tajuk 1

20
SEMANTIK DAN MAKNA (BMM3111) Semantik Dalam Bahasa Melayu Oleh: Syed Malim hasbullah

description

semantik

Transcript of tajuk 1

Page 1: tajuk 1

SEMANTIK DAN MAKNA

(BMM3111)Semantik Dalam Bahasa Melayu

Oleh:Syed

Malimhasbullah

Page 2: tajuk 1

• Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".

• Dalam ilmu linguistik, istilah semantik bermaksud kajian fenomena makna dalam bahasa.

• Selalunya terdapat perbezaan antara "semantik" dengan "sintaksis". Dalam keadaan tersebut, "semantiks" merujuk kepada makna perkataan manakala "sintaksis" merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur).

Page 3: tajuk 1

Makna

Mengikut Ferdinand de Saussure berpendapat bahawa tanda lingustik terdiri dari dua komponen iaitu “signifian” (yang mengertikan berupa bunyi) dan “signifie” (yang mengertikan berupa konsep). Contoh:

meja (komponen signifian :/m/e/j/a/ )(komponen signifie :sejenis

perabot rumah tangga)

Kesimpulan, makna menurut Ferdinand adalah pengertian atau konsep yang dimiliki pada sebuah tanda linguistik.

Page 4: tajuk 1

Semantik Dalam Bahasa Melayu

• Semantik dan makna• Semantik dan linguistik• Semantik dan sejarah• Fitur makna dalam bahasa Melayu

Page 5: tajuk 1

Semantik dan makna

•Ada dua jenis makna yang lazim iaitu makna denotasi dan makna konotasi.

•Makna DenotasiMaksud denotasi ialah makna yang ditunjukkan oleh sesuatu perkataan tersebut. contohnya, perkataan kaki ialah anggota badan manusia atau binatang (di bahagian bawah) digunakan untuk bergerak.Apabila berlaku perluasan, maka perkataan tersebut masih lagi dalam makna denotasi. Contohnya, perkataan kaki bukit bermakna bahagian pangkal bukit.

Page 6: tajuk 1

•Makna KonotasiMaksud konotasi ialah perkataan yang mempunyai makna tambahan disamping makna denotasi. Contoh perkataan bunga kemboja. Bunga kemboja ini membawa makna ‘duka kerana kematian’. Ini ada kaitan dengan tanah perkuburan yang ditanam bunga tersebut. Konotasi ini membawa makna yang buruk. Konotasi juga boleh membawa makna yang baik. Contohnya perkataan kuning adalah lambang diraja dalam budaya Melayu tetapi membawa konotasi buruk iaitu penakut dalam budaya Inggeris.

Page 7: tajuk 1

•Makna dengan tatabahasaMakna digunakan dalam menganalisis bunyi, perkataan dan ayat. Unsur makna wujud dalam sebarang analisis bentuk bahasa. Ini menunjukkan malma ada hubungan dengan tatabahasa. Contoh ayat:

a) Ali minum ais.b) Ali minum angin.

Ayat (a) cukup syarat dari segi tatabahasa dan ayat ini mengandungi makna. Manakala ayat (b) tidak cukup syarat kerana tidak mempunyai makna.

Page 8: tajuk 1

Semantik dan linguistik

• Bahasa melayu memiliki cara pembinaan kata dengan cara pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukkan.

• Ia semata-mata untuk meluaskan makna yang sudah sedia ada atau menambah makna yang sudah ada untuk memberi makna yang baharu.

Page 9: tajuk 1

Pengimbuhan

• Dengan menambahkan imbuhan yang sesuai pada sesuatu perkataan, makna asalnya akan berubah menjadi makna baharu atau makna lain.

• Contoh :

Imbuhan Hasil pengimbuhan

Contoh ayat

kebun Kebun pisang Pak Ali sentiasa bersih.

Pe- pekebun Hidup pekebun kecil di negara ini cukup mewah.

Peng- pengebun Dia mencari nafkah sebagai pengebun di rumah orang kaya itu.

Page 10: tajuk 1

Penggandaan

• Penggandaan atau pengulangan merupakan salah satu cara membina perkataan dalam bahasa melayu.

• Contoh:

penggandaan

Hasil penggandaan

Contoh ayat

Langit Langit nampak cerah pada petang ini.

Penuh Langit -langit Ayah baru sahaja memasang langit –langit di rumah kami.

Separa Lelangit Dia tidak dapat bercakap dengan baik kerana lelangit mulutnya luka.

Page 11: tajuk 1

Pemaduan

• Kata paduan terdiri daripada dua kata atau lebih yang pada mulanya memiliki makna masing-masing, tetapi apabila perkataan tersebut di deretkan maka maknanya menghasilkan makna baharu.

Perkataan Contoh ayat

Buah Pokok mangganya belum ada buah lagi.

Hati Dia senang hati setelah mendengar berita itu.

Buah hati Japar belum ada buah hati hingga kini.

Page 12: tajuk 1

Intonasi

• Dalam bahasa Melayu bukan hanya binaan perkataan sahaja yang boleh membezakan makna, intonasi juga dapat mengubah maksud sesuatu maklumat.

contoh ayat Penjelasan ayat

Orang itu tidak gila. Memberi maklumat bahawa orang itu tidak gila.

Orang itu gila? Merupakan maklumat yang menyoal sama ada orang itu gila atau pun tidak.

Orang itu tidak gila! Memastikan sesungguhnya orang itu tidak gila.

Page 13: tajuk 1

Semantik Dan Sejarah

• Makna sesuatu perkataan boleh kekal dari awal hingga kini, mungkin boleh berubah, menyempit, meluas atau menghilang.

• Ini disebabkan sifat bahasa yang berkembang dan hidup.• Perkembangan makna merupakan sejarah bahasa. Ia tidak

hanya mengambil kira makna perkataan yang lama tetapi juga perlu merekodkan setiap makna perkataan yang baru masuk ke dalam bahasa tersebut.

• Oleh itu, perlu ada kamus besar yang sentiasa terbuka menambah perbendaharaan perkataan baharu dengan maknanya sekali.

Page 14: tajuk 1

Semantik Dan Sejarah

• Di dalam bahagian perkamusan, setiap hari semua media cetak mesti diteliti untuk mengetahui adakah perkataan baharu yang muncul atau adakah perkataan lama yang mepunyai makna baharu.

• Keteletian dan kesabaran petugas di bahagian ini sangat penting. Setiap sepuluh atau dua puluh tahun kamus besar akan membesar. Kamus besar ini sangat penting kepada pengguna dan pengkaji bahasa tersebut.

Page 15: tajuk 1

Fitur makna

• Cirri-ciri makna:1. Pilihan menentukan makna2. Budaya menentukan makna3. Konteks menentukan makna4. Makna dalam kiasan5. Makna berubah

Page 16: tajuk 1

• Pilihan:• Ciri pilihan adalah faktor penting dalam menentukan makna.• Apabila kita tiada pilihan maka ungkapan yang kita hasilkan adalah

tidak bermakna.

Page 17: tajuk 1

• Budaya:• budaya masyarakat penutur berhubung rapat dengan bahasa.• Ini adalah kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat

penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya.

Page 18: tajuk 1

• Konteks:• Bergantung kepada situasi dan perasaan penutur.

Page 19: tajuk 1

• Makna dalam kiasan:• Dalam simpulan bahasa terdapat kata2 yang digunakan bagi

membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

Page 20: tajuk 1

• Makna berubah• Makna sesuatu kata boleh berubah melalui peredaran zaman.