TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN...

26

Transcript of TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN...

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

 

 

 

 

 

 

 

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

 

Page 3: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN

BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS

ZAIDAH BINTI AWANG

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

 

 

 

 

 

 

 

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

iii

 

DEDIKASI

Buat ma dan abah yang dikasihi dan dihormati:

En Awang bin Saman

Pn Siti Noriah binti Derahaman

Juga kepada insan yang banyak membantu, menyokong dan prihatin pada diri ini:

Keluarga tercinta:

(Asiah & Azman, Azimah & Amran ,

Zaleha & Zool Fadli, Ismail, Ibrahim, Mohd Zamri serta keluarga)

Junainah binti Othman

Hidayah binti Subakir

Suhailah binti Samson

Nur Faizah binti Zainal Abidin

Rakan-rakan dan teman yang dikasihi

Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.

Page 6: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

iv

 

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pembimbing yang saya kasihi dan hormati Prof.

Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala ilmu, bimbingan, nasihat, tunjuk

ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan seperjuangan, peserta

kajian yang memberikan kerjasama dengan baik dalam menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat, segala jasa yang diberi amat

dihargai.

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

v

 

 

ABSTRAK

Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar telah menarik

perhatian penyelidik. Kajian tahap kefahaman proses sains iaitu kemahiran

mentakrif secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains telah

dijalankan. Seramai 39 orang peserta kajian daripada Program Pendidikan Sains

terlibat dalam kajian ini. Terdapat tiga pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu

tahun pengajian, latar belakang akademik dan PNGK. Kajian ini berbentuk tinjauan

dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi dan Berkomunikasi (USAINS) dengan nilai

kebolehpercayaan iaitu α= .707. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min,

sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Dapatan kajian

menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga mendapati tidak

terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi merentas tahun pengajian iaitu pelajar 3SPN dan pelajar 4SPN berada

pada tahap kefahaman baik tetapi terdapat perbezaan dalam merentas latar belakang

akademik dan PNGK. Pelajar berlatar belakang akademik STPM dan Diploma

berada pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar berlatar belakang

akademik Matrikulasi berada pada tahap kefahaman baik. Di samping itu, pelajar

yang mempunyai PNGK lebih besar atau sama dengan 3.67 (PNGK≥3.67) berada

pada tahap kefahaman cemerlang manakala pelajar yang mempunyai PNGK lebih

kecil atau sama dengan 3.66 tetapi lebih besar atau sama dengan 3.00

(3.00≤PNGK≤3.66) berada pada tahap kefahaman baik.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

vi

 

 

ABSTRACT

The level of understanding towards scientific skills has become an interest

among researchers. A study was conducted among future science teacher to

determine the level of understanding in the science process which involved the skill

of the students in operational definition skill and communication skill. Thirty nine

respondents from the science education program were involved in this study. The

three independent variables for this survey are year of study, academic background

and CGPA. This is a survey research and the research instrument used is the Ujian

Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan

Berkomunikasi (USAINS) with the reliability test is α= .707. The descriptive

statistical analysis used is in the form of mean and standard deviation. The results

indicate that the understanding level in operational definition skill and

communication skill are good. In addition, this study also shows that there is no

difference in the level of understanding in operational definition skill and

communication skill across the year of study regarding 3SPN and 4SPN students are

at the good level but exist a difference across academic background and CGPA.

Results for students with STPM and Diploma background are at the excellent level

whereas the Matriculation academic background students are at a good level. In

addition, the students who obtained CGPA greater than or equal to 3.67 (CGPA

≥3.67) are at the excellent level whereas the students who obtained CGPA lower than

or equal to 3.66 but greater than or equal to 3.00 (3.00≤CGPA≤3.66) are at the good

level.

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

vii  

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN TATANAMA xiii

SENARAI SIMBOL

SENARAI LAMPIRAN

xv

xvi

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.1.1 Kurang Penguasaan Mata Pelajaran Sains

Dalam Kalangan Guru

2

1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang

Berkesan

5

1.2 Pernyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Rangka Kerja Konsep 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.6.1 Pelajar Pendidikan / Bakal Guru 10

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

viii  

1.6.2 Pensyarah 10

1.6.3 Fakulti Pendidikan 11

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Andaian Kajian 12

1.9 Batasan Kajian 12

1.10 Takrifan 13

1.10.1 Tahap Kefahaman 13

1.10.2 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 14

1.10.3 Kemahiran Berkomunikasi 14

1.10.4 Tahun Pengajian 15

1.11 Rumusan 15

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 17

2.1 Teori Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi

17

2.1.1 Kemahiran Mentakrif Secara Operasi 17

2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi

19

2.1.3 Langkah-langkah Menguasai Kemahiran

Mentakrif Secara Operasi

20

2.1.4 Contoh Soalan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi

21

2.2 Teori Berkaitan Kemahiran Berkomunikasi 21

2.2.1 Kemahiran Berkomunikasi 21

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi 23

2.2.3 Pendekatan Menguasai Kemahiran

Berkomunikasi

24

2.2.4 Contoh Soalan Kemahiran Berkomunikasi 25

2.3 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Proses Sains

(KPS) Dalam Negara

26

2.4 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Dalam Negara

27

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

ix  

2.5 Kajian-Kajian Berkaitan Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Luar Negara

28

2.6 Rumusan 30

3 PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan 31

3.1 Reka bentuk kajian 31

3.2 Peserta kajian 32

3.3 Alat kajian 33

3.4 Tatacara kajian 36

3.4.1 Kajian Rintis 36

3.4.2 Kajian Sebenar 36

3.5 Analisis data 37

3.6 Rumusan 40

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 42

4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi

42

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Merentas Tahun Pengajian

44

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Merentas Latar Belakang

Akademik

45

4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Merentas PNGK

48

4.5 Rumusan 50

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan

5.1 Ringkasan

51

51

5.2 Kesimpulan 53

5.3 Perbincangan 55

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

x  

5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi

55

5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif

Secara Operasi dan Berkomunikasi Merentas

Tahun Pengajian

58

5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Merentas Latar

Belakang Akademik

61

5.3.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi Merentas PNGK

64

5.4 Implikasi 66

5.1.1 Pelajar 66

5.4.2 Fakulti Pendidikan 67

5.4.3 Pensyarah 67

5.4.4 Kurikulum 68

5.5 Cadangan 69

5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 72

5.7 Rumusan 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN 78

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

xi 

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK HALAMAN

2.1 Keputusan eksperimen untuk mengkaji hubungan

antara panjang bandul dengan tempoh bagi 10

ayunan bandul

24

3.1

Bilangan peserta kajian mengikut tahun

pengajian

32

3.2 Item-item kemahiran mentakrif secara operasi 35

3.3 Item-item kemahiran berkomunikasi  35

3.4 Jadual sistem gred dan nilai Universiti Teknologi

Malaysia

38

3.5 Pemeringkatan tahap kefahaman bagi setiap

kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi

38

3.6 Pemeringkatan tahap kefahaman bagi kedua-dua

kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi

39

4.1 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman

kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi

43

4.2 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman

kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi merentas tahun pengajian

44

4.3 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman

kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi merentas latar belakang akademik

46

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

xii 

4.4 Analisis statistik deskriptif tahap kefahaman

kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi merentas PNGK

48

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

xiii

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK HALAMAN

1.0 Rangka kerja konsep 9

2.1 Graf masa graf masa bagi sepuluh ayunan

lengkap melawan panjang tali bandul

24

3.1 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran

mentakrif secara operasi

34

3.2 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran

berkomunikasi

34

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

xiv

SENARAI SINGKATAN NAMA

CGPA - Cumulative Grade Point Average

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FPSN - Falsafah Pendidikan Sains Negara

IPT - Institusi Pendidikan Tinggi

KBSM - Kurukulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPS - Kemahiran Proses Sains

KS - Kemahiran Saintifik

LPM - Lembaga Peperiksaan Malaysia

M - Min

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

R&D - Penyelidikan dan Pembangunan

SL - Sisihan Lazim

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik/

Matematik)

SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik)

SPSS Statistical Package For Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

USAINS - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kefahaman

Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan

Berkomunikasi

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

xiii

 

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK HALAMAN

1.0 Rangka kerja konsep 9

2.1 Graf masa graf masa bagi sepuluh ayunan

lengkap melawan panjang tali bandul

24

3.1 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran

mentakrif secara operasi

34

3.2 Aspek-aspek yang dinilai dalam kemahiran

berkomunikasi

34

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

xvi

 

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK HALAMAN

A Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman

Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara

Operasi dan Berkomunikasi (USAINS)

79

B Jawapan bagi soalan USAINS 96

C Surat Pengesahan Alat Kajian Projek Sarjana

Muda

97

D Pengesahan pakar bidang bagi soalan USAINS 98

Page 19: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Perdana menteri Malaysia pada 28.1.1991 telah menyatakan hasratnya untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020. Antara initipati

ucapan belia ialah untuk “mewujudkan masyarakat yang saintifik yang progresif,

yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah sebagai penyumbang kepada

tamadun saintifik dan teknologi masa depan (Mohd Najib, 1999:87)”. Oleh itu,

Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju perlu

melahirkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan

yang tinggi, memandang jauh kehadapan serta menyumbang kepada perkembangan

tamadun sains dan teknologi untuk mengambil bahagian dalam abad ke-21 ini.

Dalam objektif mata pelajaran sains yang dipetik daripada Huraian Sukatan

Pelajaran Sains Tingkatan Empat 2001, ada dinyatakan dengan jelas objektif mata

pelajaran sains iaitu “menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik”. Di

samping “mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan kreatif

berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam menyelesaikan masalah, membuat

keputusan dan mengkonsepsikan”. Hal ini berketepatan dengan Kurikulum Sains

Page 20: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

2

 

Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia yang memberi penekanan kepada

penguasaan Kemahiran Saintifik (KS).

Penguasaan KS ini amat penting kerana ia merupakan salah satu keperluan

dalam Kurikulum Sains. Sebagaimana dalam Kurikulum Sains KBSR, beberapa

aspek penting turut terlibat dalam Kurikulum Sains KBSM. Aspek penting ini

merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang sesuai. Hal ini adalah

bertujuan memperkembangkan lagi potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu

bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi,

jasmani dan sahsiah. Di samping memenuhi Falsafah Pendidikan Sains Negara yang

bertujuan memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta

dapat menguasai ilmu sains dan berketerampilan teknologi.

1.1 Latar Belakang Masalah

Terdapat dua faktor yang akan dibincangkan oleh penyelidik iaitu masalah

kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru dan kaedah

pengajaran guru yang kurang berkesan.

1.1.1 Kurangnya Penguasaan Mata Pelajaran Sains dalam Kalangan Guru

Guru adalah pendidik yang berilmu pengetahuan. Mereka dilatih untuk

menguasai kemahiran yang diajar dan diberi tugas untuk menyampaikan ilmu kepada

pelajar. Namun timbul persoalan tentang tahap kefahaman yang ada pada bakal

guru dalam memahami dan menguasai kemahiran saintifik.

Page 21: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

3

 

“Institusi pendidikan tinggi adalah tempat pelajar dianggap telah mencapai

tahap kematangan fizikal dan emosi. Keluaran daripada IPT juga akan

menjadi pelaksana program negara. Sekiranya mereka kekurangan idea, tidak

kreatif dan inovatif, maka hasrat kerajaan menuju wawasan 2020 mungkin

terbantut”.

(Mohd Najib, 1999:88)

Berdasarkan pernyataan di atas, seseorang bakal guru atau guru itu sendiri

harus menguasai dan mempersiapkan diri dengan ilmu yang lebih daripada pelajar

supaya pelajar dapat menerima dan memanfaatkan ilmu yang disampaikan. Hal ini

adalah berketepatan dengan masalah yang timbul dalam kalangan guru-guru iaitu

kurangnya penguasaan dalam mata pelajaran yang diajar disamping kelemahan

dalam pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi, jika guru

kurang menguasai mata pelajaran sains, maka ia akan mengganggu penyampaian

guru untuk menerangkan sesuatu fakta semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Langkah KPM memberi inisiatif dan kemudahan kepada guru sains dan

matematik adalah supaya guru-guru dapat mengajar dengan baik dalam Bahasa

Inggeris seperti memberikan komputer riba dan mengikuti kursus pengusaan Bahasa

Inggeris adalah wajar. Ini kerana, jika guru kurang menguasai mata pelajaran sains

secara tidak langsung ia akan menyebabkan ilmu KS guru juga adalah kurang

seterusnya pelajar tidak dapat menguasai ilmu dengan sempurna.

“Guru perlu menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi

dalam pengajaran mereka (Mohd Najib, 1999:88)”. Kebolehan guru dalam

menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran sains

dengan berkesan adalah sangat penting bagi membolehkan pelajar mengetahui dan

memahami tentang sains dan teknologi. Oleh sebab itu, penguasaan yang baik dalam

Bahasa Inggeris penting bagi memudahkan guru memberi penerangan dan seterusnya

dapat menerapkan konsep KS yang berasaskan sains dan teknologi dalam pengajaran

sains dalam Bahasa Inggeris.

Page 22: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

4

 

Objektif ketiga mata pelajaran sains adalah menguasai kemahiran berfikir dan

kemahiran saintifik.

“Kegagalan pelajar dan guru menguasai KS akan mengakibatkan kegagalan

penerapannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran”.

(Tan et al, 2001:2)

Berdasarkan kenyataan di atas, penguasaan kemahiran saintifik penting dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam menguasai kemahiran

saintifik akan menyebabkan kegagalan dalam mata pelajaran sains. Ini kerana

pembelajaran sains memerlukan penguasaan kemahiran saintifik dalam

menyelesaikan sesuatu masalah sains. Sekiranya guru dan pelajar kurang menguasai

kemahiran saintifik, maka objektif mata pelajaran sains turut terjejas. Seterusnya

akan timbul masalah kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan

guru di sekolah.

“Kemahiran proses sains penting bagi perlaksanaan aktiviti saintifik. Kaedah

terbaik mengajar kemahiran proses ialah secara membiarkan pelajar

melaksanakan penyiasatan saintifik sambil pengajar menunjuk dan

menerangkan kepada mereka kemahiran proses yang mereka gunakan semasa

melaksanakan penyiasatan saintifik. Keupayaan berkomunikasi dalam apa jua

bentuk samada secara lisan, penulisan, gerak tubuh atau secara simbol

merupakan satu kemahiran proses yang penting dalam pembelajaran sains.

Tanpanya tidak mungkin pembelajaran sains boleh berlaku dengan berkesan”.

(Zol Azlan, 2000:2)

Berdasarkan pernyataan di atas, kemahiran proses sains seseorang guru

adalah penting bagi membantu pelajar menjalankan sebarang aktiviti penyelidikan

dengan berkesan. Kemahiran berkomunikasi yang baik perlu ada pada guru supaya

pembelajaran sains boleh berlaku dengan baik serta dapat menyelesaikan masalah

yang timbul dalam pembelajaran sains.

Page 23: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

5

 

1.1.2 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang Berkesan

Konsep pengajaran dan pembelajaran yang efektif adalah penting bagi

menjamin keberkesanan penyampaian dan penerimaan ilmu pengetahuan.

Pengajaran adalah proses penyampaian kemahiran atau ilmu pengetahuan manakala

pembelajaran adalah proses perolehan kemahiran atau ilmu pengetahuan yang

menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran guru yang

berkesan menjamin penerimaan ilmu pengetahuan kepada pelajar. Keberkesanan

pengajaran guru di sekolah dipersoalkan sama ada kaedah yang digunakan adalah

sesuai atau sebaliknya.

“Ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sains (Zurida, 1998:109)”. Kaedah tradisi ini

adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru dimana guru

tidak melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini

bermaksud tiada penekanan terhadap kesepaduan domain afektif, kognitif dan

psikomotor pelajar. Oleh itu, penekanan kepada prinsip-prinsip pembelajaran perlu

diambil kira supaya pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Salah satu prinsip

pembelajaran adalah penglibatan semua aspek.

“Bagi menjamin pembelajaran yang berkesan, semua aspek seseorang

individu perlu terlibat. Sekiranya murid itu meminati topik (aspek afektif),

dia akan memperoleh fahaman yang lebih cepat (kognitif). Aspek

psikomotor juga terlibat apabila murid itu mencatat nota atau menaip

laporan”.

(Ee, 2000:12)

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aspek afektif, kognitif

dan psikomotor akan menyebabkan perkara yang dipelajari diingati dengan lebih

lama tetapi jika pengajaran yang hanya berdasarkan syarahan atau penerangan tanpa

melibatkan pelajar melakukan aktiviti, proses pembelajaran sebegini akan

menimbulkan rasa bosan dalam diri pelajar dan seterusnya tidak menggalakkan

pembelajaran. Kesannya, pelajar akan menjadi malas dan seterusnya proses

Page 24: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

6

 

penerimaan pengetahuan tidak akan tercapai jika kaedah pengajaran yang kurang

berkesan masih lagi digunakan. Jadi, guru perlu melibatkan pelajar secara aktif

dalam proses pembelajaran sains supaya kemahiran proses sains dapat diterapkan

pada tahap yang maksimum supaya mencapai objektif kurikulum sains iaitu

“membolehkan pelajar menguasai kemahiran saintifik (KS), memperkukuhkan teori

dan konsep sains serta memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2003:5)”. Oleh itu, guru perlu mengubah kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru kepada pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar secara aktif.

1.2 Pernyataan Masalah

Kurangnya penguasaan mata pelajaran sains dalam kalangan guru dan kaedah

pengajaran guru yang kurang berkesan akan menjejaskan objektif mata pelajaran

sains. Dalam kajian ini, penyelidik berminat untuk mengkaji masalah kurangnya

pemahaman tentang KPS dalam kalangan bakal guru sains khususnya dalam

kemahiran mentakrif secara operasi dan berkomunikasi.

1.3 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi

dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai.

2. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan kalangan bakal

Page 25: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

7

 

guru sains di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas tahun

pengajian.

3. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas latar belakang

akademik.

4. Mengenal pasti perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas PNGK.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat membantu memberikan maklumat yang berguna

terhadap beberapa persoalan. Antaranya:

1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mentakrif secara operasi dan

berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai?

2. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas tahun pengajian?

3. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas latar belakang

akademik?

Page 26: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF … KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENTAKRIF SECARA OPERASI DAN BERKOMUNIKASI DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS ZAIDAH BINTI AWANG Laporan projek ini dikemukakan

8

 

4. Adakah terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains di

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai merentas PNGK?

1.5 Rangka Kerja Konsep

Rangka kerja konsep dalam Rajah 1.0 ialah susunan idea yang ingin

dilakukan oleh penyelidik dalam mengkaji tahap kefahaman kemahiran mentakrif

secara operasi dan berkomunikasi dalam kalangan bakal guru sains UTM. Tahap

kefahaman peserta kajian ini akan diukur menggunakan alat kajian yang dinamakan

Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mentakrif Secara Operasi dan

Berkomunikasi (USAINS). Tahap kefahaman akan dikelaskan kepada Cemerlang,

Baik, Sederhana, Lemah, dan Sangat Lemah. Pembolehubah bersandar dalam kajian

ini adalah tahap kefahaman pelajar manakala pembolehubah bebas adalah tahun

pengajian, latar belakang akademik dan PNGK.