Tajuk 12 Perbandingan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak (Email Kak Sal)
Transcript of Tajuk 12 Perbandingan Kurikulum Pendidikan Awal Kanak (Email Kak Sal)
TAJUK 12
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA
Pengenalan
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap
umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk
kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak
yang berumur 4 hingga 6 tahun.Tadika adalah sebenarnya untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal
kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau akronimnya Tabika.
Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum
masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Walaubagaimanapun begitu, di Malaysia terdapat
prasekolah jenis kerajaan dan prasekolah bukan jenis kerajaan(swasta) seperti Pusat Asuhan Tunas
Islam akronimnya PASTI, Tadika Premier Montessori Bruang Heights di Melaka merupakan
prasekolah swasta yang mengunakan sepenuhnya pendekatan Model Montessori dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Latar Belakang Pendidikan Prasekolah di Malaysia
Pendidikan prasekolah dalam bentuk tadika di Malaysia mula dikenali pada tahun 1950. Pada
mulanya pendidikan ini disediakan untuk kanak-kanak daripada golongan pertengahan dan atasan.
Hanya pada tahun 1960, beberapa agensi kerajaan seperti FELDA dan KEMAS mula menubuhkan
pusat-pusat tadika, kebanyakannya diluar bandar (Sulaiman et. al, 1990).
Menurut Azizah (2004), satu kajian yang meliputi seluruh negara tentang kedudukan
pendidikan prasekolah dijalankan pada tahun 1981 dan telah disiapkan pada tahun 1984. Kajian
tersebut bertujuan untuk menyediakan maklumat kepada kerajaan tentang kedudukan pendidikan
prasekolah dan bagi membantu kerajaan menggubal garis panduan dasar tentang pendidikan
prasekolah yang antara lain meliputi pengawasan, pengawalan, penyelarasan, latihan guru,
pembentukan kurikulum dan peningkatan mutu pendidikan prasekolah.
Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa pendidikan prasekolah telah berkembang dalam
tempoh 1981-1984. Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun yang
mengikuti pendidikan prasekolah telah bertambah daripada 171,000 orang pada tahun 1980 kepada
279,000 pada tahun 1984. Dalam tempoh masa yang sama, terdapat sebanyak 5657 pusat
prasekolah berbanding dengan 2974 pada tahun 1980. Sebanyak 4487 atau 79 peratus daripada
jumlah pusat-pusat ini yang kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar, menampung kira-kira
149,850 kanak-kanak yang mengikuti pendidikan prasekolah pada tahun 1984 (Rancangan
Malaysia Kelima 1986-1990 dalam Azizah dan Zainun 2005).
Merujuk Azizah dan Zainun (2005), pada tahun 1989 terdapat 6959 pusat pendidikan
prasekolah di Malaysia, 4728 di bawah berbagai-bagai agensi kerajaan, 631 di bawah badan-badan
berkanun seperti FELDA, 1392 dijalankan oleh pihak persendirian dan 208 dibawah organisasi
sosial. Jumlah pendaftaran kanak-kanak dalam tahun 1989 adalah 33,520 meningkat daripada
196,992 pada tahun 1981 dan 300,850 pada tahun1986 (Educational Stastistics of Malaysia,1980-
85, 1986 dan 1989 dan1989 (tidak diterbitkan) dalam Azizah dan Zainun 2005).
Mengikut anggaran dalam tahun 1990, seramai lebih kurang 490,700 orang daripada jumlah
kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas harus mendapat pendidikan prasekolah. Dari jumlah ini,
dianggarkan seramai 269,450 orang kanak-kanak (53%) tidak mendapat kemudahan pendidikan
tersebut (Kementerian Pendidikan Malaysia 1991). Keadaan ini mendorong Kementerian
pendidikan Malaysia menubuhkan Prasekolah “Annex” untuk memberi kemudahan pendidikan
prasekolah bagi kanak-kanak miskin dari kawasan bandar dan luar bandar yang tidak mampu
membayar yuran program pendidikan prasekolah yang dianggap mahal (Azizah dan Zainun 2005).
PERBANDINGAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK -KANAK: KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN, “THE FOUNDATION
STAGE” (ENGLAND) DAN TE WHÀRIKI (NEW ZEALAND)
Program bermaksud perancangan sesuatu model pendidikan awal kanak-kanak. Setiap model
mempunyai asas program yang mengandungi teori psikologi, perspektif ekologi dan falsafah yang
menjadi pegangan. Teori psikologi membantu mendapatkan jawapan tentang ‘apa yang kanak-
kanak boleh belajar’. Manakala perspektif ekologi kanak-kanak dilihat dari konteks sosio budaya
yang memberi kesan kepada proses sosialisasi terhadap perkembangan kanak-kanak.
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN
Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK), pendidikan prasekolah bertujuan
memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran
pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna
(Education, 2010).
Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
masuk ke sekolah rendah. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan
membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam
persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah
kelak.
Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-
kanak yang berumur empat hingga enam tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum
masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain"
dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas,
aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian
Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan
intelektual.
THE FOUNDATION STAGE (ENGLAND)
The Foundation Stage adalah satu program yang menyediakan persekitaran pembelajaran kepada
kanak-kanak bermula umur 3 hingga 5 tahun. Sekolah perlu merancang aktiviti dan pengalaman
yang membantu perkembangan pembelajaran mereka. Sekiranya kanak-kanak pada umur 3 hingga
5 tahun didedahkan di persekitaran sekolah mereka akan mendapat pelbagai pengalaman dan
kemahiran yang membantu perkembangan mereka. Mereka memerlukan perancangan yang baik
dan sumber kurikulum yang bermakna untuk berjaya dalam persekitaran yang penuh kasih sayang.
Semua kanak-kanak harus diberi peluang untuk meneroka apa sahaja yang wujud di sekeliling(Soler
& Miller, 2010).
The Foundation Stage bertujuan membantu guru-guru untuk merancang aktiviti-aktiviti yang akan
menyumbang kepada pencapaian matlamat pembelajaran awal. Ia juga membincangkan peranan
guru dan ibu bapa khususnya bagi memperkenalkan amalan yang baik yang menyokong ke arah
pendidikan awal yang berkesan.
Kurikulum The Foundation Stage ini membahagikan aspek pembelajaran dan matlamat
pembelajaran awal kanak-kanak kepada enam aspek, iaitu :-
perkembangan diri, sosial dan emosi;
bahasa, komunikasi dan literasi awal;
perkembangan matematik;
pengetahuan dan pemahaman dunia persekitaran;
perkembangan fizikal;
perkembangan kreativiti (Employment, 2000).
Keenam-enam aspek di atas merupakan aspek penting dalam membantu perkembangan kanak-
kanak dan membantu guru-guru menyediakan suatu suasana pembelajaran dan aktiviti yang
bermakna dan menyeronokkan untuk kanak-kanak pendidikan awal. Perkara yang menarik dalam
kurikulum ini tumpuan diberikan berdasarkan tahap perkembangan murid-murid bukannya
mengikut tahap umur mereka. Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke tadika dan taska bagi
memenuhi dan meningkatkan lagi perkembangan sesuai dengan tahap umur anak-anak mereka.
Te Whàriki (NEW ZEALAND)
Kurikulum Te Whàriki adalah kurikulum yang mengintegrasi jagaan dan pendidikan dengan
memasukkan aktiviti, pengalaman dan interaksi yang wujud secara spontan. Kurikulum ini juga
meliputi pendidikan dan penjagaan kanak-kanak dari lahir sehingga umur kemasukan sekolah
(Education, 1996). Ini jelas mencerminkan konsep pengajian sebagai proses kehidupan yang
bermula di awal permulaan kehidupan.
Kurikulum ini disediakan oleh orang sekeliling, tempat dan benda dalam persekitaran kanak-kanak,
orang dewasa, kanak-kanak lain, persekitaran fizikal, dan sumber. Kurikulum ini mengambil kira
kepelbagaian kurikulum yang akan menyumbangkan kepada kecemerlangan bentuk kurikulum.
Kurikulum memberi penekanan bagi keperluan kanak-kanak. Ibu bapa komuniti, serta masyarakat
pada keseluruhannnya.Kurikulum ini berdasarkan aspirasi untuk kanak-kanak iaitu kanak-kanak
membesar sebagai seorang yang cekap, sihat tubuh badan dan mental serta berkeyakinan tinggi
terhadap persekitaran lalu mereka akan memberikan satu sumbangan yang bernilai kepada
masyarakat.
Terdapat empat prinsip umum pendidikan awal kanak-kanak iaitu:
pendaulatan dalam kurikulum pendidikan awal kanak-kanak ialah memberi kuasa kepada
kanak-kanak untuk belajar dan berkembang.
pembangunan holistik iaitu mencerminkan kanak-kanak cara belajar secara holistik atau
menyeluruh dan berkembang.
keluarga dan komuniti menjadikan dunia lebih luas dan merupakan satu bahagian penting
dalam pendidikan awal kanak-kanak
perhubungan iaitu kanak-kanak belajar melalui perhubungan responsif dan saling
menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling, tempat dan benda.
Matlamat yang terdapat dalam keempat-empat prinsip tersebut ialah kesihatan dan kesejahteraan
kanak-kanak dilindungi dan dipelihara, semangat kekitaan, peluang-peluang untuk belajar secara
saksama dan sumbangan setiap kanak-kanak dihargai, komunikasi dan kanak-kanak belajar melalui
penjajahan aktif terhadap persekitaran(Soler & Miller, 2010).
KOMPONEN DAN ELEMEN DALAM KETIGA-TIGA KURIKULUM
TUNJANG KOMUNIKASI DAN BAHASA KANAK-KANAK
Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan
Tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa
semasa berinteraksi. Interaksi ini boleh berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam
bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik
darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilai tambah kemahiran menaakul. Murid
dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi
kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
tunjang-tunjang yang lain.
Tunjang ini terdiri daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah wajib dipelajari oleh semua kanak-kanak di
prasekolah. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah beraliran
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Bahasa Malaysia perlu diajar selama dua jam seminggu, manakala
Bahasa Inggeris diajar selama dua jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya Bahasa
Malaysia dan satu jam seminggu di prasekolah yang bahasa pengantarnya bukan Bahasa Malaysia.
Fokus utama tunjang komunikasi adalah kemahiran bahasa dan seni bahasa. Kemahiran bahasa
merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran
menulis. Bahan yang digunakan perlu sesuai dengan peringkat perkembangan kanak-kanak. Seni
bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap keindahan bahasa melalui kepelbagaian
aktiviti dan permainan bahasa seperti drama dan sajak (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
THE FOUNDATION STAGE
Kurikulum ini menerangkan tentang perkaitan antara bahasa dan komunikasi serta literasi di
peringkat the Foundation Stage. Perkara ini akan meneliti isu-isu yang berkaitan dengan teori dan
pedagogi untuk berkomunikasi dan mendengar serta (membaca dan menulis). Bahasa dan
komunikasi sangat penting untuk pembangunan sosial dan emosi kanak-kanak. Terdapat hubungkait
antara komunikasi dan bahasa. Kedua-dua bergantung kepada penutur lain, lebih cekap untuk model
dan memberikan galakan, dan kedua-duanya memerlukan peluang untuk membangunkan
kemahiran. Meneliti matlamat the Foundation Stage untuk menunjukkan pembelajaran bahawa dua
kategori pertama ini (Bahasa untuk komunikasi dan Bahasa pemikiran) adalah jelas berkaitan
dengan pembangunan komunikasi. Pembacaan yang lebih mendalam akan menunjukkan bahawa
matlamatmatlamat ini perlu untuk pembelajaran langsung mengenai sifat sosial komunikasi lisan.
Matlamatmatlamat yang sama juga mempunyai implikasi untuk pembelajaran akan datang. Oleh
yang demikian, penubuhan berkesan bahasa dan keupayaan dalam menggunakan bahasa ini untuk
apa-apa proses interpersonal sebagai mempersoalkan, penceritaan semula, berunding dan
mewajarkan keutamaan bagi pendidikan awal kanak-kanak.
Bahasa digunakan untuk:
Komunikasi
Komunikasi iaitu berinteraksi dengan orang lain, merancang aktiviti bersama-sama dan mengambil
kira perbualan tersebut. Komunikasi juga menggunakan bahasa secara lisan dan juga bertulis. Selain
itu, komunikasi juga berlaku sewaktu bermain dan belajar. Semasa komunikasi berjalan perhatian
harus diberikan supaya kanak-kanak dapat bertindak balas dan memberi respon terhadap apa yang
akan di sampaikan dan didengari serta mereka menjawab soalan yang akan diajukan. Selain itu
komunikasi juga termasuklah bertindak balas terhadap lagu-lagu atau cerita-cerita yang di dengari.
Komunikasi juga dapat meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Selain itu, kanak-kanak
juga dapat mempelajari perkataan baru. Semasa berinteraksi kanak-kanak perlu bercakap secara
jelas dan kuat supaya di dengari oleh pendengar.
Berfikir
Bahasa juga di gunakan untuk berfikir dan membayangkan sesuatu peristiwa dan pengalaman.
Selain itu, cara percakapan dan penggunaan bahasa hendaklah mengikut urutan yang betul, iaitu
menjelaskan idea dan perasaan.
Early Learning Goal
Melibatkan kanak-kanak kategori 3 hingga 6 tahun yang berkaitan dengan pemerolehan literasi iaitu
percakapan dan juga pendengaran kanak-kanak. Guru pelu mengenalpasti tahap perkembangan
kanak-kanak dengan cara memantau setiap aktiviti kanak-kanak yang berkaitan dengan bahasa.
Selain itu, guru juga perlu menyediakan peluang pembelajaran dan juga aktiviti yang sesuai untuk
kanak-kanak bagi meningkatkan kemahiran berbahasa sesuai dengan matlamat The Early
Foundation Stage. Early learning Goal boleh di lihat melalui aktiviti:
Menghubungkan bunyi ayat
Membaca
Bertulis .
Tulisan tangan
TE WHARIKI
Persamaan antara Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum Te Whàriki dengan
ialah pertama dari segi matlamat komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan.
Kurikulum Standard Prasekolah, memfokuskan kemahiran bukan lisan melalui pergerakan
badan, mimik muka dan bahasa badan.
Te Whàriki pula, kanak-kanak memperoleh bahasa dan simbol-simbol mereka sendiri.
Kanak-kanak akan membangunkan kemahiran-kemahiran komunikasi bukan lisan melalui
aktiviti lakonan mengikut emosi gembira, sedih, takut dan marah dengan mimik muka.
Dari segi kemahiran lisan:
Kurikulum Standard Prasekolah ialah berinteraksi dengan mesra iaitu berbual-bual dengan
sebutan perkataan yang betul dan berinteraksi secara spontan dan bertatusila dengan mudah.
Kurikulum Te Whàriki ialah kemahiran lisan diperoleh melalui kemahiran bertutur iaitu
berinteraksi dengan mesra antara kanak-kanak dengan guru, ibu bapa, masyarakat dan
persekitaran. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah aktiviti nyayian iaitu menyanyikan lagu.
Contohnya menyanyikan lagu “Kalau anda gembira”.
Persamaan seterusnya yang terdapat dalam kedua-dua kurikulum ialah kanak-kanak memperoleh
kemahiran membaca dan menulis.
KSPK: Kemahiran membaca dan menulis merupakan fokus utama dalam Tunjang Bahasa
dan Komunikasi antaranya mengenal huruf, membaca perkataan, menguasai kemahiran
pratulis dan menguasai kemahiran menulis.
Kurikulum Te Whariki lebih menekankan kepada cerita-cerita dan simbol-simbol. Aktiviti
yang boleh dijalankan ialah membaca buku cerita. Contohnya membaca cerita perihal diri
saya iaitu menceritakan tentang diri sendiri seperti nama, umur, jantina, bangsa dan hobi
serta simbol-simbol yang boleh diperolehi iaitu simbol jantina. Bagi kemahiran menulis
pula, contohnya dalam aktiviti menyalin perkataan nama-nama bahagian anggota badan di
dalam lembaran kerja atau menulis angka 1 hingga 5 satu persatu dengan betul di belakang
badan kawan.
KSPK menerapkan kemahiran bertutur iaitu melafazkan puisi dengan intonasi yang betul.
Aktiviti yang boleh dilakukan ialah melafazkan pantun empat kerat.
Kurikulum Te Whariki dalam bidang bahasa dan komunikasi ialah membangunkan pelbagai
cara menjadi kreatif dan ekspresif.
TUNJANG KEMANUSIAAN KANAK-KANAK
Tunjang kemanusian memberi peluang kepada kanak-kanak supaya lebih memahami diri sendiri,
lebih memahami perhubungan antara diri dengan keluarga, rakan, komuniti dan alam sekitar.
Kanak-kanak juga akan lebih memahami memahami tanggungjawab diri dalam perhubungan-
perhubungan ini. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pemahaman budaya dan tradisi
pelbagai kaum di Malaysia serta menggalakkan penglibatan dalam perayaan pelbagai kaum di
Malaysia. Tunjang Kemanusiaan menggariskan skop dan konteks pembelajaran di prasekolah.
Kandungan dalam tunjang ini boleh digunakan untuk membina tema-tema pembelajaran. Dalam
tunjang kemanusian terdapat 2 modul iaitu modul asas dan modul bertema.
The foundation stage ada mengatakan kanak-kanak akan mula belajar bermula dengan umur 3
tahun, dimana pada umur ini kanak-kanak sudah diberikan pendedahan tentang prasekolah.
Matlamat kurikulum the foundation stage ini bertujuan untuk membina kanak-kanak dalam perkara-
perkara seperti personaliti, sosial, emosi, tingkah laku, bahasa, komunikasi, membaca, menulis,
pembangunan fizikal, perkembangan kreatif dan lain-lain.
Tunjang kemanusiaan pula adalah mengenai pemahaman diri sendiri, hubungan antara diri dengan
keluarga, rakan, komuniti dan alam semula jadi. Dalam tunjang ini kanak-kanak didedahkan dengan
tanggungjawab diri dalam perhubungan sekeliling. Dalam tunjang ini juga mengajar kanak-kanak
untuk melaksanakan tanggungjawab pada diri sendiri. Contohnya kanak-kanak akan memahami
budaya dan tradisi pelbagai kaum di Malaysia dan melibatkan diri dalam persekitaran tersebut.
Kurikulum the foundation stage berkait rapat dengan tunjang kemanusiaan dalam KSPK dalam
beberapa aspek perkembangan seperti:
Pembangunan Personaliti, Sosial dan Emosi
Pembangunan personaliti, sosial dan emosi banyak mengajar kanak-kanak tentang
bagaimana untuk memahami diri sendiri dan orang di sekeliling mereka. Contohnya
tanggungjawab pada diri sendiri juga ada disebut dalam tunjang kemanusiaan. Dalam
kurikulum ini banyak membantu kanak-kanak mengenali diri mereka dan bagaimana
menjadi kanak-kanak yang dapat memahami keperluan diri dan orang lain. Sosial dan emosi
kanak-kanak perlu dibina agar mereka dapat berhadapan dengan dunia mereka. Dalam
tunjang kemanusiaan ini kanak-kanak akan diajar untuk menyatakan kebolehan diri sendiri
dengan bimbingan. Oleh itu kurikulum the Foundation Stage juga menitikberatkan tentang
personaliti, sosial dan emosi kanak-kanak itu sendiri. Dalam kurikulum ini juga kanak-
kanak akan diajar untuk bekerja sendiri dan dalam kumpulan sama seperti dalam tunjang
kemanusiaan contohnya bercerita dengan bimbingan.
Komunikasi, Bahasa dan Literasi
Dalam tunjang kemanusiaan standard pembelajaran mengenai diri saya ada kaitan dengan
kurikulum ini dimana ia tentang komunikasi, bahasa dan literasi yang membantu kanak-
kanak mengetahui tentang latar belakang diri sendiri. Contohnya aktiviti yang dijalankan
boleh menguji penggunaan bahasa kanak-kanak dan cara mereka berkomunikasi. Guru
boleh meminta kanak-kanak bercerita tentang diri mereka dan boleh menguji serta menilai
penggunaan bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Dalam kurikulum the Foundation Stage ia
menyediakan peluang untuk kanak-kanak berkomunikasi, meluahkan idea, perasaan dan
membina hubungan dengan orang dewasa. Tunjang kemanusiaan contohnya bercerita
dengan bimbingan guru tentang kepentingan air dan matahari kepada kehidupan manusia.
Ini dapat dilihat kemahiran yang cuba dilakukan dalam kurikulum the Foundation Stage juga
memberikan penekanan kepada kemahiran kanak-kanak untuk berkomunikasi dengan baik
iaitu melatih kanak-kanak untuk memperluas bahasa dan literasi mereka sejak umur 3 tahun
lagi.
Pembangunan Fizikal
Kedua-dua kurikulum, KSPK dan the Foundation Stage memberi penekanan dalam
perkembangan fizikal. Ia amat penting kepada perkembangan kanak-kanak kerana
perkembangan fizikal akan menunjukkan seseorang kanak-kanak itu sihat dalam semua segi.
Contohnya, dalam tunjang kemanusiaan pembangunan fizikal boleh dikaitkan kerana aktiviti
yang mungkin dilaksanakan ada kaitan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak seperti
kanak-kanak boleh melakukan pergerakan semasa bercerita tentang tubuh badan. Dalam
tunjang kemanusiaan perkembangan fizikal boleh dikaitkan kerana standard kandungan ada
mengenai diri saya. Dalam kurikulum ini kanak-kanak didedahkan dengan kebolehan fizikal
untuk membantu mereka membina kebolehan sendiri. Manakala dalam the Foundation Stage
pula, aktiviti yang boleh dilakukan semasa pengajaran tentang diri saya adalah dengan
membuat pergerakan yang diajar oleh guru.
Perkembangan Kreatif
Dalam kurikulum the Foundation Stage peluang untuk membangunkan kemahiran motor
kasar dan motor halus serta meningkatkan pemahaman mereka tentang bagaimana tubuh
badan mereka bekerja dan memberikan pengetahuan kepada mereka bagaimana menjaga
kesihatan tubuh badan. Kedua-dua kurikulum mengaitkan bahawa kanak-kanak belajar
melalui deria mereka, pemahaman kanak-kanak tentang diri sendiri dan persekitaran
mereka. Guru berperanan mengembangkan kebolehan kanak-kanak dalam pelbagai aspek
seperti mengajar kanak-kanak melukis, mewarna dan membuat kraftangan (puppet).
Pengetahuan dan Kefahaman dengan Dunia Luar
Pengetahuan dan kefahaman dengan dunia luar sangat penting kerana ia membantu kanak-
kanak untuk memahami tentang dunia sekitar mereka. Contohnya dalam tunjang
kemanusiaan fokus kepada saya dan komuniti ada kaitan dengan pengetahuan dan
kefahaman dunia luar yang dihasilkan oleh kurikulum the Foundation Stage. Dalam
kurikulum ini, ia membantu kanak-kanak untuk meneroka, menyelesaikan masalah,
membuat keputusan dan sebagainya. Manakala dalam tunjang kemanusiaan pula kanak-
kanak didedahkan dengan mengamalkan semangat bermasyarakat. Ia mendedahkan kanak-
kanak untuk mengamalkan sikap tolong menolong dalam masyarakat setempat dan ini
membantu kanak-kanak memahami dunia luar dan masyarakat sekitar mereka. Dalam
tunjang kemanusiaan kanak-kanak didedahkan dengan kebolehan menyatakan
tanggungjawab diri sebagai seorang murid, anak dan rakan. Ini berkaitan dengan kurikulum
the Foundation Stage yang menyatakan tentang memberi peluang kepada kanak-kanak
dalam meneroka.
TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetik merangkumi perkembangan fizikal dan penjagaan
kesihatan serta perkembangan kreativiti. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan
aktiviti yang menguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di
prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah
dalam melakukan aktiviti seperti memegang pensel atau berus untuk menulis dan
melukis,penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti memainkan peralatan muzik serta pengendalian
peralatan.
Pendidikan prasekolah menyediakan peluang pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran motor
halus, kemahiran motor kasar serta kordinasi mata-tangan di kalangan kanak-kanak ini. Perkara
yang dirangkumi termasuk teknik yang betul untuk melompat, menyambut objek, membaling objek
serta postur yang betul semasa duduk.
Tunjang ini juga memberi penekanan kepada pembinaan amalan penjagaan kesihatan fizikal diri,
kebersihan persekitaran dan pemakanan yang berkhasiat. Tabiat yang dibina akan memanfaatkan
kanak-kanak ini sepanjang usia mereka. Secara lazimnya kanak-kanak yang mempunyai badan yang
sihat dapat memberi tumpuan yang lebih baik kepada pembelajaran dan mempunyai konsep kendiri
yang positif.
Tunjang ini juga menekankan aspek keselamatan diri daripada sumber yang mungkin menyebabkan
kemalangan dan bahaya kepada diri mereka termasuk langkah menjaga kehormatan diri.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
Perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan
alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan
kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan
aktiviti sehari-hari.
The Foundation Stage
Menekankan mengenai cara-cara untuk meningkatkan kemahiran koordinasi, manipulasi, kawalan
dan pergerakan badan. Perkembangan fizikal ini mempunyai dua aspek lagi yang penting dalam
perkembangan fizikal iaitu membantu kanak-kanak untuk mendapatkan keyakinan dalam apa sahaja
yang dilakukan oleh mereka dan membolehkan mereka berasa sihat dan aktif dengan aktiviti yang
dilakukan. Perkembangan fizikal ini juga akan membantu kanak-kanak dalam membentuk
kesejahteraan dan perasaan yang positif dalam diri mereka.
Persamaan dari segi kurikulum standard prasekolah kebangsaan dengan physical development dapat
dilihat dari segi persamaan perkembangan motor kasar iaitu melakukan kemahiran motor kasar
lokomotor melalui berapa cara proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam lingkungan umur
empat dan lima tahun. Perkembangan motor kasar lebih kepada melakukan pendedahan aktiviti
pengetahuan am iaitu melakukan pergerakan tubuh badan dengan teknik yang betul. Contohnya
pembelajaran naik dan turun tangga dengan memegang kepada pemegang, melompat dan mendarat
dengan kedua-dua belah kaki dengan menggunakan teknik yang betul serta, mempelbagaikan
pergerakan asas seperti berjalan kehadapan kesisi kiri dan kanan. Selepas kanak-kanak mengetahui
dan mahir dalam proses tersebut kanak-kanak akan didedahkan kepada aktiviti yang lebih mencabar
dan mempercepatkan kemahiran motor kasar, proses standard pembelajaran tersebut adalah berjalan
dan mengimbang badan di atas bangku panjang yang rendah, melompat pelbagai arah dan mendarat
dengan kedua-dua belah kaki menggunakan lakuan yang betul serta mengarahkan berlari ke arah
yang ditentukan.
Dari segi kemahiran motor kasar bukan lokomotor kanak-kanak dalam lingkungan umur empat
tahun akan didedahkan lebih kepada rangsangan seperti membuat pergerakan tangan mengikut
arahan contohnya menghayun tangan apabila kanak-kanak tersebut mencapai umur lingkungan lima
tahun kanak-kanak tersebut akan membuat pergerakan tangan secara simulasi seperti menolak
kotak, menarik tali dan lain-lain. Selain dari itu melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan
dalam perkembangan kemahiran motor kasar juga adalah sama di antara kurikulum tersebut. Bagi
kanak-kanak yang berumur empat tahun boleh melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan
melalui aktiviti melambung objek lembut dengan menggunakan dua tangan, menyambut objek
lembut denagn menggunakan dua tangan serta membaling objek besar dan lembut kesasaran
menggunakan kedua belah tangan aktiviti tersebut akan lebih mengfokuskan kepada koordinasi
mata dan tangan kerana objek yang dilambung akan menggunakan deria mata untuk menyambut
dan secara tidak langsung perkembangan motor kasar akan berlaku dalam aktiviti ini. Bagi kanak-
kanak perringkat umur lima tahun perkembangan tersebut boleh dilakukan dengan aktiviti yang
lebih mencabar tetapi menggunakan aktiviti yang sama seperti melambung objek lembut dengan
menggunakan satu tangan, melempar objek seperti gelung dan menggolek objek ke sasaran serta
melantun dan menangkap objek. Walaupun aktiviti tersebut adalah sama ia lebih memerlukan
koordinasi mata dan tangan dengan lebih cekap.
Mengikut standard kurikulum prasekolah kebangsaan dengan physical development, perkembangan
motor halus ditekankan. Standard pembelajaran yang telah ditetapkan oleh kedua-dua kurikulum
tersebut adalah sama iaitu menggunakan jari untuk mengoyak bahan, menggunakan tangan untuk
merenyuk dan sebagainya. Pengunaan jari juga tidak terhad kepada mengoyak atau merenyuk kertas
ianya lebih kepada keperluan seharian seperti menggunakan jari untuk membutang dengan saiz
butang yang besar bagi kanak-kanak berumur empat tahun dan menggunakan butang pelbagai saiz
untuk kanak-kanak lima tahun. Selain itu aktiviti menyarung sarung kaki, menguntai objek dan
menuang air kedalam cawan diterapkan dalam kurikulum standard prasekolah dalam aspek
melakukan kemahiran kodinasi mata tangan dalam perkembangan kemahiran motor halus. Dalam
kurikulum standard prasekolah kebangsaan dan kurikulum-kurikulum lain, keutamaan terhadap
kesihatan fizikal iaitu menjaga kebersihan diri dan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat juga
dititikberatkan juga. Perkara tersebut amat penting kerana ia merupakan salah satu cara untuk
mendidik kanak-kanak mengetahui cara menjaga kebersihan diri. Aktiviti-aktiviti yang terdapat
dalam kedua-dua kurikulum tersebut adalah pada peringkat umur 4 tahun, kanak-kanak didedahkan
kepada mengamalkan cara menjaga kebersihan diri dengan bimbingan guru supaya cara
penggunaan untuk kebersihan diri dilakukan dengan betul. Contoh aktiviti tersebut adalah
menggosok gigi, mencuci tangan dan menggunakan tandas dengan cara yang betul. Bagi kanak-
kanak berumur 5 tahun ke atas, kanak-kanak diberi pendedahan dengan guru mengatakan
kepentingan menjaga kebersihan diri serta memberitahu mengetahui jenis makanan yang boleh
merosakkan gigi dan makanan yang baik untuk kesihatan gigi. Mengamalkan pemakanan yang
berkhasiat bagi kanak-kanak berumur 4 tahun adalah mengenai mengenal makanan yang berkhasiat
dan masa atau waktu yang makan yang betul. Bagi yang berumur lima tahun pula lebih terperinci
iaitu mengenal jenis makanan yang berkhahsiat dan tidak berkhasiat, mengenal makanan yang rosak
dan basi dan menyatakan jenis makanan (protein dan karbohidrat) yang sesuai mengikut waktu
makan.
TUNJANG PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Perkembangan sosioemosi merangkumi aspek mengenali dan pengurusan emosi sendiri, pencapaian
emosi yang positif, pembinaan konsep kendiri positif serta pembinaan kemahiran berinteraksi dan
kemahiran sosial. Perkembangan sosioemosi berlaku sepanjang masa kanak-kanak berada di
prasekolah, ia tidak dicapai melalui aktiviti spesifik tetapi menerusi kesemua aktiviti sama ada
aktiviti rutin, semasa rehat, semasa makan dan juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lain.
Dalam tunjang ketrampilan diri, perkembangan sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan
kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam
kehidupan seseorang kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan
seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka. Perkembangan sosioemosi
bermula dengan kebolehan murid memahami emosi dan menguruskan emosi sendiri, diikuti pula
dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina
keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami kesepaduan, emosi dan
menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang
kaum yang mesra dan harmoni. Tunjang ini juga memberi penekanan kepada kebolehan dan
keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu
tunjang ini perlu disepadukan dengan tunjang lain melalui aktiviti pembelajaran yang menarik
untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada tugas atau aktiviti dan rasa gembira
untuk belajar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009).
TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI
Tunjang sains dan teknologi merangkumi Awal Sains, Awal Matematik dan aktiviti pembinaan
menggunakan objek seperti blok dan penggunaan ICT. Pengalaman awal kanak-kanak dalam alam
sains lebih kepada penerokaa dan memberi peluang mereka berinteraksi dengan objek-objek yang
terdapat di sekelilingnya. Dalam erti kata lain, tunjang sains dan teknologi merupakan aspek yang
dinilai dalam perkembangan kognitif. Berikut adalah jadual perbandingan antara dua kurikulum:
Jadual 4.4 Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan Kurikulum dalam The Foundation Stage dalam Tunjang Sains dan Teknologi
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan:
Tunjang Sains dan Teknologi
The Foundation Stage:
Knowledge and Understanding of World
Perkembangan sains seharusnya berlaku sejajar dengan perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan.
Penekanan dalam matematik iaitu membekalkan pengalaman awal matematik termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang.
Dalam pembelajaran awal matematik kanak-kanak berfikir secara konkrit, mereka mesti diberi peluang untuk mengalami perhubungan
Penekanan kepada perkembangan ilmu matematik dan sains dan teknologi bergantung kepada kehendak dan kemampuan kanak-kanak untuk menerima ilmu tersebut.
Penekanan dalam ilmu matematik iaitu pengiraan, mencari pola, membuat perkaitan, mengenalpasti hubungan, bekerja dengan nombor, bentuk, ruang dan ukuran.
Kurikulum ini merangkumi sains, seni dan teknologi, sejarah, geografi dan multimedia. Untuk memberikan peluang yang terbaik kepada kanak-kanak dalam mengembangkan
matematik melalui manipulasi objek konkrit, mereka mesti bermain dengan benda yang boleh mengira dan menyusun.
pengetahuan dan memahami dunia mereka, guru harus menekankan perkara-perkara seperti berikut:
a) Aktiviti perlulah memberi pengalaman matematik bermakna untuk meneroka, membuat pemerhatian, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, berfikir secara kritikal, membuat keputusan dan membuat perbincangan
b) Suasana perskitaran yang luas untuk aktiviti luar dan dalam kelas yang dapat memberikan tindak balas kepada minat kanak-kanak.
c) Memberi peluang untuk membantu kanak-kanak lebih menyedari, meneroka dan berfikir tentang perbezaan yang terdapat dalam diri mereka seperti perbezaan jantina, etnik, bahasa dan budaya.
d) Guru dan ibu bapa hendaklah membantu kanak-kanak berkomunikasi menggunakan pelbagai medium
AKTIVITI AKTIVITI
Menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekitar mereka menggunakan organ deria dan peralatan mudah.
Mementingkan penguasaan kemahiran daripada pemerolehan pengetahuan.
Peluang pembelajaran diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak ke atas objek dan fenomena yang terdapat di persekitaran dan bukannya melalui pengajaran konsep-konsep sains.
Pembelajaran seharusnya berlaku sejajar denga perkembangan kanak-kanak yang lebih suka bertanya, menyentuh dan melakukan aktiviti dan pergerakan.
Menekankan kanak-kanak memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap melalui pelbagai aktiviti seperti berikut:
a) Kemahiran yang berkaitan dengan penggunaan peralatan seperti computer, peralatan kebun, gunting, penebuk lubang dan pemutar skru.
b) Penemuan dengan manusia,tumbuh-tumbuhan, makluk dan benda dalam persekitaran semula jadi mereka serta dalam kehidupan seharian mereka.
c) Kanak-kanak belajar secara berkesan dalam beberapa perkara contohnya menggunakan takal untuk mengangkat objek berat.
d) Menggunakan pelbagai benda dalam aktiviti seperti pasir kering dan basah, cecair jernih atau berwarna, kompas, bati kerikil dan tanah liat.
Beberapa persamaan yang terdapat pada kedua-dua kurikulum seperti berikut:
1. Penekanan Aktiviti-menekankan kanak-kanak memperoleh kemahiran, pengetahuan dan
sikap melalui pelbagai aktiviti
2. Mengumpul maklumat-kanak-kanak membina pengetahuan matematik dan mengembangkan
kemahiran matematik melalui pengalaman hands-ons dengan aktiviti real-life.
3. Penggunaan aktiviti luar-kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar yang
membolehkan kanak-kanak memperoleh pengalaman sebenar misalnya melihat keadaan
cuaca, melihat makluk persekitaran semula jadi.
TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI
Perbandingan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan the Foundation Stage.
Tunjang kerohanian, sikap, dan nilai terbahagi kepada komponen pendidikan Islam dan pendidikan
moral. Komponen pendidikan Islam menekankan kepada asas rukun imam, rukun Islam, sirah
Rasulullah, dan melafazkan dua kalimah syahadah, mengenal asas bahasa al-Quran dan menghafal
surah pendek. Komponen pendidikan moral, kanak-kanak boleh mengamalkan nilai kepercayaan
kepada tuhan, dan nilai-nilai seperti kerajinan, kasih sayang, kejujuran, dan lain-lain. Dalam the
Foundation Stage agak berbeza kerana penekanan nilai diberikan kepada kanak-kanak untuk
membentuk peribadi kanak-kanak melalui penyemaian nilai. Berikut adalah perbandingan ringkas
kedua-dua kurikulum:
KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH
KEBANGSAAN
KURIKULUM THE FOUNDATION STAGE
1. Komponen pembelajaran 1. Komponen pembelajaran
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai merujuk kepada subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Perkembangan kendiri, sosial dan emosi (personal social and emotional development).
2. Objektif / Fokus
Subjek Pendidikan Islam berfokus kepada penyampaian ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan kepada Al- Quran dan As-Sunah.
Subjek Pendidikan Moral memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seseorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral.
2. Objek / Fokus
Memberi peluang kanak-kanak meningkatkan perkembangan kendiri, sosial dan emosi iaitu:-
Melatih kanak-kanak untuk belajar menghormati orang lain.
Melatih kanak-kanak belajar mengenai sesuatu perhubungan.
Melatih kanak- kanak belajar mengenai kepentingan persahabatan
Melatih kanak-kanak untuk menghormati diri sendiri dan juga orang lain.
3. Pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Islam dilaksanakan melalui aktiviti berikut:-
- Bercerita
- Tunjuk cara
- Latihan amali
- Nyanyian lagu dan nasyid
- Permainan
- Lakonan
- Penjelajahan
- Pemerhatian alam sekitar
- Melihat kegiatan masyarakat
Pendidikan Moral dilaksanakan melalui aktiviti berikut:-
- Bercerita
3. Pelaksanaan kurikulum
Melalui aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan bersama kanak-kanak semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
- Main peranan
- Pemerhatian
- Latihan amali
4. Peranan guru
Pendidikan Islam
-Membentuk akidah yang sempurna kepada kanak-kanak
-Memupuk amalan Fardu Ain dan Fardu Kifayah kepada kanak-kanak
-Menyuburkan akhlak yang baik dengan mencontohi adab dan akhlak Rasulullah.
-Mengenalkan asas Al-Quran merangkumi tulisan Jawi, menghafaz surah pendek dan doa pilihan.
Pendidikan Moral
- Menerapkan nilai-nilai moral dalam diri kanak-kanak seperti:-
a) Kepercayaan kepada Tuhan
b) Kerajinan
c) Kasih sayang
d) Kejujuran
e) Berdikari
f) Keberanian
g) Baik hati
4. Peranan guru
Mencari peluang untuk memberi galakan yang positif di mana guru menjadi role model yang positif kepada kanak-kanak
Memastikan terdapat masa dan ruang yang mencukupi untuk kanak-kanak fokus kepada pembentukan kendiri dan membina pengalaman mereka
Merancang peluang-peluang untuk kanak-kanak bekerja sendiri di dalam kumpulan kecil atau kumpulan besar.
Merancang aktiviti yang berkaitan kepada perkembangan emosi, moral, spiritual dan sosial seiring dengan perkembangan kognitif.
Merancang kepada aktiviti yang meningkatkan perkembangan kemahiran berdikari, khususnya kepada kanak-kanak yang terlalu bergantung pada orang dewasa.
Merancang pendekatan yang berstruktur untuk mencapai objektif perkembangan sosial dan emosi kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah di dalam aspek tertentu seperti masalah tingkah laku atau komunikasi.
RUMUSAN
Beberapa perkara yang boleh dirumuskan di sini berdasarkan perbandingan ketiga-tiga kurikulum
berikut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, the Foundation Stage dan Kurikulum Te
Whàriki. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan memberi penekanan di peringkat umur 5 dan
6 tahun. Manakala Kurikulum Te Whàriki memberikan penekanan dari umur lahir sehingga 5 tahun
dan the Foundation Stage menfokuskan umur seawal 3 tahun sehingga 5 tahun. merangkumi
perkembangan kognitif, psikomotor dan sosioemosi. Ketiga-tiga kurikulum memberikan penekanan
yang sama seperti dalam KSPK iaitu berdasarkan tunjang-tunjang dan komponen mengikut konteks
dan kesesuaian tempat dan budaya. Kesemua kurikulum yang dibincang menyatakan persekitaran
yang kondusif memberi peluang yang maksimum kepada kanak-kanak mendapat pengalaman
pembelajaran yang baru lebih-lebih lagi pendekatan yang pelbagai daripada guru-guru. Oleh yang
demikian, proses pengajaran yang berkesan dapat membantu kanak-kanak mengalami proses
pembelajaran yang berkesan dan bermakna.
RUJUKAN
Education, M. O. (1996). Te Whàriki: Early Childhood Curriculum. Wellington: Learning Media.
Education, M. O. (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010. Kuala Lumpur: Bahagian Perkembangan Kurikulum.
Employment, D. O. E. a. (2000). Curriculum guidance for the foundation stage. London: Qualifications and Curriculum Authority.
Soler, J., & Miller, L. (2010). The struggle for early childhood curricula: A comparison of the English Foundation Stage curriculum, Te Whariki and Reggio Emilia. International Journal of Early Years Education, 11(1), 57-68.