TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan...

24

Transcript of TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan...

Page 1: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Page 2: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN, DUNGUN, TERENGGANU

NORAINI BINTI SAFA’I

Laporan Projek ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 3: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Page 4: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan
Page 5: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

iii

DEDIKASI

“Syukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan usiaku hingga ke saat

ini”

Kutujukan khas buat...

Bonda.......

Kamariah Yusof

Bonda Mertua dan Ayahanda Mertua.......

Kamariah Ismail dan Yusof Ahmad

Doa, kasih sayang dan perhatian kalian membantu ku dalam

mengharungi setiap kesukaran dalam hidup ini,

Suami yang dikasihi.....

Mohd Nor bin Yusof

Pengorbananmu begitu besar buatku,

Demi sedikit harapan.............

Melihat kejayaanku dunia dan akhirat,

Terima kasih atas doa dan restumu,

Semoga Allah merahmati dunia dan akhiratmu.

Anak-anakku yang disayangi….

Ahmad Hakimi, Alya Jazilah, Ahmad Haziq, Aqilah Yasmin

Ingatan dan kasih sayang kalian

menjadi sumber kekuatan dan inspirasi ku……

Buat rakan-rakan seperjuangan 4 SPH , semoga kejayaan menjadi

milik kita semua

Insya Allah.......

Page 6: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Segala

tasbih dan tahmid hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan

kita Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga, para sahabat dan pengikut-pengikut

baginda hingga ke hari kemudian. Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-

Nya, maka saya telah dapat menyiapkan projek penyelidikan ini bagi memenuhi

syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup).

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Ahmad Johari bin Sihes selaku

penyelia projek saya atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, sokongan, dorongan

dan nasihat yang diberikan sepanjang penyelidikan ini dijalankan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada pihak Politeknik Sultan Mizan Zainal

Abidin Dungun Terengganu di atas kesudian membenarkan saya menjalankan

penyelidikan di sini. Kerjasama yang diberikan oleh Pn Zainon Md Zain dan Pn Nik

Hayati Nik Abdullah dalam menjayakan projek penyelidikan ini juga amat saya

sanjungi.

Terutama buat Tn Hj. Zainuddin Hassan, rakan-rakan seperjuangan, terima

kasih di atas idea dan buah fikiran serta kerjasama yang tidak terhingga dalam

menjayakan penyelidikan ini.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan sumber rujukan yang dapat

dimanfaatkan oleh semua pihak ke arah usaha mempertingkatkan taraf mutu

pendidikan negara.

Page 7: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan kerja

dalam kalangan pensyarah. Antara aspek yang dikaji adalah faktor persekitaran,

rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri

daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun,

Terengganu. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah set soal selidik skala

likert. Data mentah yang diperoleh, dianalisis menggunakan perisian SPSS

(Statistical Package For The Social Science : Version 11.5) untuk mendapatkan nilai

min, peratusan dan kekerapan responden. Kajian rintis telah dijalankan ke atas

instrumen dan nilai kebolehpercayaan yang diperolehi dari ujian statistik Alpha

Cronbach’s adalah 0.800. Secara keseluruhan, hasil dapatan kajian menunjukkan

aspek kepuasan kerja mencapai tahap min yang tinggi iaitu 3.78. Aspek rakan

sekerja adalah penyumbang utama kepada kepuasan kerja responden dimana nilai

minnya berada pada tahap tinggi iaitu 3.98, diikuti dengan aspek kenaikan pangkat

dengan nilai minnya juga adalah tinggi iaitu 3.96. Aspek persekitaran dan gaji juga

berada pada tahap tinggi iaitu dengan nilai min 3.81 dan 3.68. Walau bagaimanapun

aspek beban tugas berada pada tahap yang sederhana iaitu 3.45. Dalam hal ini

beberapa cadangan telah dikemukakan agar Pensyarah Politeknik dapat mencapai

tahap kepuasan kerja yang maksima.

Page 8: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

vi

ABSTRACT

The aim of this research is to identify the level of the job satisfaction that

influence among lecturers. The factors which are taken into consideration are the

working environment, colleagues, promotion, work load and salary. 150 lecturers in

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu were chosen to be the

respondents of the study. Likert scale questionnaire was manipulated as the research

instrument in this study. Data obtained was analyzed using the SPSS (Statistical

Package For The Social Science : Version 11.5). A pilot study was carried out to

ensure the reliability of the test item. The Cronbach’s Alpha value for the pilot study

is 0.800. The findings indicated that the cumulative mean value for the job

satisfaction is 3.78. Colleagues are the factors which affect the respondents the most.

The mean value for this factor is 3.98. The second most affecting factor is promotion

with mean value 3.96 followed by working environment and salary. The mean value

for working environment is 3.81 while mean value for salary is 3.68. As for

workload, the level of satisfaction is at moderate level which is 3.45. From the

findings, a few suggestions are proposed to improve the level of job satisfaction

among lecturers in polytechnics.

Page 9: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop & Batas Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.9 Penutup 16

Page 10: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

viii

2 SOROTAN KAJIAN 17

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kajian Tentang Kepuasan Kerja 19

2.2.1 Teori Hierarki Keperluan (Kehendak) 24

2.2.2 Teori Motivasi Pencapaian 25

2.2.3 Teori Dwi Faktor 25

2.2.4 Teori Ekuiti 27

2.2.5 Teori Atribusi 28

2.2.6 Teori Pengharapan 29

2.2.7 Teori X dan Y 30

2.3 Kajian-kajian lepas 31

2.3.1 Persekitaran 32

2.3.2 Rakan Sekerja 33

2.3.3 Kenaikan Pangkat 34

2.3.4 Beban Tugas 35

2.3.5 Gaji 36

2.4 Rumusan Kajian Lepas 36

2.5 Penutup 38

3 METODOLOGI KAJIAN 39

3.1 Pengenalan 39

3.2 Rekabentuk Kajian 39

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.4 Instrumen Kajian 41

3.4.1 Bahagian A 42

3.4.2 Bahagian B 42

3.5 Kajian Rintis 43

3.6 Proses Pengumpulan Data 45

3.7 Analisis Data 45

3.8 Penutup 47

Page 11: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

ix

4 ANALISIS DATA 48

4.1 Pengenalan 48

4.2 Analisis Data Bahagian A 50

4.2.1 Jantina 50

4.2.2 Umur 51

4.2.3 Bangsa 51

4.2.4 Pengalaman Mengajar di Politeknik 52

4.2.5 Pendapatan Keseluruhan 53

4.2.6 Jawatan Yang di Sandang Sekarang 54

4.2.7 Status Perkahwinan 54

4.2.8 Kelulusan Akademik Tertinggi 55

4.2.9 Mewakili Jabatan 56

4.2.10 Bilangan Waktu Mengajar Seminggu 56

4.3 Analisis Data Bahagian B 57

4.3.1 Analisis Data Soalan Kajian 1 58

4.3.2 Analisis Data Soalan Kajian 2 61

4.3.3 Analisis Data Soalan Kajian 3 64

4.3.4 Analisis Data Soalan Kajian 4 67

4.3.5 Analisis Data Soalan Kajian 5 70

4.4 Analisis Keseluruhan 73

4.5 Penutup 75

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 76

5.1 Pengenalan 76

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian A 76

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian B 78

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 79

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 82

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 83

5.3.5 Perbincangan Persoalan Kajian 5 85

Page 12: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

x

5.4 Rumusan 86

5.5 Cadangan Kajian 87

5.5.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 87

5.5.2 Pentadbir Politeknik 88

5.5.3 Pensyarah Politeknik 88

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.7 Penutup 89

RUJUKAN 91

LAMPIRAN 98

Page 13: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Skala Likert 43

3.2 Ringkasan Kandungan Item Bagi Bahagian B 43

3.3 Pekali Alpha Cronbach 44

3.4 Skala Pemeringkatan 46

3.5 Darjah Persetujuan dan Analisis Akhir 46

3.6 Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 47

4.1 Darjah Persetujuan dan Analisis Akhir 49

4.2 Julat Min Bagi Menjawab Persoalan Kajian 50

4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 50

4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Umur 51

4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 52

4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar di Politeknik 52

4.7 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Pendapatan Keseluruhan 53

4.8 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan Yang di Sandang Sekarang 54

4.9 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Status Perkahwinan 54

Page 14: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

xii

4.10 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi 55

4.11 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Jabatan 56

4.12 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bilangan Waktu Mengajar Seminggu 57

4.13 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Persekitaran 58

4.14 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Rakan Sekerja 61

4.15 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Kenaikan Pangkat 64

4.16 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Beban Tugas 67

4.17 Peratusan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Gaji 70

4.18 Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja 73

Page 15: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Bentuk Dorongan Dalam Pengurusan Di Pejabat 20

2.2 Komponen Penyumbang Kepada Prestasi Pekerja 21

2.3 Teori Pengurangan Dorongan 21

2.4 Hubungan Antara Iklim Organisasi Dan Kepuasan Kerja 22

2.5 Komponen Dalam Level Keperluan Pekerja 23

2.6 Teori Hierarki Keperluan 24

2.7 Teori Dwi Faktor 26

2.8 Kedudukan Faktor-faktor Motivator Dan Hygiene 27 4.1 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada aspek Persekitaran 59 4.2 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Persekitaran 60 4.3 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Rakan Sekerja 62 4.4 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Rakan Sekerja 63 4.5 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Kenaikan Pangkat 65 4.6 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Kenaikan Pangkat 66

Page 16: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

xiv

4.7 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Beban Tugas 68 4.8 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Beban Tugas 69

4.9 Purata Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Gaji 71 4.10 Peratusan Responden Berdasarkan Tahap Kepuasan Kerja Daripada Aspek Gaji 72 4.11 Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja 74

4.12 Purata Peratusan Keseluruhan Responden Berdasarkan Aspek Kepuasan Kerja 74

Page 17: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

xv

SENARAI SINGKATAN

DYMM _ Duli Yang Maha Mulia

PSMZA – Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

PDT _ Politeknik Dungun Terengganu

KPTM – Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

JKE – Jabatan Kejuruteraan Elektrik

JKA – Jabatan Kejuruteraan Awam

JKM – Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

JMSK – Jabatan Matematik, Sains & Komputer

JTMK – Jabatan Teknologi Maklumat & Komputer

JPA – Jabatan Pengajian Am

P&P – Pengajaran dan pembelajaran

IPTA _ Institusi Pengajian Tinggi Awam

SPSS _ Statistical Package For Social Science

HPNM _ Himpunan Purata Nilaian Mata

PTK _ Penilaian Tahap Kecekapan

LNPT _ Laporan Penilaian Prestasi Tahunan

KPSL _ Kenaikan Pangkat Secara Lantikan

% _ Peratus

f _ Frekuensi

Page 18: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 98

B Pengesahan Soal Selidik 105

C Keputusan Kebolehpercayaan Item Soal Selidik 107

D Surat Pengesahan Pelajar 108

Page 19: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Di Malaysia, keperluan untuk membangunkan ekonomi berasaskan

pengetahuan merupakan satu strategi untuk mengekalkan pertumbuhan yang tinggi

serta terus berdaya saing bagi mencapai Wawasan 2020. Dengan tenaga manusia

yang terdidik dan terlatih, negara akan lebih mudah menghadapi sebarang cabaran

pada masa depan. Sudah terbukti bahawa sesebuah negara itu boleh membangun dan

maju jika mempunyai sumber tenaga manusia yang berpengetahuan dan

berkemahiran tinggi. Oleh itu, kerajaan telah mula bergerak ke arah melatih pekerja-

pekerja mahir dan separuh mahir untuk memenuhi pasaran ekonomi masa depan

negara (Woo, 2007).

Untuk menuju ke arah negara maju berasaskan kepada perindustrian,

Kementerian Pelajaran khasnya dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional

telah pun diberi tumpuan. Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah penting untuk

melahirkan tenaga kerja mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan. Oleh itu, kerajaan

telah menyediakan lebih banyak Sekolah Teknik dan juga Politeknik dalam

Rancangan Malaysia Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam sebagai langkah awal

kerajaan bagi melahirkan tenaga mahir dan separa mahir seperti yang dikehendaki

oleh sektor perindustrian negara (Yahya, 1993).

Bidang pekerjaan dalam era abad ke 21 menjadi semakin meluas. Setiap

orang bebas memilih pekerjaan bergantung kepada minat dan kemampuan masing-

Page 20: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

2

masing. Setiap individu yang bekerja sudah semestinya berhadapan dengan tekanan

kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu

kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh

mendatangkan tekanan mental. Semua pekerja akan bahagia, jika lingkungan tempat

kerjanya aman, sihat dan nyaman. Tidak ada satu pun pekerja yang menginginkan

tempat kerjanya penuh dengan bahaya atau risiko. Tekanan kerja yang sedikit adalah

perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja

berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan

merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

Lantaran itu, kepuasan bekerja merupakan elemen penting untuk

meningkatkan lagi daya produktiviti. Kepuasan kerja dapat didefinisikan sebagai

satu keadaan emosi yang menyeronokkan hasil daripada taksiran seseorang terhadap

pekerjaannya (Locke,1969). Menurut Smith, Kendell, Hulin (1969), kepuasan kerja

ditakrifkan sebagai perasaan atau tindak balas emosi terhadap aspek sesuatu kerja.

Ahmad (1992) melaporkan bahawa kepuasan kerja merujuk kepada sikap

seseorang individu, sementara nilai moral menggambarkan perasaan secara

menyeluruh bagi kumpulan yang bekerja. Herzberg (1959) pula menyatakan

seseorang individu itu akan mencapai kepuasan kerja yang maksimum jika pihak

majikan dapat memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, sosial, maruah diri, status

dan sebagainya.

Sehubungan dengan itu, pendidik merupakan golongan yang mendahului

agensi-agensi lain untuk memainkan peranan aktif dalam melaksanakan pendidikan

yang bermutu untuk menentukan matlamat Pendidikan Teknik dan Vokasional

berjaya. Tenaga pengajar teknikal diberi tanggungjawab besar dalam melatih dan

melahirkan generasi muda yang serba berkemahiran. Oleh sebab itu golongan tenaga

pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang

dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk

menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Blum dan Naylor (1968), melihat

kepuasan kerja dengan mengaitkannya dengan sikap. Bagi mereka kepuasan kerja

dikaitkan sebagai satu set sikap yang dipunyai oleh seseorang individu dalam

menjalankan sesuatu pekerjaan.

Page 21: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

3

Antara kandungan set sikap tersebut ialah :

• Sejauh manakah individu itu suka kepada pekerjaannya ?

• Sampai bila seseorang individu itu ingin terus kekal dalam pekerjaannya ?

• Sejauh mana pekerja tersebut dapat memenuhi keinginan-keinginan individu itu ?

• Sejauh mana pekerja tersebut berbangga dengan kejayaan dan kemajuan

organisasi tempat bekerja ?

1.2 Latar Belakang Masalah

Dasar pembangunan negara yang berteraskan perindustrian amat memerlukan

pekerja mahir dan separa mahir. Namun, pendidik merupakan agen penggerak

terakhir sesuatu dasar yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

menyalurkan ilmu-ilmu kemahiran yang dimiliki kepada para pelajar. Tenaga

pengajar dari aliran teknik dan vokasional merupakan pemangkin utama dalam

pendidikan berkonsepkan kemahiran. Golongan pendidik ini memainkan peranan

yang penting dalam menyediakan generasi muda ke arah dunia perindustrian yang

kian berkembang pesat (Zakiah, 2001).

Kajian Castillo et al. (1999) mengenai sikap dan minat terhadap profesion

perguruan di kalangan pensyarah pertanian di Ohio telah mendapati bahawa

kebanyakan tenaga pengajar tidak puas hati dengan keadaan kemudahan yang

disediakan di tempat kerja. Mereka juga tidak berpuas hati terhadap beban tugas

yang kian bertambah dan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk

menyelaraskan aktiviti yang lebih kreatif.

Lim (2005) telah membuktikan bahawa sesetengah tenaga pengajar tidak kira

golongan guru di sekolah atau pensyarah di institut pengajian tinggi memang

mengalami perasaan tertekan dan telah memikirkan atau mengambil keputusan untuk

berhenti atau bersara sebelum sampai umur persaraan. Ini disebabkan ketidakpuasan

kerja kerana peranan yang kabur terhadap kerja dan beban kerja yang tinggi.

Page 22: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

4

Kebanyakan individu mungkin berpendapat gaji dan kenaikan pangkat

menjadi faktor utama terhadap kepuasan kerja. Adakah ia benar atau sekadar

anggapan atau andaian sahaja? Dari segi organisasi pula, bagaimana untuk

mewujudkan kepuasan kerja di kalangan pekerja adalah menjadi satu perkara yang

serius. Organisasi kerap mendengar aduan-aduan daripada pengguna-pengguna

mengenai kelalaian, kekurangan mutu dan kerosakan dalam berbagai-bagai barangan

keluaran. Ada pula kritikan-kritikan dan cemuhan-cemuhan daripada orang ramai

terhadap sikap malas dan lalai di kalangan pekerja-pekerja di jabatan kerajaan dan

perkhidmatan awam. Semua ini mencerminkan kekurangan sikap yang positif

terhadap pekerjaan di kalangan pekerja

Peluang kenaikan pangkat dalam dunia perguruan adalah terlalu kecil.

Mengikut kajian kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pendidikan hanya lapan

peratus iaitu 19 200 daripada 240 000 orang tenaga pengajar dinaikkan pangkat pada

tahun 2000 (EPRD, 2000). Ini bermakna hampir 220 000 orang daripada mereka

iaitu 92 peratus tenaga pengajar tidak diberi perhatian (Woo, 2007).

Menurut Jaafar (1997), pekerja akan menghargai kerja yang menarik minat

dan berpeluang membentuk kebolehan serta mendapatkan kenaikan pangkat mereka.

Hasil kajian yang didapati oleh Mohan Raju dan Srivastava (1999) menunjukkan

bahawa pekerja yang mencapai tahap kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan adalah

lebih komitmen terhadap tugas yang dijalankan. Kenyataan ini telah disokong oleh

Shaan (2001) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja merupakan penentu kepada

komitmen terhadap pekerjaan. Beliau menegaskan bahawa pihak pengurusan di

tempat kerja perlu berusaha bagi memenuhi kepuasan kerja kakitangan mereka

supaya komitmen mereka terhadap organisasi dapat dihasilkan.

Banyak langkah telah cuba dijalankan untuk menghadapi masalah yang

berkaitan dengan kepuasan kerja. Kebanyakan orang merasakan jawapannya adalah

mudah iaitu dengan cara memberi bayaran yang lebih. Dengan itu, pekerja akan

merasa puas lalu menghasilkan kerja yang baik. Walau bagaimanapun kita juga

kerap mendengar bahawa para eksekutif dan para pengurus yang bergaji tinggi tidak

pernah puas dengan pekerjaan mereka, sedangkan pekerja lain yang menerima gaji

yang tidak seberapa boleh berpuas hati dengan apa yang ada.

Page 23: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

5

Di sini jelas wang dan gaji bukan jawapan muktamad kepada masalah

kepuasan kerja bagi setiap individu yang bekerja. Di sana terdapat aspek-aspek lain

yang boleh mempengaruhi kepuasan bekerja. Sekiranya masalah ketidakpuasan ini

berterusan, bidang pendidikan bukan sahaja akan mengalami masalah tenaga

pengajar yang tiada komitmen, tidak dedikasi dan tidak profesional malahan akan

kehilangan pendidik yang berkualiti dan seterusnya akan menjejaskan produktiviti

dan kualiti Pendidikan Teknik dan Vokasional (Ruhland, 2001).

Berdasarkan pemerhatian, penyelidik mendapati setiap tahun terdapat

sebahagian Pensyarah Politeknik yang memohon pertukaran antara Politeknik dan

tidak kurang juga yang ingin bertukar dari Politeknik masuk ke sekolah. Penyelidik

juga mendapati sebahagian daripada mereka ada yang mengambil peluang

melanjutkan pelajaran samada di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan juga

PhD secara sepenuh masa, separuh masa atau pendidikan jarak jauh. Adakah di sana

timbul ketidakpuasan kerja terhadap pekerjaan mereka atau sebaliknya?

Berdasarkan pemerhatian tersebut dan juga kajian-kajian yang telah

dijalankan terhadap pelbagai bidang tugas, terdapat beberapa faktor yang boleh

menyumbang kepada fenomena ini. Justeru itu, penyelidik cuba mengkaji apakah

senario yang berlaku itu disebabkan Pensyarah Politeknik telah hilang minat

terhadap pekerjaan mereka atau tempat mereka bekerja atau adakah tahap kepuasan

kerja mereka berada pada tahap yang minima.

1.3 Penyataan Masalah

Sejak dahulu hingga kini, persoalan yang dihadapi oleh setiap individu yang

bekerja tidak jauh berbeza. Berbagai-bagai cubaan dan dugaan yang mereka alami

dari semasa ke semasa untuk mewujudkan kepuasan bekerja dalam diri masing-

masing sehinggakan kadang-kadang boleh berhadapan dengan tekanan di tempat

kerja. Setiap individu sebenarnya akan menghadapi tekanan di tempat kerja, tetapi

bergantung kepada individu tersebut bagaimana untuk menanganinya. Sehubungan

dengan itu, kajian yang akan dijalankan ini mengkaji tahap kepuasan kerja dalam

Page 24: TAHAP KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN PENSYARAH · rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas dan gaji. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

6

kalangan Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu.

Ini memandangkan kebanyakan kajian-kajian lepas mengkaji kepuasan kerja di

sekolah-sekolah dan sektor pekerjaan awam dan swasta yang lain. Antara aspek

yang dikaji ialah faktor persekitaran, rakan sekerja, kenaikan pangkat, beban tugas

dan faktor gaji.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini ialah :

i. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

Zainal Abidin daripada aspek persekitaran.

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

Zainal Abidin daripada aspek rakan sekerja.

iii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

Zainal Abidin daripada aspek kenaikan pangkat.

iv. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

Zainal Abidin daripada aspek beban tugas.

v. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan

Zainal Abidin daripada aspek gaji.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah :

i. Apakah tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal

Abidin daripada aspek persekitaran?

ii. Apakah tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal

Abidin daripada aspek rakan sekerja?

iii. Apakah tahap kepuasan kerja Pensyarah Politeknik Sultan Mizan Zainal

Abidin daripada aspek kenaikan pangkat?