TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara...

23
TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara...

Page 1: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN

SAINS KBSM

SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM

SESI PENGAJIAN: 2007/2008

Saya : SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-ayarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

Disahkan oleh,

___________________________ __________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat tetap: Nama Penyelia: EN. MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN BEL. BEREK POLIS MELOR 16400 MELOR KOTA BHARU KELANTAN Tarikh : 28 April 2008 Tarikh : 28 April 2008

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan , atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”

Tandatangan :............................................................................

Nama Penyelia :ENCIK MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN

Tarikh : 28 April2008

Page 4: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP

PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM

SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2008

Page 5: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

” Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya perjelaskan sumbernya.”

Tandatangan :..............................................................................

Nama Penulis : SITY NOORFATIMAH BINTI ABDULLAH

Tarikh : 28 April 2008

Page 6: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

DEDIKASI

AYAHANDA DAN BONDA YANG DIKASIHI

Haji Abdullah Bin Ismail dan Hajjah Sabariah Binti Abdul Rahman.

Dikau bak mutiara di dasar lautan yang sentiasa memberi sinaran di dalam hidup

ku ini ..............

Terima Kasih

Page 7: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dengan

limpah dan rahmatNya, dapat juga menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini yang

bertajuk ‛TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM TERHADAP

PENGGUNAAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SAINS KBSM’.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga

kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamaruddin yang

telah banyak memberikan bimbingan tanpa mengenal jemu kepada saya di sepanjang

proses menghasilkan PSM ini.

Selain itu, ucapan penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah memberikan

sumbangan idea-idea yang berguna di sepanjang proses penghasilan PSM sehinggalah

ia dapat disiapkan sepenuhnya terutamanya kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga

pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Terima Kasih

Page 8: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

ABSTRAK

Pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang memerlukan pelajar

bekerjasama semasa belajar dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan

sepasukan selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Kajian ini adalah untuk

mengenalpasti tahap keyakinan dan masalah-masalah guru-guru Program Khas

Pensiswazahan Guru, Sarjana Muda Sains serta Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia dalam melaksanakan kaedah pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran

Sains. Sebanyak 24 orang guru Program Khas Pensiswazahan Guru, Sarjana Muda

Sains serta Pendidikan telah dijadikan sampel. Soal selidik tahap keyakinan digunakan

sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS

(Statistical Package for Social Sciences) versi 11.5 dan dinyatakan dalam bentuk min

dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan tahap keyakinan responden berada pada

tahap sederhana (min 3.38). Terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan

pembelajaran koperatif, antaranya kekangan masa, kegagalan pelajar yang lemah untuk

menguasai sesi perbincangan di dalam kumpulan dan pengawalan kelas. Beberapa

cadangan untuk meningkatkan keyakinan melaksanakan pembelajaran koperatif dalam

kalangan guru-guru perlu dijalankan antaranya guru-guru mestilah sentiasa

mempraktikkan teknik pembelajaran koperatif semasa sesi pengajaran mereka, beban

tugas guru yang tidak berkaitan dengan akademik wajarlah dikurangkan agar guru

mempunyai masa yang mencukupi untuk merancang proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih sistematik dan waktu pengajaran guru perlu dipanjangkan

lagi agar pembelajaran secara koperatif dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Page 9: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

ABSRACT

Cooperative learning is a method which requires the students to work together

and to be responsible to others in the group during the learning process. This study was

conducted to determine the level of confidence of the PKPG teachers when

implementing cooperative learning in the classroom. The study also identified problem

encountered when using cooperative learning and teachers problems among PKPG. 24

teachers from PKPG, Bachelor of Science with Educations have been selected as

sample. Questionnaire on the level of confidence was used as research instrument. Data

was processed and analyzed using the SPSS Version 11.5 and presented in mean and

percentage. The outcome of this research shows that the level of confidence among the

respondents was at the moderate level (min 3.38). Some of the problems encountered

when implementing the cooperative learning were is time constraint, failure of weak

students in empowering discussion session in the group and class control. A number of

suggestions were forwarded among the teachers; teachers should always practice

cooperative learning during their lesson, work load which were not related to academic

should be decreased so that teachers have enough time to plan their lesson systematically

and the duration of teaching should be extended so that cooperative learning method can

be implemented successfully.

Page 10: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

KANDUNGAN

BAB PERKARA

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENYELIDIK

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN PERKATAAN

SENARAI LAMPIRAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Takrif Istilah 9

1.9 Rumusan 10

Page 11: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 13

2.3 Kelebihan Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 17

2.4 Prinsip-prinsip Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 20

2.4.1 Saling Bergantungan Secara Positif 21

2.4.2 Akauntabiliti Individu Dan Kumpulan 22

2.4.3 Interaksi Kumpulan 22

2.4.4 Kemahiran Interpersonal Dan Kumpulan Kecil 23

2.4.5 Pemprosesan Kumpulan 23

2.5 Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif di Malaysia 23

2.6 Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Koperatif 26

2.7 Kesediaan Guru Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Koperatif 29

2.7.1 Tahap Keyakinan Terhadap Penggunaan Kaedah

Dan Pembelajaran Koperatif 29

2.7.2 Masalah Dalam Penggunaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Koperatif 30

2.8 Rumusan 31

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Sampel Kajian 33

3.4 Skop Kajian 34

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Prosedur Kajian 37

3.7 Kajian Rintis 38

3.8 Analisis Data 39

3.9 Rumusan 40

Page 12: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pendahuluan 41

4.2 Latarbelakang Responden 42

4.2.1 Jantina Dan Bangsa 43

4.2.2 Pengalaman Mengajar 43

4.3 Tahap Keyakinan Guru-Guru PKPG Terhadap Penggunaan

Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Secara Koperatif

Di Dalam Mata Pelajaran Sains KBSM 44

4.4 Masalah-Masalah Dalam Melaksanakan Pengajaran Dan

Pembelajaran Koperatif 50

4.5 Rumusan 53

BAB 5 KESIMPULAN, IMPLIKASI, DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Kesimpulan 54

5.3 Implikasi 57

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61

5.8 Rumusan 62

RUJUKAN 72

LAMPIRAN 79

Page 13: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Menunjukkan Sampel Pelajar-Pelajar Bagi

Kursus PKPG 4SPN UTM 34

3.2 Skala Empat Mata 35

3.3 Taburan Item-Item Soal Selidik 35

3.4 Jadual Nilai Min 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina Dan Bangsa 42

4.2 Taburan Responden Tahun Mengajar 43

4.3 Tahap Keyakinan Guru-Guru PKPG 4 SPN UTM Terhadap

Penggunaan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Secara

Koperatif 44

Page 14: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

SENARAI SINGKATAN

Dr. Doktor

KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah

PK Pembelajaran Koperatif

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

SPN Sarjana Muda Pendidikan Sains

STAD Kaedah Pembahagian Pencapaian, Kumpulan Pelajar

SPSS Statistical Package for Social Science Version

TGT Kaedah Pertandingan Permainan Berpasukan

TAI Kaedah Team Assisted Individualization

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Soal Selidik 71

B Kajian Rintis 75

C Surat Kebenaran Menjalani Penyelidikan 77

Page 16: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi

sebagai negara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan

kehidupan seharian dikeluarkan dan dipasarkan di peringkat antarabangsa. Untuk tujuan

ini sudah pasti kita memerlukan ahli reka cipta yang mempunyai daya kreatif dan

inovatif yang tinggi.

Secara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan

utama. Dari satu sudut, pendidikan sering dikenalpasti sebagai jentera penggerak untuk

menyediakan tenaga kerja yang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran

untuk menggerak dan menyuburkan pertumbuhan ekonomi negara. Dari sudut lain pula,

diharapkan pelajar dapat menjadi individu yang seimbang dari segi pertumbuhan rohani,

intelek dan jasmaninya.

Menjelang tahun 2020, Negara Malaysia dijangkakan akan berkembang pesat.

Sebagaimana yang telah dicanangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr.

Mahathir Bin Mohammad suatu ketika dahulu. Untuk merealisasikannya, maka

persediaan perlulah dibuat dan dirancang secara tersusun agar ianya lebih efektif ke atas

pembangunan sumber manusia di samping pembangunan prasarana. Institusi

pendidikan telah diberi mandat bagi pembangunan sumber manusia di peringkat pertama

Page 17: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

2

untuk melaksanakannya seterusnya melahirkan generasi baru yang dapat memberi

sumbangan ke arah peningkatan produktiviti negara.

Oleh itu, bersesuailah dengan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan, dan saling hormat

menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke

arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap individu secara

menyeluruh dan bersepadu dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sahsiah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan.

Manakala fitrah manusia merujuk kepada sifat-sifat semula jadi yang terdapat

dalam diri setiap insan. Sifat-sifat ini adalah seperti berdaya cipta, keterbukaan, sifat

ingin tahu dan keupayaan berfikir secara kritis dan kreatif. Proses pengajaran dan

pembelajaran adalah suatu yang unik dan kompleks. Tanpa proses pengajaran dan

pembelajaran yang bersistematik, proses pengajaran dan pembelajaran tersebut tidak

mungkin dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan dinamik. Oleh itu, perancangan

aktiviti pembelajaran ke arah pendidikan yang dikehendaki perlulah dibuat oleh guru-

guru terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa tugas utama guru sebelum proses

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan ialah menyediakan aktiviti pembelajaran

yang terancang dan sistematik agar dapat menghasilkan pengajaran yang berkesan dan

bermutu. Di samping itu, guru perlulah mengetahui terlebih dahulu peranan mereka

yang sebenarnya sebagai seorang pendidik dan mampu mempelbagaikan strategi

pengajaran dan pembelajaran semasa proses penyampaian isi pelajaran. Pemilihan

kaedah pengajaran yang sesuai secara bijaksana juga dapat menjamin pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan. Sesuatu strategi pengajaran yang sesuai dan menarik

dapat meningkatkan mutu penyampaian isi pelajaran, malahan ianya akan menghasilkan

suatu pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan efektif sama ada di dalam atau di

luar bilik darjah (Ee, 2000).

Page 18: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

3

Sikap bekerjasama adalah salah satu faktor yang amat penting di dalam

pembangunan negara terutamanya bagi negara yang mempunyai penduduk berbilang

kaum dan agama seperti negara kita Malaysia. Setiap individu seharusnya boleh

menguasai kebolehan untuk bekerjasama di dalam kumpulan. Salah satu daripada

sembilan cabaran strategi Wawasan 2020 bermatlamat mewujudkan sebuah negara yang

bersatu padu serta mempunyai matlamat yang boleh dikongsi bersama, iaitu sebuah

negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, bekerjasama sepenuhnya

secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik

dan dedikasi kepada negara (Mok, 2002). Dengan tertanamnya sikap bekerjasama di

dalam diri setiap pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan

lancar dan teratur.

Dengan itu, sikap bekerjasama di kalangan pelajar boleh diterapkan melalui

kaedah pengajaran dan pembelajaran secara koperatif. Pelajar-pelajar dari pelbagai

kebolehan akan dilatih bekerjasama di dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk

menyelesaikan sesuatu masalah yang diberikan oleh guru. Kaedah pengajaran dan

pembelajaran secara koperatif telah dipilih sebagai satu kaedah pembelajaran yang

berpotensi untuk mempercepatkan lagi hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. PK bukan sahaja merupakan satu inovasi pendidikan di Malaysia tetapi

ia juga merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai integrasi

di antara masyarakat berbilang kaum dan seterusnya menghasilkan rakyat Malaysia

yang mempunyai nilai-nilai murni sebagaimana yang terdapat dalam objektif

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).

Untuk meningkatkan mutu sesuatu pembelajaran, guru-guru perlu

mencorakkan strategi dan teknik pengajaran dengan mengambil kira faktor-faktor

seperti hubungan dengan bahan yang akan disampaikan, kesediaan pelajar untuk

mentafsir dan memahami maklumat baru bergantung kepada skema yang telah sedia

ada. Guru yang kritis dan kreatif akan mencuba sedaya upaya untuk membentuk

aktiviti pembelajaran yang lebih efektif seperti mengadakan kerja berkumpulan,

Page 19: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

4

memberi latihan dan aktiviti penyiasatan serta pelbagai aktiviti lagi. Dengan adanya

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai sedikit sebanyak dapat menarik

minat serta meningkatkan keupayaan dan keyakinan para pelajar terhadap mata

pelajaran Sains (Meor Ibrahim, 2000).

Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap keyakinan

guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap penggunaan kaedah koperatif dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSM.

1.2 Latar Belakang Masalah

Memandangkan kepentingan Sains di era yang semakin canggih ini, wajarlah

pengetahuan tentang Sains diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Usaha

membangkitkan kesedaran dan memperkenalkan Sains dan teknologi mestilah

dimulakan di peringkat sekolah. Semua pelajar seharusnya peka dengan perkembangan

Sains dan berusaha mempelajari mata pelajaran Sains di peringkat sekolah (Nazaria, et

al., 1998).

Begitu juga dengan Misi Pendidikan Sains yang mempunyai tujuan yang sama

iaitu ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang celik Sains dan berteknologi serta

membangunkan sumber manusia yang terlatih, dinamik, dan produktif. Manakala

Kurikulum Sains di Malaysia pula ingin mengintegrasikan pemerolehan dan aplikasi

pengetahuan Sains, penguasaan kemahiran, serta penerapan sikap saintifik dan nilai

murni di dalam mata pelajaran Sains (Mok, 2002).

Walaupun kerajaan telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkat dan

mengembangkan mata pelajaran Sains di sekolah. Namun, sambutan yang diberikan

oleh pelajar-pelajar masih lagi kurang memberangsangkan. Situasi ini berlaku

disebabkan oleh salah satu daripada faktornya ialah kurangnya keyakinan dan kecekapan

Page 20: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

5

guru-guru untuk menggunakan kaedah pembelajaran yang aktif seperti pembelajaran

koperatif (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).

Kaedah koperatif ini dikatakan sesuai digunakan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sains kerana ianya menggalakkan pelajar-pelajar mewujudkan suasana

bekerjasama yang positif di antara mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Di samping memberi peluang kepada mereka mengeluarkan idea dan

pendapat mengenai persoalan yang ingin diselesaikan, melalui perbincangan dalam

kumpulan. Dengan ini, pengajaran dan pembelajaran secara koperatif banyak memberi

peluang kepada pelajar-pelajar melibatkan diri secara aktif.

Keberkesanan kaedah PK telah diukur melalui peningkatan pencapaian yang

signifikan di kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Ini

bersesuailah dengan pelajar-pelajar pada zaman sekarang yang kita semua ketahui lebih

aktif jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar pada zaman dahulu yang hanya banyak

bergantung kepada guru semata-mata (Slavin, 1983).

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan

kursus mengenai penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran dengan harapan guru-guru yang menyertai kursus ini boleh

mengendalikan latihan dalaman di peringkat sekolah untuk guru-guru lain bagi

memperkenalkan PK. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan

kursus-kursus untuk memperkenalkan kaedah koperatif kepada guru-guru, namun

sambutan yang diberikan oleh mereka kurang menggalakkan dan masih ramai lagi guru

yang menggunakan pendekatan tradisi (1972), walaupun kurikulum ini telah diubah

kepada KBSM (1989), yang mencadangkan beberapa pendekatan pengajaran yang lebih

berpusatkan kepada pembelajaran aktif dan pembelajaran yang dijangkakan dapat

membantu meningkatkan pemahaman pelajar. Namun ada juga sesetengah guru yang

menyedari akan kebaikan pengajaran dan pembelajaran secara koperatif ini, tetapi

Page 21: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

6

mereka mempunyai alasan yang kukuh mengapa mereka tidak menggunakan kaedah

koperatif. Menurut Wan Md Hatta (1999), antara alasannya ialah kekangan masa.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan tentang keberkesanan PK. Penekanan

keyakinan guru-guru terhadap konsep dan penggunaan kaedah PK dalam mata pelajaran

Sains di sekolah kurang menggalakkan. Kajian ini dijalankan bertujuan ingin melihat

tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM terhadap penggunaan kaedah pengajaran

dan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Sains KBSM di sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Berbagai cara telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk

memartabatkan mata pelajaran Sains di sekolah-sekolah. Namun, bilangan pelajar yang

mengambil mata pelajaran Sains di sekolah masih berkurangan berbanding dengan

pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran lain (Lee, 1999). Oleh itu, satu usaha

yang berterusan perlu dilakukan bagi menyemai dan menanam minat pelajar-pelajar

terhadap mata pelajaran Sains. Di samping membuka minda mereka dengan mengikis

tanggapan negatif terhadap mata pelajaran Sains.

Bagi merealisasikannya, satu alternatif perlu diambil di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan agar ianya mampu meningkatkan kefahaman dan

memperbaiki permasalahan pemahaman konsep pelajar-pelajar tentang Sains. Dengan

menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif, guru-guru perlu bertindak

sebagai pemudahcara atau fasilitator sahaja. Oleh itu, kawalan kelas dapat dikurangkan

dengan melakukan aktiviti di dalam kumpulan-kumpulan kecil dan guru juga boleh

menumpukan kepada aktiviti secara individu. Aktiviti seperti ini sedikit sebanyak

memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri mereka secara aktif di dalam kumpulan

masing-masing.

Page 22: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

7

Melalui pemerhatian yang dijalankan, masih ramai lagi guru yang menggunakan

kaedah pengajaran dan pembelajaran secara tradisional. Mungkin pada pendapat mereka

kaedah ini lebih senang dijalankan serta dapat mengurangkan kekangan masa yang

selalu dihadapi oleh guru-guru.

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mendapat maklumbalas guru-guru

PKPG 4SPN UTM terhadap tahap keyakinan penggunaan kaedah koperatif dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains KBSM dan mengenalpasti masalah–

masalah yang dihadapi.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk :-

i. Mengenalpasti tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM untuk

melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam kelas Sains

KBSM di sekolah.

ii. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru PKPG 4SPN

UTM semasa menggunakan dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

koperatif dalam mata pelajaran Sains KBSM.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini ialah untuk mengetahui :-

i. Apakah tahap keyakinan guru-guru PKPG 4SPN UTM lebih cenderung untuk

merancang dan memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam

kelas Sains KBSM di sekolah ?

Page 23: TAHAP KEYAKINAN GURU-GURU PKPG 4SPN UTM …...menghormati serta memupuk semangat perpaduan di antara kaum. Usaha berterusan ke arah memperkembangkan dan mempertabatkan potensi setiap

8

ii. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru PKPG 4SPN UTM di

dalam penggunaan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran koperatif

dalam mata pelajaran Sains KBSM di sekolah ?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk :-

i. Memberi maklumat kepada penyelidik lain untuk mengetahui masalah-masalah

yang dihadapi dalam menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran

koperatif dalam mata pelajaran Sains KBSM untuk kajian lanjutan.

ii. Memberi maklumat kepada para penyelidik untuk mengetahui masalah-

masalah yang dihadapi oleh guru-guru Sains dalam menggunakan kaedah

pengajaran dan pembelajaran koperatif .

iii. Menjadi bahan rujukan kepada guru-guru pelatih UTM untuk menilai sikap

mereka semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran koperatif dalam

mata pelajaran Sains di sekolah.

iv. Sebagai rujukan dan panduan kepada pihak fakulti atau penyelidik untuk

mendapat maklumat sama ada guru-guru PKPG 4SPN UTM mendapat

pendedahan yang secukupnya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif

serta kesediaan mereka menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran koperatif

dalam mata pelajaran Sains di sekolah.