Tahap nasionalisme

11
3.0 Tahap-Tahap Perkembangan Gerakan Nasionalisme Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu: Tahap Tahun Pendidikan Agama 1906-1926 Arab Sosioekonomi 1926-1937 Inggeris Politik 1937-1941 Melayu 3.1 Agama (1906-1926) Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, negara Turki

Transcript of Tahap nasionalisme

Page 1: Tahap nasionalisme

3.0 Tahap-Tahap Perkembangan Gerakan Nasionalisme

Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan

orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu

dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar

belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:

Tahap Tahun Pendidikan

Agama 1906-1926 Arab

Sosioekonomi 1926-1937 Inggeris

Politik 1937-1941 Melayu

3.1 Agama (1906-1926)

Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh

perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang

pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi

Islam yang utama ketika itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih

moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh

Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan-

Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah

pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses pemodenan. Mereka sedar bahawa

Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran

dunia yang menghadapi perkembangan pesat.

Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke

Timur Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di

kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan negara

Turki telah memberi kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar Islam dari Tanah

Page 2: Tahap nasionalisme

Melayu dan juga Indonesia yang telah menubuhkan persatuan yang diberi nama

Perkumpulan Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan

sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat.

Antara pelajar-pelajar Islam terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin,

Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Sheikh Mohammad Tahir

dan Ahmad al-Hadi pulang ke Tanah Melayu dalam tahun 1904. Mereka terkenal sebagai

golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka yang digelar

“Golongan Muda (Kaum Muda)” telah ditentang oleh “Golongan Tua (Kaum Tua)” yang

tidak mahu menerima pendapat mereka. Kaum Tua telah menuduh Kaum Muda sebagai

golongan yang telah menyeleweng. Pertentangan antara keduanya sampai kemuncaknya

hinggakan beberapa orang pegawai dari Kaum Muda di Negeri-negeri Melayu terpaksa

meletak jawatan lalu berpindah ke Negeri Selat. Ketika ini Kaum Tua mempunyai

kedudukan yang kuat kerana ramai dari mereka telah menjadi mufti dan kadi kerajaan.

Dengan menggunakan pengaruh mereka, tulisan dari Kaum Muda telah dilarang bawa

masuk ke negeri-negeri Melayu seperti yang terjadi kepada majalah al-Manar.

Di Negeri Selat, mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka dengan

mendirikan sekolah agama dan menerbitkan majalah serta akhbar. Antara majalah dan

akhbar yang memuatkan tulisan Kaum Muda ialah al-Imam (1906), Neracha (1911), al-

Manar (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). Melalui majalah dan akhbar

tersebut terutamanya al-Imam dimasukkan tidak sahaja soal-soal agama malah disentuh

perkara mengenai kemunduran orang Melayu dan pentingnya pelajaran termasuk ilmu

pengetahuan baru.

Perjuangan Kaum Muda ternyata mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang

masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar

(1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1929) termasuk semangat Islam. Tujuan mereka

yang utama ialah mengadakan satu gerakan Pan-Islamism yang bersifat anti penjajah dan

penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.

Page 3: Tahap nasionalisme

3.2 Sosioekonomi (1926-1936)

Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan kebangsaan di

peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920-

an disebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan

Inggeris. Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan

dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang

ditubuhkan dalam tahun 1922. Selain maktab ini, banyak sekolah lain telah didirikan

seperti Penang Free School (1816), Singapore Free School yang kemudian dikenal

sebagai Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution di

Kuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905) dan

Raffles College (1928).

Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal.

Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan

taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam

tahun 1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun

1921 dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927.

Selain itu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku

dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku

perpecahan antara Kuomintang dengan Parti Komunis China. Perpecahan ini telah

menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri.

Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan

menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Mereka mula menuntut supaya

mereka diberi hak dan keistimewaan. Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu

untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka.

Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambah giat apabila

mereka mempunyai hubungan dengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia

yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi

bersenjata dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah

Melayu ialah Tan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti

Page 4: Tahap nasionalisme

dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar kepada perjuangan pemimpin-pemimpin

di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob.

MPSI telah meluaskan kegiatannya dengan menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar

(IPP) dalam tahun 1929 dan Ikatan Semenanjung-Borneo (ISB) dalam tahun 1930.

Tujuan penubuhan IPP ialah menyebarkan semangat di kalangan orang Melayu agar

mereka sedar dan insaf akan nasib bangsa. Sementara ISB telah memperjuangkan konsep

yang menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam “Indonesia Raya”. Konsep ini

telah diperjuangkan oleh Ibrahim Yaacob, Hassan Haji Manan dan Yaacob Muhammad

Amin.

Gerakan pelajar MPSI telah menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah

Inggeris. Kegiatan mereka telah diawasi dan akhirnya pemerintah Inggeris mengambil

langkah-langkah untuk melumpuhkan kegiatan mereka. Pensyarah-pensyarah MPSI yang

terlibat dengan gerakan politik telah ditukarkan ke tempat-tempat lain supaya ia tidak

dapat mempengaruhi pelajar-pelajar baru. Selepas tahun 1931, kegiatan politik di MPSI

menjadi lumpuh.

Berbeza dengan pemimpin yang mendapat didikan Barat, mereka lebih bersifat

sederhana dan bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Mereka memperjuangkan

kedudukan orang Melayu dengan menuntut supaya pemerintah Inggeris membaiki taraf

ekonomi orang Melayu, memberi peluang kepada orang Melayu dalam perkhidmatan

awam dan mengikuti pelajaran tinggi di universiti seperti di England. Di antara mereka

ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahah dan Dato’ Onn bin Jaafar.

Raja Chulan dan Dato’ Abdullah adalah anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan

(MMP) dan muncul sebagai pejuang kebajian orang Melayu. Dalam MMP, mereka telah

membantah kemasukan orang asing. Dato’ Onn pula dilantik menjadi anggota Dewan

Perundangan Negeri Johor dan telah mendesak supaya diberi jaminan bahawa beliau

diberi kebebasan bersuara dan bertindak demi kebajikan orang Melayu.

Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah

diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh

Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura

Page 5: Tahap nasionalisme

(KMS). KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam

semua bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu

yang sedikit bilangannya dilindungi. Perjuangan beliau telah mendapat perhatian dan

akhirnya dalam tahun 1929, pemerintah Inggeris telah menyediakan satu kawasan khas

bagi orang Melayu. Kawasan itu dikenal dengan nama Kampung Melayu.

Penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa pemimpin di Negeri-

negeri Melayu dan hasilnya beberapa kesatuan telah ditubuhkan. Di Selangor telah

ditubuhkan Kesatuan Melayu Selangor oleh Raja Sir Iuda, di Pahang ditubuhkan

Kesatuan Melayu Pahang oleh Tengku Muhammad Ibn Sultan Ahmad dan Dato’ Hussein

bin Mohammad Taib, di Negeri Sembilan pula ditubuhkan Kesatuan Melayu Negeri

Sembilan oleh Tengku Mohammad Nasir.

Pengaruh KMS begitu luas sehinggakan cawangannya telah ditubuhkan di Melaka

dan Pulau Pinang dalam tahun 1937. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1937,

perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan

politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah

Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila

Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu

Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi

Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.

3.3 Politik (1937-1941)

Pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin

Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal

tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj,

pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah

Pertanian Serdang, telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan

parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi

Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya.

Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa

Page 6: Tahap nasionalisme

pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM

hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran,

pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.

Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di

Kuala Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan

yang diberi nama Persatuan Melayu Se-Malaya. Pengerusinya ialah Tengku Ismail bin

Tengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu. Walau bagaimanapun,

persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif. Dalam bulan

Disember 1940, sekali lagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali ialah

wakil-wakil dari Sarawak dan Brunei. Telah diputuskan persatuan akan mengadakan

kongresnya yang ketiga di Ipoh, Perak, tetapi ia tidak dapat diadakan disebabkan

meletusnya peperangan.

Pergerakan KMM telah meluas dan ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas

masyarakat Melayu. Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di

tiap-tiap negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja

Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di Negeri

Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh Haji Abdul

Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak Haji Muhammad,

di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh Ibrahim Fikri, di Kelantan

oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul Rasihd.

Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama telah

menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris bertambah

curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM dengan pemimpin

Indonesia terutama pemimpin komunis. Oleh sebab kegiatan KMM dianggap telah

membahayakan kedudukan Inggeris, maka pada 1940, kira-kira 150 anggota KMM telah

ditangkap. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji Muhammad, Hassan Manan,

Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam. Mereka ditahan sehingga kedatangan

tentera Jepun.

Page 7: Tahap nasionalisme

Rujukan:

John Bastin dan Harry J. Benda, 1972,Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa

dan Pustaka, Kuala Lumpur,

Mokhtar A.Kadir ( 1991 ) Keamanan Sejagat: Peranan Malaysia dalam Politik

Antarabangsa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, Bab 2.

R. Suntharalingam, Abdul Rahman Ismail, 1985, Nasionlisme Satu Tinjauan

Sejarah, Penerbit Fajar Bakti, Petaling Jaya,

William R. Roff, Nasionalisme Melayu, Penterjemahan Ahmad Boestamam, 2003.

Penerbit Universiti Malaya.

http://www.geocities.com/cominglucky/nasionalisme.htm