TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik...

28
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik...

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN MENGAWAL

PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA

PENDIDIKAN FIZIK

NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN

MENGAWAL PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENIDIKAN FIZIK

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya: NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI

(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KAMPUNG JERAM, 16800, PASIR PUTEH, KELANTAN

PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN

Nama Penyelia

Tarikh : 7 APRIL 2008 Tarikh : 7 APRIL 2008

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)”

Tandatangan : _________________________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. HJ. SHAHAROM B. NOORDIN

Tarikh : 7 APRIL 2008

Page 4: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN MENGAWAL

PEMBOLEHUBAH DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA

PENDIDIKAN FIZIK

NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

(Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ________________________

Nama Penulis : NOR SAKIMAYUZIE BINTI AHMAD SUBKI

Tarikh : _7 APRIL_2008__________

Page 6: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

iii

Dedikasi

Setinggi-tinggi sanjungan dan setulus kasih buat insan-insan yang disayangi:

Teristimewa buat ayahanda tercinta, Ahmad Subki Bin Deraman dan bonda yang tersayang, Wan Hasmah Binti Mohd Nor. Juga khas buat kakak-kakaku, Norsakiza dan Nor Sakimazura serta adikku Mohd. Norsakimayubie semoga sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan semoga hubungan ukhwah yang terjalin sentiasa mekar berseri. Untuk saudara Mohamed Farijah yang dihormati jutaan terima kasih atas sokongan, dorongan dan kerana sentiasa menjadi azimat perjuanganku di sini. Semoga perhubungan kita sentiasa diredhai dan dirahmati Allah S.W.T.

Ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang dihormati di atas segala ilmu yang telah diberikan sepanjang ku berpayung di UTM ini terutama kepada Prof Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin.

Buat semua, kupohon iringan doa darimu untuk mengiringi tiap langkahku agar perjalanan hidup ini diberkati oleh Nya. Amin.

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat

dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W, keluarga baginda dan para

sahabat.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas

limpahan dan hidayahNya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini

dalam jangka masa yang telah diperuntukkan walaupun terlalu banyak rintangan,

cabaran dan dugaan yang menghalang.

Seikhlas hati, ingin saya merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi

penghargaan kepada PM Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin, selaku penyelia yang

merupakan seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan bertanggungjawab.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau atas nasihat, kritikan yang membina

dan dorongan beserta pandangan sepanjang saya menyempurnakan PSM ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengharungi hidup suka

duka selama empat tahun menuntut di UTM, terima kasih di atas segalanya atas

bantuan dalam bentuk bahan, tunjuk ajar dan nasihat. Tidak dilupakan juga kepada

ibubapa tersayang yang sentiasa mendoakan kejayaan saya sepanjang perjalanan

hidup ini.

Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas dan sebaik-baik pemberi balasan di atas

jasa dan kebaikan yang telah diberikan oleh semua dalam menyempurnakan PSM ini.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

v

ABSTRAK

Penyelidik telah berminat untuk menjalankan kajian terhadap tahap

kefahaman dalam kemahiran proses sains dalam kalangan bakal guru. Kajian ini

melibatkan dua kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah. Terdapat tiga pembolehubah bebas iaitu program

pengajian, jantina dan gred mata pelajaran Fizik di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia. Responden terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar

perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I. Alat kajian yang

digunakan iaitu Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal dan Kemahiran Mengawal

Pembolehubah yang mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif dan mempunyai

kebolehpercayaan α = .77. Reka bentuk kajian penyelidikan adalah Reka bentuk

Ujian Sebelum – Ujian Selepas Satu kelompok (One Group Pretest-Posttest Design).

Kursus Pendidikan Amali Fizik I adalah rawatan dalam kajian ini. Analisis statistik

deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, maksimum, minimum dan peratus

digunakan dalam tatacara penganalisisan data. Tahap kefahaman pelajar secara

keseluruhan sebelum dan selepas mengikuti kursus adalah sederhana. Tahap

kefahaman pelajar merentasi dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan gred Fizik di

peringkat Sijil Pelajaran Malaysia adalah sama iaitu sederhana sebelum dan selepas

mengikuti kursus. Manakala tahap kefahaman pelajar merentasi program pengajian

adalah berbeza selepas mengikuti kursus. Sebelum mengikuti kursus tahap

kefahaman pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

adalah sama dengan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik iaitu

sederhana. Selepas mengikuti kursus, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dan

Komputer serta Pendidikan Fizik mencapai tahap kefahaman yang baik manakala

pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik sederhana. Oleh yang

demikian, terdapat beberapa cadangan yang telah penyelidik nyatakan untuk

menambahbaik pencapaian pelajar dalam kemahiran proses sains.

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

vi

ABSTRACT

Researcher was interested to study the level of understanding in Science

process skills among pre service teacher. This study focused on two sciance process

skill only, which were predicting and control variables skill. There were three

independent variables, specialization, gender and Physics grade in Sijil Pelajaran

Malaysia. Respondents from the second year students taking the subject Pendidikan

Amali Fizik I in Physics education programme in Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai Johor consisting of 12 boys and 29 girls were involved in this study who.

The instrument were used namely Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal dan

Kemahiran Mengawal Pembolehubah which contained 40 items form objective

question with reliability value was α = .77. Design of this study was One Group

Pretest-Posttest Design. Pendidikan Amali Fizik I group was the treatment for this

design of study. Descriptive statistic analysis in the form of mean, standard

deviation, maximum, minimum and percentage was used in data analysis procedures.

The overall understanding level before and after for the treatment are in moderately

good. The understanding level of students among gender and Physics grade in Sijil

Pelajaran Malaysia were the same which is moderately good before and after the

treatment. Meanwhile, the understanding level of students across educational

programme was different after the treatment. Before treatment, the understanding

level of students of Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

and Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik were the same which was

moderately good. After treatment the understanding level of Ijazah Sarjana Muda

Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik students was good while for Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik students was moderately good. Hence,

researcher offers some recommendations to change the understanding level of

student in science process skill.

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.2.1 Kelemahan Pengajaran dan 3

Pembelajaran dalam Penerapan

Kemahiran Proses Sains

1.2.2 Kelemahan Pencapaian Mata Pelajaran 4

Fizik

1.2.3 Masalah Dalam Salah Tanggapan 5

Pelajar Tentang Konsep Fizik

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

viii

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Soalan Kajian 7

1.6 Rangka Kerja Konsep 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Andaian Kajian 13

1.10 Batasan Kajian 13

1.11 Takrifan

1.11.1 Tahap Kefahaman 14

1.11.2 Kemahiran Meramal 14

1.11.3 Kemahiran Mengawal Pembolehubah 15

1.12 Rumusan 16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Teori-teori Berkaitan Kemahiran Siantifik 18

2.3 Teori Berkaitan Kemahiran Meramal 22

2.3.1 Kepentingan Kemahiran Meramal 24

2.3.2 Kaedah Menguasai Kemahiran Meramal 26

2.4 Teori Berkaitan Kemahiran Mengawal 28

Pembolehubah

2.4.1 Kepentingan Kemahiran Mengawal 30

Pembolehubah

2.4.2 Kaedah Menguasai Kemahiran Mengawal 32

Pembolehubah

2.5 Kajian-kajian yang Berkaitan dengan 35

Kemahiran Proses Sains

2.5.1 Kajian-kajian Tempatan 35

2.5.2 Kajian-kajian Luar Negara 42

2.6 Rumusan 46

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

ix

3 PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan 47

3.2 Reka Bentuk Kajian 47

3.3 Responden dan Sumber Data 48

3.4 Alat Kajian 49

3.5 Tatacara Kajian 53

3.5.1 Kajian Sebenar 53

3.6 Analisis Data 54

3.7 Rumusan 57

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 58

4.2 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 59

Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran

Meramal dan Mengawal Pembolehubah

Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus

Pendidikan Fizik I(SPN 2221)

4.3 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 68

Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran

Meramal dan Mengawal Pembolehubah

Merentasi Program Pengajian Sebelum dan

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan Amali

Fizik I (SPN 2221)

4.4 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 72

Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran

Meramal dan Mengawal Pembolehubah

Merentasi Jantina Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

(SPN 2221)

4.5 Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Dua 76

Pendidikan Fizik Dalam Kemahiran

Meramal dan Mengawal Pembolehubah

Merentasi Gred Mata Pelajaran Fizik di

Peringkat SPM Sebelum dan Selepas Mengikuti

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

x

Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

4.5 Rumusan 82

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 84

5.2 Ringkasan 84

5.3 Kesimpulan 86

5.4 Perbincangan 88

5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 88

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Sebelum dan Selepas Mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 91

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Merentasi Program Pengajian Sebelum

dan Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I (SPN 2221)

5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 94

danKemahiran Mengawal Pembolehubah

Merentasi Jantina Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali

Fizik I (SPN 2221).

5.4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Meramal 97

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Merentasi Gred Mata Pelajaran Fizik

Di Peringkat SPM Sebelum dan Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali

Fizik I (SPN 2221).

5.5 Implikasi 99

5.6 Cadangan 104

5.7 Cadangan Kajian Masa Depan 107

5.8 Rumusan 108

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xi

6 RUJUKAN 109

7 LAMPIRAN 113

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peratus (%) Keputusan SPM Mengikut 4

Gred Cemerlang, Kepujian, Lulus dan Gagal

Bagi Sekolah-Sekolah Di Negeri Sembilan

3.1 Bilangan Responden Mengikut Program dan 49

Jantina

3.2 Item-item Mengikut Kriteria Kemahiran 51

yang Dinilai

3.3 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman 56

Bagi Setiap Kemahiran

3.4 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman 56

Bagi Kedua-dua Kemahiran

4.2.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 59

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Sebelum Mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

Secara Keseluruhan

4.2.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 60

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xiii

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Selepas Mengikuti Kursus

Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

Secara Keseluruhan

4.3.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 69

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Merentasi Program Pengajian

Sebelum Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I (SPN 2221)

4.3.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 70

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Merentasi Program Pengajian

Selepas Mengikuti Kursus Pendidikan

Amali Fizik I (SPN 2221)

4.4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 72

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Merentasi Jantina Sebelum

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

(SPN 2221)

4.4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 74

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Merentasi Jantina Selepas

Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I

(SPN 2221)

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xiv

4.5.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 76

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Merentasi Gred Mata Pelajaran

Fizik di Peringkat SPM Sebelum Mengikuti

Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

4.5.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kemahiran 79

Pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik Dalam

Kemahiran Meramal dan Mengawal

Pembolehubah Merentasi Gred Mata Pelajaran

Fizik di Peringkat SPM Selepas Mengikuti

Kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1 Rangka Kerja Konsep Kajian 9

2.1 Eksperimen Mengkaji Hubungan 34

antara Tekanan dan Halaju

3.1 Reka Bentuk Kajian 47

3.2 Kriteria-kriteria yang Terlibat Dalam 50

Kemahiran Meramal

3.3 Kriteria-kriteria yang Terlibat dalam 51

Kemahiran Mengawal Pembolehubah

Page 19: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xvi

SENARAI SINGKATAN

IPT - Institut Pengajian Tinggi

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

KPSA - Kemahiran Proses Sains Asas

KPS - Kemahiran Proses Sains

KS - Kemahiran Saintifik

P&P - Pengajaran dan pembelajaran

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

PNGK - Purata Nilai Gred Keseluruhan

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

N1A - Bilangan pelajar mendapat 1A mata pelajaran Fizik di

peringkat SPM

N2A - Bilangan pelajar mendapat 2A mata pelajaran Fizik di

peringkat SPM

N3B - Bilangan pelajar mendapat 3B mata pelajaran Fizik di

peringkat SPM

N4B - Bilangan pelajar mendapat 4B mata pelajaran Fizik di

peringkat SPM

N5C - Bilangan pelajar mendapat 5C mata pelajaran Fizik di

peringkat SPM

NF - Bilangan pelajar Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik

NL - Bilangan pelajar lelaki

NP - Bilangan pelajar perempuan

NP - Bilangan pelajar Sarjana Muda Sains dan Komputer serta

Pendidikan Fizik

Page 20: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xvii

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Fizik

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Matematik

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik

SPSS - Statistical Package for Social Science

TIPS - Test of Integrated Process Skill

UPKMKMP - Ujian Penilaian Kemahiran Meramal dan Kemahiran

Mengawal Pembolehubah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Ujian Pencapaian Kemahiran Meramal 113

dan Kemahiran Mengawal Pembolehubah

B Jawapan Ujian Pencapaian Kemahiran 140

Meramal dan Kemahiran Mengawal

Pembolehubah

C Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran 142

Proses Sains dalam Kalangan Pelajar

Tahun Dua Program Pendidikan Fizik

D Jawapan Soal Selidik Tahap Kefahaman 147

Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan

Pelajar Tahun Dua Program Pendidikan Fizik

E Surat Kebenaran Menulis Tesis Melebihi 150

Had Muka Surat Yang Ditetapkan

Page 22: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Wawasan 2020 merupakan satu matlamat Malaysia untuk membangun

dengan pesat dan mencapai taraf negara maju dalam pelbagai aspek terutama aspek

sains dan teknologi. Sejajar dengan matlamat ini, Malaysia mestilah melahirkan para

cendiakawan yang dapat merialisasikan Wawasan 2020 ini dari segi sains dan

teknologi. Oleh itu, bermula dari sekarang warganegara perlu dipupuk semangat

cintakan sains dan teknologi terutama di peringkat sekolah.

Pada masa akan datang, dunia seakan-akan berada dalam satu lingkungan

yang kecil sahaja. Ini kerana, sains dan teknologi akan mengubah dunia berada

dihujung jari sahaja. Oleh yang demikian, Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam

pembangunan ini. Untuk seiring dengan dunia luar, kita perlulah mendidik anak

bangsa ke arah pemikiran yang kreatif dan kritis serta berpandangan jauh. Hal ini

bertujuan untuk melahirkan tenaga mahir yang bertaraf dunia.

Dengan itu, para pendidik seharusnya menanam kemahiran saintifik dalam

diri pelajar agar mereka tidak sahaja menggunakan teknologi yang ada malahan

dapat memberi sumbangan ke arah tamadun saintifik dan juga teknologi yang lebih

canggih pada masa akan datang. “Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains

Negara, iaitu untuk memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan

kepada perkembangan individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan

Page 23: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

2

serta dapat menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi (Pusat Perkembangan

Kurikulum , 2003).” Sifat-sifat sebegini perlu dipupuk dalam kalangan pelajar

supaya mereka dapat berfikir ke arah kemajuan diri sendiri dan negara supaya tidak

ketinggalan dalam dunia komodenan ini.

Dengan ini, kita akan dapat melahirkan warganegara yang celik sains dan

teknologi serta dapat menjadi sebuah negara yang maju sejajar dengan matlamat

Wawasan 2020. Oleh yang demikian, kemahiran saintifik harus diberi penekanan

dalam sistem kurikulum sains KBSM. Hal ini kerana, kemahiran saintifik banyak

diaplikasikan dalam mata pelajaran Sains terutama Fizik. Kemahiran Proses Sains

(KPS) merupakan salah satu pecahan kepada kemahiran saintifik. Dengan ini, KPS

perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar dapat

menguasainya dan secara tidak langsung dapat menguasai kemahiran saintifik juga.

Oleh kerana KS ini penting kepada semua untuk pembangunan negara,

penyelidik telah berminat untuk membuat kajian berkaitan KPS dalam kalangan

pelajar. Penyelidik telah memilih dua KPS untuk dikaji iaitu kemahiran meramal

dan kemahiran mengawal pembolehubah. Tujuan kajian ini adalah untuk

mengetahui tahap kefahaman pelajar terhadap kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah.

1.2 Latar Belakang Masalah KPS adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

mata pelajaran Sains. Oleh yang demikian, guru-guru Sains perlulah menguasai

kemahiran KPS terlebih dahulu sebelum menurunkan ilmu Sains tersebut kepada

pelajar. “Kegagalan guru Sains terutama guru mata pelajaran Fizik dalam memahami

Page 24: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

3

KPS akan menyebabkan kegagalan dalam penerapannya dalam aktiviti P&P sains

(Tan, 2001).” Dengan ini, objektif kurikulum sains iaitu menerapkan KPS tidak akan

berjaya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Selain dari itu, terdapat juga

perkara-perkara lain yang menyumbang kepada kegagalan penerapan KPS dalam

P&P antaranya ialah:

1.2.1 Kelemahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Penerapan

Kemahiran Proses Sains

Penguasaan KPS yang lemah dalam kalangan guru akan menyebabkan minat

pelajar untuk belajar mata pelajaran ini berkurang. “Ini kerana, guru tersebut tidak

mempunyai kaedah pengajaran yang baik dan menarik minat pelajar (Abu Hassan,

2004).” Semasa aktiviti eksperimen dijalankan, pelajar hanya menjalankannya

mengikut arahan dalam buku amali sahaja, tetapi KPS bagi eksperimen tersebut tidak

diterapkan. Hal ini kerana guru yang mengajar eksperimen ini tidak mempunyai

penguasaan terhadap KPS itu sendiri. Oleh yang demikian, guru tersebut tidak dapat

membimbing pelajar untuk menjalankan eksperimen dengan baik. Kesannya ialah,

pelajar-pelajar tidak berminat untuk belajar dan KPS tidak berjaya diterapkan dalam

P&P tersebut.

Kelemahan pengajaran guru tersebut disebabkan oleh guru yang mengajar

mata pelajaran Sains terutama Fizik merupakan guru yang bukan mengambil kursus

Fizik semasa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Apabila guru bukan jurusan Fizik

mengajar mata pelajaran ini maka akan berlaku salah konsep dalam kalangan guru

tersebut. “Guru ini akan menghadapi masalah khususnya mengenai pengetahuan

dalam beberapa konsep Fizik yang hendak diajar dan kemahiran mengendalikan alat

radas tertentu Fizik (Lilia et al., 2002).” Secara tidak langsung, masalah salah

konsep Fizik dalam kalangan guru akan mempengaruhi pemahaman konsep dalam

kalangan pelajar pula. Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya salah

konsep Fizik, guru yang akan mengajar mata pelajaran Fizik mesti mengambil kursus

Fizik. Guru yang mengambil kursus Fizik dapat menguasai KPS. “Kebolehan guru

Page 25: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

4

menguasai KPS akan menjadikan guru lebih berkeyakinan menerap dan menilai KPS

kepada pelajar dengan baik (Downing et al., 1997).”

1.2.2 Kelemahan Pencapaian Mata Pelajaran Fizik

Jadual 1.1 : Peratus (%) Keputusan SPM Mengikut Gred Cemerlang,

Kepujian, Lulus dan Gagal Bagi Sekolah-Sekolah Di

Negeri Sembilan

Gred

Cemerlang

(%)

Kepujian

(%)

Lulus

(%)

(Sumber : Pejabat Pelajaran Negeri Sembilan, 2007)

Data dalam Jadual 1.1 menunjukkan peratus keputusan SPM mengikut gred

cemerlang, kepujian, lulus dan gagal bagi mata pelajaran Fizik sekolah-sekolah di

Negeri Sembilan. Daripada keputusan ini dapat dilihat bahawa peratusan cemerlang

adalah sedikit berbanding dengan peratusan kepujian pada setiap tahun. Keputusan

ini makin merosot pada tahun 2006. Pada tahun 2006, pelajar yang mendapat gred

cemerlang dalam mata pelajaran Fizik sangat sedikit berbanding tahun 2005. Begitu

juga dengan pelajar yang gagal pada tahun 2006 meningkat berbanding tahun 2005.

Keputusan seperti ini berlaku disebabkan oleh pelajar belajar Fizik secara

menghafal konsep, hukum-hukum, prinsip dan teori Fizik tanpa memahaminya atau

mengaitkan dengan pengetahuan lepas serta melihat aplikasinya. “Mereka akan

mengalami masalah kurang motivasi dan tidak berjaya dengan cemerlang atau

menghadapi masalah apabila disoal mengenai aplikasi pengetahuan yang dipelajari

Tahun

Gagal

(%)

Jumlah

(%)

2005 16.8 41.2 39.0 3.0 100

2006 12.9 40.2 42.3 4.6 100

Page 26: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

5

(Lilia et al., 2002).” Dengan ini, terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar

aliran sains dalam menguasai mata pelajaran Fizik ini. KPS tidak dapat dikuasai

oleh pelajar tersebut kerana pemahaman konsep Fizik mereka lemah.

Pengajaran guru juga menjadi faktor pencapaian pelajar merosot. Pengajaran

guru yang hanya berpandukan teori semata-mata tanpa menjalankan kegiatan

eksperimen akan membuatkan pelajar kurang pemahaman sesuatu konsep yang diajar

itu. Hal ini kerana, pembelajaran secara eksperimen menggalakkan pelajar belajar

secara inkuiri. “Pembelajaran secara inkuiri menggalakkan pelajar menggunakan

kemahiran saintifik dalam proses pembelajarannya (Abu Hassan, 2004).” Oleh yang

demikian, guru perlu mengubah corak atau kaedah pengajarannya supaya pelajar

dapat menguasai mata pelajaran fizik dengan baik.

1.2.3 Masalah Dalam Salah Tanggapan Pelajar Tentang Konsep Fizik

Salah tanggapan pelajar terhadap konsep Fizik atau miskonsepsi Fizik ini

menyebabkan mereka kurang penguasaan dalam mata pelajaran Fizik. Salah

tanggapan konsep Fizik ini berlaku disebabkan pengetahuan sedia ada pelajar yang

tidak diperbetulkan.

Pengetahuan sedia ada pelajar diperolehi daripada pemerhatian dan

pengalaman secara langsung dalam kehidupan seharian.

(Lilia el at., 2002:35)

Contohnya, istilah kerja dalam disiplin Fizik mempunyai berlainan maksud

jika dibandingkan dengan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Akan tetapi,

pelajar akan memahami kerja sebagai perbuatan bukan melalui konsep Fizik.

Salah tanggapan dalam kalangan pelajar terhadap konsep Fizik

berlaku juga disebabkan oleh guru.

(Lilia et al., 2002:39)

Page 27: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

6

Guru yang mengajar memberi penerangan tentang konsep Fizik secara kurang

tepat akan menyebabkan pelajar memahami penerangan yang salah dan akan berlaku

salah tanggap terhadap konsep Fizik. “Salah tanggapan ini akan berpanjangan

kerana generasi yang bakal menjadi golongan pendidik ini juga terdiri daripada

pelajar yang miskonsepsi Fizik (Lilia et al., 2002).”

Miskonsepsi dalam kalangan pelajar juga disebabakan oleh buku

teks yang digunakan.

(Lilia et al., 2002:40)

“Buku teks ini menyebabkan miskonsepsi kerana terdapat kesilapan seperti

eksperimen yang tidak mungkin berjaya, rajah yang mengelirukan dan mempunyai

miskonsepsi dalam kalangan penulis buku teks itu. Miskonsepsi dalam buku teks

boleh terjadi disebabkan oleh penilai buku teks bukan dari golongan yang pakar

dalam bidang Fizik (Lilia et al., 2002).” Oleh yang demikian, pelajar tidak dapat

memahami sesuatu konsep dengan betul.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dihuraikan, penyelidik memikirkan

satu kajian perlu dilakukan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah

tahap kefahaman para pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik, Universiti

Teknologi Malaysia (UTM), Johor dalam kemahiran meramal dan kemahiran

mengawal pembolehubah sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali

Fizik I (SPN 2221).

Page 28: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MERAMAL DAN KEMAHIRAN … · perempuan Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor yang mengikuti kursus Pendidikan

7

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan objektif-objektif khusus seperti berikut:

1) Menilai tahap kefahaman pelajar Tahun Dua Pendidikan Fizik dalam

kemahiran meramal dan mengawal pembolehubah sebelum dan selepas

mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).

2) Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar Tahun Dua

Pendidikan Fizik dalam kemahiran meramal dan mengawal pembolehubah

merentasi program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus

Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).

3) Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar Tahun Dua

Pendidikan Fizik dalam kemahiran meramal dan kemahiran mengawal

pembolehubah merentasi jantina sebelum dan selepas mengikuti kursus

Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).

4) Menilai sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar Tahun Dua

Pendidikan Fizik dalam kemahiran meramal dan mengawal pembolehubah

merentasi keputusan Fizik di peringkat SPM sebelum dan selepas mengikuti

kursus Pendidikan Amali FizikI (SPN 2221).