TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN … · Moga penat lelah ini kalian jadikan contoh untuk...
Transcript of TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN … · Moga penat lelah ini kalian jadikan contoh untuk...
TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
PEDAGOGI GURU-GURU PKPG KH DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP.
NORLAILA BINTI BULAT
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2006
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
PEDAGOGI GURU-GURU PKPG KH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya NORLAILA BINTI BULAT
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Dok-tor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2 Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara, institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√) ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyeliclikan dijalankan ) TIDAK TERHAD Disahkan oleh √ _________________________________ ________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: DR BAHARIN BIN ABU NO 23, JLN CERMAT 25/36, Nama Penyelia TMN SRI MUDA, 40400 SHAH ALAM.
Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
■ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah clan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus clan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tanda tangan : ………………………………
Nama Penyelia :……………………………….
Tarikh : ………………………………
TAHAP KESEDIAAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN
PEDAGOGI GURU-GURU PKPG KH DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP.
NORLAILA BINTI BULAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2006
ii
“Dengan ini adalah saya akui bahawa karya ini hasil kerja saya sendiri . Ia belum pernah
dicetak, diterbitkan atau dibukukan oleh mana-mana individu atau syarikat penerbitan
sebelum ini kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”
Tanda tangan : ………………………………
Nama :……………………………….
Tarikh : ………………………………
iii
Dedikasi
Istimewa untuk suami tersayang, Mohd Taufek bin Ab Aziz, terima kasih atas segala
pengorbanan yang di berikan sepanjang Ila berada di sini. Ila amat menghargainya.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas apa yang telah abang lakukan untuk
kebahagian kita bersama.
Sayang ummi, Farzana Safwah dan intan ummi , Amirul Hakim, terima kasih kerana
tidak menyusahkan hati ummi dan memahami susah payah ummi dalam melaksanakan
cabaran kehidupan. Moga penat lelah ini kalian jadikan contoh untuk membina
kehidupan yang lebih baik pada masa depan.
Kepada Along, Angah , Alang, Uda, Andak, Anjang , Uteh dan Itam, terima kasih
kerana banyak memberi sokongan sepanjang adik berada di sini. Moga kejayaan adik
ini menjadi contoh kepada buah hati kita semua.
Kepada Man, Tina, Ayu, Ajib , Diah , Afik, Ijat, Ikal dan Jirah, terima kasih juga
kerana sentiasa menyenangkan hati Ucu. Moga kalian sentiasa bahagia hendaknya.
Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ‘ketawa’ dan ‘bergossip’
sepanjang berada di UTM. Moga kita tidak putus hubungan hendaknya.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi
dan salam ke atas Junjun
sahabatnya sekalian.
Bersyukur kepad
menyiapkan Projek Sarja
Ucapan terima k
segala tunjuk ajar dan
tugasan ini.
Ucapan terima
menyumbangkan idea te
Subari (Pensyarah Jaba
Skudai) dan Pn. Rahani
Alam) yang sudi menye
tujuan penyelidikan ini.
Sekian, wassalam.
Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta segala kejadian. Selawat
gan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-
a Allah S.W.T kerana atas limpah kurniaNya dapatlah saya
na Muda (PSM II) sebagai memenuhi keperluan kursus
asih yang tidak terhingga kepada Dr Baharin bin Abu di atas
bimbingan yang telah diberikan sepanjang saya menyiapkan
kasih juga kepada rakan-rakan yang membantu dan
rhadap PSM ini. Tidak ketinggalan kepada En. Kamalularifin
tan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM
Abd Malek (Ketua Panitia KH, SMK Tmn. Sri Muda, Shah
mak dan mengesahkan soal selidik yang telah saya bina bagi
iv
v
+++++++ABSTRAK
Kajian ini mengkaji tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-
guru Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Kemahiran Hidup (KH), Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Responden kajian terdiri daripada 69 orang guru-guru PKPG KH tahun tiga dan tahun
empat. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian dengan nilai
kebolehpercayaan Alpha Cronbach 0.98. Soal selidik yang digunakan mengandungi
empat bahagian untuk menilai tahap kesediaan kemahiran dan pengetahuan pedagogi
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Analisis data dibuat menggunakan program
SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan skor min. Dapatan kajian
tahap kesediaan kemahiran mengajar guru-guru PKPG KH Fakulti Pendidikan UTM
dalam mata pelajaran KH adalah 3.29 dan nilai min ini berada pada tahap tinggi. Bagi
dapatan kajian tahap kesediaan pengetahuan isi kandungan dan penggunaan peralatan
yang dimiliki oleh guru-guru PKPG KH Fakulti pendidikan juga adalah tinggi dengan
nilai min 3.28. Bagi dapatan kajian tahap kesediaan sikap dan minat guru-guru PKPG
KH Fakulti Pendidikan UTM adalah 3.54 dan nilai min ini juga berada pada tahap
kesediaan yang tinggi. Keseluruhannya, tahap kesediaan kemahiran dan pengetahuan
pedagogi guru-guru PKPG KH berada pada tahap tinggi. Walau bagaimanapun terdapat
juga guru-guru belum bersedia terhadap tajuk elektrik dan elektronik. Oleh itu guru-
guru perlu menambah pengetahuan tentang pengajaran dan kaedah pengajaran yang
setanding dengan arus teknologi pada masa kini.
vi
ABSTRACT
The study is to determine the level of readiness in pedagogical knowledge
and skill of teachers from the Faculty of Education Special Programme Technology of
Malaysia in their teaching and learning. The respondents consist of 69, in third and
fourth year special programme teachers. The questionnaires has been used as an
instrument in this research with the reliability Alpha Cronbach 0.98. The questionnaires
consist of four sections to study the level of readness in pedagogical knowledge and skill
in teaching and learning. The SPSS version 13.0 programme as an analysis data to
achieve the frequency percentage and mean score. The study is to determine the level of
readiness of the special teachers programme in Living Skills from the Faculty of
Education UTM is 3.29 and the mean value is at the highest level. The collective level
of readiness in the knowledge contents and the handling of tools by the Living Skill
teachers in this special programme from the Faculty of Education areas high as mean
value 3.28. The achievement of readiness in the interest and attitude is at 3.54 and the
mean value is also at the most highest level. As a whole, the level of readiness in
pedagogical knowledge and skill of teachers from Faculty of Education Special
Programme is at the highest level. Therefore teachers need to enhanced their knowledge
on teaching and teaching methods consistent with the present day technological
advancement.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT STATUS PENGESAHAN TESIS -
PENGAKUAN PENYELIA -
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT 1.6 Skop Kajian 8
1.7 Batasan kajian 8
1.8 Definisi Istilah /Terminologi 8
1.9 Kesimpulan 10 BAB 11 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 12
2.2 Profesion Perguruan 12
2.3 Kesediaan Dari Aspek Pengetahuan 20
2.4 Kesediaan Dari Aspek Kemahiran 23
2.5 Peranan Guru Sebagai Pengurus
Kurikulum 27
2.6 Peranaan Guru Dalam Pengurusan
Bilik Darjah 29
2.7 Kesediaan Dari Aspek Sikap 40
2.8 Kesimpulan 43 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 44
3.2 Reka bentuk Kajian 44
3.3 Populasi dan Responden 45
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT 3.4 Instrumen Kajian 45
3.5 Kajian Rintis 47
3.6 Kajian Sebenar 48
3.7 Prosedur Kajian 49
3.8 Analisis Data 49
3.9 Kesimpulan 50
BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 51
4.2 Analisis Data Demografi Responden 51
4.3 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan
Guru-guru PKPG KH Dari Aspek
Kemahiran Mengajar 54
4.4 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan
Guru-guru PKPG KH Dari Aspek
Pengetahuan Isi Kandungan dan 60
Penggunaan Peralatan
4.5 Analisis Data Bagi Tahap Kesediaan
Guru-guru PKPG KH Dari Aspek 66
Sahsiah (Sikap dan Minat)
4.6 Kesimpulan Bagi Analisa Keseluruhan
Data Tahap Kesediaan Kemahiran dan 69
Pengetahuan PKPG KH Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4.7 Penutup 70
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 71
5.2 Rumusan 71
5.3 Perbincangan 74
5.4 Cadangan Kajian 78
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 79
5.6 Penutup 79
RUJUKAN 80 LAMPIRAN Lampiran 1 Soalan Soal Selidik 84
Lampiran 2 Surat Pengesahan Pakar Bidang 1 93
Lampiran 3 Surat Pengesahan Pakar Bidang 2 94
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Pengkhususan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 4
3.1 Taburan Item Soal Selidik 47
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 52
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 52
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 53
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 53
4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min dan
Peratus Bagi Tahap Kesediaan Mengajar Guru 55
4.6 Min dan Sisihan Piawai Bagi Tahap Kesediaan
Kemahiran Mengajar 59
4.7 Analisis Kekerapan, Peratus dan Min Bagi Tahap
Kesediaan Pengetahuan Isi Kandungan Guru-guru
PKPG KH 60
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min dan
Peratus Bagi Tahap Kesediaan Kemahiran
penggunaan Alat dan Penyampaian 63
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Min dan
Peratus Bagi Tahap Kesediaan Minat dan Sikap 67
4.10 Purata Min Tahap Kesediaan Kemahiran Mengajar
Pengetahuan, Penggunaan Peralatan dan Sikap
Serta Minat Guru-guru PKPG KH 69
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Konsep Guru Profesional 14
2.2 Komponen-komponen Persediaan Mengajar 25
2.3 Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum 28
2.4 Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah 29
2.5 Perkaitan Pengurusan Bilik Darjah Dan Disiplin 34
xiii
SENARAI SINGKATAN ABM - Alat Bantu Mengajar
KH - Kemahiran Hidup.
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PTV - Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
UTM - - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT 1 Soalan Soal Selidik 84
2 Surat Pengesahan Pakar Bidang 1 93
3 Surat Pengesahan Pakar Bidang 2 94
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion perguruan dipertanggungjawabkan untuk membentuk manusia
yang sempurna agar dapat berperanan dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri,
sekolah, rakan sejawat, masyarakat, alam sekeliling dan negara. Guru merupakan
golongan pelaksana kurikulum yang mempunyai kedudukan terpenting dalam sistem
pendidikan formal kerana guru menjadi teras yang menentukan standard, mutu dan
keberkesanan sistem pendidikan.
Menurut Sufean Hussin (2004), keberkesanan dalam profesion perguruan
berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih untuk menyempurnakan
tanggungjawab terhadap pelajar, sekolah dan masyarakat. Antara tumpuan
keberkesanan dalam profesion ini ialah keberkesan penggunaan sumber dan
teknologi pengajaran, penggunaan kaedah pengajaran, mewujukan suasana
pembelajaran yang sihat dan berkesan dalam bilik darjah, pengawalan bilik darjah
serta keberkesanan menanamkan sikap serta nilai-nilai murni pembelajaran
dikalangan pelajar.
Robiah Sidin (2002) menghuraikan guru memainkan peranan utama
menegakkan status dan imej mereka sebagai golongan professional. Oleh itu
tanggungjawab guru dan budaya kerja disekolah harus menunjukkan ciri-ciri yang
professional. Antara yang terpenting ialah:
i) guru di sekolah adalah sebagai pembimbing, ‘mentor’ atau ketua
kepada guru-guru yang baru memulakan tugas.
2
ii) guru adalah pakar dalam bidang pengajaran (pedagogi), ilmu yang
diajar, perkembagan kanak-kanak, komunikasi dengan pelajar dan lain-lain.
iii) guru dapat mewujudkan hubungan secara ‘lateral’ atau ‘collegial’
iaitu hubungan sesama rakan antara pegawai dengan guru lebih kondusif untuk
pembaharuan dan perubahan dalam profesion perguruan.
Abd. Rahman Daud (2002) menjelaskan guru hendaklah mematuhi etika
kerja bagi mencapai kualiti sepanjang masa dan kecemerlangan pendidikan
sepanjang usia. Etika kerja adalah sebagai panduan tingkah laku yang menjadi
pegangan setiap warga Kementerian Pendidikan Malaysia berteraskan nilai-nilai
akhlak yang mulia. Objektif etika kerja yang sepatutnya ditanam ke dalam jiwa
guru-guru ialah:
i) menanam sikap positif dan menghapuskan sikap negatif dalam
melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.
ii) meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang
cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.
iii) memberikan sumbangan positif yang berterusan kepada Negara.
Sama ada sedar atau tidak, profesion perguruan merupakan profesion yang
menuntut guru mesti menjadi ‘role model’ yang berupaya dan berketrampilan supaya
boleh diteladani dari segi kemapanan sahsiah, ketinggian ilmu, ketekunan bekerja
serta mengamalkan nilai-nilai murni berpegang kepada profesionalisme dalam
mendidik dan membimbing generasi muda.
Pada suatu ketika dahulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai ilmu
yang lebih banyak bercakap dan menyoal malahan punca pengetahuan adalah dalam
bentuk bertulis sahaja tetapi di era pendidikan alaf baru , guru lebih berperanan
sebagai pemudah cara yang seharusnya lebih bersedia dan peka dalam melahir dan
menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Punca
pengetahuan juga bukan hanya tertumpu kepada bentuk bertulis tetapi lebih kepada
berbentuk teknologi selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.
3
1.2 Latar Belakang Masalah. Menurut Sufean Hussin (2004), setiap guru di Malaysia mempunyai tahap
pendidikan yang tertentu. Dalam memantapkan lagi profesion perguruan pelbagai
cara telah diambil oleh kerajaan agar tidak tercicir dalam mengejar ilmu
pengetahuan. Guru-guru di Malaysia perlu berkemahiran dan berpengetahuan agar
dapat melaksanakan kurikulum yang telah disediakan oleh kerajaan. Di samping itu
guru-guru yang mengajar juga digalakkan agar menyambung pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi lagi.
Menurut Abd. Rahman Daud (2002), pelbagai intensif dijalankan serta
disediakan dari masa ke semasa untuk menjadikan kerjaya keguruan lebih menarik
disamping mendapat pengiktirafan yang wajar. Galakan dan intensif yang menarik
juga diperkenalkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bukan siswazah
yang berminat untuk melajutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama. Dianggarkan
seramai 81,500 guru bukan siswazah lepasan diplomakan disiswazahkan melalui
pelbagai saluran yang ada termasuk Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) dan
melalui Unit Pusat Universiti (UPU) menjelang 2010.
Untuk tujuan itu sebuah unit baru diwujudkan di Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1979. Unit tersebut ialah Unit Latihan
dan Kemajuan Ikhtisas kakitangan yang menyediakan kemudahan mengendalikan
kursus dalam perkhidmatan bagi guru sekolah. Antara jenis kursus yang dijalankan
ialah:-
1.2.1 Program Pensiswazahan Tiga Tahun.
Program ini diperkenalkan pada tahun 1999 oleh Kementerian Pendidikan
yang bermatlamatkan menambahkan bilangan guru siswazah di sekolah menengah
dan pada satu peringkat akhirnya semua guru sekolah mempunyai sekurang-
kurangnya ijazah pertama. Dalam program ini guru sekolah yang tiada ijazah dan
4
mempunyai kelayakan STPM dan setaraf boleh memohon untuk mengikuti program
pensiswazahan. Mereka yang terpilih mengikuti kursus satu tahun di maktab
perguruan dan dua tahun di universiti awam. Mata pelajaran yang diutamakan ialah
Matematik, Sains, Teknologi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kemahiran Hidup,
Sains Sukan, Muzik, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Khas, Pendidikan Seni,
bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Bagi program PKPG KH, guru-guru akan ditempatkan selama setahun
dimaktab perguruan yang terpilih sebelum melanjutkan pelajaran di universiti selama
dua tahun. Dibawah ini merupakan senarai mata pelajaran yang ditawarkan kepada
guru-guru PKPG KH di UTM , Skudai. Jumlah keseluruhan kredit yang ditawarkan
ialah 153 dengan pengecualian kredit sebanyak 36.
Jadual 1.1: Pengkhususan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Semester Mata
pelajaran
umum
universiti
Matapelajaran
wajib/teras
Fakulti
Mata pelajaran
teras program/
pengkhususan
Mata
pelajaran
Elektif
Jumlah
kredit
Dikecualikan 9 27 36 Ambil di Maktab 1 - 15 2 - 17 2 - 6 8 - 18 Ambil di Universiti 3 – 7 7 46 25 4 82 Jumlah 20 90 39 4 153
Sumber:- Fakulti Pendidikan UTM, Skudai (2003) 1.2.2 Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun.
Kursus ini diadakan oleh maktab perguruan dalam matapelajaran tertentu.
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan professionalisme dan kepakaran guru
5
yang sudah ada pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun. Tempoh
kursus adalah dua semester berserta peperiksaan dan praktikum selama lapan
minggu. Guru yang memperoleh sijil selanjutnya boleh memohon kursus
pensiswazahan. Terdapat 27 mata pelajaran pilihan atau opsyen pengajaran dalam
kursus ini antaranya Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Teknologi
Pengajaran, Sastera Melayu, Sastera Inggeris, Muzik, Bahasa Perancis, Bahasa Cina,
Bahasa Tamil dan Pendidikan Khas.
1.2.3 Kursus-kursus Lain
Selain daripada dua kursus di atas terdapat kursus lain untuk meningkatkan
profesion perguruan iaitu Kursus Peningkatan Ikhtisas Perguruan, Kursus
Pembangunan Jurulatih Bahasa Inggeris, Kursus Sekolah Bestari dan Kursus
Penjagaan Komputer.
Dalam kajian ini penyelidik menekankan Program Pensiswazahan Tiga
Tahun iaitu Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup (KH). Sebagaimana yang kita ketahui guru-guru PKPG (KH) ini
adalah guru-guru yang telah berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran lebih dari
lima tahun sebelum mereka boleh melanjutkan pelajaran mereka. Oleh itu
kebanyakkan daripada mereka telah berpengalaman mengajar di sekolah.
Sehubungan dengan itu satu kajian dibuat untuk mengetahui apakah tahap
kesediaan kemahiran dan pengetahuan pedagogi guru-guru PKPG KH ini dalam
Pengajaran dan Pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup.
6
1.3 Pernyataan Masalah.
Wilson (1975), menyatakan guru ideal mempunyai sikap, pengetahuan dan
kemahiran, keinginan dan inisiatif kendiri dan motivasi untuk melakukan kerja.
Tahap kesediaan yang tinggi boleh menjadikan guru berkeyakinan dan seterusnya
menjadi guru yang efisien dalam melaksanakan tugas.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, adakalanya terdapat
pelbagai masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru. Antaranya perubahan silibus
matapelajaran akan mempengaruhi keyakinan guru dalam proses pengajaran. Selain
itu juga sikap guru juga memainkan peranan dalam mempengaruhi proses pengajaran
di kelas. Guru yang mengambil sikap sambil lewa terhadap proses pengajaran di
kelas akan membawa kepada keadaan kelas yang tidak ceria dan akan menyebabkan
pelajar menjadi bosan .
Oleh itu kajian ini dibuat untuk meninjau tahap kesediaan pedagogi guru-
guru PKPG (KH) yang sedang melanjutkan pelajaran di Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini bertujuan untuk melihat keyakinan dan persiapan guru-guru PKPG (KH)
untuk mengajar. Tahap kesediaan dalam kajian ini dikaji melalui tiga aspek iaitu
pengetahuan isi kandungan, kemahiran mengajar teori dan amali dan sahsiah guru
yang merangkumi sikap dan minat diri. Hasil kajian akan menjawab persoalan
“adakah guru-guru mempunyai pengetahuan pedagogi yang mencukupi tentang
proses pengajaran dan pelaksanaan kurikulum pembelajaran KH “.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dibuat adalah berdasarkan kepada 3 objektif iaitu,
1.4.1 menentukan tahap kemahiran mengajar guru-guru PKPG KH, Fakulti
Pendidikan (FP) dalam mata pelajaran KH.
7
1.4.2 mengenal pasti tahap pengetahuan isi kandungan dan penggunaan peralatan
guru-guru PKPG KH dalam pengajaran dan pembelajaran KH.
1.4.3 mengkaji tahap sikap dan minat guru-guru PKPG KH terhadap pengajaran
dan pembelajaran Kemahiran Hidup.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang ingin dikaji oleh pengkaji ialah,
1.5.1 Apakah tahap kesediaan kemahiran mengajar guru-guru PKPG KH, Fakulti
Pendidikan UTM?
1.5.2 Apakah tahap kesediaan pengetahuan isi kandungan dan penggunaan
peralatan yang dimiliki oleh guru-guru PKPG KH, Fakulti Pendidikan UTM?
1.5.3 Apakah tahap kesediaan sikap dan minat guru-guru PKPG KH Fakulti
Pendidikan, UTM?
1.6 Skop kajian
Aspek yang dikaji dalam kajian ialah melibatkan tahap kesediaan kemahiran
mengajar dan pengetahuan pedagogi serta sahsiah guru-guru PKPG KH terhadap
pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya kajian ini pengkaji akan dapat menilai
setakat mana kemahiran mengajar guru-guru PKPG KH . Perkara ini dikaji kerana
untuk melihat adakah pengalaman mengajar yang lama mempengaruhi kemahiran
mengajar dan pengetahuan guru-guru ini.