TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi...

22
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN EMPAT PROGRAM PENDIDIKAN SAINS NURAZAM BIN MOHAMAD POAT BP 050137 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS) 780610-02-5177 FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2008

Transcript of TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi...

Page 1: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN

DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR

TAHUN EMPAT PROGRAM PENDIDIKAN SAINS

NURAZAM BIN MOHAMAD POAT

BP 050137

SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS)

780610-02-5177

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2008

Page 2: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Page 3: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Page 4: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK EKSPERIMEN

DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN

EMPAT PENDIDIKAN SAINS

NURAZAM BIN MOHAMAD POAT

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2008

Page 5: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

ii

ii

Page 6: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

iii

DEDIKASI

Buat emak dan abah yang dikasihi dan dihormati:

En Mohamad Poat bin Mohamad Saad

Pn Ruhani binti Abdul Ghani

Juga kepada insan yang banyak membantu, menyokong dan prihatin pada diri ini:

Kamariah binti Abdul Majid

Zainab binti Mat Saad

Adik-adik yang dikasihi

Terima kasih di atas sokongan kalian selama ini.

Page 7: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, dapat juga saya

menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Dikesempatan ini, pertama sekali saya ingin mengucapkan ucapan terima

kasih yang tidak terhingga kepada pembimbing yang saya kasihi

Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin di atas segala bimbingan, nasihat, tunjuk

ajar yang diberikan dengan penuh semangat sepanjang saya menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan kelas Norliza binti

Adrus yang banyak membantu, peserta kajian yang memberikan kerjasama dengan

baik dalam menjalankan kajian ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang

terlibat, segala jasa yang diberi amat dihargai.

Page 8: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

v

ABSTRAK

Kefahaman pelajar terhadap kemahiran saintifik telah mendapat perhatian

dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Tahap kefahaman

kemahiran proses sains iaitu kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains di

Universiti Teknologi Malaysia telah dijalankan. Seramai 52 orang peserta kajian

daripada Program Pendidikan Sains-Perdana dan Program Pendidikan Sains-Program

Khas Pensiswazahan Guru terlibat dalam kajian ini.Terdapat dua pembolehubah

bebas dalam kajian ini iaitu merentas jantina dan program pengajian. Kajian ini

berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap

Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan Mengeksperimen dengan

nilai kebolehpercayaan iaitu ά=.82. Terdapat 40 item dalam alat kajian ini yang

berbentuk objektif. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim dan

markat maksimum dan minimum telah digunakan dalam tatacara menganalisis data

kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk

eksperimen dan mengeksperimen secara keseluruhannya adalah baik. Kajian ini juga

mendapati terdapat perbezaan tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk

eksperimen dan mengeksperimen merentas jantina iaitu pelajar lelaki berada pada

tahap kefahaman cemerlang dan tahap kefahaman pelajar perempuan adalah baik.

Manakala merentas program pengajian pula Program Pendidikan Sains-Program

Khas Pensiswazahan Guru berada pada tahap kefahaman cemerlang dan Program

Pendidikan Sains-Perdana berada pada tahap kefahaman baik. Dapatan kajian ini

menunjukkan bahawa penerapan kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

mengeksperimen terhadap pelajar masih kurang mencukupi dan ini seterusnya boleh

mempengaruhi pencapaian dan tahap kefahaman pelajar Program Pendidikan Sains.

Page 9: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

vi

ABSTRACT

The level of understanding among students towards scientific skills has

aroused the interest of researchers in the science education field. A study was

conducted among Year Four Science Education Program Universiti Teknologi

Malaysia students to determine the level of understanding in the science process

which involved the skill of the students in desingning and conducting experiments.

Fifty two students from the Science Education Program-Prime Students and the

Science Education Program-Program Khas Pensiswazahan Guru students were

involved in this study. The two independent variables for this survey were across

gender and the type of program. This was an exploration survey and the research

instrument used was the Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka

Bentuk Eksperimen dan Mengeksperimen. The reliability of the test was ά=.82. The

test comprises 40 items. The Descriptive Statistical Analysis in the form of mean,

standard deviation and maximum and minimum score were used in analyzing the

data of the survey. The results in general indicated that the skill level of the students

in designing the experiment and conducting the experiment was good. In addition the

study has also identified that there exist a difference in the level of understanding in

designing the experiment and conducting the experiment across gender. The male

students’ level of understanding was at the excellent level whereas the female

students’ level of understanding was good. It was also observed that with respect to

across program, the understanding level of the Science Education Program-Program

Khas Pensiswazahan Guru students was excellent compared to the Prime students’

level which was at the good level. Finally, the result also illustrated that the

inculcation of the skill in designing and conducting experiment among students were

still insufficient and thus it will influence the achievement and understanding level of

the Science Education Program students.

Page 10: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xiii

Senarai Singkatan xiv

Senarai Lampiran xv

1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Rangka Kerja Konsep 5

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Skop Kajian 7

1.8 Andaian Kajian 8

1.9 Batasan Kajian 8

1.10 Takrifan 9

Page 11: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

viii

1.10.1 Tahap Kefahaman 9

1.10.2 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 10

1.10.3 Kemahiran Mengeksperimen 11

1.10.4 Program 11

1.11 Rumusan 12

2 SOROTAN PENULISAN

2.0 Pendahuluan 13

2.1 Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen 13

2.1.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen 13

2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen 15

2.2 Kemahiran Mengeksperimen 17

2.2.1 Teori-teori Berkaitan Kemahiran

Mengeksperimen 17

2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mengeksperimen 22

2.2.3 Langkah Menguasai Kemahiran

Mengeksperimen 23

2.3 Kajian Tentang Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Di Dalam Negara 25

2.4 Kajian Berkaitan Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Di Luar Negara 27

2.5 Rumusan 30

3 PENGKAEDAHAN

3.0 Pendahuluan 31

3.1 Reka Bentuk Kajian 31

3.2 Peserta Kajian 32

Page 12: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

ix

3.3 Alat Kajian 32

3.4 Tatacara Kajian 36

3.4.1 Kajian Rintis 36

3.4.2 Kajian Sebenar 37

3.5 Analisis Data 37

3.6 Rumusan 41

4 DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahuluan 42

4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen 42

4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Jantina 44

4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Program Pengajian 45

4.4 Rumusan 47

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.0 Pendahuluan 48

5.1 Ringkasan 48

5.2 Kesimpulan 50

5.3 Perbincangan 51

5.3.1 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen Dan

Kemahiran Mengeksperimen 52

5.3.2 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen Dan

Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Jantina 55

Page 13: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

x

5.3.3 Tahap Kefahaman Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen Dan

Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Program Pengajian 57

5.4 Implikasi 61

5.5 Cadangan 63

5.6 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 64

5.7 Rumusan 66

RUJUKAN 67

LAMPIRAN 70

Page 14: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

xi

SENARAI JADUAL JADUAL MUKA SURAT 2.1 Contoh Penjadualan Data Yang Diambil 17 2.2 Markat Pencapaian Guru Pelatih Dalam Aspek

Mereka Bentuk Eksperimen 26

3.1 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut

Program Dan Jantina 32

3.2 Item-item Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen Dan Kemahiran Mengeksperimen

Mengikut Aspek Yang Dinilai 35

3.3 Jadual Sistem Gred Dan Nilai Universiti

Teknologi Malaysia 38

3.4 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Setiap

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen dan

Kemahiran Mengeksperimen 39

3.5 Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi Kedua-dua

Kemahiran 39

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen Dan

Kemahiran Mengeksperimen 43

Page 15: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

xii

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen

Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Jantina 45

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman

Kemahiran Mereka Bentuk Eksperimen

Dan Kemahiran Mengeksperimen

Merentas Program Pengajian 46

Page 16: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

xiii

SENARAI RAJAH RAJAH MUKA SURAT 1.1 Rangka Kerja Konsep 6 3.1 Aspek-aspek Yang Terlibat Dalam Kemahiran

Mereka Bentuk Eksperimen 33

3.2 Aspek-aspek Yang Terlibat Dalam Kemahiran

Mengeksperimen 34

Page 17: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

xiv

SENARAI SINGKATAN

IEA International Association For The Evaluation Achievement

KM Kemahiran Manipulatif

KPS Kemahiran Proses Sains

KPSB Kemahiran Proses Sains Bersepadu

KS Kemahiran Saintifik

LPM Lembaga Peperiksaan Malaysia

NG Bilangan Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru

NL Bilangan Pelajar Lelaki

NN Bilangan Pelajar Program Pendidikan Sains

NP Bilangan Pelajar Perempuan

ORES Objective Referenced Evaluation in Science

PEKA Pentaksiran Kerja Amali

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

PP Penunjuk Prestasi

PPK Pusat Perkembangan Kurikulum

PUM Pembolehubah manipulasi

PUR Pembolehubah bergerak balas

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SPN Sarjana Muda Sains serta Pendidikan Sains

SPSS Statistical Package For Sosial Science

SISS Second International Science Study

TISP Test Of Integgrated Science Process

UTM Universiti Teknologi Malaysia

UTAHAP Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mereka Bentuk

Eksperimen dan Kemahiran Mengeksperimen

Page 18: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

xv

LAMPIRAN

SENARAI TAJUK

1) UTAHAP LAMPIRAN A

2) SENARAI JAWAPAN LAMPIRAN B

3) TABURAN PILIHAN JAWAPAN LAMPIRAN C

4) PENGESAHAN ITEM LAMPIRAN D

Page 19: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr.

Mahathir Mohamed, pada 28 Februari 1991, telah mengumumkan satu rangka kerja

rancangan pembangunan Malaysia untuk dicapai dalam tempoh masa 30 tahun yang

akan datang. Salah satu cabaran yang termaktub dalam wawasan 2020 ialah

mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif agar dapat

menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi dan bukan sekadar pengguna

teknologi. Untuk mencapai hasrat ini, mutu pendidikan negara harus ditingkatkan.

Lantaran itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi penekanan dalam

penambahbaikan kurikulum kebangsaan dalam beberapa mata pelajaran termasuk

mata pelajaran Sains.

Matlamat pengajaran sains di peringkat sekolah menengah ialah mencapai

pemahaman secara saintifik di semua peringkat (Losada dan Barros,2005). Seiring

dengan perkembangan sains seluruh dunia, kurikulum sains telah digubal dan lebih

memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains

dan kemahiran manipulatif ) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada

prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni. Dalam objektif

kurikulum sains, dengan jelas menggariskan mengenai pengetahuan dan kemahiran

saintifik iaitu, “Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran secara kreatif dan kritis

berasaskan sikap saintifik dalam membuat keputusan dan mengkonsepsikan” (Pusat

Perkembangan Kurikulum, 2003:5). Ini selaras dengan hasrat kerajaan dalam

Page 20: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

2

mewujudkan masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif serta dapat

menyumbang kepada perkembangan tamadun teknologi.

Kemahiran saintifik (KS) terdiri daripada dua kemahiran iaitu kemahiran

proses sains (KPS) dan kemahiran manipulatif (KM). Maka, guru adalah tonggak

utama dalam merealisasikan hasrat pendidikan untuk melahirkan masyarakat

saintifik. Aspek KS perlu terlebih dahulu dikuasai oleh guru dan bakal guru bagi

memungkinkan pembelajaran berlaku dalam kalangan pelajar secara optimum.

Kegagalan guru menguasai KS mengakibatkan pembelajaran sains berlaku secara

hafalan berbanding kefahaman yang dibina sendiri oleh pelajar beserta bimbingan

guru. Justeru, guru dan bakal guru serta individu yang terlibat dalam pembangunan

pendidikan negara perlu memahami dan menguasai KS agar KS dapat diterapkan dan

seterusnya diaplikasikan oleh pelajar seperti yang digariskan dalam objektif

kurikulum.

1.1 Latar Belakang Masalah Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2000)

jelas menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan kaedah

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berpusatkan guru, tanpa berusaha memberi

penekanan terhadap kesepaduan domain kognitif, afektif dan psikomotor pelajar.

Ramai dalam kalangan guru masih menggunakan kaedah tradisi dalam proses P&P

sains (Zurida,1998). Ini bermaksud pelajar tidak diberi peluang secara aktif dalam

proses pembelajaran mereka. Penekanan seharusnya diberikan lebih dalam

penguasaan kemahiran proses sains (KPS) berbanding penguasaan fakta dan prinsip

asas sains semata-mata. Jika masalah ini terus berlaku, hasrat untuk mewujudkan

masyarakat Malaysia yang berfikiran saintifik dan progresif tidak akan dapat

dicapai.

Menurut (Wellington, 1989), “kemahiran proses sains yang dipelajari akan

kekal selepas fakta-fakta menjadi lapuk atau dilupai”. Pernyataan ini menunjukkan

Page 21: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

3

kaedah eksperimen atau kerja amali memberi pengalaman langsung kepada pelajar

dan dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran sains.

Oleh itu, guru perlu mengubah persepsi dan kaedah P&P agar ia selari dengan

objektif kurikulum sains iaitu untuk “membolehkan pelajar menguasai kemahiran

saintifik (KS), memperkukuhkan teori dan konsep sains serta memupuk amalan sikap

saintifik dan nilai murni”, (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003:5).

Menurut ( Radford, 1992), sikap guru yang lebih menumpukan pengajaran

secara berpusat tanpa penglibatan pelajar secara aktif adalah punca mengapa

berlakunya penyampaian maklumat yang tidak betul, jika guru mengharapkan pelajar

mempelajari KPS, sekurang-kurangnya tiga syarat perlu ada iaitu guru mesti

mempunyai kecekapan dan kefahaman dalam KPS, pelajar mesti diajar dan diberi

peluang untuk mempraktikkan kemahiran tersebut dan kemajuan pelajar dalam

melaksanakan kemahiran tersebut perlu dinilai. Jika ini dilakukan, hasrat untuk

melahirkan pelajar yang berfikiran saintifik dan progresif dapat dicapai seperti yang

ditetapkan.

Berdasarkan permasalahan di atas, dapat disimpulkan bahawa kemahiran

saintifik sememangnya penting ditekankan dalam kurikulum sains. Justeru, guru

perlu menguasai kemahiran saintifik untuk dipraktikkan dalam P&P. Maka kajian ini

dijalankan untuk mengukur tahap kefahaman kemahiran saintifik dalam aspek

kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran mengeksperimen dalam

kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains (SPN/SPN-PKPG)

Universiti Teknologi Malaysia.

1.2 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik

memikirkan satu kajian perlu dijalankan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti

tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan kemahiran

Page 22: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MEREKA BENTUK … fileLaporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

4

mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program Pendidikan Sains

(SPN / SPN-PKPG) Universiti Teknologi Malaysia.

1.3 Objektif Kajian Merujuk kepada pernyataan masalah di atas, di antara objektif kajian ini

ialah:

1. Menilai tahap kefahaman kemahiran mereka bentuk eksperimen dan

kemahiran mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat

Program Pendidikan Sains ( SPN / SPN-PKPG ) Universiti Teknologi

Malaysia.

2. Menilai tahap kefahaman mereka bentuk eksperimen dan kemahiran

mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program

Pendidikan Sains ( SPN / SPN-PKPG ) Universiti Teknologi Malaysia

merentas jantina.

3. Menilai tahap kefahaman mereka bentuk eksperimen dan kemahiran

mengeksperimen dalam kalangan pelajar Tahun Empat Program

Pendidikan Sains ( SPN / SPN-PKPG ) Universiti Teknologi Malaysia

merentas program pengajian.