Tajuk 19 –  Saidina Umar Bin Al

download Tajuk 19 –  Saidina Umar Bin Al

of 15

description

ASDFF

Transcript of Tajuk 19 –  Saidina Umar Bin Al

Tajuk 19 Saidina Umar bin Al-Khattab RA Pentadbir Yang Ulung

1.Riwayat hidup:

(a)nama penuh beliau ialah Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza;(b)beliau berketurunan Bani Adi, Quraisy.(c)Dilahirkan di Mekah pada 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah SAW;(d)memeluk Islam ketika berumur 33 tahun;(e)mendapat gelaran Al-Faruq yang bermaksud pemisah antara yang hak dengan yang batil;(f)dilantik menjadi khalifah yang kedua pada hari Selasa, 22 Jamadilakhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 23 Ogos 634 Masihi;(g)beliau wafat pada bulan Zulhijjah tahun ke 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun;(h)beliau telah dibunuh oleh Fairuz (Abu Lukluk) iaitu hamba majusi yang berbangsa Parsi.

2.Sifat-sifat peribadi:

(a)beliau seorang yang taat pada perintah Allah SWT;(b)beliau seorang yang berani. Buktinya ketika memeluk Islam, beliau mengisytiharkan keislamannya kepada umum;(c)beliau seorang pemerintah yang bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.

3.Sumbangan dalam bidang pentadbiran:

(a)mengemaskinikan Majlis Syura sebagai suatu badan yang penting dalam pentadbiran negara;(b)mengasaskan Jabatan Cukai dan Harta, Jabatan Ketenteraan dan Jabatan Persuratan;(c)mengasaskan Undang-undang Hisbah, iaitu undang-undang dan peraturan di pasar seperti adab berjual beli, pengawasan timbangan dan sebagainya.

4.Sumbangan dalam bidang dakwah:

(a)mengembangkan penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah baru seperti Mesir, Rom dan Parsi;(b)melantik gabenor di wilayah tersebut untuk melancarkan pentadbiran dan penyebaran dakwah Islam;(c)menghantar ulama ke serata tempat untuk menyebarkan dakwah Islam.

5.Sumbangan dalam pembangunan negara:

(a)mengemaskini Baitulmal sebagai institusi kewangan negara;(b)mendirikan masjid dan rumah persingahan untuk kemudahan para musafir;(c)membina sekolah-sekolah untuk pendidikan anak-anak;(d)meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian dan saliran air.Tajuk: 20 Saidina Usman bin Affan RA Korporat Yang Dermawan

1.Riwayat hidup:

(a)nama sebenar beliau ialah Usman bin Affan bin Abu Al-As bin Umaiyah;(b)beliau berketurunan Bani Umaiyah;(c)dilahirkan di Mekah pada tahun 576 Masihi iaitu enam tahun selepas tahun Gajah;(d)mendapat gelaran zunnurain yang bermaksud yang mempunyai dua cahaya kerana beliau memperisterikan dua puteri Rasulullah SAW;(e)dilantik menjadi khalifah yang ketiga pada tahun ke 23 Hijrah bersamaan 644 Masihi;(f)beliau wafat pada 18 Zulhijjah tahun ke 35 Hijrah;(g)beliau dibunuh oleh pemberontak.

2.Sifat-sifat peribadi:

(a)beliau seorang yang taat kepada Allah SWT dan rasul;(b)seorang yang pemalu dan lemah lembut;(c)seorang yang zuhud dan dermawan.

3.Bukti sifat dermawan Saidina Usman:

(a)menafkahkan hartanya sebanyak 300 ekor unta dan 10 ribu dinar untuk kegunaan tentera Islam dalam Perang Tabuk;(b)memerdekakan hamba pada setiap hari Jumaat;(c)membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.

4.Faktor semangat jihad Saidina Usman:

(a)keimanan yang teguh terhadap Allah SWT;(b)beliau sangat sayang dan cintakan Islam;(c)mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah;(d)minat yang tinggi untuk berdakwah kepada orang Islam dan bukan Islam.

5.Sumbangan Saidina Usman dalam bidang politik:

(a)menjadi utusan Rasulullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah;(b)menubuhkan angkatan tentera laut untuk mengawasi perairan negara.

6.Sumbangan dalam bidang ekonomi:

(a)menyumbangkan harta yang banyak untuk perkembangan Islam;(b)mempertingkatkan ekonomi rakyat.

7.Sumbangan Saidina Usman dalam bidang sosial:

(a)memperkenalkan sistem protokol dalam urusan kerajaan;(b)berjaya mewujudkan masyarakat yang harmoni hasil sifat beliau yang lemah lembut.

8.Sumbangan Saidina Usman dalam bidang dakwah:

(a)membuka kawasan-kawasan baru untuk mengembangkan dakwah Islam;(b)mengumpul dan membukukan al-Quran yang melahirkan naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mashaf Usamani.

Tajuk: 21 Saidina Ali bin Abu Talib RA Pemuda Yang Berani

1.Riwayat hidup:

(a)nama sebenar beliau ialah Ali bin Abu Talib bin Abdul Mutalib;(b)berketurunan Bani Hasyim;(c)dilahirkan di Mekah pada tahun 601 Masihi, iaitu sepuluh tahun sebelum Nabi SAW menjadi rasul;(d)dilantik menjadi khalifah pada tahun 35 Hijrah dan memerintah negara selama empat tahun;(e)wafat pada 17 Ramadan tahun 40 Hijrah ketika berusia 63 tahun;(f)beliau telah dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di Bandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk mengerjakan solat Subuh.

2.Sifat peribadi:

(a)taat dan patuh pada perintah Allah SWT sejak kecil lagi;(b)seorang pemuda yang gagah dan berani;(c)berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

3.Keistimewaan Saidina Ali:

(a)merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam. Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun. Beliau tidak pernah melakukan perbuatan keji masyarakat jahiliah seperti menyembah berhala. Oleh sebab itu, beliau terkenal dengan panggilan Karramallahu Wajhah yang bermaksud Allah SWT memuliakan wajahnya;(b)sepupu dan menantu Rasulullah SAW;(c)salah seorang daripada sepuluh sahabat yang dijamin syurga;

(d)pemuda yang berani. Buktinya ialah:

beliau menyertai semua peperangan bersama Rasulullah SAW kecuali Perang Tabuk. Beliau menggunakan pedangnya yang bernama Zulfaqar;diberi amanah untuk membawa panji (bendera) dalam perang Khaibar dan beberapa peperangan yang lain.

4.Jasa dan pengorbanan Saidina Ali:

(a)menjadi penulis wahyu;(b)jurutulis Perjanjian Hudaibiah;(c)menjadi hakim di Yaman.

5.Pada zaman pemerintahan Saidina Ali, berlaku beberapa peperangan yangberpunca daripada perancangan jahat orang-orang munafik yang diketuai olehAbdullah binSaba.

Tajuk: 22 Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib RA Pahlawan Terbilang

1.Riwayat hidup:

(a)nama sebenar beliau ialah Hamzah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf;(b)berasal daripada keturunan Bani Hasyim, iaitu golongan bangsawan yang dihormati;(c)dilahirkan di Mekah pada tahun 570 Masihi, iaitu tahun yang sama dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW;(d)beliau adalah bapa saudara nabi;(e)hobi beliau ialah memanah dan berburu;(f)beliau digelar Asadullah (singa Allah) kerana keberaniannya;(g)beliau gugur syahid pada tahun ketiga Hijrah dalam perang Uhud setelah dibunuh oleh Wahsyi. Rasulullah amat sedih. Baginda telah mengurniakan gelaran Sayyid As-Syuhada (penghulu sekelian orang yang mati syahid);(h)jenazahnya telah dimakamkan di makam Syuhada berdekatan Bukit Uhud.

2.Kisah pengislaman Saidina Hamzah:

(a)pada suatu hari, Abu Jahal telah menghina Nabi Muhammad SAW secara keterlaluan di Bukit Safa;(b)kejadian itu menyebabkan Saidina Hamzah amat marah;(c)beliau terus mencari Abu Jahal dan berjumpa Abu Jahal sedang duduk bersama pemimpin Quraisy di Masjidil Haram;(d)beliau terus memukul Abu Jahal dengan busur panah sehingga kepada Abu Jahal cedera dan berdarah;(e)selepas itu beliau mengistiharkan pengislamannya.

3.Sifat peribadi:

(a)seorang yang pantas bertindak;(b)seorang pahlawan yang gagah perkasa dan berani. Antara bukti keberaniannya ialah:

memukul Abu Jahal yang menghina dan mengejek nabi;menyahut cabaran dua orang tentera musyrikin untuk berlawan dengannya dalam Perang Badar;

(c)seorang yang gigih tabah dan cekal hati dalam menjalani kehidupan.

4.Sumbangan Saidina Hamzah:

(a)melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW daripada ancaman musuh Islam;(b)menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW;(c)sanggup mengorbankan masa, tenaga dan nyawa untuk menegakkan agama Islam.

Tajuk: 23 Saidina Abu Hurairah RA Perawi Hadis

1.Riwayat hidup:

(a)nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Sakhr Ad-Dausi Al-Yamani. Namanya sebelum Islam ialah Abdu Syams;(b)dilahirkan di Dus negeri Yaman, 19 tahun sebelum Hijrah;(c)menjadi anak yatim sejak kecil lagi;(d)menjadi ahli Suffah, iaitu sahabat-sahabat nabi yang fakir dan miskin di tepi Masjid Nabawi;(e)wafat pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun;(f)mendapat gelaran Abu Hurairah daripada Rasulullah SAW.

2.Sifat peribadi:

(a)sangat menghormati ibu bapa. Buktinya beliau sangat mengasihi ibunya walaupun dia tidak memeluk Islam. Hasil doa Rasulullah SAW, ibunya telah memeluk Islam;(b)beliau amat mengasihi binatang. Beliau digelar Abu Hurairah yang bererti bapa kucing kerana beliau sukakan kucing;(c)sabar dan tabah menghadapi kesusahan hidup. Beliau tidak meminta-minta dalam keadaan lapar.

3.Beliau merupakan seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadiswalaupun hanya tiga tahun bersama Rasulullah SAW.

4.Beliau telah berjaya meriwayatkan sebanyak 5374 hadis.

5.Seramai 800 orang murid telah datang mempelajari hadis daripada beliau.

6.Faktor kejayaan beliau dalam periwayatan hadis:

(a)berkat doa Rasulullah SAW supaya beliau mudah menghafaz hadis;(b)beliau rajin menghadiri majlis-majlis ilmu bersama para sahabat;(c)ketekunan beliau menyebarkan hadis yang diriwayatkannya kepada orang ramai.

Tajuk: 24 Saidina Abdul Rahman bin Auf RA Ahli Perniagaan Berwawasan

1.Riwayat hidup:

(a)nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Auf bin Abdu Auf bin Al-Harith;(b)berasal daripada keturunan Bani Zuhrah;(c)dilahirkan di Mekah pada tahun 580 Masihi iaitu sepuluh tahun selepas Tahun Gajah;(d)memeluk Islam melalui Saidina Abu Bakar As-Siddiq;(e)dilantik menjadi pengerusi Majlis Syura semasa pemilihan khalifah yang ketiga;(f)wafat pada tahun 32 Hijrah bersamaan 654 Masihi ketika berusia 74 tahun.

2.Sifat peribadi:

(a)taat kepada perintah Allah SWT;(b)pintar dalam perniagaan;(c)zuhud dan dermawan.

3.Keistimewaan Saidina Abdul Rahman:

(a)salah seorang daripada sepuluh sahabat Rasulullah SAW yang dijamin syurga;(b)seorang jutawan yang kuat berusaha dan suka menderma;(c)menjadi salah seorang calon bagi jawatan khalifah.

4.Sumbangan Saidina Abdul Rahman:

(a)menyertai peperangan bersama Rasulullah SAW untuk menegakkan Islam;(b)menyumbangkan 200 tahil emas, 1500 ekor unta dan 500 kuda perang untuk Perang Tabuk;(c)menderma sebanyak 400 dinar emas setiap seorang kepada 100 orang tentera Islam yang menyertai Perang Badar.

5.Faktor kejayaan Saidina Abdul Rahman sebagai ahli perniagaan:

(a)bersyukur kepada Allah SWT;(b)usaha yang gigih dan berterusan;(c)berniaga barangan yang halal;(d)jujur dalam perniagaan.

Tajuk: 25 Kepimpinan Rasulullah SAW Di Madinah

25.1 Pembinaan Masjid

1.Rasulullah SAW merupakan pengasas negara Islam yang pertama di Madinah.

2.Baginda telah meletakkan asas yang kukuh dalam pembangunan negara. Asas-asas tersebut ialah:

(a)pembinaan masjid;(b)mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar.

3.Masjid yang pertama didirikan dalam Islam ialah Masjid Quba.

4.Masjid ini terletak di Quba iaitu kira-kira 10 kilometer dari Madinah.

5.Masjid ini di asaskan oleh Rasulullah SAW pada 8 Rabiulawal ketika bagindadalam perjalanan hijrah ke Madinah.

6.Pada zaman Rasulullah SAW, masjid dibina daripada batu, tiangnya daripadabatang-batang pokok kurma, atapnya daripada pelepah-pelapah kurma danlantainya pula ditabur dengan pasir.

7.Peranan masjid dalam Islam:

(a)sebagai pusat ibadat, iaitu tempat untuk melakukan ibadat secara berjemaah seperti solat fardu;(b)sebagai pusat kemasyarakatan seperti mengadakan program gotong royong,malisakad nikah dan sebagainya;(c)sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.

25.2 Persaudaraan Antara Muhajirin dengan Ansar

1.Muhajirin ialah pengikut Rasulullah SAW yang berhijrah dari Mekah keMadinah.

2.Ansar ialah penduduk asal Madinah yang telah memeluk Islam dan membantuperjuangan Rasulullah SAW di Madinah. Golongan Ansar terdiri daripada kaumAus dan Khazraj.

3.Rasulullah SAW telah mempersaudarakan golongan Muhajirin dengan Ansardengan cara memperkenalkan saudara angkat.

4.Antara pengorbanan golongan Muhajirin ialah:

(a)sanggup meninggalkan keluarga, harta dan tanah air untuk berhijrah bersama Rasulullah SAW;(b)sanggup mengharungi penderitaan dan bergadai nyawa semasa dalam perjalanan hijrah.

5.Antara pengorbanan golongan Ansar ialah:

(a)sanggup memberikan bantuan tenaga, harta, dan tempat tinggal kepada Muhajirin;(b)sanggup menawarkan isteri dan anak-anak untuk dikahwini kepada Muhajirin.

6.Asas persaudaraan dalam Islam:

(a)ketaatan dan kepatuhan kepada Allah SWT dan rasul;(b)mengutamakan kepentingan agama daripada kepentingan diri sendiri;(c)mengamalkan cara hidup Islam secara menyeluruh.

7.Kepentingan persaudaraan dalam Islam:

(a)melahirkan perasaan kasih sayang dan silatulrahim dalam kehidupan;(b)mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni;(c)meringankan sesuatu perkara melalui semangat kerjasama dan gotong royong.

8.Langkah-langkah mewujudkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum danagama:

(a)mengamalkan sikap toleransi dalam kehidupan;(b)hormat menghormati antara satu dengan yang lain;(c)berkerjasama dan bantu membantu dalam perkara kebaikan.

9.Faktor yang membawa pepecahan dalam masyarakat Islam:

(a)kurang didikan agama serta tidak menghayati ajaran al-Quran dan hadis;(b)tidak bertolak ansur dalam sesuatu perkara;(c)pentingkan diri sendiri, hasad dengki dan sombong.

SIRAH DAN TAMADUN TINGKATAN 3

1. Keunggulan Perjuangan Tokoh-Tokoh Tajuk 1.1 Saidatina Fatimah az-Zahra Puteri Rasulullah SAW Biodata; (i) Nama : Fatimah binti Muhammad Rasulullah SAW.(ii) Keturunan: Quraisy. (iii) Tarikh Lahir: 20 Jamadilakhir/605 Masihi. (iv)Tempat Lahir: Mekah. (v) Gelaran : az-Zahra(vi) Nama Suami : Ali bin Abi Talib.(vii) Nama Anak: Hasan, Husin dan Zainab. (viii) Tarikh Wafat : 4 Jamadilawal tahun 11 Hijrah.(ix)Umur Wafat : 28 tahun.(x)Tempat dimaqamkan: al-Baqi, Madinah. Sifat peribadi; (i) Mempunyai budi pekerti mulia kerana sejak kecil diasuh dengan akhlak mulia oleh Rasulullah SAW.(ii) Seorang yang sabar dan tabah menghadapi ujian hidup.(iii) Seorang yang taat kepada agama dan suami.(iv) Seorang yang pemurah dan bertanggungjawab.(v) Mempunyai semangat jihad yang tinggi. Sumbangan Saidatina Fatimah; (i) Saidatina Fatimah RA membantu Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.(ii) Beliau merawat luka dan menteteramkan perasaan bapanya yang dihina oleh orang kafir.(iii) Beliau merupakan pendorong kepada perjuangan suami dan bapanya. Contoh teladan peribadi Saidatina Fatimah; (i) Puteri Rasulullah SAW yang sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam.(ii) Memiliki akhlak mulia yang harus diteladani oleh kaum Muslimat.(iii) Beliau lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan sendiri.(iv) Pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Tajuk 1.2 Saidatina Aisyah Ilmuan Wanita Terunggul Biodata; (i)Nama: Aisyah binti Abu Bakar

(ii) Nama Bapa : Abu Bakar bin Abu Quhafah(iii)Tarikh Lahir : Lapan tahun sebelum Hijrah/614 Masihi(iv) Tempat Lahir: Mekah(v) Gelaran: Humaira(vi)Nama Suami : Muhammad bin Abdullah Rasulullah)(vii)Tarikh Kahwin : Bulan Syawal tahun ke 10 kenabian(viii)Tarikh Wafat: 17 Ramadan tahun 58 Hijrah(ix)Umur Wafat : 67 tahun(x) Tempat Wafat : Madinah (xi)Tempat dimaqamkan: al-Baqi, Madinah Sifat peribadi; (i) Beliau mempunyai budi pekerti yang mulia.(ii) Seseorang yang bijak dan pintar serta memiliki ingatan yang kuat.(iii) Menguasai berbagai-bagai bidang ilmu.(iv) Isteri yang setia dan bertanggungjawab terhadap rumah tangga, suami dan masyarakat.(v) Mempunyai keimanan yang teguh.(vi) Beliau seorang yang berani dan gigih dalam perjuangan. Sumbangan; (i) Menjadi tempat rujukan dan guru bagi seluruh umat Islam selepas kewafatan Rasulullah SAW.(ii) Menjadikan rumahnya sebagai pusat untuk menyebarkan agama Islam.(iii) Menghafaz dan meriwayatkan hadis sebanyak 2210 dalam pelbagai bidang. Faktor keunggulan jati diri Saidatina Aisyah;(i) Keimanan dan akidah yang kukuh.(ii) Mendampingi Rasulullah SAW setelah menjadi isteri baginda.(iii) Ilmu pengetahuan yang tinggi dan mendalam.(iv) Memelihara maruah diri.

Tajuk 1.3 Saidina Khalid bin Al-Walid Perwira Perkasa Biodata; (i)Nama: Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah(ii) Keturunan: Bani Makhzum(iii)Tarikh Lahir : 592 Masihi(iv)Tempat Lahir: Mekah (v)Gelaran: Saifullah (Pedang Allah)(vi) Tarikh Keislaman: Bulan Safar tahun ke 8 Hijrah(vii)Kerjaya: Panglima Tentera(viii)Tarikh Wafat: Tahun ke 21 Hijrah(ix)Umur Wafat : 60 tahun (x)Tempat dimaqamkan: Hims, Syria Sifat peribadi; (i) Seorang panglima yang gagah, berani, tangkas bermain senjata dan handal dalam peperangan.(ii) Tegas pendirian dan bijak menyusun strategi.(iii) Memiliki semangat juang yang tinggi.(iv) Ikhlas berjuang dan bercita-cita untuk mati syahid pada jalan Allah SWT.(v) Seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka. Sumbangan; (i) Seorang panglima yang banyak berjasa dalam perjuangan menentang musuh Islam.(ii) Ketua pasukan bersenjata dalam peristiwa pembebasan Mekah.(iii) Menghapuskan golongan murtad semasa pemerintahan Saidina Abu Bakar.(iv) Ditugaskan untuk menghapuskan nabi palsu yang diketuai oleh Musailamah Al-Kazzab.(v) Menyertai Perang Hunain, Perang Taif, Perang Yarmuk dan lain-lain.

2. Kepimpinan Rasulullah Di Madinah Tajuk 2.1 Piagam Madinah 1. Piagam Madinah ialah suatu perlembagaan Islam yang merangkumi semua aspek kehidupan.2. Isi kandungan Piagam Madinah; (i) Semua penduduk Madinah mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai ketua negara.(ii) Mengakui kewujudan Muhajirin dan Ansar sebagai umat yang bertanggungjawab terhadap Allah SWT, rasul dan umat Islam.(iii) Mengakui kewujudan Yahudi dan musyrikin di Madinah.(iv) Setiap kaum bebas mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing.(v) Semua kaum mesti memelihara keselamatan Madinah.(vi) Setiap kaum dilarang menzalimi kaum yang lain.(vii) Segala masalah yang berlaku hendaklah dirujuk kepada Rasulullah SAW.(viii) Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar terutama musyrikin Mekah. 3. Kesan Piagam Madinah; (i) Terbentuknya sebuah negara Islam yang pertama.(ii) Rasulullah SAW diiktiraf sebagai ketua negara.(iii) Hak kebebasan beragama, keselamatan dan kehormatan individu terjamin.(iv) Perpaduan kaum dapat diwujudkan.(v) Dakwah Islam dapat berkembang dengan baik.(vi) Negara Madinah menjadi semakin maju, kuat dan teguh. 4. Hikmat pembentukan Piagam Madinah; (i) Wujudnya sebuah institusi keadilan untuk masyarakat mendapatkan hak masing-masing.(ii) Sebagai satu landasan pelaksanaan syariat Islam secara menyeluruh di kalangan masyarakat majmuk.(iii) Menjadi bukti bahawa Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap, bukan ibadat semata-mata.(iv) Dakwah Islam dapat dijalankan dengan baik dan terancang.(v) Madinah menjadi sebuah negara yang aman dan tenteram di bawah pimpinan Rasulullah SAW.

Tajuk 2.2 Perjanjian Hudaibiah 1. Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yang membawa kepada gencatan senjata antara Rasulullah SAW dengan musyrikin Quraisy.2. Peristiwa tersebut berlaku pada bulan Zulkaedah tahun ke 6 Hijrah di suatu tempat yang bernama Hudaibiah.3. Persiapan Rasulullah SAW mengerjakan umrah; (i) Memakai pakaian ihram di Zul Hulaifah.(ii) Membawa binatang ternakan.(iii) Melantik pengawal keselamatan.(iv) Bertalbiah sepanjang jalan.(v) Melalui jalan yang jarang dilalui oleh orang ramai. 4. Sebab berlaku perjanjian Hudaibiah; (i) Hasrat Rasulullah SAW untuk mengerjakan umrah dihalang.(ii) Ketaatan dan kepatuhan sahabat pada kepimpinan Rasulullah SAW.(iii) Kebijaksanaan Rasulullah SAW mengatur strategi. 5. Isi Perjanjian Hudaibiah; (i) Gencatan senjata selama 10 tahun.(ii) Umat Islam tidak boleh mengerjakan umrah pada tahun tersebut tapi boleh mengerjakannya pada tahun berikutnya.(iii) Kedua-dua pihak tidak boleh membantu mana-mana pihak yang berperang.(iv) Kedua-dua pihak bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak.(v) Orang Quraisy yang datang ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah dihantar pulang tapi orang Islam yang masuk ke Mekah tidak perlu dihantar pulang. 6. Hikmat Perjanjian Hudaibiah; (i) Terhindar daripada berlaku pertumpahan darah.(ii) Faktor kepada pembukaan Mekah.(iii) Orang Islam dan Quraisy bebas berinteraksi antara satu dengan yang lain.(iv) Orang Islam bebas menyebarkan dakwah.(v) Ramai orang Quraisy memeluk Islam.

Tajuk 2.3 Pembukaan Kota Mekah 1. Pembukaan Mekah berlaku pada 10 Ramadan tahun ke 8 Hijrah.2. Faktor pembukaan Mekah; (i) Kafir Quraisy Mekah melanggar Perjanjiah Hudaibiah.(ii) Kaum Quraisy memberi pertolongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuzaah.(iii) Bani Khuzaah meminta bantuan dan pertolongan daripada Rasulullah SAW. 3. Rasulullah SAW menyediakan 10 000 tentera Islam menuju ke Mekah dengan alat kelengkapan perang.4. Antara strategi yang digunakan oleh Rasulullah SAW; (i) Rasulullah SAW menyediakan 10 000 tentera.(ii) Baginda berjalan menuju ke Mekah dan berhenti di Marru Zahran.(iii) Pada waktu malam, Rasulullah SAW memerintahkan tentera memasang obor di khemah masing-masing.(iv) Tentera Muslimin memasuki kota Mekah dari semua arah. 5. Faktor-faktor yang membantu kejayaan pembukaan Mekah; (i) Strategi Rasulullah SAW yang berkesan.(ii) Semangat jihad yang tinggi di kalangan umat Islam.(iii) Ramai pembesar Quraisy telah memeluk Islam.(iv) Sikap penduduk Mekah yang mula berminat dengan Islam.

6. Kesan pembukaan Mekah; (i) Dakwah dapat dijalankan secara terang-terangan.(ii) Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan orang bukan Islam.(iii) Umat Islam dapat menunaikan ibadat tanpa gangguan orang kafir.(iv) Ramai orang kafir memeluk Islam.(v) Masyarakat Mekah saling berkerjasama dan hidup aman damai.(vi) Agama Islam berkembang dengan pesat. 7. Tindakan Rasulullah SAW selepas pembukaan Mekah; (i) Memusnahkan dan meruntuhkan berhala di sekeliling Kaabah.(ii) Rasulullah SAW dan orang Islam melakukan solat sunat di maqam Nabi Ibrahim AS.(iii) Mengarahkan Bilal melaungkan azan.(iv) Mengampunkan mereka yang pernah memusuhi Islam.