersama, kanak-kanak boleh menghayati pembacaan buku cerita, di samping pendidik akan menjadi model mengenalkan kemahiran konsep cetakan kepada kanak-kanak semasa membaca buku besar.

Pihak ibu bapa juga boleh dilibatkan dalam menerapkan kemahiran ini di rumah. Latihan kepada ibu bapa boleh diberikan supaya mereka

Page 23: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

62

dapat mempraktikkan kemahiran yang dipelajari ini semasa berada di rumah. Bengkel keibubapaan perlu memasukkan latihan bacaan bersama dan konsep cetakan kepada ibu bapa.

KESIMPULANKesimpulannya, kajian ini memperlihatkan tahap penguasaan konsep cetakan bagi kanak-kanak berusia 2, 3 dan 4 tahun di Malaysia. Memandangkan konsep cetakan secara amnya dapat memainkan peranan yang penting dalam asas kemahiran literasi dan membaca kanak-kanak, kemahiran ini perlu diberikan perhatian dalam pembinaan kurikulum literasi awal kanak-kanak. Semua pihak terutamanya pendidik dan ibu bapa perlu memainkan peranan dalam menerapkan kemahiran ini dalam kalangan kanak-kanak. Diharapkan usaha ini akan dapat membantu mempertingkatkan kemahiran literasi kanak-kanak di masa akan datang.

RUJUKANAbdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis

bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1–11.

Adams, M. J. (1990). Beginning to read: Thinking and learning about print. Cambridge, MA: MIT Press.

Chaney, C. (1992). Language development, metalinguistic skills, and print awareness in 3-year-old children. Applied Psycholinguistics, 13(04), 485-514.

Children. (1998). Learning to read and write: Developmentally appropriate practices for young children. Young Children, 53 (4), 30-46.

Clay, M. M. (1989). Concept about print in English and other languages. The Reading Teacher 42: 268-276

Clay, M. M. (1991). Introducing a new storybook to young readers. The Reading Teacher, 45 (4), 264-265.

Evans, M. A., Williamson, K., & Pursoo, T. (2008). Pre-schoolers’ attention to print during shared book reading. Scientific Studies of Reading, 12(1), 106-129.

Gillet, J. & Temple, C. (1994). The habit of reading: A neglected dimension of adult reading instruction. Adult Basic Education, 3, 137-146.

Goodman, K. S. (1986). What’s whole in whole language? A parent/teacher guide to children’s learning. Portsmout: Heinemann Educational Books, Inc.

Jabatan Perdana Menteri. (2013). Kurikulum PERMATA Negara.

Page 24: TAHAP DAN KRITERIA KEMAHIRAN KONSEP CETAKAN …ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3fc04e40-23b7-454d-b... · OBJEKTIF KAJIAN Objektif khusus ... di TASKA mereka dan seterusnya

Tahap dan Kriteria Kemahiran Konsep Cetakan...40-63

63

Justice, L. M. (2006). Measuring preschool attainment of print-concept knowledge: A study of typical and at-risk 3-to 5-year-old children using item response theory. Language, Speech, and Hearing Services in Schools, 37(3), 224-235.

Justice, L. M., & Ezell, H. K. (2001). Word and print awareness in 4-year-old children. Child Language Teaching and Therapy, 17(3), 207-225.

Justice, L. M. & Ezell, H. K. (2004). Print referencing: An emergent literacy enhancement technique and its clinical applications. Language, Speech & Hearing Services in Schools, 36, 17-32.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya.

Lomax, R. & McGee, L.M. (1987). Young children’s concept about print and reading: Toward a model of word reading acquisition. Reading Research Quarterly, 22920, 237-256.

Mahzan Arshad. (2012). Pendidikan literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mason, J. (1980). When do children begin to read: An exploration of four year-old children’s letter and word reading competencies. Reading Research Quarterly,15, 203-227.

Pullen, P. C., & Justice, L. M. (2003). Enhancing phonological awareness, print awareness, and oral language skills in preschool children. Intervention in school and clinic, 39(2), 87-98.

Snow, C. E. & Ninio, A. (1986). The Contracts of literacy: What children learns from learning to read books. Dalam Teale, W.H. &Sulzby, E. (1986). Emergent literacy: writing and reading. Writing research: multidisciplinary inquiries into the nature of writing series. NJ: Ablex Pub Corp.

Strickland, D. S., & Shanahan, T. (2004). Laying the groundwork for literacy. Educational Leadership, 61(6), 74-77.

van Kleeck, A. (1998). Preliteracy domains and stages laying the foundations for beginning reading. Communication Disorders Quarterly, 20(1), 33-51.

Zainiah Mohamed Isa. (2005). Peranan ibu bapa dan guru dalam mempertingkatkan tahap bacaan kanak-kanak. Dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.