Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 40 6B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama : _____________________________

Transcript of Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Page 1: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 406B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

A. Morfologi

Kata Adjektif Tunggal dan Terbitan

Baca petikan di bawah dengan telilinya dan senaraikan dua kata adjektif tunggal

dan dua kata adjektif terbitan. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda

sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda

faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,

menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata

nama khas.

Pihak Syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT) sentiasa

memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang. Tambangnya pula tidak

semahal tambang teksi atau kereta Grab jika dibandingkan dengan perkhidmatan

yang ditawarkan kepada penumpang. Dengan kemudahan dan perkhidmatan yang

disediakan, pengangkutan MRT ini dapat dianggap sebagai tren paling moden di

negara kita. Tren ini sangat canggih. Ketika berada di dalamnya, kita merasakan diri

kita seolah-olah berada di negara barat. Hal ini dikatakan demikian kerana hiasan

dalamannya kebaratan. Namun dernikian, ciri-ciri ketimuran penumpangnya tetap

terpelihara.

Dua kata adjektif tunggal : _______________ ; ______________

Dua kata adjektif terbitan : _______________ ; ______________

Ayat daripada kata adjektif tunggal :

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

Ayat daripada kata adjektif terbitan :

i. _________________________________________________________________

ii. _________________________________________________________________

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

B. Sintaksis

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Sambungkan ayat tunggal dalam petikan

tersebut supaya menjadi tiga ayat majmuk tanpa mengubah susunan ayat dan

maksud asalnya.

Negara Brunei Darussalam bukanlah destinasi yang popular dalam kalangan

pelancong Malaysia. Negara ini terletak tidak jauh dari Malaysia. Menurut Kamus

Dewan Edisi Keempat, perkataan Darussalam bermaksud alam yang aman. Dalam

bahasa Arab pula, Darussalam bermaksud negeri yang damai. Rakyat di negara ini

hidup dalam keadaan aman. Rakyat di negara ini berpeluang menikmati pendidikan

secara percuma. Rakyat di negara ini juga menikmati perubatan secara percuma.

Perubatan berkualiti tinggi . Perubatan bermutu.

[6 markah]

1. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

2. __________________________________________________________________

__________________________________________________________________

3. __________________________________________________________________

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

C. Penyuntingan Bahasa Nota :

Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan • Kata tugas • Ayat • Istilah • Imbuhan • Hukum DM

• Kata majmuk • BA→ BM • Vokal • Tanda baca (A/a; “ ”; “-”) • Imbuhan (gg/kk)

Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima

kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada jumlah kesalahan yang

dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Kebelakangan ini, jenama bahasa Melayu berasa semakin pudar apabila penggunaan

Bahasa Inggeris semakin berleluasa digunakan di majlis rasmi dan media sosial.

Ucapan yang pemimpin sampaikan dalam majlis keramaian yang majoriti dihadiri

oleh penutur dan pengguna bahasa Melayu, disampaikan bukan dalam bahasa Melayu.

Terdapat juga segelintir pemimpin organisasi yang kurang mahir berbahasa Inggeris

lebih rela terkial-kial membacakan teks yang ditulis dalam bahasa Inggeris daripada

mempertahankan jati diri dengan menggunakan bahasa Melayu. Alasan yang diberi

terdapat para tetamu yang tidak memahami bahasa Melayu dan sebagai tanda hormat

kepada tetamu yang diundang. Situasi yang aneh turut berlaku tatkala tetamu yang

diundang kurang mahir berbahasa Inggeris dan terpaksa menggunakan penterjemah

untuk memahami ucapan yang disampaikan.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

5

6

Petikan 2

Pengumuman sesudah selesai gotong royong tadi benar-benar membangkitkan marah

penduduk kampung itu. Serba salah Haji Samad apabila melihat reaksi kurang senang

anak buahnya terhadap pengumuman yang dibacanya. Dia sekadar menyampaikan

pesanan guru besar sekolah di kampung itu.

"Nak makanpun tak berapa cukup, jangan sebut pasal yuran sekolah anak.

Takkan pihak sekolah tak tahu keadaan kita sekarang?" Pak Man meledakkan

perasaan marah. Lokman berpendapat yang orang kampung di dalam keadaan serba

payah. Sekarang ini musim hujan dan harga getah pula murah. Itulah sahaja mata

pencarian mereka. Tanggungan pula ramai. Mustahil mereka dapat melangsai yuran

sekolah dalam masa terdekat ini kerana ada anak mereka yang ke sekolah dengan

perut kosong.

No. Kesalahan Pembetulan

1

2

3

4

5

[11 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

D. Alih Bahasa Nota : Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan

kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan. v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan. vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa

Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan. vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang

Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata umum.

viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.

Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard

a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud secara keseluruhan.

b. Kenai pasti watak dan peranannya. c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana

tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden. d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,

mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan. e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda

dan lain-lain juga dikekalkan. f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan

ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks bahasa standard.

h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan isi terpesong.

i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan mana-mana ayat atau bahagian teks.

j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan tidak mengubah maksud asal kata tersebut.

k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga menghasilkan alih bahasa yang tepat.

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis

petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan

maksud asalnya.

Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis

kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-

kata lagi.

Maka sembah laksamana, "Pada firasat patik, pada malam itu datang pula

penjurit itu ke istana kita ini."

Maka titah raja, "Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke

istana ini?"

Maka sembah laksamana, 'Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu

daripada penjurit yang tahu patik peroleh."

Maka titah baginda, "Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu."

Maka sembah laksamana, "Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi

berkawal, tiada jauh."

(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'(Hal.34)

dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

(6 markah) E. Peribahasa (a) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang

sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, nilai hidup bekerjasama dan bermuafakat sangat penting. Suka duka dan susah-senang dalam usaha membangunkan negara dan memastikan keamanan berterusan perlu dipikul oleh setiap anggota masyarakat. Hal ini demikian kerana kemakmuran negara dan pertumbuhan ekonomi yang kita kecapi hari ini tidak diperoleh dengan mudah tetapi dengan air mata dan dara para pejuang tanah air. 1. 2. 3. (b). Berikan maksud peribahasa berikut:

(i) Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

(ii) ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (iii) Harapkan pagar, pagar makan padi.

[6 markah]

Program Bahasa Melayu Edubest - SM406B-1 8

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 11: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama
Page 12: Tahap SM Modul 406 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama

Pelan Lokasi

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my