TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR … filekajian ini. Item-item soal selidik yang dibina...

29
TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR TEKNIKAL SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR SYARINA BINTI RAMLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR … filekajian ini. Item-item soal selidik yang dibina...

TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR TEKNIKAL

SEMASA MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

SYARINA BINTI RAMLI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

28 APRIL 2008 28 APRIL 2008

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.

Tandatangan :

Nama Penyelia : PN. ADIBAH BINTI ABDUL LATIF

Tarikh : 10 APRIL 2008

i

TAHAP PENGUASAAN BAHASA INGGERIS PELAJAR TEKNIKAL SEMASA

MENJALANI LATIHAN MENGAJAR

SYARINA BINTI RAMLI

Laporan Projek ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2007

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : SYARINA BINTI RAMLI

Tarikh : 10 April 2008

iii

DEDIKASI

Syukur ke hadrat Allah S.W.T

di atas kebesaranNya yang mengurniakan minda dan kekuatan

untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda ini

Ditujukan Khas Buat

Pn. Adibah bt. Abdul Latif

pensyarah pembimbing yang sentiasa membantu

Ayahanda dan Bonda Tercinta

En. Ramli b. Hashim dan Pn. Sharifah Zainab bt Syed Mohammad

yang sentiasa memberi sokongan

untuk ku meneruskan perjuangan ini

Kekanda-kekanda Tersayang

Syaromi, Syarliza, Syarmizad dan Syarizan

yang sentiasa memberi keyakinan serta dorongan

agar menjadi insan cemerlang

Serta

rakan- rakan seperjuangan yang sentiasa memberi semangat

terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia,

taufik dan HidayahNya, maka saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam

untuk junjungan Rasulullah S.A.W serta para sahabat baginda.

Dalam usaha menyiapkan Projek Sarjana Muda ini, saya ingin merakamkan

ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung budi yang tidak terhingga kepada

Pn. Adibah bt. Abdul Latif yang sentiasa memberi bimbingan, sokongan dan

dorongan. Keikhlasan serta dedikasi beliau amat saya kagumi. Buat seluruh

cendekiawan Universiti Teknologi Malaysia, terima kasih diucapkan atas ilmu yang

dicurahkan kepada saya. Jasa kalian akan dikenang sepanjang masa.

Rakaman terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan dan individu

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menyiapkan

penyelidikan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik yang telah disumbangkan.

Wassalam.

Syarina binti Ramli.

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan bahasa

Inggeris oleh pelajar (SPA, SPE, SPJ) semasa Latihan Mengajar. Kajian ini

memfokuskan kepada tiga aspek utama iaitu pembacaan, penulisan dan pertuturan.

Seramai 95 orang (N=95) pelajar tahun tiga dan tahun empat iaitu SPA, SPE dan

SPJ yang telah selesai menjalani Latihan Mengajar dipilih sebagai responden bagi

kajian ini. Item-item soal selidik yang dibina telah disemak oleh tiga orang

pensyarah yang pakar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Jabatan

Pendidikan Asas dan Jabatan Bahasa Moden berdasarkan prinsip kesahan gagasan.

Kajian rintis turut dilakukan bertujuan untuk menentukan kebolehpercayaan item

soal selidik. Statistik deskriptif dan kolerasi digunakan untuk menganalisis data.

Pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen ialah 0.881. Analisis data

dibuat menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 16.0

(SPSS 16.0) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, korelasi

dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam

pembacaan (min = 3.43), penulisan (min = 3.57), dan pertuturan (min = 3.52) berada

pada tahap sederhana. Ujian korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar dengan tahap

penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan pada aras signifikan 0.05. Manakala

tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam Latihan

Mengajar bagi tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan dan pertuturan.

Bagi ujian-t pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap

tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan, penulisan dan pertuturan

merentasi jantina bagi pelajar (SPA,SPE,SPJ).

vi

ABSTRACT

The primary aim of this research was to identify the English language

proficiency among (SPA, SPE, SPJ) students during their Practical Teaching. It

focused specially on three basic aspects which are reading, writing and speaking. A

total of 95 (N=95) third and fourth year students from the course of SPA, SPE, and

SPJ who already finish their practical teaching were chosen as respondent of the

study. All items in the questionnaire were verified by three lectures from

Department of Technical and Engineering Education, Department Foundation of

Education and Department of Modern Languages based on the construct validity.

The pilot study was carried out to determine the reliability of the questionaire.

Descriptive and inferential statistics were used to analyze the gathered data. The

instrument Cronbach Alpha coefficient was 0.881. The data were analyzed using

Statistical Packages for the Social Sciences version 16.0 (SPSS 16.0) software to

obtain frequency, percentage, mean, standard deviation, correlation and t-test. The

findings showed that the English language proficiency in reading (mean = 3.43),

writing (mean = 3.57), and speaking (mean = 3.52) were at moderate level. The

findings of the Pearson correlation analysis shows that there was significant

relationship between the English language proficiency among student with the

Practical Teaching achievement in reading. The significant level was 0.05. The

findings also demonstrates that there was no significant relationship between

English language proficiency among student with the Practical Teaching

achievement in writing and speaking. In additional findings for t-test shows that

there was no significant different for the English language proficiency in reading,

writing and speaking across gender among (SPA, SPE, SPJ) students.

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 9

1.7 Kerangka Konsep 11

viii

1.8 Kepentingan Kajian 12

1.9 Skop dan Batasan Kajian 13

1.10 Definisi Istilah 14

1.10.1 Penguasaan 14

1.10.2 Subjek PTK 15

1.10.3 Pelajar 15

1.10.4 Latihan Mengajar 16

1.11 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Peranan Guru Melaksanakan Pembaharuan 18

Kurikulum

2.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Bahasa19

Inggeris

2.4 Kepentingan Bahasa Inggeris 21

2.5 Penguasaan Bahasa Inggeris 22

2.5.1 Kemahiran Bertutur 23

2.5.2 Kemahiran Membaca 24

2.5.3 Kemahiran Menulis 25

2.6 Mata pelajaran Aliran Teknikal 26

2.6.1 Pendidikan Pengajian Kejuruteraan Elektrik 26

2.6.2 Pendidikan Pengajian Kejuruteraan Awam 27

2.6.3 Pendidikan Pengajian Kejuruteraan Jentera 28

2.6.4 Pendidikan Lukisan Kejuruteraan 29

2.7 Latihan Mengajar 30

2.8 Pencapaian Akademik 32

2.8.1 Sistem Gred 33

ix

2.9 Prestasi Pelajar Dalam Subjek Yang Menggunakan 35

Bahasa Inggeris

2.10 Penutup 37

BAB 3 METDOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Kerangka Operasi 40

3.4 Tempat Kajian 42

3.5 Populasi dan sampel kajian 42

3.6 Instrumen Kajian 43

3.7 Pemilihan Sampel dan Rekabentuk Persampelan 45

3.8 Kesahan dan Kebolehpercayaan Soal Selidik 46

3.9 Prosedur Kajian 47

3.10 Kajian Rintis 48

3.11 Analisis Data 49

3.12 Penutup 51

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisis Maklumat Bahagian A: Latar Belakang 53

Responden.

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur 54

4.2.4 Taburan Responden Terhadap Pencapaian 55

Bahasa Inggeris di Peringkat SPM

4.2.5 Taburan Responden Terhadap Pencapaian 56

x

Bahasa Inggeris Dalam MUET

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Mata pelajaran57

Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar

4.2.7 Taburan Responden Terhadap Pencapaian 58

Latihan Mengajar.

4.3 Analisis Maklumat Bahagian B 59

4.3.1 Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Dalam 60

Pembacaan

4.3.2 Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Dalam 62

Penulisan

4.3.3 Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Dalam 64

Pertuturan

4.3.4 Analisis Keseluruhan Item Bahagian B 67

4.4 Perbincangan Dapatan Hipotesis 68

4.4.1 Hubungan Antara Pencapaian Pelajar 69

Dalam Latihan Mengajar Dengan Tahap

Penguasaan Bahasa Inggeris (Ujian Korelasi)

4.4.2 Perbezaan Tahap Penguasaan Bahasa 70

Inggeris Merentasi Jantina (Ujian-T)

4.5 Penutup 72

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 73

5.2 Rumusan 73

5.3 Perbincangan dan Dapatan 75

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1: Apakah 76

Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Dalam

Pembacaan Pelajar (SPA,SPE,SPJ) Semasa

Latihan Mengajar?

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2: Apakah 77

xi

Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Dalam

Penulisan Pelajar (SPA,SPE,SPJ) Semasa

Latihan Mengajar?

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3: Apakah 79

Tahap Penguasaan bahasa Inggeris Dalam

Pertuturan Pelajar (SPA,SPE,SPJ) Semasa

Latihan Mengajar?

5.3.4 Analisis Keseluruhan Tahap Penguasaan 80

Bahasa Inggeris Dalam Pembacaan,

Penulisan dan Pertuturan.

5.4 Perbincangan dan Rumusan Analisis Inferensi 81

5.4.1 Persoalan Kajian 4: Adakah Terdapat 81

Hubungan Antara Pencapaian Pelajar

Dalam Latihan Mengajar Dengan

Tahap Penguasaan bahasa

Inggeris?

5.4.2 Persoalan Kajian 5: Adakah Terdapat 83

Perbezaan Tahap Penguasaan

Bahasa Inggeris Merentasi Jantina?

5.5 Cadangan dan Implikasi 84

5.5.1 Pihak Fakulti Pendidikan UTM 84

5.5.2 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, 85

Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran

Daerah dan Pihak Sekolah

5.5.3 Peranan Pelajar (Bakal Guru) 85

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 86

5.7 Penutup 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 95

xii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Hubungan Antara Markah, Gred dan Mata Nilai 33

2.2 Kedudukan Akedemik 34

2.3 Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 36

Mata Pelajaran Matematik, Pelajar Tingkatan

2 diSebuah Sekolah Daerah Pontian

3.1 Jenis Konstruk dan Bilangan Item dalam Soal 44

Selidik

3.2 Perlaksanaan Kaedah Skala Likert 44

3.3 Bilangan Sampel Kajian 45

3.4 Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris dalam Subjek 48

PTK

3.5 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif 50

Kajian

3.6 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif 51

Kajian

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 53

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 54

4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 55

4.4 Taburan Responden Terhadap Pencapaian 56

Bahasa Inggeris di Peringkat SPM

4.5 Taburan Responden Terhadap Keputusan 57

MUET

4.6 Taburan Responden Mengikut Mata pelajaran 58

xiii

Yang Diajar Semasa Latihan Mengajar

4.7 Taburan Responden Terhadap Pencapaian 59

Latihan Mengajar.

4.8 Tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam membaca 60

bagi pelajar (SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani

Latihan Mengajar

4.9 Tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan 63

oleh pelajar (SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani

Latihan Mengajar

4.10 Tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam 65

pertuturan oleh pelajar (SPA,SPE,SPJ) semasa

menjalani Latihan Mengajar.

4.11 Min skor keseluruhan 67

4.12 Keputusan Ujian Korelasi 69

4.13 Ujian-t 71

xiv

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Konsep Kajian 11

3.1 Kerangka Operasi Kajian 41

xv

SENARAI SINGKATAN IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

MUET - Malaysian Universiti English Test

PPMSI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam

Bahasa Inggeris

PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

SS - Sangat Setuju

S - Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Awam)

SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Elektrik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan

Jentera)

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

xvi

SENARAI SIMBOL % - Peratus

f - Frekuansi

α - Alpha Cronbach

< - Lebih kecil

> - Lebih besar

r - Pekali Pearson

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 95

B Surat Pengesahan Pakar 101

C Analisis Kajian Rintis 104

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bahasa mempunyai fungsi yang sangat luas dalam pembangunan sesebuah

tamadun. Begitu juga bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, ianya bukan

sekadar wahana komunikasi sahaja , malah ia juga digunakan untuk mengungkapkan

mengenai pemikiran, idealisme, gagasan minda, nilai dan budaya. Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) yang ditubuhkan untuk membangunkan dan mengembangkan

lagi bahasa Melayu merasa terlalu berat apabila melihat perkembangan di sektor

swasta yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar semakin

berleluasa . DBP juga menyedari dan memahami kepentingan bahasa Inggeris

sebagai bahasa perhubungan antarabangsa terutama sebagai bahasa ilmu dan

ekonomi.

Menurut Klien (1986), jika seseorang ingin mempelajari sesuatu bahasa,

maka dia perlulah selalu berkomunikasi dengan masyarakat bahasa tersebut.

Kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris akan meningkat jika mereka didedahkan

dengan mesyarakat atau keluarga yang sering bertutur dalam bahasa tersebut.

Di samping itu, penguasaan pelajar di dalam bahasa Inggeris memberi

kelebihan kepada pelajar itu sendiri di dalam menerokai pelbagai ilmu secara

mendalam dan memudahkan pelajar tersebut apabila melanjutkan pelajaran di

2

peringkat yang lebih tinggi. Pelajar yang menguasai dua bahasa mempunyai

kelebihan kognitif berbanding pelajar yang boleh bertutur dalam satu bahasa sahaja.

(Bochner, 1996).

“Kementerian Pengajian Tinggi sedang menjalankan kajian mengenai tahap

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan juga pensyarah di semua

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi memastikan mereka mencapai tahap

penguasaan yang baik. Menterinya Datuk Mustapha Mohamed berkata keputusan

kajian awal menunjukkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar

kurang memuaskan dan universiti telah diarahkan untuk memperbaiki kemahiran

mereka dalam bahasa tersebut. Soal selidik ke atas 120,000 penuntut IPTA tahun

lepas, mendapati 29.2 peratus daripada mereka berada di band 1 dan band 2 iaitu

tahap terendah dalam standard yang ditetapkan oleh Malaysian Universiti English

Test (MUET)….”

Petikan akhbar Bernama (Putrajaya, 22 Januari 2007) Menurut Kamaruddin (1994), guru yang mempunyai pengetahuan bahasa

yang tinggi sahaja yang mampu bercakap dan meyakinkan pelajar mereka dengan

baik dan berkesan. Manakala menurut August dan Hakuta (1997), penguasaan

bahasa Inggeris dikalangan pelajar dapat membantu pelajar menguasai isi

kandungan bidang-bidang pelajaran dan seterusnya dapat menguasai bahasa Inggeris

dan kemahiran.

Kini peranan bahasa menjadi lebih penting kerana pengaruh teknologi dalam

semua aspek kehidupan. Bahasa yang diguna oleh negara maju iaitu bahasa Inggeris

merupakan bahasa antarabangsa dan bahasa teknologi serta kemajuan. Tidak dapat

dinafikan kepentingan bahasa Inggeris dalam proses kemajuan untuk berdaya saing

dalam dunia global. Begitu juga dalam konteks pendidikan, bahasa Inggeris

3

merupakan bahasa pengantar yang terpenting dalam mendapatkan maklumat dan isi

pelajaran dengan lebih mendalam.

Bermula pada tahun 2003, pihak kerajaan telah melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran Sains dan Matematik menggunakan bahasa Inggeris secara

berperingkat bagi pelajar Tahun 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Bawah dan semua

guru terlibat termasuk guru pelatih. Soalan peperiksaan pula menggunakan

dwibahasa. Seterusnya penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di dalam

peperiksaan Sains dan Matematik akan bermula pada tahun 2008 bagi peperiksaan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 2007 bagi Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM). Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran ini disebabkan kepentingan

bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama dunia terutama dalam bidang sains

dan teknologi.

Bermula dari tahun 2006, pelajar tingkatan 4 di dalam aliran teknikal di

Sekolah Menengah Teknik pula telah menggunakan bahasa Inggeris dalam

pengajaran dan pembelajaran. Antara mata pelajaran yang terlibat ialah Pengajian

Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Jentera serta Lukisan Kejuruteraan. Sharifah

(2000) menjelaskan pelbagai kerja yang melibatkan banyak perubahan gagal

mencapai kejayaan disebabkan oleh pihak guru dan sekolah serta pihak yang

bertanggungjawab yang lain ingin melakukan sesuatu yang baru tetapi masih

terbelenggu dalam kerangka atau cara lama. Maka para guru termasuk guru pelatih

perlu mengambil peranan bagi menjayakan usaha kerajaan bagi memastikan pelajar

yang dapat dihasilkan berkualiti dan mantap terutama dalam penggunaan bahasa

Inggeris kerana dengan penguasaan bahasa ini pelajar mampu pergi lebih jauh ke

hadapan.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Malaysia kini sedang menuju ke era pembangunan yang pesat di mana

bidang industri di utamakan dan memerlukan penggunaan teknologi yang tinggi.

Perkembangan sektor perindustrian memerlukan perkerja yang berpendidikan dan

berkemahiran. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan sekolah-sekolah teknik untuk

melatih pelajar yang berminat dan berpotensi dalam bidang kemahiran dan

kejuruteraan. Sistem pendidikan di naik taraf untuk meningkatkan lagi produktiviti

pelajar pada masa hadapan.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pendidikan Teknikal),

Kementerian Pelajaran, Datin Dr. Nor Hayati Abd Rasid berkata dalam ucapannya,

mulai tahun 2006 pelajar tingkatan empat menjadi kumpulan pertama mengikuti

pembelajaran Sains, Matematik dan tujuh lagi subjek teknikal dalam Bahasa

Inggeris. Subjek teknikal terbabit ialah Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian

Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Lukisan

Kejuruteraan dan Teknologi Kejuruteraan. Dua lagi subjek lain ialah Fundamental

of Programming and Development Tools, iaitu mata pelajaran untuk aliran

vokasional bagi kursus Pengaturcaraan Komputer. Hal ini menunjukkan selain

daripada subjek Sains dan Matematik, fokus utama kerajaan adalah dalam bidang

teknologi dan kejuruteraan.

Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal,

Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Lukisan Kejuruteraan dan Teknologi

Kejuruteraan merupakan subjek pendidikan teknikal dan kejuruteraan (PTK) yang

diperkenalkan di sekolah-sekolah teknik dan beberapa daripada matapelajaran

berikut telah diperkenalkan di sekolah harian dan berasrama penuh. Ia merupakan

mata pelajaran elektif yang penting dan memerlukan pengetahuan yang mendalam.

Tujuan diberi pendedahan mata pelajaran ini kepada pelajar adalah untuk memberi

peluang kepada pelajar supaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

5

dalam bidang kejuruteraan dan teknikal (Ahmad Mohd Sharif, 1997). Jesteru itu

kerajaan telah mengambil langkah yang bijak untuk mengubah mata pelajaran ini ke

dalam bahasa Inggeris supaya seiring dengan mata pelajaran Sains dan Matematik

yang telah dilaksankan dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah pada

tahun 2003 (Mingguan Malaysia, 16 Jun 2002).

Perubahan pengajaran mata pelajaran teknikal dan kejuruteraan ini telah

dikuatkuasakan bermula pada tahun 2006 di mana proses pengajaran dan

pembelajaran di setiap sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini wajib

menggunakan bahasa Inggeris. Tujuan peningkatan ini dilakukan adalah untuk

memastikan pelajar-pelajar aliran teknik kejuruteraan mendapat taraf pendidikan

yang tinggi dan dapat mengadaptasi penggunaan bahasa Inggeris di dalam mata

pelajaran ini. Selain itu juga, ia dapat membuka minda guru-guru supaya

menggunakan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global ketika mengajar

subjek tersebut.

Hal ini adalah bertepatan dengan takrifan pendidikan teknikal itu sendiri iaitu

ia bukan sahaja melatih seseorang dengan kemahiran dan pengetahuan tertentu tetapi

bersama-sama memupuk perkembangan sifat dan watak untuk menambah

keupayaan bagi memahami, menilai, melahirkan pendapat serta menyesuaikan diri

dengan persekitaran yang sentiasa berubah (Shahril et.al, 1993 dalam Cheng, 2003).

Oleh kerana penggunaan bahasa Inggeris amat penting pada masa kini, pelajar-

pelajar juga perlu didedahkan dengan penggunaanya dalam kehidupan seharian.

Menurut Yahya (1993), pendidikan teknik dan kejuruteraan di Malaysia

harus berupaya menangani masalah-masalah cabaran yang timbul serta nilai-nilai

hidup ditanam di dalam jiwa generasi muda untuk melahirkan pekerja-pekerja yang

berkemahiran tinggi dan berkualiti dengan memberikan latihan berbetuk teknologi

dan teknikal bagi memenuhi kehendak pasaran yang semakin meningkat.

6

Namun menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), terdapat kekangan dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, kebimbangan

pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru. Dapatan

kajian daripada Nooreiny et.al (2003) pula menyatakan kebanyakan sekolah tidak

memberikan banyak tumpuan untuk membentuk persekitaran yang membantu

kepada pembelajaran yang dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar.

Seterusnya kajian yang dijalankan oleh Sukumaran (1998) pula mendapati

guru-guru memang sukar untuk menerima perubahan kurikulum kerana perubahan

tersebut dianggap mengusik keselesaan mereka. Jelas menunjukkan akan terdapat

masalah kepada guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar jika menggunakan

bahasa Inggeris terutama dalam menyampaikan pengajaran.

Kekurangan dalam kemahiran asas mengajar akan menjadikan pengajaran

kurang lancar dan hambar (Esah dan Mohd Anuar, 1998). Di antara kemahiran-

kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh bakal-bakal guru adalah seperti membuat

pengenalan pengajaran atau set induksi, membuat penerangan, menulis persediaan

mengajar, kemahiran menyoal dan menilai, penggunaan bahan bantu mengajar,

mengelola aktiviti berkumpulan dan kemahiran menutup sesi pengajaran. Oleh

kerana sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menggunakan bahasa

Inggeris, maka kecekapan dalam bahasa yang digunakan perlu kukuh kerana ia

menjadi penentu kepada kejayaan seseorang dalam ilmu tersebut (Nooreiny et.al

2003). Penguasaan bahasa Inggeris terbahagi kepada beberapa penguasaan iaitu

penguasaan dalam bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Kini peranan bahasa menjadi lebih penting kerana pengaruh teknologi dalam

semua aspek kehidupan. Bahasa yang digunakan oleh negara maju iaitu bahasa

Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan bahasa teknologi serta kemajuan.

Tidak dapat dinafikan kepentingan bahasa Inggeris dalam proses kemajuan untuk

7

berdaya saing dalam dunia global. Menurut Earling dan Dorothy (1992), guru bukan

sahaja harus mempunyai perubahan strategi dan isi kandungan dalam pengajaran,

malah guru juga harus meningkatkan persiapan diri untuk mengajar pelajar di bawah

kendalian mereka yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang. Maka guru pelatih

perlu membuat persediaan yang rapi dalam menguasai bahasa Inggeris. Diharapkan

kajian ini dapat mengenalpasti tahap penguasaan dalam bahasa Inggeris dalam

pengajaran subjek PTK oleh guru pelatih supaya langkah pembaikan bagi mengatasi

masalah yang timbul boleh dilakukan.

1.3 Pernyataan Masalah

Menurut petikan Utusan Melayu (2000), kepentingan bahasa Inggeris dalam

pengajaran dan pembelajaran sering menjadi bahan perbincangan di kalangan

pendidik dan masyarakat setempat. Ini kerana, bahasa Inggeris merupakan bahasa

kedua terpenting kerana kebanyakan sumber-sumber maklumat disajikan di dalam

bahasa Inggeris. Sumber-sumber makulumat ini dapat dijadikan sebagai rujukan

oleh para bakal guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun, satu kajian sedang dijalankan oleh Kementerian

Pengajian Tinggi mengenai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar di

semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Soal selidik ke atas 120,000

penuntut IPTA pada tahun lepas, mendapati 29.2 peratus daripada mereka berada di

band 1 dan band 2 iaitu tahap terendah dalam standard yang telah ditetapkan oleh

Malaysian University English Test (MUET). Hal ini amat membimbangkan kerana

pelajar yang akan menjadi bakal guru seharusnya menguasai bahasa Inggeris dengan

baik sebelum dapat menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bahasa tersebut.

8

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti tahap

penguasaan bahasa Inggeris bagi pelajar (SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani latihan

mengajar di sekolah. Ia meliputi aspek penguasaan bahasa Inggeris dalam

pembacaan, penulisan dan pertuturan. Kajian ini juga mengkaji hubungan antara

pencapaian pelajar dalam Latihan Mengajar dengan tahap penguasaan bahasa

Inggeris. Kajian ini juga menumpukan kepada perbezaan tahap penguasaan bahasa

Inggeris merentasi jantina.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan

pelajar (SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani Latihan Mengajar.

2. Mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan

pelajar (SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani Latihan Mengajar.

3. Mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pertuturan

pelajar (SPA, SPE, SPJ) semasa menjalani Latihan Mengajar.

4. Mengkaji hubungan antara pencapaian pelajar dalam Latihan

Mengajar dengan penguasaan bahasa Inggeris.

5. Mengkaji perbezaan penguasaan bahasa Inggeris merentasi jantina.

9

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pembacaan pelajar

(SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani Latihan Mengajar?

2. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam penulisan pelajar

(SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani Latihan Mengajar?

3. Apakah tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam pertuturan pelajar

(SPA,SPE,SPJ) semasa menjalani Latihan Mengajar?

4. Adakah terdapat hubungan antara pencapaian pelajar dalam Latihan

Mengajar dengan penguasaan bahasa Inggeris?

5. Adakah terdapat perbezaan penguasaan bahasa Inggeris merentasi jantina?