Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

15
PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian Tajuk 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah, bagi masyarakat kurang upaya dan juga untuk murid kurang upaya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. menjelaskan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia. 2. menghuraikan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia. 3. menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna. Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini 1

Transcript of Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

Page 1: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

Tajuk 1SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

JASMANI SUAIAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan Pendidikan

Jasmani Suaian di sekolah, bagi masyarakat kurang upaya dan juga untuk murid

kurang upaya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan

rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di

sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia.

2. menghuraikan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di

sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia.

3. menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada

aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sejarah dan Perkembangan

Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani di Sekolah

Masyarakat Kurang Upaya

Murid Kurang Upaya

1

Page 2: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan saatu mata pelajaran yang penting dalam

kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata

pelajaran Pendidikan Jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia,

subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang

menekankan elemen jasmani yang tidak disentuh oleh mata pelajaran lain dalam

hal berkaitan dengan empat elemen penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri,

mata pelajaran ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan

mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah

malah untuk amalan sepanjang hayat.

1.1 Sejarah perkembangan pendidikan jasmani suaian.

1.1.1 Dunia

Pada tahun 1883 Sekolah Perkins telah memperkenalkan pendidikan jasmani

untuk masalah penglihatan dalam bentuk latihan secara terbuka. Manakala pada

tahun 1840, mereka telah pergi ke Boston untuk latihan gimnastik bagi murid

bermasalah penglihatan dan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan

kategori tersebut.

Semasa abad ke-20, didapati ramai askar yang telah tercedera dan

mengalami kecacatan kekal serta hilang upaya semasa perang dunia telah

digalakkan untuk menyertai aktiviti fizikal dan sukan rekreasi. Ia sebagai

2

Page 3: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

pemulihan menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala sebagaimana insan

lain yang normal dikenali sebagai ’Therapeutic Recreation’. Konsep ’Therapeutic

Recreation’ telah berkembang secara terancang di Amerika di mana hospital dan

sekolah meneruskan penggunaan kaedah rekreasi sebagai salah satu terapi.

Ketika salah sebuah hospital di United Kingdom menggunakan model

’Therapeutic Recreation’ Amerika, konsep kesukanan dan pertandingan bagi

orang kurang upaya telah disedari pertama kalinya oleh Guttmann di Hospital

Stoke Mandeville, England. Walaupun objektif bagi intervensi Guttmann adalah

untuk menghasilkan aktiviti rekreasi terapi pada mulanya, beliau kemudiannya

menyedari potensi sukan untuk pertandingan yang lebih luas lagi. Berikutan

peristiwa tersebut, Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville

antarabangsa telah dikenali sebagai inspirasi dan pelopor perkembangan awal

sukan bagi orang kurang upaya. Salah satu pertandingan antarabangsa yang

terawal untuk orang kurang upaya diadakan pada tahun 1948. Kelab-kelab

sukan dan hospital-hospital dijemput pada tahun itu ke Stoke Mandaville yang

kebetulan pada tahun yang sama Sukan Olimpik turut diadakan di London.

1.1.2 Malaysia

Mata pelajaran pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar

di semua sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum merdeka lagi. Walau

bagaimanapun tahap pengajaran telah menurun secara mendadak selepas

kemerdekaan terutamanya pada tahun 1970 an (Hamdan Mohd. Ali, 2002).

Antara masalah yang dikenalpasti ialah pengabaian mata pelajaran pendidikan

jasmani kerana tidak diuji di dalam peperiksaan, kekurangan guru terlatih dalam

bidang ini, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, tiada sokongan dari

3

Page 4: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

masyarakat sekolah dan ibu bapa, cuaca tidak mengizinkan dan guru yang tidak

jelas dengan matlamat pendidikan jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu

Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). Begitu juga

dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas,

walaupun terdapat garis panduan yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling

Pendidikan Khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum terdapat satu garis

panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah

khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).

Pendidikan Jasmani Suaian merupakan kursus wajib yang diperkenalkan

untuk semua bakal guru Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan khas

yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih

seribu orang guru yang mempunyai pendedahan dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani Suaian telah dikeluarkan oleh UKM sejak kursus ini

diperkenalkan pada tahun 1995.

Sehingga kini, kanak-kanak berkeperluan khas tidak diabaikan kerana

Kementerian Pelajaran Malaysia turut mewujudkan mata pelajaran Pendidikan

Jasmani Suaian untuk memberi peluang kepada golongan ini mengalami proses

pembelajaran yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh

sebab itu, kita dapat lihat kelas khusus untuk Pendidikan Khas diwujudkan dan

terdapat beberapa slot dalam pengajaran dan pembelajaran mereka melibatkan

Pendidikan Jasmani Suaian agar tahap psikomotor, kognitif dan afektif mereka

dapat dikembangkan dengan seimbang.

Oleh sebab kanak-kanak Pendidikan Khas memerlukan pemerhatian

yang lebih agar mereka dapat dikawal dan mengelakkan berlakunya

kecederaan, kebiasaannya guru-guru yang mengajar mereka akan dibantu oleh

4

Page 5: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

pembantu. Senario ini biasa dilihat, kanak-kanak yang terdiri daripada golongan

ini akan dilatih di sekolah tentang cara bagaimana untuk menggunakan fizikal

dan anggota badan mereka dalam pengurusan diri. Seterusnya, guru akan

menambahkan pengetahuan mereka dengan melatih kemahiran motor halus dan

motor kasar mereka. Ianya boleh diaplikasikan dalam sukan dan permainan

yang dipelajari di sekolah. Contohnya menyambut bola besar (kemahiran motor

kasar).

Setelah didedahkan dengan kemhiran-kemahiran tersebut, mereka

mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus seperti aktiviti dalam

sukaneka dan juga bertanding di di peringkat lebih tinggi dalam bidang sukan

bagi membuka peluang kepada mereka mengembangkan bakat dan kemahiran

yang diperolehi. Ternyata melalui Pendidikan Jasmani Suaian, murid

berkeperluan khas dapat mengembangkan kemahiran yang ada dan melatih diri

mereka memaksimumkan penggunaan fizikal dengan betul dan selamat.

1.1.3 Prinsip dalam penyusunan pendidikan jasmani suaian

Dauer dan Pangrazi (1979) telah mencadangkan kurikulum yang dirangka

adalah merupakan kesinambungan ke program pendidikan jasmani. Pemilihan

aktiviti pula adalah berdasarkan potensi individu dan pihak guru atau

pengurusan perlu mempunyai kesedaran terhadap kurikulum tersembunyi

tersebut. Perancangan yang dibuat juga perlu berdasarkan kaedah kawasan

lapangan mencakupi lebih daripada populasi supaya integrasi berlaku.

Kurikulum juga perlu luas dan seimbang yakni tidak tersekat dan program

tersebut memenuhi kehendak semulajadi. Ianya juga merupakan pengabungan

nilai pendidikan dan kelebihan individu dan perancangan latihan yang

5

Page 6: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

bersistematik serta menggalakkan pembelajaran motor.

1.2 Pendidikan Jasmani Untuk Masyarakat Kurang Upaya

Pendidikan Jasmani mampu menjadi medium atau alat untuk masyarakat kurang

upaya untuk memperkembangkan aspek fizikal, mental dan sosial mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, golongan masyarakat kurang upaya adalah

agak lemah dalam ketiga-tiga aspek ini. Kekurangan daripada aspek fizikal

akibat kecacatan dan kelemahan yang dipunyai oleh mereka dan ditambahkan

pula persepsi negatif masyarakat terhadap golongan ini menyebabkan tahap

keyakinan diri mereka agak rendah dan membataskan pergaulan sosial mereka.

Oleh sebab itu, Pendidikan Jasmani mampu melatih mereka meningkatkan

tahap keyakinan diri.

Melalui Pendidikan Jasmani, mereka boleh melakukan aktiviti fizikal yang

mempunyai bentuk yang hampir sama dengan aktiviti untuk individu yang normal

kerana mereka juga seharusnya diberi peluang yang sama dengan rakan

sebaya yang lain. Tetapi mereka memerlukan kemudahan dan penyediaan

aktiviti yang bersesuaian. Setiap aktiviti yang dirancang boleh diubah suai agar

bersesuaian dengan mereka. Aspek-aspek lain yang boleh diambil kira ialah

pemilihan tempat untuk melakukan aktiviti, tempoh masa, kadar latihan dan

sebagainya.

Selain itu, Pendidikan Jasmani juga dapat membantu

memperkembangkan aspek fizikal masyarakat kurang upaya melalui aktiviti

senaman, latihan fizikal dan kemahiran yang bersesuaian. Ini seterusnya

membolehkan mereka mampu melakukan aktiviti-aktiviti dalam menghadapi

kehidupan seharian. Dengan kemampuan yang diperolehi ini dapat

6

Page 7: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

meningkatkan lagi tahap keyakinan diri mereka supaya dilihat sebagai individu

yang normal dan diterima dalam masyarakat.

Penguasaan kemahiran yang diperolehi ini juga dapat memberi

pendedahan kepada mereka untuk berkomunikasi dan bersosial bersama-sama

rakan sebaya serta masyarakat sekitar. Di samping itu juga, dengan kemahiran

tahap tinggi yang dikuasai dapat memberi peluang kepada mereka untuk

mengasah bakat atau kemahiran bertanding ke peringkat yang lebih tinggi

seperti sukan paralimpik iaitu sukan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

1.3 Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

Menurut Auxter, Pyfer dan Huettig (1998), aktiviti jasmani yang bersesuaian

dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini

mengurangkan kelemahan dan masalah fizikal yang dihadapi oleh mereka.

Kebiasaannya, kanak-kanak berkeperluan mempunyai masalah fizikal iaitu

pertumbuhan otot, deria yang tidak sempurna, kognitif yang agak lemah dan

pergaulan sosial yang agak terbatas. Oleh sebab itu, aspek-aspek dalam

Pendidikan Jasmani telah diserapkan dan wujudlah mata pelajaran Pendidikan

Jasmani Suaian khusus bagi golongan ini.

Namun demikian, murid yang terdiri daripada golongan ini memerlukan

pendekatan berbeza mengikut kemampuan mereka dan aktiviti yang disediakan

juga perlulah bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Aktiviti Pendidikan

Jasmani Suaian adalah melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas, maka

aktiviti fizikalnya juga diubah mengikut kesesuaian keperluan mereka. Guru-guru

Pendidikan Jasmani untuk murid Pendidikan Khas perlu merangsang sistem

paqncaindera murid supaya mereka memaksimumkan penggunaan pancaindera

7

Page 8: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

seterusnya merangsang mereka melakukan aktiviti fizikal.

Murid-murid berkeperluan khas akan melakukan aktiviti fizikal dalam

keadaan yang menyeronokkan iaitu tanpa tekanan dan paksaan. Mereka perlu

diajar secara berperingkat-peringkat. Antara lain Pendidikan Jasmani Suaian

dilaksanakan untuk murid-murid kurang upaya di sekolah ialah:

1.3.1 merangsang penggunaan sistem pancaindera murid-murid

kurang upaya.

1.3.2 melatih murid-murid kurang upaya menggunakan anggota badan

dalam melakukan aktiviti fizikal dengan betul.

1.3.3 membantu murid-murid dalam perkembangan kemahiran motor

halus dan motor kasar.

1.3.4 mengajar murid-murid kurang upaya untuk memanfaatkan fizikal

mereka dalam melakukan aktiviti seharian sama ada di rumah

atau di sekolah dengan cara yang betul.

1.3.5 memberi pendedahan kepada mereka tentang permainan

tradisional, permainan, sukan dan rekreasi serta membawa

mereka mengalaminya sendiri.

1.3.6 membantu mereka melakukan aktiviti fizikal dengan cara yang

selamat tanpa terdedah kepada kecederaan.

1.3.7 dapat mengesan bakat yang ada dalam diri agar guru mampu

memberi latihan yang bersesuaian dan bertanding ke peringkat

yang lebih tinggi lagi.

1.3.8 menghilangkan rasa tertekan, rendah diri serta kesedihan yang

dialami oleh mereka.

1.3.9 meningkatkan aspek kehidupan ke tahap yang lebih tinggi agar

8

Page 9: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

mereka dapat menguruskan diri mereka dengan baik.

1.3.10 mempertingkatkan tahap perkembangan diri yang lebih baik ke

arah kedewasaan yang mantap.

1.3.11 sebagai medium atau ruang untuk murid-murid kurang upaya

meluahkan atau mengekspresikan emosi dengan betul.

1.3.12 meningkatkan tahap keyakinan diri dan perasaan harga diri serta

menimbulkan imej diri yang positif.

1.3.13 merangsang minda murid-murid kurang upaya menjadi kreatif

(perkembangan kognitif)

9

Page 10: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan sejarah

dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di Malaysia.

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Adaptedhttp://www.apens.org/whatisape.htmlhttp://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdfhttp://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htmhttp://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San

Francisco, CA: Harper and Row Publishers.

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All

Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An

Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

10

Page 11: Tajuk 1-Sejarah Dan Perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian

PJM3114 Pendidikan Jasmani Suaian

11