TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan...

24

Transcript of TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan...

Page 1: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan
Page 2: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan
Page 3: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU MENGAJAR DI KALANGAN GURU

PELATIH YANG MENGAJAR MATA PELAJARAN FIZIK SEMASA LATIHAN

MENGAJAR

SITI NORIDAWATI BINTI OTHMAN

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)”

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

Page 4: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan
Page 5: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

iii

DEDIKASI

Buat emak dan ayah yang tercinta, doa kalian merupakan sumber

inspirasi dalam kehidupan ini, semoga kalian

dirahmati di dunia dan akhirat.

Buat suami yang amat disayangi Mohd Fathi Bin Ibrahim, kasih sayangmu

sentiasa mengiringi perjuangan ini. Segala pengorbanan,

kesabaran serta doronganmu, tidak akan ku lupakan

buat selama-lamanya dan semoga dirimu

sentiasa diberkati Allah.

Buat abang, kakak dan adik, jutaan terima kasih di atas sokongan dan

doa kalian. Semoga kalian akan mendapat kesejahteraan

di dunia dan akhirat.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan, teruskan usaha murni

kalian di dalam mengejar cita-cita.

Doa semoga kita semua dicucuri rahmat dan sentiasamendapat

keredhaan dari yang Maha ESA...Amin

Page 6: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya memberi

kesempatan kesabaran, ketekunan, kekuatan dan kesihatan yang sempurna ke atas diri

ini dalam menyiapkan projek ini.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj.

Zainudin Bin Hj. Hassan selaku penyelia projek ini yang telah banyak memberi tunjuk

ajar, bimbingan, nasihat dan idea-idea bernas yang disumbangkan dalam proses

menyiapkan projek ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua pelajar-pelajar tahun akhir bagi kursus

Ijazah Sarjana Muda Sain Serta Pendidikan (Fizik) dan juga Ijazah Sarjana Muda Sains

dan Komputer serta Pendidikan (Fizik) di atas kerjasama dalam memberi maklum balas

kepada soalan soal selidik yang telah diberikan.

Seterusnya penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan projek ini. Semoga

sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan diberkati oleh Allah SWT.

Page 7: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat tahap penggunaan alat bantu mengajar di

kalangan guru pelatih yang mengajar mata pelajaran fizik semasa latihan mengajar.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti alat bantu mengajar yang digunakan

semasa pengajaran, mengetahui hubungan antara penggunaan alat bantu mengajar

dengan jumlah waktu mengajar dalam seminggu, mengetahui pandangan guru pelatih

terhadap kemahiran dan kepentingan penggunaan alat bantu mengajar serta

mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat

bantu mengajar. Seramai 70 responden yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian

adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian A

melibatkan latar belakang, bahagian B melibatkan jenis-jenis alat bantu mengajar dan

bahagian C melibatkan kepentingan, kemahiran dan masalah dalam penggunaan alat

bantu mengajar. Segala maklumat dan data dianalisis menggunakan perisian komputer

“Statistical Package For Social Science” (SPSS versi 10.0) untuk mendapatkan nilai

peratusan, kekerapan,min dan jadual silang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap

penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru pelatih adalah tinggi. Penggunaan

OHP dan transparensi pada setiap kali pengajaran berada pada tahap yang tinggi dengan

nilai min 4.39. Perbezaan antara jenis alat bantu mengajar dengan jumlah waktu

mengajar dalam seminggu berada di tahap sederhana. Kemahiran guru pelatih dalam

penggunaan alat bantu mengajar berada pada tahap yang sederhana iaitu dengan nilai

min 4.01. Manakala kepentingan penggunaan alat bantu mengajar berada pada tahap

yang sederhana iaitu sengan nilai min 4.23 dan min bagi masalah yang dihadapi oleh

guru pelatih dalam penggunaan alat bantu mengajar ialah 3.52 iaitu di tahap yang

sederhana.

Page 8: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

vi

ABSTRACT

The research was done to teacher trainees who teach physic during practical

teaching conducted the research in order to analyze the use of teaching aids. The

objectives of this research are to identify type of teaching aids used, to find the

relationship between the using teaching aids and the total of the teach in a week, to find

out the teacher trainees’ perceptions towards skills and importance of teaching aids and

also to identify problems faced by teacher trainees’ in using teaching aids. Total of

seventy respondents involved in this research. The instrument used is questionnaire

which divided into three sections, section A reflects the respondent’s background,

section B that involves types of teaching aids used and section C discuss on the

importance of teaching aids skills and problems in using the teaching aids. The data

collected were analyzed using the “Statistical Package for Social Science” (SPSS

version 10.0) in order to find out the percentage, frequency, mean and cross tab. The

finding had shown the used of teaching aids by teacher trainees high. The level of using

OHP and transparency in every teaching is 4.39 are high. Differentiation between the

type of using teaching aids and the total of teacher teach in a week at the moderate level.

The teacher trainees have the skills in using teaching aids with value of mean is 4.01 that

is moderate of level. Most of them are aware on the importance of teaching aids in

process of teaching and learning with value of mean is 4.23, that is moderate of level

and mean of problem in using teaching aids is 3.52, it is moderate level.

Page 9: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Objektif Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Alat Bantu Mengajar 9

1.8.2 Guru Pelatih 11

1.8.3 Fizik 12

1.8.4 Latihan Mengajar 13

Page 10: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kajian-Kajian Terdahulu

2.2.1 Kekerapan Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 17

2.2.2 Kemudahan Alat Bantu Mengajar

Di Sekolah 18

2.2.3 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 20

2.2.4 Kemahiran Dalam Pengunaan Alat

Bantu Mengajar 23

2.2.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi

Dalam Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 25

2.3 Rumusan Kajian Lepas 28

BAB III METADOLOGI

3.1 Pengenalan 32

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 34

3.4 Kajian Rintis 34

3.5 Instrumen Kajian 35

3.6 Prosedur Kajian 37

3.7 Kaedah Pengumpulan Data 38

3.8 Analisis Kajian 38

Page 11: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

ix

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 41

4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Umur 43

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 43

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Agama 44

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Waktu Mengajar dalamSeminggu 45

4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Taburan Penggunaan OHP dan

Transperansi 46

4.3.2 Taburan Penggunaan Projektor dan Slaid 47

4.3.3 Taburan Penggunaan Alat Rakaman

video danTelevisyen 48

4.3.4 Taburan Penggunaan Televisyen 49

4.3.5 Taburan Penggunaan Model 50

4.3.6 Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar 51

4.3.7 Taburan Penggunaan Bahan Bercetak 52

4.3.8 Taburan Penggunaan Papan Flannel/

Papan Gulung 53

4.3.9 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54

4.3.10 Taburan Penggunaan Poster atau Carta 55

4.3.11 Taburan Min Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 56

4.4 Keputusan dan Analisis Data Bahagian C

4.4.1 Kemahiran Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 57

4.4.2 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu

Page 12: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

x

Mengajar 61

4.4.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi

Responden 65

4.5 Perbezaan Jenis Alat Bantu Mengajar Dengan

Jumlah Waktu Mengajar Dalam Seminggu 69

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Perbincangan

5.2.1 Alat Bantu Mengajar Yang Digunakan 74

5.2.2 Kemahiran Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 75

5.2.3 Kepentingan Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 77

5.2.4 Masalah Dalam Penggunaan Alat

Bantu Mengajar 78

5.3 Perbezaan Antara Jenis Alat Bantu

Mengajar Dengan Jumlah Waktu Mengajar

Dalam Seminggu 79

5.4 Rumusan 80

5.5 Cadangan 81

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 82

5.7 Penutup 83

BIBLIOGRAFI 84

LAMPIRAN 89

Page 13: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Pemeringkatan Likert 37 3.2 Penggabungan Skala 39

3.3 Julat Min 39

3.4 Julat Peratusan 40

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 43

4.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 44

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 44

4.5 Taburan Responden Mengikut Jumlah

Waktu Mengajar Dalam Seminggu 45

4.6 Taburan Penggunaan OHP (Overhead

Projector) Dan Transperansi 47

4.7 Taburan Penggunaan Projektor Dan Slaid 48

4.8 Taburan Penggunaan Alat Rakaman Video

Dan Televisyen 49

4.9 Taburan Penggunaan Televisyen 49

4.10 Taburan Penggunaan Model 50

4.11 Taburan Penggunaan Peralatan Sebenar 51

4.12 Taburan Penggunaan Bahan Bercetak 52

4.13 Taburan Penggunaan Papan Flannel /

Papan Gulung 53

4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54

4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55

4.16 Taburan Min Penggunaan Alat Bantu

Mengajar 56

4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Dalam Kemahiran Penggunaan

Alat Bantu Mengajar 58

Page 14: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

xii

4.17 Taburan Responden Mengikut Peratus

Dan Min Dalam Kepentingan Penggunaan

Alat Bantu Mengajar 62

4.18 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi

Masalah –Masalah Yang Dihadapi Dalam

Penggunaan Alat Bantu Mengajar 66

4.19 Penggunaan OHP (Overhead Projector)

dan Transperansi Dengan Jumlah Waktu

Mengajar Dalam Seminggu 70

4.20 Penggunaan Bahan Bercetak Dengan Jumlah

Waktu Mengajar Dalam Seminggu 71

4.21 Penggunaan Peralatan Sebenar Dengan Jumlah

Waktu Mengajar Dalam Seminggu 72

Page 15: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

xiii

SENARAI SINGKATAN

ATS - Amat Tidak Setuju

DS - Dua Minggu Sekali

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

OHP - Overhead Projector

S - Setuju

SBS - Sebulan Sekali

SMS - Seminggu Sekali

SP -Setiap Pengajaran

SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)

SPP - Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

SPSS - Statistical Package For Science Social

SS - Sangat Setuju

TP - Tidak Pernah

TS - Tidak Setuju

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

% - Peratus

Page 16: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soalan Soal Selidik

Page 17: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dalam mengharungi dunia sains dan teknologi matlumat, Malaysia turut

mengalami pelbagai proses transformasi dalam politik, ekonomi, sosial dan pemdidikan.

Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan para pendidik turut memikul

tanggungjawab yang penting bagi melahirkan generasi akan datang agar dapat

menyesuaikan diri dengan visi ke arah negara perindustrian. Pendapat ini disokong oleh

Hoyle (1969) yang menegaskan peranan guru amat mencabar dalam menghadapi

masyarakat industri untuk mendidik pelajar dengan pengetahuan dan kepakaran bagi

memenuhi keperluan pekerjaan pada masa akan datang.

Masyarakat bergantung kepada guru untuk menyediakan warganegara yang

bertanggungjawab, berakhlak mulia, berprogresif, berfikiran positif dan kasihkan

negara. Peranan guru dalam melaksanakan sistem pendidikan adalah amat penting

kerana guru membentuk perkembangan peribadi pelajar-pelajar. Guru juga secara

langsung berperanan mencorakkan haluan hidup pelajar-pelajar bagi masa depan

mereka.

Penggunaan alat bantu mengajar bukanlah sesuatu yang tersisih daripada proses

pengajaran dan pembelajaran tetapi satu bahan yang terdapat dalam proses tersebut. Alat

Page 18: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

2

bantu mengajar bukan sahaja bertujuan menambahkan kelancaran perhubungan antara

guru dan pelajar tetapi ia juga membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Pembelajaran yang dijalankan dengan hanya menggunakan buku teks sebagai

bahan pengajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan

kebosanan dikalangan pelajar. Pelajar-pelajar sukar untuk mendapat idea baru dan ini

menyebabkan fikiran pelajar sukar untuk berkembang dan menjadi tidak kreatif. Atan

Long (1990), menyatakan pembelajaran tradisional (kapur, buku teks dan percakapan)

tidak akan menjamin keberkesanan kerana ia tidak menguji daya imaginasi pelajar.

Melalui kaedah ini, pelajar lebih bergantung kepada satu saluran deria untuk menerima

rangsangan dan menjadikan sumber matlumat untuk diproses.

Sememangnya alat bantu mengajar memainkan peranan penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Adalah menjadi tugas guru untuk menggunakan alat bantu

mengajar untuk memahamkan pelajar tentang apa yang diajar. Ford Le Roy (1982),

memberikan beberapa penyataan mengenai alat bantu mengajar. Beliau menyatakan

bahawa pengalaman secara terus yang di alami oleh seseorang membolehkan simbol dan

makna memberikan pengertian padanya. Suatu bahan kemahiran guru menggunakan

bahan itu boleh memberikan kesan yang berkekalan. Beliau juga menyatakan bahawa

guru yang mahir bukan sahaja merupakan seorang pelukis yang dapat mereka bahan

pengajaran tetapi juga adalah pelukis yang boleh memahami perbezaan individu.

Peranan guru bukan sahaja untuk mendidik pelajar tetapi adalah untuk

melahirkan seorang insan yang berketerampilan dan mempunyai ciri seorang yang

mahir, berkebolehan, pandai, inovasi, kreatif, bertanggungjawab serta bermoral tinggi.

Bagi mencapai matlamat melahirkan generasi yang mempunyai pelbagai kebolehan dan

kepakaran, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran fizik di

peringkat sekolah menengah. Ini adalah untuk mengenalpasti serta persediaan

melahirkan generasi berkebolehan bagi mengisi tenaga mahir yang diperlukan oleh

negara.

Page 19: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

3

1.2 Latarbelakang Masalah

Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini turut berubah mengikut

kemajuan sains dan teknologi yang semakin canggih. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang berorientasikan guru telah ketinggalan, proses pengajaran dan

pembelajaran berorientasikan pelajar telah mula mengambil tempat. Ini dapat dilihat

dengan jelas apabila Kementerian Pendidikan mengubal Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan

kepada penggunaan pelbagai teknik pengajaran serta mengutamakan penggunaan alat

bantu mengajar bagi menghasilkan satu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Selaras dengan era sains dan teknologi, sekolah-sekolah di negara kita telah

dibekalkan dengan pelbagai alat bantu mengajar berteraskan teknologi. Oleh itu,

diharapkan sudah pastinya guru-guru terutamanya guru-guru pelatih dapat menggunakan

kemudahan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat

menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Seterusnya, penggunaan alat bantu mengajar akan menjadi satu amalan budaya

sistem pendidikan di dalam negara ini. Dengan itu para pendidik terutamanya bakal guru

perlu mempunyai lebih inisiatif dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran yang

menitikberatkan penggunaan alat bantu mengajar. Usaha ini akan dapat menanam minat

pelajar terhadap mata pelajaran khususnya mata pelajaran fizik. Krulik dan Weise

(1975) menyatakan proses pembelajaran lebih efektif apabila pelajar berminat terhadap

apa yang dilakukan dan seterusnya akan memotivasikan pelajar dengan bersungguh-

sungguh untuk mencapai sesuatu dengan sendirinya.

Di dalam proses pembelajaran, seseorang itu menggunakan berbagai tanggapan

semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu. Ini

disebabkan oleh pancaindera yang berlainan menghasilkan keadaan penanggapan yang

berlainan. Setiap pancaindera melengkapi kekurangan dan mengukuhkan penanggapan

sesuatu pancaindera yang lain. Dengan sebab itu alat-alat yang menggunakan berbagai

Page 20: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

4

pancaindera akan lebih mendatangkan kesan. Alat yang menggunakan warna dan bentuk

yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat

dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan. (Atan Long, 1983)

Penggunaan alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

membantu mempertingkatkan tahap pencapaian pelajar. Ianya tidak lagi dianggap

sebagai bahan untuk membantu guru tetapi sebagai alat penyalur matlumat dari seorang

guru kepada pelajarnya. Antara rasional penggunaan alat bantu mengajar ialah :

i. memperjelaskan lagi penyampaian maklumat agar tidak terlalu bersifat

verbalistik

ii. mengatasi keterbatasan ruang, waktu dan daya indera

iii. mengatasi sifat pasif pelajar

iv. memberikan rangsangan, mempersamakan pengalaman dan

membangkitkan persepsi yang sama di kalangan pelajar

Pengetahuan dan kemahiran tentang penggunaan alat bantu mengajar bukan

hanya diperolehi dengan latihan sahaja tetapi ianya juga boleh dipereolehi dengan

kekerapan penggunaannya dan melalui daya usaha guru sendiri.

Mata pelajaran fizik merupakan salah satu mata pelajaran yang ditawarkan untuk

pelajar-pelajar yang mengikuti kelas aliran sains di sekolah. Di dalam mata pelajaran ini,

pelajar akan terlibat di dalam aktiviti pengiraan dan memerlukan daya imaginasi yang

tinggi untuk kefahaman terhadap pelajaran yang disampaikan. Untuk menimbulkan rasa

ingin belajar di kalangan pelajar, penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai serta

menarik dalam proses pengajaran adalah amat penting.

Alat bantu mengajar memainkan peranan penting dalam pengajaran mata

pelajaran fizik kerana ianya merupakan salah satu mata pelajaran yang teknikal dan

kekuatan minda yang bagus. Secara umumnya mata pelajaran fizik memperkenalkan

cabang-cabang yang memerlukan pemikiran yang tinggi, pengaruh, rumus-rumus serta

Page 21: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

5

hubungkait dengan kehidupan seharian. Ia juga memperkenalkan prinsip-prinsip asas

amali terutamanya dalam menjalankan eksperimen yang dengannya dapat menyemai

sifat suka menyelidik, membentuk kebolehan menganalisis serta perkembangan daya

usaha pelajar yang memerlukan tahap imaginasi yang tinggi untuk memahami sesuatu

topik.

Setiap alat bantu mengajar yang digunakan di dalam pengajaran terlebih dahulu

perlu teliti kriteria pemilihannya. Beberapa perkara harus difikirkan apabila memilih

bahan dari segi jenis, bentuk, peranan dan unsur yang terkandung di dalamnya. Guru

hendaklah memikirkan kriteria alat bantu mengajar yang berkualiti tinggi dalam usaha

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Bagi mata pelajaran yang berteraskan teori dan juga kerja amali seperti mata

pelajaran fizik memerlukan guru yang dapat mempelbagaikan alat bantu mengajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alat bantu mengajar yang terancang

akan menberikan kesan penyampaian yang baik dan seterusnya pelajar dapat

memahaminya. (Atan Long, 1984)

Kebanyakkan guru yang mengajar mata pelajaran fizik masih lagi tertumpu

kepada pengajaran satu hala dengan guru mengajar secara bercakap sambil

menggunakan alat bantu mengajar yang minima seperti papan kapur dan buku teks dan

pelajar sebagai peserta pasif. Seharusnya guru yang mengajar mata pelajaran fizik

menggunakan pelbagai teknik pengajaran dengan penggunaan alat bantu mengajar yang

sesuai untuk memberikan rangsangan kepada pelajar supaya dapat memotivasikan

pelajar dalam mempelajari sesuatu yang baru.

Page 22: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Teknologi pendidikan berkembang dengan pesat bersesuaian dengan teknologi

komunikasi dan maklumat. Dijangkakan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran adalah lebih meluas di kalangan guru berdasarkan segala

kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Tetapi kajian-kajian yang dijalankan

sebelum ini mendapati penggunaan alat bantu mengajar oleh guru-guru masih lagi

ditahap kurang memuaskan.

Sebilangan besar guru-guru masih lagi menggunakan kaedah tradisional ketika

mengajar iaitu menggunakan kaedah ‘talk and chalk’ (cakap dan kapur) sahaja dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (Cheah and Fatawi, 1996). Sepatutnya di zaman

serba canggih ini tidak ada lagi guru yang menggunakan kaedah tersebut tetapi cuba

mempraktikkan teknologi yang terkini.

Mengikut kajian Noor Din (1999), guru sepatutnya menyampaikan pengajaran

sebaik mungkin dengan membuat persediaan awal dari segi perancangan kaedah

penyampaian, pengajaran dan penggunaan alat bantu mengajar yang mencukupi kerana

ini boleh membantu peningkatan kefahaman pelajar.

Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap penggunaan alat bantu

mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik di kalangan

guru pelatih semasa latihan mengajar. Adakah mereka berkemahiran menggunakan alat

bantu mengajar? Adakah mereka menggunakan alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran? Adakah mereka mempunyai masalah dalam penggunaan

alat bantu mengajar?

Page 23: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

7

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada pernyataan masalah, persoalan-persoalan yang

ingin dijawab melalui kajian ini ialah

i. Apakah alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru pelatih dalam

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik semasa latihan mengajar?

ii. Apakah tahap kemahiran penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru

pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik?

iii. Adakah alat bantu mengajar penting digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dalam mata pelajaran fizik?

iv. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan alat

bantu mengajar?

v. Apakah perbezaan antara jenis alat bantu mengajar dengan jumlah waktu

mengajar guru pelatih dalam seminggu?

1.5 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan alat bantu mengajar

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik di kalangan guru pelatih

semasa latihan mengajar. Di antara objektif yang dicadangkan ialah :

i. Mengenalpasti alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru-guru pelatih dalam

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran fizik semasa latihan mengajar.

ii. Mengetahui tahap kemahiran penggunaan alat bantu mengajar di kalangan guru

pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran fizik.

iii. Mengetahui kepentingan penggunaan alat bantu mengajar dalam proses

pengajaran dan pembelajaran matapelajaran fizik.

Page 24: TAHAP PENGGUNAAN ALAT BANTU … Taburan Penggunaan Papan Flannel / Papan Gulung 53 4.14 Taburan Penggunaan Bilik Tayangan 54 4.15 Taburan Penggunaan Poster Atau Carta 55 4.16 Taburan

24

iv. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru pelatih dalam penggunaan

alat bantu mengajar.

v. Mengetahui perbezaan antara jenis alat bantu mengajar dengan jumlah waktu

mengajar guru pelatih dalam seminggu.