TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … filetahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam...
Transcript of TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF DALAM … filetahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam...
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK
MOHD HAIRUL AKMAL BIN AB. AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
2 MEI 2008 2 MEI 2008
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF PELAJAR
TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK
SESI PENGAJIAN: 2007/2008 Saya: MOHD HAIRUL AKMAL BIN AB. AZIZ
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh:
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 234 BLOK 10A FELDA NITAR 2, 86800 MERSING, JOHOR DARUL TA’ZIM
PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
Nama Penyelia
Tarikh: ________________
Tarikh: ________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda(PSM)
√
Pengesahan Penyelia
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan;
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin
Tarikh : 2 MEI 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MANIPULATIF
DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN TIGA PENDIDIKAN FIZIK
MOHD HAIRUL AKMAL BIN AB. AZIZ
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : MOHD HAIRUL AKMAL BIN AB. AZIZ
Tarikh : 2 MEI 2008
iii
Teristimewa buat :
Ibunda yang tercinta Siti Asiah Bte Sapari
Dan
Ayahanda yang tersayang, Ab. Aziz Bin Abd Razak
Yang telah banyak berkorban dan berjasa.
Adik-beradikku :
Azyyati, Aminuddin, Najihah,
Norsidah, Fakaruddin dan Hidayat,
Moga terus berjuang sehingga beroleh kemenangan.
Rakan-rakan seperjuangan di UTM,
yang disayangi dan ku kasihi,
semoga segala impian dan cita-cita kalian tercapai.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Saya
bersyukur kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan Projek
Sarjana Muda ini.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia saya Prof.
Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas bimbingan, teguran, bantuan,
nasihat dan tunjuk ajar yang diberi dengan penuh tanggungjawab serta semangat
yang tinggi.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pelajar tahun tiga program
Pendidikan Fizik (SPF dan SPP) di Universiti Teknologi Malaysia yang sudi
memberi kerjasama dalam menjalankan kajian saya ini.
Seterusnya, terima kasih kepada teman seperjuangan yang sudi berganding
bahu bersama-sama menjalankan kajian ini dan berkongsi ilmu. Wassalam.
ABSTRAK
Tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun
tiga program Pendidikan Fizik telah mendapat perhatian penyelidik dengan
jantina dan program pengajian adalah pembolehubah bersandar yang dikaji.
Dalam konteks kajian ini, tiga aspek dalam kemahiran dikaji iaitu menggunakan
dan mengendalikan radas Fizik, melakar radas Fizik dan menyimpan radas Fizik.
30 responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada program
Pendidikan Fizik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar dalam
kemahiran manipulatif ini dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman
Kemahiran Manipulatif. Ia mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif.
Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah 69.=α . Analsis statistik deskriptif
dalam bentuk min dan sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis
data. Secara keseluruhannya tahap kefahaman kemahiran manipulatif pelajar
adalah pada tahap baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan
kefahaman kemahiran manipulatif merentas jantina dan program pengajian di
mana kedua-duanya berada pada tahap baik. Manakala tahap kefahaman
menggunakan dan mengendalikan radas Fizik dan melakar radas Fizik adalah
pada tahap baik, dan tahap kefahaman menyimpan radas Fizik pada tahap
sederhana. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-
pihak tertentu bagi meningkatkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif pelajar
dalam amali Fizik.
ABSTRACT
The level of understanding in manipulative skills among year three
students in Physics’s Education Programmes has attracted researcher’s attention
with genders and educational programme become dependence variables that need
studied. This study focused on three aspects in manipulative skills namely using
and conducting Physics’s instrument, drawing the Physics’s instrument, and
keeping the Physics’s instrument. 30 male and female respondents were chosen
from Physics Education, Education Faculty, Universiti Teknologi Malaysia
Skudai. The instrument used to measure the level understanding in manipulative
skills was Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif. It
contained 40 multiple choice items. Rediability value of the instrument was
69.=α . Descriptive statistics in the form of mean and standard deviation was
used in data analysis. As a whole, the results of the study showed that the level of
understanding in manipulative skills is good. Result of the research also showed
that there was no difference level of understanding in manipulative skills amongst
genders and educational programme both were in good level. While in aspect of
manipulative skills, the level of understanding in using and conducting Physics’s
instrument and drawing the Physics’s instrument were good, while keeping the
Physics’s instrument was medium. Hopefully, the finding of this study can be a
guide to some individual or groups to increase the level of understanding
students’ manipulative skills in Physics’s practical.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xii
Senarai Singkatan xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Pencapaian mata pelajaran Fizik
yang rendah
3
1.2.2 Kelemahan dalam menguasai KM 5
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
viii
1.6 Rangka Kerja Konsep 8
1.7 Kepentingan Kajian 10
1.8 Skop Kajian 11
1.9 Andaian Kajian 12
1.10 Batasan Kajian 12
1.11 Takrifan 13
1.11.1 Tahap Kefahaman 13
1.11.2 Kemahiran Manipulatif 13
1.11.3 Menggunakan dan mengendalikan
radas Fizik dengan betul
14
1.11.4 Melakar radas Fizik dengan betul 15
1.11.5 Menyimpan radas Fizik dengan
betul dan selamat
15
1.12 Rumusan 16
BAB 2 SOROTON PENULISAN 17
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Teori-teori 17
2.2.1 Teori-teori berkaitan KM 17
2.2.2 Kepentingan KM 20
2.2.3 Langkah-langkah menguasai KM 25
2.2.3.1 Aktiviti yang melibatkan
penguasaan menggunakan
dan mengendalikan radas
asas Fizik
26
2.3 Kajian-kajian lepas berkaitan KM 30
2.3.1 Kajian-kajian di dalam negara 30
2.3.2 Kajian di luar negara 34
2.4 Rumusan 37
ix
BAB 3 PENGKAEDAHAN 38
3.1 Pendahuluan 38
3.2 Reka bentuk Kajian 38
3.3 Sumber Data 39
3.4 Alat Kajian 39
3.5 Tatacara Kajian 41
3.5.1 Kajian Rintis 41
3.5.2 Kajian Sebenar 43
3.6 Analisis Data 44
3.7 Rumusan 48
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 49
4.1 Pendahuluan 49
4.2 Tahap Kefahaman KM secara keseluruhan 49
4.3 Tahap Kefahaman KM Merentas Jantina 52
4.4 Tahap Kefahaman KM Merentas Program
Pengajian
54
4.5 Rumusan 56
BAB 5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
57
5.1 Pendahuluan 57
5.2 Ringkasan 57
5.3 Kesimpulan 58
5.4 Perbincangan 60
5.4.1 Tahap Kefahaman KM 60
5.4.2 Tahap Kefahaman KM Merentas
Jantina
64
5.4.3 Tahap Kefahaman KM merentas
Program Pengajian
66
x
5.5 Implikasi 69
5.6 Cadangan 72
5.7 Cadangan Kajian Masa Depan 76
5.8 Rumusan 78
RUJUKAN 79
LAMPIRAN 84
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisis Peperiksaan SPM Sekolah Menengah (SM) Teknik
Johor Bahru 2006 bagi mata pelajaran Fizik
4
2.1 Jadual Pemerhatian 27
3.1 Bilangan Responden mengikut Program Pengajian 39
3.2 Taburan item-item kemahiran manipulatif mengikut aspek
yang dinilai
41
3.3 Bilangan responden bagi kajian rintis 42
3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif
Kemahiran Manipulatif
44
3.5 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran Menggunakan
dan Mengendalikan Radas Fizik
45
3.6 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran Melakar
Radas Fizik
45
3.7 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kemahiran Menyimpan
Radas Fizik
46
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Manipulatif 50
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran
Manipulatif Merentas Jantina
52
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman Kemahiran
Manipulatif Merentas Program Pengajian
54
xii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 9
2.1 Osiloskop Sinar Katod (OSK) 22
2.2 Rajah kaedah penentuan panjang fokus kanta penumpu 25
2.3 Radas Pengukuran di Makmal Fizik 26
3.1 Takrifan operasi kemahiran manipulatif 40
xiii
SENARAI SINGKATAN
F - Bilangan Pelajar Program Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Fizik)
K - Bilangan Pelajar Program Sarjana Muda Sains dan
Komputer serta Pendidikan (Fizik)
KM - Kemahiran Manipulatif
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KPS - Kemahiran Proses Sains
KS - Kemahiran Saintifik
L - Bilangan Pelajar Lelaki
LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia
N - Jumlah Bilangan Pelajar
OSK - Osiloskop Sinar Katod
P - Bilangan Pelajar Perempuan
PEKA - Penilaian Kemahiran Amali
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
SPSS - Perisian Statistical Package For Social Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPTKKM - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Alat Kajian (UPTKKM)
B Jawapan Alat Kajian
C Permohonan Pengesahan Item Kajian
D Pengesahan Item Kajian (Pakar Bidang)
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Wawasan 2020 telah mencetuskan aspirasi kepada negara bagi
menghadapi gelombang kemajuan dunia. Justeru pelbagai pendekatan dan
strategi telah dirancang dan dilaksanakan bagi Malaysia menghadapi persaingan
global yang memperlihatkan kebangkitan kemajuan Sains, Teknologi dan
Maklumat. Bagi membekalkan usaha ke arah kejayaan matlamat Wawasan 2020
ini, proses meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara amat
diperlukan. Oleh hal yang demikian proses peningkatan keupayaan dan intelek
modal insan amatlah dititikberatkan. Ini selaras dengan misi nasional dan
rancangan Malaysia ke-sembilan :
“Pembangunan Modal Insan berminda kelas pertama sebagai salah satu
daripada lima teras utama dalam menghadapi Wawasan 2020.”
( Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), 2006)
Selain daripada itu , realiti yang dihadapi oleh Malaysia pada hari ini
adalah, Malaysia sedang menghadapi arus kemajuan ekonomi yang berasaskan
penggunaan teknologi. Oleh hal yang demikian, tenaga manusia yang hendak
dilahirkan pada hari ini hendaklah berkualiti tinggi, mempunyai asas didikan sains
2
dan matematik yang kukuh, serba boleh, dinamik, dan cepat menyesuaikan diri
kepada perubahan keadaan semasa. Bagi menghadapi kemajuan ekonomi ini
menurut Zainol Abidin (1992), faktor-faktor yang perlu diberi keutamaan dan
penekanan dalam pembangunan sumber manusia adalah pengetahuan dan
kemahiran teknikal, penerapan nilai-nilai positif dan progresif, termasuk etika
kerja yang baik dan disiplin industri.
Bagi mencapai wawasan dan realiti yang dihadapi oleh Malaysia pada hari
ini, tugas membentuk dan membangunkan tenaga manusia amat bergantung
kepada sistem pendidikan menerusi latihan yang pragmatik dan peka terhadap
perubahan semasa. Melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) pada hari ini,
yang menitikberatkan aktiviti pelajar menerusi pengalaman sendiri pelajar,
mampu untuk melahirkan sumber manusia yang dihasratkan. “Pendekatan P&P
yang dipraktikkan masa kini termasuk kontekstual, inkuiri penemuan, masteri,
konstruktivisme, penggunaan kemahiran berfikir dan pendekatan Sains,
Teknologi dan Masyarakat (Abu Hassan Kasim, 2004: 1).” P&P yang
mengutamakan inkuiri dan penemuan melalui aktiviti yang berpusatkan pelajar
digunakan untuk memberi peluang kepada para pelajar memperoleh pengetahuan
dan menguasai kemahiran saintifik (KS) yang merangkumi kemahiran proses
sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM).
Penguasaan KS adalah amat penting sebagai alat untuk para pelajar
menyelidik dan meneroka ilmu sains. KM salah satu elemen di dalam KS yang
berfungsi dalam menjalankan aktiviti amali. “Keberkesanan pendekatan melalui
aktiviti amali betul-betul ketara dari segi pembentukan KM (Abu Hassan Kasim,
2004: 7).” Ini menunjukkan bahawa KM haruslah dikuasai oleh para pelajar di
peringkat sekolah yang menjadi asas kepada aktiviti pengajaran sains pada hari
ini.
3
Justeru, guru adalah tunggak utama dalam memastikan KM dapat dikuasai
oleh para pelajar di sekolah. Tahap penguasaan KM dalam kalangan bakal guru
akan mempengaruhi tahap KM tersebut dalam kalangan pelajar mereka nanti.
Oleh hal yang demikian bakal guru hendaklah memahami dan menguasai KM
agar dapat diterapkan dan dipraktikkan oleh pelajar seperti yang telah digariskan
oleh pihak Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam menghadapi wawasan negara bagi mencapai sebuah negara maju
menjelang tahun 2020 serta realiti negara yang sedang menghadapi pembangunan
ekonomi yang berasaskan kepada penggunaan teknologi, sudah seharusnya sistem
pendidikan perlu bersedia dan berusaha melahiran pakar sains bagi menampung
misi dan realiti ini. Penguasaan pelajar terhadap KM merupakan keperluan yang
asas dalam mereka mengendalikan pelbagai peralatan teknologi. Namun
demikian terdapat beberapa kelemahan yang memperlihatkan bahawa KM ini
kurang dikuasai oleh para pelajar di peringkat sekolah. Kesan daripada
kelemahan ini menunjukkan bahawa kemungkinan terdapat kelemahan dalam
pengajaran guru di sekolah yang berpunca daripada kurangnya kefahaman KM
mereka dalam aktiviti amali Fizik.
1.2.1 Pencapaian mata pelajaran Fizik yang rendah
Pencapaian para pelajar dalam peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia
(SPM) menjadi kayu ukur kepada penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang
dipelajari. Melaluinya para guru dapat melihat keberkesanan pengajaran serta
penguasaan para pelajar terhadap isi kandungan pengajaran yang dipelajari.
4
Jadual 1.1
Analisis Peperiksaan SPM Sekolah Menengah (SM) Teknik Johor Bahru 2006
bagi mata pelajaran Fizik
GRED BILANGAN PERATUS
1A 10 3.57
2A 16 5.71
3B 38 13.57
4B 58 20.71
5C 70 25.00
6C 52 18.57
7D 32 11.43
8E 4 1.43
9G 0 0.00
JUMLAH 280 100.00
Berdasarkan Jadual 1.1, menunjukkan bahawa pada 2006 peratus pelajar
di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru yang mencapai tahap cemerlang (1A
dan 2A) adalah hanya 9.28% iaitu seramai 26 orang sahaja. Manakala peratus
pelajar yang mencapai tahap kepujian 5C dan 6C ialah 43.57%. Ia menunjukkan
bahawa peratus pelajar yang mencapai tahap cemerlang tidak mencapai 10%
tetapi peratusan pelajar yang mencapai tahap kepujian menghampiri 50%. Jadual
1.1 ini menunjukkan pelajar yang mencapai tahap kepujian ini lebih ramai
daripada pelajar yang mendapat tahap cemerlang. Ini memperlihatkan bahawa,
terdapatnya kelemahan pelajar dalam menguasai mata pelajaran Fizik.
Kelemahan terhadap mata pelajaran Fizik ini menunjukkan terdapatnya
kelemahan pelajar dalam menguasai beberapa kemahiran asas dalam aktiviti
pembelajaran Fizik, salah satunya adalah KM.
5
1.2.2 Kelemahan dalam menguasai kemahiran manipulatif
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam melaporkan kesilapan yang
sering ditemui terhadap skrip jawapan pelajar dalam Peperiksaan SPM 2003,
memperlihatkan bahawa terdapat pelajar yang tidak menguasai KM. Di antara
laporan tersebut adalah:
“Calon tidak mahir melukis gambar rajah litar elektronik.”
(LPM, 2004a: 4)
“Calon cuai dan kurang pengetahuan tentang kejituan alat pengukur.”
(LPM, 2004b: 10)
Selain daripada itu juga, kelemahan terhadap KM ini juga dapat diketahui
melalui saranan oleh LPM dalam laporannya. Saranan tersebut adalah seperti
berikut:
“Pelajar hendaklah mengusai kemahiran asas dalam Fizik.”
(LPM, 2004a: 7) “Menjalankan PEKA dengan baik.”
“Membuat latihan melukis rajah yang berlabel yang tepat bukan yang artistik.”
(LPM, 2004b: 8)
“Mesti menguasai kejituan/kepekaan setiap alat pengukuran yang terdapat di
makmal.”
(LPM, 2004c: 12)
6
Saranan-saranan ini merupakan aspek yang terdapat dalam KM. Ini menunjukkan
bahawa para pelajar perlu menguasai KM yang menjadi asas kepada pembelajaran
mata pelajaran Fizik.
Di samping itu juga, guru Fizik haruslah memainkan peranan yang penting
dalam pengajaran KM pelajar dalam aktiviti amali Fizik. Salah satu peranan ini
adalah melaksanakan Penilaian Kemahiran Amali (PEKA) Fizik dengan berkesan.
Ini selaras dengan saranan yang diberi oleh LPM kepada guru Fizik:
“Memberi perhatian serius dalam PEKA terutama dalam aspek kemahiran
mengeksperimen dan kemahiran proses sains yang lain.”
(LPM, 2004: 12)
“PEKA merupakan pentaksiran yang dikendalikan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan dalam kelas dan makmal sains. Pentaksiran ini
termasuklah penilaian terhadap KM pelajar (Lilia et al., 2002: 170).” Adalah
menjadi tanggungjawab para guru Fizik melaksanakan PEKA ini secara serius.
Melalui saranan di atas, ia menunjukkan kepada kita terdapatnya sikap sambil
lewa para guru Fizik dalam mentaksirkan KM para pelajar.
Kelemahan terhadap para pelajar di sekolah dalam KM mata pelajaran
Fizik serta pentaksiran PEKA Fizik yang kurang serius oleh para guru adalah
berpunca daripada kurang pemahaman guru terhadap kemahiran-kemahiran asas
dalam KS. Salah satu kemahiran tersebut adalah KM. Kefahaman KM guru
seharusnya berada pada tahap yang sangat baik ketika mereka menjalani latihan
perguruan di institusi pendidikan lagi. Kurangnya kefahaman KM bakal guru
ketika menjalani latihan perguruan akan memberi kesan terhadap keberkesanan
pengajaran KM mereka di sekolah, dan menyebabkan pencapaian pelajar mereka
dalam KM berada pada tahap yang kurang memuaskan.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, penyelidik menghadapi
masalah kefahaman kemahiran manipulatif guru-guru pelatih pelajar tahun tiga
program Pendidikan Fizik.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk: 1. Menilai tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar
tahun tiga program Pendidikan Fizik (SPF/SPP).
2. Menilai tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar
tahun tiga program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) merentasi jantina.
3. Menilai tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar
tahun tiga program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) merentasi program
pengajian.