Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

10
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR SITI AISHAH BT MOHD OZIB NURULHIDAYAH BT MOHD SAWAL

description

BMM 3108

Transcript of Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

Page 1: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR

SITI AISHAH BT MOHD OZIBNURULHIDAYAH BT MOHD SAWAL

Page 2: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator
Page 3: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

Definisi Artikulasi dan Artikulator• Artikulasi atau alat pertuturan merupakan

alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa.

• Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas.

• termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

Page 4: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

ALAT ARTIKULASI BAHAGIAN ALAT ARTIKULASI• Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian,

iaitu artikulator dan daerah artikulasi.• Artikulator adalah bahagian alat pertuturan

yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut.

• Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan.

Page 5: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

Artikulator Daerah Artikulasi

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok

Page 6: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

Alat-Alat Artikulasi Vokal

• Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir.

Page 7: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

• Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan.

• Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir.

• Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah.

• Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas.

• Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram (gambar lidah) yang berikut:

Page 8: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

Keadaan lidah

ui

Depanhampar

Tengahneutral

e

o

ε

a

Belakangbundar

Tinggi (sempit)

Separuh tinggi (separuh sempit)

Rendah (luas)

Separuh rendah (separuh luas)

Page 9: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

• Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral, hampar dan bundar.

• Dalam Bahasa Melayu standard terdapat lima jenis vokal yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u ] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε] dan [0].

• Bunyi-bunyi [ε] dan [0] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos.

Page 10: Tajuk 2-(1)artikulasi artikulator

Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal

hadapan,bibir terhampar

Keadaan bibir

Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal

belakang,bibir bundar