Taip

13
Perbendaharaan Kata Dalam aspek perbendaharaan kata, tiga jenis kesalahan dapat dikesan. Kesalahan-kesalahan tersebut adalah penggunaan perkataan yang tidak tepat, penterjemahan perkataan bahasa Tamil secara langsung, dan penggunaan perkataan bahasa lisan. Kesalahan-kesalahan tersebut dapat diperhatikan dalam contoh yang berikut: A.Penggunaan Perkataan yang Tidak Tepat 1. Balai Polis memberi beg kepada Ravi. Seharusnya, Pegawai Polis memulangka n beg itu kepada Ravi. 2. Dia menculik beg tangan Puan Roni. Seharusnya, Dia merampas beg tangan Puan Roni. 3. Terima kasih budak . Seharusnya, Terima kasih, adik . 4. Saya tulis surat khabar pukul 12.00 pagi inge pukul 1.00 petang. Seharusnya, Saya menulis surat dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang. 5. Roni kata bertolong tolong . Seharusnya, Roni menjerit, Tolong! Tolong! . 6.Siapa yang baik membaca buku dia seorang yang baik.

description

Taip

Transcript of Taip

Perbendaharaan KataDalam aspek perbendaharaan kata, tiga jenis kesalahan dapat dikesan. Kesalahan-kesalahan tersebut adalah penggunaan perkataan yang tidak tepat, penterjemahan perkataan bahasa Tamil secara langsung, dan penggunaan perkataan bahasa lisan.Kesalahan-kesalahan tersebut dapat diperhatikan dalam contoh yang berikut:A.Penggunaan Perkataan yang Tidak Tepat1. Balai Polis memberi beg kepada Ravi.Seharusnya,Pegawai Polis memulangkan beg itu kepada Ravi.2. Dia menculik beg tangan Puan Roni.Seharusnya,Dia merampas beg tangan Puan Roni.3. Terima kasih budak.Seharusnya, Terima kasih, adik.4. Saya tulis surat khabar pukul 12.00 pagi inge pukul 1.00 petang.Seharusnya, Saya menulis surat dari pukul 12.00 tengah hari hingga 1.00 petang.5. Roni kata bertolong tolong. Seharusnya, Roni menjerit, Tolong! Tolong!.

6.Siapa yang baik membaca buku dia seorang yang baik. Seharusnya, Siapa yang rajin membaca buku dia adalah orang yang baik. 7.Saya lagi membaca buku Tamil dan Inglish. Seharusnya, Saya membaca buku Tamil dan buku Inggeris juga. 8.Perempuan itu tanya pencuri itu di arah sana. Seharusnya, Perempuan itu berkata bahawa pencuri tersebut berlari ke arah itu.9. Ali tanya ambillah mak cik. Seharusnya, Ali menyuruh mak cik mengambil beg itu.10. Selama satu minit Polis pun menangkap pencuri itu. Seharusnya, Tidak lama kemudian, polis pun menangkap pencuri itu.B. Penterjemahan Perkataan Bahasa Tamil Secara Langsung1. Selepas itu bas pun datang. Seharusnya, Tidak lama kemudian, bas pun tiba.2. Saya suka pergi ke rumah kawan dan cakap cerita. Seharusnya, Saya suka pergi ke rumah kawan dan berbual-bual.3. Kakak Ali berbunyi pencuri, pencuri. Seharusnya, Kakak Ali menjerit, Pencuri! PencurI!.4. Seorang budak lari dan pegang pencuri. Seharusnya, Seorang budak mengejar dan menangkap pencuri itu.5.Perempuan itu membawa beg duit. Seharusnya, Perempuan itu membawa beg tangan.6.Ahmad pun berkejar pencuri itu dan membalikkan dompet itu daripada pencuri. Seharusnya, Ahmad pun mengejar pencuri dan merampas semula beg tangan itu daripadanya.7.Perempuan itu cakap terima kasih kepadanya. Seharusnya, Perempuan itu mengucapkan terima kasih kepadanya.8.Pada suatu hari seorang perempuan menunggu bas di perhentian bas. Seharusnya, Pada suatu hari seorang perempuan menunggu bas di perhentian bas.9. Polis sudah pergi. Seharusnya, Polis sudah balik.10. Pada tangan kanannya dia telah menyimpan sebuah beg tangan. Seharusnya, Pada tangan kanannya dia memegang sebuah beg tangan.C.Pengguanaan Perkataan Kolokial.1. Lalu menarik beg tangannya dan mencabut dari tempat. Seharusnya, Dia merampas beg tangannya lalu lari dari tempat itu.2. Ravi beg itu kasik kepada kakaknya. Seharusnya, Ravi memberikan beg itu kepada kakaknya.3. Seorang perempuan mari ke tesan bas. Seharusnya, Seorang perempuan tiba di perhentian bas.4. Saya angkat beg itu. Seharusnya, Saya membawa beg itu.5.Saya beritahu sama-sama dan pergi dari situ. Seharusnya, Saya berkata sama sama dan meninggalkan tempat itu.6.Puan Siti bising dan mintak tolong. Seharusnya, Puan Siti menjerit dan meminta tolong.7.Saya nak menolong ibu untuk pergi kedai. Seharusnya, Saya hendak menolong ibu membeli barang di kedai.8. Polis da pergi.Seharusnya,Polis sudah balik.9. Aku buat macam itu akan puas hati. Seharusnya, Saya berpuas hati berbuat demikian.10. Banyak kali saya menulis surat kepada dia. Seharusnya, Beberapa kali saya menulis surat kepadanya.Daripada contoh-contoh di atas, jelaslah bahawa murid-murid mempunyai idea tertentu tetapi tidak berupaya menghuraikannya secara jelas dan tepat kerana tidak mengetahui perkataan-perkataan yang sesuai dalam BM. Oleh itu, mereka mencuba memindahkan kebiasaan mereka dalam bahasa ibunda atau bahasa lisan ke dalam BM formal dengan sewenang-wenangnya.ImbuhanDalam aspek imbuhan, dua pola kesalahan umum dikesan dalam tulisan murid. Kesalahan pertama adalah pengabaian penggunaan imbuhan dan yang kedua adalah penyalahgunaan imbuhan. Hal ini jelas daripada beberapa contoh yang dipetik daripada karangan murid.A.Pengabaian Penggunaan Imbuhan1. Pencuri itu pulang beg tangan. Seharusnya, Pencuri itu memulangkan beg tangan.2. Saya tangkap pencuri itu dan bawa ke balai polis. Seharusnya, Saya menangkap pencuri itu dan membawanya ke balai polis.3. Seorang perempuan diri di tepi bas. Seharusnya, Seorang perempuan berdiri di perhentian bas. 4. Selepas itu, saya beri beg duit itu kepada perempuan itu. Seharusnya, Selepas itu, saya memberikan balik beg tangan kepada perempuan itu.5. Saya kejar pencuri itu sampai dapat tangkap. Seharusnya, Saya mengejar pencuri sehingga dapat menangkapnya.6. Ali lari dengan cepat dan tangkap pencuri itu. Seharusnya, Ali berlari dengan cepat dan menangkap pencuri itu.7. Perempuan itu jerit untuk tolong. Seharusnya, Perempuan itu menjerit meminta tolong.8. Ali memulang beg tangan kepada gadis itu. Seharusnya, Ali memulangkan beg tangan kepada gadis itu.9. Perempuan itu mengucap terima kasih kepada Ali. Seharusnya, Perempuan itu mengucapkan terima kasih kepada Ali.10. Saya tolong ibu iaitu pergi ke kedai dan beli barang. Seharusnya, Saya menolong ibu membeli barang di kedai.

B. Penyalahgunaan Imbuhan 1. Ali terdiri di tesan bas. Seharusnya, Ali berdiri di perhentian bas. 2. Kakak beg mencuri orang. Seharusnya, Beg kakak dicuri orang.3. Ali pergi didekati perempuan itu. Seharusnya, Ali mendekati perempuan itu.4. Masa itu seorang pencuri dicuri beg duit itu. Seharusnya, Pada masa itu dia mencuri wang daripada beg tangan perempuan itu.5.Selepas itu lelaki itu dicuri perempuan punya beg duit. Seharusnya, Lelaki itu mencuri beg tangan perempuan itu.6. Selepas itu polis ditangkap pencuri itu. Seharusnya, Tidak lama kemudian, polis menangkap pencuri itu.7. Lapas itu Ah Leng melari yang kuatnya. Seharusnya, Ah Leng berlari dengan sekuat- kuatnya.8. Ah Leng melawan dengan pencuri itu. Seharusnya, Ah Leng berlawan dengan pencuri itu.9. Pada masa lapang saya berlukis gambar. Seharusnya, Pada masa lapang, saya melukis gambar.10. Ali mengikutkan dia. Seharusnya, Ali mengikutnya.Dalam sistem tatabahasa bahasa Tamil, tiada unsur imbuhan. Mungkin itulah sebab utama mengapa murid begitu banyak melakukan kesalahan. Dalam pada itu, kelemahan murid dalam tatabahasa BM pun faktor yang penting juga. Hakikat ini jelas daripada kesalahan murid yang timbul kerana tidak mengenal ayat aktif dan ayat pasif dan penggunaan kata kerja transitif dan tidak transitif.Tanda BacaDalam aspek ini, murid-murid terutamanya yang lemah, masih kurang pasti bagaimana menggunakan tanda baca seperti koma, tanda pengikat kata dan noktah mengikut tempat yang sesuai. Walau bagaimanapun, masalah yang lebih ketara adalah dalam penggunaan huruf besar. Dalam aspek ini, murid-murid didapati membuat kesalahan di luar dugaan dan hal ini mungkin kerana pengaruh bahasa ibunda meeka. Dalam bahasa Tamil tidak ada huruf besar, dan gejala ini dipindahkan ke dalam BM seperti yang berikut:A.Ketiadaan huruf besar bagi perkataan pertama dalam ayat baru.1. rumah saya ada banyak buku.2. saya membaca buku di perpustakaan.3. lepas itu ah leng balik4. tiba-tiba seorang pencuri datang5. beg wang saya dicuri oleh seorang pemuda.B. Penggunaan huruf besar dengan sewenang-wenangnya.1. paDa2. AmiN3. KuaLa Lumpur4. TiBa5. ruMahNama khas yang tidak dimulakan dengan huruf besar.1. kamal2. brazil3. ali4. fatimah5. serdangEjaanPengaruh bahasa ibunda dan bahasa kolokial dikesan juga dalam aspek ejaan. Cara menyebut kata yang tidak betul dalam BM mempengaruhi cara kata tersebut ditulis kerana kata itu dieja menurut sebutannya. Berikut adalah beberapa contoh:A.Pengaruh Bahasa Ibunda1. inge seharusnya hingga2. endah seharusnya hendak3. keadapan seharusnya ke hadapan4. alaman seharusnya halaman5. berenti seharusnya berhenti6. apiskan seharusnya habiskan7. peg seharusnya beg8. punga seharusnya bunga9. tipa-tipa seharusnya tiba-tiba10. begang seharusnya pegang11. beristiwa seharusnya peristiwa12. bolis seharusnya polis13. baba seharusnya bapa14. buan seharusnya puan15. mengumbul seharusnya mengumpul

Dalam contoh 1 hingga 6, pengguguran huruf h dapat diperhatikan. Hal ini jelas merupakan gangguan daripada bahsa Tamil yang tidak mempunyai bunyi ( h ). Dalam bahasa Tamil bunyi (h) digunakan secara minimum dalam kata pinjaman Sanskrit.Dalam contoh 7 hingga pula, penggunaan huruf b dan p tidak konsisten kerana ada masanya huruf b digunakan di tempat p manakala sebaliknya pula pada masa yang lain. Ini pun pengaruh bahasa ibunda kerana dalam sistem tulisan bahasa Tamil hanya ada satu bentuk huruf yang sama (- ) yang digunakan untuk melambangkan bunyi (b) dan (p).B.Pengaruh BM KolokialBerbanding dengan pengaruh bahasa ibunda, pengaruh BM kolokial adalah lebih kuat dalam tulisan murid. Hal ini jelas daripada beberapa contoh yang diturunkan di bawah ini:1. kasik seharusnya beri2. tesan/tesen seharusnya stesen3. tada seharusnya tiada4. cekap seharusnya cakap5. permpuan seharusnya perempuan6. ringket/ ringkid seharusnya ringgit7. duih seharusnya duit8. suda seharusnya sudah9. tirima kasi seharusnya terimakasih10. misti seharusnya mesti11. lapas seharusnya lepas12. bungah seharusnya bunga13. orkit seharusnya orkid14. Afrika seharusnya Afrika15. bediri seharusnya berdiri16. sekola seharusnya sekolah17. ia tu seharusnya iaitu18. perki seharusnya pergi19. negiri tai seharusnya negeri Thai20. Inglis seharusnya InggerisRumusanDapatan kajian ini menunjukkan tahap penguasaan kemahiran penulisan yang rendah dalam kalangan murid SJK(T) yang dipilih sebagai sampel. Hal ini ketara daripada kelemahan- kelemahan yang asas dalam kelima-lima aspek yang ditinjau, iaitu struktur ayat, perbendaharaan kata, imbuhan, tanda baca dan ejaan.Data kajian ini, setelah dianalisis, menunjukkan suatu pola yang jelas, iaitu pengaruh bahasa ibunda / bahasa pertama murid dan dan bahasa kolokial terutamanya variasi yang dituturkan oleh kaum etnik tamil. Pengaruh tersebut berleluasa dalam setiap aspek yang ditinjau dan hakikat ini mendorong penulis untuk membuat kesimpulan bahawa murid-murid kurang menguasai kemahiran bahasa, terutamanua kemahiran penulisan menerusi pengajaran formal di sekolah.Dapatan kajian ini menimbulkan tanda tanya juga tentang kualiti pengajaran terutamanya tentang pengajaran BM sebagai bahasa kedua. Dalam hubungan ini, persoalan yang perlu diberi perhatian ialah latihan guru untuk mengendalikan situasi pengajaran BM sebagai bahasa kedua. Sejauh yang kita ketahui belum ada program seumpama TESL (Teaching of English as a Second Language) untuk pengajaran BM baik di maktab perguruan mahupun di fakuliti pendidikan universiti tempatan.BM adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Sejajar dengan status dan kedaulatannya, penting setiap warganegara memperlihatkan penguasan BM yang cemerlang, baik dalam pertuturan mahupun dalam penulisan. Dalam pada itu, adalah tanggungjawab kita untuk memastikan pengajaran BM yang berkesan dan bermutu.