TAHAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN · PDF file5.4.1 Pihak Kolej Kemahiran Belia...

25
TAHAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELATIH KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL (KKBN) DARIPADA PERSPEKTIF TENAGA PENGAJAR. SITI ‘AISYAH BINTI TUGIMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN · PDF file5.4.1 Pihak Kolej Kemahiran Belia...

TAHAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN KOMUNIKASI

DALAM KALANGAN PELATIH KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NASIONAL

(KKBN) DARIPADA PERSPEKTIF TENAGA PENGAJAR.

SITI ‘AISYAH BINTI TUGIMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN KOMUNIKASI

DALAM KALANGAN PELATIH KKBN DARIPADA PERSPEKTIF

TENAGA PENGAJAR.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya SITI ‘AISYAH BINTI TUGIMAN

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

Pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

Institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, _____________________ _______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

LORONG 2, KG MAJU JAYA CIK NUR HUSNA BINTI ABD WAHID

81500 PEKAN NANAS,PONTIAN Nama Penyelia

JOHOR DARUL TAKZIM.

Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini

perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau

Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Administrator
Typewritten text
13 MEI 2011
Administrator
Typewritten text
13 MEI 2011

“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ...................................................

Nama Penyelia : Cik Nur Husna Binti Abd Wahid

Tarikh : ...................................................

Administrator
Typewritten text
13 MEI 2011

TAHAP KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH DAN KOMUNIKASI

DALAM KALANGAN PELATIH KOLEJ KEMAHIRAN BELIA NATIONAL

(KKBN) DARIPADA PERSPEKTIF TENAGA PENGAJAR.

SITI „AISYAH BINTI TUGIMAN

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei 2011

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : SITI „AISYAH BINTI TUGIMAN

Tarikh : ........................................................

Administrator
Typewritten text
13 MEI 2011

iii

DEDIKASI

“Alangkah indahnya sebuah kehidupan, andai kita dapat memiliki semua yang diinginkan.

Barangkali ini yang difikirkan oleh kebanyakan orang ketika melalui hari-hari dalam hidupnya.

Semua orang ingin hidup bahagia, namun rasa bahagia itu milik peribadi dan selalunya tidak sama

dengan apa yang dimilikioleh orang lain”

Buat Abah Dan Mak

Tugiman Bin Kayat dan Rahyu Binti Hj Nuri

Restu Serta Doamu Amat Ku Hargai

Terima Kasih Atas Segalanya

Pengorbanan Dan Kepayahan Mendidikku Ke Menara Gading.

Buat Seisi Keluarga Yang Disayangi

Kamaruzzaman, Siti Masyati, Siti Rohani, Mohd Nizamul, Siti Hanisah, Mohd

Izzuddin, Mohd Ihtisam, Auni Qistina, Aqil Iftiqar, Ifwat Hafi, Ifwat Adif, Ifwat

Thaqif, Afif Uqail, Fatin Hanina, Firas, Padex, Saiful, Hadibah, dan Nyaie.

Segala Jasa, Doa Dan Sokongan Kalian

Akan Dikenang Selamanya.

Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan yang Di lakukan Selama Ini.

Serta Buat Rakan-rakan Seperjuangan SPH

Sahabat Karib

Jasa Baik Kalian Amat Ku Hargainya

Terima Kasih Semua….

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dipanjatkan penuh kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana Projek Sarjana Muda saya

dapat disempurnakan dengan jayanya.

Di kesempatan ini, Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi

penghargaan dan ribuan terima kasih buat Cik Nur Husna Binti Abdul Wahid selaku

penyelia Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah

fikiran serta tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan

projek ini.

Di samping itu, terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-

rakan seperjuangan khususnya kepada pelajar perdana 4 SPH yang turut memberi

nasihat dan dorongan serta tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan banyak

membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini. Semoga

segala pengorbanan dan jasa yang diberikan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

v

ABSTRAK

Kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang bukan sahaja memiliki

kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran generik untuk meningkatkan

produktiviti syarikat. Kemahiran generik atau kemahiran bukan teknikal merupakan

kemahiran yang menjadi pemangkin untuk kebolehpasaran kerja seiring dengan

kemahiran teknikal. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui tahap

penguasaan kemahiran generik dari segi kemahiran dalam menyelesaikan masalah

dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelatih daripada perspektif tenaga

pengajar. Kajian ini dijalankan di Kolej Kemahiran Belia National, Pontian.

Seramai 31 orang tenaga pengajar dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini

adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan kaedah tinjauan. Kajian tinjauan ini

dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat

yang berkaitan dengan kajian. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set

soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A digunakan

untuk melihat latar belakang responden. Manakala untuk bahagian B pula

mengandungi 38 item untuk menjawab dua persoalan kajian yang dikemukakan.

Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan perisian “Statitiscal

Package for Social Sciences” (SPSS) Version 15.0 untuk menilai peratusan, min dan

sisihan piawai. Nilai kebolehpercayaan bagi setiap bahagian dalam instrumen kajian

ini adalah melebihi α = 0.6. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa pelatih-

pelatih mempunyai tahap yang tinggi (min 4.03) dalam menyelesaikan masalah dan

sederhana bagi kemahiran berkomunikasi (min 3.61). Kesimpulannya, kemahiran

menyelesaikan masalah dan berkomunikasi pelatih perlu dipertingkatkan bagi

memastikan pelatih lepasan institut kemahiran adalah pelatih yang trampil dalam

kemahiran generik.

vi

ABSTRACT

Nowadays, most of employers not only seek for employee which has good

technical skills but they also want the generic skills. Because they claim generic

skills able to increase the company productivity. The generics skills or non-technical

skills act as catalyst for the employments opportunity. The perfect package is what

employer wants from their employee, generic skill plus with technical skills. The

main purpose of this research is to study on level of generic skills in problem solving

and communication among students. The research has been done at Kolej

Kemahiran Belia Nasional, Pontian. 31 trainers have been selected as respondent in

this research. It was a descriptive research which used several methodology in order

to find out the finding. The instrument used a questionnaire. The questionnaire is

divided into two part. Part A used in study the background of respondent. Where

about, part B has 38 items which required answering two issues of the research.

Analysis for the research is based in frequency, percentage and average using SPSS

(Statistical Package For Social Science) software version 15.0. The level of trust for

each section in this research instrument was over α = 0.6. The result, showed that

trainee has the highest score (min 4.03) in problem solving, but average score (min

3.61) for communication skills they. In a nut shell, it is essential for the trainee to

increase their problem solving and communication skills in order for the institute to

develop the most skilled worker, which also include the generic skills.

.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Penyelesaian Masalah 10

viii

1.9.2 Komunikasi 10

1.9.3 Pelatih 11

1.10 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Konsep Kemahiran Generik 12

2.3 Model Kemahiran Generik 16

2.3.1 Model Kelompok Utama Kemahiran Generik 16

2.3.2 Kemahiran Generik Oleh Espinoza 17

2.3.3 Kemahiran Generik Oleh Pumphery 18

2.4 Penyelesaian Masalah 19

2.5 Kemahiran Komunikasi 24

2.6 Penutup 29

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Rekabentuk Kajian 31

3.3 Lokasi Kajian 31

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Kajian Rintis 34

3.7 Prosedur Kajian 35

3.8 Analisis Data 36

3.9 Penutup 37

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 38

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 39

4.2.1 Latar Belakang Responden 39

4.2.1.1 Jantina 39

4.2.1.2 Umur 40

4.2.1.3 Tahap 40

ix

4.2.1.4 Pengkhususan 41

4.2.1.5 Kelulusan Akademik 41

4.2.1.6 Pengalaman Mengajar 42

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 43

4.3.1 Apakah Tahap Kemahiran Menyelesaikan 43

Masalah Dalam Kalangan Pelatih KKBN

Daripada Perspektif Tenaga Pengajar.

4.3.2 Apakah Tahap Kemahiran Komunikasi 46

Dalam Kalangan Pelatih KKBN

Daripada Perspektif Tenaga Pengajar.

4.4 Rumusan 49

4.5 Penutup 50

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 51

5.2 Rumusan 52

5.3 Perbincangan 53

5.3.1 Tahap Kemahiran Menyelesaikan Masalah 53

Dalam Kalangan Pelatih KKBN Daripada

Perspektif Tenaga Pengajar.

5.3.1 Tahap Kemahiran Komunikasi Dalam 56

Kalangan Pelatih KKBN Daripada

Perspektif Tenaga Pengajar.

5.4 Kesimpulan 61

5.5 Cadangan Berhubung Dapatan Kajian 61

5.4.1 Pihak Kolej Kemahiran Belia Nasional 62

5.4.2 Pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasional 62

5.4.3 Pihak Majikan dalam Sektor Industri 63

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 64

BIBLIOGRAFI 66

LAMPIRAN 72

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Istilah lain bagi kemahiran generik dan ciri-cirinya 13

3.1 Pembahagian item bahagian A mengikut faktor 33

demografi responden

3.2 Taburan Item Soal Selidik 34

3.3 Perbandingan Nilai Pekali Kepercayaan Alpha 35

Cronbach (Kajian Rintis)

3.4 Tahap pencapaian mengikut skor min 36

3.5 Pengukuran persoalan kajian. 37

4.1 Peratusan dan kekerapan taburan responden mengikut 40

Jantina

4.2 Peratusan dan kekerapan taburan responden mengikut 40

Umur

4.3 Peratusan dan kekerapan taburan responden mengikut 41

tahap sijil kemahiran yang diajar

4.4 Peratusan dan kekerapan taburan responden mengikut 41

bidang pengkhususan

4.5 Peratusan dan kekerapan taburan responden mengikut 42

kelulusan akademik.

4.6 Peratusan dan kekerapan taburan responden mengikut 42

pengalaman mengajar.

4.7 Peratusan dan kekerapan taburan responden terhadap 44

tahap kemahiran menyelesaikan masalah dalam

kalangan pelatih KKBN daripada perspektif tenaga

pengajar.

4.8 Peratusan dan kekerapan taburan responden terhadap 47

tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelatih

xi

KKBN daripada perspektif tenaga pengajar.

4.9 Peratusan dan kekerapan taburan responden terhadap 50

tahap kemahiran menyelesaikan masalah dan

komunikasi dalam kalangan pelatih daripada perspektif

tenaga pengajar.

5.1 Rumusan Dapatan Kajian 52

xii

SENARAI SINGKATAN

KKBN = Kolej Kemahiran Belia Nasional

KG = Kemahiran Generik

SKM = Sijil Kemahiran Malaysia

KPM = Kementerian Pelajaran Malaysia

P&P = Pengajaran Dan Pembelajaran

SPSS = Statistical Package Of Sosial Sciences

UTM = Universiti Teknologi Malaysia

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 72

B Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 80

C Surat Mendapatkan Maklumat 82

D Surat Permohonan Individu 84

E Pengesahan Borang Soal Selidik 87

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam dunia globalisasi masa kini, Malaysia menghadapi tekanan dan

cabaran yang besar dalam menghadapi persaingan abad ke 21. Keazaman Malaysia

untuk menjadi sebuah negara yang maju, berdaya saing dan teguh tetap kekal utuh.

Wawasan 2020 menetapkan misi nasional telah disediakan bagi menggaris

pendekatan yang akan dilaksanakan untuk menangani cabaran dan mencapai

matlamat negara. Kejayaan pembangunan modal insan kelas pertama amat

bergantung kepada mutu sistem pendidikan negara. Oleh itu kerajaan berhasrat

untuk menggerakkan satu usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara pada

semua peringkat dari pra sekolah hingga pengajian tinggi. (Petikan kata-kata aluan

YAB Perdana Menteri Malaysia dalam buku Pelan Strategik Pengajian Tinggi

Negara Melangkaui tahun 2020).

Selari dengan matlamat kerajaan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT, 2007)

telah menyatakan Institusi pengajian perlu meningkatkan peranan melahirkan modal

insan yang berupaya untuk memenuhi permintaan negara. Graduan seharusnya

menguasai kemahiran teknikal dan kemahiran generik seperti mempunyai kemahiran

komunikasi, mahir dalam mengenal pasti dan menyelesaikan masalah untuk

penghasilan inovasi, berkesan dalam cara gaya kepimpinan dan kerja berpasukan.

Dengan adanya kemahiran generik dalam diri setiap graduan, maka graduan bukan

sahaja mudah mendapatkan pekerjaan, malah berupaya menghasilkan daya saing,

2

daya juang dan nilai tambah industri, seterusnya menyumbang kepada pembangunan

negara dan meningkatkan ekonomi negara.

Callan (2003), menyatakan kemahiran teknikal sahaja tidak mencukupi dalam

memiliki pekerjaan yang diidam-idamkan sama ada dalam bidang mahir atau separuh

mahir. Melalui kajian Davis dan Woodward (2006), menunjukkan majikan bukan

sahaja melihat kepada kemahiran teknikal malah kemahiran generik (softskills) juga

dititikberatkan. Menurut Gibb dan curtin (2004), dalam ekonomi kini, untuk

mendapatkan pekerjaan seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan, khidmat

pelanggan, inovasi, prestasi yang sangat tinggi serta mempunyai kemahiran generik.

Sharifah Kamaliah, Kamaruddin, Ruhizan dan Ramlee (2009), menyatakan

kemahiran generik atau kemahiran bukan teknikal merupakan pemangkin

kebolehpasaran kerja pada masa kini. Menteri Pengajian Tinggi, Mohamed Khaled

Nordin (2008), pula menyatakan kejayaan sebuah negara bergantung kepada

pengetahuan yang dimiliki dan inovasi yang dihasilkan dan dengan itu, menjadi

tanggungjawab institusi pengajian tinggi untuk merealisasikan dan melahirkan tenaga

kerja yang berpengetahuan serta mencapai modal insan kelas pertama.

Rangka Rancangan Jangka Panjang 3 (RRJP3) telah menggariskan tentang

keperluan terhadap tenaga buruh yang mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi

dan berilmu diperlukan (Unit Perancang Ekonomi, 2001) supaya negara ini dapat

bersaing dengan negara-negara lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Lankard (1995), menyatakan walaupun sebahagian besar jenis kemahiran

pekerjaan adalah bergantung kepada kemahiran teknikal namun ia tidak menjamin

kejayaan individu dalam pekerjaan. Kebanyakan industri kini lebih memerlukan

kemahiran generik dalam pemilihan pekerja. Kemahiran generik adalah kebolehan

bukan teknikal dan merupakan satu daripada aspek kemahiran pekerjaan yang sama

3

pentingnya dengan aspek kemahiran teknikal. Pihak majikan dalam sektor industri

berpendapat bahawa aspek kemahiran generik atau kemahiran bukan teknikal adalah

penting dan perlu dimiliki oleh setiap pekerja mereka bagi memastikan pekerja

tersebut benar-benar trampil dalam pekerjaannya.

Melalui Ramlee (2002), dapatan kajiannya mendapati majikan dalam industri

pembuatan di Malaysia menyatakan bahawa lulusan-lulusan teknikal di Malaysia

mempunyai kemahiran teknikal adalah mencukupi namun majikan merasa kurang

berpuas hati dari segi kemahiran generik pelajar seperti kemahiran motivasi,

komunikasi, interpersonal, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kemahiran

keusahawanan. Kemahiran generik ini masih tidak dapat dikuasai oleh sebahagian

besar dalam kalangan lulusan teknikal ini.

Supian et al (1997), menyatakan sektor perkhidmatan dan pembuatan,

memerlukan tenaga mahir dan separuh mahir dalam bidang teknik dan vokasional.

Jesteru itu, Malaysia seharusnya mengambil inisiatif bagi melatih golongan belia

supaya mempunyai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan di pasaran kerja. Ini

seterusnya dapat membantu pihak majikan menjimatkan kos dan masa bagi melatih

semula pekerja baru dari segi kemahiran asas, sekiranya perkerja tersebut memiliki

pendidikan vokasional.

Malaysia telah mengalami kekurangan tenaga sejak penghujung era 1980-an

terutamanya dalam sektor pembinaan (Abdul Aziz, 1995). Masalah ini berterusan

sehingga tahun 1990-an yang seterusnya menyebabkan kemasukkan buruh-buruh

asing secara besar-besaran. Selain itu juga, masalah pengangguran meningkat dari

tahun ke tahun. ‘Star Newspaper’, pada 14 Ogos 2009 bersamaan dengan Jumaat,

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun

Mahathir, menyatakan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5% pada akhir tahun

2009 berbanding dengan 3.7% tahun 2008. Terdapat 11 juta penduduk Malaysia

yang bekerja; maka ini bermakna lebih dari setengah juta orang yang menganggur.

Menurut Unit Perancang Ekonomi (2006), kadar penganguran akan turut meningkat

dari 3.1 peratus pada tahun2000 kepada 3.5 peratus pada tahun 2010. Maka bagi

memastikan graduan mampu bertahan dalam arena pekerjaan, nilai tambah selain

4

dari kemahiran teknikal, kemahiran generik perlu diterapkan untuk pembangunan

kemahiran baru yang berterusan dan penyesuaian diri terhadap perubahan.

Kearns (2001), mendefinasikan kemahiran generik sebagai ‘life and

employability skills and attributes’ bagi pembangunan kemahiran generik mampu

menjadikan seseorang itu mampu menyesuaikan diri dengan perubahan pembelajaran

dan pekerjaan dalam dunia serba moden masa kini.

Majikan sentiasa memastikan kejayaan perniagaan bermula dengan

pengambilan pekerja dan kakitangan yang memiliki ciri-ciri keperibadian dan juga

kemahiran teknikal. Seiring dengan itu, sistem pendidikan persekolahan di Malaysia,

telah mengariskan kemahiran generik yang perlu untuk pelajar sebagai persediaan

untuk kerjaya adalah seperti berikut:

i. kemahiran berkomunikasi

ii. kemahiran menggunakan teknologi

iii. kemahiran merancang dan mengelola aktiviti

iv. kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan

v. kemahiran menyelesaikan masalah

vi. kemahiran mengurus,memilih dan menganalisa maklumat

vii. kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik

viii. kemahiran memahami budaya

(Pusat perkembangan kurikulum, KPM, 20001).

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai salah sebuah universiti

penyelidikan di Malaysia juga telah menetapkan kemahiran yang perlu diterapkan

untuk graduannya sebagai melengkapi diri ke pasaran kerjaya di samping kemahiran

teknikal pengkhususan masing-masing. Di antara kemahiran tersebut ialah

kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah, mampu

menyesuaikan diri, pembelajaran sepanjang hayat, keyakinan diri dan etika atau

moral (Buletin P&P, UTM Jun, 2004).

5

Menurut Carnavale (1994), bagi mengatasi masalah dan melancarkan

pertumbuhan operasi dalam sesebuah syarikat, kemahiran menyelesaikan masalah

dan pemikiran kritis amat diperlukan oleh majikan. Masalah yang besar akan mula

terjadi jika semua pekerja dalam organisasi tidak mempunyai atau tidak

melengkapkan diri dengan kemahiran untuk mengenalpasti masalah dan membuat

keputusan bagi meningkatkan mutu syarikat serta memenuhi misi dan objektif

organisasi.

Kemahiran generik atau kemahiran bukan teknikal merupakan elemen yang

amat penting dalam dunia pekerjaan kini bersifat global. Ijazah dan kemahiran

teknikal semata-mata tidak mampu menjamin seseorang mendapat pekerjaan. Oleh

itu, memiliki kemahiran generik amat perlu dititikberatkan kepada semua bagi

memenuhi kehendak industri. Mempelajari kemahiran generik terutamanya

kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan berkomunikasi dapat membantu

seseorang berfikir secara kritis, kreatif, inovasi serta berkebolehan aplikasi

pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.

Kekurangan dan kelemahan graduan ialah dalam kedua-dua kemahiran;

teknikal dan generik (Kamal Khir, 2006). Sistem pendidikan negara (teknik dan

vokasional) perlu mencorak langkah untuk merencana strategi meningkatkan mutu

graduan yang dilahirkan. Kemahiran generik perlu dititikberatkan dalam sistem

pendidikan teknik dan vokasional. Majikan kini telah cerewet dalam memilih

graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran (multi-skilled). Graduan yang

berpotensi dan mahir dalam teknologi maklumat, inovatif serta bijak berkomunikasi

menjadi keutamaan oleh majikan. Oleh itu, sistem pendidikan mestilah mampu

menjadikan graduan yang memenuhi kehendak majikan.

Kementerian Sumber Manusia (2001), menyatakan antara faktor graduan

tidak dapat pekerjaan dalam industri adalah di sebabkan majikan pascamoden kini

memerlukan kemahiran generik dari segi keperibadian, penampilan, keyakinan diri,

mahir berkomunikasi dan mampu membuat keputusan dengan pantas. Di samping

itu juga, pengetahuan akademik juga seiring dengan kemahiran generik tersebut.

Namun graduan hari ini tidak mampu melaksanakannya menyebabkan mereka tidak

6

diambil bekerja. Penerapan kemahiran generik dalam sistem pendidikan pengajian

tinggi adalah penting supaya dapat melahirkan graduan yang mempunyai nilai

kebolehpasaran yang tinggi dan sejagat.

Marniyati Mohd Nor (2009), mendapati pekerja baru sering mengalami

masalah kerana mereka kurang berkeyakinan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Oleh itu, masalah ini akan menyukarkan penyampaikan idea dan buah fikiran yang

kreatif dan inovasi dalam pekerjaan. Staszet et. al (1996), kajiannya di Amerika

Syarikat, ciri-ciri pekerja yang diidamkan oleh majikan ialah pekerja yang

mempunyai kemahiran seperti penyelesaian masalah, komunikasi dan kemampuan

untuk bekerja dalam pasukan. Menurut Mohd Yahya (2010), kemahiran generik

merupakan kemahiran yang penting dalam menghasilkan tenaga kerja yang bermutu

tinggi seiring dengan kemahiran teknikal. Maka, seharusnya semua bakal pekerja

mesti memiliki dan menyerapkan kemahiran generik dalam diri masing-masing

terutamanya kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran ini amat penting untuk

tujuan menyelesaikan masalah serta mencetus idea baru dalam tugasan yang

dilakukan.

Keperluan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah dan

berkomunikasi dalam dunia pekerjaan semakin meningkat tetapi kemahiran tersebut

masih kurang dititikberatkan dalam kalangan pekerja (Green, 2002). Ishak (1992),

pula menyatakan majikan kini memerlukan pekerja yang mahir serta cekap dan

profesional, berfikiran kritis, terbuka, cepat menangani masalah dan cepat

menyesuaikan diri di kawasan persekitaran yang baru.

Menurut Mohamad Sattar (2009) pula, bilangan lulusan teknikal yang tidak

mendapat pekerjaan bertambah merupakan satu masalah. Faktor pengangguran ini

bukan hanya berpunca daripada masalah kekurangan pekerjaan tetapi adalah juga

disebabkan wujudnya ketidaksepadanan antara kemahiran yang diperlukan oleh

pasaran buruh dan kemahiran yang dimiliki (skill missmatch). Majikan akan mencari

pekerja asing dari luar negara sekiranya pekerja tiada kemahiran seperti yang

dikehendaki oleh majikan. Pelajar banyak bergantung kepada kelayakan akademik

untuk mendapat pekerjaan dan mereka kurang kompetensi dalam kemahiran generik

7

yang diperlukan majikan. Terdapat banyak kajian berkaitan kemahiran generik telah

dijalankan di dalam dan luar negara, dan rata-rata menyatakan lulusan teknikal kini

menghadapi masalah dalam kemahiran generik mereka.

Namun masalah kekurangan tenaga kerja dalam industri masih menghantui

pelbagai pihak sehingga kini. Beberapa sektor penting seperti sektor perindustrian

dan sektor pembuatan masih lagi mempunyai masalah kekurangan pekerja

menyebabkan mereka terpaksa mengambil pekerja luar negara.

1.3 Penyataan Masalah

Latihan teknikal dan vokasional telah dilihat sebagai satu alternatif dalam

usaha untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja yang mahir dan separuh

mahir. Penubuhan institusi-institusi latihan secara berterusan di bawah kelolaan

pelbagai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) termasuk penambahan bilangan

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) merupakan salah satu usaha dalam menarik

lebih ramai golongan belia dilengkapi dengan kemahiran teknikal dan vokasional.

Lane (1996), menyatakan jika majikan membuat pemilihan pekerja dengan

berpandukan kemahiran teknikal sebagai perkara utama, maka mereka akan

menyesal. Ini disebabkan oleh, kemahiran teknikal semata-mata tidak akan dapat

membantu mereka dalam proses menyelesaikan masalah. Penyelesaian sesuatu

masalah hanya akan dapat diselesaikan sekiranya mereka dapat masalah tersebut.

Seseorang akan kurang berketerampilan sekiranya mereka tidak mempunyai

keyakinan dalam membuat keputusan yang tepat.

Ishak (1992), pula menyatakan majikan memerlukan pekerja yang

mempunyai kecekapan dalam melakukan tugasan, berfikiran terbuka dan dapat

menyesuaikan diri dengan cepat di kawasan persekitaran yang baru. Zaman

menghafal ilmu dan memuntahkan segalanya semasa peperiksaan haruslah berlalu.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap

8

kemahiran generik pelatih Kolej Kemahiran Belia Nasioanal dariapada perspektif

tenaga pengajar terutama dari segi kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran

komunikasi.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya matlamat kajian ini ialah untuk melihat sejauh manakah

tahap penguasaan pelatih-pelatih KKBN terhadap kemahiran generik dalam

persediaan mereka untuk kebolehpasaran pekerjaan selepas tamat pengajian.

Secara khusus objektif kajian ini ialah :

1. Mengenalpasti tahap kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan

pelatih KKBN daripada perspektif tenaga pengajar.

2. Mengenalpasti tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelatih KKBN

daripada perspektif tenaga pengajar.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan beberapa objektif di atas, beberapa persoalan boleh dikemukakan

di sini:

1. Apakah tahap kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan pelatih

KKBN daripada perspektif tenaga pengajar.

2. Apakah tahap kemahiran komunikasi dalam kalangan pelatih KKBN daripada

perspektif tenaga pengajar.

9

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sama ada pelatih

mempunyai tahap penguasaan kemahiran generik dari segi kemahiran dalam

menyelesaikan masalah serta tahap kemahiran berkomunikasi dalam perhubungan

bagi menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah untuk menempuh cabaran dalam

dunia pekerjaan yang bakal mereka tempuhi. Pelatih juga turut dapat membuka

minda dan menyedarkan mereka mengenai kepentingan kemahiran generik terutama

dari segi kemahiran menyelesaikan masalah dan komunikasi apabila menceburkan

diri di dalam alam pekerjaan kelak. Mereka sepatutnya tidak hanya fokus kepada

kemahiran teknikal tetapi kemahiran generik juga perlu diseimbangkan. Tenaga

pengajar juga dapat didedahkan dengan kepentingan dalam harus menerapkan

kemahiran generik dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.